Belajar Bersama Rizal

Belajar Bersama Rizal

Author | Educator | Entrepreneur

24/03/2024

The bitter truth.

β€œThis, then, is the strategy I propose for educationistsβ€”that we abandon our vague, seemingly arrogant, and ultimately futile attempts to make children intelligent, and concentrate our attention on helping them avoid being stupid.” (Neil Postman, 1988)

23/03/2024

I wanted to laugh like always but then discovered there’s nothing funny about it 😬

Scientific Writing strategies by Wiley

23/03/2024

And yet, many still experience memory loss from their very own history.

A map of Europe drawn from memory

Story Night: Unlocking The Secrets of Time 23/03/2024

Jemput ikuti sembang Podcast malam ini berkaitan Surah al'Asr dan konsep masa di dalam al-Quran melalui Youtube

Story Night: Unlocking The Secrets of Time Embark your Ramadan journey with us and be prepared to join our captivating Ramadan Livestream, Story Night: Unlocking The Secrets of Time, where we invite t...

23/03/2024

Sabar father, sabar! Bulan puasa ni.

23/03/2024

Jemput bersama meninjau surah al-β€˜Asr dan bagaimana al-Quran membina konsep masa. Anjuran Podcast What Now? Jom Ah Lepak dengan siaran di Youtube https://www.youtube.com/watch?v=F4i9iMytiFA

23/03/2024

Kita padam sesetengah komen, atau block sesetengah pengomen, bukan sebab berhati tisu atau tidak open minded. Dunia sudah cukup bising dengan 1001 suara. Pendapat yang bukan pendapat, yang bertujuan tidak mempunyai manfaat malah memudarat, selagi ada cara, kecilkan ruang benda seperti ini daripada terus berleluasa.

23/03/2024

Awal Mei 2018, saya sudah dapat rasa yang saya akan gagal masters sekali lagi. Daripada semua pensyarah di Universiti Oulu, hanya seorang yang mengiktiraf bahawa isu ADHD saya signifikan. Walaupun tiada diagnosis formal, beliau terus mengaplikasi strategi khusus untuk saya. Semua subjek yang saya belajar dengannya, saya mendapat band penuh.

Sayangnya, beliau tidak menyambung kontrak, tiba-tiba berpindah ke Sweden. Ia menggelapkan perjalanan pengajian saya.

Semasa saya mengadap supervisor di jabatan untuk serahan personal study plan (PSP) tahunan, pensyarah Finnish berkenaan mengucapkan terima kasih atas cadangan saya agar topik neurodiversiti dimasukkan di dalam subjek SELF-REGULATED LEARNING. Bayangkan, assignment asas saya tak boleh buat. Tetapiboleh pulabuat proposal agar jabatan mengubah komponen modul (subjek)!

Sebabnya, saya terlalu bimbang bahawa disorder seperti ADHD menyebabkan semua kajian dan dapatan SRL itu tidak boleh dibuat. Besar impaknya jika cikgu-cikgu jahil mengenai SRL dan ADHD ke atas murid yang ada disorder. Contohnya, saya!

Tetapi pensyarah saya tidak boleh membantu diri ini yang sudah tersangkut dalam pengajian. Dan tanpa diagnosis rasmi, saya tiada akses untuk β€˜pelajar berkeperluan khas’.

Saya masih ingat kata-katanya, β€œkejayaan paling besar awak ialah awak berjaya memahami subjek SRL ini, sehingga awak dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Itulah essence SRL. Tetapi awak tetap kena selesaikan dua tugasan SRL yang masih tertangguh kerana ia tuntutan subjek berkenaan.”

Saya pulang ke rumah dengan rasa hampa. Termenung di bawah pokok di belakang rumah saya ini, bahawa β€œsama ada saya berjaya atau gagal dalam pengajian di Finland ini, saya kena berusaha mendapatkan diagnosis formal, dan melakukan advokasi. Mudah-mudahan keperitan yang saya alami, dapat dielakkan daripada menimpa individu lain yang senasib.

23/03/2024

Sijil-sijil ini sangat berharga untuk membolehkan saya membantu murid sekolah yang mempunyai gangguan neurodiversiti ADHD. Tetapi saya tidak boleh mengajar di sekolah di Ireland kerana saya tidak mempunyai kelayakan akademik justeru tidak ada lesen mengajar.

Walaupun pada masa yang sama saya menjadi tenaga pengajar program PGDE UNIRAZAK yang melesenkan guru-guru. Saya mengajar sebagai β€˜expert from the industry’.

