NQ Beauty & Wellness

NQ Beauty & Wellness

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from NQ Beauty & Wellness, Health & Wellness Website, .

1 INFAQ 6 KEBAIKAN 01/12/2023

MULAKAN BULAN DENGAN PENUH KEBAIKAN.

Alhamdulillah, penuh kesyukuran kepada Allah SWT kerana masih mengurniakan kita dengan nikmat iman dan kesihatan.

Dengannya kita dipanjangkan umur dan berpeluang bertemu Jumaat Syaiyidul Ayyam ini untuk terus beribadah kepada Allah SWT.

Sempena hari yang barakah ini, di awal bulan Disember ini, marilah kita mulakan dengan kebaikan dan berkongsi rezeki kegembiraan kita buat ahlillah dan pelajar tahfiz.

Semoga dengan permulaan yang baik ini menjadi asbab kebaikan berterusan sehingga hari- hari seterusnya.
Amiiin.

Sedekah Jumaat pelajar tahfiz:
Klik:
https://yayasansofa.onpay.my/order/form/1infaq6kebaikan/86

🔹Sedekah Jariah melalui Yayasan Sofa boleh disalurkan ke:

🖲Cimb : Yayasan Sofa Negeri Sembilan
no akaun - 8601881873

https://www.wasap.my/60123385142/sumbanganOnline

Nanti dah transfer,tuan/puan berikan saya slip transaksi untuk rujukan pihak pengurusan ye.

Moga ia menjadi pemberat timbangan kita di akhirat kelak. Insyaallah

1 INFAQ 6 KEBAIKAN Ahli ilmu dan al Quran ini ibarat ladang yang punyai tanah subur untuk kita bercucuk tanam kerana mereka ini merupakan golongan yang mulia di sisi Allah SWT dan Rasulullah ﷺ.

01/03/2019

Tidurlah wahai permaisuri...

26/02/2019

apa warna kencing anda? ketahui tanda-tanda anda tak cukup air dalam tubuh.

24/02/2019

Kepala anda gatal? mungkin ini penyebabnya.

Photos from NQ Beauty & Wellness's post 26/10/2018
Photos from NQ Beauty & Wellness's post 26/10/2018

BEYUL SKINCARE from Korea.

Pls pm for enquiry..

02/12/2017

Air barli untuk kulit sihat dan cerah. Air barli boleh membantu mengeluarkan toksik dari badan – keadaan ini memberikan kulit yang lebih sihat dan cerah. Tambahan p**a kandungan asid azelaic dalam beras barli digunakan untuk merawat jerawat.

Pada masa yang sama, ia juga boleh mengurangkan keradangan pada kulit, mengelakkan daripada liang pora kulit tersumbat.

Unsur antioksida yang terdapat di dalam air barli boleh melawan radikal bebas yang melambatkan proses penuaan dan mengekalkan awet mudah untuk jangka masa yang lebih lama.

Selain daripada minum air barli, anda juga boleh menyapunya pada permukaan muka, biarkan selama 10 minit dan kemudian bilas dengan air yang bersih. Anda boleh mengamalkan kaedah ini untuk beberapa kali seminggu.

23/11/2017

Jangan lupa mandi sunat Jumaat ya.

Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
الْغُسْلُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُحْتَلِمٍ

Maksudnya: “Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang yang baligh”. [Riwayat Muslim (846)]

Imam al-Nawawi mengatakan yang pertama, zahir hadith menunjukkan bahawa mandi disyariatkan bagi sesiapa yang ingin hadir Jumaat daripada kalangan lelaki samada baligh, bayi dan mumayyiz. Kedua adalah, yang jelas (di dalam hadith ini) adalah bagi orang yang baligh.

