Softgel Sawda & Honey Thalhah

Softgel Sawda & Honey Thalhah

Thalhah

09/12/2023

MANY HAVE TRIED SAWDA & HONEY AND IT HAS BEEN PROVEN EFFECTIVE FOR: YANG
-REDUCES DIABETIC LEVEL
-REMOVE AIR IN THE BODY
-OUT OF BREATH / ASTHMA
-LAUNCHING THE BLOOD JOURNEY
-TREATING THE PROBLEMS OF JOINT PAIN
-TREATING HEADACHE ISSUES
•PRODUCT OF MUSLIM BUMIPUTERA
• GET IT WITH PROMOTIONAL PRICE + ATTRACTIVE FREEGIFT!!!
•HAVE JUST BEEN PAID!!! FREE POST
WANT TO ORDER? 📲 WHATSAPP US NOW BEFORE STOCK RUNS OUT!!! www.wasap.my/60183742653/thalhah

14/11/2023

Tubuh badan amat memerlukan makanan tambahan yang dapat meningkatkan imunisasi badan lebih-lebih lagi dalam waktu sekarang ni.
Kajian mendapati dalam HABBATUSSAWDA & HONEY efektif melawan kuman tuberkulosis dan virus kuman lain.
Jom amalkan makan "Habbatussauda 2 biji" sebelum tidur untuk mencegah kuman pembawa penyakit
Sebarkan kebaikan SAWDA & HONEY ✔️bersama 😍😍

NAK DAPATKAN SAWDA & HONEY ❓
Tekan link NOW 📲
https://wa.me/601156772343

16/10/2023

Honey and Habbatussauda or black cumin are two ingredients recommended in Islam, because they have a myriad of benefits. To the extent that the Qur'an and Hadith confirm that these two substances can indeed be used as natural medicine. Starting from acting as an antioxidant, can maintain skin health, and can be an antiseptic

www.wasap.my/60183742653/thalhah

13/10/2023

MADU HABBATUS SAUDA’ kami terhasil dari campuran Madu Lebah Asli bersama Minyak Habbatus Sauda’. Khasiat 2 dalam 1 ini amat sesuai untuk dinikmati oleh kanak-kanak dan seisi keluarga. Rasa Yang Pasti Digemari ! Terapkan pengambilan Habbatus Sauda’ di usia muda anak-anak anda sebagai langkah awal perlindungan kesihatan mereka.

09/10/2023

Khasiat Habbatus Sauda dan madu memang tidak dapat disangkal lagi. Pelbagai penyakit mampu sembuh atau sekurang-kurangnya bertambah baik dengan mengamalkan habbatus sauda. Madu p**a satu-satunya makanan yang tidak rosak walau di simpan selama mana sekali pun.
KHASIAT HABBATUSAUDA
Habbatus Sauda di kenali sebagai AL BARAKAH (Berkat) kerana Rasullullah S.A.W mengamalkannya dengan Madu,Habbah Sauda dan Kurma.
Habbatus Sauda merupakan sejenis antibiotic semula jadi yang cepat member dan tidak ada sebarang kesan sampingan. Oleh itu InsyaAllah ianya boleh membantu untuk mengubati batuk yang lama (Kronik), batuk keras, selsema yang lama, lelah atau sesak nafas terutama Asma.

www.wasap.my/60183742653/thalhah

29/09/2023

Black seed honey comes from flowers that are sucked by bees from the black cumin plant (habbatussauda)
which the bees then take the essence from the pistils of the black cumin flower or Nigella Sativa.
Black seed honey is not mixed honey or what is commonly referred to as adulterated honey
like many honeys sold on the market.Black seed honey is genuine honey that comes from the nectar of the black seed flower.

28/09/2023

Madu merupakan satu ciptaan makanan yang sangat istimewa. Terdapat pelbagai kebaikan madu dan ia telah digunakan secara meluas, sama ada dalam aspek perubatan mahupun sebagai makanan. Selain menawarkan rasa yang lazat dan manis, adakah anda mengetahui manfaat madu untuk kesihatan?

