The Realblackdaggers

The Realblackdaggers

LEGASI SUMPAH SATRIA

09/12/2016

Improvised Explosive Device (IED) Safe Standoff Distance Cheat Sheet

apa ni?
maklumat ringkas lingkungan kawasan letupan IED atau bahan letupan diubahsuai ( betul ke?) serta jarak selamat daripadanya

dapat mana?
sumber : https://publicintelligence.net/u-s-army-improvised-explosive-device-ied-safe-standoff-distance-cheat-sheet/

untuk siapa?
rakan2 yg terlibat dalam pasukan keselamatan dan pasukan menyelamat ketika berada dlm senario ancaman IED atau bahan yg menimbulkan syak sbg IED, serta org awam yg terlampau excited nak selfie atau rekod video dalam senario sebegitu. org dh bgtau jarak selamat, kalau sendiri gatal2 pegi dekat, kalau terkena. jangan dok melalak salahkan sesapa

tak bahaya ke maklumat sebegini dikongsi?
baca terang2 tulisan kat bawah tu.. UNCLASSIFIED maksudnya maklumat telah dinyahrahsia

boleh pakai ke?
sebagai panduan sahaja. sesapa yg terlibat dlm bidang ni akan tau bahawa bentuk ancaman bersifat dinamik dan berubah sebilang masa

boleh share ke?
admin tak letak watermark admin sbb bukan hasil kerja admin. sumber telah disebut di atas.kredit kpd mereka.klu share, sbg maklumat. kalau nk guna utk buat benda tak betul..akibatnya sendiri tanggung. sebilah pisau, boleh saja menjadi alat yg menyelamatkan atau alat yg melukakan, bergantung kpd penggunaan. cuma nak pesan, kalau pandai2 sendiri nk bereksperimen..akibatnya sendiri mau ingat.ada akal..pakai.jangan taruk kat lutut

sekain..=WRA=

09/12/2016

Tiga militan Abu Sayyaf mati ditembak

Tiga militan Abu Sayyaf mati ditembak
UTUSAN ONLINE
09 Disember 2016 1:03 AM
militan

TAWAU 9 Dis. - Sekurang-kurangnya tiga penjenayah dipercayai militan Abu Sayyaf maut dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan daripada Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA), Tawau yang menyamar sebagai nelayan di perairan negara berhampiran Pulau Gaya malam tadi.
Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam, dipercayai tiga lagi anggota militan berkenaan berjaya ditangkap selepas cuba menculik kesemua individu di dalam bot berkenaan tanpa menyedari mereka adalah anggota polis yang melakukan penyamaran.

Katanya, ketika kejadian, kesemua anggota polis berkenaan sedang melakukan Op Coral dan menyamar sebagai nelayan dalam usaha membendung jenayah di perairan negara terutama insiden penculikan yang didalangi oleh militan dari selatan Filipina itu.

"Ketika sedang bertugas melakukan penyamaran, sebuah bot dinaiki militan berkenaan datang rapat dan cuba menculik kesemua anak kapal.

"Anggota PGA yang sudah bersiap sedia kemudiannya segera melepaskan tembakan dan berjaya membunuh sekurang-kurangnya tiga orang manakala yang selebihnya ditangkap," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi.

Sementara itu, sumber tersebut berkata, kump**an pejenayah berkenaan yang lengkap bersenjata turut melepaskan tembakan dan mencederakan seorang anggota keselamatan di bahagian kaki, namun mangsa telah dihantar ke Hospital Semporna untuk menerima rawatan.
Op Coral yang dilancarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan operasi khas untuk membendung jenayah di perairan negara manakala kawalan keselamatan di p**au-p**au dikenali sebagai Op Taring.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun dijangka mengadakan sidang akhbar di Semporna pada pukul 10 pagi ini

- Sumber: http://m.utusan.com.my/berita/terkini/tiga-militan-abu-sayyaf-mati-ditembak-1.418035 .xuFmwWm5.dpuf ...=WRA=

m.utusan.com.my TAWAU 9 Dis. - Sekurang-kurangnya tiga penjenayah dipercayai militan Abu Sayyaf maut dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan daripada Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA), Tawau yang menyamar sebagai nelayan di perairan negara berhampiran Pulau Gaya malam tadi.

09/12/2016

logo formasi TD yg mula dipakai di lengan baju uniform loreng digital bermula majlis perbarisan penghargaan Panglima TD pd hari ini. terima kasih kpd pengirim..=WRA=

08/12/2016

8 Disember 1941...

Bg yg hidup di zaman itu,hari ini...75 tahun lalu..pasti tiba2 terpinga apabila siaran2 radio dihentikan bg memberi laluan kpd berita bahawa malaya telah diserang jepun. Di jalanraya,kelihatan gerombolan askar jepun mengayuh basikal atau berjalan kaki mula memasuki kawasan bandar dan pekan. Di atas kepala,mula kelihatan pesaqat penyerang bersimpang siur. Org2 british kelihatan kelam kabut meninggalkan rumah dan pejabat masing2...di sana sini, letupan bom mula kedengaran.jiran dan rakan 2 jepun...ada sesetengahnya disangka cina sebelum ini...mula muncul dgn pakaian seragam tentera...dgn gelagat yg jauh berbeza. Ada sesetengah org malaya yg bersorak gembira..ada p**a yg resah gelisah....

