Pembina Muallim
PEMBINA MUALLIM menawarkan 3 pakej menarik, Tarbiah, Rekreasi, Media
NANTIKAN PROGRAM BELIAWANIS PEMBINA MUALLIM SEMPENA AWAL TAHUN BARU INI🇵🇸
PERLANTIKAN JAWATANKUASA PEMBINA DI UPSI
Semasa berlangsung Program MEET & GREET PEMBINA MUALLIM, telah diadakan juga sesi perlantikkan jawatankuasa Pembina di UPSI bagi menyemarakkan semangat aktivisme dikalangan ahli Pembina di UPSI.
Berikut merupakan senarai jawatankuasa yang telah dilantik dan dipersetujui oleh ahli :
Presiden :
Mohammad Nazri bin Munjong
Timbalan Presiden :
Muhammad Noh bin Rozali
Ketua Beliawanis :
Nazatul Najwa binti Rossimy
Setiausaha :
Syifa Aqila binti Abdul Rahman
Bendahari :
Syarifah Zahra Asyikin binti Syed Ahmad
JK Aktivisme :
Muhammad Safiy Haziq bin Nor Ashikin
Nurzuliana Atiqah binti Mohd Gani
JK Media :
Nurul Balqis binti Zamzuri Arifin
Pada 30 November 2023 yang lepas telah berlangsung satu program iaitu MEET & GREET PEMBINA MUALLIM bersama dengan ahli Pembina di UPSI. Program ini dilaksanakan bertujuan mendorong semangat kepimpinan dan motivasi kepada ahli Pembina di UPSI untuk melaksanakan misi dan aktiviti-aktiviti PEMBINA dengan lebih aktif dan berterusan pada masa hadapan.
Majlis ini telah dimulakan dengan perasmian oleh YBrs. Ts. Dr. Hj. Nazre Bin Abdul Rashid Pensyarah UPSI merangkap Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi UPSI.Majlis juga diserikan dengan taujihat dan motivasi oleh Dr Noorazlan Bin Abd Azis yang juga merupakan mantan Pengerusi Pembina Muallim.
Pada akhir majlis, Pengarah program iaitu Puan Nur Syahidah Binti Azizan telah memberikan beberapa resolusi kepada para peserta yang hadir supaya terus melaksanakan program dan beraktivisme.
PENGHARGAAN| Aktif dalam dakwah dan tarbiyah bukanlah penghalang untuk berjaya dalam akademik.
PEMBINA Muallim ingin mengucapkan sekalung tahniah dan penghargaan kepada 2 orang aktivis yang telah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan Pendidikan dalam Istiadat Konvokesyen UPSI ke-25 di Dewan Tunku Canselor, UPSI pada hari ini.
-Muhammad Irfan Firdaus bin Zakaria
-Mohamad Afiq bin Jaafar
Semoga perjalanan mereka seterusnya dipermudahkan dan istiqamah memberi khidmat kepada masyarakat, agama dan negara.
BERITA| Alhamdulillah, telah berlangsungnya Riadhah Badminton bertemakan "Smash Israel" sebagai solidariti bersama Palestin pada hari Ahad, bertarikh 19/11/2023 di Elite Badminton and Futsal, Tanjung Malim.
Program kali ini memberi fokus kepada penjagaan kesihatan melalui riadah badminton serta pendedahan berkenaan dengan isu yang berlaku di Palestin.
Sepanjang perkongsian bersama Ustazah Nurdiana, JK PSM PEMBINA Muallim, peserta menunjukkan reaksi yang teruja dan tertanya-tanya berkenaan dengan isu ini.
Hakikatnya isu Palestin bukanlah isu kemanusiaan semata-mata, malah lebih daripada itu. Tegasnya, isu ini adalah isu agama dan akidah umat islam.
Diharapkan agar mahasiswa di luar sana, peka dengan segala isu yang berlaku bukan sahaja di dalam negara, malah di dunia.
Solidariti Bersama Palestin!
