Polis Daerah Pendang
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Polis Daerah Pendang, Government Organization, .
LAWATAN PANEL PENILAI PERTANDINGAN PENGURUSAN PERUMAHAN PDRM TERBAIK KATEGORI B TAHUN 2023
PENDANG, 15 Februari 2024 - Pasukan Penilai yang diketuai oleh ACP Noor Imran bin Abdul Rahman selaku Pengerusi Panel Penilai Peringkat Zon Utara Pertandingan Anugerah Pengurusan Perumahan Terbaik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tahun 2023 telah hadir di Perumahan Polis IPD Pendang bagi mengadakan lawatan dan penilaian.
Turut hadir sebagai Ahli Panel Penilai adalah Supt. Baharuddin bin Abdullah (Ahli l) dan ASP Mohd Hafidz bin Md Nor (Setiausaha).
Kehadiran Panel Penilai telah disambut oleh Ketua Polis Daerah Pendang, DSP Arriz Sham bin Hamezah, Ketua-ketua Bahagian dan Ketua Polis Balai.
Taklimat Pengurusan Perumahan Polis IPD Pendang turut disampaikan sebelum pasukan Panel Penilai membuat lawatan dan tinjauan di kawasan perumahan.
Lawatan penilaian oleh Pasukan Panel Penilai merupakan lawatan untuk menilai sejauhmana kecekapan dan keberkesanan pengurusan perumahan dilakukan oleh semua Ahli Jawatankuasa dan ahli perumahan Polis IPD Pendang.
Lawatan telah berjalan lancar sepanjang lawatan tersebut.
FITIK BULANAN PERINGKAT IPD PENDANG
Pendang, 13 Febuari 2024 - Fitik Bulanan Peringkat IPD Pendang telah diadakan bermula jam 09.00 Pagi hingga selesai. Taklimat telah disampaikan oleh ASP Ismadi bin Ishak dan pembersihan kawasan yang terlibat dijalankan mengikut pecahan kumpulan dan zon masing-masing.
Tujuan fitik ini diadakan bagi membersihkan seluruh kawasan Perumahan IPD Pendang bagi memastikan setiap kawasan sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas.
Seramai 44 orang Pegawai Kanan, anggota dan Pegawai Awam hadir menjayakan program tersebut.
Terima kasih diatas kerjasama semua.
PERHIMPUNAN BULANAN DAN GENERAL ROLL CALL KETUA POLIS DAERAH PENDANG BAGI BULAN FEBUARI 2024
PENDANG, 13 Febuari 2024 - Perhimpunan Bulanan dan General Roll Call Ketua Polis Daerah Pendang Bagi Bulan Febuari 2024 telah diadakan di Dewan Serbaguna IPD Pendang bermula pada jam 7.30 pagi tadi.
Program telah dihadiri oleh Ketua Polis Daerah YDH DSP Arriz Sham bin Hamezah, Ketua-Ketua Bahagian, Pegawai Kanan Polis, Ketua Polis Balai, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam IPD Pendang.
Dalam program ini juga turut diadakan penyampaian Surat Penghargaan Ketua Polis Daerah Pendang. “Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima”.
PERMOHONAN PERMIT BERNIAGA BUNGA API SEMPENA MUSIM PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI 2024 TELAH DIBUKA
Sebarang pertanyaan sila hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Pendang.
Permohonan dibuka pada 07 Februari 2024 dan ditutup pada 29 Februari 2024.
Antara syarat permohonan adalah :
1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
2. Mempunyai Stor Simpanan Bunga Api yang selamat dan diperakui oleh Jabatan Logistik (Persenjataan IPD atau IPK)
3. Laporan MDP dan PBT hendaklah disediakan oleh pemohon sendiri
4. Surat Perlantikan sebagai Ejen daripada Pembekal yang diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN)
5. Mempunyai Kelulusan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
6. Tiada Rekod Jenayah (Tapisan Keselamatan PDRM)
Permohonan lengkap perlu dimajukan kepada IPD Pendang untuk tindakan selanjutnya.
OP SELAMAT TBC 21
BSPT Pendang komited dalam misi membantu melancarkan pergerakan lalulintas menurunkan kadar kemalangan jalan raya . Bagi pengguna jalan raya pastikan anda sentiasa mengutamakan aspek keselamatan, pemanduan yang berhemah dan sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan berhati hati semasa memandu kenderaan.
