Info Masakan

Info Masakan

Mari follow page kami untuk dapatkan pelbagai info masakan dan resepi sedap!

07/10/2023

Petua untuk mak mak

07/10/2023

GULAI LEMAK PUCUK MANIS DAN LABU

Bahan-Bahannya :-
1 ikat sayur pucuk manis (diasingkan daun dari tangakai)
1/4 biji labu (saiz kecil) (dibuang kulit dan potong dadu besar)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis
200ml santan pekat
400ml santan cair
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya :-
Daun pucuk manis dicuci bersih & toskan. Kemudian dicelur dengan air panas. Toskan dan ketepikan
Kisarkan bawang merah,bawang putih dan ikan bilis dengan sedikit santan cair.
Dalam satu periuk, masukkan labu, pucuk manis yg telah dicelur, bahan kisar dan santan cair.
Masakkan dengan api sederhana. Kacau selalu hingga kuah mendidih.Kemudian masukkan santan pekat.
Kacau rata dan masukkan sedikit garam. Biarkan didih seketika
Rasa dan jika ok padamkan api.Hidangkan bersama nasi panas.

05/10/2023

BINGKA ROTI PERISA PANDAN
Bahan-bahan:
7 keping roti gardenia ( putih).
1 cwn air + blend dgn 4 helai daun pandan.
1 cwn gula pasir.
1 cwn santan
1 cwn susu segar
1 cwn tepung gandum
2 biji telur
Secubit garam & pewarna hijau sikit.
1 sd esen pandan ( x ada pun x apa sbb air daun pandan da ada)
Cara-cara:
1. Carik roti & rendam dgn 1 cwn air daun pandan selama 10 minit.
2. Sementara itu satukan bahan² yg lain & blend selama 2 minit.
3. Mas**an bhn² blend kedlm bekas berisi roti tadi & kacau sebati.
4. Tuang kedlm loyang yg tlh disapu dgn sikit mentega.
5. Bakar selama 40 - 50 minit dgn suhu kepanasan 180 °c ( ikut oven masing² ye ) .
6. Setelah msk sejukan baru potong.
7. Siap!

Kredit: Khomisah Komtom

05/10/2023

RESIPI CEKODOK PISANG!
Rangup di luar dan lembut di dalam 🤤

Bahan-bahan

5 biji pisang saiz besar atau 8-10 biji size kecik.
2 sudu makan marjerin
5 sudu makan gula pasir
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam
2 cawan tepung gandum

Cara-cara :

1. Gaulkan semua bahan ( kecuali tepung gandum) dan lenyek hingga sebati
2. Masukkan tepung gandum. Gaul lagi hingga sekata bersama adunan pisang tadi.
3. Rehatkan adunan selama 10-15 minit.
4. Panaskan minyak dan jemputkan adunan tadi. Goreng guna api perlahan hingga garing dan masak.
5. Siapppp.

Kredit Resepi & Foto: Cik Pooja

05/10/2023
01/10/2023

Kuih Viral KUIH SERI MUKA 😋

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Assalamu’alaikum . Saya dah minta izin untuk share resepi ni ..
disini saya share untuk semua .
Resepi ni insyaAllah confirm menjadi DENGAN IZIN ALLAH .. saya pun baru 1st time buat ni terus menjadi 😋😍

📌LAPISAN BAWAH

300gm pulut susu-cuci dan toskan
150gm santan fresh pekat
250 gm air tapis
Garam - campur dalam air dan santan rasa dilidah masin , perfect dah..nnt siram kat dlm pulut.
Cara²
♥️kukus 20minit masuk simpul daun pandan
♥️dah masak mampat dan ratakan.

📌LAPISAN ATAS

110g tepung gandum
130g gula
10g tepung jagung
150ml santan pekat
250ml air daun pandan- blend 15 helai-pure pandan tiada pewarna.-daun pandan banyak kat rumah😅
Sedikit pandan paste=xtra wangi
2 bj telur A /b
Secubit garam
Api sederhana.kalau kuat nnt lapis dlm xmasak.

Cara²
♥️Sebatikan semua.pakai whiskers.sehinģga gula larut.****kalau blend banyak buih nnt bnyak jerawat bila dah masak nanti .
♥️Tapiskan ke dalam pan/kuali dan masak sekejab atas api kecil.kacau sentiasa sampai tepung melekat sedikit pada senduk/whisker.
♥️Tutup api dan curah atas lapisan bawah yg pulut tu
♥️ kukus 20minit.kalau rajin lapkn tudung setiap 2 minit pertama..2 kali buat .
♥️ kalau xrajin.bila dah masak.senggetkan loyang .buangkan air yg bertakung.
♥️utk tahan lama dan permukaan berkilat biarkan atas api dlm 10minit tanpa tudung.
♥️tutup api biar sejuk betul baru potong

📌Untuk dapat kan warna pekat tanpa pewarna ni saya guna 20 helai daun pandan tua hijau pekat . BUANG BAHAGIAN PUTIH dia jangan guna . Paste pandan pun saya tak guna . Boleh je kalau nak guna . So far sy buat guna banyak daun pandan belum rasa pahit .

