Wang Barakah

Wang Barakah

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Wang Barakah, Investing Service, .

16/07/2024

Sukuk Murabahah Senior RM1 bilion Bank Islam Malaysia Bhd yang diterbitkan semalam meraih sambutan yang menggalakkan daripada pelabur, dengan nisbah bidaan kepada terbitan melebihi 3.2 kali ganda saiz terbitan selepas peningkatan daripada RM500 juta.

Dalam satu kenyataan, Bank Islam berkata penerbitan sukuk itu adalah sebahagian daripada program murabahah sukuk bernilai RM10.0 bilion dalam nilai nominal.

"Hasil daripada terbitan ini akan membiayai aktiviti perbankan Bank Islam, keperluan modal kerja dan tujuan korporat lain.

"Penggunaan hasil di bawah program sukuk murabahah juga hendaklah patuh Syariah," katanya.

Bank itu berkata, sukuk senior murabahah itu yang masing-masing mempunyai tempoh lima tahun (siri pertama) dan tujuh tahun (siri dua), diberi penarafan 'AA3/stabil' oleh RAM Ratings Services Bhd.

"Ia menawarkan kadar keuntungan tetap sebanyak 4.01 peratus dan 4.13 peratus setahun," katanya.

Bank Islam ialah penasihat utama, pengatur utama, pengurus utama dan penasihat syariah untuk program sukuk murabahah itu.

15/07/2024

AFFIN Group (AFFIN) menganjurkan 'AFFIN Treasure Trails', acara pertama kali yang menjadikan bandar Kuala Lumpur sebagai lokasi pengembaraan celik kewangan.

Dengan tema 'Navigating the Financial Frontier', inisiatif sulung itu menggabungkan penerokaan, kerja berpasukan dan pendidikan kewangan.

Acara itu membabitkan 50 pasukan yang terdiri daripada 200 pelanggan dan wakil media serta 50 kakitangan AFFIN.

Peserta memulakan 'perjalanan penerokaan kewangan' dengan menjejaki bandar dengan berjalan kaki dan menggunakan pengangkutan awam.

Pengarah Eksekutif Perbendaharaan Kump**an di Affin Bank Bhd, Hanif Ghulam Mohammed, berkata AFFIN Treasure Trails yang julung kali diadakan itu mewakili pendekatan kepada pendidikan kewangan dan pembabitan komuniti.

"Dengan menggabungkan pengalaman pembelajaran dan menyepadukannya dengan persekitaran bandar Kuala Lumpur, kami telah mewujudkan platform yang bukan sahaja mendidik tetapi juga mengujakan peserta tentang dunia kewangan, bersama dengan pengetahuan produk AFFIN.

"Yang penting, inisiatif ini menjadi bahagian penting daripada tunggak strategik pelan AX28 iaitu Perkhidmatan Pelanggan yang Tiada Tandingan dan Perbankan Bertanggungjawab Dengan Impak, menunjukkan komitmen kami untuk mencipta nilai untuk pemegang kepentingan, komuniti dan alam sekitar kami," katanya.

12/07/2024

Syarikat dalam kump**an MMC, Gas Malaysia Bhd (Gas Malaysia), kekal teguh dalam komitmen untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai penyedia penyelesaian tenaga yang inovatif melalui teknologi Gabungan Haba dan Kuasa (CHP).

Sistem CHP juga dikenali sebagai penjanaan bersama, mampu menghasilkan elektrik serta haba daripada satu sumber bahan api.

Ketua Pegawai Eksekutif Kump**an Ahmad Hashimi Abdul Manap berkata teknologi ini amat bermanfaat untuk pelanggan sektor perindustrian yang memerlukan kedua-dua tenaga elektrik dan haba, seperti wap atau air panas.

"Gas Malaysia Energy Advance Sdn Bhd (GMEA), sebuah syarikat usaha sama antara Gas Malaysia dan Tokyo Gas Engineering Solutions Corporation (TGES), sedang menerajui perniagaan CHP. GMEA mengendalikan tiga loji dengan gabungan kapasiti bagi menjana 41.7 MW elektrik, 165 tph stim dan 1,684 kW air panas, berpotensi mengurangkan kira-kira 72,261 tan karbon dioksida setahun," katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan berikutan lawatan kerja penganalisis dan media ke kilang CHP Gas Malaysia di Perai, yang bertujuan untuk mendedahkan bagaimana loji itu menjana elektrik secara cekap dan menangkap haba buangan bagi menghasilkan terma yang berguna.

