CR Afizan Ghazali
MENGGUNAKAN MASA, TENAGA, AKAL FIKIRAN, DAN HARTA UNTUK JALAN ALLAH S.W.T. DUNIA SEMENTARA, AKHIRAT SELEMANYA.
Ceramah Cabaran Modenisasi kepada Pelajar tingkatan 1-4 SMK Bukit Rangin (BRASS).
Perkembangan teknologi dan cabaran kepada pelajar dalam membina personaliti diri.
Orang dewasa pun tewas dengan gajet, apatah lagi anak2.
Tak boleh ubah semua, bagi kesedaran pun sudah cukup.
14 hari lagi akan tahu LULUS atau gagal.
Moga LULUS dengan cemerlang.
Tertanya2. Apa rahsia Allah nak tunjuk apabila Ismael Haniyeh mati di Iran. Jangan lalai....!
Hari pertama Team Building bersama Pengedaran Pahang Timur Sdn Bhd yang bertempat di Melaka.
Ada 2 hari lagi. Harap2 ada slot Asam Pedas....!
Kedudukan saf untuk solat bersama keluarga.
Kalau d masjid, selesai. sebab dah siap aturannya. hee
Ada orang cakap.
Yang kau terasa sangat dengan kenaikan harga diesel ni kenapa?
Kau bukan pengguna diesel pun. Naik kereta myvi buruk je pun. Takde kena mengena dengan Diesel.
Kau tak setuju ke kerajaan nak banteras subsidi kepada warga asing?
Kau tak setuju ke kerajaan nak sasarkan subsidi kepada yang layak sahaja?
Itu semua soalan dari kawan aku yang penyokong PHBN.
Saya cakap. betul dan setuju apa yang kau cakap semua tu.
Aku bukan bising sangat. Cuma aku nak luahkan kebimbangan sebagai rakyat.
Adakah aku sebagai rakyat tidak terlepas dengan kesan penarikan subsidi ini???
Jika kerajaan dapat jamin, tiada kesan kenaikan barang dan perkhidmatan selepas ini. Saya rasa, bukan saya sorang akan kembali memuji kerajaan. Seluruh rakyat akan puji dan syukur.
Tapi, sekuat2 janji Ahmad Maslan di hadapan kaca TV. Saya ulang, GST tidak akan menaikkan harga barang....!
Seberani Ahmad Maslan buat penegasan begitu pun. Akhirnya dicaci oleh Pembangkang pada masa itu (sekarang kerajaan).
Kita tunggu, sejauh mana benda ini akan memberi manfaat kepada rakyat.
Rakyat meluahkan kebimbangan itu biasa. Kerajaan cuba memelihara kebajikan itu luar biasa.
Pegang kemas dua ayat Allah sebagai panduan seorang guru
1. Sepanjang menjadi seorang guru, ayat 25 dan 26 surah al-Waqiah pegang kemas sebagai panduan ketika berhadapan dengan murid.
2. Ayat 25 Allah ceritakan pada kita bagaimana keadaan ahli syurga berkomunikasi sesama mereka...
Mereka tidak akan mendengar di dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada p**a yang mendatangkan dosa.
Berhadapan dengan murid, lidah adalah senjata paling tajam. Boleh mengasah permata menjadi berkilau, boleh juga membunuh karakter sehingga mati rasa untuk berjaya.
Ayat ini sering kita ulang-ulang kepada anak didik...Syurga dunia adalah majlis ilmu, di dalamnya tidak ada bahasa-bahasa yang sia-sia serta boleh mendatangkan dosa.
Melatih diri kita dan murid untuk mengucapkan perkara yang baik dan menyenangkan hati.
3. Ayat 26 p**a, Allah mengajar kita ucapan yang baik itu adalah motivasi yang boleh membina jiwa dan semangat orang yang mendengar.
Maka perbanyakkan kata-kata motivasi, dorongan, semangat agar pengajaran menjadi sangat tenang dan mudah, murid p**a menyerap ilmu dengan baik.
Yakin dengan ayat Allah..Bila kita kuat berpegang padaNya akan datang kemanisan dan minat yang mendalam dalam kerja yang kita buat.
Murid dengan sendiri mengikuti kebiasaan kita. Kelas menjadi terkawal dan mudah diuruskan.
Harapan yang paling tinggi...
Anak didik menjadi insan hebat, lebih dari kita segalanya 🤲
Credit : Aminah Mat Yusoff
Wahai Kerajaan Pusat (PH+UMNO) dan Kerajaan Negeri (PAS+Bersatu).