Dan bermulalah era kebangkitan nasionalisme besar2an. 3 tahun 8 bulan, bumi malaya dilanda gerhana. Jepun rakus mengaut untung, melayu makin tersadung,cina melarikan diri ke kampung...sementara di estet2, india p**a terkepung.british lari meninggalkan benteng, dan anak2 bangsa mula sedar bahawa tiada sesiapa utk diharapkn melainkn diri mereka sendiri x..manakala komunis p**a menjadi musang mengambil kesempatan....

Ini adalah sejarah bumi bertuah ini...yg menyaksikan kesepaduan paling utuh penduduknya saat dilanda musibah. ..=WRA=

*KAJIAN DAN JAJARAN TERBARU MENDAPATI TANAH MELAYU TERLEBIH DULU MENJADI MANGSA SERANGAN BERBANDING PEARL HARBOUR...KREDIT KPD SUMBER ASAL

07/12/2016

keadaan trak yg terkena seranghendap dlm insiden seranghendap ulu legong. 7 terkorban, 2 cedera, dan seorang cedera parah dalam operasi susulan..=WRA=

07/12/2016

BELASUNGKAWA..INNALILLAHIWAINNAILAHIROJIUN

The Realblackdaggers ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Encik Shafi’i bin Kassim - salah seorang survivor dalam kejadian seranghendap Ulu Legong, yang telah terkorban dalam satu kemalangan pd 25 November lepas bersama-sama isteri dan anak perempuannya. beliau telah terselamat dalam kejadian seranghendap tersebut, tapi takdir telah menentukan, beliau terkorban dalam kemalangan kali ini.

Kisah beliau turut termuat dalam novel perang . sepanjang pembikinan novel tersebut, arwah banyak membantu dan sangat bekerjasama dalam penyiapan novel tersebut serta proses merealisasikan catatan kenangan insiden yg melibatkan rakan-rakan dan beliau sendiri. semoga jasa arwah termaktub dalam lipatan kenangan kisah perajurit negara..dan semoga roh arwah ditempatkan bersama golongan beriman..al-fatihah..=WRA=

06/12/2016

E3f..pernah dengar?...=WRA=

MAJLIS MERAIKAN PASUKAN OPERASI KHAS F (PASUKAN F) PDRM

Kuala Lumpur, 6 Disember 2016 - Majlis Makan Malam Pasukan F: Jasamu Dikenang telah diadakan sebentar tadi di Dewan Bankuet, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur bagi meraikan barisan perwira negara di kalangan Pasukan Operasi Khas (E3F) menentang anasir subversif komunis dalam negara ini suatu ketika dahulu.

Adalah menjadi hari penting dalam sejarah tanah air, kerana buat kali pertama, pengkisahan berkenaan Pasukan Operasi Khas F ini didedahkan setelah lebih dua dekad kejayaan pasukan ini dalam menabur akti dan jasa kepada negara tersimpan rapi tanpa pengetahuan umum.

Pasukan Operasi Khas (E3F) atau lebih dikenali sebagai Pasukan F ini telah diletakkan di dalam Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) di mana misi ulungnya adalah untuk menamatkan perjuangan bersenjata komunis oleh Parti Komunis Malaya dan Parti Komunis Kalimantan Utara sehingga Perjanjian Damai Haadyai termetrai pada tarikh keramat 2 Disember 1989.

Berpegang teguh kepada motto, ‘Hanya Yang Berani’, kecemerlangan pasukan elit Cawangan Khas PDRM ini tidak dapat dinafikan lagi menerusi beberapa siri operasi gah yang telah dilancarkan demi mempertahankan tanah watan daripada dijajah komunis.

Antara operasi-operasi mega yang sering disanjung dan diingati sehingga kini adalah Operasi Kelong pada tahun 1976, Operasi Kelah pada tahun 1982 dan Operasi Taloong pada tahun 1988.

Majlis meraikan perwira-perwira negara ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim dan turut dihadiri oleh bekas Ketua Polis Negara kelima, Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor yang juga merupakan individu penting bagi memastikan Perjanjian Damai Haadyai 1989 itu sendiri tercapai.

Dalam majlis tersebut juga telah diserikan lagi dengan beberapa persembahan khas dan bacaan sajak oleh para pegawai dan anggota PDRM.

