Cahaya Mahabbah Consultant Training

Cahaya Mahabbah Consultant Training

Visi Syarikat
Cahaya Mahabbah Training & Consultant berazam untuk memberikan perkhidmatan yang berku

Timeline photos 03/09/2014
25/08/2014

Menjana Perubahan, Memperkasa Modal Insan, Mengukuhkan Ukhwah Insan, Membina Benteng Kekuatan Kemerdekaan... Disini Lahirnya Sebuah Cinta... Cinta Yang Lahir Demi Sebuah Pertiwi... Daulat Malaysia !!!

Kem Bukit Besar, Kulim, Kedah. Menawarkan program-program dan prasarana yang terbaik dan berpatutan dengan harga !!!

Timeline photos 19/07/2014

Bicara Renungan Bersama ----->>>> Like jom Mr Faarul Iezuan

CAHAYA MAHABBAH TRAINING CONSULTANT 27/05/2014

CAHAYA MAHABBAH TRAINING CONSULTANT Dipelopori oleh golongan motivater muda yang mempunyai pengalaman dalam bidang latihan selama 10 tahun. Bermula pada program motivasi amal yang dijalankan kini anak-anak muda ini bersatu hati dalam satu muafakat untuk meningkatkan ekonomi keluarga dan seterusnya membantu memperjuangkan ekonomi dikal…

Timeline photos 27/05/2014

Contact me...!!!

Timeline photos 27/05/2014

Cahaya Mahabbah :)

Timeline photos 27/05/2014

VMC

Timeline photos 27/05/2014

Koporat... :)

Timeline photos 27/05/2014

Method

Timeline photos 27/05/2014

Cooprate Training... :)

Photos from Mr Faarul Iezuan's post 27/05/2014
Timeline photos 08/03/2014

Pray for MH370. Jadilah lebih sensitif. Tak kira siapa pun, isu nyawa ini bukan modal murahan untuk dibuat bahan jenaka.
Allah...Allah. Permudahkanlah segalanya.

SLOT PENGHAYATAN CINTA RASULULLAH SAW - USTAZ LOVE ISLAM 07/03/2014

SLOT PENGHAYATAN CINTA RASULULLAH SAW - USTAZ LOVE ISLAM

SLOT PENGHAYATAN CINTA RASULULLAH SAW - USTAZ LOVE ISLAM I MISS RASULULLAH SAW...Wahai seorang kekasih telah lama kau dirindui pilu sedih dalam kerinduan menangis pun tak berair mata namun hati tetap gembira di akh...

Timeline photos 05/03/2014

Dalam sebuah riwayat hadis dikisahkan……
Ketika itu baginda Nabi Muhammad SAW sedang duduk berkumpul bersama para sahabatnya….
Diantara para sahabat ada pada ketika itu…..
Saidina Umar……Saidina Usman…..Saidina Ali……Saidina Abu Bakar dan lain – lain sahabatnya…..
Lalu Baginda Nabi Muhammad SAW bertanya kepada para sahabatnya….
“ Wahai sahabatku-sahabatku tahukah kalian siapakah insan yang mulia disisi Allah….?”
Para sahabat pun….. terdiam….
Lalu kemudian…
Ada salah seorang daripada sahabat baginda berkata……
“ Para malaikat Ya Rasulullah, merekalah yang mulia “
Lalu baginda berkata “ Ya , Para malaikat itu mulia, mereka dekat dengan Allah ,dan mereka sentiasa bertasbih dan beribadat kepadaNya, tentulah mereka mulia…
Tapi bukan itu yang ku maksudkan “
Lalu kemudian para sahabat baginda kembali terdiam…..
Tiba-tiba salah seorang dari para sahabat baginda berkata “ Ya Rasulullah, tentulah para nabi….. Ya Rasulullah,…. merekalah yang mulia itu”
Baginda Nabi Muhammad SAW tersenyum lalu berkata “ Ya para nabi itu mulia, mereka adalah utusan Allah dimuka bumi ini, bagaimana mungkin mereka tidak mulia ,mereka mulia…..tapi ada lagi yang lainnya”
Para sahabat terdiam dan tertanya ,siapakah lagi orang yang mulia itu…..?
Lalu sekali lagi seorang daripada mereka bersuara…..
“Ya Rasulullah, apakah kami yang mulia itu Ya Rasulullah, apakah kami yang mulia itu?”
Bayangkan tuan-tuan…..
Baginda memandang wajah sahabat baginda satu persatu, baginda tersenyum melihat para sahabat baginda…..
Lalu baginda berkata “ Tentulah kamu mulia…., kamu dekat dengan aku…, kamu membantu perjuangan aku, bagaimana mungkin kamu tidak mulia , tapi ada lagi yang mulia “
Para sahabat terdiam semuanya……mereka tak mampu berkata apa-apa lagi……
Lalu bayangkan……..
Tiba-tiba Baginda Nabi Muhammad SAW menundukan wajahnya…..
Bayangkan…
Baginda Nabi Muhammad SAW menangis dihadapan para sahabatnya….
Para sahabat tertanya…….. ” Mengapa kamu menangis Ya Rasulullah”
Lalu baginda mengangkat wajahnya….
terlihat bagaimana airmata membasahi p**i dan janggut baginda Nabi Muhammad SAW….
Lalu Baginda berkata…….
“ Wahai Sahabatku…… Saudaraku……
tahukah kalian siapakah insan yang mulia itu…..?”
“ Mereka adalah manusia-manusia yang akan lahir…..
Jauh setelah wafatku nanti……..
Mereka terlalu mencintai Allah……..
Dan tahukah kalian……..
Mereka tidak pernah memandangku……..
Mereka tidak pernah melihat wajahku……
Mereka hidup tidak dekat dengan aku seperti kalian…….
Tetapi…..
Mereka begitu rindu………. Kepada aku……
( Diam Sejenak )
Dan SAKSIKANLAH!!!! wahai sahabat aku sekeliannya…….
Aku juga rindu kepada mereka……
Mereka yang mulia itu……
Merekalah UMMATKU!!!............”