Ahmad Hashimi berkata sistem CHP diunjurkan untuk membuat sumbangan penting kepada ikrar kemampanan pelanggannya. Usaha ini mampu memupuk masa depan yang lebih hijau apabila industri memberi penekanan yang lebih besar terhadap penggunaan amalan perniagaan yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar, yang mana, selain meingkatkan kecekapan tenaga, CHP juga mengurangkan jejak karbon.

"Kami berbesar hati untuk menunjukkan loji CHP Perai kami kepada media serta rakan kongsi penganalisis, lawatan kerja ini bertujuan meningkatkan pemahaman mereka tentang perniagaan kami dan memupuk pendapat yang lebih bermaklumat, tepatnya mengenai CHP.

"Selain itu, ia membolehkan kami menangani sebarang ketidakpastian berkaitan perniagaan dan selari dengan jangkaan pihak berkepentingan kami," tambahnya lagi.

Sementara itu, Ketua Hal Ehwal Korporat Gas Malaysia, Kamarul Ariffin Ibrahim berkata tujuan lawatan hari ini adalah untuk menerangkan bagaimana CHP beroperasi di loji Perai . "Gas Malaysia mempunyai tiga loji, dua di Perai dan satu di Shah Alam, Selangor," katanya kepada pemberita di loji Perai.

Strategi perniagaan 10 tahun Gas Malaysia, yang turut dikenali sebagai GM32, distrukturkan untuk memupuk pertumbuhan mampan jangka panjang, memastikan perniagaan serta operasi syarikat berkembang dengan cara yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan daya maju ekonomi yang berterusan.

Penerokaan dalam CHP ini merupakan komponen utama strategi tersebut kerana ia memanfaatkan peningkatan permintaan industri selepas lebih banyak entiti perniagaan mula mengiktiraf faedahnya ke atas alam sekitar.

11/07/2024

Sejumlah RM2 bilion dilaburkan Cypark Resources Berhad (CRB) dalam membangunkan loji tenaga solar di negara ini yang mampu menjana 404 megawatt (MW) tenaga boleh baharu.

Pengurus Eksekutif Cypark Resources Berhad Datuk Hamidah Moris berkata, CRB berpengalaman selama 25 tahun dalam industri solar di negara ini.

Menurutnya, Cypark mempelopori industri solar Malaysia dengan 24 MW loji tenaga solar generasi pertama bermula pada 2012 di bekas tapak pelupusan sampah.

Katanya, Cypark bekerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan bank-bank Malaysia untuk merancang infrastruktur tenaga dan pembiayaan yang sesuai untuk mengurus sumber tenaga boleh baharu yang dijana daripada tenaga suria.

"Cypark mempelopori industri Waste-to-Energy (WTE) pada tahun 2015 dengan merancang, melaksanakan, dan menjalankan pengump**an sisa dengan bayaran tip, penjanaan tenaga daripada sisa untuk TNB.

"Cypark satu-satunya pengendali loji WTE di Malaysia," katanya ketika berucap pada perasmian Cypark Solar Merchang, di sini, semalam.

Hadir sama, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Menurutnya, RM2 bilion portfolio infrastruktur penjanaan tenaga dilabur dan kini mampu menjana 404 MW penjanaan tenaga boleh baharu.

Katanya, lebih 130 projek EPCC dilaksana manakala loji WTE menggunakan 1,000 metrik tan (MT) sisa pepejal perbandaran dan mampu menjana 20 MW tenaga boleh baharu.

"Penggunaan inovasi tenaga boleh baharu ini menunjukkan komitmen CRB kepada penyahkarbon.

"Cypark inovator dalam industri tenaga hijau di Malaysia serta syarikat Malaysia pertama dan satu-satunya yang merancang, membina dan menjalankan gabungan loji tenaga solar, WTE serta loji pengeluaran tenaga bio-gas dan bio-mass.

"Loji Merchang Cypark adalah loji janakuasa solar hibrid terbesar di Malaysia serta terdiri daripada 35 MW solar terapung dan 65 MW solar dipasang di darat," katanya.

