Dewan Ulamak PAS Melaka

Dewan Ulamak PAS Melaka

Ini adalah page rasmi Dewan Ulamak PAS Melaka yang diseliakan oleh Unit IT Dewan Ulamak PAS Melaka. Teruskan sokongan anda kepada PAS!!

23/07/2024

KENYATAAN MEDIA
TAJAAN ARAK SEKOLAH MENAMBAH SENARAI KEGAGALAN KERAJAAN MADANI

Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) kesal dengan alasan tidak masuk akal seorang Timbalan Menteri di bawah Kerajaan Madani mengenai status kehadirannya ke program tajaan minuman beralkohol kepada salah sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina baru-baru ini.

Pertikaian yang timbul adalah terhadap penajaan institusi pendidikan yang melanggar pekeliling Kementerian sendiri bahkan kehadiran beliau dalam majlis tersebut turut menimbulkan persoalan panjang.

Situasi ini menggambarkan ketidakkompeten barisan Menteri pada hari ini untuk menyandang tanggungjawab menjaga institusi pendidikan negara. Alasan tidak sengaja mahupun tidak mempunyai pengetahuan mengenai tajaan itu sangat tidak masuk akal.

DUPP menyelar perkara tersebut dan menyifatkan ia menambah barah dalam kekusutan pentadbiran Kerajaan Madani yang semakin hilang pertimbangan. Persoalannya, bagaimana Kementerian akan menunjukkan ketegasannya dalam hal ini? Jelas isu ini hanyalah menambah senarai kegagalan pentadbiran negara di bawah Kerajaan Madani.

Sekian, terima kasih.

YB USTAZ DATO' HAJI AHMAD BIN YAHAYA,
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Pokok Sena.

17 Muharram 1446 Hijri | 23 Julai 2024 Miladi

21/07/2024

KENYATAAN MEDIA
SERU AMAR MA'RAUF NAHI MUNKAR PERTAHAN DASAR BEBAS JUDI DI KEDAH

Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyeru seluruh masyarakat Islam di negara ini supaya bersatu mempertahankan dasar Kedah Bebas Judi yang menjadi polemik kebelakangan ini.

DUPP ingin menyatakan sokongan tanpa berbelah bahagi kepada Kerajaan Negeri Kedah atas usaha sedaya upaya mempertahankan dasar tersebut meskipun keputusan mahkamah membenarkan pihak lain membuat semakan kehakiman terhadapnya.

Seharusnya usaha murni ini turut digembleng oleh seluruh anggota masyarakat yang cintakan Islam dan bencikan aktiviti perjudian yang merosakkan masa depan negara. Sepatutnya pada saat ini kita semua bersatu pada titik yang sama kerana pengharaman judi dalam Islam adalah suatu ijma' (kesepakatan penuh) para ulama'.

Justeru, bagaimana mungkin kita menyibukkan diri dengan perkara khilafiyah sedangkan dalam masa yang sama kita berhadapan penentangan terhadap perkara yang jelas ijma' dalam agama?

DUPP turut berpandangan bahawa prinsip federalisme juga harus dihormati dan ditegakkan kembali dalam urustadbir negara. Garis pemisah antara bidang kuasa Persekutuan mahupun Negeri sangat jelas dalam aspek penutupan premis perniagaan yang menjalankan aktiviti perjudian di peringkat negeri.

Sewajarnya ia diberikan hak sepenuhnya kepada sebuah Kerajaan Negeri yang mendapat sokongan rakyat melalui sistem demokrasi. Ironinya, prinsip sedemikian langsung tidak dihormati bahkan dibakulsampahkan oleh sesetengah pemimpin parti politik di Malaysia.

DUPP akan terus mendukung usaha mempertahankan dasar tersebut bahkan mengajak seluruh umat Islam supaya meninggalkan perbahasan tidak perlu dan bersatu di bawah payung amar ma'ruf nahi munkar yang ada di depan mata kita pada hari ini.

Sekian.

YB USTAZ DATO' HAJI AHMAD BIN YAHAYA,
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Pokok Sena.

15 MUHARRAM 1446 HIJRI | 21 JULAI 2024 MILADI

05/07/2024

PAS Melaka kehilangan permata berharga

اِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Pagi ini, kita dikejutkan khususnya PAS Negeri Melaka menerima berita dukacita atas pemergiaan Tuan Guru Haji Jaliluddin bin Mu'alim Tuan Guru Haji Abdul Wahid, Mantan Pesuruhjaya PAS Melaka dan Mantan Ketua Dewan Ulamak PAS Melaka.

Pemergian Tuan Guru Haji Jalaluddin merupakan satu kehilangan yang besar.

Seorang tokoh pemimpin PAS Melaka yang banyak menyumbang bakti dalam memperluaskan syiar Islam khasnya dibumi Melaka.

Semoga Allah cucuri rohnya dan ditempatkan dalam Syurga.