27/09/2023

Madu sangat terkenal akan manfaatnya sehingga kerap diamalkan oleh rata-rata golongan tidak kira muda atau tua. Ia biasanya dicampur dengan pelbagai bahan semulajadi yang lain seperti buah lemon sebagai perawatan kecantikan luar dan dalam.
Madu sama ada boleh di lulur atau digunakan terus melalui lidah. Madu sering dikaitkan dengan kecantikan jadi tidak hairanlah jika ramai wanita terutamanya yang mengamalkan madu dalam kehidupan seharian mereka

26/09/2023

Beli sekarang!!!selagi promosi masih ada.....Beli 3 Percuma 2 Free Gift..

25/09/2023

Ibu dan ayah semakin berumur. Lutut dah mula tak kuat. Nak solat pun susah..Belilah sekarang Sawda & Honey Premium untuk ibu dan ayah tersayang...Sawda & Honey Premium membuat Promosi Beli 3 percuma 2 Free Gift....

23/09/2023

5 Kebaikan dan manfaat madu untuk kulit anda
1-Membantu melembutkan kulit.
2-Kandungan antioksidan yang tinggi di dalam madu membantu mengurangkan kerosakan sel-sel kulit akibat radikal bebas.
3-Menanggalkan sel kulit mati dan menjadikan kulit lebih bersih.
4-Sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering.
5-Mengurangkan kesan parut luka atau jerawat.
Produk G&H Nourish+. Ia mengandungi Madu Bunga Oren yang merupakan bahan semula jadi sebagai pelembap yang terbaik untuk kulit.

19/09/2023

5 Kelebihan habbatussauda :
Habbatussauda dikatakan mempunyai kesan sampingan yang sedikit berbanding ubat-ubatan moden di pasaran.
1. Kawal tekanan darah & kolesterol

Kolesterol dan tekanan darah saling berkait dan menjadi faktor risiko kepada penyakit jantung. Kolesterol yang tinggi akan menyebabkan pengump**an plak di dinding salur darah dan menghalang perjalanan darah dan oksigen yang lancar. Apabila keadaan ini tidak dirawat, ia akan mengakibatkan penyakit jantung seterusnya strok.
Kajian yang dilakukan keatas wanita dengan masalah obesiti dan diabetes menunjukkan 2 – 3 gram habbatussauda setiap hari selama 8 – 12 minggu membantu menurunkan jumlah kolesterol dan LDL kolesterol (kolesterol jahat yang boleh melekat di dinding salur darah).
Selain itu, kajian turut melaporkan penurunan purata sebanyak 16–23 mg/dL dalam jumlah kolesterol, 14–22 mg/dL dalam LDL kolesterol, dan 7–21 mg/dL dalam trigliserida selepas mengambil habbatussauda.
Tekanan darah yang tinggi merosakkan saluran darah arteri yang seterusnya boleh tersumbat dan menghalang aliran darah ke otot jantung dan memaksa jantung bekerja lebih keras untuk mengepam darah.
2. Stabilkan gula dalam darah