Para tetamu yang hadir turut 'dibawa' kembali menelusuri zaman kegemilangan pasukan ini menerusi beberapa klip video yang ditayangkan.

Tan Sri Noor Rashid yang hadir mewakili pucuk pimpinan PDRM pada malam ini telah turut berbesar hati menyampaikan Sijil Penghargaan kepada 131 orang perwira yang masih berkhidmat dan telah bersara yang pernah berkhidmat dalam Pasukan F.

Hadir sama dalam majlis yang penuh bersejarah itu adalah Pengarah Cawangan Khas, Dato' Seri Mohamad Fuzi Harun, para pegawai kanan PDRM dan rakan-rakan media.

06/12/2016

Wanita sebenar...bukan mcm yg dilakonkan dlm drama pkl 7 dgn kisah2 bangang spt lakiku jatuh dr langit atau suamiku mr sotong...=WRA=

SRIKANDI MELAYU YANG MEMENGGAL KEPALA RAJA AGUNG ORANG THAI

Siapa bilang bahawa gadis Melayu ialah gadis yang lemah dan menurut perintah sahaja? Nah, ini ada sebuah kisah yang bakal membuka mata kalian, tentang satu susuk tubuh yang harus dibanggakan oleh kita seluruh umat Melayu. Adruja Wijayamala Singa namanya, bangsanya Melayu, agamanya Islam.

Adruja itu ialah sebutan yang dipendekkan daripada “aadhi raja” yang bermaksud raja yang besar, mulia, tinggi darjatnya, yang utama, yang terbaik dan pemuka pasukan perang; ‘Wijayamala’ p**a merujuk kepada sejenis bunga seroja sakti yang dikatakan dapat menghidupkan orang mati; manakala ‘Singa’ p**a merupakan satu variasi bagi sebutan “simha” yang bermaksud singa – raja segala haiwan.

Seperti namanya, insan ini seberani singa dan merupakan raja yang mulia. Semangatnya membangkitkan kembali seluruh semangat anak bangsanya. Itulah dia anak kepada Sultan Muhammad atau Raja Sang Tawal yang memerintah sebuah negara kota Melayu bernama Grahi (memerintah pada tahun 1267-1335 Masihi). Lebih dikagumi, banginda ialah keturunan kepada seorang Maharaja Srivijaya daripada dinasti Mauli iaitu Srimat Trailokyaraja Maulibhusana Warmadewa. Seperti nenek moyangnya, insan ini juga bakal memahat nama dalam sejarah.

Gadis ini dilahirkan pada zaman Kerajaan Sukothai yang acap kali menyerang negara Kota Grahi. Raja Rama Khamhaeng namanya, raja yang diceritakan sebagai sangat zalim. Berkali-kali raja zalim ini cuba untuk meluaskan jajahannya ke atas tanah Melayu, namun dihalang oleh Raja Aminuddin (1253-1267 Masihi) iaitu nenda kepada Adruja.

[Sedikit Perihal Hidup Adruja Wijayamala Singa]

Sejak kecil lagi, Adruja dikatakan sangat mahir menunggang kuda dan bermain senjata seperti kelewang. Baginda dikatakan sangat lasak dan kasar. Namun disebalik kekasarannya itu, masih terserlah sikap keperempuanannya. Seperti mana bangsa Melayu yang tidak pernah terpisah dengan bunga, begitu juga dengan Adruja Wijayamala Singa. Adruja dikatakan amat menyukai wangian kayu cendana yang telah dicampurkan ke dalam minyak wangi yang diperbuat daripada bunga melur.

Apabila usianya meningkat belasan tahun, maka Adruja dikatakan sering mengikuti ayahnya ke medan perang. Bahkan puteri ini diberi tanggungjawab besar, membawa bendera kerajaan Grahi ketika peperangan ayahnya dengan Sukothai. Dalam peperangan itu juga, Adruja biasanya memainkan peranan dengan memberi rawatan kepada askar-askar ayahnya yang cedera.

Peperangan itu juga membuka mata Adruja yang melihatkan betapa negara kota Grahi selalu berundur dan semangat rakyatnya yang pudar, maka tergeraklah hatinya mahu membuat sesuatu dengan menubuhkan pasukan khas perempuan untuk sama berjuang dengan kaum lelaki di medan perang.
Cadangannya itu dibawa kepada ayahnya, namun pada awalnya ditolak, namun kerana sayangkan anak perempuannya, maka Raja Sang Tawal atau Sultan Muhammad terpaksa memperkenan juga. Pelbagai cara dibuat untuk menyelamatkan Adruja namun ditolak mentah-mentah. Antaranya dengan mengahwinkan puteri ini. Tahu tak para pembaca apa respon puteri raja ini?

“Ayahanda mahu kahwinkan anakanda? Tidak! Sesiapa yang mahukan anakanda, sila bertarung senjata satu lawan satu. Jika menang, boleh.”

