Resepi Simple 2024

Resepi Simple 2024

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Resepi Simple 2024, Kitchen/Cooking, .

11/05/2024

Tips elak cepat basi.

Nasi yang kamu masak cepat basi? Bukan sebab beras tau.

Sedikit tips dari admin. Basuh bersih periuk nasi dan terlangkupkan atas tungku dapur. Buka api dan biar sekejap. Buat sebulan sekali pun dah ok.

Dan bolehlah digunakan seperti biasa. In Sya Allah, masalah nasi cepat basi tiada lagi.

Kredit: Fb Nor Fahidayu Masran

Photos from Resepi Simple 2024's post 14/04/2024

Resepi 5 Koleksi Sambal Berhantu. Simpan supaya ndak hilang ๐Ÿ˜‹

Lima jenis kesemuanya. Sambal kicap mabeless, air asam ketagih, sambal jantan power, sambal belacan menyengat dan sambal ayam penyet mengosek.

Perghh nama pun tak nak kalah, mewakili rasanya jugalah. Kepada peminat sambal, sila buat stok macam cikgu.

Ada juga yang musykil takut sambal rosak kalau buat stok banyak begini.

Usah risau. Ikut tips cikgu. Banyak kali dah cikgu buat. Kena betul cara simpan dan gunanya. Pastikan guna sudu kering setiap kali mengambilnya sahaja.

Tapi cikgu yakin sambal tu tetap takkan bertahan lama juga. Mesti cepat habis punyalah. Kalau dah belum makan pun dah menitik air liur, ini p**a stok dah ada depan mata.Sedar-sedar dah licin tinggal botol je.
Kan?

Semoga bermanfaat buat semua.

Kredit Afy al habibi

28/03/2024

๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐๐”๐™๐”๐‹ ๐๐”๐‘๐€๐ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ“๐‡

Nuzul Quran mengingatkan kita akan anugerah terbesar Allah SWT kepada umat manusia. Setiap ayat Al-Quran adalah cahaya yang menuntun kita dalam kegelapan.

Selamat menyambut Nuzul Quran, mari perbanyakan bacaan dan amalan sepanjang bulan Ramadhan

Jemput join ๐Ÿ‘‰๐Ÿป https://t.me/fitrah_co

27/03/2024

Nasi Goreng USA

Bahan-bahan:

Bahan-bahan untuk tumis:
3 ulas bawang putih
biji bawang holland
10-12 tangkai cili padi
**Ambil serba sedikit kesemua bahan di atas dan tumbuk kasar untuk nasi goreng

Bahan-bahan untuk nasi goreng:
Bahan tumbuk kasar (yang bertanda **)
1 sudu besar cili kisar
-1 batang lobak merah
cawan udang
3-4 cawan nasi
2 sudu besar kicap cair
Sedikit serbuk lada sulah
2-3 batang kacang panjang
1 biji telur
Sedikit serbuk lada sulah
Garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk daging masak merah:
2-3 sudu besar minyak masak
Hirisan bawang putih dan cili padi (dari bahan di atas)
2 sudu besar sos tomato
Anggaran 300g daging rebus bersama pewarna merah
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
air rebusan daging
1 sudu besar sos ikan Thai
sudu besar cili pes Thai (pilihan)
1 sudu besar cili kisar
Gula secukup rasa
1 biji tomato
2-3 helai daun limau purut
4 putik jagung
Hirisan bawang Holland

Bahan-bahan untuk telur goreng:
Minyak masak
Telur

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk nasi goreng:
Tumbuk kasar serba sedikit hirisan nipis bawang holland, bawang putih dan cili padi.
Tumis bahan-bahan tumbuk kasar sehingga kekuningan dan naik bau.
Masukkan cili kisar, lobak merah yang didadu dan udang.
Selepas udang kelihatan sudah separuh masak, masukkan nasi, kicap cair, sedikit serbuk lada sulah, dan hirisan kacang panjang.
Tepikan nasi dan masukkan telur ditengah;. Tabur sedikit serbuk lada sulah diatas telur dan masak sehingga separuh masak lalu gaul telur bersama nasi.
Tambah garam secukup rasa dan teruskan menggoreng sehingga nasi goreng masak kering.

Cara-cara untuk daging masak merah:
Rebus daging bersama sedikit air dan pewarna merah sehingga daging menjadi lembut. Simpan air rebusan daging.
Panaskan minyak lalu tumis baki hirisan bawang holland, bawang putih dan cili hijau.
Masukkan sos tomato, sos cili, hirisan daging, sos tiram, air rebusan daging, sos ikan Thai, cili pes Thai (pilihan) dan cili kisar.
Masukkan sedikit gula secukup rasa, potongan tomato, daun limau purut, sayur putik jagung dan hirisan bawang holland.
Tambah air untuk lebihkan kuah.