Timeline photos 05/03/2014

1.kita bukannya pandai untuk cakap orang lain bodoh
2.kita bukanlah kaya untuk cakap orang lain miskin
3.kita bukanlah handsome untuk cakap orang lain muka tak handsome
4.kita bukanlah cantik untuk cakap orang lain tak lawa
5.kita bukanlah baik untuk cakap orang lain jahat
6.kita bukanlah alim untuk cakap orang lain lupa sembahyang
7.kita bukanlah kuat untuk cakap orang lain lemah
8.kita bukanlah berani untuk cakap orang lain penakut
TAPI...
1.kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain
2.kita adalah kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kita kepada jalan kebaikan
3.kita adalah handsome jikalau kita tak meninggi diri
4.kita adalah cantik jikalau kita sentiasa memuji orang lain
5.kita adalah baik jikalau kita mengajak orang lain kearah keaikan dan menjadi contoh dan tauladan orang lain
6.kita adalah alim jikalau kita memperuntukkan sebahagian rutin seharian kita kepada-Nya dengan seikhlas hati
7.kita adalah kuat jika kita sentiasa membantu orang yang lemah
8.kita adalah berani jikalau kita sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan agama
Ingatlah! kita bukannya manusia yang hebat untuk memcaci dan mengutuk ciptaan-Nya. Dia Maha Mengetahui. setiap apa yang diciptakannya mempunyai hikmah yang tersendiri.sedarlah. bukan senang nak jadi senang.

BUKAN SENANG NAK JADI SENANG. BUKAN SUSAH NAK JADI SUSAH

Timeline photos 05/03/2014

Adakah anda tahu hubungan antara 2 biji mata anda ??
Mereka berkedip bersama ...........,
Bergerak bersama ...........,
Menangis bersama ...........,
Melihat bersama dan ..........,
Tidur bersama ..........

Meskipun mereka tidak pernah melihat antara satu sama lain......
PERSAHABATAN seharusnya seperti itu......... ....
Kehidupan akan berasa KOSONG tanpa KAWAN ............ .

Hari ini adalah MINGGU KAWAN SEDUNIA ...........
Siapa kawan anda ?? Hantar email ini untuk semua kawan anda.....
Termasuk saya jika saya salah seorang kawan anda.......