Jadilah Khalifah yang memerintah bumi dengan 2 cara ini:
1. Seru kepada KEBAIKAN.
2. Cegah kepada KEMUNGKARAN.
InsyaAllah, rezeki dan barokah akan dikurniakan oleh Allah dari bumi dan langit tidak disangka2.
Suhu panas meningkat, hujan yang sedikit, air sungai mengering, keperluan asas berkurang. Maksiat KTM & Terengganu diteruskan!!!
Coaching Kewangan kepada Owner Syarikat DD Plastic iaitu Datin Nor Faizah binti Aripshah.
Selama 1 hari sesi coaching ini berlangsung oleh En Deli Hashim.
Sebelum tutup majlis. Datin cakap "saya lantik Pahang Skills untuk Team Building staf DD Plastic, sila set tarikh".
Adus... Pening2.. Kayuh la lepas ni.
Isu-isu Psychological di tempat kerja.
Menikah Adalah ibadah paling Lama.
Akan hidup dgn sifat watak & akhlak Siapa yg Anda nikahi.
Apabila handle kursus 2hari berturut2 di bulan Ramadan.
Setiap hari bermula jam 9am - 6.00pm.
Setiap kali ada masa rehat / take five. Terus recharge energy.. Pejam mata sekejap.
Sedar2 azan maghrib. Peserta semua dah balik..haha
Kajian Puasa terhadap Mental, Emosi, Physical & Spritual (MEPS).
Anjuran Tabung Haji HQ. Penyertaan dari semua staf TH seluruh negeri.
Berat tajuk ni.
Peserta yg nak hadir pun "rasa berat" kepada diri ini.
Layan je la dulu. Mana tahu tahun depan naik nama g HAJI.
Tuan Haji Mohamad Afizan Ghazali.... Amin.
Tahun 2024.. Tahun ni keras...
Dalam kepala dah set. Banyak kena Outstation.
Dah pesan siap2 ke Syuha da Azhar, tahun ni kena korban sikit. Sebab saya banyak negeri nak round negeri.
Jadual pun ada yang last minute. Inilah perjalanan kerjaya.
Kita kerja sebagai kuli, follow arahan lebih baik dari menentang.
Usaha setakat mampu. Bagi setakat ada. Buat setakat boleh. Putuskan urat malu. Bantu kepada yang mahu.
Selebihnya, niat kerja kerana ibadah (Allah). Mencari rezeki halal untuk nafkah keluarga.
Moga setiap hari pahala mengalir, dosa diampunkan dan darjat diangkat.
Tahun 2024 juga permulaan sifar air bergula!!!
Dalam pada itu, tiga negeri yang mencatatkan peningkatan tertinggi bilangan perceraian pasangan Islam iaitu Kedah (113.6 peratus), Sabah (94.5 peratus) dan Perlis (83.5 peratus), manakala bagi bukan Islam di Putrajaya (500 peratus), diikuti Johor (61.5 peratus) dan Melaka (59.0 peratus).
Komitmen esok..
Harap malam ni tidur lena. Supaya mata tak bengkak dan hidung tak berair esok. Suara clear.
Moga Allah permudahkan segala urusan.
Sebulan yang lepas. Tiba2 otak berfikir. Hati teringat kepada staf Pahang Skills yang sudi jadi panel temuduga.
Ada 24 orang semua panel temuduga yang sudi bantu team saya buat kerja tahun ini. Setiap sabtu dan ahad, mereka korban cuti, gilir2 jadual untuk bekerja. Tak la berat sangat team kami nak kena kerja tiap2 hari, bila ramai sudi bantu.
Dalam hati berbicara.
Nak bagi apa penghargaan kepada semua ini. Bukan upah, tapi penghargaan.
Kira2 bajet. Haaa.. Boleh la kita belanja makan tengah hari. Wasap boss, boss kata LULUS.
Ok, set tarikh dan menu. Buat jemputan semua.
Alhamdulillah. Hari ini jamu mereka makan tengah hari. Bajet kecik je. Tp takpe la. Sekurang2nya mereka rasa dihargai. Tahun depan mereka nak bantu lagi!!!
Kadang2, staf2 ni. Bukan mereka nak berkira sangat. Tp effort kita berterima kasih kepada mereka. Sudah cukup membuatkan mereka bersemangat untuk bersama2 lagi pada masa akan datang.
Begitulah juga dalam rumah tangga.
Kena hargai pasangan, barulah pasangan tidak berkira dan semangat bantu kita.