Menurutnya, loji janakuasa solar hibrid ini bukti kemampuan Cypark menyesuaikan diri dengan persekitaran semula jadi Terengganu yang terdedah kepada banjir.

Katanya, loji Danau Tok Uban (DTU) yang dijadualkan beroperasi suku ketiga tahun ini akan menjadi loji solar terapung terbesar di Malaysia dengan kapasiti 60 MW.

"Dari segi pencapaian antara 2013 hingga tahun lalu, Cypark mampu menjana sejumlah 692,191 MW tenaga boleh baharu.

"Manakala 447,612 tan pengelakan karbon dioksida, 85,0244 tan pengelakan arang batu manakala 1,000 ekar tapak pelupusan dipulihara untuk penjanaan tenaga bersih," katanya.

10/07/2024

Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan hari ini, manakala permintaan yang stabil terus memberikan sokongan untuk mata wang Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.7050/7110 berbanding dolar AS daripada 4.7055/7105 semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata Indeks Dolar AS masih bertahan, menunjukkan permintaan yang berdaya tahan terhadap mata wang AS dalam persekitaran jangkaaan bahawa penurunan kadar faedah akan berlaku.

Awal hari ini, keterangan pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Jerome Powell kepada Kongres AS mencadangkan bahawa Rizab Persekutan (Fed) AS berada di landasan yang betul untuk menurunkan kadar faedah sekiranya data ekonomi memerlukan tindak balas sedemikian.

"Menurunkan kadar faedah terlalu awal dan terlalu lewat mungkin berisiko menyebabkan kelembapan ekonomi, Jerome Powell mengakui inflasi bukan satu-satunya risiko yang sedang dihadapi oleh Fed AS," kata Mohd Afzanizam kepada Bernama.

Di peringkat tempatan, beliau berkata pelabur akan memantau mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) untuk keputusan mereka mengenai Kadar Dasar semalaman (OPR) yang akan berakhir pada Khamis.

"Kami yakin BNM akan mengekalkan kadar tidak berubah pada 3.00 peratus. Sekiranya Fed AS mula menurunkan kadar faedah pada September, ia akan mengecilkan jurang antara Kadar Dana Fed AS dan OPR.

"Ini sepatutnya memberi impak positif kepada ringgit menjelang akhir tahun ini," katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekump**an mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 2.9140/9179 daripada 2.9219/9252 ketika ditutup pada Selasa dan meningkat berbanding pound Britain kepada 6.0158/0235 daripada 6.0273/0337 dan melonjak berbanding euro kepada 5.0870/0935 daripada 5.0923/0977.

Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Mata wang tempatan menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.4829/4876 daripada 3.4848/4887 semalam dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.9187/9402 daripada 12.9268/9456 sebelumnya.

Unit tempatan tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 289.4/290.0 dan naik berbanding peso Filipina kepada 8.04/8.06 berbanding 8.05/8.06 sebelumnya.

09/07/2024

Dana asing dilihat kembali ke Bursa Malaysia minggu lalu dengan belian bersih sebanyak RM394.5 juta selepas dua minggu mencatatkan jualan bersih, lapor MIDF Research.

Ia berkata, belian bersih dana asing itu dilihat setiap hari minggu lalu, dengan sebahagian besar aliran masuk dilihat pada Rabu dan Khamis dengan masing-masing sebanyak RM259.4 juta dan RM86.3 juta.

Katanya, sektor yang mencatat aliran masuk asing bersih tertinggi minggu lalu ialah pengangkutan dan logistik (RM152.9 juta), produk perindustrian dan perkhidmatan (RM151.5 juta) dan teknologi (RM93.6 juta).

"Sektor yang mempunyai aliran keluar bersih bersih tertinggi ialah produk pengguna dan perkhidmatan (-RM91.1 juta), pembinaan (-RM28.6 juta) dan perladangan (-RM27.2 juta)," menurut MIDF Research dalam nota penyelidikannya.

Ia berkata, institusi tempatan terus memainkan peranannya dalam menyokong bursa tempatan, dengan belian bersih sebanyak RM32.2 juta minggu lalu.

Katanya, penjual bersih utama minggu lalu ialah peruncit tempatan, yang menjual pegangan mereka secara bersih sebanyak RM426.7 juta.