📌Digalakkan menggunakan SANTAN KELAPA ORIGINAL untuk rasa berlemak dan lebih sedap . Kalau takde guna santan kotak pun boleh . Dkat speedmart ada jual santan kotak PANDAN COCONUT MILK . memang wangi santan bau pandan sekali . Boleh pakai tu .. saya pkai buat bubur santan sedap wangi … dekat seri muka belum try 🤭

📌Untuk hilangkan bau hanyir telur , selain buang pusat telur , letak 1tsp SERBUK JINTAN MANIS . Orang dulu2 s**a letak jintan manis ni kalau buat kuih sebab tua da sesetengah kuih seri muka nampak ada macam berserdak atas permukaan kuih tu .

📌Selain guna 20 helai daun pandan untuk warna asli macam ni , kalau takde daun pandan lebih boleh campur AIR DAUN PANDAN DENGAN AIR BUNGA TELANG untuk dapat warna hijau pekat macam ni .

📌Resepi ni manis dia tu sedang2 just nice tak terlampau manis .

📌Balut loyang dengan aluminium foil sebelum mengukus untuk elak air menitis atas kuih . Kalau dah pro takpe takyah tutup 😅 kita amatur tu tutup siap2

Semoga pemberi rezeki asal kak Soriani Othman dan cikgu nya dimurahkan rezeki , sentiasa berada dlama perlindungan Allah dan dipermudahkan segala urusan dunia akhirat . Aamiin .

29/09/2023

anak request suruh masak mcm mak kawan dia masak.. dgn segannya, sanggup ws kawan dia minta resepi.. jadi ni la hasilnya, ‘Rendang India’

Saya edit resepinya ye
Bahan tumis;
*bawang kecik
*bawang putih
*halia- ketiga-tiga ni mayang halus
*4 beradik
*daun kari

Bahan A;
Cili kering
Jintan putih
Jintan manis- ketiga-tiga ni diblend menggunakan blender kering lepas tu disangai

Bahan B;
Bawang besar
Bawang putih
Halia-ketiga-tiga ni blend ye
Kicap manis
Daging dipotong & rebus, sedikit air asam, garam,gula

Mula2 tumis bahan yg bertanda*, lepas tu masukkan bahan A, dh agak lama masukkan bahan B, masukkan air rebusan daging sekali.. biar sampai kuah menjadi pekat, siap!

kredit resepi: Nor Haya

29/09/2023

Tak kisahlah rumah mak ker, rumah bujang ker atau rumah sendiri. Mesti korang ada tabiat simpan plastik dalam plastik macam gambar dibawah ni 🤭

28/09/2023

Jadi bini org mesti garang tiada senyum pada laki lain kalau nak gedik nk mengoda tunggu jadi janda,jaga maruah sebagai istri.

17/09/2023

RESEPI CUCUR BANTAL

BAHAN-BAHAN :

2 1/2 cawan tepung gandum (300gram)

2 sudu besar planta (30gram)(saya guna butter)nak guna minyak masak atau minyak jagung pun boleh.

2 sudu besar gula pasir (40gram)

1 sudu besar yis kering mauripan (saya guna saf instant)

1 sudu kecil baking soda (bikarbonat of soda)

2 cubit garam

1 cawan air suam (190gram)

CARA MEMBUATNYA :

Dalam satu besen, satukan mauripan, gula, air suam. Kacau bagi larut.

Mas**an tepung, baking soda, planta dan garam.. uli sebati selama 8-10 minit.

Peram adunan selama 1 1/2 jam dalam bekas yang bertutup.

Tumbuk2kan adunan untuk buang angin dalam doh dan uli.

Tabur tepung dan letakkan doh. Gelek bagi l***r dan jangan terlalu nipis, tabur tepung lagi.

Potong adunan menjadi segi empat tepat tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.

Biarkan 10 minit dan bolehlah digoreng dalam minyak yang panas guna api sederhana.
Dah perang dan garing bolehlah angkat dan toskan ..

Sedap dimakan bersama kari ayam, sambal bilis, sambal sardin dan kuah kacang.

Kredit : Mariana Zainal

SELAMAT MENCUBA 👍

17/09/2023

Cara buat sirih hipster..

16/09/2023

Hati hati..