[Pasukan Khas Terdiri Daripada Janda Kehilangan Suami]

Selepas berjaya mendapat perkenan ayahnya, maka Adruja pun berusaha membentuk pasukan ini. Pada asalnya, dia menghampiri anak dara yang belum kahwin, namun semuanya ditolak. Maka datangnya p**a para janda muda yang telah kematian suami mereka di medan perang akibat berperang dengan Sukothai, maka mereka semua menolak membuatkan Adruja berang. Ucapannya berbunyi seperti di bawah untuk mereka:

“Cis! Semua kamu nak serahkan kepada lelaki. Sekarang, apa dah jadi kepada kamu? Hidup tercungap-cungap, merempat, harapkan belas kasihan orang. Bagaikan pengemis! Lebih baik kalian ku latih agar dapat berperang. Bahkan lebih berani daripada bapa-bapa dan abang-abang kamu yang takut menghadapi gajah Sukhothai hingga kecut pelir mereka.”

“Inilah masanya kalian menuntut bela agar tenteram roh mereka yang sudah pergi. Beta tak dapat memberikan harta kepada kalian. Tetapi ingat! Ketika kalian mati, kalian akan mati syahid kerana mempertahankan agama dan negara kalian. Itulah janji bagi orang Islam, agama yang baru kamu anuti sekarang.”

Mendengarkan ucapan itu, para janda muda itu seperti tersentak dari lena. Maka mereka bersetuju dan Adruja sendiri yang melatih pada janda muda berperang. Segala bekalan senjata diusahakan oleh Adruja untuk pasukan khas itu. Dari puluhan kud ayang didapati daripada pedagang arab dan turki, sehinggalah ke senjata ringan yang boleh digunakan kaum hawa. Adruja sendiri mempunyai kuda putih, yang diberi nama Halilintar. Nama kump**an itu diberi nama Seri Wijayamala.

[Jangan perlekehkan kami!]

Selepas merasakan bahawa latihan yang dijalankan ke atas pasukan itu cukup, maka Adruja pun menghadap Raja Sang Tawal yang sedang sibuk bermesyuarat dengan panglima-panglima perang. Lantas ketika itu, Raja Sang Tawal diajak bersama para panglima perangnya ke tingkap istana, untuk memperkenalkan para ahli pasukannya.

“Itulah pasukan khas patik. Hanya 41 orang. Kebanyakannya janda dan hamba abdi serta budak suruhan, untuk berperang bersama ayahanda kelak”.

Setelah melihat pasukan khas tersebut, para panglima bertanya kepada Adruja tentang kemampuan mereka – sama ada mereka mampu memikul tombak serta memanah atau pun tidak. Malah, ada juga di antara mereka yang memperlekehkan kemampuan pasukan khas tersebut dengan tersengih-sengih dan ketawa kecil.

Tindakan para panglima tersebut telah membuatkan dada Adruja membara, lalu ditariknya salah seorang dari kump**an panglima tersebut dan membawanya ke ruang tingkap. Adruja segera memberi arahan kepada Puspa, salah seorang pengikutnya yang berdiri puluhan ela di bawah istana supaya terus memanah panglima tersebut.

Anak panah yang dilepaskan Puspa berdesing membelah udara lalu melekat pada daun tingkap – hanya sejengkal dari muka panglima tersebut. Adruja lantas berkata kepada para panglima yang memperlekehkan pasukan khasnya:

“Jika itu belum memuaskan kalian, silalah tunggu di tingkap itu untuk perintahku yang kedua”.

[Serangan Sukothai Yang Pertama]

Pasukan Sriwijayamala di bawah Adruja sentiasa berwaspada. Pada suatu malam, diceritakan bahawa salah seorang ahli pasukan itu yang sedang berkawal di dalam kota terlihat sebusur panah berapi yang dilancarkan ke udara. Ini menandakan bahawa sebuah kampung di utara di serang oleh tentera Sukhothai. Maka, Adruja pun mengetuai pasukannya menyerbu keluar menyelamatkan kampung itu. Dilihatnya ukhothai sedang mengganas. Mereka membakar kampung, membunuh segala lelaki dan mengheret wanita keluar dari kampung itu.

Maka, Adruja menjadi penyelamat pada malam itu. Tentera Sukothai yang membuat kacau itu menjadi mangsa serangan mengejut mereka. Seorang tentera Sukothai yang cuba merogol seorang gadis kampung itu berjaya ditebas kepalanya oleh Adruja oleh senjatanya yang bernama Kilatan.

Pada malam itu, Adruja berjaya menyelamatkan ramai wanita Melayu. Tiada seorang pun tentera Siam Sukhothai yang berjaya p**ang ke markas mereka. Adruja dan para pengikutnya p**a hanya mengalami luka-luka kecil. Mereka berjaya membuktikan kecekapan mereka di medan perang.