08 Februari 2024, Pendang – Peringatan Khas buat sahabat Facebook Polis Daerah Pendang semua. Di musim-musim cuti sekolah dan musim perayaan yang akan tiba tidak lama lagi, ramai yang bercadang untuk mengambil cuti panjang dan balik ke kampung halaman. Terutama kepada yang akan membawa keluarga pergi bercuti dan pulang ke kampung halaman sempena cuti sekolah dan perayaan Tahun Baru Cina. Sebelum anda meninggalkan rumah, adakah anda telah memaklumkan kepada pihak polis?
Oleh itu sebelum anda meninggalkan rumah, kami menggalakkan anda supaya mendapatkan borang makluman balik kampung di balai polis yang berdekatan seterusnya menghantar borang tersebut ke balai. Selain itu juga, anda boleh menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) dengan memilih menu “Balik Kampung” dan isikan butiran yang diperlukan sebagai makluman pihak polis. Dengan cara ini dapat memudahkan pihak polis membuat rondaan serta pemantauan secara berkala semasa ketiadaan anda dirumah seterusnya dapat mengelakkan kes pecah rumah semasa musim cuti sekolah dan cuti perayaan.
Jom muat turun aplikasi VSP seperti di pautan berikut:
Pengguna IOS: https://apps.apple.com/my/app/volunteer-smartphone-patrol-vsp/id1118234031
Pengguna Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.rv2&hl=en
“Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada”
02 Februari 2024, Pendang – Khas buat sahabat Facebook Polis Daerah Pendang semua. Di musim-musim cuti sekolah dan musim perayaan yang akan tiba tidak lama lagi, ramai yang bercadang untuk mengambil cuti panjang dan balik ke kampung halaman. Terutama kepada yang akan membawa keluarga pergi bercuti dan pulang ke kampung halaman sempena cuti sekolah dan perayaan Tahun Baru Cina. Sebelum anda meninggalkan rumah, adakah anda telah memaklumkan kepada pihak polis?
Oleh itu sebelum anda meninggalkan rumah, kami menggalakkan anda supaya mendapatkan borang makluman balik kampung di balai polis yang berdekatan seterusnya menghantar borang tersebut ke balai. Selain itu juga, anda boleh menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) dengan memilih menu “Balik Kampung” dan isikan butiran yang diperlukan sebagai makluman pihak polis. Dengan cara ini dapat memudahkan pihak polis membuat rondaan serta pemantauan secara berkala semasa ketiadaan anda dirumah seterusnya dapat mengelakkan kes pecah rumah semasa musim cuti sekolah dan cuti perayaan.
Jom muat turun aplikasi VSP seperti di pautan berikut:
Pengguna IOS: https://apps.apple.com/my/app/volunteer-smartphone-patrol-vsp/id1118234031
Pengguna Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.rv2&hl=en
“Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada”
PROGRAM CERAMAH AGAMA BULANAN IPD PENDANG
Pendang – 01 Januari 2024 @ 1900 hrs- Bertempat di Surau Nur Al-Fatihin IPD Pendang telah diadakan program ceramah agama, peringkat IPD Pendang.
Ceramah bertajuk "PERJUANGAN PALESTIN telah disampaikan oleh Ustaz Lutfi Amir bin Saiadin, Pegawai Agama BAKA IPK Kedah yang mengupas isu berkaitan Palestin.
Program agama seumpama ini dapat mengeratkan ukhuwah dan mahabbah di kalangan warga IPD Pendang serta mengingatkan kepada Pegawai, anggota dan seluruh warga IPD Pendang tentang kewajipan dalam mentaati perintah Allah SWT.
Program ini turut dihadiri Ketua-ketua Bahagian, Pegawai kanan, Anggota, Peg. Awam, Ahli Perkep IPD Pendang dan pesara Polis daerah Pendang.
PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT LARIAN 2.4KM PERINGKAT IPD PENDANG
Pendang – 01 Febuari 2024 @ 0730 hrs, Program Gaya Hidup Sihat Larian 2.4km peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Pendang telah diadakan di Tasek MADA, Pendang.
Program dimulakan dengan sesi regangan dan panaskan badan seterusnya larian sejauh 2.4 kilometer.
Inisiatif ini adalah bagi memberi pendedahan tentang pentingnya amalan gaya hidup sihat dan mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan warga IPD Pendang
Hadir dalam program ini Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Polis Balai, Pegawai kanan, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam IPD Pendang.