Photos from Info Masakan's post 15/09/2023

Dekat Tg. Piandang, ada satu warung nak makan menu rare, laksa mee guna udang lipan. Boleh pilih nak pekena dengan kuah laksa atau kuah sup, memang unik. Menu ni cukup popular di Pangkor dan Pantai Remis, tapi kini dah ada kat Warung Panglima. Selain itu, ada Nasi Himpit + Dendeng Bunian, Assam Laksa, Dimsum dan Yong Tau Foo

❤️ Laksa Mee ni makanan famous dekat daerah Manjung (Pangkor, Lumut, dan Pantai Remis) Rasa dia memang berlainan dengan mee udang.

‼️Yang best tu AIR bagi FREE‼️

📍 Warung Panglima Tg. Piandang.
Boleh Waze https://waze.com/ul/hw0zku5vd8

🗓️⏰ Buka Sabtu dan Ahad jam 3 petang hingga 7 malam 🥰

Kredit page seladang perak

11/09/2023

Seawal jam 4 pagi mama bangun masakan bekal kakak n kawan² untuk makan dlm ets..selamat pulang ke hostel.
Kedah peneng k.l..
Aglio olio
Korean spicy ciken wings
Nugget..

Resepi aglio olio cara saya.
Diulang cara saya🤣🤣
Tumis bawang merah..putih n cili kering yg dipotong kasar². Guna olive oil lagi best....dah naik bau masukkan sos tiram sikit..lada hitam..cili flakes..masuk la lauk² kes**aan anda..udang. isi ketam..isi ayam..sosej atau apa² saja..garam gula n kuib pati ayam optional..mixed herbs..masukkan spaghety angle hair. ..saya s**a guna angel hair sebab cantik kelihatan.. masukla sayur2 kes**aaan...kalau s**a blh masuk daun ketumbar sekali..resepi ni xberapa mat saleh sangat ala² melayu sikit..inshaAllah sedap..sebab menjadi kes**aan tetamu di hari raya..last sekali masa nak hidang tabur cili flakes sikit ya..

Spicy korea chiken.
Ayam bahgian wings tu..perap dengan halia bawang putih kiub ayam n tpg bestari..perapla sekejab..sblm goreng salut ayam dgan tpg jagung dan gorengla sehingga habis dan toskan.
Untuk sambalnya. Cara saya ya..diulang cara saya🤣
Tumis cili kering yg diblend sekali bawang². Dah masak cabai..masukkan segala jenis mak nenek sos..sos tiram..sos cili..sos cili thai..sos plum..madu sos tomato..masuk sikit2 je...efect madu nanti sos akan bergetah² dan akan salut elok dekat ayam..gram dan gula sebagai perasa..adjustla ya...dah agak elok rasa n pekat sikit..masukkan ayam goreng tadi..gaul²..letakla bijan untuk nampak efect korea....ayam ni dia pedas² manis gitu.
Dah siappp..selamat mencuba.

Kredit: Siti Fatimah Ahmad

11/09/2023

Dulu selalu beli pisang cheese ni, sedappp. Tapi dulu harga rm7 sahaja.. last beli rm10, tiber harini beli rm15 .. sekali air cup rm18 .. dua kali gak suami tanye td, berapa rm? Rm18 katanya.. 10pcs pisang cheese, berpeluh gak la tgh ii bulan ni 😂 takpe laa .. mungkin saya bukan target jualan anda .. lepasni kalau btul ngidam je la baru cari 😂 aiyoo..
Kredit: Intan Salbiah

Photos from Info Masakan's post 10/09/2023

Assalamualaikum wbt kepada semua akak-akak di sini.

Disebabkan sekrg ada kes viral yg sedang hangat mengenai kedai di PJ, sepasang suami-isteri seberang menjual claypot 🐔 yg dicampurkan bahan yg haram , alasannya adalah sebagai penyedap.

Saya ingin tunjukkan kepada akak-akak di sini bahawa masakan cina yg enak nie mudah je dibuat. Cukup dgn hanya kicap masin Nona, kicap cair, myk bijan, pati ayam digaul dgn ayam / kambing. Kedua-dua dish nie adalah favourite suami saya , claypot chicken dan claypot kambing

Bahan-bahan basic:
Kicap masin ( Brand Nona)
kicap cair
minyak bijan ( brand: chee seng, ada logo Halal dari sykt internasional)

Photos from Info Masakan's post 10/09/2023

Turunkan Ilmu Buat Kuih Bakar Pandan Pada Anak...
1 cawan Tepung Gandum
1 Cawan Air Pandan
1 Cawan Santan
1/2 Cawan Gula(Boleh Kurangkan)
2 Biji Telur Gred A
Sedikit Pewarna Hijau
Sedikit Garam
Blend Semua Bahan2 Diatas,Panaskan Acuan Diatas Tunggu Dapur Gas (Tujuannya Supaya Tepi2 Kuih Garing )Dlm Acuan Yg Dipanaskan Tu Mas**an Planta Magerin Dlm Satu,Mas**an Adunan Yg Diblender Tadi biarkan Dlm 4-5 Minit Taburkan Bijan Kemudian Mas**an Dlm Oven Api Atas Dan Bawah Bakar Lebih Kurang 20-30 Minit Tengok Oven Masing-Masing..