Cara-cara untuk Nasi Goreng USA:
Panaskan minyak dan goreng telur.
Hidang nasi goreng bersama daging masak merah serta telur goreng dan juga ulam-ulaman seperti salad mahupun timun. Tabur sedikit daun bawang sebagai hiasan.

Tips :
Selain meletakkan udang didalam nasi goreng, boleh sahaja digantikan dengan sotong atau ayam.

Sambal belacan juga boleh dijadikan tambahan bagi hidangan Nasi Goreng USA disamping daging masak merah dan ulam-ulaman.

Tips untuk sihat & ceria jom join channel ๐Ÿ‘‰๐Ÿป https://t.me/fitrah_co

27/03/2024

Sale semuo adek kakok ๐Ÿ™๐Ÿ™Œ nk ko djadikn cito, Sain ambo seliuo klih nasi kabu hk ambo beli, Dio gi beli atek pak ambo beli, ambo tnyo brapo? 8,50 dio kto,, maha, sayo 5,00 ya jah, apasal aku mahl, dia kta, sayo royat dio, klu mu beli nasi kabu smula, mu kno kecek Kelate, baghu ngam syo kto, melompong dia dgr, supo gobek lapa sigheh, ๐Ÿค”๐Ÿ˜๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ adan uke dia ๐Ÿค”๐Ÿ˜‚

Kredit : Farid Hidayat
Via Ambo Oghe Kelate

25/03/2024

Nasib baik penjual jujur..
Lauk nya sedap...puas hati beli.

Photos from Resepi Simple 2024's post 17/03/2024

Nasi lemak bifoti sampai titwenti. Tapi yang last tu memang takde tandingan.

Kredit ; Limau Nipis

05/03/2024

PUDING TELUR MATA KERBAU

Bahan-Bahan:
1 paket agar-agar serbuk (10g)
600ml air
1 tin susu cair
3/4 cawan gula
1 sudu besar tepung kastad
Sedikit pewarna kuning
Acuan lompang dan bekas

Cara-Cara:

Satukan agar-agar, air, gula.Masak hingga agar-agar dan gula hancur.

Tuang susu cair ke dalam adunan.Kacau sebati.Biarkan mendidih.Tutup api

Cedukkan satu setengah cawan adunan ke dalam periuk lain.
Masukkan pewarna kuning dan tepung kastad.

Kacau hingga nampak likat.Tuang ke dalam acuan kuih lompang.Biarkan bahagian telur kuning mengeras

Bila keras, keluarkan dari acuan, letakkan dalam bekas yg sesuai, tuangkan adunan putih.

Bahagian kuning mestilah menonjol sedikit dari bahagian putih.Untuk menampakkan bentuk telur mata separuh masak.

Sejukkan...bila puding telah keras, siap dihidang..

Kredit : cgu jurina abu

29/02/2024

Alhamdulillahโค๏ธ
Menu petang
Firstime buat burnt cheesecake ni..
Menjadi dgn jaya.

Bahan2:
250gm cream cheese
1/2cup gula
3biji telur
1/2cup whipping cream
2tbsp tepung gandum
1tsp esen vanila
1tbsp perahan lemon (optional)

Cara2:
Blend ke semua bahan2 โฌ†๏ธ sehingga sebati
Bakar di dalam Airfryer dua kali
1. 180c - 25minit
2. 160c - 15minit

** Size loyang : 6inci
** Jenis AF : Russell Taylor 3.8L

Selepas siap bakar, biarkan sehingga suhu bilik.
Lagi sedap biarkan sejuk2 dalam fridge, baru potong dan makan!

Selamat mencuba gaisss!

P/s: saya xtahu nak credit ke siapa. Semoga owner resepi menghalalkan ilmu kepada kite semua.sebab ramai yg berkongsi cara yg sama.

Airtangan dan Foto- Eniza M. Salim

Photos from Resepi Simple 2024's post 27/02/2024

RESEPI BISKUT CERELAC

Bahan-bahan

1 kg tepung gandum
1 bungkus tepung kanji (starch/tepung ubi kayu) = 400g
1 cwn setengah gula halus
1 buku butter = 250g
500gm minyak sapi
Susu Nespray

Untuk salut luar biskut: 1 cawan Nestum Beras Cerelac (tin warna biru) + 1/2 cawan susu nespray (gaulkan)

Cara-cara:

- Campurkan minyak sapi dan butter dan gula halus dan pukul hingga kembang.
- Ayak tepung gandum dan tepung kanji
- Masukkan tepung yg telah diayak dan gaulkan ke dalam minyak sapi dan butter tadi, gaul hingga lembut.
- Canai dan terap dgn acuan yg dikendendaki (biasa kat Sabah guna acuan bentuk bunga tuh)
- Bakar dalam over macam biskut biasa
- Bila dah masak, gaulkan biskut dengan campuran Nestum cerelac beras + susu nespray itu tadi. SIAPPP!!!