Smash Israel! 🏸
Apa yang berlaku pada saudara kita di Palestin, menjadikan kita turut berdukacita atas ujian mereka. Oleh itu, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Muallim akan menganjurkan Smash Israel pada ketetapan dibawah: -
🗓 Tarikh: 19 November 2023 (Ahad)
⏰ Masa: 9.00 am - 12.00 pm
📍 Tempat: Elite Futsal & Badminton, Tg. Malim
📌 Penyertaan hanya dibuka untuk MUSLIMAT sahaja 🧕
📌 E-sijil penyertaan disediakan kepada peserta
📌 Peserta digalakkan untuk membawa raket sendiri
📌 Yuran penyertaan dikenakan kepada peserta mengikut ketetapan berikut: -
Ahli PEMBINA: RM3.00
Bukan ahli PEMBINA: RM5.00
Daftar segera: https://forms.gle/M3X3mfmdY4yvQSkD6
Sebarang pertanyaan, sila hubungi: -
📲 Zuliana - http://www.wasap.my/601118908596/SmashIsrael
🐴🔖*PROGRAM RIDING HORSE WITH CONFIDENT*🐴🔖
Alhamdulillah dengan izin Allah, Team Pembina Muallim berjaya melaksanakan program Riding Horse With Confident pada hari Sabtu , 21 Oktober 2023.
Program ini tidak lain tidak bukan dilaksanakan bagi mengingatkan kita kembali mengenai sunnah Rasulullah di samping mengeratkan ukhwah sesama muslim serta mencerdaskan mental dan fizikal. Ibrah yang kita perolehi sepanjang program perlulah kita sematkan dalam jiwa sebagai seorang mukmin, antaranya :
🔖 *Membentuk akhlak dalam diri*
Membantu individu yang memiliki masalah mental dan emosi, membina konsentrasi, sabar, dan berdisiplin tinggi serta membentuk kerjasama dan ikatan emosi antara kuda dan penunggangnya juga membantu mengatasi rasa ketakutan .
🔖 *Menguatkan fizikal seseorang individu*
Aktiviti menunggang kuda mampu merangsang dan menguatkan otot, mengimbangi diri, serta memperbaiki kebolehan otot seluruh badan untuk bergerak.
🔖 Setiap perkara yang disarankan oleh Rasulullah S.A.W pasti ada hikmahnya kerana baginda lebih mengetahui tentang apa yang akan berlaku di kemudian hari.
🔖 Setiap perbuatan kita biarlah menjadi ibadah termasuk beriadah dan bersukan agar mendapat ganjaran pahala di sisi Allah S.W.T.
قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحْبِبْكُمُ ٱللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌۭ رَّحِيمٌۭ
_" Katakanlah, jika kamu (benar-benar) mencintai Allah , maka ikutilah (sunnah/petunjuk)ku nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."_
[Al-Imran:31]
Semoga kita dapat hidupkan sunnah Rasulullah SAW sehingga ke hujung hayat kita , InshaAllah .
Pendaftaran sebagai ahli baru Pembina Muallim kini dibuka❗❗❗
Anda mahu aktiviti luar?🤩
Anda mahu perkongsian santai?🤓
Anda mahu ikut serta program kerohanian?😊
Dan pelbagai lagi aktiviti menarik menanti anda❗❗❗
Jom daftar sebagai ahli Pembina Muallim.
Pendaftaran percuma sehingga 31/10/2023❗❗❗
Pautan pendaftaran:
http://cutt.ly/jomsertaiPembina
RIDING HORSE WITH CONFIDENT!
﷽
Assalamualaikum wbt.
Ada masa kosong cuti ni? Teringin program yang lasak2 tapi dengan banat banat jee?🫣
MashaAllah sahabat-sahabat , Team Pembina datang lagi membawa program yang menarik iaitu Aktiviti Berkuda😆 ! Seronoknya ! InshaAllah program yang kami anjurkan kali ini sangatlah menarik bagi mengukuhkan lagi silaturahim sesama kita 🤩💗
" Hah? Pembina ? Apa tu Pembina ? tak pernahh dengarr punn "
Haaa , jangan fikir lama2, kalau nak tahu , meh la ikut program kali ni , best tau 😆 !!
