Certified Professional Image Consultant Rudy yang berkelulusan Undang-undang dari Fukushima Universiti Jepun juga merupakan Jurulatih Bertauliah HRDF Corp.
RUDY LUDINATA, mantan Diplomat Malaysia ialah seorang Perunding Imej Profesional Bertauliah lulusan Diploma Kemahiran Malaysia (Perundingan Imej), JPK Kementerian Sumber Manusia dan pentauliahan lain yang berkaitan. mempunyai pengalaman luas dalam mengendalikan konsultasi Perundingan Imej, Protokol, Etiket Sosial, Pengacaraan Majlis dan Pengurusan Majlis Rasmi di pelbagai peringkat. Beliau pernah
berkhidmat sebagai Diplomat di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Pegawai Perhubungan Awam & Protokol di sebuah badan berkanun dan pramugara di sebuah syarikat penerbangan antarabangsa berpangkalan di Asia Timur. Berpengalaman lebih 15 tahun mengendalikan majlis rasmi, protokol dan etiket sosial, serta sebagai juruacara majlis di pelbagai peringkat. Beliau juga berpengalaman sebagai penceramah, jurulatih dan fasilitator kursus Pengacaraan Majlis, Pengurusan Majlis, Protokol dan Etiket Sosial serta Seni Keterampilan Diri (grooming) dan juru acara (master of ceremony) di lebih 100 jabatan, agensi kerajaan dan swasta. Rudy juga pernah mengendalikan majlis yang dihadiri oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, DYMM Sultan/Raja, YAB Perdana Menteri, YAB Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kabinet, Menteri Besar dan Wakil Rakyat di sepanjang kariernya di Malaysia dan Indonesia. Rudy kini merupakan tenaga pengajar sambilan di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) Kementerian Luar Negeri Malaysia, INTAN dan INSAN Sabah. Rudy juga pernah diundang berkongsi topik tentang pakaian lelaki dan wanita di Radio Nasional FM dan merupakan penulis Buku ‘Best Seller’; 77 Inspirasi Gaya Penjawat Awam. (Updated Jan 2021)
14/05/2023
I have reached 3.5K followers! Thank you for your continued support. I could not have done it without each of you. 🙏🤗🎉
08/03/2023
Suit jacket buttoning rules.
✅ Green - must
🧽 Yellow - optional (i love to button up)
❌ Red - never
06/01/2023
2
0
2
3
Moga menjadi tahun yang baik untuk kita semua.
25/12/2022
Rakan² penganut agama Kristian, selamat bergembira pada hari ini.