AL FATIHAH

03/07/2024

((𝐋𝐈𝐕𝐄)) 𝐂𝐄𝐑𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐋𝐎𝐌𝐏𝐎𝐊 𝐏𝐍 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐁𝐀𝐊𝐀𝐏 - 𝐔𝐃𝐌 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐃𝐔𝐑𝐈

Rabu / 3 Julai 2024
PASTI Ibnu Sina 2

𝗨𝗡𝗗𝗜 𝗖𝗔𝗟𝗢𝗡 𝗡𝗢.𝟮
𝗔𝗕𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗕𝗜𝗗𝗜𝗡 [𝗫]
𝗨𝗡𝗗𝗜𝗟𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟

"𝗔𝗕𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗕𝗜𝗗𝗜𝗡 𝗖𝗔𝗟𝗢𝗡 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗦𝗨𝗡𝗚𝗔𝗜 𝗕𝗔𝗞𝗔𝗣"

16/06/2024

🌙✨ Selamat Hari Raya Aidiladha! ✨🌙

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua! 🕌❤

Pada hari yang penuh barakah ini, marilah kita memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS serta menghayati erti sebenar pengorbanan dan ketaatan kepada Allah SWT.

Sebagai umat Islam, kita diingatkan akan firman Allah SWT dalam Surah Al-Kauthar, ayat 2:

"Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)."

Semoga ibadah korban kita diterima oleh-Nya dan membawa keberkatan serta rahmat dalam kehidupan kita. Mari kita raikan Hari Raya Aidiladha dengan penuh kesyukuran dan kasih sayang bersama keluarga, sahabat handai, dan mereka yang memerlukan.

Selamat Hari Raya Aidiladha!
Kullu 'am wa antum bi khair. 🌙✨

Photos from Dewan Ulamak PAS Melaka's post 15/06/2024

Semoga Allah memberi kita kekuatan UTK beribadat in syaa Allah.

Photos from Dewan Ulamak PAS Pusat's post 15/06/2024
10/06/2024

KENYATAAN MEDIA
KENAIKAN HARGA DIESEL HADIAH KERAJAAN MADANI KEPADA RAKYAT

Kenaikan harga diesel disebabkan langkah penyasaran subsidi yang diperkenalkan Kerajaan Madani adalah bukti kegagalan mereka memerintah sebagaimana janji yang sering diulang-ulang kepada rakyat sebelum daripada ini.

Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) berpandangan tindakan Kerajaan Madani tersebut tidak lain hanyalah suatu pembohongan terbesar kepada rakyat. Apa sahaja yang dijanjikan ketika mereka di pihak pembangkang suatu ketika dahulu, hari ini telah dibakulsampahkan begitu sahaja.

DUPP menggesa Kerajaan supaya bersifat prihatin terhadap sebarang bentuk polisi yang melibatkan kepentingan rakyat umumnya. Walaupun tidak dinafikan terdapat keperluan untuk mengawasi fiskal yang semakin tenat, namun apakah perlaksanaannya sesuai dengan masa dan keadaan yang sedang dihadapi rakyat?

DUPP juga tertanya-tanya apakah pembanterasan rasuah sehingga ke akar umbi dan penguatkuasaan jenayah penyeludupan telah dilakukan semaksima mungkin sebelum meletakkan justifikasi terhadap keperluan menarik semula subsidi ini?

Sedangkan itulah yang sering disebut-sebut oleh salah seorang Menteri Kerajaan Madani ketika berada di kerusi pembangkang dahulu. Ironinya, hari ini mereka sekadar mengulangi alasan yang sama. Jelaslah tidak ada yang istimewa di sebalik reformasi yang dilaungkan.

Sekian, terima kasih.

YB USTAZ DATO' HAJI AHMAD BIN YAHAYA,
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Pokok Sena.

3 Zulhijjah 1445 Hijri | 10 Jun 2024

06/06/2024

KENYATAAN MEDIA
PERKUKUHKAN SEMULA BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PENGANTAR DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

1. Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) mengikuti perkembangan isu bantahan perlaksanaan satu kelas bahasa pengantar menggunakan Bahasa Melayu oleh Lembaga Sekolah dan PIBG daripada 11 buah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Menengah Cina SM (C) di Pulau Pinang.

2. DUPP ingin menyatakan kesal dengan bantahan sedemikian seolah-olah Bahasa Melayu tidak ada nilai untuk dijadikan bahasa pengantar dalam institusi pendidikan pada hari ini. Bantahan tersebut menggambarkan betapa jauhnya masyarakat dalam kemajmukan bangsa dan etnik ini merintis jalan membina sebuah negara bangsa yang bersatu padu selepas lebih 60 tahun merdeka.

3. Sewajarnya tidak timbul bantahan sedemikian kerana syarat perlaksanaan kelas Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar adalah langkah untuk memastikan penguasaan terhadap Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

4. Tambahan lagi bahasa p**a adalah medium yang mengikat perpaduan dalam masyarakat majmuk di negara ini. Oleh yang demikian, mengapa dasar ini perlu dibantah seolah-olah mahu membina suatu ketakutan kepada para pelajar untuk menggunakan Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan?

