PAS Kawasan Sri Gading P149
PN - N21 PARIT YAANI
Brg rare.. limited stock
Calon kita "Calon Rakyat"
Telah diumumkan calon Perikatan Nasional bagi PRK DUN Sungai Bakap.
Tidak lain, tidak bukan, anak jati Sungai Bakap sendiri... Lahir di Sungai Bakap, Tinggal dan bermastautin di Sungai Bakap serta berkhidmat untuk masyarakat juga di Sungai Bakap.
Beliau tidak asing lagi dalam kalangan penduduk tempatan.
Menjadi antara orang kuat mantan ADUN Sungai Bakap, Almarhum Abang Zam serta pemimpin masyarakat yang disegani.
Ayuh pengundi DUN Sungai Bakap. Jangan sia-siakan peluang yang ada. Bersama kita kekalkan dan pertahankan kemenangan legasi Almarhum Abang Zam.
Allahuakbar.
Ya Allah, mewahkan rezeki kami. Bukakan pintu-pintu rezeki di langit dan di bumi untuk kami. Lancarkan rezeki kami, berikan kami rezeki yang tak putus-putus rezeki yang tak disangka-sangka. Aamiin.. ✨🤲🏻
❤️
TAHNIAH CALON SPM 2023
Alhamdulillah, PAS Johor ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2023 yang memperolehi keputusan pada hari ini.
Seramai 11,713 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.
Menurut Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata pencapaian calon SPM 2023 adalah lebih baik apabila merekodkan Gred Purata Nasional (GPN) 4.60 berbanding 4.74 pada tahun sebelumnya.
Semoga dengan keputusan cemerlang yang diperolehi hari ini sebagai pemangkin semangat untuk terus berjaya dalam bidang akademik yang diceburi.
Bagi yang memperolehi keputusan bukan seperti yang diharapkan, jangan berputus asa. Teruskan lagi usaha dengan lebih gigih. InsyaAllah, kejayaan akan menjadi milik orang yang terus berusaha.
PAS Johor mendoakan semoga anak-anak yang memperolehi keputusan hari ini menjadi insan yang cemerlang, aset negara, berjaya dunia dan akhirat.
Balai Polis Ulu Tiram diserang, dua maut, seorang cedera parah JOHOR BAHRU - Balai Polis Ulu Tiram, dekat sini gempar apabila dua anggota polis maut diserang jam 4.41 pagi Jumaat. Sebelum itu, seorang anggota polis yang bertugas di pusat...
LAILATUL QADAR, MALAM YANG LEBIH BAIK DARIPADA 1000 BULAN.
Sesiapa yang membangunkan malam Lailatul Qadar, dalam keadaan iman dan muhasabah diri, Allah mengampunkan dosanya yang telah lalu. (Riwayat al- Bukhari dan Muslim)
Marilah kita beramal bersungguh-sungguh pada setiap 10 malam yang terakhir di bulan Ramadan ini. Perbanyakkan qiamullail,zikir, membaca Al-Quran dan berdoa.
Rasulullah memberi tahu Aisyah, doa yang perlu dipanjangkan kepada Allah pada malam Lailatul Qadar ialah doa berikut :
" Allahumma innaka afuwwun tuhibbul 'afwa faa'fu 'annii."
- "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat s**a akan kemapunan. Maka, berikanlah keampunan kepadaku."
Teruskan berdakwah.. yakin dgn bantuan Allah
Aminnn ya robb
Doa kami 🤲🏻
اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ (وَبَلِّغْنَا) لَنَا فِي رَمَضَانَ
“Ya Allah, Kau berkatilah kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan Kau berkatikanlah (pertemukan kami dengan bulan Ramadhan) kepada kami pada bulan Ramadhan”.
Jom masuk PASTI ❤️
[ 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔 𝐒𝐇𝐀𝐑𝐄 𝐏𝐎𝐒𝐓 ]
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
𝗥𝗔𝗬𝗨𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗗𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗘𝗟𝗜𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗡𝗚𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗣𝗔𝗦𝗧𝗜 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗦𝗥𝗜 𝗚𝗔𝗗𝗜𝗡𝗚
Rasulullah SAW Bersabda:
إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
𝙈𝙖𝙠𝙨𝙪𝙙𝙣𝙮𝙖:
“𝘼𝙥𝙖𝙗𝙞𝙡𝙖 𝙢𝙖𝙩𝙞 𝙨𝙚𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙖𝙣𝙪𝙨𝙞𝙖, 𝙩𝙚𝙧𝙥𝙪𝙩𝙪𝙨𝙡𝙖𝙝 𝙙𝙖𝙧𝙞𝙥𝙖𝙙𝙖𝙣𝙮𝙖 𝙖𝙢𝙖𝙡𝙖𝙣𝙣𝙮𝙖 𝙠𝙚𝙘𝙪𝙖𝙡𝙞 𝙩𝙞𝙜𝙖 𝙥𝙚𝙧𝙠𝙖𝙧𝙖: 𝙎𝙚𝙙𝙚𝙠𝙖𝙝 𝙟𝙖𝙧𝙞𝙖𝙝 𝙖𝙩𝙖𝙪 𝙞𝙡𝙢𝙪 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙙𝙞𝙢𝙖𝙣𝙛𝙖𝙖𝙩𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣𝙣𝙮𝙖 𝙖𝙩𝙖𝙪 𝙖𝙣𝙖𝙠 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙣𝙙𝙤𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙗𝙖𝙜𝙞𝙣𝙮𝙖."