24 Januari 2024, Pendang – Khas buat sahabat Facebook Polis Daerah Pendang semua. Di musim-musim cuti sekolah dan musim perayaan yang akan tiba tidak lama lagi, ramai yang bercadang untuk mengambil cuti panjang dan balik ke kampung halaman. Terutama kepada yang akan membawa keluarga pergi bercuti dan pulang ke kampung halaman sempena cuti sekolah dan perayaan Tahun Baru Cina. Sebelum anda meninggalkan rumah, adakah anda telah memaklumkan kepada pihak polis?
Oleh itu sebelum anda meninggalkan rumah, kami menggalakkan anda supaya mendapatkan borang makluman balik kampung di balai polis yang berdekatan seterusnya menghantar borang tersebut ke balai. Selain itu juga, anda boleh menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) dengan memilih menu “Balik Kampung” dan isikan butiran yang diperlukan sebagai makluman pihak polis. Dengan cara ini dapat memudahkan pihak polis membuat rondaan serta pemantauan secara berkala semasa ketiadaan anda dirumah seterusnya dapat mengelakkan kes pecah rumah semasa musim cuti sekolah dan cuti perayaan.
Jom muat turun aplikasi VSP seperti di pautan berikut:
Pengguna IOS: https://apps.apple.com/my/app/volunteer-smartphone-patrol-vsp/id1118234031
Pengguna Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.rv2&hl=en
“Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada”
FITIK BULANAN PERINGKAT IPD PENDANG
Pendang 11/01/2024 - Fitik Bulanan Peringkat IPD Pendang telah diadakan bermula jam 08.00 Pagi hingga selesai. Taklimat telah disampaikan oleh ASP Ismadi bin Ishak dan pembersihan kawasan yang terlibat dijalankan mengikut pecahan kumpulan dan zon masing-masing.
Tujuan fitik ini diadakan bagi membersihkan seluruh kawasan Perumahan IPD Pendang bagi memastikan setiap kawasan sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas.
Seramai 41 orang Pegawai Kanan, anggota dan Pegawai Awam hadir menjayakan program tersebut.
Terima kasih diatas kerjasama semua.
11 Januari 2024, Pendang – Khas buat sahabat Facebook Polis Daerah Pendang semua. Di musim-musim cuti sekolah dan musim perayaan yang akan tiba tidak lama lagi, ramai yang bercadang untuk mengambil cuti panjang dan balik ke kampung halaman. Terutama kepada yang akan membawa keluarga pergi bercuti dan pulang ke kampung halaman sempena cuti sekolah dan perayaan Tahun Baru Cina. Sebelum anda meninggalkan rumah, adakah anda telah memaklumkan kepada pihak polis?
Oleh itu sebelum anda meninggalkan rumah, kami menggalakkan anda supaya mendapatkan borang makluman balik kampung di balai polis yang berdekatan seterusnya menghantar borang tersebut ke balai. Selain itu juga, anda boleh menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) dengan memilih menu “Balik Kampung” dan isikan butiran yang diperlukan sebagai makluman pihak polis. Dengan cara ini dapat memudahkan pihak polis membuat rondaan serta pemantauan secara berkala semasa ketiadaan anda dirumah seterusnya dapat mengelakkan kes pecah rumah semasa musim cuti sekolah dan cuti perayaan.
Jom muat turun aplikasi VSP seperti di pautan berikut:
Pengguna IOS: https://apps.apple.com/my/app/volunteer-smartphone-patrol-vsp/id1118234031
Pengguna Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.rv2&hl=en
“Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada”
MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS JAWATAN KETUA BAHAGIAN KETENTERAMAN AWAM DAN KETUA BAHAGIAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK IPD PENDANG
PENDANG, 07 Januari 2024 - Bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat Polis Daerah Pendang telah berlangsung Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Bahagian Ketenteraman Awam & Ketua Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, IPD Pendang.
Majlis Serah Terima Tugas berlangsung pada jam 2.30 petang di antara ASP Radzi Bin Md Isa kepada Pemangku Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Insp Nor Ella binti Mohamad Zip dan diantara Insp Muhammad Atiq bin Elias kepada Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik ASP Amir bin Haleh telah disaksikan oleh YDH DSP Arriz Sham bin Hamezah, Ketua Polis Daerah Pendang.