Tambahan p**a, mandi ini digalakkan bagi sesiapa yang ingin hadir ke solat Jumaat dan ditekankan pada hak lelaki itu lebih dituntut berbanding wanita. Ini kerana, berwangian bagi wanita itu lebih dekat (berbanding lelaki). Ditekankan juga pada hak orang yang baligh itu lebih dituntut berbanding bayi. Dan ini adalah mazhab (pendapat mazhab) kami yang masyhur bahawa digalakkan bagi setiap yang ingin ke solat Jumaat. Terdapat satu pendapat daripada ashab kami (ulama’ bermazhab syafi’e) iaitu mandi ini khas bagi lelaki dan terdapat satu pendapat lagi bahawa digalakkan bagi sesiapa yang wajib Jumaat bukannya wanita, bayi, hamba dan musafir. Satu lagi pendapat digalakkan bagi setiap orang pada hari Jumaat samada ingin hadir Jumaat atau tidak seperti mandi hari Raya yang disunatkan kepada semua orang. Walaubagaimanapun, pendapat yang pertama adalah lebih sahih. [Lihat: al-Minhaj, 134-135/6]

Di sini kami datangkan perbahasan berkaitan mandi sunat hari Jumaat berdasarkan kitab Fiqh al-Manhaji: [Lihat: Fiqh al-Manhaji, 84-85/1]

Pensyariatan Mandi Sunat Hari Jumaat

Sunat mandi pada hari Jumaat bagi mereka yang mendirikan solat Jumaat sekalipun solat tersebut tidak wajib atas mereka, seperti orang musafir, perempuan dan kanak-kanak. Pendapat yang lain p**a mengatakan bahawa mandi pada hari Jumaat, sunat bagi sesiapa sahaja sama ada yang mendirikan solat Jumaat ataupun tidak. Ini berdasarkan hadith, Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا أَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْتِىَ الْجُمُعَةَ فَلْيَغْتَسِلْ

Maksudnya: “Sesiapa yang hendak mendirikan solat Jumaat dia hendaklah mandi”.

[Riwayat Muslim (844)]

Waktu Mandi Sunat Jumaat

Waktu mandi sunat Jumaat adalah bermula masuk waktu azan solat Subuh. Walaubagaimanapun, mandi ketika hampirnya waktu mendirikan solat Jumaat adalah lebih baik. Ini kerana lebih dekat kepada tujuan mandi tersebut, iaitu mengharumkan bau badan, menghilangkan peluh dan bau busuk. Islam menggalakkan manusia mandi sunat Jumaat disebabkan berhimpunnya mereka pada hari tersebut supaya tiada sesiapa terganggu dengan bau yang tidak menyenangkan. Disebabkan itu juga, Rasulullah SAW melarang memakan bawang putih dan bawang merah bagi sesiapa yang ingin hadir untuk mendirikan solat di masjid. - sumber muftiwp

22/11/2017

Jaga cara dan adap makan anda

MUKA cantik atau lawa kalau makan gelojoh pun jadi hodoh. Bagaimanapun makan laju dan gelojoh ada kesan kesihatan yang lain.

Cara seseorang itu makan, laju atau perlahan, boleh menentukan sama ada individu berkenaan berisiko menghidap penyakit jantung, strok dan diabetes, lapor Associated Press of Pakistan (APP).

Menurut satu penyelidikan awal, makan dan kunyah secara perlahan, membantu melambatkan sindrom metabolik seperti tekanan darah tinggi, diabetes, obesiti dan tahap kolesterol tidak normal.

Sebaliknya, makan dengan terlalu laju atau cepat boleh menyebabkan gula dalam darah turun naik, yang boleh menyebabkan rintangan terhadap insulin.

Menurut penyelidikan yang dikemukakan di simposium American Heart Association Scientific Sessions 2017, makan dengan lebih perlahan berupaya menjadi kunci penjagaan kesihatan dan tubuh badan.

Satu pasukan dari Universiti Hiroshima, Jepun menjalankan kajian terhadap 642 lelaki dan 441 wanita, dengan usia purata 51.2 tahun, tiada yang mempunyai sindrom metabolik, pada 2008.