Sy canai bentuk love.Bila masukkan tepung, masuk sikit2 dan sampai doh dah boleh dicanai. Tp jgn bagi doh keras, nanti biskut tak rangup. Biar asal boleh dicanai jek, sy tak habiskan pun tepung coz doh dah ok dan lagipun sy guna Ghee 400g jek masa buat tadi.

P/s: - Bila adunan terlalu keras tambahkan minyak sapi, kalau terlalu lembut tambahkan tepung.
- Kalau nak sedap guna pure ghee tau.

Kredit Fazriana Rashid

27/02/2024

RESEPI BISKUT MILO-

Bahan2-

250gm mentega

110gm gula perang

1 biji telur gred A

185gm serbuk milo

2 sudu teh esen vanilla

500gm tepung gandum
Cara2-

1. Masukkan mentega, gula perang dan esen vanilla ke dalam bekas. Pukul selama 5 minit.

2. Kemudian masukkan telur dari putar lagi sehingga rata.

3. Masukkan serbuk milo sedikit demi sedikit dan putar lagi sehingga semuanya rata.

4. Akhir sekali masukkan tepung dan uli sehingga menjadi doh. Bentukkan bulat susun atas loyang pembakar dan leperkan dengan garfu.

5. Bakar pada suhu 160ยฐc selama 20 minit atau sehingga biskut masak. Masa mungkin berbeza ikut ketuhar

kredit empunya resipi

Photos from Resepi Simple 2024's post 25/02/2024

Jom buat biskut cornflakes crunchy ni, senang sangat tau. Boleh ajak anak-anak buat sekali.

Tahun lepas dah pernah share resepi tapi tahun ni Cik Tom tambah chocolate chips, ikut selera anak-anak p**ak.

=
Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips
=

Bahan-bahan :

250g buttercup (boleh guna marjerin atau pure butter)
1 cawan gula aising
1 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
Cornflakes secukupnya ( Cik tom letak dalam 3 cawan, kasi ramas sikit ye)
Chocolate chips
Chocolate rice (optional)
Almond nibs atau slice (optional) *bakar kejap

Cara-cara:

โ€ข Kacau sebati butter, gula aicing dan esen vanila. Guna senduk je. Jangan pukul sampai kembang.

โ€ข Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit ye. Tak payah ayak bagai. Kacau sebati. Adunan memang lembik ye, jangan panik.

โ€ข Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond, gaul sebati.

โ€ข Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu butter/ planta. Nak cubit-cubit guna jari jemari pun boleh. Lepastu nak golek-golekkan dalam baki cornflakes yang ada pun terserah d**g. Bisa aja.

โ€ข Jarakkan sikit ye, biskut akan mengembang. Tapi dia punya kembang tu biasa-biasa je sebab kita tak guna soda bikarbonat dan baking powder.

โ€ข Sebelum tu, boleh panaskan oven dulu ye dalam 5-10 minit. Kemudian baru boleh bakar biskut kita, suhu 160โ€™c masa 20minit atau ikut oven masing-masing ye (api atas bawah).

* Mula-mula keluar dari ovan biskut memang lembut, lepastu baru akan keras. Sejukkan dulu baru susun dalam balang.

Selamat mencuba๐Ÿ˜‹

25/02/2024

Seri muka ni klu kepala dia lemak manis memang boleh lajak makan..mai nak tengok..ramai x yg s**a kuih orang lama2 ni๐Ÿ˜˜
Edit resepi..
-
KUIH SERI MUKA

Resepi...

UntukLapisanBawah..

1cwn beras pulut basuh n rendam 1jam
1cwn santan cair..
1sk gula..
Skit garam..
-
Caranya..

Satukan semua bahan pastu kukus sampai pulut masak..dah masak tuang dlm acuan padat2kan dia..ketepikan..jom tengok resepi lapisan atas p**ak..
-
UntukLapisanAtas..

1kotak santan.. 200ml
1kotak air pandan..guna kotak santan
Setengah cwn gula..klu nak manis tambah ya
3sb tepung gandum..
1sb tepung jagung..
1biji telur..
Klu nak guna skit pewana hijau silakan
Skit garam..
-
Caranya..