{𝙃𝙍. 𝙈𝙪𝙨𝙡𝙞𝙢}
Alhamdulillah. Wang berjumlah RM 20,000.00 berjaya dikumpul dan telah diserahkan kepada pemilik rumah ini untuk tujuan pembelian. 𝐊𝐀𝐌𝐈 𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐀.
Di Pagi Jumaat Yang Mulia Ini, 𝐉𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆 Dengan Berinfaq / Bersedekah / Menyumbang Walaupun RM1, RM5, RM10, RM20, RM50, RM100 Untuk Saham Diakhirat.
Sumbangan Boleh Di Salurkan Ke Akaun :
🟢Nama Bank : Maybank Berhad
🟢Nama Akaun : PASTI Kawasan Sri Gading
🟢No. Akaun : 5515 8405 7081
🟢Rujukan : Wakaf Belian Bangunan
Tuan/Puan juga boleh TEKAN pautan dibawah untuk menyumbang;
(Link Online Transfer)
https://toyyibpay.com/SUMBANGANPEMBANGUNANPASTI
Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi :
http://wasap.my/60127439412/Sumbangan
Jom kita bersama-sama menyumbang dalam pendidikan anak-anak PASTI agar dapat melahirkan insan soleh pintar berupaya menyumbang kesejahteraan keluarga dan masyarakat yang diredhai Allah SWT.
سيروا على بركة الله
Sekian,terima kasih
Daripada
Jabatan PASTI Kawasan Sri Gading
______________________________________
Salam Takziah
SALAM TAKZIAH
إنا لله وإنا أليه راجعون
Badan Perhubungan PAS Negeri Johor mengucapkan Takziah buat seluruh keluarga Tuan Haji Mardi Bin Marwan, Mantan calon PAS Parlimen Ayer Hitam yang telah kembali ke rahmatullah pada hari ini.
Semoga roh almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh.
SALAM TAKZIAH
إنا لله وإنا أليه راجعون
SALAM TAKZIAH
إنا لله وإنا أليه راجعون
PAS Cawangan Parit Besar mengucapkan Takziah buat seluruh keluarga Tuan Haji Mohamad Azhar B Damiri Kg Parit Rasipan
yang telah kembali kerahmatullah pada pagi ini.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh serta dikaruniakan Syurga tanpa hisab.. Aminnnnn
RISALAH PENERANGAN 21.0
KERAJAAN MADANI DIGESA TERUSKAN USAHA PERKASAKAN MAHKAMAH SYARIAH.
Firman Allah SWT :
وَاَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَآ اَنْزَلَ اللّٰهُ وَلَا تَتَّبِعْ اَهْوَاۤءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ اَنْ يَّفْتِنُوْكَ عَنْۢ بَعْضِ مَآ اَنْزَلَ اللّٰهُ اِلَيْكَۗ فَاِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ اَنَّمَا يُرِيْدُ اللّٰهُ اَنْ يُّصِيْبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوْبِهِمْ ۗوَاِنَّ كَثِيْرًا مِّنَ النَّاسِ لَفٰسِقُوْنَ.
Mafhumnya : "Hendaklah engkau memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan oleh Allah, dan janganlah engkau mengikuti keinginan mereka. Dan waspadalah terhadap mereka, jangan sampai mereka memperdayakan engkau terhadap sebagian apa yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah berkehendak menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya, kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik".
[Surah Al-Maaidah : 49]
Peraturan dan undang-undang Islam adalah hak Allah SWT yang difardukan ke atas orang-orang yang beriman melaksanakannya. Ianya meliputi segala lapangan kehidupan manusia yang melibatkan hukum Hudud, Qisas dan juga Takzir.
Namun kesan peninggalan penjajah yang tidak memberikan ruang yang adil kepada Mahkamah Syariah mengakibatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya terhad kepada hukuman tertentu sahaja.
Kesedaran dan kefahaman yang semakin meningkat di kalangan umat Islam membenihkan usaha ke arah memartabatkan Mahkamah Syariah dan memperkasakan bidang kuasanya.