5. Selain itu, DUPP juga berpandangan sudah sampai masanya wacana mengenai kedudukan Bahasa Melayu dalam arus pendidikan vernakular ini dibincangkan secara serius dan terbuka. Pindaan terhadap Seksyen 17 Akta Pendidikan 1996 mungkin wajar untuk meletakkan kembali kedudukan Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Sekian, terima kasih.

YB USATZ DATO' HAJI AHMAD BIN YAHAYA,
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Pokok Sena.

28 Zulkaedah 1445 Hijri | 6 Jun 2024 Miladi

31/05/2024

Minda Presiden PAS

PENYELESAIAN DUA NEGARA LAKSANA UBAT PENAHAN SAKIT

Ubat penahan sakit atau dikenali sebagai analgesik ialah ubat yang digunakan untuk melegakan kesakitan, bukan bagi menyembuhkan sesuatu penyakit. Bagi menyegerakan tindak balasnya, maka ditambah lagi dadah yang melalaikan sehingga membawa khayal atau menidurkan seseorang itu.

Begitulah perumpamaan cadangan penyelesaian dua negara bagi isu Palestin yang ditaja oleh negara-negara yang menubuhkan negara haram Israel bagi memberi sedikit keselesaan kepada rakyat Palestin, pada masa yang sama memberi peluang kepada kaum Yahudi yang datang menubuhkan negara haram itu.

Penyelesaian dua negara, satu bahagian untuk Israel yang telah diisytiharkan sejak tahun 1948 dan satu lagi bahagian negara untuk penduduk asal Palestin yang telah dihalau, belum diketahui di manakah sempadannya. Cadangan tersebut merupakan langkah sementara waktu kepada rakyat Palestin yang menderita ditimpa kezaliman yang paling ganas dalam sejarah kemanusiaan.

Penduduk Palestin dihalau dari tanah air mereka, dirampas rumah kediaman, kedai dan kebun atau dimusnahkannya bagi menempatkan kaum Yahudi atas nama perjuangan menegakkan negara impian Israel Agung (Israel Kubra) bermula dari Sungai Nil di Mesir sehingga Sungai Furat di Iraq, daripada laut ke laut.

Penyelesaian dua negara atau two-state solution dalam menghadapi konflik Palestin-Israel dicadangkan oleh negara-negara besar yang dipimpin oleh Amerika Syarikat dan sekutunya yang terlibat dalam penubuhan negara haram itu. Pada masa yang sama, diberikan sokongan persenjataan yang bertali arus dari negara tersebut kepada Israel. Dibekalkan dengan semua jenis senjata, termasuk senjata pemusnah yang kononnya diharamkan, tetapi dihalalkan kepada mereka khususnya kepada Israel atas nama menjaga keselamatan dan keamanannya.

Israel tidak menerima cadangan penyelesaian dua negara kerana idea tersebut bercanggah dengan perjuangan Yahudi Zionis yang berjuang untuk menubuhkan sebuah negara yang lebih besar wilayahnya, termasuk wilayah di Mesir, Syria dan Iraq, bahkan sehingga wilayah Arab Saudi termasuk kawasan Khaybar dan Kota Suci Madinah.

Kempen penyelesaian dua negara dilakukan oleh negara-negara kuasa besar yang menubuhkan negara haram itu, dengan dukungan negara-negara Arab dan Islam bekas tanah jajahan yang berada di bawah pengaruh kuasa besar penjajah itu.

Negara-negara Arab dan Islam dapat dipengaruhi dan ramai juga yang menyokong, termasuk negara Malaysia Madani, menunjukkan masih berada di bawah ketiak negara-negara besar Barat.

Bagi rakyat Palestin, sebelum adanya negara bagi Palestin yang sebenarnya belum ditentukan sempadannya, kerajaannya telah ditubuhkan tanpa berdaulat, kerana tidak mempunyai kuasa mutlak menjadi kerajaan yang merdeka sepenuhnya. Banyak perkara dan urusannya berada di bawah arahan Israel, sehingga terus membawa masuk pendatang Yahudi seramai-ramainya dengan latihan bersenjata dan dibekalkan senjatanya yang mampu membunuh serta memaksa rakyat Palestin meninggalkan rumah dan harta yang telah dirampas.

Kerajaan boneka Palestin itu dibentuk kabinetnya yang diketuai oleh seorang Presiden yang tidak berkuasa dan mengikut arahan negara-negara Barat dan sekutu yang membiayainya laksana dadah yang melekakan dalam ubat penahan sakit tersebut.

Namun, rakyat Palestin tidak menyerah kalah, mereka terus berjuang sejak penjajah British yang meneroka penubuhan Israel melalui Perjanjian Balfour pada tahun 1917. Ramai dalam kalangan para pemimpin dan rakyat yang telah gugur syahid, namun perjuangan jihad tetap diteruskan sehingga Israel berada dalam keadaan tidak aman. Malah, semua rakyatnya diberikan latihan ketenteraan dan bersenjata.