Ironi, bukan? πŸ˜„πŸ₯Ή

Photos from Belajar Bersama Rizal's post 23/03/2024

Di usia memasuki 50 ini, saya mengalami gangguan ketara terhadap simptom-simptom ADHD yang tidak begitu saya alami sebelum berumur 40 tahun. Masalah sebegini dialami terutamanya oleh individu yang menerima diagnosis di lewat usia seperti saya. Justeru diagnosis awal sentiasa lebih baik dan wajar diusahakan sedaya upaya. Antara gangguan yang saya maksudkan ialah:

* pelupa

* cemerkap (tertumpah, terpercik, terlepas, terpotong, cedera hampir setiap hari terutamanya semasa memasak).

* typo ejaan, kepala fikir lain, tangan menulis / menaip lain.

* gangguan emosi - marah, sedih, dendam, tetapi berubah kepada mendiamkannya.

* low mood

* dark thoughts

Photos from Belajar Bersama Rizal's post 23/03/2024

Ironi sekali, teringat saya dicuit Dr AF bahawa berkemungkinan saya mempunyai ADHD semasa saya berada di kemuncak tekanan akademik. Ketika itu saya sedang mengambil subjek SELF-REGULATED LEARNING (SRL) di Universiti Oulu, Finland. Disember 2016.

Saya dikehendaki membuat rumusan daripada lebih 40 artikel jurnal dalam tempoh yang singkat, sedangkan pada masa yang sama saya juga terganggu dengan apa yang sedang dibaca dan dipelajari itu.

Tanpa latar belakang sains, saya terkejut membaca mengenai fungsi eksekutif, regulasi kendiri, hubungan kerja manusia dengan emosinya, kerana semua itu menjelaskan buat pertama kali kepada diri saya sendiri mengenai masalah yang saya hadapi.

Pada masa yang sama benda-benda itulah yang berada di belakang perkataan ADHD. Sangka saya, ADHD ialah masalah β€˜kanak-kanak tidak boleh duduk diam’! Nama ADHD perlu ditukar kerana ia memberi fokus hanya kepada masalah gangguan tumpuan sedangkan akar masalah ialah pada fungsi eksekutif. Topik yang saya tumbang kerananya.

Photos from Belajar Bersama Rizal's post 23/03/2024

Antara tokoh awal yang memperjuangkan isu ADHD, terutamanya ADHD dewasa. Saya mendapat manfaat paling besar daripada kajian-kajian Profesor Russell Barkley yang kini sudah bersara. Berjam-jam kuliah beliau di Youtube saya tonton dengan perasaan bercampur aduk ketika di Oulu Finland dahulu. Iaitu semasa kali pertama diusul Dr. AF, sahabat yang juga seorang psychiatrist, bahawa saya berkemungkinan mempunyai ADHD. Disember 2016.

Photos from Belajar Bersama Rizal's post 23/03/2024

Doktor-doktor berusia 40-an ke atas tidak mustahil mempunyai tanggapan yang menolak (dan tertolak) mengenai ADHD di kalangan orang dewasa. Sehingga awal milenia, penyelidik yang memperjuangkan ADHD dewasa dikecam malah diugut kehilangan lesen perubatan.

Goodnight Mister Tom - Film (ITV) 23/03/2024

Filem tanpa aksi ganas walaupun di era perang, tiada computer-generated imagery (CGI), tiada adegan-adegan cemar. Hanya bakat lakonan dan jalan cerita yang semulajadi, filem Goodnight Mister Tom ini tidak pernah tidak berbekas di hati saya setiap kali menontonnya. Kali pertama menontonnya suatu ketika dahulu, menangis macam budak kecil. Tertonton sekali lagi semasa memasak juadah berbuka, rasa sedih datang semula membuak-buak. Mungkin kerana rindu kepada ayah tidak pernah sembuh.

https://www.youtube.com/watch?v=eYJBkfKtCvM

Goodnight Mister Tom - Film (ITV) Goodnight Mister Tom - FilmStarring John Thaw; Nick Robinson; Annabelle Apsion.Britain is on the brink of war when young William Beech is sent to live with T...

21/03/2024

Perbalahan yang tidak berkesudahan antara Amazing Maps dengan Terrible Maps.

Terrible Maps lebih ramai followers sebab kita terrible-terrible belaka πŸ˜….