Kredit ainie idris

10/09/2023

Ni Nak masak ke nak mengamuk 🤣🤣

Photos from Info Masakan's post 09/09/2023

resepi paling mudah n ringkas
aiskrim ala magnum:
susu cair 1 tin
susu pekat 1/2 tin
ovellate 1 sb
(blander semua diatas)

coklat masakan sy guna jenama berly (double bowl)

masukkan coklat dlm plastik aiskrim ratakan ,
kemudian masukkan adunan aiskrim.. (jgn risau adunan tidak akan bercampur) 😄😊
🍫🍫 part masukkn coklat blh jer guna pipping beg yg 3segi tu.. ratakan je guna tangan ke guna pembaris ke.. sy tepuk2 guna tangan jer..

Kredit Asal Resepi : Nur aZieala

08/09/2023

RESEPI IKAN KEMBUNG 3 RASA

Kalau nak tukar siakap pun boleh.

BAHAN-BAHAN :

1-3 ekor ikan kembong/ siakap di kelar2.
Lumurkan kunyit dan garam
Tepung jagung sket lumur kat ikan
Goreng garing

BAHAN TUMIS :

3 ulas bawang putih - cincang
1 Bawang merah-cincang
1 inci halia - dihiris halus
1 batang serai - ketuk

CARA MEMASAK :

Tumis bahan tumis hingga garing.
Masukkan
3 sudu besar tomato puri/sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu paste cili/ serbuk cili
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar minyak bijan takde pun takpe.
1 sudu besar serbuk ikan bilis/ 1 kiub ayam.
Perah lemon sket/ 1 sudu besar cuka ( balancekan rasa masam mengikut selera anda)
1 sudu kecil serbuk sup ( optional)
1 cawan air.. masak sampai pecah minyak
(Air agak2)

Dah pecah minyak masukkan
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 biji tomato - dipotong dadu
1 biji cili hijau besar dihiris
3 bijik cili padi merah/hijau..dihiris..nak pedas b*kkan lagi.
nenas 1/2 cawan potong dadu
3 helai daun limau purut-takde pun takpe
Garam gula seimbangkan
Kacau seminit 2..tutup api.

Tuang atas ikan
Daun ketumbar/daun bawang tabur atas kasi nampak lazat.
Siappppppppppp

Kredit : Empunya Resepi

SELAMAT MENCUBA 👍

Photos from Info Masakan's post 07/09/2023

RESEPI SOS PERAPAN BBQ

Musim musim cuti skoloh nih. Mesti syiok kan kalau buat xtvt bakar membakar atau bahasa kampung Cik Eyta BBQ.

Nak tak resepi mudah ringkas pasti sedap sos perapan BBQ. Satu sos boleh perap steak, ayam panggang dan sosej.

Cik Eyta s**a perap sendiri daging steak beli yang fresh dan perap.

🍁BAHAN - BAHAN (Anggaran sekor ayam)

Bawang putih dikisar atau tumbuk kasar.
Lada hitam (ditumbuk kasar).
Sos Cili Maggie sebotol.
Sos Tomato Maggie sebotol.
Sos Tiram Maggie sebotol.

🍂CARA - CARA :

Gaul semua bahan sos, bawang putih dan lada hitam. Perap bahan BBQ selama satu jam.

Boleh lah di grill atau guna kuali ajaib untuk memasak.

Resepi Oleh: Cik Eyta✌🏻

SELAMAT MENCUBA 👍

03/09/2023

RESEPI TELOR GORENG MASAK ASAM

Telor grg masak asam ni turun temurun dari arwah opah ke mak pastu akak dan pastinya akan ajar ke anak dara pulak...😊
Dapat lauk ni je kompom berpinggan2 nasi..ada yg blom cuba?

BAHAN-BAHAN :

*Telor goreng
*Bwg besar hiris
*Bwg putih hiris
*Halia hiris
*Cabai masak hiris
*Cili padi hiris
*Air asam jawa
*Gula dan garam

CARA MEMASAK :

*Guna minyak grg telor tadi atau minyak grg ikan.tumis bhn2 hiris hgga layu.

*Masukkan air asam jawa.ni ikut selera korang nak cair atau pekat terpulang.

*Masuk gula dan garam secukup rasa.masuk telor biar mendidih sekejap. Tutup api.
Siap...

Kredit : noriza jaja

SELAMAT MENCUBA 👍

03/09/2023

RESEPI NASI GORENG DAGING

BAHAN DAN CARA MEMASAK :

1.Tumis bwg putih, bwg merah(saya slalu x letak), daun bawang( kalau xde xyah), ciki padi ketuk

2.Letak telur, kacau bagi garing.