[Dendam Rama Khamhaeng]

Apa yang dilakukan oleh Adruja itu menyebabkan Rama Khamhaeng benar-benar terbakar. Tiada seorang pun askar Sukothai yang dihantar membuat kacau itu p**ang. Maka, Rama Khamhaeng pun mengarahkan bala askar dikerahkan ke Kota Grahi dan baginda sendiri yang akan mengetuai bala askar itu.

Maka apabila khabar itu sampai kepada Grahi, maka Raja Sang Tawal pun mengarahkan semua menteri dan panglima perangnya untuk berbincang serangan balas. Dan ketika itu, Adruja diarahkan untuk kekal dalam kota dan tidak menyertai peperangan itu.

Penduduk kota yang mengenali Adruja bertanya mengapakah Adruja tidak turut serta sekali.

“Raja fikir aku perempuan biasa. Layak menunggu di dalam kota sahaja”.

Kata Adruja kepada perempuan tersebut. Lantas perempuan tersebut berkata:

“Tapi… kami dengar cerita dari orang Tuan Puteri sendiri,
banyak kampung di utara Grahi telah Tuan Puteri selamatkan”.

Setelah mendengar kata-kata perempuan tersebut, maka tersenyumlah sang puteri seorang diri. Adruja mula menyedari bahawa perihal itu tidak pernah dilaporkan kepada Raja Sang Tawal dan sememangnya ingin dirahsiakan.

[Serangan Kedua Sukothai]

Adruja berasa gelisah kerana sepanjang hari itu, dia tidak boleh turun untuk berperang,. Maka diarahkan Puspa untuk melihat keadaan di luar kota. Dilihatnya bahawa terdapat dua ketumbukan tentera – satu untuk berperang dengan angkatan tentera Grahi, satu lagi untuk menyerang kota secara mengejut.

Puspa segera memaklumkan kepada puterinya. Adruja lantas mengarahkan semua anggota Seri Wijayamala bertindak. Kehadiran mereka telah mengejutkan pihak musuh.

“Jahanamkan mereka! Bunuh semuanya! Anak haram jadah! Binatang! Cincang habis!”

Jerit Adruja seraya menghayunkan kelewang panjangnya (Kilatan) sambil memecahkan kepala serta memutuskan tubuh-tubuh musuh. Kemudian, arahan diberikan kepada dua orang rakan seperjuangannya yang bernama Seroja dan Sundari:

“Kau Seroja, panah dari atas kota sana. Kau Sundari, suruh para abdi siapkan kuda kita”.

[Lagenda Lelaki Bertongkat Dan Bertasbih]
Pencerobohan itu akhirnya berjaya dihindari dan Kota Grahi terselamat. Namun begitu, itulah pertama kali hati Adruja berasa amat hiba dan remuk-redam kerana perbuatan pihak musuh yang amat zalim terhadap orang-orang yang lemah.

Pasukan Seri Wijayamala menangis teresak-esak, sambil mendakap para wanita dan kanak-kanak yang meraung. Air mata Adruja jatuh berlinangan. Adruja mengetapkan bibirnya. Tiba-tiba, datang seorang lelaki tua bertongkat menuju ke arah puteri tersebut lalu berkata dengan sebaknya:

“Tuan Puteri, hamba sudah tua… Tiada tenaga lagi memerangi musuh kita. Bawalah tasbih hamba ini. Semoga Tuan Puteri mencapai kemenangan yang luar biasa… Insyallah…. Ucaplah, ‘Ya Jabbar Ya Qahhar’…”.

Lelaki tua bertongkat itu mengucup tangan Adruja lalu pergi dari situ. Belum sempat sang puteri mengucapkan terima kasih, para anggota Seri Wijayamala sudah mengerumuninya dan bersiap-sedia. Adruja memberi arahan kepada pasukan Seri Wijayamala:

“Wahai pasukanku, Seri Wijayamala… Lilitlah rambutmu dengan kain hijau seperti serban yang dipakai ayahmu, suamimu atau saudaramu yang pergi berjuang demi agama dan tanah air. Aku tahu, tentera ayahanda sedang terpukul teruk. Aku juga tahu, hari ini Rama Khamhaeng turut memimpin tenteranya. Hari ini hari penentuan! Puspa, lilitkan serban kuning ini ke kepalaku.”

Tiba-tiba, kedengaran laungan azan berkumandang di atas kota. Suara seorang tua – dipercayai lelaki tua bertongkat yang memberi tasbih kepada Adruja sebentar tadi. Adruja segera memakai tasbih tersebut di lehernya dan terus menunggang kuda putihnya yang bernama Halilintar.