"Mereka (peruncit tempatan) menjual secara bersih setiap hari dagangan kecuali Jumaat apabila mereka membeli secara bersih RM400,000," katanya.

Dari segi penyertaan, MIDF Research berkata, terdapat peningkatan secara purata jumlah dagangan harian (ADTV) dalam kalangan peruncit dan pelabur institusi tempatan.

Ia berkata, pada minggu lalu memperlihatkan penyertaan pelabur runcit dan institusi tempatan dengan masing-masing sebanyak 14.1 peratus dan 5.8 peratus.

"Sementara pelabur asing p**a mencatatkan penurunan dalam ADTV sebanyak -6.7 peratus minggu lalu," katanya.

08/07/2024

PLATFORM perbankan internet korporat AFFINMAX daripada Affin Bank Berhad memenangi Anugerah Bank Pengurusan Tunai Domestik Malaysia 2024.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kump**an Affin Bank Berhad, Datuk Wan Razly Abdullah berkata, pengiktirafan ini bukti komitmen berterusan bank berkenaan terhadap inovasi dan kecemerlangan dalam menyediakan penyelesaian pengurusan tunai yang terbaik.

"Anugerah berprestij itu mengiktiraf AFFINMAX atas peranannya yang penting dalam perkhidmatan perbankan borong.

"Platform ini menawarkan pelbagai penyelesaian yang komprehensif termasuk pengurusan tunai, pengurusan kecairan dan penyelesaian e-dagang seperti FX serta kiriman wang merentasi sempadan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Asian Banking And Finance Wholesale Banking Awards 2024 di Singapura, baru-baru ini.

Wan Razly Berkata, kejayaan ini selari dengan visi bank untuk muncul sebagai syarikat kewangan paling kreatif di Malaysia, seperti yang dipandu oleh tiga tonggak Pelan AFFIN Axelerate (AX28) iaitu perkhidmatan pelanggan yang tiada tandingan, kepemimpinan digital dan juga perbankan bertanggungjawab dengan impak.

Pada November tahun lalu, bank itu melancarkan aplikasi mudah alih AFFINMAX 2.0 yang memperkenalkan ciri-ciri baharu seperti modul transaksi dan MyCashier.

Sejak pelancarannya, aplikasi mudah alih itu mendapat sambutan yang luas di semua platform, termasuk iOS, Android, dan Huawei.

06/07/2024

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan peserta pasaran menunggu data senarai gaji bukan ladang AS yang akan dikeluarkan malam ini, kata penganalisis.

Pada jam 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7065/7110 berbanding dolar AS daripada 4.7080/7100 semasa ditutup pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr, Mohd Afzanizam Rashid, berkata data AS yang lebih lemah menunjukkan Rizab Persekutuan mungkin berhasrat memulakan kitaran pelonggaran monetarinya seawal September.

"Langkah ini bagi memastikan trajektori pertumbuhan akan kekal stabil," katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekump**an mata wang utama.

Mata wang tempatan merosot berbanding yen Jepun kepada 2.9286/9315 daripada 2.9195/9209 semasa ditutup pada Khamis, rendah berbanding euro kepada 5.0953/1001 daripada 5.0837/0859 semalam dan berkurangan berbanding pound Britain kepada 6.0182/0240 daripada 6.0022/0048 memandangkan Parti Buruh akan membentuk kerajaan United Kingdom yang seterusnya berikutan keputusan pilihan raya terkini.

Menurut laporan, Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak telah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ketua Parti Konservatif.

Ringgit juga ditutup rendah berbanding mata wang ASEAN.

Mata wang tempatan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 289.1/289.5 daripada 288.2/288.5 semasa ditutup pada Khamis, merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.4876/4912 daripada 3.4830/4848 semalam, lemah berbanding baht Thailand kepada 12.8646/8818 daripada 12.8483/8590 sebelumnya, dan susut berbanding peso Filipina kepada 8.04/8.05 daripada 8.03/8.04.

Pasaran akan ditutup pada Isnin, 8 Julai 2024, bersempena dengan cuti ganti Awal Muharam dan menyambung dagangan pada Selasa.

05/07/2024

Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) memperluaskan inisiatif kewangan inklusif demi menjana impak sosial menerusi pemasangan panel solar fotovoltan (PV) pada 21 bot nelayan B40 di Pengkalan Sungai Mersing, Johor.