3.Letak daging, tabur sikit rempah sup (xletak pun xpe), kalau yg s**a kari boleh letak serbuk kari sikit.

4.Masuk sos tiram, fish sauce, perasa yang dis**ai

5.Masuk nasi, tabur white pepper.

6.Kacau dgn api sederhana, kalau kering, letak sikit mnyak, kalau tawar tambah fish sauce/kicap manis etc.

7.Letak sayur kailan kejap.

8.Tabur sikit mnyak sapi, tutup api.

Kredit : Empunya Resepi

SELAMAT MENCUBA 👍

02/09/2023

Hanya di kelantan..
Tuan pokok bagi ambil tanpa perlu minta.. kalau kat penang kalu.. mau kena viral dgn tuan pokok 🤣🤣

30/08/2023

Kenapa ramai suami tak s**a post gambar pasangan di akaun sosial media dia ?

Photos from Info Masakan's post 28/08/2023

TIP BASUH BUAH ANGGUR

Selalunya bila makan buah anggur mesti rasa macam pahit-pahit sikit,kan?

Kadang-kadang makan sikit je dah mula sakit tekak.
( Anggur ada wax atau lilin untuk bagi ia tahan lama).

Jadinya salah satu cara nak basuh buah anggur dengan bersih ialah dengan guna TEPUNG GANDUM.

Caranya.
1. Ambil anggur, taburkan dengan tepung.
2. Biar seketika. 5-10 minit.
3. Kemudian basuh dan keringkan.

P.s : Masa basuh tu kena ambil masa sikit. Sebab tepung tu akan melekat kat lilin pada anggur tu.

Hasilnya, anggur jadi lebih bersih, berkilat dan manis tanpa rasa pahit/kelat. 😉

CP FB - Junainah Jaapar

Anda s**a post ni? klik SHARE. =)

26/08/2023

Sepinggan RM52

26/08/2023

SUSU UNTUK BADAN BERANGIN .


kalau korang rasa badan korang lenguh2 . sengal2 . nk sendawa tapi tak lepas . kaki rasa tak selesa ..
ibu2 mengandung yang tak sedap badan tu ..
badan berangin tak elok , tanda2 banyak angin

- Rasa lesu/letih/tidak bertenaga.
• Selalu rasa kebas/lenguh/sengal.
• Tapak tangan/kaki berasa sejuk.
• Selalu menguap/mudah mengantuk.
• Sukar bernafas/nafas pendek.
• Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang.

mcm2 lahhh .. sooo cara BUAT DIA SENANG SGT

bahan2
😍susu kotak ( brand apa pun boleh )
kalau nak guna susu pekat tin pun blh

😍halia ( besar ibu jari ) lbeh kurang 3-4cm
halia ni ikut ketahanan tekak , kalau nk kaw dan pedas masuk banyak sikit . kalau setakat 3-4cm tak rasa apa2 pun tapi tetap berkesan

cara membuat nya
👉🏻 Hiris halia nipis2 reneh dgn susu sampai susu mendidih dgn api pelahan . sedia untuk di minum 😄😄 .

seeloknye minum ketika susu masih suam .
kesan serta merta . tiba2 korang sendawa dan kentut non stop

BOLEH DI MINUM
😘 lelaki dan wanita
😘 ibu mengandung dan menyusu pun boleh tapi jangan letak halia banyak . cukup 2-3cm je

petua ni sgt berkesan . boleh minum bila2 masa . pagi boleh mlm boleh .. seminggu 2-3kali pun ok
kalau makan pulut lemang b*k sgt . badan berangin jeee ,pening ,migraine pun sesuai amalkan susu ni .

pendapat aku sendiri : aku memang kerap minum susu ni . asal aku rasa badan tak sedap je . terus buat susu ni . memang berkesan sgt . terus badan rasa sihat n segar

SHARE !

credit : FB Nurul Diana

23/08/2023

As salam semua saya just nk share.. kalau kita beli sotong tak kisah laa besaq atau kecik pas masak mesti jd kecik2..

Petua sy sebelum nk masak rebus dulu ngan asam keping.. insyaallah cantik kejadian.. Pastu nk masak, sat ja laa masak sotong tu sbb dah separuh masak masa rebus tu..tak laa rasa rugi..