Ayuhh! Terus daftar di link dibawah👇🏻
https://forms.gle/hcNXQJSZXTxUBRX59
✉️Sebarang persoalan , sila hubungi
🧕🏼 _Nik Masilah Aliah Binti Nik Ab Rahim [ Setiausaha ]_
http://Wa.me/+601120603413
"Saya dah lupa hukum tajwid yang ada dalam Al-quran. Macam mana ya? 😭"
@
"Bacaan alquran saya tidak lancar. Macam mana saya nak tingkatkan lagi kualiti bacaan Al-quran saya? 😞"
Haaa... Anda ada masalah seperti di atas? Berita baik untuk *Muslimah* di luar sana yang ingin mengulangkaji hukum tajwid dan meningkatkan kualiti bacaan Al-quran, *Mari Belajar Tajwid Siri Kedua!* 😍.
📌 Butiran adalah seperti berikut:-
*Tarikh: 13 Oktober 2023 (Jumaat)*
*Masa: 8.30 pm - 9.30 pm*
*Tempat: Google Meet*
Daftar segera: https://forms.gle/M51cm4xXzRJ39feu7
☎️ Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Nisa': www.wasap.my/60125065829/Mari_Belajar_Tajwid_2
"Saya dah lupa hukum tajwid yang ada dalam Al-quran. Macam mana ya? 😭"
@
"Bacaan alquran saya tidak lancar. Macam mana saya nak tingkatkan lagi kualiti bacaan Al-quran saya? 😞"
Haaa... Anda ada masalah seperti di atas? Berita baik untuk *Muslimah* di luar sana yang ingin mengulangkaji hukum tajwid dan meningkatkan kualiti bacaan Al-quran, *Mari Belajar Tajwid Siri Kedua!* 😍.
📌 Butiran adalah seperti berikut:-
*Tarikh: 29 September 2023 (Jumaat)*
*Masa: 8.30 pm - 9.30 pm*
*Tempat: Google Meet*
Daftar segera: https://forms.gle/M51cm4xXzRJ39feu7
☎️ Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Nisa': www.wasap.my/60125065829/Mari_Belajar_Tajwid_2
Hadis 2 menerangkan tentang islam, iman, ihsan dan qiamat.
Berikut adalah ringkasan sahaja. Bacaan penuh boleh rujuk kepada sumber yang lain.
Tahniah diucapkan kepada pelajar - pelajar UPSI yang telah berjaya mengharungi peperiksaan lepas.
Ramai yang beroleh keputusan yang memberangsangkan. Semoga ini menjadi titik tolak kepada kejayaan yang lebih besar lagi pada masa akan datang.
Semoga dengan kejayaan ini juga memberikan suntikan semangat kepada pelajar dalam mengharungi kehidupan dalam beroleh ilmu pengetahuan dan tidak mudah putus asa dengan cabaran yang mendatang.
Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah para ulama (orang-orang yang berilmu). – (Q.S Fathir: 28)
“Barang siapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah memudahkan untuknya jalan menuju surga.” (HR Bukhari dan Muslim).
Pendaftaran ahli Pembina Muallim:
http://bit.ly/jomsertaiPEMBINA
𝑻𝑨𝑯𝑵𝑰𝑨𝑯 & 𝑺𝑬𝑳𝑨𝑴𝑨𝑻 𝑫𝑨𝑻𝑨𝑵𝑮
PEMBINA Malaysia ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada adik-adik lepasan spm, stpm, matrikulasi dan diploma atas keputusan UPU yang diperolehi pada harini.
Selamat datang ke Universiti untuk menyambung pengajian yang lebih tinggi.
Di mana pun universiti yang anda dapat, terima lah dengan hati yang terbuka. Sesungguhnya, itulah yang terbaik untuk anda semua
Jangan lepaskan peluang keemasan ini, carilah pengalaman sebanyak-banyaknya dan berusahalah bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.