Berlaku beberapa kali peperangan besar sejak tahun 1948 apabila negara Israel diisytiharkan. Bahkan, berlaku lagi beberapa siri peperangan pada tahun 1967 dan 1973 yang melibatkan negara Arab disebabkan oleh tekanan kebangkitan rakyat bersama Palestin, di samping peperangan kecil yang berterusan.

Walau bagaimanapun, Israel tidak dapat dikalahkan disebabkan bantuan negara-negara kuasa besar yang berteknologi tinggi. Kemaraan tentera Arab pada peringkat awal tahun 1948 dilihat berjaya beberapa langkah, termasuk kemaraan Mesir pada tahun 1973 yang secara tiba-tiba dihalang dengan gangguan negara kuasa besar secara ketenteraan dan pengaruh politiknya terhadap negara-negara Arab dan Islam yang berpecah dan lemah sehingga mengecewakan perjuangan rakyat Palestin.

Sehinggakan, negara-negara tersebut dipermainkan dan ditipu dengan idea penyelesaian yang rapuh dan sebuah perjanjian yang menguntungkan Israel. Akhirnya, berlaku p**a usaha ke arah mengadakan normalisasi ke atas negara haram itu.

Kebangkitan semula Islam yang juga memasuki negara Palestin telah melahirkan kump**an Islam Tanzim Jihad pada awal tahun 80-an selepas berlakunya Revolusi Islam di Iran yang menumbangkan Kerajaan Shah yang menjadi rakan negara Israel pada tahun 1979.

Iran berubah memberi nafas baharu kepada perjuangan Palestin apabila Republik Islam Iran bukan sahaja membatalkan pengiktirafan kepada Israel, bahkan bertindak lebih proaktif menubuhkan pasukan khas bagi membebaskan bumi al-Aqsa, namun dimomokkan usaha itu kerana mazhab Syiah yang dianutinya.

Pada akhir tahun 80-an, ditubuhkan Harakah al-Muqawamah al-Islamiyyah (Hamas) yang lebih kuat dan besar pengaruhnya, mengambil pendekatan demokrasi dengan menyertai pilihan raya umum dan bersamanya sayap tentera Briged al-Qassam bagi menghadapi Yahudi Zionis. Selain itu, mengambil strategi damai terhadap rakyat Palestin dan peperangan terhadap Zionis.

Langkah damai berkonsepkan demokrasi bersama rakyat Palestin telah berjaya melebarkan pengaruh Hamas dalam kalangan rakyat Palestin sehingga mereka berjaya memperoleh kerusi terbanyak dalam Pilihan Raya Umum yang diadakan. Sepatutnya mereka dapat memimpin kerajaan, tetapi dihalang oleh Israel dan kuasa besar Amerika Syarikat bersama sekutunya dengan bertindak secara paksa diberikan kuasa kepada kump**an Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang mendapat kemenangan kecil untuk menubuhkan sebuah kerajaan boneka yang dirancang boleh melaksanakan idea penyelesaian dua negara.

Hamas terpaksa bertahan di wilayah Gaza yang ditekan dengan sekatan ekonomi, politik dan pentadbiran, serta serangan ketenteraan, namun pengaruh Hamas berjaya menyatukan semua kump**an Palestin bagi menentang Israel.

Hamas telah berjaya menggerakkan semua kump**an Palestin bersatu menentang Israel secara ketenteraan melalui Operasi Taufan al-Aqsa (Ribut al-Aqsa) pada 7 Oktober 2023 yang mengejutkan seluruh dunia, khususnya kuasa besar Amerika Syarikat dan Eropah yang terpaksa mengerahkan armadanya dan bala tentera yang besar bagi membantu Israel.

Operasi ketenteraan menentang Zionis dikuasai oleh kump**an Islam Hamas, Tanzim Jihad, Hizbullah dan Ansarullah, serta semua kump**an Islam daripada semua mazhab dan berbagai-bagai ideologi kanan dan kiri membawa kekuatan baharu yang tidak mampu dilakukan selama ini oleh negara-negara Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). Hal ini disebabkan negara-negara itu telah termakan ubat penahan sakit yang disuap oleh kuasa besar Amerika dan sekutunya.

Sehingga kini, peperangan yang berlaku memakan hari-hari yang panjang berbulan-bulan lamanya dan hampir genap setahun dalam keadaan Israel tidak mampu menguasai medan perang, walaupun mereka sudah dibantu oleh rakan kuasa besar dan sekutunya. Para pejuang Palestin mampu meneruskan perjuangan, walaupun dalam keadaan Palestin dikecewakan oleh negara-negara Arab dan Islam yang masih berkhayal dengan teori penyelesaian dua negara.

Polisi pecah dan perintah (divide and rule) yang berlaku pada zaman penjajah masih berusaha digunakan, melalui pendekatan mewujudkan perpecahan melalui bangsa dan mazhab, sehingga mencetuskan perang proksi di beberapa negara Arab. Namun, isu Palestin telah mengukuhkan kembali perpaduan umat Islam di seluruh pelosok dunia tanpa peduli terhadap sikap kerajaan masing-masing yang sangat lemah.