InsyaAllah, saya sedang bina keluarga dan menghargai keluarga saya.
Perkara pertama nak buat. Nak mula dengan ringan mulut, ucap terima kasih dan minta maaf.
Terima kasih isteriku Syuha da Azhar bantu jaga anak2. Jaga rumah tangga dengan ikhlas.
Minta maaf atas kekurangan atau pengabaian tanggungjawab sebagai suami.
Ceramah SAR KAFA Balok Pantai, Kuantan
Terima kasih ustaz Azizi Azizi sudi jemput hadir.
Ceramah Motivasi SAR KAFA, Felda Neram.
Motivasi Pecutan Akhir SMK Bukit Sagu.
Ceramah Motivasi SMART Kuantan.
Terima kasih Tuan Hj Pengetua Mohammad Che Ibrahim atas jemputan.
Ceramah Motivasi SMK Alor Akar.
Pecutan Akhir SPM.
Moga dapat hidayah, lepas kena tazkirah sentap pasal kiamat.
Dari kuantan ke Bangi membawa hajat besar.
Memohon restu dan sokongan daripada guru2 untuk membantu ummah di Pantai Timur.
Tahun 2023-2024 fokus bantu masyarakat Pahang.
Tahun 2025 ke atas luaskan jajahan kepada Terengganu dan Kelantan (Pantai Timur).
Semangat yang membara membawa balik ke bumi Pahang.
Terapi Berhenti Merokok.
Tadi dalam kereta odw kerja.
Wife saya cerita isu semasa. Saya respon : Belum Teega, baru Dua.
Ceramah Motivasi di Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang Beserah.
Pelajar2 tingkatan 1 hingga tingkatan 3.
Terima kasih tuan kaunselor hebat Mohd Hasra Ibrahim sudi jemput untuk kali kedua.
Salah satu sekolah anak saya minat nak masuk belajar nanti. Ali Talhah. Sekarang baru darjah 1. Tunggu 6tahun lagi akan ke sini. InsyaAllah. Moga dipermudahkan urusan oleh Allah.
Ceramah Motivasi kepada pelajar2 calon SPM, PERHATI Daerah Kuantan.
Terima kasih atas jemputan. Ceramah dalam hotel dan aircond, view tepi sungai Kuantan di musim cuaca hujan.
Terbaik.
Lepas solat isyak. Perut berbunyi, rasa lapar.
Saya dan Maryam singgah di kedai runcit.
Segera tindakan saya, perkara paling mudah nak masak, malas nak pikir lebih.
Saya terus menuju ke bahagian MAGGI. Saya ambil maggi satu pek dan terus ke kaunter.
Maryam terkejar2 ikut belakang saya.
Di kaunter, saya keluarkan duit RM10 dan hulur pada cashier.
Masa tunggu duit baki. Saya bunyi suara tepi saya. Saya tengok ke bawah sikit, Maryam berdiri tepi saya.
Mulutnya bergerak, muncung2 gtu. Cakap sesuatu. Tapi suaranya tak kuat, tak jelas.
Saya tanya dia. Apa dia? Saya tak faham.
Dia ulang2 lagi, mulut bergerak makin kuat. Tapi suaranya masih slow dan saya tak faham. 3 4 kli saya suruh dia ulang kuat sikit, tapi saya tak berjaya faham apa yg dia nak sampaikan.
Tiba2 cashier hulurkan baki. saya ambil dan terus keluar dari kedai. Maryam ikut belakang saya.
Masa nak naik motor, Maryam cakap. MAGGI ni tak boleh beli. Is Ra il.
Saya cakap ke dia. Adus.. Sorry, lupa.. Kenapa kakak tak cakap tadi?
Maryam balas, tadi masa kat kaunter, kakak bagitahu yang ni la. Mulut kakak bergerak2 tu. Kakak sebut "Is Ra iL. Bo i kot"...
Saya respon.. OOOOOO... Muncung mulut saya p**a lebih kali ni.
Anak2 ni, otak macam span. Cepat dia menyerap apa yang dia dengar dan lihat.
Terima kasih pihak sekolah kerana mendidik anak2 kami dengan baik supaya tanam perasaan cinta pada saudara kami dan benci pada musuh Islam.
Sekolah Rendah Islam Ibnu Abbas (SeRIA).
Ceramah Motivasi kepada Calon2 SPM SMK Air Putih Kemaman.
Terima kasih Kekanda Afza atas kesudian menjemput hamba.
Moga bermanfaat dan boleh bincang lagi kerjasama akan datang..