Projek Sistem Tenaga Elektrik Solar Terasing, yang mengubah bot nelayan terbabit kepada Bot Eko-PV Pintar (Smart Eco-PV Boat), dijayakan dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Projek bernilai lebih RM100,000 itu dibiayai menerusi sumbangan awam kepada Sadaqa House yang merupakan pemacu kewangan sosial Bank Islam yang diiktiraf di peringkat global.

Usaha kelestarian ini dijangka mempertingkatkan keupayaan aktiviti perikanan, di samping memberi penjimatan kepada nelayan dan memelihara ekosistem alam sekitar, khususnya lautan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kump**an Bank Islam, Datuk Mohd Muazzam Mohamed berkata, projek ini memperlihatkan komitmen Bank Islam dalam mendukung matlamat Malaysia mencapai 40 peratus penggunaan tenaga boleh diperbaharui menjelang 2035 seperti dinyatakan dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

"Bot nelayan terbabit dilengkapi ciri mampan seperti peralatan elektrik cekap tenaga serta memanfaatkan sumber tenaga diperoleh menerusi pemasangan panel solar PV pada bahagian atas bot.

"Peralatan ini bukan sahaja meningkatkan keupayaan bot, tetapi juga mengurangkan kemungkinan pencemaran air dan bunyi serta pembebasan karbon, di samping memberikan penjimatan diesel anggaran RM150 sebulan kepada nelayan, sekali gus membantu meningkatkan aliran tunai bagi kesejahteraan hidup mereka," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, ini kali pertama Bank Islam bekerjasama dengan UTM, dan pemasangan panel solar turut dijayakan 13 institusi kemahiran dan pengajian tinggi di seluruh negara yang membabitkan 180 pelajar dan warga kerja.

"Projek di Mersing ini bermula pada Februari dan selesai pada 30 April lalu. Alhamdullilah, kami melihat hasil menggalakkan menerusi penyediaan kemudahan ini pada bot terbabit," katanya.

04/07/2024

Syarikat pengilang dan peniaga makanan laut beku, Ocean Fresh Bhd membuat penampilan sulung di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 86 sen, meningkat 58 sen atau premium 203.57 peratus berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 28 sen.

Pada loceng pembukaan, kaunter menyaksikan sebanyak 4.88 juta saham saling berpindah tangan.

Ocean Fresh terbabit dalam pemprosesan dan perdagangan produk makanan laut sejuk beku dan menyediakan perkhidmatan pemprosesan makanan laut sejuk beku kepada pelanggan di Malaysia, Turkiye, China, Thailand, Vietnam dan Jepun.

Pengarah Eksekutif Ocean Fresh, Teo Chee Han, dalam satu kenyataan berkata kump**an itu berhasrat menggunakan RM8 juta sebagai perbelanjaan modal untuk kemudahan simpanan sejuk baharu di Kuantan, Pahang.

Kump**an itu telah mengumpul kira-kira RM14 juta daripada pelaksanaan IPO.

Beliau berkata, kemudahan penyimpanan sejuk baharu itu akan membolehkan kump**an mengekalkan tahap inventori yang lebih tinggi, meningkatkan kapasiti penyimpanan maksimum bilik sejuk sedia ada daripada 1,700 tan kepada 4,700 tan.

"Ia dapat memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk produk kami selain meningkatkan eksport produk makanan laut sejuk beku Ocean Fresh ke pasaran antarabangsa khususnya China serta meneroka pemprosesan dan perdagangan produk makanan laut kering," katanya.

Chee Han berkata, Ocean Fresh telah berkembang menjadi pemproses dan peniaga makanan laut beku kukuh di Malaysia dengan rangkaian pembekal yang menyediakan makanan laut tempatan dan antarabangsa ditangkap dan diternak serta sebagai rangkaian pelanggan global.

Kemudahannya mempunyai kapasiti maksimum untuk memproses kira-kira 18,000 tan produk makanan laut beku setiap tahun.

03/07/2024

CIMB Group Holdings Bhd (CIMB) memasukkan dua sektor baharu iaitu minyak dan gas (O&G) dan hartanah ke dalam sasaran iklim 2030 ke arah sifar bersih menjelang 2050.