Bermula dengan usaha membawa usul persendirian pindaan RUU akta 355 yang belum berjaya, sehinggalah usaha diteruskan oleh kerajaan negeri Kelantan kemudian diikuti oleh Terengganu. Begitu juga kerajaan Perikatan Nasional yang terdahulu meneruskan usaha ke arah memartabatkan Mahkamah Syariah namun ianya bukanlah usaha yang boleh diselesaikan dalam waktu yang singkat, bahkan ianya memerlukan tempoh masa dan usaha yang berterusan memandangkan ianya melibatkan persetujuan daripada pelbagai peringkat sama ada negeri atau persekutuan.
Justeru kerajaan Madani yang memerintah sekarang digesa agar dapat meneruskan usaha kerajaan Perikatan Nasional yang lepas bagi memperkasakan Mahkamah Syariah agar ianya setanding dengan Mahkamah Sivil dan tiada lagi halangan di dalam pelaksanaan undang-undang Syariah khasnya terhadap umat Islam. Usaha mulia ini amatlah dituntut dan kerajaan perlu membuktikannya bagi memastikan undang-undang Allah SWT terjaga dan tiada pihak yang boleh mempertikaikannya.
'Adil, Prihatin dan Berkebajikan'
Abu Irfan Muhammad Al-Urduni, Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor.
5 Syaaban 1445
15 Februari 2024
RISALAH PENERANGAN 20.0
PERTAHANKAN MAHKAMAH SYARIAH.
Firman Allah SWT :
اَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُوْنَۗ وَمَنْ اَحْسَنُ مِنَ اللّٰهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُّوْقِنُوْنَ.
Mafhumnya : "Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki? (Hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang meyakini (agamanya)?".
Surah Al-Maaidah : 50
Keimanan yang sebenar menuntut kita meyakini segala peraturan dan ketetapan Allah SWT. Kitab suci Al-Qur'an merupakan manifesto dan arahan Allah SWT kepada hamba-Nya di bumi.
Peraturan Allah SWT meliputi tata cara dari aspek akidah, ibadah, kekeluargaan, kemasyarakatan, ekonomi juga siyasah bahkan ianya meliputi segala lapangan kehidupan manusia. Keadilan dan keberkesanan undang-undang Islam terbukti sejak zaman Rasulullah SAW, para sahabat, tabi'in sehinggalah kerajaan Khilafah Uthmaniah yang berpusat di Turki.
Namun setelah kejatuhan kerajaan Khilafah Uthmaniah dan bermulanya zaman imperialisma barat, maka undang-undang Islam telah dikesampingkan termasuk di negara umat Islam kesan daripada gerakan imperialisma dan penjajahan barat.
Bahkan kesan daripada penjajahan ini, bidang kuasa perundangan Islam (Mahkamah Syariah) telah dihadkan bagi membicarakan kes kekeluargaan dan jenayah kecil yang berlaku di kalangan umat Islam.
Beberapa usaha telah dilakukan untuk memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah seperti Usul Pindaan RUU 355 namun masih belum mendapat sokongan yang mencukupi di samping terdapat kekangan yang lain.
Namun kini umat Islam berhadapan dengan cabaran baharu di mana terdapat usaha untuk mengurangkan (membatalkan) beberapa enakmen tertentu di Mahkamah Syariah atas alasan ianya sudah wujud (berlaku pertindihan) dengan Mahkamah Sivil.
Sayugia diingatkan bahawa adalah menjadi cita-cita umat Islam untuk melihat suatu hari nanti Mahkamah Syariah berada setanding dengan Mahkamah Sivil dari segi bidang kuasa namun ianya hanya memfokuskan kes-kes yang melibatkan umat Islam sahaja.
Sama-samalah kita mendoakan semoga segala usaha murni untuk mempertahankan Mahkamah Syariah dan usaha memartabatkannya diberkati oleh Allah SWT. Solidariti dan hadir PERTAHANKAN MAHKAMAH SYARIAH adalah tanggungjawab umat Islam.
'Adil, Prihatin dan Berkebajikan'
Abu Irfan Muhammmad Al-Urduni,
Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor.
26 Rejab 1445
7 Februari 2024
SALAM TAKZIAH
إنا لله وإنا أليه راجعون
PAS Kawasan Sri Gading mengucapkan Takziah buat seluruh keluarga Cikgu Zainal A’bidin bin Ahmad yang telah kembali kerahmatullah pada hari ini.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh.
SALAM TAKZIAH
إنا لله وإنا أليه راجعون
Badan Perhubungan PAS Negeri Johor mengucapkan Takziah buat seluruh keluarga Cikgu Zainal A’bidin bin Ahmad yang telah kembali kerahmatullah pada hari ini.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh.
Penjawat awam dianaktirikan
RISALAH PENERANGAN 19.0
KERAJAAN DIGESA LAKSANAKAN PELARASAN GAJI, BUKAN MANSUHKAN PENCEN.
