PPBM Armada Selat Klang

PPBM Armada Selat Klang

Page Rasmi PPBM Parti Pribumi Bersatu Malaysia ARMADA Bahagian Kapar PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA

08/03/2023

SALAM NISFU SYAABAN

08/03/2023
08/03/2023

๐‡๐€๐ƒ๐ˆ๐‘!

31/08/2022

Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera dan Salam Hari Kebangsaan,

Apa khabar semua?

Alhamdulillah, hari ini kita diberi kesempatan menyambut Hari Kebangsaan sempena ulang tahun kemerdekaan yang ke-65.

Tanggal 31 Ogos, tarikh keramat yang diraikan setiap tahun membawa seribu satu pengertian buat kita rakyat Malaysia.

Pengorbanan generasi pembina bangsa yang menuntut kemerdekaan harus dihayati dan diinsafi setiap masa dan tidak hanya sekadar menjadi bahan rujukan dokumentari dan teks buku sejarah untuk diulang kaji.

Setelah diuji dengan cabaran yang amat getir sepanjang lebih dua tahun menempuh pandemik COVID-19 bersama, akhirnya kita semakin hampir untuk "memerdekakan" diri daripada dibelenggu pandemik ini.

Pandemik COVID-19 telah mencetuskan krisis kesihatan di negara kita sehingga menyebabkan hampir keseluruhan sektor kehidupan rakyat lumpuh.

Kerajaan terpaksa menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian virus COVID-19 sebelum memperkenalkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang menyaksikan hampir 100 peratus penduduk dewasa menerima suntikan vaksin.

Kerajaan juga menyediakan peruntukan yang besar berjumlah kira-kira RM530 bilion menerusi pelbagai pakej bantuan prihatin bagi membantu menyelamatkan nyawa dan kehidupan rakyat.

Alhamdulillah, program pemberian vaksin secara percuma itu mencapai kejayaan besar dan membolehkan negara memasuki fasa pra endemik yang mana semua sektor kehidupan dibuka seperti sediakala.

Rakyat Malaysia sudah boleh kembali menjalani kehidupan biasa dengan sektor ekonomi sudah beroperasi sepenuhnya.

Kejayaan keluar daripada fasa pandemik ini dan masuk ke fasa pemulihan merupakan satu bentuk โ€˜kemerdekaanโ€™ kepada kita semua.

Sesungguhnya, pencapaian ini perlu dirai dan nikmat kebebasan yang sudah mula dirasai hari ini perlu sentiasa disyukuri.

Dalam kita melangkah dengan berani memasuki fasa pra endemik ini, marilah kita kenang sejenak perjalanan awal menempuh pandemik sehingga ke hari ini.

Titipkan doa buat mereka yang tewas, dan mereka yang meratapi kehilangan.

Marilah kita berjanji kepada diri untuk tidak mempersiakan segala pengorbanan dan usaha sepanjang lebih dua tahun ini. Marilah kita semua bersatu hati, menggembleng usaha memulihkan negara supaya kemakmuran dapat dikecapi bersama dan martabat bangsa terus dijulang tinggi.

Lindungilah ibu pertiwi ini. Pastikan Malaysia kekal aman, makmur dan merdeka, kini dan selamanya.

Saya berdoa semoga Allah terus memberi kekuatan kepada kita untuk sama-sama mengharungi apa sahaja cabaran mendatang dan merahmati serta melindungi Malaysia yang tercinta ini.

Selamat Hari Kebangsaan 2022.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=643864890431036&id=100044225926298

30/08/2022

๐— ๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ž๐—”!๐— ๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ž๐—”!๐— ๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ž๐—”!

KEMERDEKAAN

Kemerdekaan adalah satu pengertian yang telah menjadi fitrah semulajadi manusia iaitu satu pengertian yang memberi maksud kebebasan. Tiada ada manusia di dunia ini yang tidak mahukan kebebasan bahkan ia adalah satu perkara yang didambakan oleh setiap insan. Cuma pengertian, bentuk dan usaha mencapai kemerdekaan itulah yang membezakan kita antara satu sama lain.

Seiring laungan kemerdekaan berkumandang seluruh negara pada bulan merdeka ini, bendera Jalur Gemilang yang dikibarkan mencerminkan kegemilangan Malaysia mewujudkan masyarakat majmuk berbilang bangsa dan agama sebagai masyarakat harmoni dan sejahtera.

Sifat majmuk ialah realiti yang sepatutnya direnung dan dihayati manusia. Firman Allah SWT: โ€œWahai umat manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan serta Kami menjadikan kamu pelbagai bangsa dan suku supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).โ€ (Al-Hujurat: 13)

Mafhum ayat itu menegaskan manusia dalam kalangan pelbagai bangsa dan bahasa boleh bersatu serta hidup dalam negara dengan aman harmoni. Fakta ini menyerlahkan tanda kekuasaan Allah SWT dan kebijaksanaan-Nya supaya kita berfikir dan seterusnya mengakui keesaan-Nya.

Tanpa penyatuan dan perikatan yang berlaku dahulu, mustahil kita dapat mengecapi apa yang dicapai pada hari ini. Ternyata, penyatuan itu adalah salah satu elemen terpenting sebagai jalan untuk kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Suratan sejarah membuktikan bahawa kita adalah satu keluarga. India, Cina, Melayu dan lain-lain kaum bersatu untuk terus hidup dalam bumi Malaysia yang aman dan sejahtera ini.

Kitalah yang akan mempertahankan tanahair kita. Kitalah Keluarga Malaysia. Sebuah Keluarga Malaysia Teguh Bersama. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-65 wahai rakyat Malaysia!