Diabetes adalah keadaan apabila bacaan gula dalam darah tinggi disebabkan hormon insulin daripada pankreas tidak dihasilkan dengan cukup atau insulin tersebut tidak dapat bertindak balas dengan baik dengan glukosa (gula) dalam darah. Akibatnya, glukosa (gula) akan berkumpul dalam darah dan menjadi diabetes.
Habbatussauda antara herba semula jadi yang berkesan menurunkan paras gula dalam darah dalam pesakit diabetes. Ulasan yang dilakukan ke atas 7 kajian menunjukkan habbatussauda membaiki paras insulin dan gula ketika berpuasa dan selepas makan.
Di samping itu, berdasarkan ulasan daripada 23 kajian juga menunjukkan habbatussauda berkesan menurunkan bacaan gula ketika berpuasa dan HbA1C.
Bacaan gula ini bertambah baik disebabkan adanya thymoquinone daripada habbatussauda yang mengandungi antioksidan. Ia berperanan melindungi sel pankreas daripada kerosakan, meningkatkan sensitiviti tisu dengan insulin dan mengurangkan penyerapan glukosa daripada usus.
Bahan aktif ini juga meningkatkan percambahan sel beta dari pankreas dan meningkatkan penghasilan insulin. Ia turut mempunyai kesan hipoglisemia (menurunkan paras gula dalam darah) dengan kebolehannya mengurangkan penyerapan glukosa daripada usus.
3. Kuatkan imuniti
Jangkitan boleh berlaku pada sesiapa saja terutamanya mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah. Kajian tabung uji dan haiwan menunjukkan ekstrak habbatussauda merangsang aktiviti sel darah putih yang terlibat melawan jangkitan dan penyakit.
Kajian kecil yang dilakukan ke atas beberapa wanita dengan masalah rheumatoid arthritis menunjukkan wanita yang mengambil 1 gram minyak habbatussauda setiap hari mempunyai paras sel darah putih yang tinggi setelah 2 bulan berbanding kump**an yang tidak mengambil minyak habbatussauda. Mereka juga mempunyai tanda keradangan yang rendah dan kurang bengkak kaki.
Habbatussauda mengandungi bahan aktif fitokimia yang kuat melawan jangkitan seperti bakteria, kulat dan fungi iaitu
• Thymol
• Thymoquinone (TQ)
• Tetrahydroquinone(THQ)
Habbatussauda berkesan melawan jangkitan disebabkan Candida albicans, iaitu bakteria penyebab jangkitan Candida. Oleh itu, jika diamalkan secara konsisten, herba ini membantu menguatkan sistem imuniti dan mencegah jangkitan penyakit.
4. Bantu penyembuhan luka

Luka yang tidak dirawat dengan baik atau dibiarkan meningkatkan risiko dijangkiti bakteria, kulat atau fungi. Habbatussauda mempunyai bahan kimia yang membantu mempercepatkan penyembuhan luka iaitu thymoquinone. Bahan kimia ini berkebolehan merangsang pertumbuhan tisu baru dan membantu penyembuhan luka.
Ini dibuktikan dengan kajian yang dilakukan keatas haiwan kajian yang menunjukkan thymoquinone membantu merawat luka akibat terbakar, pembedahan dan diabetes. Hal ini berlaku disebabkan kesan anti-radang, antioksidan dan anti-bakteria daripada bahan aktif ini.
5. Ulser perut

Gastrik berlaku disebabkan beberapa faktor seperti jangkitan bakteria Helicobacter pylori dan penggunaan ubat tahan sakit untuk tempoh masa lama. Makanan pedas dan tekanan akan menjadikan ulser sedia ada bertambah teruk. Thymoquinone adalah bahan aktif dalam habbatussauda bersifat anti-bakteria (mencegah jangkitan bakteria yang boleh menjadi penyebab terjadi gastrik). Ia akan merangsang pepsinogen untuk mengaktifkan pepsin dalam jus gastrik dan memberi perlindungan daripada ulser perut. Ciri-ciri anti-radang pada thymoquinone juga merawat masalah kecederaan dalam perut.
Ulser perut boleh terjadi apabila cecair yang melindungi dinding perut semakin berkurang. Apabila cecair ini berkurang, asid perut akan menghakis tisu-tisu yang melapisi perut menyebabkan ulser. Kajian yang dilakukan keatas haiwan menyatakan habbatussauda boleh mengurangkan ulser dalam perut. Namun, kajian yang lebih terperinci ke atas manusia juga diperlukan untuk mengukuhkan lagi bukti ini.