Perancangan kerajaan Madani untuk memansuhkan pencen kaki tangan awam baharu adalah isu yang hangat diperbincangkan mutakhir ini. Lebih-lebih lagi kaki tangan awam melibatkan sebahagian besarnya adalah dari kalangan pekerja Melayu dan Bumiputera.
Jika langkah ini dilaksanakan secara tergesa-gesa dalam keadaan kajian yang belum matang serta keadaan ekonomi yang mencabar pastinya akan menimbulkan polemik dan kerisauan di kalangan masyarakat terutamanya anggota kaki tangan awam.
Sesuatu pembaharuan yang ingin dilaksanakan itu seharusnya melalui kajian yang mendalam sehingga satu tempoh matang bagi memastikan ianya akan memberi impak yang lebih baik kepada rakyat dan sekaligus dapat membantu perkembangan ekonomi negara.
Adalah seharusnya pihak kerajaan memberikan fokus kepada bagaimana mewujudkan perancangan dan strategi untuk perkembangan ekonomi negara seperti langkah meningkatkan pelaburan dalam sektor ekonomi negara, langkah penjimatan kos operasi yang tidak perlu, yang mungkin boleh diperbaiki dan yang terpenting adalah memastikan tiada ketirisan berlaku sebagaimana yang diperjuangkan selama ini.
Langkah ke arah perkembangkan ekonomi negara secara jangka pendek dan jangka panjang seharusnya dilakukan dengan segera dan tersusun agar kehidupan rakyat terus sejahtera dan stabil. Antara yang perlu diutamakan adalah memastikan stok bekalan makanan terutamanya beras tempatan dan seumpamanya sentiasa di pasaran dengan harga yang terkawal dan dapat membantu kehidupan rakyat.
Dalam keadaan ekonomi negara yang semakin mencabar dengan harga barang yang tinggi dan kos sara hidup yang meningkatkan, adalah disarankan kepada pihak kerajaan agar segerakan pelarasan gaji kaki tangan awam yang sudah lama tidak dilaksanakan, walhal kerajaan Madani ada menyebutkan sebelum ini tentang pelarasan gaji yang akan dilaksanakan. Itu adalah yang lebih utama dalam suasana rakyat terkongkong dengan pelbagai bebanan kos.
Justeru PAS Johor menggesa kerajaan akan dapat kiranya melaksanakan pelarasan gaji sebagaimana pernah disebutkan sebelum ini dan menangguhkan dahulu pemansuhan pencen kaki tangan awam yang baharu.
'Adil, Prihatin dan Berkebajikan'
Abu Irfan Muhammad Al-Urduni,
Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor.
23 Rejab 1445
4 Februari 2024
70 Tahun bersama Bangsa Johor
Raih peluang untuk menunjukkan bakat kreatif anda dan jadi sebahagian dari sejarah dengan menyertai pertandingan mencipta logo sempena ulang tahun ke-70 PAS Johor!
🎨🏆 Hadiah utama RM1000 menanti pemenang. Jangan lepaskan kesempatan ini - hantar karya asli anda sebelum 7 Februari 2024. Sertai kami dalam memperingati perjuangan ini.