Lihat berapa banyak anda dapat balik daripada mereka,
Jika anda mendapat lebih drpd 3.....
Itu bermakna anda adalah seorang "KAWAN YANG PENYAYANG.."
kata mak,
KAWAN tu ibarat lebah,
habis madu sepah dibuang.......
kata abah,
KAWAN tu umpama bunga ros,
dipandang cantik dipegang
sakit.....
kata atuk,
KAWAN tu seperti air
terus mengalir.....
kata nenek,
KAWAN tu bak bulan
dipuja dan disanjung tp nun jauh
disana....
kate sedare,
kawan tu mcm makanan,
kawan makan kawan!!
kata abang,
KAWAN tu seperti lembu
mengikut saje ape dikata........
kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam
durian
bau je busuk tp sedap dimakan....
kata adik,
KAWAN tu macam biskut
sekejap ade sekejap takde.......
kata aku,
kawan tu tak kisahlah camner..
walaupun dia IBARAT
LEBAH, UMPAMA BUNGA
ROS, SEPERTI AIR, BAK
BULAN, SEPERTI
LEMBU, TAK UBAH MACAM
DURIAN
&
MACAM
BISKUT!!!
dia tetap kawan...
tau tak sebab ape???
sekali aku dah kawan ngan dia
selamanye dia ttp kawan aku...
itu cara aku berkawan..!!

Timeline photos 05/03/2014

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang sus**an aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ...ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku .. ibu
Bila nak peluk... yang aku s**a peluk..ibu
Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu...Ibu
Bila bengang.. aku s**a luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu...
aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu ..... aku ingat pasanganku
Selalu... Ibu ingat kat aku
Bila..bila.. . aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. ...aku nak talipon Ibu
Selalu ...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak
banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima
ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi
Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi.. bukan
lima puluh ringgit.. lima puluh sen pun tidak sempat
aku kirimkan!
Hanya yang termampu Al-Fatihah, Al-Fatihah, Al-Fatihah...insaflah

Timeline photos 05/03/2014

Tepuk dada tanya minda kita….
Dalam perjalanan hidup kita
semakin bertambah ke iman kita arini???
setiap hari mendengar panggilan dariNya...
entah kita buat atau tidak
berat langkah dan jasad ini...
akal diberi utk dijadikan peneraju kepada diri kita...
nafsu p**a sebagai penghalang dalam segala hal kebaikan....
yang berkenan di hati dituruti...
yang bertentangan di hati dibangkangnya....
hati sebagai tempat persinggahan.....
jika di sucikan jiwa yang kudus maka baiklah ia....
jika secalit nista yang tumpah di dasarnya....
seribu tahun menyesali akan perbuatannya.....
maka titik-titik hitam mula menampakkan dirinya dengan penuh takbur....
sahabat...
semakin besar kita....
semakin meningkat dewasa kita...
semakin banyak rezeki yang Allah kurniakan....
semakin banyak udaraNya yang kita hirup….
semakin mendalam ilmuNya kita cari....
adakah kita semakin mengenali siapa pemilik alam semesta....
adakah kita semakin dekat menghampiri SyurgaNya....
adakah semakin ingat kita kepada kematian yang amat dekat...
adakah kita punya keinginan utk mencari cinta Nya....
sahabat....
semakin matangnya kita....
semakin jauh kita tinggalkan Dia....
Al-Quran sbg teman karib semasa di alam kubur...
Tetapi menjadi pameran di rumah-rumah....
Kita kelaskan hanya layak dibaca ketika adanya musibah melanda....
mengapa tidak dijadikan kalam Allah itu sbg pendamping semasa hayatmu...
sahabat...
semakin jauh peredaran masa, semakin dewasa kita.....
sepatutnya semakin matang kita dalam mentarbiah diri ini.....
kita memperhambakan diri kepada dunia...
akhirat telah jauh meninggalkan kita....
TETAPI jika kita mencari akhirat, dunia akan mengejar kita sepantasnya....
sahabat....
Dia memberi tidak pernah daku meminta...
tapi terasa hina dan kerdilnya diri ini....
ketika ku menulisnya sebagai peringatan kepada kalian semua....
aku kasihan melihat "mereka".....
yang tidak punya siapa untuk membimbing....
kembalilah kepada Nya...
Dia tidak kejam kepada hamba-hamba Nya....
manusia yang kejam kepada Nya....
setiap kali kamu datang menghadapNya....
ucapan Salam diberikan kepadamu oleh Nya....
walaupon terlalu besar dosa kita kepadaNya....
sahabatku berfikirlah....
sejahat-jahat kita hambaNya....
Dia masih memberi Salam kepada kita...
malukah kita kepada Nya?????
Bingkisan ini untuk diri saya juga....
marilah kita muhasabah diri kita semua....