Mereka dibahagikan kepada tiga kategori, berdasarkan kepada cara mereka menjelaskan bagaimana mereka makan iaitu lambat, biasa atau cepat.

Kajian mendapati makan dengan laju iaitu sebanyak 11.6 peratus, lebih cenderung mengalami sindrom metabolik, berbanding makan secara biasa (6.5 peratus) dan perlahan (2.3 peratus).

Makan dengan laju juga dikaitkan dengan peningkatan berat badan, pinggang lebih besar dan glukosa dalam darah lebih tinggi.

Selain itu, mengunyah makanan secara perlahan, membolehkan otak menerima isyarat kenyang bermakna anda lebih cenderung berhenti makan sebelum kekenyangan.

Sementara, mereka yang mengunyah makanan atau makan dengan cepat, cenderung tidak berasa kenyang dan akan makan lebih banyak.

08/11/2017

Makanan yang baik untuk kecantikan kulit bersih dan cerah

Perbanyakkan la makan brokoli yang disenaraikan sebagai sayuran paling tinggi nutrisinya. Brokoli tinggia manfaatnya kerana ia mengandungi pelbagai jenis antioksidan serta vitamin A, Vitamin C, Vitamin B kompleks, Vitamin K dan Vitamin E.
Semua vitamin ini memainkan peranan penting untuk menjaga kulit agar bersih dan bercahaya. Anda boleh memakannya dikukus atau mentah bersama dalam salad. Satu lagi manfaat brokoli, yaitu sangat rendah kalori. Secara umum, semua sayuran tinggi nutrisi sihat, termasuk serat, antioksidan dan rendah kalori, dan pastinya sangat baik untuk kesihatan, khususnya kulit yang bersih, indah dan kencang.
Sayur brokoli ni senang dibeli sama ada di kedai pak cik atau makcik, pasar hiper atau kedai Aceh, pasar malam atau pasar pagi.
Selamat menjamu selera ya!

06/11/2017
03/11/2017

Cantikkan dan serikan muka dengan wudhu.

Wudhu adalah salah satu aktiviti yang dilakukan sebelum solat untuk membersihkan najis dan penyempurna ibadah. Namun berwudhu juga mencerahkan wajah. Ketika anda membasuh muka dengan air wudhu, noda dan kotoran akan luntur. Malah, berwudhu juga menggugurkan dosa-dosa. Maka itu perbanyaklah berwudhu setiap waktu, seperti saat mahu keluar rumah dan sebelum tidur malam.

Dikatakan oleh Abu Hurairah ra: “Aku mendengar Rasululah Saw bersabda, “Sesungguhnya umatku dipanggil pada hari kiamat dalam keadaan ghurran muhajjilin (wajahnya bercahaya dan badannya bersinar) kerana bekas berwudhu, maka barang siapa mampu untuk memanjangkan ghurran hendaklah melakukannya.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

02/11/2017

Kentut baik untuk kesihatan anda.

Kentut ialah gas campuran 59% nitrogen, 21% hidrogen, 9% karbon dioksida, 7% methane dan 4% oksigen yang terjadi atas pelbagai sebab, kejadian reaksi udara dan kimia di dalam usus.

Jika kentut anda tak berbau:
Ada orang yang memang nasib selalu baik, kerana kentut tapi tidak berbau biarpun kadang bunyinya kuat. Jika kentut anda jenis tidak berbau, ia sama seperti sendawa, angin berlebihan di dalam badan. Orang yang kentut tidak berbau ini biasanya mempunyai kesihatan yang baik dan normal.

Kalau kentut anda busuk, baik berjaga-jaga:
Siapa selalu kentut busuk sangat, sila ambil perhatian ya. Anda mungkin ada isu kronik dalam penghadaman atau gastroenteritis. Sentiasa peka dengan pengambilan makanan anda dan dapatkan ujian kesihatan di klinik atau hospital berhampiran.

pastinya sama ada busuk atau tidak, kentut membatalkan wudhuk anda.

