Viral Channel

Viral Channel

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Viral Channel, Health & Wellness Website, .

Photos from Viral Channel's post 23/12/2016

POSE MENARIK UNTUK BRIDESMAID BERSAMA PENGANTIN SEMASA PHOTOSHOOT.

jom cuba dan kongsikan dengan teman yang nak jadi bridesmaid kita :)

Photos from Viral Channel's post 22/12/2016

6 TEMPAT MAKAN BEST DI TERENGGANU YANG PATUT DIKUNJUNGI !

Musim cuti ni yang mana nak merancang ke Terengganu boleh laa share bersama tempat makan yang best ni.

1. Warung Pok Nong (Ikan Celup Tepung-ICT)
Jalan Pantai A1693, Kampung Mengabang Telipot

Di Terengganu juga, antara menu yang sering menjadi buruan pengunjung dari luar mahupun penduduk tempatan adalah ICT. ICT adalah Ikan Celup Tepung yang biasanya dicari oleh bukan sahaja orang-orang biasa tetapi juga para pemimpin politik, selebriti dan juga yang lain-lain.

Justeru itu, antara warung ikan celop tepung yang menjadi kegemaran ramai adalah Warung Pok Nong yang terletak betul-betul di tepi pantai Mengabang Telipot (sebelah pantai Teluk Ketapang).

Seperti namanya, sudah pasti menu utama di sini adalah ikan celop tepung dan juga makanan seafood celup tepung yang lain seperti udang, sotong malahan juga terdapat keropok lekor celup tepung. Konsep warung ini adalah layan diri di mana pelanggan boleh memilih sendiri apa saja seafood yang kita kehendaki.

Akan tetapi, perebutan juga kadangkala berlaku di mana siapa cepat dia dapat. Harga p**a dikenakan berdasarkan kuantiti makanan yang kita ambil. Kerangupan tepung dan perisanya amat sedap hingga menjadikan warung ini begitu pop**ar bersama sos yang amat sedap.

Minuman di sini juga tidak mengecewakan dengan ais kacang, ais jagung, air kelapa muda dan lain-lain. Semuanya boleh dipesan pada harga yang berpatutan. Memang terbaik Warung Pok Nong!

2. D’Ganu Cafe Steamboat
Gerai G1/G2 MBKT Duyung Food Court, Pulau Duyung, Kuala Terengganu

Bagi penggemar steamboat, anda boleh mencuba steamboat di restoran ini yang terletak di Pulau Duyung. Restoran ini terletak di tepi laut menjadikan pemandangannya sangat-sangat indah terutama pada waktu malam dengan angin laut yang amat mendamaikan.

Makanannya juga berada dalam kelas yang tersendiri dengan rasa yang amat sedap dan harga yang berpatutan. Restoran D’Ganu Cafe Steamboat ini menghidangkan pelbagai jenis makanan bermula daripada menu makanan laut, makanan barat malahan makanan tempatan yang mampu membuka selera sesiapa yang bertandang.

Akan tetapi, keistimewaan D’Ganu Cafe Steamboat adalah steamboat yang dianggap antara steamboat terbaik di Kuala Terengganu. Dihidangkan dengan pelbagai pilihan ayam, daging, sotong, udang, bebola makanan laut juga beberapa sayuran terpilih, ia pasti memukau selera apatah lagi dengan kuah sup tomyam yang sedap. Sos untuk pencecah bagi grill juga amat baik.

Anda boleh membawa keluarga untuk bersantai sambil menikmati steamboat terbaik di sini selain makanan lain yang tidak kurang hebatnya.

3. NR Seafood Village
Mengabang Telipot, Kuala Terengganu

Tempat keempat pilihan kali ini adalah NR Seafood Village yang dikatakan ramai sebagai antara restoran Western Food terbaik di Terengganu. Tidak hairanlah restoran ini pernah dipaparkan di dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan terbitan TV3 suatu ketika dulu. Suasana dan dekorasi Restoran NR Seafood Village ini sudah cukup menyerlahkan keunikannya kerana ia dibina daripada kayu dan berasaskan tumbuhan disekelilingnya. Sesuai benar dengan namanya sebagai “village”. Pa yang pasti, persekitarannya amat cantik dan mendamaikan.

Pilihan makanan di sini juga pelbagai. Seperti namanya, pastinya mereka menyajikan hidangan seafood yang sangat sedap malahan nasi gorengnya juga kaya dengan elemen seafood yang melimpah ruah. Namun, tempat ini disenaraikan adalah kerana makanan baratnya yang dianggap luar biasa dan sangat menyelerakan.

