Jawatankuasa Kecil Ibu Bapa TCM Angkasa
Diwujudkan bagi membantu TCM mengendalikan aktiviti tambahan untuk pembangunan minda anak-anak TCM
TANGGUNGJAWAB YANG PERLU DIAMBIL OLEH IBUBAPA
Jika anak anda mempunyai tanda dan gejala penyakit ini, anda boleh memastikan kanak-kanak lain tidak dijangkiti dengan melakukan beberapa langkah mudah seperti berikut:
1. Meningkatkan kesedaran dan keupayaan mengenalpasti tanda-tanda penyakit HFMD pada kanak-kanak yang kurang sihat seperti tanda lepuh pada tangan, kaki dan mulut;
Memastikan anak berada di rumah dan tidak membawa anak ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan. Maklumkan pusat jagaan, tadika atau sekolah anak-anak anda mengenai penyakitnya;
2. Mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;
3. Pastikan peralatan makanan dan barangan peribadi anak anda seperti tuala, sudu, garfu, cawan dan sebagainya sentiasa bersih dan tidak dikongsikan dengan kanak-kanak lain. Pastikan peralatan ini dibawa balik setiap hari untuk dicuci bersih.
4. Membersihkan permainan anak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran klorin atau sabun dan air bersih;
5.Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuang ke dalam tong sampah yang bertutup.
21 September 2017
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) & Balai Bomba Damansara
Color & cut
1st Activity JKiTCM