Dirikan Negara Beracuan Sendiri, Langkah Menuju Malaysia Kuat, Maju & Berdaulat
Negara ini negara beridentiti. Ia juga terbina daripada hasil perjuangan pejuang terdahulu yang berjuang mempertahankan identiti yang telah lama menjadi asas kepada pembentukan negara Malaysia iaitu identiti Kebangsaan Melayu dan Islam sebagai tunjang. Identiti ini akan terus menjadi asas perjuangan dan dipertahankan bagi diwarisi kepada generasi akan datang.
66 tahun kemerdekaan seharusnya menjadi alasan kukuh untuk kita bebas merancang pembangunan dan hala tuju negara mengikut acuan kita sendiri serta jauh dari pengaruh penjajah. Jika disandarkan umur tersebut dengan umur manusia, ia seharusnya telah menjadikan manusia itu sebagai insan yang penuh pengalaman, penuh hikmah dan matang dalam menentukan keputusan hidupnya sendiri. Begitu juga dengan sesebuah negara, negara yang telah mencapai 66 tahun kemerdekaan seharusnya perlu menjadi negara yang bebas 100 peratus untuk merancang pembangunan negara secara mandiri bahkan mampu dijadikan contoh kepada negara-negara lain yang lebih muda darinya.
Dengan kesedaran itu, ini masanya untuk kita perlu mengambil tindakan berani untuk merombak semula sistem-sistem tinggalan penjajah yang masih digunakan hari ini dengan menukarnya menggunakan sistem mengikut kerangka acuan kita sendiri. Kita tidak boleh terus bergantung kepada model-model luar yang sememangnya tidak sesuai dengan realiti dan keperluan kita. Kita perlu berani menentukan hala tuju dan visi kita sendiri sebagai sebuah negara yang berdaulat.
Kita perlu melihat semula sistem pendidikan, sistem perundangan, sistem pentadbiran, sistem ekonomi, sistem sosial dan sistem politik kita dengan memastikan bahawa sistem-sistem itu terbina daripada kerangka kita sendiri dan dapat memenuhi aspirasi dan kepentingan nasional.
Malaysia perlu berubah menuju ke arah sebuah negara yang kuat, maju dan berdaulat. Kita perlu meningkatkan kemampuan kita dalam bidang-bidang strategik seperti sains, teknologi, industri, pertahanan, sosial, ekonomi dan politik. Kita perlu menunjukkan bahawa kita mampu bersaing dengan negara-negara lain di pentas dunia khususnya di rantau ini.
IFTAR AKHWAT PEMBINA MUALLIM DI DARUL QURAN
_______________________________________________________________________
Pada 17 Ogos 2023 yang lepas Akhwat Pembina di Darul Quran telah mengadakan Program Iftar Mahabbah bersama Mahasiswi di sana.Program ini telah disertai lebih kurang 20 orang mahasiswi.Program dimulai dengan Tazkirah oleh Pengarah Program Saudari Nik Masilah yang berkisar tentang mahasiswi dan perubahan.Program kemudian diakhiri dengan Iftar berama-ramai bagi mengeratkan ukhwah sesama mahasiswi yang hadir.
Pembina komited dalam melakukan program dan aktiviti yang boleh mengembangkan potensi diri dan menekankan aspek tarbiah bagi menguatkan hubungan dengan Allah.
"Saya dah lupa hukum tajwid yang ada dalam Al-quran. Macam mana ya? 😭"
@
"Bacaan alquran saya tidak lancar. Macam mana saya nak tingkatkan lagi kualiti bacaan Al-quran saya? 😞"
Haaa... Anda ada masalah seperti di atas? Berita baik untuk *Muslimah* di luar sana yang ingin mengulangkaji hukum tajwid dan meningkatkan kualiti bacaan Al-quran, *Mari Belajar Tajwid!* 😍.
