Sekretariat Nur Al-Falah Universiti Malaya
Sekretariat Nur Al-Falah Universiti Malaya ditubuhkan pada 24 November 2011 merupakan badan pelajar
[DAPUR SRIKANDI 4.0 x Pemberian Makanan Berbuka]
Alhamdulillah selesai sudah program Dapur Srikandi 4.0 di parking kolej 7 yang bermula pada petang semalam.
Program ini merupakan satu inisiatif untuk membantu mahasiswi merapatkan ukhuwah sesama ahli dan mengedarkan makanan berbuka di Gazebo Kolej 7.
Terima kasih kepada mereka yang sudi hadir dalam melancarkan aktiviti rewang santai dan penberian makanan.
[PENGAGIHAN MAKANAN PERCUMA]
Dapur Srikandi di bawah Sekretariat Nur Al-Falah telah mengambil inisiatif untuk mengurangkan beban mahasiswa/i ikat perut.
Kami akan mengadakan pengagihan makanan percuma hari ini pada jam 650 petang ini. Rakan-rakan mahasiswa/i dialu-alukan untuk mengambil makanan percuma di Gazebo Kk7
[Pencarian Peserta Dapur Srikandi]
Anda minat memasak? S**a membantu orang lain? Ayuh sertai kami dalam projek Dapur Srikandi 4.0 dibawah anjuran Srikandi Malaya, Sekretariat Nur Al-Falah.
Penyertaan adalah Terbuka bagi semua mahasiswa mahasiswi Universiti Malaya
[PENGAGIHAN BUBUR LAMBUK]
Alhamdulillah ahli-ahli SNAF bersama Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dusuki telah mengedarkan bubur lambuk dengan jayanya di perkarangan Surau, Akedemi Pengajian Islam pada pukul 5 petang tadi.
Seperti sedia maklum, SNAF mengambil inisiatif pada bulan Ramadhan ini untuk memberi sumbangan berbentuk makanan kepada semua mahasiswa Universiti Malaya.
[PENGAGIHAN BUBUR LAMBUK]
Sekretariat Nur Al-Falah akan mengedarkan bubur lambuk percuma dan semoga usaha ini dapat membantu mengurangkan beban mahasiswa Universiti Malaya di bulan Ramadhan ini.
Seperti sedia maklum, kampus Universiti Malaya digemparkan dengan isu 'mahasiswa ikat perut' yang menjadi perhatian seluruh warga kampus.
Oleh itu, Sekretariat Nur Al-Falah mengambil inisiatif untuk memberi sumbangan berbentuk makanan kepada semua mahasiswa yang berkesempatan berada di lokasi kami esok.
Butiran program:
Masa : 5 pm
Tarikh : 8 Mei 2019 (Rabu)
Tempat : Surau, API
Jangan lepaskan peluang ini!
[SNAF BACK TO SCHOOL 3.0]
Alhamdulillah SNAF Back To School berlangsung dengan jayanya di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak semalam.
Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan berkenaan perjalanan aliran pembelajaran selepas SPM dan melatih kepimpinan serta komunikasi kepada pelajar-pelajar SBPI Gombak.
Tahniah kepada Team SNAF kerana telah menjayakan program ini, tidak lupa juga kepada pihak SBPI Gombak kerana memberi kerjasama yang sangat baik.
[SMART SOLAT 2019]
Smart Solat 2019 merupakan projek yang memberi impak kepada peserta sebelum ini. Kali ini para fasilitator mendekati pelajar anak yatim & ibu tunggal di Rumah Perlindungan Safiyyah, Puncak Alam.
Smart Solat kali ini memupuk semangat ingin tahu dalam diri peserta untuk memahami bacaan dalam solat dan memberi motivasi untuk peserta terus belajar mendalami perkara perkara berkaitan solat.
Projek ini merupakan salah satu projek yang kembali berbakti dan berusaha untuk mendekati masyarakat. Alhamdulillah, pada 27 April 2019, projek ini telah berlangsung dengan jayanya.
[SNAF BACK TO SCHOOL 3.0]
COUNTDOWN!!
1 hari lagi untuk merealisasikan program SBTS 3.0 kali ini bertempat di SBPI Gombak anjuran Sekretariat Nur Al-Falah.
Jangan lupa ikuti laman rasmi kami untuk maklumat lanjut.
Instagram :
https://www.instagram.com/snaf_um
Facebook :
facebook.com/sekretariatnural-falahuniversitimalaya
Twitter :
https://mobile.twitter.com/snafum
[PENCARIAN FASILITATOR SMART SOLAT 2.0]
Berminat dalam menyampaikan ilmu dan berprogram dengan anak yatim?