Satukan semua bahan kacau serata pastu blend..masak sekejap atas api yg pelahan..kacau agak2 suam2 kuku dah boleh tuang atas pulut td..kukus selama 40 minit dgn api sederhana..dah masak angkat sejukkan dah boleh potong..siap..adunan ni saya guna loyang 5 inci ya.
-
kredit masni bahari

21/02/2024

RESEPI KEK CHOCOLATE

3 biji telur
1 cawan minyak
1 cawan gula
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
~Masukkan semua bahan dlm blender n kisar lbih kurang 5 mnit

Bahan2 ayak:
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
~ msukkan adunan yang telah dikisar bersama tepung n kaup balikkan... Tapis n letak dlm loyang... Kukus 45 mnit @ bakar 180ยฐc 45 mnit

Sumber Resepi : Suhana Aziz

Photos from Resepi Simple 2024's post 21/02/2024

RESEPI KASWI GEDIK VIRAL

Si hijau cantekk ni asyik lalu lalang dekat wall fb , hari ni kena juga buat. Bukan sebab viral tpi sebab s**a tengok yang cantik-cantik ๐Ÿ˜„

Org selalu kata indah khabar daripada rupa .. tpi hari ni nak tukarlah, โ€œseindah rupa dan khabar.โ€ Tak manis sgt.. ,sedap dan kena dengan tekak๐Ÿ‘๐Ÿผ๐Ÿ˜„ tekstur kenyal2 sebab tu ada yg bagi nama โ€œ Kaswi Gedikโ€ tpi ada juga yg bagi nama โ€œKaswi Cantik โ€ ๐Ÿ˜ excited oo masa keluarkan dari acuan ๐Ÿคญmemang cantekkk pun ! ๐Ÿ˜„ ada yg dah jatuh hati ???

Kuih KASWI pandan lembut bergedik,kenyal dan cantekk ..

Bahan-bahan
==========
1 cawan air pandan (kisar 4 helai daun pandan )
1 cawan santan cair
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu
1 cawan gula
1 sb air kapur : https://shope.ee/lfbHUt7q
sedikit garam
Sedikit pewarna hijau kalau nak colour lebih pekat.

Satukan semua bahan, kacau & tapis supaya takde ketulan

Acuan sapu dlu dengan sedikit minyak, isi adunan sehingga penuh acuan tu. Kukus 15-20 minit (bergantung pada size acuan). Dah masak angkat tunggu kuih betulยฒ sejuk baru keluarkan drpd acuan. Resepi ni boleh dpt lbh kurang 24 biji kuih. Kelapa parut + garam sedikit kukus sekejap supaya tahan lama tak mudah basi.

Selamat mencuba!

Resepi : Ziela Ramli

Videos (show all)

Kali ni Che Nom nak share resepi tart nenas versi yang sangat menarik iaitu Tart Nenas Cheese Bar.Bahan asas nya sama mc...
Homemade Sosej ayam + sayuran = Sihat ๐Ÿ˜ฑBahanโœจ4-5 ketul dada ayam2biji telorApa2 sayuran (saya letak daun sup + carrot)Se...
Popia Cruncy Pedas Manishttps://bit.ly/3xp9ldY#popiapedasmanis #popiasiracruncy #kerepekpopiasira #kerepekpopiapedas #ol...
Tak ada oven! Tapi nak buat kuih raya juga!Yang Paling penting d utama , mesti ada yg ni ๐Ÿ‘‰ https://bit.ly/3TXiFi5Nah Res...
Pedas dan lemak berempah kuah ketam ni sebab Che Nom guna Susu Isian Sejat F&N. Masakan jadi extra berkrim dan beraroma....
Kek 3 Bahan  Kek simple yg hanya menggunakan :-1. Telur 3biji2. Gula secawan ampai kembal3. Tepung naik sendiri secawanT...
Alhamdulillahโ€ฆSelamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak & Selamat menunaikan ibadat Puasa ๐Ÿ’–    #ramadhankareem2024.  #bulanr...
PUDING TELUR MATA KERBAUBahan-Bahan:1 paket agar-agar serbuk (10g)600ml air1 tin susu cair3/4 cawan gula1 sudu besar tep...
Biskut legend ni ye.. Ramai yang tercari-cari resepi biskut ni. Orang dulu-dulu susah nak share resepi dengan orang lain...
โœจResepi Biskut DamโœจCredit: jommasakdengankakzaidah#resepisimple #resepimudah #masaksimple #biskutraya #masakmasak #masak...
Resepi Kek BelacanCredit tiktok: @lemzfe....#resepisimple #resepimudah #masaksimple #biskutraya #masakmasak #masakanku #...
Resepi Bingka UbiCredit tiktok: @thekampungvegan....#resepisimple #resepimudah #masaksimple #biskutraya #masakmasak #mas...

Website