Hadir bersama dalam majlis tersebut Ketua -Ketua Bahagian, Ketua-Ketua Polis Balai, anggota dari Bahagian Ketenteraman Awam dan Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Pendang.
PERHIMPUNAN BULANAN PERINGKAT IPD PENDANG BAGI BULAN JANUARI 2024
PENDANG, 03 Januari 2024 - Perhimpunan bulanan bagi Bulan Januari 2024 peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Pendang telah diadakan di Dewan Serbaguna IPD Pendang bermula pada jam 7.30 pagi tadi.
Program telah dihadiri oleh Ketua Polis Daerah YDH DSP Arriz Sham bin Hamezah, Ketua-Ketua Bahagian, Pegawai Kanan Polis, Ketua Polis Balai, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam IPD Pendang.
Dalam program ini juga turut diadakan penyematan pangkat dan penyampaian Surat Penghargaan Ketua Polis Daerah Pendang. “Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima”.
NOTIS JUALAN LELONG
IBU PEJABAT POLIS DAERAH PENDANG
PROGRAM CERAMAH AGAMA BULANAN IPD PENDANG
Pendang – 30 November 2023 @ 1900 hr s- Bertempat di Surau Nur Al-Fatihin IPD Pendang telah diadakan program ceramah agama, peringkat IPD Pendang.
Ceramah bertajuk "PERJUANGAN PALESTIN telah disampaikan oleh Ustaz Lutfi Amir bin Saiadin, Pegawai Agama BAKA IPK Kedah yang mengupas isu berkaitan Palestin.
Program agama seumpama ini dapat mengeratkan ukhuwah dan mahabbah di kalangan warga IPD Pendang serta mengingatkan kepada Pegawai, anggota dan seluruh warga IPD Pendang tentang kewajipan dalam mentaati perintah Allah SWT.
Program ini turut dihadiri oleh YDH DSP Arriz Sham Bin Hamezah (Ketua Polis Daerah Pendang) ketua-ketua Bahagian,Pegawai kanan, Anggota, Peg. Awam, Ahli Perkep IPD Pendang dan pesara Polis daerah Pendang.
PERHIMPUNAN BULANAN PERINGKAT IPD PENDANG BAGI BULAN NOVEMBER 2023
PENDANG, 28 November 2023 - Perhimpunan Bulanan bagi bulan November 2023 peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Pendang telah diadakan di Dewan Serbaguna IPD Pendang bermula pada jam 7.30 pagi tadi.
Program telah dihadiri oleh Ketua Polis Daerah YDH DSP Arriz Sham bin Hamezah, Ketua-Ketua Bahagian, Pegawai Kanan Polis, Ketua Polis Balai, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam IPD Pendang.
Dalam program ini juga turut diadakan penyampaian Surat Penghargaan Ketua Polis Daerah Pendang. “Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima”.
LAWATAN KERJA KETUA JABATAN PENCEGAHAN JENAYAH DAN KESELAMATAN KOMUNITI KONTINJEN KEDAH KE IBU PEJABAT POLIS DAERAH PENDANG .
Pendang, 21 November 2023 @ 0800 HRS - YDH SAC Kamaruzaman bin Elias Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Kedah telah mengadakan Lawatan Kerja di Ibu Pejabat Polis Daerah Pendang.
Ketibaan YDH SAC Kamaruzaman bin Elias disambut oleh YDH DSP Arriz Sham b. Hamezah, Ketua Polis Daerah Pendang, Ketua Bahagian serta Ketua Polis Balai.
Lawatan ini bertujuan menyampaikan amanat dan nasihat kepada warga BPJKK IPD Pendang agar melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab serta mengikut arahan pucuk pimpinan bagi memastikan perkhidmatan yang efisien dapat disampaikan kepada masyarakat bertepatan dengan slogan Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.
Terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program lawatan kerja ini.
VOLUNTEER SMARTPHONE PATROL (VSP) MERUPAKAN KEMUDAHAN KEPADA ORANG RAMAI
VSP adalah aplikasi yang disediakan oleh PDRM untuk kemudahan dan kegunaan orang ramai untuk mendapatkan bantuan dan perkhidmatan dari agensi ini.
Selain itu, VSP adalah medium kepada orang ramai menyalurkan maklumat dan aduan kepada PDRM dengan lebih pantas.
Aplikasi VSP ini boleh dimuat turun dari telefon pintar anda. Bagi modul aduan, aplikasi VSP dilengkapi dengan video, gambar dan koordinat bagi kemudahan orang ramai menyalurkan maklumat.