Ayuh, jadi sebahagian daripada sukarelawan Smart Solat 2.0!!
Sila isi google form untuk maklumat lanjut dan penyertaan:
https://forms.gle/Gb5q6bTNSoZairPY8
Terhad kepada 20 penyertaan yang terawal sahaja!!
[SNAF BACK TO SCHOOL 3.0]
COUNTDOWN!!
2 hari lagi untuk merealisasikan program SBTS 3.0 kali ini bertempat di SBPI Gombak anjuran Sekretariat Nur Al-Falah.
Jangan lupa ikuti laman rasmi kami untuk maklumat lanjut.
Instagram :
https://www.instagram.com/snaf_um
Facebook :
facebook.com/sekretariatnural-falahuniversitimalaya
Twitter :
https://mobile.twitter.com/snafum
[SNAF BACK TO SCHOOL 3.0]
COUNTDOWN!!
3 hari lagi untuk merealisasikan program SBTS 3.0 kali ini bertempat di SBPI Gombak anjuran Sekretariat Nur Al-Falah.
Jangan lupa ikuti laman rasmi kami untuk maklumat lanjut.
Instagram :
https://www.instagram.com/snaf_um
Facebook :
facebook.com/sekretariatnural-falahuniversitimalaya
Twitter :
https://mobile.twitter.com/snafum
[GURU AL-FALAH 4.0]
Guru Al-Falah merupakan projek yang memberi impak kepada peserta projek dibawah anjuran SNAF UM. Kali ini Guru Al-Falah mendekati pelajar tahun 6 yang terpilih daripada 4 sekolah berbeza dan berkumpul di Sk Seri Lanang, Banting.
Guru Al-Falah kali ini memupuk semangat ingin tahu dalam diri pelajar tahun 6, memberi motivasi untuk terus belajar dalam mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
Projek ini merupakan salah satu projek yang berbakti kepada masyarakat dan usaha mendekati golongan muda ini dapat dicontohi oleh semua mahasiswa.
[KASIH AL-FALAH 2.0]
Alhamdulillah Sekretariat Nur Al-Falah berkesempatan membuat lawatan ke Rumah Titian Nur di Rawang, Selangor pada 30 Mac lalu.
Lawatan ini bertujuan untuk membuka mata mahasiswa bagi menghormati dan terus berbakti kepada masyarakat meskipun berbeza latar belakang.
Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada wakil MPP dan team SNAF kerana telah berjaya melaksanakan aktiviti yang dirancang seperti gotong-royong, rewang dan busking.
[PENCARIAN FASILITATOR GURU AL-FALAH 4.0]
Berminat dalam memberi motivasi dan semangat kepada pelajar sekolah?
Ayuh, jadi sebahagian daripada sukarelawan Guru Al-Falah 4.0!!
Untuk maklumat lanjut dan penyertaan:
https://forms.gle/QJZnA29nA9XPGBdf7
Terhad kepada 40 penyertaan yang terawal sahaja!!
[SNAF BACK TO SCHOOL : UM x UTeM]
Alhamdulillah hari ini telah berlangsungnya sesi perkongsian bersama Kelab Fasilitator Sahabat Siswa (FaSaSi) dari UTeM di kawasan Kompleks Perdanasiswa.
Objektif program ini adalah untuk memberi peluang kepada kelab FaSaSi untuk berkongsi dan bertukar idea tentang minggu haluansiswa di universiti masing2.
Tahniah kepada Team SNAF kerana telah menjayakan program ini, tidak lupa juga kepada pihak UTeM kerana sudi bekerjasama bersama βSNAF Back To School 3.0β
[BARISAN KEPIMPINAN SEKRETARIAT NUR AL-FALAH]
Memperkenalkan barisan kepimpinan Sekretariat Nur Al-Falah sesi 2018/2019.
Diharapkan pemimpin-pemimpin yang telah dilantik ini dapat menggalas tanggungjawab yang diberikan dengan baik dan membimbing ahli jawatankuasa yang lain untuk memastikan projek-projek berjalan dengan lancar sepanjang sesi ini.
Ikuti kami di laman media sosial berikut :
Instagram :
https://www.instagram.com/snaf_um
Facebook :
facebook.com/sekretariatnural-falahuniversitimalaya
Twitter :
https://mobile.twitter.com/snafum
[Kasih Al-Falah 2019]
Team Kasih Al-Falah telah berkesempatan membuat lawatan ke tapak projek iaitu Rumah OKU Titian Nur, Rawang, Selangor.
InshaAllah projek ini akan berlangsung pada hujung bulan Mac ini. Nantikan!
[JOM MENGUNDI!]