Photos from Belajar Bersama Rizal's post 21/03/2024

Sebuah buku yang sangat menyedihkan hati membacanya. Adik kepada mendiang Lady Diana, Charles Spencer menceritakan pengalamannya bersekolah di sekolah berasrama elit di UK. Kata beliau:

β€œπ‘€π‘Žπ‘–π‘‘π‘€π‘’π‘™π‘™ π»π‘Žπ‘™π‘™, π‘‘β„Žπ‘’ π‘ π‘β„Žπ‘œπ‘œπ‘™ π‘Žπ‘‘ π‘€β„Žπ‘–π‘β„Ž 𝐼 π‘π‘œπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘π‘’π‘‘ π‘“π‘Ÿπ‘œπ‘š π‘‘β„Žπ‘’ π‘Žπ‘”π‘’ π‘œπ‘“ π‘’π‘–π‘”β„Žπ‘‘ π‘‘π‘œ π‘‘β„Žπ‘–π‘Ÿπ‘‘π‘’π‘’π‘›, π‘€π‘Žπ‘  𝑏𝑒𝑖𝑙𝑑 π‘œπ‘› π‘Ž 𝑙𝑖𝑒 π‘π‘œπ‘šπ‘šπ‘œπ‘› π‘‘π‘œ π‘–π‘›π‘ π‘‘π‘–π‘‘π‘’π‘‘π‘–π‘œπ‘›π‘  π‘œπ‘“ 𝑖𝑑𝑠 𝑑𝑦𝑝𝑒: π‘œπ‘› π‘‘β„Žπ‘’ π‘π‘œπ‘π‘˜-π‘Žπ‘›π‘‘-𝑏𝑒𝑙𝑙 π‘›π‘œπ‘‘π‘–π‘œπ‘› π‘‘β„Žπ‘Žπ‘‘ π‘β„Žπ‘–π‘™π‘‘π‘Ÿπ‘’π‘› π‘€π‘’π‘Ÿπ‘’ π‘π‘’π‘‘π‘‘π‘’π‘Ÿ π‘œπ‘“π‘“ π‘’π‘›π‘‘π‘’π‘Ÿ 𝑖𝑑𝑠 π‘Ÿπ‘œπ‘œπ‘“, π‘™π‘’π‘Žπ‘Ÿπ‘›π‘–π‘›π‘” π‘‘π‘œ 𝑏𝑒 π‘π‘–π‘‘π‘‘π‘Žπ‘π‘™π‘’, π‘–π‘›π‘“π‘™π‘’π‘’π‘›π‘‘π‘–π‘Žπ‘™ π‘šπ‘’π‘šπ‘π‘’π‘Ÿπ‘  π‘œπ‘“ π‘ π‘œπ‘π‘–π‘’π‘‘π‘¦, π‘Ÿπ‘Žπ‘‘β„Žπ‘’π‘Ÿ π‘‘β„Žπ‘Žπ‘› 𝑙𝑖𝑣𝑖𝑛𝑔 π‘Žπ‘  𝑀𝑒 π‘ β„Žπ‘œπ‘’π‘™π‘‘ β„Žπ‘Žπ‘£π‘’ π‘‘π‘œπ‘›π‘’, π‘Žπ‘  π‘›π‘Žπ‘‘π‘’π‘Ÿπ‘’ π‘–π‘›π‘‘π‘’π‘›π‘‘π‘’π‘‘β€”π‘€π‘–π‘‘β„Ž π‘œπ‘’π‘Ÿ π‘“π‘Žπ‘šπ‘–π‘™π‘–π‘’π‘ .”

Saya juga pernah menonton temubual RTE bersama beliau hampir sepuluh tahun lalu bagaimana ex boarders (bekas pelajar sekolah-sekolah berasrama) mencorak dan merosakkan politik Britain.

Temubual Lorraine bersama Charles Spencer boleh ditonton di https://youtu.be/RehHZtNqGvQ?si=IxQNQxHY-7r4n6-Y

20/03/2024

Negara yang orang Malaysia menyampah dengar itu sekali lagi dinobatkan sebagai negara paling bahagia di dunia, buat kali ketujuh!

Paling bahagia itu maksudnya, rakyat tidak berasa tertekan dengan apa yang kerajaan buat, apa yang sistem kenakan ke atas mereka, kurikulum macam nak suruh budak umur dua tahun lari merentas desa, malah cukai tinggi ya amat pun, 79% penduduk gembira membayarnya. Sebab perkhidmatan pulang semula dengan cemerlang untuk SEMUA.

Pendidikan percuma daripada sekolah rendah hingga PhD untuk rakyatnya. Makan tengah hari panas percuma untuk semua murid dan guru. Kalau anak sekolah swasta pun, kerajaan salurkan bajet asasi per kepala yang sama. Duit ikut murid. Ke mana murid memilih untuk belajar, hak dana pendidikannya mengikut sama. Sebab sekolah kerajaan atau swasta, semua adalah warganegara.