[ 𝐉𝐎𝐌𝐌 𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊 𝐏𝐀𝐒𝐓𝐈 ‼️ ]
𝗣𝗘𝗡𝗗𝗔𝗙𝗧𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗦𝗧𝗜 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗦𝗥𝗜 𝗚𝗔𝗗𝗜𝗡𝗚 𝗦𝗘𝗦𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟰
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Untuk makluman Ibu Bapa/Penjaga, PASTI Kawasan Sri Gading masih membuka sesi pendaftaran anak-anak yang berumur 4,5 dan 6 Tahun bagi Sesi 2024. Pendaftaran tersebut boleh dibuat secara 𝑜𝑛𝑙𝑖𝑛𝑒 pada pautan link;
Sebarang pertanyaan, boleh whatsapp/hubungi nombor telefon dibawah :
𝟏. 𝐏𝐀𝐒𝐓𝐈 𝐍𝐢𝐤 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐀𝐳𝐢𝐳
📍Parit Besar, Jalan Kluang Batu Pahat
( https://maps.app.goo.gl/h8g2XtFX4L1NwiLS8?g_st=ic )
• 𝐂𝐢𝐤𝐠𝐮 𝐍𝐨𝐫 𝐒𝐮𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚
https://wasap.my/60136293820/PendaftaranPASTI2024
𝟐. 𝐏𝐀𝐒𝐓𝐈 𝐍𝐮𝐫 𝐀𝐥𝐝𝐝𝐢𝐧
📍Jalan Parit Jalil, Parit Selulun, Tongkang Pechah
( https://maps.app.goo.gl/8DzKXR7W9mbqL2tT7?g_st=ic )
• 𝐂𝐢𝐤𝐠𝐮 𝐒𝐮𝐡𝐚𝐢𝐥𝐢
https://wasap.my/60137135304/PendaftaranPASTI2024
𝟑. 𝐏𝐀𝐒𝐓𝐈 𝐋𝐮𝐪𝐦𝐚𝐧𝐮𝐥 𝐇𝐚𝐤𝐢𝐦 (𝐏𝐞𝐧𝐮𝐡)
📍Emerald Garden, Bandar Putera Indah, Tongkang Pechah
( https://maps.app.goo.gl/zrhkV77irirH5Cud8?g_st=ic )
• 𝐂𝐢𝐤𝐠𝐮 𝐈𝐳𝐟𝐚
https://wasap.my/60142758314/PendaftaranPASTI2024
𝟒. 𝐏𝐀𝐒𝐓𝐈 𝐍𝐮𝐫 𝐇𝐢𝐝𝐚𝐲𝐚𝐡
📍Pekan Parit Yaani
( https://maps.app.goo.gl/A2M16a5ZmYcWVcZb7?g_st=ic )
• 𝐂𝐢𝐤𝐠𝐮 𝐒𝐲𝐚𝐳𝐰𝐚𝐧𝐢
https://wasap.my/60137205685/PendaftaranPASTI2024
𝟓. 𝐏𝐀𝐒𝐓𝐈 𝐀𝐬 𝐒𝐲𝐚𝐟𝐢𝐞 𝟏
📍Kampung Parit Jelutong, Parit Raja
( https://maps.app.goo.gl/V9P9fbcZdEZmGms2A?g_st=ic )
• 𝐂𝐢𝐤𝐠𝐮 𝐍𝐮𝐫𝐳𝐚𝐡𝐢𝐝𝐚𝐡
https://wasap.my/601156794964/PendaftaranPASTI2024
𝟔. 𝐏𝐀𝐒𝐓𝐈 𝐀𝐬 𝐒𝐲𝐚𝐟𝐢𝐞 𝟐
📍Taman Universiti, Parit Raja
( https://maps.app.goo.gl/bHasgpTPbvo4XuH77?g_st=ic )
• 𝐂𝐢𝐤𝐠𝐮 𝐒𝐢𝐭𝐢 𝐒𝐚𝐨𝐝𝐚𝐡
https://wasap.my/601153505352/PendaftaranPASTI2024
𝟕. 𝐏𝐀𝐒𝐓𝐈 𝐀𝐬 𝐒𝐲𝐚𝐟𝐢𝐞 𝟑 (𝐏𝐞𝐧𝐮𝐡)
📍Bandar Putera Indah, Tongkang Pechah
(https://maps.app.goo.gl/Xe9otK3vE6LteVQ57?g_st=ic)
• 𝐂𝐢𝐤𝐠𝐮 𝐌𝐚𝐳𝐧𝐢𝐫𝐚
https://wasap.my/601110951910/PendaftaranPASTI2024
𝗝𝗼𝗺 𝗽𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗯𝗮𝗻𝘁𝘂 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗼𝘀𝘁𝗶𝗻𝗴 𝗶𝗻𝗶. 𝗦𝗲𝗺𝗼𝗴𝗮 𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻 𝘀𝗲𝘀𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰 𝗶𝗯𝘂 𝗯𝗮𝗽𝗮 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗿𝗺𝘂𝗱𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻.
Sekian, terima kasih.
𝑴𝑬𝑵𝑫𝑰𝑫𝑰𝑲 𝑮𝑬𝑵𝑬𝑹𝑨𝑺𝑰 𝑩𝑬𝑹𝑻𝑨𝑸𝑾𝑨
Minda Presiden PAS
DAP TIDAK SETIA KEPADA NEGARA
Definisi setia ialah teguh hati (dalam hal persahabatan, bermasyarakat, dan lain-lain) dan tetap hati. Seseorang yang setia itu sanggup berkorban demi orang lain disebabkan perasaan kasih pada dirinya.