Sebab tu laa dulu2 mak kita masak sotong buat sambal kaa mesti campur kentang nk bg banyak.. haa laa sotong bilaa masak dia kecut..laa alhamdulillah dah tau dah macam mana tak nk bg kecut..❤️❤️❤️😁😁😁

Kredit: Datin Siti

22/08/2023

Anak sapa pulak ni

Photos from Info Masakan's post 22/08/2023

2 hari 1 malam di Baling Kedah, sempoi baq hang…

1. atv_baling
Layan anak bujang nak ride ATV, ada banyak pakej contohnya nak masuk gua ka, redah sungai ka, kami jenis family lilin, kami jalan2 dalam kampung dan tepi sungai ja, santai2 anak beranak 😃

2. Ikan Bakar Lubuk Pedati
Yg ni memang rekemen sangat, semua menu padu baq hang, terangkat dan mur2 ja, selain ikan bakaq, menu yang sedap menjilat jari adalah Asam Pedas Tetel, Masak Lemak Cili Api Daging Salai dan Tempoyak Patin 😋

Hajat di hati nak tengok anak2 mandi sungai sambil makan, tapi sungai keruh dan deras dek hujan 2-3 hari ni, takdak rezeki anak2 nak mandi sungai

Isnin depa katup, hampa boleh pi hari Selasa - Ahad

3. RIMBA CAFE KUALA KEDUA
Teringin nak celup2 kaki sambil makan lah kunun, sampai sana staf tunjuk tempat duduk semua dah naik air sampai paras peha, mama n anak2 nak ja redah, sebab tengok customer lain helok ja redah duk dalam sungai, tapi abah hang dah tunjuk signal makan kat atas darat ja 🤪 sini menu rare dah tentu kari daging rias pisang, jarang2 nak jumpa. Rezeki kami tepi pondok ni ada orang jual durian, kita pilih, depa kupas n hantaq kat meja makan, tudiaa sedap lemak berkrim Durian Udang Merah depa, isi pun bak kuning diraja

Hat ni ja tinggai dalam Booking.com, plan last minute lagutu lah, padan muka bila semua tempat fully booked, cuma kelebihan tempat ni betul2 tepi jalan besaq, dalam pekan Baling, jalan kaki ja nak pi makan atau shopping

5. BossKiter Rooftop Café
Sebelah tempat kami tidoq ja, jalan kaki 20 langkah dah sampai, xdan mekap nak cayaq 🤣 rupanya owner yang sama dengan chalet, malam kami pi makan Western sini, jarang2 jumpa Gravy Sauce yang kena dengan tekak, hat ni sedap macam sendiri masak, giteww 😆 nak makan tang bawah, nak makan tang rooftop ikut s**ati hampa lah, nak walk in boleh nak booking pun boleh aihh.

Kredit: Fara Saila Radzun

20/08/2023

Sambal Ayam Penyet

Bahan-bahan

* 5 tangkai lada merah - potong
* 20 tangkai cilipadi
* 5 ulas bawang putih - hiris
* 5 biji bawang besar/10 biji bawang merah - hiris
* 5 biji tomato - potong 4
2 inci belacan
Ikan bilis - sikit je
Garam
Gula melaka
Minyak
Limau kasturi/limau nipis

Cara-cara

1. Bakar belacan dulu.
2. Masuk minyak 2-3 senduk dalam kuali. Goreng ikan bilis kejap, pastu masukkan sekali semua bahan bertanda * dan goreng sampai layu (termasuk belacan n ikan bilis td)
3. Blender tanpa air.
4. Masuk minyak sikit. Goreng balik semua sampai pecah minyak.
5. Masuk garam n gula merah (sy guna gula kabung).
6. Perah limau.

Siap! Sedap namatey weh

Dulu banyak kali buat tapi tak sedap. Sebabnya!
- goreng sekali je. Patut 2 step goreng.
- belacan terlampau banyak mcm buat sambal belacan, jadi tak sedap
- bawang putih banyak pun jd tak sedap.
- ikan bilis tak berapa garing
- garam dan gula melaka tak seimbang

Kredit Resepi : ana diana

18/08/2023

bestnya kalau dapat makan tengah hari sambil layan suasana kampung macam ni..

perkongsian oleh Dini Gadis Dayak PBD

16/08/2023

Petang tadi punya buat mula² cik somi ckp b*k nya buat,kita diam kan aje..
Bila dah malam sekali dia ambik mkn 3 bekas slow aje habis,dia ckp sedap rupa nya..🤭

Ada yg nak resepi ke,meh sini kak Sal share kan..

10gm agar²
1 tin susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula
5 cawan air
2 sudu tepung kastard
Secubit garam

Filing tu ikut s**a la nak yg perasa apa..

Cara buat mcm buat agar² je cuma tepung kastard tu bancuh dgn air dulu sblm letak..
Masak sampai mendidih ye🥰
Dah siap isi je dlm bekas yg dah di calit filing tadi..
Slmt mencuba ye semua..🥰🥰♥️

Kredit kak sal

12/08/2023

Periuk nasi-nasi s**a jadi basi? Dah kerap nasi jadi basi?
Sebab nasi dah pernah jadi basi berkali kali jadi periuk nasi dah penuh bakteria.

