Dr Bazrul

Dr Bazrul

Madu Tualang Liar 100% asli terus dari hutan tropika ke rumah anda.

15/03/2023
14/03/2023

Penapaian madu adalah proses semula jadi di mana gula dalam madu ditukar kepada alkohol dan asid organik oleh mikroorganisma seperti yis dan bakteria. Proses ini boleh berlaku secara semula jadi jika keadaan persekitaran membenarkan pertumbuhan mikroorganisma atau boleh dicetuskan oleh penambahan yis atau bakteria yang disengajakan.

14/03/2023
13/03/2023

Assalaamualaikum,

In Sha Allah, lagi 9 hari umat islam semua akan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan.

Saya kongsikan tips mengambil madu ketika bulan puasa untuk badan kita semua dapatkan kesan yang optimum.

Cara minum madu di bulan puasa :

Sesudu sebelum tidur, satu sudu lagi 1/2 jam sebelum makan sahur. Minum terus atau campur dengan air suam.

Ketika berpuasa adalah waktu terbaik pulihkan sistem tubuh kita, disini disenaraikan beberapa kebaikan minum madu ketika berpuasa.

1. Lemah dan lesu selalu ketika berpuasa merupakan signal tubuh anda mengalami dehidrasi ketika berpuasa. Bersahur dan berbuka dengan madu merupakan cara natural terbaik untuk mengekalkan tenaga dalam tubuh.

2. Uniknya madu adalah ia terus diserap oleh tubuh sebagai tenaga spontan tanpa perlu diolah atau proses seperti gula tebu atau pemanis lain.

3. Walaupun ia mengandungi fruktosa yang sifatnya 2x ganda lebih manis dari gula tebu biasa namun kalorinya rendah iaitu ~290 kalori bagi setiap 100g madu (Gula biasa ~ 360 kalori)

Tip minum madu (3 sudu madu+ 250ml air suam) Ia boleh membantu tubuh mencerna nutrien yang terdapat dalam makanan yang diambil ketika sahur dan berbuka.

4. Antioksidan terbaik ketika berpuasa

Sekiranya badan kita tidak sihat, amalkan air madu suam ketika sahur dan berbuka membantu sistem imun tubuh bekerja lebih optimum merangsang hormon tubuh.

Madu mengandung gula sederhana, protin, dan sedikit gula kompleks. Madu bersifat antibiotik, antiseptik, dan antifungal yang melambatkan atau menghentikan pertumbuhan pelbagai bakteria, patogen, mikroorganisma, kulat dan fungi.

Semoga semakin sihat dan berkah sepanjang Ramadan buat semua sahabat..Selamat Berpuasa..

12/03/2023

Madu Tualang Liar Emas Dr. Dr Bazrul
500g
1kg

17/02/2023

Tahukah Anda..Apa yang dikatakan Total Phenolic dalam madu?

Selalu kita baca MADU ASLI TUALANG LIAR hutan boleh mencegah dan membantu merawat penyakit kerana ia mengandungi Total Phenolic yang tinggi.

Untuk pengetahuan semua Antioksidan berada salah satu elemen penting dalam "Total Phenolic."

Apa p**a Antioksidan?

Apa p**a maksud sebenar Antioksidan?

Enzim ke?
Vitamin ke?
Hormon ke?

Jika kita menggunakan dan meminum madu ,kita harus tahu apa itu Antioksidan dan faham bagaimana ia bertindak untuk menangani penyakit.

“Anti” bermaksud lawan/tentang.
“Oksidan” ialah sesuatu yang menyebabkan kehilangannya elektron pada sesuatu molekul yang lain.

"Antioksidan merupakan molekul yang mampu melambatkan atau mencegah proses pengoksidaan molekul lain." - wikipedia

Contohnya, apabila kita letak buah epal di udara, lama kelamaan buah epal itu akan bertukar warna.

Satu lagi contoh ialah apabila besi menjadi karat. Ini adalah proses yang serupa apabila badan kita teroksida. Sel-sel badan kita yang teroksida boleh menghasilkan radikal bebas (free radical) yang akan menyebabkan mendatangkan penyakit.

Dalam konteks tubuh manusia, molekul yang kehilangan elektron dikenali sebagai radikal bebas. Ia merupakan oksidan yang akan mengambil elektron dari molekul yang sihat dan seterusnya merosakkan sel, tisu, organ dan sistem tubuh.

Antara unsur dan FAKTOR terbentuknya molekul radikal bebas dalam tubuh adalah PENCEMARAN UDARA, ASAP ROKOK, TOKSIN dan KIMIA, KURANG OKSIGEN, LEBIHAN GULA dan LEMAK dalam pemakanan.

Jika kurang Antioksidan dalam badan, sel tubuh akan cepat rosak dan menua, dan keadaan ini dikenali sebagai "OXIDATIVE STRESS".

Antioksidan akan bertindak memberi elektron kepada molekul radikal bebas tadi dan meneutralkannya semula, atau sel itu akan dinyahkan dengan proses tertentu. Apabila molekul mendapat elektronnya kembali, ia akan membentuk sel yang normal dan sihat.

Berasaskan Total Phenolic inilah Dr Suri Roowi saintis dari MARDI mencipta teknologi terkini mengenali ketulenan MADU dan peranannya untuk melambatkan penuaan dan melawan penyakit.

Untuk pengetahuan semua MADU LEBAH LIAR DR. BAZRUL yang diambil terus dari hutan mempunyai Total Phenolic atau Antioksidan yang tertinggi setakat diketahui iaitu sebanyak 35.7 .

Jika Anda masih tidak berjaya mendapatkan madu yang mempunyai Total Phenolic atau Antioksidan yang seumpama atau lebih tinggi daripada Madu Lebah Liar Dr. Bazrul, jangan buang masa lagi, boleh terus dapatkan Madu Lebah Liar Dr Bazrul

06/02/2023

Madu Tualang Liar BIASA Dr Bazrul
Botol 500g
Botol 1kg

Videos (show all)

Semoga terus istiqomah sebagai pengguna,
Penapaian Madu
Madu Tualang Liar Dr Bazrul Inspirasi Usahawan Selangor

Website