Islam menamakan kesetiaan dengan perkataan wala’ yang bermaksud mengikuti pemimpin dan negara dengan taat dan setia. Pemimpin dan negara itu juga adalah yang dikasihi, paling dekat didampingi, dan menjadi pelindung. Hal ini berpandukan firman Allah SWT:
﴿ٱللَّهُ وَلِيُّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ يُخۡرِجُهُم مِّنَ ٱلظُّلُمَٰتِ إِلَى ٱلنُّورِۖ وَٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ أَوۡلِيَآؤُهُمُ ٱلطَّـٰغُوتُ يُخۡرِجُونَهُم مِّنَ ٱلنُّورِ إِلَى ٱلظُّلُمَٰتِۗ أُوْلَـٰٓئِكَ أَصۡحَٰبُ ٱلنَّارِۖ هُمۡ فِيهَا خَٰلِدُونَ ٢٥٧﴾
“Allah ialah Wali kepada orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka daripada kegelapan (kesesatan kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, wali-wali mereka ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan (kesesatan kekufuran). Mereka itu ialah penghuni Neraka; mereka kekal di dalamnya.” [Surah al-Baqarah: 257]
Firman Allah SWT:
﴿إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱلَّذِينَ يُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤۡتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَهُمۡ رَٰكِعُونَ ٥٥ وَمَن يَتَوَلَّ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ فَإِنَّ حِزۡبَ ٱللَّهِ هُمُ ٱلۡغَٰلِبُونَ ٥٦﴾
“Sesungguhnya, wali kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah). (55) Dan sesiapa yang mengambil Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman menjadi walinya, maka sesungguhnya, pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang. (56)” [Surah al-Ma’idah: 55–56]
Kesetiaan kepada Allah dan rasul adalah mutlak tidak berbelah bahagi. Hal ini demikian kerana, Allah itu Maha Suci daripada segala kekurangan, manakala rasul p**a bersifat ‘ismah yang bermaksud dipelihara oleh Allah dengan wahyu kerana dilantik oleh-Nya menjadi contoh teladan kepada seluruh manusia.
Adapun kesetiaan kepada yang selain kedua-duanya adalah tidak mutlak, dengan mengikut syarat perkara yang benar, bukan perkara yang salah.Adapun kepada negara ialah berteraskan pegangan kepada dasar perlembagaan atau piagamnya, maka wajib setia terhadapnya mengikut syarat yang baik.
Negara Malaysia menegaskan prinsip Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan berkonsepkan kebebasan beragama atau beragama tanpa paksaan, di samping berkonsepkan Raja Berperlembagaan (Raja di bawah Perlembagaan).
Manakala bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan kerana ia merupakan bahasa asal penduduk dan bahasa perantaraan semua kaum. Hak istimewa Melayu dan bumiputera p**a adalah bagi menguatkan semula setelah Melayu dan bumiputera dipinggirkan oleh penjajah.
Inilah prinsip dan konsep yang ditegaskan dan dinyatakan sejak negara ini mencapai kemerdekaan oleh parti-parti yang terlibat secara langsung dalam perjuangan kemerdekaan sejak awal, iaitu kalangan yang dipilih mengikut konsep Demokrasi Berparlimen.
Islam ialah al-din, iaitu ajaran yang sempurna mengikut takrif ajarannya, menunjukkan tiada pemisahan antara semua urusan kehidupan manusia dengan ajaran agama. Islam juga membawa konsep tiada paksaan dalam dakwahnya kerana Islam juga percaya dengan hati yang ikhlas. Adapun paksaan melahirkan sifat tidak ikhlas atau munafiq yang tidak sah imannya.
Namun, Islam menjalinkan hubungan masyarakat majmuk dengan konsep adil kepada semua dalam sistem pemerintahan yang adil sama ada Khilafah ataupun Raja Berperlembagaan. Malaysia p**a menetapkan konsep Raja Berperlembagaan.
Adapun bangsa Melayu ialah bumiputera asal yang terbesar dan sangat rapat hubungan mereka dengan Islam. Apabila mereka menganut Islam, Islam dan Melayu dianggap sama sahaja sehingga menjadi perkataan seerti. Tiap-tiap Melayu adalah Islam dan Melayu yang murtad dianggap bukan Melayu, manakala semua penganut Islam adalah Melayu tanpa mengira bangsa mereka.
Rumpun Melayu ialah bumiputera terbesar. Dalam Islam, ada disebut hukum uruf. Makna uruf ialah perkara yang sudah menjadi kefahaman yang diketahui dan dipakai oleh umum (orang ramai dalam masyarakat). Kalangan para ulama’ menjadikannya salah satu hujah yang diiktiraf oleh agama Islam apabila kuat sandarannya dan luas penggunaannya.
Maka, hak istimewa kepada Melayu dan bumiputera ditetapkan juga dalam Perlembagaan Persekutuan kerana kedudukan mereka dipinggirkan oleh penjajah pada zaman itu.
Maka, setiap Melayu itu Islam dan bumiputera dan setiap yang menganut Islam itu Melayu menjadi hukum uruf. Adapun rumpun bumiputera tidak semuanya Islam, tetapi dimasukkan juga dalam hak istimewa. Bumiputera bukan Melayu turut dianggap sebagai bumiputera, termasuk orang bukan Islam. Begitu juga orang asal bukan Melayu yang mendapat hak istimewa bumiputera turut menjadi hukum uruf.