📌 Butiran adalah seperti berikut:-
*Tarikh: 20 Ogos 2023 (Ahad)*
*Masa: 8.30 pm - 9.30 pm*
*Tempat: Google Meet*
Daftar segera : https://forms.gle/FMZZF45nCHqdA1No9
☎️ Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Nisa': www.wasap.my/60125065829/Mari_Belajar_Tajwid
PEMBERIAN SET ALAT TULIS DARI PEMBINA MUALLIM
Pemberian set alat tulis kepada pelajar Diploma di UPSI diharapkan dapat menyuntik semangat pelajar untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir semester. Pemberian kit tersebut telah berlangsung pada hari Isnin bersamaan 31 Julai 2023 bertempat di Kafe Kolej Harun Aminurrashid, UPSI.
Kit Peperiksaan yang mengandungi pensil, pen, pita pembetulan dan pemadam diberikan secara percuma kepada 100 pelajar Diploma di UPSI.
Didoakan semoga pelajar-pelajar yang sedang menghadapi peperiksaan akhir semester dilapangkan dada, diberikan ketenangan, dikurniakan ingatan yang baik untuk menjawab soalan-soalan dalam peperiksaan.
Kami ambil peluang mensyukuri nikmat alam yang Allah Berikan.
Rasa tenang sekejap. Masalah tetap masalah. Tak semua masalah itu masalah. Kadang cuma anggapan. Tak semua masalah kena fikir sekarang. Tak semua masalah kena selesai sekarang. Tapi bagilah peluang untuk 'healing' sekejap. Dunia terlalu sibuk dan pantas.
Pelajar ke, pekerja ke, ambillah peluang untuk muhasabah. Ambillah peluang untuk tenangkan diri sekejap.
Sempat berbual. Mereka yang duduk dibandar mungkin mensyukuri nikmat alam. Ada yang mengiyakannya.
Begitulah.
-Khalidah Roslan-
Pengarah Program Tadabbur Alam: Hiking x Healing
Jom sertai kami untuk program yang menarik. Anda juga boleh dapat harga diskaun untuk setiap program. 😀
Pautan pendaftaran ahli Pembina Muallim:
http://cutt.ly/jomsertaiPembina
AKTIVIS PEMBINA MUALLIM BERJAYA MENAMATKAN PENGAJIAN DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN DAN AL-QIRAAT DARUL QURAN JAKIM
PEMBINA Muallim ingin mengucapkan tahniah kepada aktivis PEMBINA di Darul Quran kerana berjaya menamatkan pengajian Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat JAKIM sempena Majlis Istiadat Konvokesyen Darul Quran JAKIM Kali Ke-31 pada hari Khamis, bertarikh 27 Julai 2023 bertempat di Dewan Muktamar Darul Quran JAKIM.
Semoga kejayaan yang dikecapi dapat dimanfaatkan buat ummah. PEMBINA Muallim juga mengucapkan selamat meneruskan perjalanan ilmu ke bumi anbiya' serta institusi pengajian tinggi dalam negara.
1. Saudara Nu'man Basyir bin Mohd Noor Azib (Syukbah Syariah)
2. Saudara Umar al Faruq bin Zulkifli (Syukbah Syariah)
3. Saudara Zaid bin Mohd Zulkifli (Syukbah Qiraat)
4. Saudara Muhammad Husaini bin Mazlan (Syukbah Qiraat)
5. Saudari Siti Hajar binti Mohd Raffee (Syukbah Qiraat)
6. Saudari Ainatul Nadhirah bt Deraman (Syukbah Syariah)
7. Saudari Affaf Rusydeena binti Abdull Aziz (Syukbah Qiraat)
8. Saudari Farah Ayuni binti Rusli (Syukbah Pengurusan Halal)
9. Saudari Ainura Murfiqah binti Khairuddin (Syukbah Dakwah)
10. Saudari Nur Aliah Fadhilah binti Mohd Halid (Syukbah Syariah)
Anda mahukan aktiviti luar yang menarik? 🤩 Berita baik untuk Siswi di luar sana.