20/10/2017

Seorang wanita yang cantik tidak hanya cantik pada fizikal semata-mata, melainkan terdapat dalam diri baik akhlaknya. Dia senantiasa berkata lemah lembut, sopan dan santun kepada orang lain. Kebaikan akhlak dan hati seorang wanita akan membuat kecantikannya terpancar. Hati dan akhlak yang baik dalam islam lebih utama dari kecantikan fizikal itu sendiri.

Photos from NQ Beauty & Wellness's post 10/10/2017

Makan kurma untuk turunkan berat badan. Kandungan Potassium dan sulphur dalam kandungan buah kurma dapat menjaga kesihatan jantung dan tekanan darah. Malah buah ini juga dapat menguraikan lemak dalam tubuh.
Makan buah kurma di pagi hari dengan sarapan dapat meningkatkan metabolisme tubuh dan membakar lemak sehingga menurunkan berat badan. Selamat mencuba. Insya-Allah

Photos from NQ Beauty & Wellness's post 27/09/2017

Ada masalah tidur malam?

Di Malaysia buah pala (nutmeg) boleh didapati di Pulau Pinang yang diusahakan secara komersial. Ia dikatakan mujurab untuk orang yang menghadapi masalah tidur atau insomnia. Insomnia tidak hanya penyakit susah tidur, namun dikaitkan dengan tidur yang tidak berkualiti. Tidur yang tidak berkualiti akan mempengaruhi kualiti hidup seseorang. Berbagai macam penyakit akan timbul akibat dari tidur tidak berkualiti dan susah tidur. Bahan-bahan kimia yang ada dalam buah pala diyakini mampu menghilangkan insomnia seseorang. Caranya adalah sebelum tidur meminum rebusan buah pala.

Photos from NQ Beauty & Wellness's post 22/09/2017

Kalau mulut anda berbau..ini tips yang mungkin membantu.

Kandungan zat yang dimiliki cengkih (cloves) sudah sejak lama digunakan untuk menghilangkan bau mulut, iaitu sejak zaman Dinasti Han. Caranya adalah dengan menyeduh 10 butir bunga cengkeh dalam air panas, atau boleh dengan cara merebus. Setelah mendidih, biarkankan sampai sejuk dan kemudian airnya digunakan untuk berkumur 2 kali setiap hari.

31/08/2017

Makanlah daging kambing untuk mencegah penyakit darah tinggi dan obesiti

Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat.

Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi.

Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

Lemak di bawah permukaan kulit terbentuk akibat kolestrol yang gagal dicerna oleh hati. Ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan) jika terdapat dalam jumlah yang banyak.

Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing.

Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.

19/08/2017

Tiada yang kebetulan..

09/08/2017

Boleh cuba kalau ada masalah diabetis (DM)/kencing manis/kandungan gula tinggi dalam darah. InsyaAllah.

1. Sebiji limau nipis
2. Seketul Garam Kasar (seketul sahaja)
3. 3 Gelas Air

Penyediaan:

1. Belah sedikit limau
2. Sumbat seketul garam kasar ke dalam belahan limau
3. Kemudian rebus dengan air sebanyak 3 gelas.
4. Rebus lama sehingga airnya menjadi segelas.
5. Selepas itu, lenyekkan limau dan wajib hancurkan bijinya (dalam air rebusan) dengan menggunakan senduk
6. Tapis air rebusan itu dan biarkan sejuk
7. Bila sudah sejuk, anda boleh minum.

Kaedah rawatan:

1. Amalkan 3 kali minum dlm masa 6 hari
2. Setiap amalan hendaklah dilakukan berselang hari.
3. Kadar gula berkurangan setiap kali amalan. Oleh itu sediakan air manisan untuk mengimbangi kadar gula dalam badan.

Manusia berusaha, Allah yang menyembuhkan.

01/08/2017

Jom beli dan guna produk nQ Beauty & Wellness

Timeline photos 31/07/2017

Videos (show all)

Tiada yang kebetulan..

Website