26/05/2022

Kenyataan Media YB Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

15/05/2022

๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—›๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—”๐—ง ๐—”๐—•๐—”๐—›, ๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—จ๐—›๐—ฌ๐—œ๐——๐——๐—œ๐—ก ๐—ฌ๐—”๐—ฆ๐—ฆ๐—œ๐—ก |
๐Ÿญ๐Ÿฑ ๐— ๐—˜๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฎ

"๐™Ž๐™–๐™ก๐™–๐™ข ๐™ช๐™ก๐™–๐™ฃ๐™œ๐™ฉ๐™–๐™๐™ช๐™ฃ ๐™ ๐™š๐™ก๐™–๐™๐™ž๐™ง๐™–๐™ฃ ๐™—๐™ช๐™–๐™ฉ ๐™–๐™ฎ๐™–๐™๐™–๐™ฃ๐™™๐™– ๐™‹๐™ง๐™š๐™จ๐™ž๐™™๐™š๐™ฃ ๐™‹๐™–๐™ง๐™ฉ๐™ž ๐™‹๐™ง๐™ž๐™—๐™ช๐™ข๐™ž ๐˜ฝ๐™€๐™๐™Ž๐˜ผ๐™๐™ ๐™ˆ๐™–๐™ก๐™–๐™ฎ๐™จ๐™ž๐™–, ๐™๐™–๐™ฃ ๐™Ž๐™ง๐™ž ๐™ˆ๐™ช๐™๐™ฎ๐™ž๐™™๐™™๐™ž๐™ฃ ๐™”๐™–๐™จ๐™จ๐™ž๐™ฃ, ๐™Ž๐™–๐™ฃ๐™ฃ๐™–๐™ ๐™ƒ๐™š๐™ก๐™ฌ๐™–๐™."

Kami para pendukung perjuangan Perikatan Nasional dari seluruh pelusuk tanah air mendoakan kesihatan yang baik, sebegitu doa kami moga urusan Pengerusi Perikatan Nasional kami ini dipermudahkan dan beroleh kejayaan dalam jiwa perjuangan dan pengorbanan yang Tan Sri hadirkan untuk membawa Perikatan Nasional ke mercu, atas izin ALLAH SWT yang Maha Esa, moga segala langkah membangun negara diizinkan dan berhasil jaya.

Pengorbanan dan perjuangan demi negara dan bangsa atas segenap tekad usaha yang berterusan, suatu yang menjadi penyuluh zaman kisah kecintaan buat nusa dan watan!

๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ๐—› ๐—”๐—ฌ๐—”๐—›๐—”๐—ก๐——๐—” ๐—ง๐—ฆ๐— ๐—ฌ.

ALLAH PELIHARA DAN RAHMATI AYAHANDA TS PRESIDEN... S E L A M A N Y A . . .

14/05/2022

๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—›๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—”๐—ง ๐—”๐—•๐—”๐—›, ๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—จ๐—›๐—ฌ๐—œ๐——๐——๐—œ๐—ก ๐—ฌ๐—”๐—ฆ๐—ฆ๐—œ๐—ก |
๐Ÿญ๐Ÿฑ ๐— ๐—˜๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฎ

"๐™Ž๐™–๐™ก๐™–๐™ข ๐™ช๐™ก๐™–๐™ฃ๐™œ๐™ฉ๐™–๐™๐™ช๐™ฃ ๐™ ๐™š๐™ก๐™–๐™๐™ž๐™ง๐™–๐™ฃ ๐™—๐™ช๐™–๐™ฉ ๐™–๐™ฎ๐™–๐™๐™–๐™ฃ๐™™๐™– ๐™‹๐™ง๐™š๐™จ๐™ž๐™™๐™š๐™ฃ ๐™‹๐™–๐™ง๐™ฉ๐™ž ๐™‹๐™ง๐™ž๐™—๐™ช๐™ข๐™ž ๐˜ฝ๐™€๐™๐™Ž๐˜ผ๐™๐™ ๐™ˆ๐™–๐™ก๐™–๐™ฎ๐™จ๐™ž๐™–, ๐™๐™–๐™ฃ ๐™Ž๐™ง๐™ž ๐™ˆ๐™ช๐™๐™ฎ๐™ž๐™™๐™™๐™ž๐™ฃ ๐™”๐™–๐™จ๐™จ๐™ž๐™ฃ, ๐™Ž๐™–๐™ฃ๐™ฃ๐™–๐™ ๐™ƒ๐™š๐™ก๐™ฌ๐™–๐™."

๐—”๐—ฅ๐— ๐—”๐——๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จ seluruh Malaysia mendoakan kesihatan yang baik, sebegitu doa kami moga urusan Abah Presiden yang juga Pengerusi Perikatan Nasional dipermudahkan dan beroleh kejayaan dalam jiwa perjuangan dan pengorbanan yang Tan Sri hadirkan untuk membawa Perikatan Nasional ke mercu, atas izin ALLAH SWT yang Maha Esa, moga segala langkah membangun negara diizinkan dan berhasil jaya.

Pengorbanan dan perjuangan demi negara dan bangsa atas segenap tekad usaha yang berterusan, suatu yang menjadi penyuluh zaman kisah kecintaan buat nusa dan watan!

๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ๐—› ๐—”๐—ฌ๐—”๐—›๐—”๐—ก๐——๐—” ๐—ง๐—ฆ๐— ๐—ฌ.

ALLAH PELIHARA DAN RAHMATI AYAHANDA TS PRESIDEN... S E L A M A N Y A . . .

Photos from Muhyiddin Yassin's post 14/05/2022
12/05/2022

๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—จ

Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal menyatakan bahawa istilah Ketuanan Melayu telah diterjemah secara salah, seterusnya disalaherti oleh orang bukan Melayu. Dalam media Bahasa Inggeris menterjemah Ketuanan Melayu kepada "Malay Supremacy". Perkataan "Supremacy" itu adalah sama macam istilah "White Supremacy" yang banyak diperkatakan di negara-negara barat. "White Supremacy" ialah di mana orang putih lebih mulia, bijak, dan rajin berbanding orang berkulit warna. Ia lebih kepada ideologi penjajah.