15/09/2023

Bila usia dah meningkat, badan dah tak larat , lutut dah tak kuat, pinggang dah tak hebat , cubalah ikhtiar dengan habbatus sauda dan madu , ia telah diamalkan sejak dahulu lagi , terkenal dengan pelbagai khasiat dan kebaikan , kini anda tak perlu susah lagi, ia terdapat di dalam bentuk softgel , Sawda & Honey diperbuat daripada Habbatus Sauda perahan sejuk pertama dan madu hutan , mudah untuk diamalkan , 9 kali lebih cepat keberkesanan . Promosi , beli 3 botol percuma 1 botol dan sabun sawda & honey , klik butang get offer sekarang.

14/09/2023

Kelebihan Madu Sawda & Honey premium

MADU ialah makanan yang sangat bernilai yang digunakan sejak zaman purba sebagai sumber makanan tenaga yang penting. Ia juga digunakan sebagai agen pemanis, pewarna, perasa, dan menambah kelikatan dalam produk makanan. Dalam al-Quran madu disebut secara spesifik sebagai makanan ahli syurga dan di dalamnya mengandungi penyembuh penyakit untuk manusia.

Madu digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional sebagai rawatan alternatif untuk pelbagai penyakit, pemakanan, dan kesihatan manusia. Menurut Suruhanjaya Alimentarius Kodeks (1989), madu didefinisikan sebagai pemanis semula jadi dihasilkan lebah madu dari sari bunga atau nektar atau dari rembesan bahagian hidup tumbuhan, atau perkumuhan tumbuhan, dikumpulkan oleh lebah madu dan diubah, serta digabungkan dengan bahan spesifik dalam lebah madu sehingga matang.

Secara umum, madu boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu madu monoflora, dan madu poliflora. Madu monoflora ialah madu yang dihasilkan dari nektar dari sejenis bunga saja. Contoh madu monoflora ialah madu akasia, madu sidr dan madu manuka yang lebah madu hanya mengambil nektar daripada pokok akasia, sidr dan manuka sahaja.

Madu poliflora atau dikenali sebagai madu multiflora ialah madu yang dihasilkan lebah madu yang mengambil nektar dari pelbagai jenis bunga. Jenis madu ini seperti madu tualang dan madu asli.

DISYORKAN UNTUK ANDA
Sifat fizikal madu seperti warna, aroma, rasa, dan ketumpatan madu serta komposisi kimia sesuatu madu bergantung kepada jenis nektar bunga yang dihisap lebah madu, keadaan cuaca dan pemprosesan madu. Namun, hampir semua madu mengandungi flavonoid, asid fenolik, asid askorbik, tokoferol, enzim serta pelbagai jenis vitamin dan mineral.

Komposisi utama madu ialah gula, iaitu antara 95 hingga 97 peratus berat kering madu. Gula utama dalam madu ialah daripada fruktosa dan glukosa.

Pertumbuhan bakteria

Madu juga mengandungi antara empat hingga lima peratus fruktooligosakarida baik untuk pertumbuhan bakteria probiotik dalam usus manusia. Oleh itu, madu sangat pop**ar sebagai pemanis semula jadi serta sumber tenaga segera bagi manusia.

Kandungan asid amino dalam madu sedikit, iaitu antara 0.05 hingga 1.0 peratus dengan asid amino proline ialah asid amino utama dalam madu. Asid amino proline dipercayai sangat penting untuk pembinaan kolagen dan tisu kartilaj untuk menjadikan -otot dan sendi tulang bertambah anjal dan tangkas.

Justeru, dalam perubatan tradisional madu digunakan sebagai badan penyembuh luka pada tubuh manusia dan mempunyai sifat melawan keradangan. Vitamin yang terkandung dalam madu termasuk vitamin B, vitamin A, dan vitamin C, manakala mineral yang biasa terkandung dalam madu ialah kalium, magnesium, kalsium, natrium, sulfur, besi dan fosfat.

Dalam madu ada pelbagai enzim yang tidak terdapat dalam gula putih. Antara enzim dalam madu ialah enzim oksidase, invertase, amilase dan katalase. Bagaimanapun, enzim utama dalam madu ialah invertase, diastase, dan glukosa oksidase.