Adruja memakai tasbih pemberian seorang lelaki tua bertongkat di lehernya. Selesai sahaja azan, Adruja melaungkan ungkapan “Allahuakbar” yang kemudiannya disambut oleh semua yang hadir. Semua wirawati Seri Wijayamala terus memecut kuda yang menderu keluar dari kota bagai angin taufan. Tanpa menoleh ke belakang lagi, pasukan khas tersebut terus memacu kuda di belakang ketua mereka

[Tumbangnya Rama Khamaeng]

Benarlah jangkaan Adruja. Di medan perang, segala pasukan bergajah Siam Sukhothai sedang meredah dan merempuh apa sahaja di hadapan mereka. Orang dan kuda habis dibelit dengan belalai, dipijak dengan kaki atau dirodok oleh gading gajah.

Lima anggota Seri Wijayamala telah bersiap-sedia dengan tombak bercangkuk. Mereka turut dibantu oleh pasukan berpanah dan pasukan yang memakai kusa – sejenis alat yang ditakuti gajah.

Adruja dengan pantas terus merodok pusat Rama Khamhaeng dengan Kilatan, lalu ditusuknya ke atas hingga ke tenggorok. Pecahlah jantung dan terburailah segala tali perut dengan semburan darah membuak-buak. Kelewang dicabut, lalu leher raja tersebut ditebas hingga terpisahlah kepalanya dari tubuh. Kemudian, Puspa mengambil kepala Rama Khamhaeng dan menancapnya pada hujung tombak lalu diberikan kepada Adruja.

“Heret bedebah ini ke laut! Cincang sesiapa yang cuba menghalang!”

Jerit Adruja kepada pasukan Seri Wijayamala. Dua orang wirawati segera mengangkat kedua-dua belah kaki Raja Siam Sukhothai itu lalu mengheretnya dengan kuda menuju ke pantai.

Perbuatan tersebut telah menyebabkan tentera Siam Sukhothai bersikap seperti orang gila. Mereka cuba untuk mendapatkan kembali kepala Rama Khamhaeng. Adruja dengan segera mencantas dan menebas mereka. Para tentera Siam Sukhothai yang cuba mendapatkan badannya p**a terus dipanah oleh pasukan berpanah Seri Wijayamala.

“Seroja, bawa balik kepala ini. Biar beta selesaikan saki-baki anjing-anjing ini.”

Para tentera Siam Sukhothai mula hilang semangat setelah menyaksikan kematian raja mereka. Tiada apa yang boleh mereka lakukan selain berlutut meratap menyembah bumi. Itulah hari bencana besar bagi bangsa Siam (Thai) dari negara Sukhothai kerana tidak menjangka yang mereka akan mati dibunuh oleh seorang puteri raja dengan pasukan khas wanitanya yang bengis.

Adruja mengarahkan semua wirawati supaya mencantas belalai gajah-gajah milik tentera Siam Sukhothai. Pada mulanya, mereka tidak sampai hati hendak membunuh haiwan-haiwan tersebut. Setelah melihat Adruja sendiri mencantas belalai gajah hitam milik Rama Khamhaeng, akhirnya mereka turut berbuat demikian.

Habis semua gajah jatuh merempuh pihak musuh. Barisan hadapan tentera Siam Sukhothai yang berlutut meratapi kehilangan raja mereka turut diranap oleh gajah mereka sendiri. Saki-baki tentera Siam Sukhothai yang lainnya habis dibunuh oleh Adruja dan pasukan khas Seri Wijayamala.

Sementara itu, badan Raja Rama Khamhaeng yang sedang diheret ke pantai p**a terus ditombak dan dicincang sepanjang jalan sehingga hanya tinggal rangka dan cebisan daging sahaja. Setelah tiba di tepi pantai, badannya dicampak lalu dihanyutkan ke Laut China Selatan.

Perbuatan tersebut dilakukan di hadapan tentera Siam Sukhothai yang mengiringi mayat raja mereka. Akibat terlalu takut, maka larilah saki-baki tentera musuh untuk menyelamatkan nyawa mereka. Inilah kata-kata keramat Adruja Wijayamala Singa:

“Dengan tertebasnya kepala si bedebah ini (Raja Rama Khamhaeng), maka ku harap bangsa ini (Siam atau Thai) akan tersekat dan tidak melanda tanah bangsa Melayu (Semenanjung Tanah Melayu) seterusnya, agar kekallah bangsaku (Melayu) dan agamaku (Islam) zaman-berzaman”.

Setelah berakhirnya perang, pasukan khas Seri Wijayamala membantu rakan-rakan mereka yang tercedera dan membawa mereka p**ang ke Grahi. Adruja adalah orang terakhir yang meninggalkan medan perang, ketika merah senja mewarnai langit di sebelah barat. Menurut catatan sejarah, peristiwa Adruja memenggal kepala Raja Rama Khamhaeng ini berlaku pada tahun 1317 Masihi.