Wan Ahmad Fayhsal menyatakan Ketuanan Melayu sebenarnya patut diterjemah kepada Malay Custodianship yang lebih kepada survival orang Melayu.

Apa bezanya? Ketuanan Melayu (Custodianship) bukan bermakna orang Melayu lebih mulia daripada bangsa lain, sebaliknya White Supremacy ialah idea di mana orang puteh lebih mulia daripada orang lain. Beza sangat!

Apa yang Malay Custodianship mahukan hanyalah mengekalkan kemandirian POLITIK Melayu. Parti politik, pilihanraya, UMNO sebahagian kecil daripada politik. Politik itu luas. Ekonomi misalnya adalah satu bahagian besar dalam politik.

Saya lihat media berbahasa Inggeris cenderung untuk sekadar sejarah setakat sampai 1970an. Itu bukan sejarah. Itu memilih apa yang syok atau 'Cherry picking'.

Kalau nak tengok sejarah, tengok sampai 1930an. Tengok sampai 1800. Tengok sampai 1500. Manna boleh main padam padam, sorok sejarah hanya kerana nak syok sendiri?

White Supremacy bermula apabila Katolik (orang puteh) bersama Portugis (Orang puteh) dan Sepanyol (Orang puteh) melakukan "Inquisition" iaitu membunuh semua orang yang bukan Katolik dan memaksa semua orang masuk agama Katolik. Asalnya, Sepanyol dipenuhi oleh orang Islam dan banyak Yahudi tapi mereka semua dibunuh, dihalau atau dipaksa tukar agama. Kemudian, Inquisition diperluaskan kensuluruh dunia. Kerajaan Melayu Melaka dijatuhkan atas daripada semangat Inquisition. Inquisition kemudian menjadi penjajahan.

Sejarah orang Melayu p**a lain. Orang Melayu tak henti henti kena tipu. Pada 1511, Portugis iaitu orang luar telah ambil alih Melaka. Saya lihat orang bukan Melayu macam tiada masalah, sokong lagi penjajah, semua penjajah pun mereka sokong. Tapi hakikatnya siapa orang Portugis British ni semua nak duduki Tanah Melayu, siap cipta lagi sistem pilihanraya negara yang diguna sampai sekarang. Siapa mereka ni? Orang luar.

Sejarah jika dikaji sejak 1511, kita tahu berapa perkara:
1) Orang luar ambil tanah Melayu.
2) Orang luar ambil hasil bumi Melayu- bijih timah, dan sebagainya.

Orang luar bermaksud orang yang bukan daripada nusantara. Kau tak boleh samakan dengan White Supremacy yang mana orang berasal daripada Eropah ambil tanah Amerika, bunuh kaum tempatan. Tak sama.

"If you want to say anything about Malay, if you condemn the so called Malay Supremacy, say it TO MALAY'S FACE, don't whine about Malay among Chinese, Indian crowd only."
Kalau nak kata Melayu tu teruk, tegur depan Melayu. Jangan main cakap cakap belakang. Dan jangan bincang sejarah secara terpilih. Nak cerita sejarah sampai 1970an saja, tak nak cerita sampai 1500.

Walaupun saya ni anti-perkauman, tindakan sesetengah golongan bukan Melayu ni bacul. Mungkin kamu rasa orang Melayu malas, tak guna, tapi kalau nak cakap, tegur depan depan. Barulah negara boleh diperbetulkan!
Orang Melayu kalau kita nak tegur perangai buruk Melayu, kita bantai depan. Tapi saya tengok banyak bukan Melayu lebih lebih lagi Cina kutuk Melayu, cakap kat sesama Cina. Sampai bila negara nak berubah?

Hezri Sardi

01/05/2022

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”

๐—ง๐—ฒ๐—ด๐˜‚๐—ต ๐—ž๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ป ๐—ฃ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฐ๐—ถ๐—ป๐˜๐—ฎ.

30/04/2022

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ž ๐—ž๐—”๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—š |
๐— ๐—˜๐—ก๐——๐—ข๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—๐—”๐—›๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—จ๐—”.

Setelah dua tahun kita tidak p**ang beraya, akhirnya atas izin Allah SWT, segalanya seakan dipermudah untuk kita dapat berada di samping keluarga yang tercinta berhati raya.

Mendoakan kesejahteraan dan keselamatan semua pengguna jalan raya yang p**ang ke kampung halaman. Dalam pada itu turut dikongsikan tips keselamatan jalan raya untuk ingatan ikhtiar selamat ke destinasi.

| ๐—ง๐—œ๐—ฃ๐—ฆ ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ž ๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—” |

PERSEDIAAN SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN :

1) Sila lakukan pemeriksaan kenderaan anda di pusat servis kenderaan yang dipercayai. Periksa keadaan tayar kenderaan, minyak enjin, bateri dan air bateri, pendingin hawa dan sebagainya. Pastikan kenderaan anda diselenggara dengan baik dan selamat dipandu.

2) Jangan lupa memeriksa tayar simpanan dan pastikan anda membawa air bateri, minyak enjin, peti pertolongan kecemasan, pemadam api bersaiz kecil serta peralatan yang berkaitan sekiranya diperlukan ketika kecemasan. Pastikan juga lampu utama, lampu brek dan lampu isyarat berfungsi dengan baik.

3) Pastikan anda mendapat rehat yang mencukupi sebelum memulakan perjalanan jauh. Memandu di dalam keadaan yang mengantuk dan letih adalah berbahaya.

4) Pastikan anda turut menyemak lokasi berehat termasuk stesen minyak sepanjang perjalanan.