Kali ni, Pembina Muallim bawakan Hiking X Healing untuk anda. Wow 🥳🥳🥳
Tiada makanan dan pengangkutan? ☹ Jangan risau, makanan dan pengangkutan akan sediakan untuk anda. 😀
🎯TARIKH :
29 Julai 2023 (Sabtu)
🎯MASA :
7.30 pagi - 12.00 tengahari
🎯TEMPAT :
Sg. Bil, Behrang Ulu,
Tanjong Malim, Perak.
🎯Hubungi kami :
017-7160218 (Sis Naza)
Hanya RM5 seorang sahaja (ahli Pembina)
Pautan pendaftaran ahli Pembina Muallim:
http://cutt.ly/jomsertaiPembina
Pautan pendaftaran program:
https://forms.gle/FvJHthr4AdeEpSLx9
Sebarang pertanyaan sila hubungi nombor dibawah:
📞 Sis Naza - www.wasap.my/60177160218/daftarprogramSg.Bil
AHLAN WASAHLAN diucapkan kepada semua pelajar baru Program Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat Darul Quran sesi 2023/2026.
Semoga dapat memulakan perjalanan baharu sebagai hamalatul Quran yang bermanfaat untuk ummah.
Tekadlah azam dan tuntutlah ilmu dengan sebaiknya.
SALAM AIDILADHA 1444H
Saat berderai jatuh titisan air mata suci Ibrahim, melihatkan keteguhan iman anaknya Ismail, dikala itulah bermulanya sejarah agung erti sebuah pengorbanan. Semoga kita semua lebih bersedia berkorban demi menegakkan Islam apabila menghayati kisah Nabi Ibrahim dan anaknya.
Umar Al Faruq Bin Zulkifli
JK Aktivisme ( Darul Quran)
Pembina Muallim
Jom daftar sebagai ahli Pembina Muallim.
Pautan pendaftaran:
http://cutt.ly/jomsertaiPembina
Selamat Hari Raya Aidiladha 1444H 2023M
Semoga Hari Raya Korban kali ini menjadi tempat untuk menyuburkan sifat kasih sayang, pengorbanan dan persaudaraan dalam kalangan sesama umat Islam.
Mohammad Nazri Bin Munjong
JK Aktivisme (UPSI)
Pembina Muallim
***************
Berminat menyertai Aktiviti bersama Pembina, Jom daftar sebagai ahli Pembina Muallim.
Pautan pendaftaran:
http://cutt.ly/jomsertaiPembina
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=667733045395471&id=100064763433973&mibextid=Nif5oz
𝐋𝐚𝐦𝐛𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐧𝐬𝐞𝐫𝐭 𝐇𝐞𝐝𝐨𝐧𝐢𝐬𝐦𝐞: 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐌𝐮𝐝𝐚 𝐀𝐦𝐛𝐢𝐥 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐞𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 "𝐇𝐞𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠" 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐚𝐥𝐚𝐡
Kewujudan konsert-konsert Hedonisme di negara ini yang tumbuh bagaikan cendawan merupakan satu signal bermasalah yang perlu dirawat. Terbaharu, tular di media sosial konsert melibatkan mahasiswa UMT dan KPTM Bangi yang mengejutkan ramai pihak terhadap kredibiliti institusi pengajian tinggi tersebut sekaligus membuktikan anak muda mahasiswa pada hari ini berada dalam krisis jati diri.
Itu hanya yang ditularkan. Belum lagi jika disiasat dan diperhatikan satu persatu IPT awam mahupun swasta yang juga menjadikan penganjuran konsert sebagai tarikan utama kepada festival-festival yang dijalankan di universiti.
Meskipun tidak dinafikan, saban tahun isu penganjuran konsert hedonisme ini sentiasa menjadi isu yang dibantah oleh persatuan-persatuan islam di kampus, apa yang berlaku hari ini tetap menjadi barah yang perlu diambil perhatian serius oleh semua pihak.