Selain itu, aplikasi VSP ini turut dilengkapi dengan modul Balik Kampung yang merupakan salah satu kemudahan kepada orang ramai. Dengan hanya mengisi tarikh mula pergerakan, tarikh tamat pergerakan dan alamat lengkap dan kemudian klik kepada butang hantar. Informasi ini akan diterima oleh pihak Polis bagi melaksanakan tindakan pencegahan seperti pemantau dan rondaan di premis yang dinyatakan. Tindakan ini boleh mencegah kejadian pecah rumah.
VSP turut menyediakan informasi seperti alamat, no telefon, no fax, alamat e-Mel dan lokasi Ibu Pejabat Polis bagi setiap negeri untuk kemudahan orang ramai.
Bagi yang inginkan maklumat lanjut mengenai kerjaya, aktiviti, isu dan sebagainya berkaitan PDRM, aplikasi VSP ini turut menyediakan capaian pantas dalam modul media sosial. Antaranya facebook, instagram, twitter, website rmp dan youtube.
Jangan lepaskan peluang dari mendapatkan kemudahan ini. Muat turun Aplikasi VSP sekarang dan nikmati kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh PDRM dengan pantas dan mudah
Bersama kita mencegah jenayah.
Sumber : FB Polis Kedah
PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT LARIAN 2.4KM PERINGKAT IPD PENDANG
Pendang - 09 November 2023 @ 0730 hrs, Program Gaya Hidup Sihat Larian 2.4km peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Pendang telah diadakan di Tasek MADA, Pendang.
Program dimulakan dengan sesi regangan dan panaskan badan seterusnya larian sejauh 2.4 kilometer.
Inisiatif ini adalah bagi memberi pendedahan tentang penting nya amalan gaya hidup sihat dan mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan warga IPD Pendang
Hadir dalam program ini Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Polis Balai, Pegawai kanan, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam IPD Pendang.
OP Pintu
Ketua "Geng Bri" Ditangkap
PERHIMPUNAN BULANAN PERINGKAT IPD PENDANG BAGI BULAN OKTOBER 2023
PENDANG, 24 Oktober 2023 - Perhimpunan Bulanan bagi bulan Oktober 2023 peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Pendang telah diadakan di Dewan Serbaguna IPD Pendang bermula pada jam 7.30 pagi tadi.
Program telah dihadiri oleh Ketua Polis Daerah YDH DSP Arriz Sham bin Hamezah, Ketua-Ketua Bahagian, Pegawai Kanan Polis, Ketua Polis Balai, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam IPD Pendang.
Dalam program ini juga turut diadakan penyematan pangkat Koperal dan penyampaian Surat Penghargaan Ketua Polis Daerah Pendang. “Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima”.
ISTIADAT PENGANUGERAHAN PINGAT JASA PAHLAWAN NEGARA (PJPN) KONTINJEN KEDAH SIRI 1/2023
Alor Setar , 17 September 2023 Oktober 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara, YDH DIG Dato' Sri Ayob Khan bin Mydin Pitchay hadir menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N.) yang berlangsung di Dewan Tunku Ibrahim, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah sekitar jam 2.30 petang, hari ini.
Penganugerahan pingat tersebut sebagai pengiktirafan negara bagi mengenang pengorbanan dan jasa bakti mereka yang bertugas semasa Era Darurat dan Insurgensi serta di anugerahkan kepada Pesara Polis, Bekas Polis dan Petugas Polis yang sedang berkhidmat. Seramai 208 orang penerima terdiri daripada 17 pegawai polis pelbagai pangkat yang masih berkhidmat, 166 pesara polis dan 25 orang waris hadir pada majlis penerimaan ini.
Kelayakan penerima PJPN adalah pegawai polis yang berkhidmat dalam pasukan PDRM sebelum 17 Oktober 1990 sebagai menghargai kecemerlangan mereka semasa menjalankan tugas. (Warta Kerajaan Jil. 58 No.10 bth 3 Mac 2014). PDRM Kedah juga merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas segala khidmat bakti yang diberikan selama ini. Ucapan syabas dan tahniah juga buat semua barisan kepimpinan PDRM Kedah, ahli jawatankuasa yang mengendalikan majlis ini dengan jayanya.