Parti Tindakan Demokratik (DAP) membawa aliran baharu yang berlainan apabila menegaskan prinsip sekularisme dalam perlembagaannya yang membawa takrif agama mengikut bahasa penjajah daripada perkataan ‘religion’, bukan perkataan ‘al-din’. Mereka ternyata menentang Perlembagaan Persekutuan yang menandakan ketidaksetiaan kepada negara dan menentang hukum uruf dalam Islam.
Hal ini ditegaskan lagi oleh sikap mereka menentang pelaksanaan Islam bagi penganut Islam sahaja yang tidak ada kaitan dengan bukan Islam adalah melampaui batas kesetiaan kepada Perlembagaan Persekutuan.
Perkara yang nyata dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa undang-undang syariat dikenakan terhadap penganut Islam sahaja, namun DAP melahirkan penentangan terbuka apabila membawa perubahan kembali kepada Islam yang sebenar bagi penganut Islam dan berani mahu menjadi penasihat kepada perkara Islam secara berlagak seperti penjajah dahulu.
DAP juga membawa konsep ‘Malaysian Malaysia’ yang bertujuan melumpuhkan dan menghapuskan hak istimewa Melayu Islam dan bumiputera. Begitu juga dalam hal mendaulatkan bahasa kebangsaan, DAP tetap menggunakan bahasa kaum atau bahasa penjajah dalam semua penggunaan rasmi pentadbiran, politik, ekonomi, dan perjuangannya, sehingga berbeza dengan negara dunia lain yang mempertahankan bahasa kebangsaan masing-masing yang digunakan sepenuhnya dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara.
Tindakan DAP menyebabkan bahasa kebangsaan tenggelam tidak kelihatan dalam seluruh penggunaan dan amalan mereka, bahkan ada dalam kalangan mereka yang tidak mampu berbahasa kebangsaan.
Bahasa Melayu ialah antara bahasa rumpun terbesar dunia dan pernah menjadi bahasa ilmu pada zaman sebelum kedatangan penjajah. Huruf dan istilahnya lebih kaya daripada penjajah, tetapi dipinggirkan.
DAP tidak menghormati kedudukan Raja Berperlembagaan apabila tidak menghormati kurnia pingat oleh raja-raja dengan menetapkan peraturannya sendiri, walaupun pada akhir-akhir ini menunjukkan sikap lebih bermuka-muka kerana tetap mempertahankan prinsip dan konsep perjuangan mereka yang tidak menghormati raja-raja.
DAP bersikap tidak setia kepada negara apabila menyanggah arus Perlembagaan Persekutuan yang menghayati perubahan ke arah kemerdekaan yang sebenar, dengan DAP mengekalkan saki-baki warisan penjajah yang bercanggah dengan agama dan bangsa serta budaya bangsa mereka sendiri, bukan sahaja semangat patriotik bernegara yang sebenarnya merdeka.
DAP bukan sahaja mengekalkan tindakan meminggirkan Melayu Islam dari segi ekonomi, bahkan mengambil langkah politik menghilangkan hak kepimpinan Melayu Islam, walaupun orang Melayu yang beragama Islam paling tidak fanatik perkauman kerana kesan daripada ajaran Islam yang ada pada diri mereka.
Islam membezakan antara perasaan kasih akan bangsa dan keluarga yang menjadi fitrah manusia dengan fanatik perkauman yang zalim. Mereka yang hilang rasa kasih akan bangsa mereka, berada di luar tabii manusia.
Firman Allah SWT:
﴿يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُواْ رَبَّكُمُ ٱلَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفۡسٖ وَٰحِدَةٖ وَخَلَقَ مِنۡهَا زَوۡجَهَا وَبَثَّ مِنۡهُمَا رِجَالٗا كَثِيرٗا وَنِسَآءٗۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِي تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَٱلۡأَرۡحَامَۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَيۡكُمۡ رَقِيبٗا ١﴾
“Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu daripada seorang diri, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada kedua-duanya Allah mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya, Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” [Surah al-Nisa’: 1]
Firman Allah SWT:
﴿يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ ١٣﴾
“Wahai manusia, sesungguhnya, Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, serta menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal! Sesungguhnya, orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa antara kamu. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” [Surah al-Hujurat: 13]
Ayat-ayat ini menegaskan adanya hubungan silaturahmi kekeluargaan, kemasyarakatan, kebangsaan, dan kemanusiaan.