Kalau nasi dah pernah jadi basi 2-3 kali atau kerap dibiarkan nasi sampai basi dalam periuk memang akan hadapi masalh nasi cepat basi.

Sepatutnya nasi akan boleh bertahan 24 jam atau lebih sikit jika dimasak.

Jadi ada petua kalau nasi dah selalu sangat jadi basi atau cept basi.

—————————————————————
Petuanya:

Cuci periuk dengan sabun bagi bersih.pastu masukkan garam kasar 3 genggam penuh campurkan asam gelugur atau asam keping dalam 10 keping atau lebih banyak lebih bagus.tambah sedikit ja air supaya air garam dan asam dapat bersatu

Kisarkan periuk dengan tangan selama 3-4 minit .pastu biarkan selama 15 minit.
Ulangi 3-4 kali.
Buat dekat tudung periuk sekali-sama.

Pastu cuci dengan sabun.

Terakhir bilas dengan air bersih 2 -3 kali. Pastu didihkan selama 15 minit dengan air bersih.

Pasti tak basi lagi sehinggalah anda membiarkan nasi dalam periuk jadi basi semula 2-3 kali.
Masalah akan berulang.

( Untuk lebih lumayan hasilnya : sila direbus dengan 4 cawan air sehingga tinggal 1 cawan air sahaja-semua kuman akan mati.)

2. Untuk cucian beras yg terakhir jangan dicuci dengan tangan.cukup anda mengocak ngocak air dalam periuk dengan teknik menggongcang tangan.sebab air bila terkena tangan atau kulit ia mudah basi. Lakukan 2-3 kali teknik ini.
Selepas dah dituang airnya masukkan air baru tanpa terkena kulit atau tangan mengikut s**atan paras air untuk beras masing masing.
Lumayan hasilnya sampai petang esok pun masih boleh makan nasi tersebut.

3. Masak orang kaya-guna air tapisan biopure atau air mineral atau air masak sejuk….conform tak akan basi .
_____

Kalau ada nasi lebih dicadangkan masuk dalam plastik dan ikat.masukkan kedalam peti ais bahagian buat ais tu...bila nak makan nasi stimkan semula. Jimat banyak tau...
Cara stim:
Selain kukus anda juga boleh masukkan dalam periuk letrik dan tambahkan sedikit air panas.tekan cook’. Buka dah panas...nasi akan jadi cantik semula dan lembut dimakan.
Lagi satu caranya jika anda ada microwafe:
Masukkan kedalam mangkuk tahan panas ..basahkan 2-3 helai tishu, perah air perlahan lahan...buka semula tishu tadi dan letak/tudung diatas nasi tadi...tekanlah cook selama 5-10 minit.
Anda akan dapatk Nasi tadi jadi lembut dan cantik seperti baru dimasak.
( teknik ini juga boleh diguna pada microwave)

Cara panaskan :
Tambah air panas/minum sikit tapi sebelum tu masa awal awal nak buka tudung periuk tu..buka perlahan lahan supaya wap ditudung periuk tu tidak menitis masuk semula kedalam periuk setelah semalaman bertudung sebab wap inilah yang akan membuatkan/mempercepatkan nasi jadi basi. ELAKKAN WAP YANG ADA DITUDUNG PERIUK TU JATUH SEMULA KEDLAM PERIUK.

11/08/2023

Mesti kecik hati isteri dia bila tahu kena viral dgn suami sendiri

Photos from Info Masakan's post 08/08/2023

Hari ni kita ke Bumi Kenyalang Pulak 😎
Menu : Laksa Sarawak

Untuk Resipi Boleh Tgk Bawah Ni Ya.. 👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻Untuk Kali Pertama.. Kita buat paste sendiri tau.. Laksa Sarawak Versi org Kedah Buat 🤞🏻 Selamat Menjamu Selera Semua

Resipi Laksa Sarawak (Sukatan Untuk 10 Orang mcm hari ni aku gandakan dua untuk 20 org)

1 Bungkus Bihun – Rebus Dan Ketepikan
Bahan Paste :
Bahan Blend A
(1) Bijan Putih 1 Cawan – Sangai
(2) Kacang Tanah Kisar 1 ½ Cawan
Bahan Blend B
(1) Bawang Merah 15 Bijik
(2) Serai 6 Batang
(3) 2 Inc Lengkuas
(4) 2 Inc Belacan
(5) Cili Kering / Kisar 4 Sudu Besar
Panaskan Minyak Tumis Bahan B Sehingga Pecah Minyak, Perlahankan Api Dan Mas**an Bahan Blend A, Mas**an 1 Sudu Serbuk Jintan Manis, 1 Sudu Jintan Putih, 1 Sudu Serbuk Ketumbar, 1 Sudu Serbuk Buah Keras (Kalau Tak Ada Serbuk Blend Buah Keras Bersama ) Gaul Rata Masak Sehingga Agak Berwarna Gelap.Siap