[Kesultanan Serendah Sekebun Bunga/Kesultanan Kisaran Payung]

Dipendekkan cerita, serangan bertali arus dari pewaris Rama Khamhaeng, iaitu Loethai, maka jatuhlah Kota Grahi dan Raja Sang Tawal pun berundur sehingga ke Sanjura inilah, Raja Sang Tawal telah mengarahkan supaya dibina sebuah kota di Langkasuka untuk dijadikan sebagai pusat pemerintahan yang baharu.

Dan ketika itu, Raja Sang Tawal juga telah menganugerahkan sebuah negeri kepada Adruja sebagai mengenang jasa puteri kesayangannya itu yang telah berperang demi tanah air serta mencantas kepala Raja Rama Khamhaeng. Negeri tersebut diberi nama Serendah (Seri Indah) Sekebun Bunga atau nama lainnya, Kisaran Payung.

Dalam tempoh yang singkat, Serendah (Seri Indah) Sekebun Bunga atau Kisaran Payung telah berubah menjadi sebuah negeri yang sungguh indah di bawah pemerintahan Adruja. Baginda juga diberi gelaran ‘Cik Siti Wan Kembang’ oleh rakyat tempatan.

Lama-kelamaan, gelaran tersebut telah menjadi satu gelaran rasmi bagi semua raja perempuan yang memerintah negeri tersebut. Menurut sumber pensejarahan di negeri Kelantan, Adruja Wijayamala Singa ialah Cik Siti Wan Kembang yang pertama.

[Kesimp**an]

Sesungguhnya semangat perjuangan Adruja Wijayamala Singa adalah patut dikenang oleh kita semua. Baginda tidak pernah gentar dalam mempertahankan agama, bangsa dan tanah air. Biar bergadai nyawa sekalipun, baginda tidak sanggup melihat anak bangsa baginda dijajah oleh bangsa asing. Kita semua haruslah mempunyai semangat itu dalam diri kita. Biar putih tulang, jangan putih mata!

Sumber: 101 Puteri Dunia Melayu terbitan Jabatan Muzium Negara

GAMBAR: Busana Cik Siti Wan Kembang. Busana ini mungkin paling dekat untuk menggambarkan pakaian Adruja Wijayamala Singa.

-HE-

04/12/2016

Petikan kisah " Siren Biru" drpd

“ Apa ceritanya Encik?”, tanya Sarjan setelah Jumaat menghirup kopi panas yang dihidangkan. Jumaat menarik nafas. Dengan perlahan, dia memulakan kisah dari awal.

“ Nasiblah ada Tuan Singh tu tadi. Kalau tak..tak taulah..”, keluhnya. Sarjan itu menghembuskan asap rokoknya. Dia memandang ke arah anggotanya yang sedang duduk di sebelah, mendengar kisah itu dengan khusyuk. Isteri Jumaat mengalih kedudukannya di atas sofa di sebelah hujung. Sarjan tersenyum, disambut anak buahnya. “ Harvinder memang baik..selalu tolong orang”, ujarnya. “ Tapi Sarjan, kenapa dia tak masuk balai tadi? Dia kata nak ke sini tadi.kerjanya dah habis”, Jumaat tertanya-tanya.

“ Dia takkan balik ke balai sampai bila-bila”, jawab Sarjan. Salamah tak mampu menahan mulutnya. “ Kenapa p**ak Sarjan?”.

“ Sebab dia dah meninggal”. Jawapan Sarjan itu menyebabkan kopi yang dihirup Jumaat tersembur keluar. Dia berpandangan sesama sendiri dengan Salamah. Sarjan bersandar ke sofa. Asap rokoknya dihembus ke arah lain, menjauhkannya daripada Salamah.

“ Tiga tahun dulu, Harvinder ditugaskan ke sini..bahagian trafik. Dia tu baik, rajin, sangat peramah. Selalu sangatlah dia bertugas melebihi masa kerjanya. Selalu jugak dia meronda kawasan yang Encik tersangkut tadi tu. Katanya, dia prihatin dengan pemandu-pemandu yang mungkin ada masalah kat situ. Memang kawasan tu keras sikit. Selain daripada cubaan merompak..ada binatang liar kadangkala terlepas naik ke jalan..atau kadangkala ada gangguan makhluk halus. Selalunya, benda tu datang dalam bentuk kabus sampai pemandu tak nampak jalan. Selalu jugaklah jadi kemalangan kat situ”. Sarjan berhenti untuk menghirup kopinya. Setelah tekaknya basah kembali, dia menyambung kisah. Jumaat dan Salamah menanti sambungan kisahnya.