Timeline photos 02/03/2014

MELAHIRKAN MODAL INSAN UNGGUL!!!
YURAN : RM120 (SEORANG)
3 HARI 2 MALAM

10 PENDAFTARAN PERTAMA DISKAUN 20%
DAFTAR SEBELUM 17/4/2014

PROGRAM YANG MENEMUKAN ANDA DENGAN MOTIVATOR HEBAT SELURUH MALAYSIA...

RANGKUMAN PROGRAM :

1 . ICE – BREAKING
2. SLOT 1 –REMAJA ASPIRASI MALAYSIA
3. TEAM-BUILDING
4. SLOT 2 – TANAHAIRKU TERCINTA
5. SPECIALS – BERGUNAKAH DAKU???
6. QIAMMULLAIL
7. SLOT 3 – SIAPAKAH DAKU DIBUMI INI???
8. SLOT 4 – SEANDAINYA AKU YANG BERHORMAT
9. SLOT 5 – TANGGUNGJAWABKU ATAU DIA???
10. LAPANGAN – PRAKTIK SI PEJUANG
11. SLOT 6 – MENGAPAKAH SEMUA INI TERJADI???
12. VIDEO’S – “SUPRISE“
13. MUHASABAH – “INIKAH PERMULAAN SATU PERJUANGAN”
14. SLOT 7 – ANARCHY TEENAGER GAMES
15. SLOT 8 – DIMANAKAH SUMBANGANKU???
16. PENUTUP – JALINAN KASIH TAUTAN RABBANI

Timeline photos 28/02/2014

Berdoalah utk penduduk PALESTIN dan Rohingya Myanmar... Allahumma Amin...

Timeline photos 27/02/2014

Cahaya Mahabbah Training Consultant adalah terdiri daripada anak muda yang pernah melalui cara hidup seorang pelajar yang bermasalah satu masa dahulu. Setelah dibina oleh Master Trainers Cahaya Mahabbah Training Consultant kini anak muda ini bangun untuk membalas jasa baik masyarakat dengan mengadakan ”NEW MODEL ISLAMIC TRAINING” di istitusi pengajian dan masyarakat yang memerlukan khidmat bantuan berkaitan dengan disiplin pelajar. Cahaya Mahabbah Training Consultant akan berusaha membantu pihak sekolah untuk membenteras gejala sosial dikalangan remaja dengan modul yang telah dicipta dengan teknik ” Expieriencial Learning dan ISLAMIC LEARNING FAST”. Pihak penganjur boleh melihat dengan 2 teknik yang berkesan ini dapat membantu remaja yang disasarkan untuk berubah seterusnya menuju kegerbang kejayaan yang akan membanggakan semua pihak.

Timeline photos 27/02/2014

Cahaya Mahabbah Training Consultant, sebuah badan penyelidikan bebas telah mengambil satu inisiatif untuk mengadakan program yang akan membimbing para remaja .Maka dengan ini, `Teen Talk For Malaysia 1’ adalah modul yang sewajarnya kami bawa untuk program yang bakal dilaksanakan di Kem Motivasi Bukit Besar, Kulim, Kedah. Program ini dicetus dan diilhamkan buat merealisasikan hasrat dan cita-cita untuk melahirkan generasi Malaysia yang berkualiti sebagai “Modal Insan” terbaik untuk Malaysia. Semoga generasi yang bakal lahir adalah generasi berkualiti aspirasi Malaysia yang sentiasa menunjang “PATRIOTISME” di setiap aspek kehidupan serta memiliki syakhsiah murni dan terpuji.

Timeline photos 27/02/2014

Cahaya Mahabbah Training Consultant adalah terdiri daripada anak muda yang pernah melalui cara hidup seorang pelajar yang bermasalah satu masa dahulu. Setelah dibina oleh Master Trainers Cahaya Mahabbah Training Consultant kini anak muda ini bangun untuk membalas jasa baik sekolah dengan mengadakan ”PROGRAM MOTIVASI CERMINAN DIRI” di setiap sekolah yang memerlukan khidmat bantuan berkaitan dengan disiplin pelajar. Cahaya Mahabbah Training Consultant akan berusaha membantu pihak sekolah untuk membenteras gejala samseng disekolah dengan modul yang telah dicipta dengan teknik ” Expieriencial Learning dan New Model 1Malaysia Training”. Pihak sekolah boleh melihat dengan 2 teknik yang berkesan ini dapat membantu pelajar-pelajar yang disasarkan untuk berubah seterusnya menuju kegerbang kejayaan yang akan membanggakan semua pihak.

Website