5) Memandangkan ramai yang berpusu-pusu ke kampung halaman masing-masing, anda disarankan agar merancang perjalanan supaya tidak terkandas di dalam kesesakan lalu lintas yang sering berlaku di lebuh raya utama pada musim perayaan. Anda juga boleh mengikuti perkembangan trafik daripada syarikat konsesi lebuh raya. Malah PLUS turut berkongsikan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan pada Hari-Hari Puncak iaitu di antara 21 Jun hingga 3 Julai ini.

6) Sekiranya perlu, anda boleh menggunakan GPS, Waze, Google Maps atau aplikasi yang berkaitan untuk merancang perjalanan anda. Aplikasi sebegini boleh membantu anda mengetahui laluan alternatif sekiranya jalan yang biasa anda lalui mengalami kesesakan atau pun kerosakan.

7) Sila pastikan anda turut menyimpan nombor-nombor penting sekiranya berlaku sebarang kecemasan semasa pemanduan. Termasuklah nombor telefon keluarga terdekat, balai polis berhampiran dan juga mekanik yang dipercayai.

8) Bagi yang menggunakan perkhidmatan Smart Tag atau pun Touch & Go, sila pastikan anda sudah membuat isian semula kad tersebut. PLUS telah mengumumkan semua lorong tambah nilai di plaza tolnya ditutup selama seminggu mulai 22 Jun hingga 2 Julai. Jadi, pastikan anda menambah nilai kad tersebut lebih awal dan secukupnya.

SEMASA DALAM PERJALANAN :

1) Tetapkan kelajuan mengikut keadaan trafik semasa. Elakkan memandu perlahan di lorong kanan, memotong dari lorong kiri dan menggunakan laluan kecemasan. Amalkan sikap saling bertoleransi, bertolak ansur dan bertimbang rasa sesama pengguna jalan raya.

2) Gunakan lampu isyarat jika ingin memotong kenderaan lain atau mengubah laluan.

3) Patuhi papan tanda yang menjadi panduan dalam pemanduan seperti mengetahui kawasan berisiko kemalangan, angin lintang dan sebagainya.

4) Jika hari hujan atau pun cuaca gelap, pastikan anda memasang lampu utama dan bukannya menggunakan hazard light. Perlahankan kenderaan sekiranya jarak penglihatan anda terbatas. Elakkan daripada memandu laju.

5) Awasi jarak pemanduan anda. Jangan sesekali mengekori kenderaan di hadapan secara dekat kerana ia boleh mengundang padah terutamanya jika ia brek mengejut atau pun memasuki simpang secara mendadak.

6) Pastikan anda dan para penumpang memakai tali pinggang keselamatan.

7) Sentiasa fokus pada pemanduan. Jangan sesekali menggunakan telefon bimbit ketika sedang memandu. Jika ada panggilan masuk atau membuat panggilan keluar, anda disarankan menggunakan kit bebas tangan atau kemudahan bluetooth yang boleh disambung terus pada kenderaan anda.

8) Jika mengantuk, seeloknya anda berhenti di tempat yang selamat untuk berehat atau boleh bergilir-gilir memandu dengan keluarga dan rakan yang bersama anda. Baru-baru ini, kami telah berkongsikan artikel mengenai gejala โ€˜microsleepโ€™ iaitu badan โ€˜tidurโ€™ buat seketika. Di mana segala input dari deria penglihatan dan pendengaran tidak dapat diproses otak. Tempoh microsleep adalah antara satu hingga 30 saat. Ia boleh berlaku walaupun mata masih terbuka. Seperti sebuah komputer, otak telah โ€œshut downโ€. Ia juga boleh berlaku sewaktu kita sedang memandu.

9) Kerap melihat cermin pandang belakang dan cermin sisi. Ia boleh membantu anda mengetahui keadaan lalu lintas di belakang kenderaan anda. Malah ia juga boleh dijadikan panduan sekiranya anda mahu menukar lorong, memecut atau memotong kenderaan lain.

10) Selepas memandu dalam tiga hingga empat jam, disarankan untuk berhenti seketika di kawasan rehat yang selamat untuk merehatkan fizikal dan mental anda. Ia juga untuk memastikan kenderaan anda juga dapat berehat seketika bagi mengelakkan enjin terlampau panas dan sebagainya.

Semoga anda selamat sampai ke destinasi yang dituju.

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—”๐—œ๐——๐—œ๐—Ÿ๐—™๐—œ๐—ง๐—ฅ๐—œ, ๐— ๐—”๐—”๐—™ ๐—ญ๐—”๐—›๐—œ๐—ฅ ๐——๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ง๐—œ๐—ก.
_____________________

๐——๐—˜๐— ๐—œ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”, ๐—ž๐—œ๐—ง๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จ!

-๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐——๐—”๐—ก๐—”-
๐™‹๐™š๐™ฃ๐™š๐™ง๐™–๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ ๐˜ผ๐™๐™ˆ๐˜ผ๐˜ฟ๐˜ผ ๐™‰๐™–๐™จ๐™ž๐™ค๐™ฃ๐™–๐™ก

18/04/2022

Siri 13 | '๐—œ๐—ธ๐˜๐—ถ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟ ๐— ๐—ผ๐—ฟ๐—ฒ๐—ต' @ ๐—ก๐—ผ๐˜๐—ฎ ๐—œ๐—ต๐˜†๐—ฎ ๐—ฅ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป

Dari Anas r.a dia berkata: Saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: Allah Taโ€™ala berfirman:

โ€œWahai anak Adam, sesungguhnya Engkau berdoa kepada-Ku dan memohon kepada-Ku, maka akan aku ampuni engkau, Aku tidak peduli (berapapun banyaknya dan besarnya dosamu).