Hadir sama majlis ini, Ketua Polis Kedah, YDH CP Dato' Fisol bin Salleh, Timbalan Ketua Polis Kedah, YDH DCP Datuk Abu Samah bin Mohd Noor, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua Polis Daerah, Ketua Pegawai Turus Istiadat, Bukit Aman, YDH Supt. Mohamad Ra'ayim bin Haji Jemakir, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam PDRM Kedah yang terlibat.
PROGRAM GOTONG-ROYONG MEGA 2.0 PERANGI AEDES PERINGKAT IPD PENDANG TAHUN 2023
Pendang 14/09/2022 - Program Gotong-royong Mega 2.0 Perangi Aedes peringkat IPD Pendang telah diadakan bermula jam 08.00 Pagi hingga selesai. Taklimat disampaikan oleh Insp Fazrezan bin Abdul Hamid dan pembersihan kawasan yang terlibat dijalankan mengikut pecahan kumpulan.
Tujuan Program Gotong-royong diadakan bagi membersihkan dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes di kawasan longkang dan di persekitaran bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah Pendang.
Seramai 37 Orang Pegawai Kanan/Anggota dan Pegawai Awam hadir menjayakan program tersebut.
Selain itu, Balai-balai di bawah pentadbiran IPD Pendang iaitu Balai Polis Bukit Jenun, Balai Polis Kubur Panjang dan Balai Polis Sungai Tiang turut terlibat dalam menjayakan program ini .
Terima kasih diatas kerjasama semua.
LAWATAN PEMERIKSAAN DI BAWAH PERINTAH TETAP KETUA POLIS NEGARA (PTKPN) A117 BUKIT AMAN KE IBU PEJABAT POLIS DAERAH PENDANG.
Pendang, 10 September 2023 – Lawatan Pemeriksaan PTKPN A117 telah diadakan pada hari ini oleh pihak Bukit Aman ke Balai Bukit Jenun IPD Pendang.
Pemeriksaan diketuai oleh YDH ACP Umi Kalsom Binti Abdul Halim, Penolong Pengarah E5 Cawangan Khas Bukit Aman (Ketua Pemeriksa) bersama kumpulan pemeriksa dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Ketibaan YDH ACP Umi Kalsom Binti Abdul Halim, Penolong Pengarah E5 Cawangan Khas Bukit Aman telah disambut mesra oleh YDH DSP Arriz Sham Bin Hamezah, Ketua Polis Daerah Pendang, Ketua-Ketua Bahagian dan Ketua-Ketua Polis Balai.
Tujuan utama Pemeriksaan dijalankan adalah bertujuan memastikan prosedur kerja harian yang dijalankan oleh pihak balai adalah mengikut kepada tatacara sepertimana PTPKN, kesemua fail-fail Balai, dokumen dan fail-fail SKDD anggota balai dalam keadaan baik dan dikemaskini serta keadaan bangunan dan persekitaran balai dalam keadaan baik dan bersih.
PERHIMPUNAN BULANAN PERINGKAT IPD PENDANG BAGI BULAN SEPTEMBER 2023
PENDANG, 07 September 2023 - Perhimpunan Bulanan bagi bulan September 2023 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Pendang telah diadakan di Dewan Serbaguna IPD Pendang bermula pada jam 7.30 pagi tadi.
Program telah dihadiri oleh Ketua Polis Daerah YDH DSP Arriz Sham bin Hamezah, Ketua-Ketua Bahagian, Pegawai Kanan Polis, Ketua Polis Balai, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam IPD Pendang.
Dalam program ini juga turut diadakan penyampaian Surat Penghargaan Ketua Polis Daerah Pendang. “Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima”.
MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS JAWATAN KETUA BAHAGIAN LOGISTIK DAERAH PENDANG
PENDANG, 20 Ogos 2023 - Bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat Polis Daerah Pendang telah berlangsung Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Bahagian Logistik Daerah Pendang, Ibu Pejabat Polis Daerah Pendang.
Majlis Serah Terima Tugas berlangsung pada jam 08.30 pagi di antara ASP Tan Seng Hock kepada Insp Nur Hanisah Binti Hamidon telah disaksikan oleh YDH DSP Arriz Sham bin Hamezah, Ketua Polis Daerah Pendang. Hadir bersama dalam majlis tersebut Ketua -Ketua Bahagian dan ketua-ketua Polis Balai dan anggota cawangan Logistik IPD Pendang.