Ketiga-tiga enzim ini memainkan peranan penting dalam pembentukan madu secara semula jadi. Enzim glukosa oksidase penting dalam penguraian glukosa kepada hidrogen peroksida dan asid glukonik. Hidrogen peroksida mempunyai sifat melawan mikroorganisma patogen, manakala asid glukonik boleh membantu penyerapan kalsium dalam tulang manusia.

Penerbitan saintifik juga membuktikan madu mengandungi pelbagai komponen kimia yang mempunyai bahan antipengoksida semula jadi seperti fenolik, flavonoid dan vitamin C. Bahan antipengoksida sangat penting membantu merencatkan penyakit kronik seperti kanser, koronari arteri, degenerasi saraf, melambatkan proses penuaan serta agen antipemerangan dalam pemprosesan buah dan sayur.

Hakikatnya, madu ialah produk semula jadi digunakan sejak dulu untuk pelbagai tujuan perubatan dan kesihatan. Kajian saintifik membuktikan madu mempunyai kesan antimikrob, antikeradangan, serta antipengoksida semula jadi.12:44 PM

Namun, dalam era moden dan teknologi canggih kini, ada segelintir pengusaha madu mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan yang mudah membuat madu tiruan dengan mencampurkan gula dan bahan kimia yang terlarang untuk menghasilkan madu seakan-akan sama warna dan rasa seperti madu asli.