Dengan kemasukan dua portfolio itu yang menjadikan jumlah keseluruhan kepada enam portfolio, CIMB muncul bank Malaysia pertama yang melengkapkan sasaran nyahkarbon 2030 untuk sektor pelepasan tinggi.

CIMB menyasarkan pengurangan intensiti pelepasan bagi portfolio O&G dan hartanah masing-masing sebanyak 16 dan 34 peratus.

Sektor lain termasuk perlombongan arang batu haba, simen, minyak sawit dan kuasa.

Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Bank dan CIMB Malaysia, Gurdip Singh Sidhu, berkata penyempurnaan sasaran nyahkarbon 2030 CIMB menandakan satu pencapaian penting ke arah merealisasikan sasaran sifar bersih jangka panjang menjelang 2050.

Katanya, sasaran interim itu menunjukkan akauntabiliti dan komitmen CIMB untuk mendorong peralihan yang adil di seluruh ASEAN.

"Dengan menghuraikan matlamat jangka panjang kami ke atas pencapaian yang boleh diukur dan dilaksana, kami membuka jalan untuk kemajuan yang nyata.

"Di samping usaha kump**an dalam melaksanakan langkah proaktif untuk menangani risiko iklim dalam portfolio kami, serta menggalakkan amalan kewangan yang mampan, CIMB juga kekal komited untuk menyokong dan memperkasakan pelanggan kami dalam peralihan ke amalan perniagaan yang lebih mampan.

"Selain itu, rancangan nyahkarbon untuk sektor ini direka khas dengan teliti, sejajar dengan dasar kerajaan setiap negara. Ini menggambarkan dedikasi kami untuk memajukan objektif nasional di seluruh rantau di mana kami beroperasi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Meja Bulat Kemampanan CIMB 2024 di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Kelestarian Kump**an, Kump**an CIMB, Luanne Sieh.

Gurdip berkata, CIMB juga telah mengemas kini kertas putih yang diterbitkan sebelum ini, memperincikan rancangan nyahkarbon serta menggariskan laluan khusus sektor dan strategi segera secara teliti untuk kesemua enam sektor yang menyumbang kepada 60 peratus portfolio pembiayaan pelepasan bank itu setakat 2023.

Katanya, sasaran nyahkarbon itu ditetapkan berdasarkan Senario Pelepasan Sifar Bersih Agensi Tenaga Antarabangsa menjelang 2050 (IEA NZE) yang dipertingkatkan dengan cerapan daripada Senario Pembangunan Lestari Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA SDS), untuk merumuskan senario sifar bersih yang bersesuaian bagi konteks ASEAN.

"Pada masa sama, mulai 1 Januari 2025, CIMB juga akan menghentikan pembiayaan baharu khusus untuk penerokaan medan minyak huluan baharu yang diluluskan untuk pembangunan pasca 2021.

"Ini sejajar dengan IEA NZE, yang menyatakan bahawa di peringkat global, projek O&G baharu tidak diperlukan lagi selain daripada apa yang telah dilaksanakan setakat 2021, memandangkan aset semasa sudah memenuhi penawaran dan permintaan.

"Bagaimanapun, dengan mengiktiraf peranan penting gas asli sebagai bahan api peralihan yang diperlukan oleh ASEAN, CIMB akan terus menyokong inisiatif berkaitan gas asli.

"Ini amatlah penting terutamanya dalam mengurangkan kebergantungan terhadap arang batu dalam sektor tenaga dan memastikan sekuriti tenaga untuk memenuhi keperluan serta permintaan jangka pendek," katanya.

02/07/2024

Institusi tempatan muncul pembeli bersih saham di Bursa Malaysia pada Jun sebanyak RM310 juta selepas menjadi penjual bersih bernilai RM660 juta pada bulan sebelumnya, demikian menurut Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).

Sementara itu, ia berkata pelabur runcit tempatan yang menjadi penjual bersih di pasaran saham tempatan sejak Julai 2023 p**a mengurangkan penjualan bersih kepada hanya RM250 juta bulan lalu, berbanding RM830 juta yang dicatatkan pada Mei.

Pelabur asing p**a, katanya menjadi penjual bersih marginal saham tempatan bulan lalu sebanyak RM61 juta, selepas merekodkan pembelian bersih yang besar berjumlah RM1.49 bilion pada Mei, dengan kebanyakan penjualan itu berlaku pada separuh kedua Jun.