Wahai anak Adam seandainya dosa-dosamu (sebanyak) awan di langit kemudian engkau minta ampun kepada-Ku niscaya akan Aku ampuni engkau.

Wahai anak Adam sesungguhnya jika engkau datang kepadaku dengan kesalahan sepenuh bumi kemudian engkau menemuiku dengan tidak menyekutukan Aku sedikitpun maka akan Aku temui engkau dengan sepenuh itu p**a ampunanโ€

(Riwayat Tarmizi dan dia berkata : haditsnya hasan sohih).

Pengajaran Hadis

1.Berdoa diperintahkan dan dijanjikan untuk dikabulkan.

2.Pemberian maaf Allah dan ampunan-Nya lebih luas dan lebih besar dari dosa seorang hamba jika dia minta ampun dan bertaubat.

3.Berbaik sangka kepada Allah Taala, Dialah semata Yang Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat dan istighfar.

4.Tauhid adalah pokok ampunan dan sebab satu-satunya untuk meraihnya.

5.Membuka pintu harapan bagi ahli maksiat untuk segera bertaubat dan menyesal betapapun banyak dosanya.




_____________________

๐——๐—˜๐— ๐—œ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”, ๐—ž๐—œ๐—ง๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จ!

-๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐——๐—”๐—ก๐—”-
๐™‹๐™š๐™ฃ๐™š๐™ง๐™–๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ ๐˜ผ๐™๐™ˆ๐˜ผ๐˜ฟ๐˜ผ ๐™‰๐™–๐™จ๐™ž๐™ค๐™ฃ๐™–๐™ก

Photos from Armada Bersatu Malaysia's post 18/04/2022
13/04/2022

Siri 10 | '๐—œ๐—ธ๐˜๐—ถ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟ ๐— ๐—ผ๐—ฟ๐—ฒ๐—ต' @ ๐—ก๐—ผ๐˜๐—ฎ ๐—œ๐—ต๐˜†๐—ฎ ๐—ฅ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป

DOA ASHABUL KAHFI

DI dalam al-Quran ada dikisahkan mengenai tujuh pemuda tertidur di dalam sebuah gua selama 309 tahun.

Kisah penghuni gua (Ashabul Kahfi) itu adalah kisah benar. Ia juga kejadian yang sangat menakjubkan dan luar biasa.

Sudah pasti akal manusia tidak dapat membayangkan serta menjelaskan bagaimana sekump**an pemuda itu boleh tertidur selama ratusan tahun.

Bagaimanapun, sebagai hamba yang beriman, kita perlu meyakini tiada yang mustahil berlaku sekiranya Allah SWT menghendakinya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: โ€œAdakah kamu menyangka (wahai Muhammad) bahawa kisah Ashabul Kahfi (penghuni gua) dan Ar-Raqiim termasuk antara tanda-tanda kekuasaan Kami yang menakjubkan?โ€ (Surah Al-Kahfi, ayat 9)

Berikut dikongsikan doa Ashabul Kahfi yang boleh dibacakan sebagai pedoman kita bersama.




_____________________

๐——๐—˜๐— ๐—œ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”, ๐—ž๐—œ๐—ง๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จ!

-๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐——๐—”๐—ก๐—”-
๐™‹๐™š๐™ฃ๐™š๐™ง๐™–๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ ๐˜ผ๐™๐™ˆ๐˜ผ๐˜ฟ๐˜ผ ๐™‰๐™–๐™จ๐™ž๐™ค๐™ฃ๐™–๐™ก

11/04/2022

๐—œ๐—ฆ๐—›๐—”๐—  ๐—๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—Ÿ ๐—ฅ๐—จ๐—๐—จ๐—ž ๐—จ๐—ก๐——๐—”๐—ก๐—š-๐—จ๐—ก๐——๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—”๐—ก๐—” ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ช๐—” ๐—ฃ๐—  ๐—ž๐—˜๐—ก๐—” ๐—ฅ๐—จ๐—๐—จ๐—ž ๐—จ๐— ๐—ก๐—ข ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—•๐—จ๐—•๐—”๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—˜๐—ก?

Dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan YDPA bertindak atas nasihat Kabinet. Ini dinyatakan dengan jelas di dalam perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.

Dan Kabinet bertindak secara kolektif. Ini juga dinyatakan di bawah perkara 43(3) Perlembagaan Persekutuan. Maksudnya, jika Perdana Menteri memutuskan A, Menteri tidak boleh memutuskan B. Begitu juga sebaiknya. Perdana Menteri dan Menteri membentuk satu entiti yang sama di bawah pasukan bernama โ€˜Kabinetโ€™.

Tan Sri Muhyiddin cuma memberikan panduan kepada YAB Perdana Menteri bahawa PM perlu berunding dengan Perikatan Nasional bagi menentukan tarikh pembubaran parlimen memandangkan sebahagian besar Kabinet adalah terdiri daripada MP dari Perikatan Nasional.

Maka ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan. Apa yang dinyatakan oleh Tan Sri Muhyiddin adalah berlandaskan undang-undang dan prinsip tanggungjawab kolektif Kabinet.

Namun tidak p**a dinyatakan dalam Perlembagaan bahawa Perdana Menteri perlu merujuk parti politiknya sebelum membubarkan parlimen, seperti yang didakwa oleh Isham.

Mungkin Isham masih tidur dan ingat UMNO masih berada dalam zaman sebelum 2018 di mana majoriti ahli MKT UMNO juga merupakan ahli Kabinet.

Kabinet hari ini bukan terdiri daripada UMNO sahaja, tetapi disokong oleh PN, GPS serta GRS.