Untuk Kuah Laksa
Bahan2nya Adalah
Paste Laksa Yang Diatas
3 Litter Air
2 Batang Serai – Ketuk
3 Kiub Ayam
Garam
Asam Jawa
Santan 500g
1 Tin Susu Cair
Fish Cake

Mas**an 2 Litter Air Dan 2 Batang Serai, Mas**an Udang Biar Sehingga Masak Angkat Dan Mas**an Dalam Ais, Kemudian Ulang Mas**an Isi Ayam Sehingga Masak Angkat Dan Toskan. Dalam Air Yang Sama Mas**an Lagi Satu Litter Air Dan Paste Laksa Yang Kita Buat Td Ke Dalam Air Kacau2 Rata Bila Agak Mendidih Mas**an Santan Dan Susu Dan Akhir Sekali Mas**an Fish Cake,Garam,Kiub Ayam, Asam Jawa Serbuk Perasa. Siap

Bahan Hiasan
Isi Ayam Rebus Yang Dicrik
Udang Rebus
Taugeh – Celur Sekejap
Daun Ketumbar
Telur Dadar
Limau Kasturi
Sambal Tumis Udang

Resipi Sambal Tumis Udang
Bahan Blend
½ Cawan Udang Kering
Sikit Belacan
6 Sudu Cili Kisar
8 Biji Bawang Kecil
3 Ulas Bawang Putih
Sikit Halia
Gula Garam Asam Jawa

Panaskan Minyak Tumis Bahan2 Blend Diatas Sampai Naik Minyak Dan Cabai Masak. Mas**an Air Asam Jawa Dan Semua Perasan. Siap

Credit: Asmiera Cik As

07/08/2023

RESEPI BANCUHAN TEPUNG UNTUK GORENG PISANG, UBI, CEMPEDAK DAN KUIH KASTURI.

BAHAN BAHAN :

1cawan tepung beras
2sb tepung gandum
2sb tepung kastard
1sk marjerin
Sedikit garam
Air kapur

CARA MEMBUATNYA :

Gaul semua bahan. Bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.

Kredit : zalina zolkiply

SELAMAT MENCUBA 👍

07/08/2023

Cekodok/jemput2 ikan bilis rangup di luar dan lembut di dalam.. Dah sejuk pun masih lembut lagi...

Sy share resepi cnp

Bahan-Bahan:
🥞 Tepung Gandum - 2 cawan (diayak)
🥞 Tepung Jagung - 1/2 cawan (diayak)
🥞 Udang Segar (saiz kecik) - semangkok (buang kulit)
🥞Baking Powder - 1 sudu teh
🥞 Bawang Besar - sebiji (potong dadu)
🥞 Mentega / Marjerin - 1 1/2 sudu besar (dicairkan dulu)
🥞 Udang Kering - segenggam (rendam air panas sampai kembang, pastu tos dan blend kering)
🥞 Garam & Serbuk Perasa sikit
🥞 Telur Ayam - sebiji
🥞 Serbuk Kunyit - 1/2 sudu teh

Cara-Cara:
Gaul semua bahan sampai rata.. Masukkan air sikit demi sikit sampai adunan melekat kat sudu (tak terlalu cair dan tak terlalu pekat).. Rasa masinnya dulu.. dan perap adunan kejap 15 minit.. Panaskan minyak, gunakan 2 sudu besar, cedok adunan dgn sudu (1/2 - 3/4 penuh sudu) dan gunakan sudu lagi satu utk tolak adunan dlm sudu ke dalam minyak.. Dengan cara ni, cekodok akan cantik bulat2 dan tak l***r.. Goreng sampai garing.. dap!!

Note: Kalau takde udang, boleh buat cekodok bawang + ikan bilis.. bawang besar potong dadu, blend kering ikan bilis, carrot potong dadu kecik2 dan/atau kacang panjang potong kecik2 gak... Gaul semua..
Sumber : Zawiyah Awang

07/08/2023

Hahaha sabor je lah!

Videos (show all)

Katanya mall baru buka di india
Cara buat sirih hipster..
Ni Nak masak ke nak mengamuk 🤣🤣
Kuss semangat!
Anak sapa pulak ni
bestnya kalau dapat makan tengah hari sambil layan suasana kampung macam ni..perkongsian oleh Dini Gadis Dayak PBD
korang pernah makan MAGGI CHOP?
telur paling senang blh goreng kat rumah budak pun goreng
viral di amerika, megi kari letak isi kambing..
🌸Resepi RoseGedil Gardenia🌸TikTok🎥@adikfoods
Oyen tak pernah tak buat hal.. tangan kawan dikokaknya..
Resipi Donut kampong cara org tua Perasa redvelvetSaya halalkan resipi saya utk hampa semua…Saya sedekahkan pahala saya ...

Website