Langkah berperang mengikut hukum Islam yang berperikemanusiaan oleh para pejuang Palestin adalah berbeza dengan tindakan Israel yang menggila lebih ganas daripada binatang sehingga mereka sanggup membunuh kanak-kanak, kaum wanita, warga tua, pesakit di hospital dan menyerang semua tempat berlakunya bantahan oleh seluruh dunia di semua negara termasuk negara Barat yang menyokong Israel. Keadaan ini telah menempa suatu sejarah baharu, sekali gus menyedarkan semua kalangan manusia yang berperikemanusiaan sehingga bertindak melalui Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mendedahkan kesyaitanan Israel dan bangsanya yang paling dimurkai Allah. Imejnya sudah kecundang, walaupun belum ada lagi pihak yang boleh menghukumnya.

Firman Allah SWT:

وَقَالَتِ ٱلۡيَهُودُ يَدُ ٱللَّهِ مَغۡلُولَةٌۚ غُلَّتۡ أَيۡدِيهِمۡ وَلُعِنُواْ بِمَا قَالُواْۘ بَلۡ يَدَاهُ مَبۡسُوطَتَانِ يُنفِقُ كَيۡفَ يَشَآءُۚ وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيرٗا مِّنۡهُم مَّآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ مِن رَّبِّكَ طُغۡيَٰنٗا وَكُفۡرٗاۚ وَأَلۡقَيۡنَا بَيۡنَهُمُ ٱلۡعَدَٰوَةَ وَٱلۡبَغۡضَآءَ إِلَىٰ يَوۡمِ ٱلۡقِيَٰمَةِۚ كُلَّمَآ أَوۡقَدُواْ نَارٗا لِّلۡحَرۡبِ أَطۡفَأَهَا ٱللَّهُۚ وَيَسۡعَوۡنَ فِي ٱلۡأَرۡضِ فَسَادٗاۚ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُفۡسِدِينَ ٦٤

“Orang-orang Yahudi berkata, ‘Tangan Allah terbelenggu’, sebenarnya tangan merekalah yang dibelenggu dan merekalah yang dilaknat disebabkan apa yang telah mereka katakan itu. (Tidak demikian), tetapi kedua-dua tangan Allah terbuka; Dia menafkahkan sebagaimana Dia kehendaki. Dan al-Quran yang diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu sungguh-sungguh akan menambah kederhakaan dan kekafiran bagi kebanyakan antara mereka. Dan Kami telah timbulkan permusuhan dan kebencian antara mereka sehingga Hari Kiamat. Setiap mereka menyalakan api peperangan Allah memadamkannya dan mereka berbuat kerosakan di muka bumi dan Allah tidak menyukai orang-orang yang melakukan kerosakan.” [Surah al-Ma’idah: 64]

Akhirnya, penyelesaian dua negara pasti akan ditelan zaman yang ditentukan oleh Allah mengikut ajalnya.

Penyelesaian dua negara hanyalah memberi peluang kepada kalangan munafiq dan bodoh terduduk meninggalkan tugas jihad dengan berbagai-bagai alasan yang salah. Mereka itulah golongan yang muncul dalam peristiwa Ahzab yang dinyatakan oleh firman Allah SWT:

۞قَدۡ يَعۡلَمُ ٱللَّهُ ٱلۡمُعَوِّقِينَ مِنكُمۡ وَٱلۡقَآئِلِينَ لِإِخۡوَٰنِهِمۡ هَلُمَّ إِلَيۡنَاۖ وَلَا يَأۡتُونَ ٱلۡبَأۡسَ إِلَّا قَلِيلًا ١٨ أَشِحَّةً عَلَيۡكُمۡۖ فَإِذَا جَآءَ ٱلۡخَوۡفُ رَأَيۡتَهُمۡ يَنظُرُونَ إِلَيۡكَ تَدُورُ أَعۡيُنُهُمۡ كَٱلَّذِي يُغۡشَىٰ عَلَيۡهِ مِنَ ٱلۡمَوۡتِۖ فَإِذَا ذَهَبَ ٱلۡخَوۡفُ سَلَقُوكُم بِأَلۡسِنَةٍ حِدَادٍ أَشِحَّةً عَلَى ٱلۡخَيۡرِۚ أُوْلَـٰٓئِكَ لَمۡ يُؤۡمِنُواْ فَأَحۡبَطَ ٱللَّهُ أَعۡمَٰلَهُمۡۚ وَكَانَ ذَٰلِكَ عَلَى ٱللَّهِ يَسِيرٗا ١٩

“Sesungguhnya, Allah mengetahui orang-orang yang menjadi penghalang antara kamu dengan orang-orang yang berkata kepada saudara-saudaranya, ‘Marilah kepada kami’. Dan mereka tidak mendatangi peperangan melainkan sebentar sahaja. (18) Mereka bakhil terhadapmu, apabila datang ketakutan (bahaya), kamu lihat mereka itu memandang kepadamu dengan mata yang terbalik-balik seperti orang yang pengsan kerana akan mati, dan apabila ketakutan telah hilang, mereka mencaci kamu dengan lidah yang tajam, sedang mereka bakhil untuk berbuat kebaikan. Mereka itu tidak beriman, maka Allah menghapuskan (pahala) amalnya. Dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (19)” [Surah al-Ahzab: 18-19]

Apa yang berlaku membenarkan sabda Rasulullah SAW:

لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي عَلَى الدِّينِ ظَاهِرِينَ، لِعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ، لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ، حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللهِ، وَهُمْ كَذَلِكَ.