“ Enam bulan bertugas, dia kemalangan...dilanggar lari. Motornya terhumabn ke gaung. Mayatnya dijumpai di tebing. Dari kesan, kami rasa yang langgar dia tu adalah lori”. Sarjan mengeluarkan album dari bawah meja kopi itu. Helaiannya dibuka sehinngalah sampai ke mukasurat tertentu. Ia diserahkan kepada Jumaat. Jantung Jumaat kembali berdegup pantas melihat gambar lelaki yang membantunya itu tadi.

“ Sejak tu..balai ni selalu jadi persinggahan pemandu-pemandu yang menghadapi masalah di kawasan tu. Ada yang tayar pancit macam Encik tadi...ada yang enjin mati tiba-tiba..ada yang terbabas sebab nampak benda. Semuanya bercerita benda yang sama..kata mereka dibantu oleh Harvinder. Mulanya kami tak percaya..sampailah satu kes tu. Beberapa pemuda yang memandu semberono datang ke sini dalam keadaan cemas. Kata mereka, ada motor polis ikut mereka. Tak kira berapa laju, motor tu mengikut sebbelah kereta mereka. Sebab takut, mereka singgah ke sini. Inilah lelaki yang menunggang motor tu kata mereka”. Sarjan menyimpan kembali album itu.

Jumaat termenung. Baru dia perasan. Tadi, sepanjang memandu ke sini, memang kelihatan kabus yang menyelubungi mereka seakan terpecah apabila dialui oleh motorsikal Harvinder dan hanya kembali bercantum selepas kereta mereka melalui jalan tersebut.

“ Orang baik semasa hayatnya..dan kebaikan tu tak terhenti selepas tamat hayatnya. Dia tak kacau orang..sebaliknya banyak membantu p**ak”. Kata-kata itu membuatkan Jumaat teringat apa yang dikatakan Harvinder..atau rohnya tadi. “Kita..mana-mana agama percaya..orang baik..Tuhan akan selalu lindung..selalu tolong. Macam itu Encik punya isteri..ada bawak baby. Itu baby..kalau Encik mau tau..suci. Kita percaya, ada malaikat ikut dia..lindung sama dia dan dia punya ibu..”. tak kira apa batas agamanya, memang betul. Orang yang baik, kebaikannya takkan terhenti, bisik hatinya...=WRA=

04/12/2016

Hadamkan....=WRA=

04/12/2016

PENSTRUKTURAN SEMULA GGK

Menginjak usia 51 tahun, yg menyaksikan pasukan yg ditubuhkan pd tahun 1965 ini semakin matang. Tiada siapa rasanya dapat menafikan keampuhan pasukan ini yg dianggap sebagai antara " tips of the spear" pasukan keselamatan negara..seiring dgn pasukan-pasukan khas lain. Peranan yg telah dimainkan oleh pasukan ini dalam membentengi sempadan negara, serta menabur jasa di perbatasan antarabangsa dan dalam " military operations other than war" ternyata tidak dapat disangkal lagi.

Sebagai sebuah pasukan komando, pasukan GGK sememangnya memiliki kemampuan beroperasi dalam pelbagai spektrum meliputi permukaan darat, laut dan udara. Kepakaran pasukan ini ditambah lagi dgn fokus kpd operasi-operasi memerangi keganasan yg semakin mencengkam senario pertahanan antarabangsa.

Sejajar dgn perkembangan semasa serta bagi memenuhi keperluan operasi yg semakin sengit, pasukan GGK kini, dalam menginjak usia kematangannya, mengorak langkah baru dgn menstrukturkan semula organisasinya. Sebelum ini, rejimen tempur dalam pasukan GGK terdiri drpd 11 RGK, 21 GGK dan 22 KDO. Setiap unit diterajui oleh pegawai berpangkat Lt. Kol, dan sistem pemerintahan diketuai oleh seorang Brigadier General.

Kini, 21 GGK dikenali sbg 21 KDO dgn memiliki 2 skuadron operasi khusus ( SOK) dan 1 skuadron sniper khusus dgn kepakaran penggempur darat. 22 KDO p**a dikenali sbg 22 Rejimen Perahu Khas dgn kepakaran amphibious raid manakala 11 RGK akan kekal sbg Rejimen Gerakhas dgn kepakaran anti-keganasan. Setiap rejimen akan diterajui oleh pegawai berpangkat Kolonel penuh, manakala panglima p**a dinaiktaraf ke pangkat Mejar General.

Pengkhususan rejimen ini dilihat sebagai satu usaha efektif bg menyalurkan kepakaran yg lebih khusus terhadap ancaman tertentu, lalu memberikan skop operasi yg lebih spesifik kpd pasukan ini. Dr satu segi, ia dapat dikatakan bahawa bidang tugas pasukan GGK menjadi semakin berkesan dan tertumpu.

Semoga usaha ini mampu mengekalkan keampuhan pasukan GGK sbg sebuah pasukan unggul utk tahun-tahun akan mendatang, dan legasi kepahlawanannya akan terus subur sepanjang zaman..=WRA=