Terdapat begitu banyak sekali pilihan makanan barat selain makanan yang lain. Antara makanan barat pilihan yang sering menjadi pilihan adalah chicken chop yang dihidangkan dengan sedikit fries dan kuah yang amat sedap. Sekali mencuba, anda pasti tidak menyesal dan pasti akan kembali jika berkesempatan. Makanan barat yang lain seperti steak dan lain-lain juga tidak mengecewakan dengan harga yang amat berpatutan.

Untuk ‘dessert’, banana split adalah antara pilihan pop**ar di kalangan kaum wanita. Minumannya juga unik dengan nama-nama yang indah atau jiwang. Tempat NR Seafood Village ini sesuai untuk keluarga mahupun untuk pasangan yang berkasih.

4. Nasi Dagang Mak Ngah
Simpang Empat Chendering, Kuala Terengganu

Terengganu dan nasi dagang tidak mungkin dapat dipisahkan. Oleh itu, rasanya senarai ini tidak mungkin lengkap tanpa restoran nasi dagang. Nasi Dagang Mak Ngah ini dikatakan antara nasi dagang terbaik di Kuala Terengganu. Pernah menjadi buah mulut suatu ketika dulu kerana isu RM45 untuk kepala ikan tongkol, namun itu semua langsung tidak menjejaskan reputasi restoran ini malah penduduk setempat mengatakan bahawa isu tersebut sedikit sebanyak melonjakkan pop**ariti restoran ini.

Mungkin harganya sedikit mahal, tetapi amat berpatutan dengan kualiti makanannya yang amat baik. Nasi yang lembut dan lemak itu sangat sedap untuk dijamah panas-panas apatah lagi digandingkan dengan kuah lemak ikan tongkol yang amat sedap. Sekali pernah merasa nasi dagang di sini, pasti sukar untuk anda mencari pengganti. Oh Nasi Dagang Mak Ngah!

Dibuka pada sebelah pagi, nasi dagang di sini akan habis hanya dalam masa yang singkat. Bagi sesiapa yang mahu menikmati nasi dagang ini, anda perlulah hadir awal supaya anda tidak kecewa atau kempunan menikmati Nasi Dagang Mak Ngah yang terletak di Simpang Empat Chendering.

5.Restoren Lempeng

Terletak di Marang (jalan utama Kuala Terengganu - Kuantan melalui jalan pesisir pantai) kita mesti akan lalu di restoran ini.

Apa yang istimewa di sini tentulah lempeng. Namapun restoran lempeng kan? Lempeng atau pancake, bukan yang biasa kita buat atau makan kat mcD tu. Bahan asas iaitu tepung dicampung dengan isi kelapa (separa muda), santan, berserta sedikit gula dan garam, cicah sambal bilis. Pergh!!! Meleleh air liur weh!

Mak saya kata, kalau nak lagi sedap masa bancuh air bahan-bahan tadi gantikan air biasa dengan air kelapa. Rasa dan aroma lempeng lagi sedap!

Selain lempeng, boleh cuba ketupat sotong, nasi dagang, nasi minyak dan kalau order air jangan lupa cuba air tuak tau!

6. Restoran Mat Binjai
Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu

Penjelajahan mencari tempat makan terbaik di Kuala Terengganu dimulakan di Restoran Mat Binjai yang terletak di tengah bandar Kuala Terengganu iaitu di Jalan Sultan Sulaiman, Restoran ini menyediakan masakan tradisi Terengganu untuk makan tengahari.

Apa yang istimewa tentang Restoran Mat Binjai ini ialah ia menyediakan masakan berhidang yang disajikan ala makanan minang ataupun nasi padang. Masuk saja ke dalam restoran ini, pelayan akan menyajikan hidangan semua lauk-pauk yang ada di situ. Kita boleh memilih apa sahaja yang kita berkenan untuk dimakan.

Bayaran hanya dikenakan untuk makanan yang dimakan sahaja. Benar-benar seperti konsep nasi padang. Cuma perbezaannya adalah di restoran ini hidangannya adalah masakan tradisi Terengganu.

Di sini juga terdapat beberapa hidangan yang jarang untuk kita temui seperti telur penyu. Itu juga antara keistimewaan yang ada di Restoran Mat Binjai ini. Anda bolehlah mencuba keenakan makanan di sini jika berkunjung ke Kuala Terengganu.

Website