14/09/2023

HABBATUS sauda adalah satu daripada herba yang banyak digunakan untuk rawatan pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, asma, darah tinggi, penyakit kardiovaskular (jantung) dan barah.
Keberkesanan herba ini dalam merawat beberapa penyakit kronik berkenaan ikaitkan dengan ciri-cirinya yang mempunyai sifat antikeradangan, antioksidan, antibakteria, antiparasit dan antikulat.
Potensi dan kelebihan habbatus sauda dalam bidang perubatan serta kesihatan bukanlah perkara baharu.
Habbatus sauda digunakan sejak ribuan tahun dahulu oleh pengamal perubatan masyhur.
Seorang pengamal perubatan dari Greece yang terkenal dengan gelaran bapa perubatan awal iaitu Hipocrates, menyarankan memakan habbatus sauda bagi merawat penyakit berkaitan sistem penghadaman.
Pengamal perubatan Islam terkenal pada abad ke-10, Ibnu Sina p**a memperihalkan habbatus sauda dalam buku 'The Canon of Medicine' sebagai satu tumbuhan herba yang dapat meningkatkan tenaga badan, menghilangkan kelesuan dan meningkat kekuatan spiritual.
Daripada sudut pandangan Islam sendiri, ada hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Aishah RA menyebut mengenai kelebihan habbatus sauda dalam membantu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
Penyelidikan saintis mengenal pasti pelbagai kandungan bioaktif yang terdapat dalam habbatus sauda.
'Thymoquinone' adalah antara kandungan bioaktif utama dalam
habbatus sauda.
Sejak lebih 20 tahun lalu, kajian mengenai keberkesanan thymoquinone dalam melawan sel barah sudah dilaporkan.
Satu tinjauan saintifik yang diterbitkan dalam jurnal 'Critical Review in Food Science and Nutrition' melaporkan mekanisma thymoquinone dalam mengawal perebakan sel barah.
Tinjauan saintifik ini menganalisis secara kritikal hasil kajian makmal dari seluruh dunia mengenai kesan dan mekanisma tindakan thymoquinone terhadap pelbagai jenis barah.
Hasil tinjauan saintifik ini menunjukkan thymoquinone adalah ejen terapeutik yang berkesan dalam membantutkan perkembangan dan pertumbuhan pelbagai jenis sel barah, serta mengelakkan rebakan sel barah ke struktur badan yang lain (metastasis).
Berikutan keberkesanan habbatus sauda membantu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit, ia turut digunakan oleh pengamal herba tradisional dalam menguatkan pertahanan badan dan dalam rawatan melawan Covid-19.
Satu laporan yang diterbitkan dalam jurnal 'Nutrients' pada 2021 menunjukkan, habbatus sauda adalah antara carian dalam talian tertinggi, berdasarkan data yang diekstrak daripada carian Google sepanjang tempoh 1 Januari sehingga 31 Oktober 2020.
Beberapa kajian mengenai keberkesanan habbatus sauda dalam menyembuhkan pesakit Covid-19 sudah dilaporkan.
Kajian klinikal awal berskala kecil yang dijalankan ke atas 173 pesakit Covid-19 di Arab Saudi menunjukkan, pesakit yang diberi minyak habbatus sauda sembuh dalam masa lebih singkat, berbanding pesakit tidak mengambil habbatus sauda.
Kump**an pesakit yang diberi minyak habbatus sauda juga mempunyai jumlah pesakit sembuh lebih tinggi, berbanding kump**an pesakit tidak menerima minyak habbatus sauda.
Penemuan menarik ini diterbitkan dalam Jurnal 'Complementary Therapies in Medicine' pada September 2021.
Satu kajian klinikal dijalankan di Pakistan juga menunjukkan hasil kajian yang setara. Kajian klinikal di Pakistan ini membabitkan 313 pesakit Covid-19 dengan 210 pesakit Covid-19 tahap sederhana dan 103 pesakit Covid-19 tahap teruk.
Kump**an pesakit Covid-19 yang mengambil madu atau
habbatus sauda menunjukkan pengurangan gejala Covid-19 dalam masa empat hari, berbanding tujuh hari bagi kump**an yang tidak diberi habbatus sauda atau madu.
Hasil yang sama juga dapat dilihat dalam kadar pembersihan virus (virus clearance), kadar kecepatan pulih dan kembali kepada aktiviti harian dan kadar kematian akibat Covid-19.
Kajian ini masih berlangsung ketika ini dan hasil kajian terperinci belum diterbitkan dalam jurnal saintifik.
Terdahulu, satu kajian mengenai potensi habbatus sauda sebagai antivirus semula jadi dalam merawat Covid-19 dilaporkan dalam 'Journal of Biomolecular Structure and Dynamics' pada 2020.
Kajian ini menggunakan model pengkomputeran untuk mengenal pasti potensi habbatus sauda sebagai antivirus yang dapat dimanfaatkan dalam rawatan Covid-19.
Rumusan hasil kajian ini menunjukkan, salah satu bahan bioaktif yang terdapat dalam habbatus sauda, 'dithymoquinone', mampu menghalang lekatan virus SARS-CoV2 kepada sel badan manusia, seterusnya menghalang jangkitan.
Penemuan ini mungkin dapat menerangkan salah satu mekanisma keberkesanan habbatus sauda dalam merawat Covid-19.
Namun perlu diingat, pengambilan habbatus sauda dan makanan tambahan lain untuk meningkatkan imuniti badan dalam mencegah dan melawan penyakit seperti Covid-19, perlulah selari dengan amalan kesihatan yang lain.
Pemakanan seimbang, gaya hidup sihat merangkumi kesihatan fizikal dan mental perlu dititikberatkan dalam mencapai kesihatan menyeluruh serta hidup yang berkualiti.
Di samping itu, masyarakat perlu diingatkan kesan pengambilan makanan tambahan ini terhadap tahap kesihatan adalah bersifat umum dan tidak menyumbang kepada imuniti berkelompok.
Kesan spesifik terhadap kesihatan seperti penghasilan antibodi spesifik hanya dapat diperoleh dengan pengambilan vaksin Covid-19 atau apabila seseorang itu mendapat jangkitan Covid-19.
Oleh Dr Rosmaliza Ramli
Pensyarah Farmakologi, Pusat Pengajian Sains Pergigian, USM
Prof Madya Dr Norhayati Luddin dan Pensyarah Prostodontik,
Pusat Pengajian Sains Pergigian, USM

Kredit : Harian Metro

Website