MOHAMAD SIDDIQ AZANI
Exco Armada Nasional
(PERUNDANGAN, DASAR & HUBUNGAN ANTARABANGSA)

Wan Fayhsal: Orang Cina undi DAP juga kerana mentaliti 'pelindung' 08/04/2022

Wan Fayhsal: Orang Cina undi DAP juga kerana mentaliti 'pelindung' Dia juga seperti membayangkan PN boleh memberikan undi orang Melayu kepada PH.

07/04/2022

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ž ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—จ

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak berpijak di bumi yang nyata apabila menolak kewujudan politik identiti yang jelas sudah menjadi DNA politik Malaysia sejak berdekad yang lalu.

Kita perlu menerima hakikat bahawa sentimen politik orang Melayu didorong oleh faktor sejarah yang panjang yang dapat dijejaki dari zaman empayar Kesultanan Negeri Melaka hingga ke hari ini.

Semangat Nusantara yang masih menebal di kalangan orang Melayu menjadi kompas politik dalam pelayaran bahtera besar ini. Sesekali bahtera ini singgah di pelabuhan dan menerima anggota baharu untuk menyertai pelayaran tersebut, namun kemudi dan kompas masih dipandu oleh nakhoda yang asal, iaitu orang Melayu. Hak-hak orang yang menaiki bahtera ini dipastikan mencukupi dan urus makan serta pakainya ditadbir dengan seadil mungkin. Ia akhirnya membentuk kestabilan, kesaksamaan dan keharmonian.

Pelindungan kepada orang Melayu bukanlah satu perkara yang aneh lagi pelik. Di dalam perlembagaan pun, hakikat ini dinyatakan dengan jelas. Ia termasuklah hak-hak tertentu berkenaan bahasa, pendidikan, kebudayaan serta agama. Justeru, ia bukanlah satu perkara yang asing bagi orang Melayu dan orang Melayu tidak perlu bersikap apologetik mengenainya.

Mempertahankan hakikat ini sudah tentu tidak harus tewas dan menyerah kepada rasuah serta salahguna kuasa. Melayu-melayu bangsat seperti ini harus ditentang dan dicampak ke dalam laut.

Namun untuk menidakkan atmosfera dunia politik Melayu ini seperti menipu diri sendiri dan tidak berpijak di bumi yang nyata.

MUDA sendiri tidak mampu dan tidak berani bertanding di kerusi majoriti besar kawasan Melayu semasa di PRN negeri Johor kerana mereka tidak yakin mereka akan diterima oleh orang Melayu.

Oleh yang demikian usahlah berbohong kepada diri sendiri.

๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ ๐—ฆ๐—ถ๐—ฑ๐—ฑ๐—ถ๐—พ ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฑ ๐—”๐˜‡๐—ฎ๐—ป๐—ถ
๐—˜๐—ซ๐—–๐—ข ๐—”๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ก๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น

06/04/2022

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จ ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐——๐—œ ๐—•๐—”๐—ช๐—”๐—› ๐—•๐—”๐—ฌ๐—จ

BERSATU SABAH
______________________________
๐——๐—ถ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜†๐˜‚ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ถ๐˜๐—ฎ
______________________________

๐——๐—˜๐— ๐—œ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”, ๐—ž๐—œ๐—ง๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จ!

-๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐——๐—”๐—ก๐—”-
๐™‹๐™š๐™ฃ๐™š๐™ง๐™–๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ ๐˜ผ๐™๐™ˆ๐˜ผ๐˜ฟ๐˜ผ ๐™‰๐™–๐™จ๐™ž๐™ค๐™ฃ๐™–๐™ก

05/04/2022

Siri 3 | '๐—œ๐—ธ๐˜๐—ถ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟ ๐— ๐—ผ๐—ฟ๐—ฒ๐—ต' @ ๐—ก๐—ผ๐˜๐—ฎ ๐—œ๐—ต๐˜†๐—ฎ ๐—ฅ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป

Orang yang berpuasa sedangkan mereka tidak memelihara lidah (percakapannya) dan juga masih melakukan maksiat, tidak akan diberi pahala oleh Allah SWT ke atas puasa mereka selain lapar dan dahaga sahaja.

Puasa yang paling istimewa di sisi Allah SWT ialah mereka yang dapat menahan lapar dan dahaga serta menjaga pancaindera mereka daripada melakukan maksiat dan dosa disamping menambahkan amal ibadat lain sepanjang mereka berpuasa.

Daripada Abu Hurairah RA lagi katanya bahawa Nabi SAW bersabda : โ€œSesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan keji lagi buruk sedangkan dia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan di sisi Allah selain daripada lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya.โ€

(Riwayat al-Bukhari)




_____________________

๐——๐—˜๐— ๐—œ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”, ๐—ž๐—œ๐—ง๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จ!

-๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐——๐—”๐—ก๐—”-
๐™‹๐™š๐™ฃ๐™š๐™ง๐™–๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ ๐˜ผ๐™๐™ˆ๐˜ผ๐˜ฟ๐˜ผ ๐™‰๐™–๐™จ๐™ž๐™ค๐™ฃ๐™–๐™ก

03/04/2022

Siri 1 | '๐—œ๐—ธ๐˜๐—ถ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟ ๐— ๐—ผ๐—ฟ๐—ฒ๐—ต' @ ๐—ก๐—ผ๐˜๐—ฎ ๐—œ๐—ต๐˜†๐—ฎ ๐—ฅ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป

Orang yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan ikhlas serta mengharapkan keredhaan Allah SWT akan diampunkan segala dosa-dosa kecilnya.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda : Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan ketaatan kepada Allah, serta mengharapkan keredhaannya, akan diampunkan semua dosanya yang telah lepas.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)



_____________________

๐——๐—˜๐— ๐—œ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”, ๐—ž๐—œ๐—ง๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จ!

-๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐——๐—”๐—ก๐—”-
๐™‹๐™š๐™ฃ๐™š๐™ง๐™–๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ ๐˜ผ๐™๐™ˆ๐˜ผ๐˜ฟ๐˜ผ ๐™‰๐™–๐™จ๐™ž๐™ค๐™ฃ๐™–๐™ก

02/04/2022

๐——๐—”๐—ฃ๐—”๐—ง๐—ž๐—”๐—ก ๐—ก๐—ข๐—ง๐—” ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—”๐—ฅ๐— ๐—”๐——๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จ
___________________

Esok dah nak puasa rakan-rakan, jom dapatkan info Ramadan yang disediakan ARMADA sebagai panduan buat semua.

Scan pada KOD QR atau tekan pautan berikut;
https://tinyurl.com/notaramadan2022

Daripada Abu Hurairah RA lagi bahawa Rasulullah SAW bersabda : Apabila sampai bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga semua dibuka, pintu-pintu neraka p**a ditutup dan diikat serta dibelenggu syaitan dan iblis.

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

๐—๐—ข๐—  ๐—ž๐—œ๐—ง๐—” ๐—›๐—œ๐——๐—จ๐—ฃ๐—ž๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—œ๐—•๐—”๐——๐—”๐—›........
๐——๐—˜๐— ๐—œ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”, ๐—ž๐—œ๐—ง๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จ!

-๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐——๐—”๐—ก๐—”-
๐™‹๐™š๐™ฃ๐™š๐™ง๐™–๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ ๐˜ผ๐™๐™ˆ๐˜ผ๐˜ฟ๐˜ผ ๐™‰๐™–๐™จ๐™ž๐™ค๐™ฃ๐™–๐™ก

๐——๐—”๐—ฃ๐—”๐—ง๐—ž๐—”๐—ก ๐—ก๐—ข๐—ง๐—” ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—”๐—ฅ๐— ๐—”๐——๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จ
___________________

Esok dah nak puasa rakan-rakan, jom dapatkan info Ramadan yang disediakan ARMADA sebagai panduan buat semua.

Scan pada KOD QR atau tekan pautan berikut;
https://tinyurl.com/notaramadan2022

Daripada Abu Hurairah RA lagi bahawa Rasulullah SAW bersabda : Apabila sampai bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga semua dibuka, pintu-pintu neraka p**a ditutup dan diikat serta dibelenggu syaitan dan iblis.

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

๐—๐—ข๐—  ๐—ž๐—œ๐—ง๐—” ๐—›๐—œ๐——๐—จ๐—ฃ๐—ž๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—œ๐—•๐—”๐——๐—”๐—›........
๐——๐—˜๐— ๐—œ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”, ๐—ž๐—œ๐—ง๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จ!

-๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐——๐—”๐—ก๐—”-
๐™‹๐™š๐™ฃ๐™š๐™ง๐™–๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ ๐˜ผ๐™๐™ˆ๐˜ผ๐˜ฟ๐˜ผ ๐™‰๐™–๐™จ๐™ž๐™ค๐™ฃ๐™–๐™ก

Photos from Armada Bersatu Malaysia's post 02/04/2022

๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก, ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฃ๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—•๐—จ๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—› ๐—จ๐— ๐—”๐—ง ๐—œ๐—ฆ๐—Ÿ๐—”๐—  ๐——๐—œ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”_________________
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda : Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan ketaatan kepada Allah, serta mengharapkan keredhaannya, akan diampunkan semua dosanya yang telah lepas.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

๐——๐—˜๐— ๐—œ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”, ๐—ž๐—œ๐—ง๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จ!

-๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐——๐—”๐—ก๐—”-
๐™‹๐™š๐™ฃ๐™š๐™ง๐™–๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ ๐˜ผ๐™๐™ˆ๐˜ผ๐˜ฟ๐˜ผ ๐™‰๐™–๐™จ๐™ž๐™ค๐™ฃ๐™–๐™ก

02/04/2022

๐— ๐—”๐—ฅ๐—›๐—”๐—•๐—”๐—ก ๐—ฌ๐—” ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐——๐—›๐—”๐—ก
๐— ๐—”๐—ฅ๐—›๐—”๐—•๐—”๐—ก ๐—ฌ๐—” ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐——๐—›๐—”๐—ก

Dikesempatan ini ARMADA BERSATU Bahagian Kapar ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak & selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh umat islam.

Semoga ramadhan tahun ini menjadi jambatan kepada kita untuk melipat ganda amal ibadah serta mendapat keredhaan dari ALLAH SWT.

Bukan hanya Dr M, Muhyiddin juga bertemu pemimpin parti lain, kata Wan Fayhsal 01/04/2022

๐—•๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐——๐—ฟ ๐— , ๐— ๐˜‚๐—ต๐˜†๐—ถ๐—ฑ๐—ฑ๐—ถ๐—ป ๐—ท๐˜‚๐—ด๐—ฎ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฒ๐—บ๐˜‚ ๐—ฝ๐—ฒ๐—บ๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐—ถ๐—ป ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ถ ๐—น๐—ฎ๐—ถ๐—ป. - Wan Ahmad Fayhsal

Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, berkata pertemuan antara Muhyiddin Yassin dan Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini bukanlah peristiwa unik.

Ini kerana Presiden Bersatu itu turut bertemu dan berbincang dengan pemimpin parti-parti pembangkang lain, sebelum dan selepas PRN Johor bulan lepas.

Tanpa menamakan siapa ahli-ahli politik tersebut, Wan Fayhsal berkata mereka sendiri yang menghubungi Muhyiddin kerana menyedari kelebihan Perikatan Nasional di lapangan.

โ€œPertemuan antara Tan Sri (Muhyiddin) dan Tun (Mahathir) bukanlah peristiwa unik. Pernah ada perbincangan antara Tan Sri dengan pemimpin-pemimpin parti-parti pembangkang lain,โ€ kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara itu kepada FMT.