Berdasarkan bacaan ringkas yang saya buat, tahun ini sahaja sekurang-kurangnya 27 konsert mega telah dan bakal diadakan di dalam negara ini iaitu sekitar minima 2 konsert mega untuk sebulan.
Selepas negara bebas dari Covid-19 dan kita mula kembali ke kehidupan normal, masyarakat dilihat seperti "naik gila" apabila secara sakannya melakukan kesemua perkara yang dikekang semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan secara melampau-lampau. Mungkin ini kesan yang membawa kepada terbitnya konsert-konsert hedonisme yang berlambak akibat dilarang untuk dianjurkan ketika tempoh pandemik.
Pasca Covid-19 juga telah membentuk sifat individualistik yang menebal dalam diri kalangan anak muda mahasiswa. Mereka terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan baru yang memerlukan mereka untuk belajar secara dalam talian, berurusan dengan isu-isu akademik, sosial dan keluarga, serta menghadapi ketidakpastian masa depan. Ini menyebabkan mereka merasa terasing, kesepian dan tertekan.
Anak muda mahasiswa juga mengalami fasa mencabar dalam mencari identiti diri, nilai-nilai hidup dan matlamat mereka. Mereka lesu, buntu dan hilang arah. Mereka dahagakan pengisian jiwa dan rohani yang dapat memberi mereka kekuatan, motivasi dan inspirasi. Namun, tidak semua anak muda mahasiswa memilih jalan yang betul untuk melaksanakan healing atau penyembuhan diri.
Disini menunjukkan akan ada dua golongan anak muda mahasiswa yang berbeza dalam cara mereka berhealing.
Golongan pertama adalah mereka yang menghadiri majlis-majlis ilmu, membaca buku-buku yang menambah pengisian rohani, bercuti bersama keluarga dan beribadah. Mereka percaya bahawa hanya dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT, mereka dapat menemukan ketenangan, kebahagiaan dan kejayaan. Mereka juga sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti diri mereka dengan menuntut ilmu, beramal soleh dan berbakti kepada masyarakat. Golongan ini masih ramai. Tetapi program-program seperti ini kurang diadakan.
Allah SWT berfirman: “Dan Kami turunkan dari Al-Qur’an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman” (QS. Al-Isra: 82).
Golongan kedua p**a adalah p**a mereka yang menjadikan hiburan-hiburan hedonistik seperti menghadiri konsert, menonton wayang, berpesta, bersosial sebagai cara untuk mereka berhealing. Mereka menganggap bahawa dengan cara ini, mereka dapat melupakan masalah dan mengisi kekosongan jiwa yang dihadapi mereka. Mereka juga tidak peduli dengan akibat buruk yang akan menimpa diri mereka sama ada secara direct di dunia begitu juga di akhirat.
Ini membuktikan bahawa anak muda mahasiswa berada dalam krisis jati diri dan ambil pendekatan cara healing yang salah. Mereka tidak menyedari bahawa konsert hedonisme bukanlah penawar bagi jiwa dan rohani mereka, tetapi sebaliknya adalah racun yang akan merosakkan diri mereka. Mereka perlu sedar bahawa hanya dengan kembali kepada Allah SWT dan mengikuti ajaran Islam yang sebenar, mereka dapat mencapai ketenangan jiwa yang hakiki.
Saudara Wafiq Azman
𝑷𝒓𝒆𝒔𝒊𝒅𝒆𝒏 𝑷𝑬𝑴𝑩𝑰𝑵𝑨 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂
Slot Perkongsian berkenaan Pertolongan Cemas yang disampaikan oleh Dr Indra Putra Asrar bertempat di Kolej Komuniti Hulu Selangor.
Dr Indra di dalam perkongsian beliau menekankan kepentingan kepada mahasiswa mengetahui ilmu tersebut apabila berlaku kecemasan.
Program itu dimulakan dengan penerangan tentang pertolongan cemas dan diikuti slot secara praktikal untuk membantu para pelajar memahami dengan lebih baik.