“Akan sentiasa ada daripada kalangan umatku suatu kump**an yang nyata menegakkan agamanya (Islam) dengan gagah perkasa menghadapi musuh mereka. Mereka tidak boleh dimudaratkan oleh orang yang menentang mereka (atau mengecewakan), melainkan mereka hanya menghadapi sedikit kesusahan. Sehinggalah datang ketentuan (kemenangan dan pertolongan) Allah, sedang mereka masih tetap dalam keadaan begitu.”

قَالُوا: يَا رَسُوْلَ اللهِ، وَأَيْنَ هُمْ؟

Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, di manakah mereka?”

قَالَ: بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ وَأَكْنَافِ بَيْتِ الْمَقْدِسِ.

Baginda menjawab, “Di Bait al-Maqdis dan sekitar Bait al-Maqdis.” [Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, Musnad al-Ansar, No. 22320, daripada Abu Umamah al-Bahili]

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 22 Zulqa‘dah 1445 / 31 Mei 2024

[Bil: 26 / 2024]

06/05/2024

KENYATAAN MEDIA
KERAJAAN PERLU TEGAS TANGANI AJARAN SESAT AHMADI

Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) mengikuti dengan penuh teliti perkembangan ajaran sesat Ahmadi yang disebarkan kira-kira sejak Ramadan yang lalu.

Bahkan perkembangan ajaran Ahmadi kononnya sebagai Agama Keamanan dan Cahaya sudah begitu pesat berkembang di negara-negara luar sehingga mendorong ramai umat Islam menuruti ajaran songsangnya.

DUPP bimbang dengan perkembangan ajaran-ajaran sebegini khususnya terhadap umat Islam di negara ini kerana mereka memberikan tafsiran yang menyeleweng daripada agama. Cedukan agama dan syariat yang diadun dengan kepercayaan yang palsu dan tersasar menjadikan masyarakat lebih mudah untuk terpengaruh.

DUPP menggesa Kerajaan supaya tegas dan proaktif melihat perkembangan ini. Zaman edan dengan kepesatan media sosial memerlukan tindakan yang pantas kerana penyebaran kesesatan ini lebih cepat berkali ganda.

Oleh yang demikian perkara ini turut memerlukan kepekaan di setiap negeri untuk menilai semula enakmen jenayah syariah negeri masing-masing dalam usaha mengekang penyebaran ajaran sesat. Penguatkuasaan undang-undang yang berkesan dan efektif amat diperlukan bagi membendung penularan ajaran yang menyongsang daripada agama seperti ini.

DUPP juga menyeru umat Islam di seluruh negara supaya tidak termakan dengan dakyah palsu dan songsang yang dibawa ajaran berkenaan. Berpautlah pada ulama' yang sebenar dalam memahami agama dan bukannya pada cerita-cerita penglipur lara yang direka di sebalik nama kesesatan.

Sekian.

YB Ustaz Dato' Haji Ahmad bin Yahaya,
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat,
Ahli Parlimen Pokok Sena.

27 Syawal 1445 Hijri | 6 Mei 2024 Miladi

27/04/2024

*INSTITUT KAJIAN ILMIAH & STRATEGIK, DEWAN ULAMAK PAS PUSAT* bersama *AKADEMI PENDIDIKAN KUIZM* dengan kerjasama pelbagai Institusi/NGO bakal menganjurkan *KONVENSYEN _FIQH AL-WAHDAH_* seperti ketetapan berikut:

🗓️ *4 MEI 2024 (SABTU)*
⏰ *8.00 PAGI - 1.30 PETANG*
📍 _Dewan Dato’ Hj Fadzil Noor_
_Akademi Pendidikan KUIZM_
_Taman Melewar, Gombak_

*Terbuka kepada semua* ⤵️
▶️ *RM20 seorang*
🔘 _*tidak termasuk buku_
▶️ *RM40 seorang* (pelajar)
🔘 _*dengan syarat pelajar daftar berkump**an 10 orang & ke atas._
▶️ *RM50 seorang* (awam)
🔘 _*termasuk buku dan makan_

✅ *Jamuan & 2 Jilid Buku Prosiding _Fiqh al-Wahdah_* disediakan buat semua peserta.

✅ _Klik link di bawah untuk info pendaftaran serta pembayaran yuran penyertaan_⤵️

📌 *Zulfah*
https://www.wasap.my/60187652544/fiqhal-wahdah

📌 *Nazahah*
https://www.wasap.my/601139142813/fiqhal-wahdah

✅ Pendaftaran akan *ditutup pada 2 Mei 2024*, penyertaan adalah terhad.