Terdahulu, Mahathir berkata Muhyiddin menemuinya baru-baru ini untuk meminta bantuan mendapatkan semula jawatan Perdana Menteri, walaupun partinya belum membuat keputusan berhubung perkara itu.

Apabila ditanya sama ada beliau akan menyokong Muhyiddin, Mahathir berkata, Pejuang โ€œtidak akan menyokong individu yang gagal sebagai PM sama seperti Najib (Razak)โ€.

Wan Fayhsal mempertikaikan dakwaan Mahathir bahawa Muhyiddin seorang Perdana Menteri yang gagal.

Sebaliknya, Malaysia dapat memasuki fasa peralihan ke endemik Covid-19 hari ini kerana usaha Muhyiddin.

Muhyiddin katanya melindungi negara ini daripada......... (Baca Selanjutnya)

Berita penuh melalui pautan di bawah;

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/04/01/bukan-hanya-dr-m-muhyiddin-juga-bertemu-pemimpin-parti-lain-kata-wan-fayhsal/

ยฐยฐยฐยฐยฐ

Bukan hanya Dr M, Muhyiddin juga bertemu pemimpin parti lain, kata Wan Fayhsal Ketua Pemuda Bersatu, Wan Fayhsal Wan Ahmad Kamal, berkata mesyuarat antara dua bekas Perdana Menteri itu bukanlah peristiwa unik.

24/03/2022

๐—๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐—™๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—ฅ๐—˜๐—๐—จ๐——๐—œ๐—ฆ ๐—ฆ๐—ข๐—”๐—Ÿ ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—  ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—”

1. ARMADA Bersatu Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan ahli Parlimen yang tidak menyokong usul untuk melanjutkan kuat kuasa Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) untuk tempoh lima tahun lagi.

2. Usul Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) ditolak selepas keputusan undian belah bahagian menunjukkan 86 tidak menyokong dan hanya 84, menyokong selain 50 Ahli Parlimen tidak hadir. Ambil tindakan terhadap ahli parlimen kerajaan yang tidak hadir ketika sesi undian.

3. Nampaknya masih ada ahli parlimen pada hari ini bermain politik sempit berbanding kepentingan rakyat, keselamatan dan kedaulatan Negara Malaysia. Ini bertentangan dengan amalan kebiasaannya iaitu semua pihak harus mengetepikan perbezaan peribadi atau politik dalam perkara-perkara yang melibatkan dasar keselamatan negara.

4. Usul yang dibawa oleh Kementerian Dalam Negeri ini untuk mewujudkan satu persekitaran dan perimeter yang selamat. Subseksyen 4(5) ini amat penting kepada keselamatan negara bagi menangani jenayah dan keganasan, khususnya yang bersifat rentas sempadan seperti seperti kejadian pencerobohan dan serangan pengganas di Kg. Tanduo, Lahad Datu pada 2013.

5. SOSMA telah diwujudkan bagi mengantikan dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Akta ISA). SOSMA digubal untuk membendung sebarang aktiviti keganasan, memudaratkan ketenteraman awam, menggulingkan kerajaan atau melemahkan negara. Undang-undang seperti SOSMA perlu ditambah baik berdasarkan keperluan semasa dalam sesebuah negara bagi mengekang kegiatan pengganas dan jenayah berat.

6. Usul ini perlu disokong kerana akta itu saja dapat mengekang keganasan dan memberi kuasa kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dengan baik dan lancar. Namun begitu akhir-akhir ini isu SOSMA kian diperdebatkan oleh golongan-golongan ahli politik. Tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) SOSMA dihadkan kepada lima tahun saja bagi mewujudkan elemen semak dan imbang di dalam penguatkuasaannya.

7. Menteri Dalam Negeri, YB Datoโ€™ Seri Hamzah Zainuddin telah memberikan jaminan di dalam Dewan Rakyat bahawa pindaan ini tidak akan digunakan ke atas ahli politik, namun dilihat pihak pembangkang telah memilih untuk menggadaikan keselamatan negara demi agenda dan kepentingan politik sempit. Jangan bersifat prejudis dan sabotaj dalam soal ancam keselamatan dan kedaulatan Negara Malaysia.

JUN โ€“ ABDUL MUTALIB BIN HASAN
EXCO ARMADA BERSATU MALAYSIA

24 MAC 2022

Videos (show all)

Ayuh anak muda yang dah cukup umur 18 & layak untuk mengundi!kali ni kita wajib tunaikan tanggungjawab sebagai RAKYAT Ma...
๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ฌ๐—”๐—ง ๐—ง๐—”๐—›๐—จ, ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ...๐˜™๐˜ข๐˜ฌ๐˜บ๐˜ข๐˜ต ๐˜’๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ญ ๐˜š๐˜ช๐˜ข๐˜ฑ๐˜ข ๐˜ ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜—๐˜ณ๐˜ช๐˜ฉ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜—๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ช ๐˜™๐˜ข๐˜ฌ๐˜บ๐˜ข๐˜ต...๐˜™๐˜ข๐˜ฌ๐˜บ๐˜ข๐˜ต ๐˜’๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ญ ๐˜š๐˜ช๐˜ข๐˜ฑ๐˜ข ๐˜ ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜š๐˜ถ๐˜ด๐˜ข๐˜ฉ ๐˜š๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฏ...
๐—จ๐— ๐—ก๐—ข-๐—•๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—”๐—›, ๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ฌ๐—”๐—ง ๐—ฅ๐—˜๐—•๐—”๐—›๐˜’๐˜ช๐˜ต๐˜ข ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ต๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ช๐˜ต๐˜ช๐˜ฌ ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ช, ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ญ๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ช ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ฉ, ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ข ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ณ๐˜ช, ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฌ...

Website