Bank pelaburan itu berkata, ini menjadikan penjualan bersih asing dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini berjumlah RM820 juta, jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan penjualan bersih sebanyak RM2.34 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.

"Pegangan saham asing hampir tidak berubah pada Jun berbanding 19.6 peratus setakat akhir Mei. Aktiviti perdagangan kekal memberangsangkan dengan purata nilai perdagangan harian (ADV) berada pada RM4.3 bilion.

"Penyertaan pelabur asing p**a berada pada 32.2 peratus, institusi tempatan (44.1 peratus) dan pelabur runcit (22.5 peratus)," katanya dalam satu nota penyelidikan.

Pada Jun, lima saham tempatan yang paling banyak dijual oleh pelabur asing dari segi nilai adalah Public Bank, Maybank, CIMB, YTL Power dan KL Kepong.

Manakala, lima saham yang paling banyak dibeli pelabur asing adalah Tenaga, Press Metal, MISC, VS Industry dan Inari.

Setakat tahun ini, saham yang paling banyak dijual oleh pelabur asing adalah Public Bank, KL Kepong, RHB Bank, CIMB dan Nestle, manakala pembelian terbesar adalah Tenaga, MISC, IJM, YTL Power dan Sime Darby.

Di rantau ASEAN, pelabur asing menjual bersih saham di Thailand sebanyak AS$950 juta, Vietnam (AS$100 juta) dan Indonesia RM90 juta).

Secara relatifnya, penjualan bersih asing saham tempatan pada Jun adalah yang paling kecil dalam kalangan negara serantau.

Setakat tahun ini, pelabur asing muncul penjual bersih di semua pasaran ASEAN iaitu Thailand (AS$3.23 bilion), Vietnam (AS$2.07 bilion), Filipina (RM530 juta), Indonesia (AS$430 juta) dan Malaysia (AS$170 juta).

MIDF Research berkata, pelabur asing membeli RM5.5 bilion boleh tempatan pada Mei, kenaikan bulanan paling tinggi sejak Julai 2023 apabila sentimen lebih baik terhadap Perbendaharaan AS menyokong aset risiko dan mata wang Asia.

Katanya, aliran masuk terkumpul dana asing dalam bon tempatan bertukar positif kepada RM1.5 bilion setakat tahun ini.

01/07/2024

Google said it has taken a stake in Taiwan's New Green Power and could buy up to 300 megawatts of renewable energy from the BlackRock fund-owned firm to help cut its carbon emissions and those of suppliers.

Companies are being pushed to cut greenhouse gas emissions linked to their operations and value chains by investors and Big Tech firms have been among the most ambitious in their targets.

Google aims to constantly run on carbon-free energy wherever it operates. Yet sector growth in demand for data-processing capacity to power artificial intelligence has seen emissions jump.

Taiwan, a major site for Google's cloud technology with a data centre and company offices, still relied on fossil fuels to generate nearly 85 per cent of its power, Amanda Peterson Corio, Google's Global Head of Data Center Energy told Reuters.

"The goal of this investment is really to support the build out of a large-scale solar pipeline in Taiwan," Corio added.

Regions such as Asia Pacific can be harder to decarbonise due to less developed infrastructure and restrictions limiting the ability of corporate users to buy green power.

New Green Power, owned by a fund managed by BlackRock's Climate Infrastructure business, was one of the leading solar developers and operators in Taiwan, BlackRock's Global Head of Climate Infrastructure David Giordano told Reuters.

Google and BlackRock both declined to specify the size of the equity stake being taken in NGP, but Corio said the investment was expected to drive the equity and debt financing for the build-out of its 1 gigawatt (GW) pipeline.

Taiwan is targeting 20 GW of solar capacity by 2025 and up to 80 GW by 2050, BlackRock said.

Corio said that as well as using some of the solar power it buys to drive its own operations, Google would also be able to offer some to its suppliers and manufacturers in the region.

Sharing with suppliers would help Google lower its so-called Scope 3 emissions, those tied to its value chain, she added.

22/06/2024

Digital Nasional Bhd (DNB) mengesahkan semua syarat terdahulu yang terkandung di bawah Perjanjian Langganan Saham (SSA) berjaya dipenuhi pada 20 Jun 2024.