======================

📍 *[INFO TAMBAHAN]* ⤵️

✅ *Ucaptama Konvesyen _Fiqh al-Wahdah_* ini akan disampaikan oleh *YB Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang*, Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Marang.

✅ Turut hadir sebagai Pengulas Utama ialah *YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man*, Timbalan Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Kubang Kerian.

✅ 7 tokoh agama & akademik dari pelbagai bidang akan membentang kertas kerja berkenaan *_Fiqh al-Wahdah_*.

✅ Peserta akan dibekalkan dengan *2 Jilid Buku Prosiding _Fiqh al-Wahdah_* yang juga memuatkan kertas iringan hasil sumbangan penulisan dari tokoh-tokoh merentas bidang.

Jom hadir, daftar segera ❗️

Photos from Tuan Guru Zulkifli Ismail's post 25/03/2024
12/03/2024

KENYATAAN MEDIA
ARAHAN BUKA KANTIN SEKOLAH BULAN RAMADAN POLEMIK TIDAK PERLU

Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menegaskan bahawa arahan Kementerian supaya kantin-kantin sekolah dibuka ketika bulan Ramadan mencetuskan polemik yang tidak perlu dalam kalangan masyarakat.

DUPP berpandangan bahawa perkara ini telah menjadi uruf setempat dan kebiasaan rakyat di negara ini untuk menghormati umat Islam yang sedang berpuasa termasuklah dalam kalangan pelajar sekolah yang masih berlatih untuk berpuasa.

Seharusnya kita memulakan langkah dengan memberikan pendidikan terhadap kepentingan berpuasa khusus kepada pelajar yang beragama Islam. Golongan pelajar bukan Islam juga akan turut menghayati kepentingan berpuasa walaupun tidak ada paksaan terhadap mereka.

Perkara ini boleh berlaku secara harmoni tanpa perlu ada arahan supaya kantin dibuka ketika para pelajar berada dalam bulan Ramadan. Bukan bermaksud kita menghalang pelajar bukan Islam untuk makan di siang hari, cuma ia juga satu bentuk didikan supaya mereka menghormati bulan Ramadan sejak di alam persekolahan.

Mereka boleh hadir ke sekolah dengan bekal makanan dan makan di ruangan yang dibenarkan. Itu sudah memadai tanpa perlu arahan agar kantin dibuka yang dilihat agak keterlaluan.

Ironinya, DUPP melihat Menteri sendiri gopoh dalam mengeluarkan arahan sedemikian seolah-olah tidak menghormati bulan Ramadan dan para pelajar Muslim yang harus diasuh untuk berpuasa sejak daripada kecil. Perkara sebegini hanyalah mencetuskan polemik tidak perlu dan membuang masa.

Sekian.

YB USTAZ DATO' HJ AHMAD BIN YAHAYA
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Pokok Sena

11/03/2024

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK 1445 HIJRI

Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) mengucapkan selamat beramal di bulan Ramadan kepada seluruh umat Islam.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 183 :

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ١٨٣

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Semoga kita semua menjadi hamba Allah SWT yang tergolongan dikalangan orang yang bertaqwa dan sentiasa istiqamah melaksanakan amalan kebaikan dan menjauhi segala larangan.

اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا

Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan itu).

10/03/2024

KENYATAAN MEDIA
PERUNDANGAN ISLAM WAJAR DIJULANG DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menggesa Kerajaan supaya meneliti usaha bagi mengangkat perundangan Islam sebagai asas utama dalam Perlembagaan Persekutuan bagi memastikan undang-undang Islam terus terpelihara dalam negara.

Kita sememangnya berpegang kepada Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan serta beberapa bahagian lain yang meletakkan keistimewaan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu adalah sumpah setia Yang Dipertuan Agung (YDPA) berdasarkan Jadual Keempat Bahagian I yang menyatakan ikrar untuk memelihara agama Islam.

Sewajarnya Islam terus dijunjung tinggi dalam Perlembagaan Persekutuan. Perundangan Islam harus diletakkan di bawah peruntukan yang jelas dalam Perlembagaan Persekutuan dan bukan sebaliknya dikecilkan peranannya sehingga seolah-olah ia tidak ada makna dalam sistem perundangan sedia ada.

Sejak merdeka, perbahasan tentang kedudukan Mahkamah Syariah terus menjadi pendebatan sehingga melahirkan pindaan Perkara 121(1A) pada tahun 1988. Walau bagaimanapun, undang-undang Islam masih memerlukan kepada peneguhan yang lebih jelas khususnya dalam Perlembagaan Persekutuan.

DUPP ingin turut menyokong kenyataan Tuan Guru Presiden yang menggesa supaya Islam diletakkan sebagai undang-undang utama dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Mana-mana undang-undang yang bertentangan dengan Islam seharusnya tertolak. Itu yang seharusnya berlaku.