Adapun kecintaan fanatik mengatasi petunjuk agama adalah dilarang kerana firman Allah SWT:
﴿لَّا تَجِدُ قَوۡمٗا يُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِ يُوَآدُّونَ مَنۡ حَآدَّ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَلَوۡ كَانُوٓاْ ءَابَآءَهُمۡ أَوۡ أَبۡنَآءَهُمۡ أَوۡ إِخۡوَٰنَهُمۡ أَوۡ عَشِيرَتَهُمۡۚ أُوْلَـٰٓئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ ٱلۡإِيمَٰنَ وَأَيَّدَهُم بِرُوحٖ مِّنۡهُۖ وَيُدۡخِلُهُمۡ جَنَّـٰتٍ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ خَٰلِدِينَ فِيهَاۚ رَضِيَ ٱللَّهُ عَنۡهُمۡ وَرَضُواْ عَنۡهُۚ أُوْلَـٰٓئِكَ حِزۡبُ ٱللَّهِۚ أَلَآ إِنَّ حِزۡبَ ٱللَّهِ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ ٢٢﴾
“Kamu tidak akan mendapati kaum yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, ataupun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. Dan dimasukkan-Nya mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah reda terhadap mereka, dan mereka pun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya, Hizbullah itu ialah golongan yang beruntung.” [Surah al-Mujadalah: 22]
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 10 Rajab 1445 / 22 Januari 2024
[Bil: 4 / 2024]
Sewajarnya Menteri yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal agama Islam ini mengambil posisi mempertahan serta menjelaskan kedudukan sebenar hukum-hakam kepada rakyat, bukan sebaliknya memberikan amaran kepada m***i supaya tidak mencetuskan polemik.
Jawapan M***i Wilayah Persekutuan berkenaan hukum bekerja di bank konvensional tersebut sudah cukup lengkap dan boleh difahami khususnya kekangan seseorang untuk mendapatkan kerja lain.
Namun, kekangan yang dimaksudkan itu tidaklah sampai menghilangkan hukum asal bekerja di bank yang terlibat dengan aktiviti riba. Bukanlah hasrat para m***i menjawab soal hukum sekadar untuk menambah kekeliruan dalam masyarakat kerana yang haram dan halal itu jelas dalam agama.
Ironinya, Menteri Agama sebaliknya menganggap ia sekadar polemik yang dicetuskan oleh para m***i.
(Petikan Kenyataan Media Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, 22/1/2024)
RISALAH PENERANGAN 18.0
KES BELLA : TRAGIS DAN PERLU PEMBELAAN.
Firman Allah SWT :
وَمَنْ يَّقْتُلْ مُؤْمِنًا مُّتَعَمِّدًا فَجَزَاۤؤُهٗ جَهَنَّمُ خَالِدًا فِيْهَا وَغَضِبَ اللّٰهُ عَلَيْهِ وَلَعَنَهٗ وَاَعَدَّ لَهٗ عَذَابًا عَظِيْمًا.
Mafhumnya : "Dan barang siapa membunuh seorang yang beriman dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka Jahanam, dia kekal di dalamnya. Allah murka kepadanya, dan melaknatnya serta menyediakan azab yang besar baginya".
Surah An-Nisa' : 93
Ayat di atas menunjukkan kemurkaan Allah SWT terhadap penjenayah yang melakukan pembunuhan iaitu perbuatan menghilangkan nyawa seseorang secara sengaja.
Perbuatan membunuh dengan sengaja adalah suatu dosa yang sangat besar sehingga diancam dengan azab neraka yang berkekalan. Ini kerana akibat buruk daripada pembunuhan juga akan memberi kesan buruk kepada ahli keluarga mangsa, sahabat handai dan masyarakat setempat.
Justeru Islam memberikan ancaman dengan balasan yang amat dahsyat terhadap orang yang terlibat dengan perbuatan membunuh dengan sengaja kerana ia adalah pencabulan terhadap hak Allah SWT.
Kes kehilangan ibu tunggal Mila Sharmila Samsusah 32 tahun, yang dikenali dengan 'Bella' akhirnya terjawab dengan penemuan rangka mangsa di sebuah rumah terbiar di Kg Batu 7, Tongkang Pecah, Batu Pahat. Satu perkhabaran yang tragis dan menyayat hati lebih-lebih lagi untuk keluarga mangsa dan sahabat karib.
Kekerapan laporan kes orang hilang dan penemuan mayat atau rangka menuntut seluruh anggota masyarakat sentiasa prihatin dan mengambil berat tentang isu keselamatan diri dan keluarga. Utamakan keselamatan diri dan keluarga dengan mengambil langkah-langkah perlu dengan sentiasa berwaspada di mana jua berada dan dengan siapa kita berada.
PAS Johor merakamkan ucapan takziah kepada pihak keluarga Almarhumah di atas apa yang berlaku serta mendoakan semoga Almarhumah diberikan keampunan dan dirahmati Allah SWT. Semoga kes ini akan mendapat pembelaan yang sewajarnya.
Keselamatan diri dan keluarga adalah keutamaan. Sentiasa berwaspada di mana jua kita berada. Semoga di dalam pemeliharaan Allah SWT sentiasa.
'Adil, Prihatin dan Berkebajikan'
Abu Irfan Muhammad Al-Urduni,
Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor.
12 Rejab 1445
24 Januari 2024