PKR Cabang PEKAN

PKR Cabang PEKAN

lawan tetap lawan

Photos from PKR Cabang PEKAN's post 25/08/2023
25/08/2023
08/08/2023

Berita baik buat pesawah padi!

Mulai esok, subsidi harga padi dinaikkan daripada RM360 kepada RM500 per metrik tan.

Ini kenaikan terbesar dalam sejarah. Kali terakhir dinaikkan pada 25 tahun lepas, juga semasa YAB Dato' Seri Anwar sebagai Menteri Kewangan.

02/12/2022

Tahniah, selamat menjalankan tugas kalian YB-YB.

Bukan main kem sebelah sana marah-marah kabinet baharu Anwar Ibrahim, alasannya hanyalah kerana satu posisi jawatan Timbalan Perdana Menteri diisi oleh 'kluster mahkamah'. Mujur 1 jawatan ni sahaja disandang 'kluster mahkamah'. Lagi 96.4% masih berstatus 'bersih'.

Baik, apabila aku soalkan kepada kem sebelah sana, kerajaan yang terbina atas restu Yang Dipertuan Agong & Majlis Raja-raja ni adalah gabungan 3 koalisi utama PH + BN + GPS & dukungan GRS + Warisan. Kalau dah BN mahukan ketua utama mereka sebagai TPM, apa nak dikata ? Tak setuju, ditariknya semula sokongan & kerajaan kembali tak stabil serta huru-hara.

YDPA pernah nasihatkan Muhyiddin Yassin untuk bentuk & sertai kerajaan perpaduan, tapi apa respon PM8 ni ? Dia TIDAK SETUJU. Maka, naiklah pakatan-pakatan parti YANG BERSETUJU.

Kalau kem sebelah sana tak mahu Zahid Hamidi jadi TPM, dari awal kenapa tak sertai & sahut seruan Agong agar kerjasama PH + PN pasca PRU15 dulu ? DSAI cakap, dia SETUJU untuk wujudkan kerajaan perpaduan, siap pelawa PN untuk sertai kerajaan, tapi ditolak mentah-mentah, kononnya sebab ada DAP ( ye lah kalau dah 'berbaik' dengan DAP, habislah modal nak mainkan isu kaum & agama PRU16 nanti, kan ?).

Dan soalan yang terbesarnya, jika BN setuju sokong Muhyiddin Yassin jadi PM tempoh hari & BN tetap calonkan Zahid sebagai pengisi utama jawatan TPM, tentu & pasti fenomena sama barisan kabinet BN + PN akan letakkan Zahid sebagai TPM, atas alasan sama untuk capai 'kestabilan' sokongan atas pembentukan kerajaan semasa.

Pokok pangkalnya, DSAI punca kuasa terbesar & utama, diharap tegas tidak mencampuri urusan mahkamah walaupun Zahid Hamidi dalam jemaah kabinet. Bebaskan Institusi Kehakiman & reform badan penting ini daripada gangguan politikus buas.

Semoga Allah lindungi & rahmati bumi Malaysia, amiin.

24/11/2022

Alhamdulillah..
Kepada Allah SWT kami memohon kesejahteraan dan kesyukuran kerana dgn limpah dan kurniaNya apa yang telah ditakdirkan kejayaan sebuah perjuangan rakyat utk Keadilan.
Allahuakbar!!!

Photos from PKR Cabang PEKAN's post 18/11/2022

Gelombang PRU 15
Jom undi Pakatan Harapan!!!
DSAI PM 10

Videos (show all)

Website