Dalam satu kenyataan semalam, DNB berkata, ini merupakan pencapaian penting mengenai SSA dengan empat pengendali rangkaian mudah alih (MNO) di Malaysia iaitu CelcomDigi Bhd melalui Infranation Sdn Bhd, Maxis Broadband Sdn Bhd, U Mobile Sdn Bhd dan YTL Communications Sdn Bhd melalui YTL Power International Bhd.

"Dengan selesainya langkah penting ini, SSA ini dijangka lengkap pada akhir Jun 2024 untuk kesemua MNO, selain Telekom Malaysia Bhd (TM), untuk meningkatkan pegangan ekuitinya dalam DNB," katanya.

Pada 1 Disember 2023, DNB dan Menteri Kewangan (Diperbadankan) (M*F Inc) memeterai SSA dengan lima MNO, justeru membolehkan penyertaan MNO dalam DNB melalui pemilikan ekuiti.

Tarikh untuk TM pada 21 Ogos 2024 bagi mendapatkan kelulusan pemegang sahamnya, selaras dengan keperluan tadbir urusnya, kata DNB.

Menerusi terma SSA, MNO dijangka secara kolektif memperoleh 70 peratus pegangan ekuiti dalam DNB, dengan setiap MNO memegang 14 peratus kepentingan.

Kerajaan Malaysia, yang diwakili oleh M*F Inc, akan mengekalkan 30 peratus kepentingan dan Saham Khas dalam DNB untuk tempoh yang ditetapkan.

Memandangkan pihak yang terbabit dalam usaha melengkapkan SSA berkenaan, DNB kekal komited memacu inovasi teknologi dan memperluas perkhidmatan digital di seluruh negara, mendorong Malaysia lebih terhubung dan diperkasa secara digital.

Sementara itu, CelcomDigi Bhd bersedia memuktamadkan SSA dan memulakan proses membina rangkaian 5G kedua Malaysia.

Syarikat itu berkata, semua syarat terdahulu dalam SSA bersyarat yang dimeterainya dengan M*F Inc dan DNB dipenuhi.

Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi Datuk Idham Nawawi berkata, syarikat itu menyokong pelaksanaan model 5G secara dwi rangkaian.

"Kami akan bekerjasama rapat dengan kerajaan dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengenai pelan peralihan dwi rangkaian untuk rangkaian 5G kedua ke arah proses yang adil dan telus.

"Syarikat juga berharap hasilnya nanti mampu mengimbangi impak ekonomi dan pasaran secara saksama, memberi manfaat kepada kerajaan dan industri, dan yang paling penting memberi manfaat kepada pelanggan dan perniagaan Malaysia," katanya.

21/06/2024

Kerajaan mengulangi komitmen terhadap mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050 dan meningkatkan kapasiti tenaga boleh baharu dalam sistem pembekalan elektrik daripada 25 kepada 70 peratus, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata usaha itu disokong dengan memperkenalkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang mewujudkan laluan untuk campuran tenaga, pengurangan pelepasan gas rumah hijau (GHG) dan inisiatif peralihan tenaga.

Menurut Nik Nazmi bagi mencapai sasaran berkenaan, Malaysia memerlukan pengimbangan teliti trilema tenaga untuk memastikan tenaga yang lestari, selamat dan mampu milik untuk masa hadapan.

"Mesyuarat Majlis Tindakan Perubahan Iklim Negara (MTPIN) baru-baru ini bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Dekarbonisasi Kebangsaan, yang akan saya pengerusikan.

"Dianggotai oleh kerajaan negeri dan pihak berkepentingan lain, peranan jawatankuasa ini adalah untuk memastikan peralihan Malaysia kepada pembangunan rendah karbon adalah teratur dan menyeluruh.

"MTPIN turut bersetuju supaya pelbagai dasar seperti NETR disegerakan, selain Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dan Pelan Hala Tuju Ekonomi dan Teknologi Hidrogen (HETR)," katanya berucap pada Persidangan Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) Perbadanan Pembangunan Industri Sekuriti (SIDC) 2024 di sini semalam.

Persidangan berkenaan menekankan keperluan perpaduan global dalam mengutamakan pelaburan yang mampan untuk kesejahteraan manusia di tengah-tengah cabaran alam sekitar yang semakin meningkat.

Website