Ini bagi memastikan kedudukan Islam sentiasa teguh dan tidak tergugat oleh anasir-anasir yang merosakkan. Islam harus dijunjung tinggi dan harus dinilai semula kedudukannya dalam perlembagaan selepas kita mencapai kemerdekaan sejak tahun 1957.

Sekian.

YB USTAZ DATO' HAJI AHMAD BIN YAHAYA,
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP).
Ahli Parlimen Pokok Sena.

28 SYA'BAN 1445 HIJRI | 9 MAC 2024 MILADI

09/02/2024

KENYATAAN MEDIA
GESA KERAJAAN SEGERA PERTAHAN DAN PERKASA UNDANG-UNDANG SYARIAH

Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) ingin menyatakan kekesalan dengan keputusan kes Nik Elin Zurina sebentar tadi yang sekaligus meletakkan kedudukan undang-undang syariah negeri bagai tidak ada nilainya dalam sistem perundangan negara.

Dalam keadaan yang sedemikian, tidak mustahil pihak yang tidak senang dengan undang-undang syariah ini akan mengambil langkah yang lebih drastik untuk mencabar enakmen jenayah syariah di negeri-negeri lain berikutan ikutan (precedent) yang kuat daripada kes Iki Putra dan Nik Elin.

Kita menyaksikan cabaran demi cabaran terhadap enakmen jenayah syariah negeri sejak dekad kebelakangan ini.

Sebelum kes Iki Putra, kes transgender Juzaili Khamis yang berpakaian wanita pernah dibangkitkan di mahkamah sivil mencabar peruntukan Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan.

Oleh itu, DUPP menggesa Kementerian yang menjaga Hal Ehwal Agama di bawah Jabatan Perdana Menteri supaya mempercepatkan persidangan Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri untuk Menggubal Undang-undang Islam.

Perkara ini seharusnya dilaksanakan lebih awal memandangkan semua pihak maklum mengenai implikasi petisyen yang dibawa oleh pempetisyen khususnya terhadap keabsahan undang-undang syariah negeri.

DUPP turut mengajak seluruh umat Islam agar mendoakan syariat Islam di Malaysia terus dapat dipertahankan dan dipelihara insyAllah.

Sekian.

YB USTAZ DATO’ HJ AHMAD BIN YAHAYA
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat

28 Rejab 1445 Hijri | 9 Februari 2024 Miladi

Videos (show all)

𝐂𝐄𝐑𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐋𝐎𝐌𝐏𝐎𝐊 𝐏𝐍 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐁𝐀𝐊𝐀𝐏
𝐌𝐀𝐇𝐑𝐀𝐉𝐀𝐍 𝐀𝐌𝐀𝐋 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌𝐈 𝐒𝐑𝐈𝐓𝐈 (𝐌𝐀𝐈𝐒) 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍
𝗖𝗘𝗥𝗔𝗠𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗟𝗢𝗠𝗣𝗢𝗞 𝗨𝗗𝗠 𝟖 𝗦𝗜𝗠𝗣𝗔𝗡𝗚 𝗝𝗘𝗥𝗔𝗠
𝗖𝗘𝗥𝗔𝗠𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗟𝗢𝗠𝗣𝗢𝗞 𝗨𝗗𝗠 𝟓 𝗦𝗜𝗠𝗣𝗔𝗡𝗚 𝗝𝗘𝗥𝗔𝗠
𝗖𝗘𝗥𝗔𝗠𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗟𝗢𝗠𝗣𝗢𝗞 𝗨𝗗𝗠 𝟵 𝗦𝗜𝗠𝗣𝗔𝗡𝗚 𝗝𝗘𝗥𝗔𝗠
𝗖𝗘𝗥𝗔𝗠𝗔𝗛 𝐊𝐄𝐋𝐎𝐌𝐏𝐎𝐊 𝐏𝐍 𝐔𝐃𝐌 𝟒 𝐇𝐉 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋𝐋𝐀𝐇 (𝐒𝐈𝐌𝐏𝐀𝐍𝐆 𝐉𝐄𝐑𝐀𝐌)
𝗕𝗨𝗔𝗟 𝗕𝗜𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗣𝗥𝗡 𝗡𝟵
𝗖𝗘𝗥𝗔𝗠𝗔𝗛 𝗚𝗘𝗟𝗢𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚 𝗡𝗜𝗦𝗠𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗞𝗜𝗧𝗢 𝗨𝗕𝗔𝗛, 𝗗𝗨𝗡 𝗕𝗔𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚
𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗘𝗡𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗖𝗔𝗟𝗢𝗡 𝗣𝗡 𝗡𝟯𝟭 𝗕𝗔𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚 𝗨𝗦𝗧𝗔𝗭 𝗙𝗔𝗧𝗔𝗛!
CERAMAH PN DUN BAGAN PINANG
𝗣𝗘𝗟𝗔𝗡𝗖𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗕𝗜𝗟𝗜𝗞 𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗡 𝗗𝗨𝗡 𝗥𝗔𝗡𝗧𝗔𝗨
LIVE - PELANCARAN JENTERA PN DUN LUKUT

Website