Ayuh mahasiswa Universiti Malaya, jangan lupa turun mengundi hari ini di fakulti, pusat dan akademi pengajian anda pada jam 9 pagi sehingga 5 petang. Pastikan anda berada di saluran mengundi yang betul untuk memudahkan proses pengundian.
Jalankanlah tanggungjawab anda sebagai mahasiswa untuk memilih dan membentuk tampuk pemerintahan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya yang baharu bagi sesi kali ini. Jom mengundi!
[HAPPY CHINESE NEW YEAR]
Sekretariat Nur Al-Falah would like to wish Happy Chinese New Year to all of those celebrating it!
As the new sun rises in a brand New Year may it bring you good luck, prosperity, joy and contentment.
May each moment of the New Year steer you towards a new and better direction to mold your life with all that is good.
Happy Chinese New Year!
[SELAMAT MAJU JAYA DALAM PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 SESI 2018/2019]
Sekretariat Nur Al-Falah mengucapkan Selamat Maju Jaya dalam menempuh peperiksaan akhir semester 1 bagi sesi 2018/2019 kepada semua mahasiswa/wi Universiti Malaya.
Persiapan pada saat akhir menjelang peperiksaan ini jangan dianggap remeh. Diharapkan semua mahasiswa/wi Universiti Malaya menjaga kesihatan diri dengan baik.
Mudah-mudahan kejayaan sentiasa mengiringi hidup kalian!
[SELAMAT TAHUN BARU 2019!]
Sekretariat Nur Al-Falah mengucapkan Selamat Tahun Baru 2019 kepada seluruh warga Universiti Malaya.
Sempena dengan ketibaan tahun baru ini, marilah kita bersama-sama renung kembali segala peristiwa pahit manis sepanjang 2018 untuk kita sama-sama jadikan ia sebagai teladan dan sempadan dalam mengharungi hari-hari yang akan mendatang.
Justeru itu, marilah kita memperbaharui tekad dan keazaman demi mencapai matlamat yang disasar serta dicita-citakan. Semoga tahun baru yang tiba ini membawa seribu pintu keazaman untuk terus bangkit dan maju dalam kehidupan.
[5 TIPS MINGGU ULANGKAJI]
Assalammualaikum dan Salam UM is One β€π€
Peperiksaan Akhir Semester 1 2018/2019 hampir tiba!
Sudah bersediakah anda?
Mengakhiri semester, βdekanβ sudah pasti jadi impian bagi setiap mahasiswa.
Bagaimana persiapan untuk peperangan yang bakal bermula?
Di sini ingin saya kongsikan tips pada 'Study Week'.
Tips 1: Rancang minggu ulangkaji.
Selalunya ramai yang mensia-siakan minggu ulangkaji, menghabiskan sisa seminggu tanpa ada satu pun ulangkaji. Jadi, gunakan masa minggu ulangkaji dengan sebaiknya untuk cover semula topik-topik pelajaran. Mungkin boleh juga untuk ulangkaji soalan-soalan tahun-tahun lepas.
Tips 2: Bina suasana yang selesa.
Kalau boleh jangan study atas katil, sebab nanti lagi banyak tidur dari belajar. Cari tempat yang sesuai seperti perpustakaan atau tempat yang selesa. Tapi, kalau selesa belajar di bilik, silakan.
Tips 3: Kump**an belajar atau belajar bersama.
Buat study group untuk bincang soalan-soalan penting, ataupun belajar di tempat yang sama. Kalau kawan nampak kita tertidur-tidur boleh dia kejutkan dan sebaliknya.
Tips 4: Kurangkan gangguan.
Sediakan persiapan untuk ke dewan peperiksaan seawal masa minggu ulangkaji. Alat tulis, barang-barang keperluan exam pastikan selesaikan terlebih awal. Biar nanti masa study week tu kita tenang saja.
Tips 5: Rehat yang cukup.
Badan kita ni kalau βoverusedβ pun bahaya juga. Jadi, setelah sepanjang hari belajar, berehatlah sekejap. Kalau boleh elakkan pegang telefon bimbit semasa berehat dan kalau iman kuat, abaikan sosial media buat sementara waktu demi mengejar dekan. Takut niat nak rehat 5 minit jadi 30 minit. Dan jangan tidur lewat. Tidur awal, dan bangun awal sebab otak akan segar pagi-pagi.
SELAMAT MENJALANI MINGGU ULANGKAJI. MANFAATKAN MASA SEBAIKNYA. SELAMAT MAJU JAYA!
Siti Nurul Aisyah Binti Zulzaidi
Pengetua Sekolah Ilmu,
Sekretariat Nur Al-Falah,
Sesi 2018/2019.
[MERRY CHRISTMAS!]
Sekretariat Nur Al-Falah would like to wish Merry Christmas to all of those celebrating it!
May this festive season sparkle and shine, may all of your wishes and dreams come true and may you feel this happiness all year round.
Merry Christmas!
[STUDY WEEK SEMESTER 1 2018/2019]
Sekretariat Nur Al-Falah wishes you a happy study week to all undergraduates of University of Malaya.
Use the time wisely to catch up on the notes and lectures that have been given for the past 14 weeks. Time is precious and does not wait for nobody.
Break a leg!
ππ«SNAF BACK TO SCHOOL 3.0π«π
Program SNAF Back To School kembali lagi! π€©
Berminat untuk menjadi fasilitator? π
Punya keinginan membantu pelajar sekolah untuk menempuh dunia pembelajaran? π²
Ingin meningkatkan softskill tapi tak tahu mahu mula dari mana? π€
π’ Program ini mungkin yang anda cari β
Sertai temuduga bersama kami pada;
π Jumaat, 21 Disember 2018
β 3:00 - 7:00 petang
π’ SELC 2/1, Aras 2, Kompleks Perdana Siswa (atas cafe KPS)
Isikan maklumat anda dalam Googleform dibawah;
ππ» https://goo.gl/forms/mKoqrefG3cWMjlG13
Jumpa anda di sana! π
Hubungi no. berikut untuk sebarang pertanyaan;
π Farah - 01119706887
[SALAM TAKZIAH DARIPADA SEKRETARIAT NUR AL-FALAH]
Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.
Salam Takziah kepada keluarga Allahyarham Encik Mohd Fadzli bin Mohd Khalid, Pengetua Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah yang telah kembali ke rahmatullah pada 14 Disember 2018 (Jumaat) semalam. Jenazah akan dikebumikan di Kampung Parit Besar Bagan, Batu Pahat selepas zohor hari ini.
Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 61 yang bermaksud: βApabila sampai tempoh mereka, tiadalah mereka akan dapat meminta dikemudiankan sesaatpun dan tidak p**a mereka akan dapat meminta didahulukan."
Marilah kita sama-sama berdoa semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Al-Fatihah.
[SNAF PRIHATIN X KASEH4U]
Kelmarin 4 Disember 2018, telah berlangsungnya program SNAF Prihatin X Kaseh4U di Pusat Gelandangan Medan Tuanku. Antara aktiviti yang diisi sepanjang program ini berlangsung adalah pemberian makanan kepada miskin bandar dan gelandangan serta aktiviti Smart Solat yang dilakukan bersama anak-anak gelandangan.
Objektif program ini adalah untuk memberi peluang kepada ahli Sekretariat Nur Al-Falah bagi membentuk pembangunan insaniah dalam diri dan mewujudkan perasaan empati dan simpati dalam diri mahasiswa. Di samping itu, adalah untuk mendekati masyarakat gelandangan bagi mengetahui punca sebenar berlakunya keadaan sedemikian bagi menghindari persepsi negatif dalam minda masyarakat.
Tahniah dan terima kasih kepada Team SNAF Prihatin kerana telah menjayakan program ini, tidak lupa juga kepada pihak Projek KASEH4U kerana sudi bekerjasama dengan Sekretariat Nur Al-Falah. Sekali lagi ucapan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain (Riwayat Ibn Hibban).
[PENCARIAN SUKARELAWAN PROJEK SNAF PRIHATIN X KASEH4U]
Anda gemar membantu orang lain? Ingin berbakti kepada masyarakat?
Ayuh bersama sertai kami dalam Projek SNAF Prihatin bawah anjuran Sekretariat Nur Al-Falah Universiti Malaya dengan kerjasama projek Kaseh4U.
Maklumat projek adalah seperti berikut;
Tarikh : 4 Disember 2018
Tempat : Pusat Gelandangan Medan Tunku
15 orang sukarelawan diperlukan!
Ayuh! Sertai kami.
Daftar segera penyertaan anda di Google Form di bawah;
https://goo.gl/forms/QS2BjYZUA6KQdDJY2
[HARI INTERAKSI SEKRETARIAT NUR AL-FALAH]
Kelmarin pada 24 November 2018 telah berlangsungnya Hari Interaksi Sekretariat Nur Al-Falah bersama ahli-ahli SNAF. Hari Interaksi SNAF ini adalah untuk menggalakkan mahasiswa untuk saling berinteraksi dan berkenalan serta mengeratkan hubungan sesama ahli SNAF serta memperkenalkan program-program yang bakal dijalankan pada sesi kali ini.
Terima kasih kepada ahli-ahli SNAF yang sudi hadir dan memeriahkan lagi program Hari Interaksi Sekretariat Nur Al-Falah.
Jumpa lagi pada program yang akan datang!