Tetapi adakah orang Finland itu secara individu, memang bahagia?

Ia berbeza-beza antara individu, kerana faktor bahagia, gembira, tenang ada macam-macam. Apa yang penting, masing-masing boleh berusaha untuk mencari bahagia dan tenang tanpa diganggu.

Berbeza jika negara itu sistemnya tunggang langgang, sudah merdeka berpuluh tahun pun masih macam baru semalam perasan yang negaranya berbilang kaum, budaya dan agama. Berbalah hal agama hingga hendak mencari ketenangan di rumah Allah pun dibelenggu amarah penceramah.

Puasa, puasa... entahlah.

Jangan putus asa dengan rahmat Allah. Pada masa yang sama jangan buat tak endah dengan murka Allah. Moga dengan kasih sayang-Nya sejuklah sedikit, mudah-mudahan, amin.

19/03/2024

Kecenderungan masyarakat kita untuk mudah tersentap dengan isu-isu agama dan bangsa, mahu tidak mahu turut disumbangkan oleh rencamnya jenis-jenis sekolah di dalam sistem pendidikan kita. Apabila mula bersekolah, kanak-kanak keluar daripada keluarganya di rumah, bergaul dengan manusia lain yang berbeza kebiasaan, serta budaya dan bangsa. β€˜Social construct’ yang terjadi di dalam diri kanak-kanak itu penting untuk membina β€˜cultural competency’, iaitu kemahiran bergaul di dalam budaya yang pelbagai.

Jika proses itu terlepas di zaman kanak-kanak, sama ada individu berkenaan akan terus berusaha kekal berada di dalam zon selesa, kepompong atau β€˜bubble’ masing-masing sehingga dewasa, atau pun jika terpaksa bergaul kerana desakan kerja misalnya, ia terjadi dengan rasa tidak selesa. Perubahan memerlukan masa yang lebih panjang, dengan kepercayaan yang rapuh.

Bersekolah di sekolah yang sama, terutamanya semasa sekolah rendah, tidak menjejaskan perkembangan jati diri bangsa dan agama murid, jika negara mempunyai dasar, polisi dan amalan yang baik untuk semua rakyat berasaskan pedagogi yang betul. Saya kongsikan sedikit pengalaman semasa mendaftar anak bersekolah di Finland, suatu ketika dahulu. Finland sebagai negara yang berusaha menekankan semua murid pergi ke sekolah yang sama, iaitu sekolah terdekat di rumah. Sekolah yang sama baik, sama berkualiti, dan saksama menjaga soal bahasa ibunda dan agama murid,.

19/03/2024

Very inclusive.

19/03/2024

Ketegangan perkauman, mudah sangat tersentap isu agama, dan rendahnya rasa hormat menghormati silang agama dalam masyarakat, tidak mahu tidak, disumbangkan oleh pelbagai jenis sekolah terutamanya sekolah rendah. Ketika usia kanak-kanak, kita membina konstruk sosial di dalam diri.

Andai di usia itu tiada pengalaman bergaul dengan kawan berbilang bangsa, agama dan budaya, sama ada terus hidup dalam kepompong masing-masing sehingga dewasa, atau pun cuba / terpaksa bergaul kerana pekerjaan dan kehidupan seharian tetapi dengan rasa selesa dan percaya yang rapuh.

Apa yang disemai itu yang dituai.

Topik sosiologi pendidikan.

18/03/2024

Wali kepada mereka adalah syaitan dan syaitan hanya lemah dengan Bani Adam yang hatinya ikhlas. Ajal regim Zionis itu semakin hampir, dizahirkan melalui kesedaran besar-besaran penduduk negara Barat. Kita tidak tahu bila ajalnya. Apa yang pasti, ia tidak akan terlewat atau terawal walau sedetik. Dan syaitan sebagai pelindung dan sumber kekuatan regim penjajah itu, akan tumpas apabila Palestin dibebaskan demi Palestin, dan bukan lagi menjadi tunggangan sang penguasa timur dan barat yang menunggangnya demi kepentingan masing-masing.

#ΩΩ„Ψ³Ψ·ΩŠΩ†ΩŠ #ΩΩ„Ψ³Ψ·ΩŠΩ†

18/03/2024

Alhamdulillah Allah swt panjangkan umur sempat belajar mengungkai misteri bebola ini.

Ooo ada maksud rupanya.. ingatkan saja2 je letak kaler gitu πŸ˜…

Kredit: AzLong Empayar

18/03/2024

10,085-minutes crafts (one week + 5 minutes)

18/03/2024

At last, the Ministry of Education has agreed to revise both the curriculum and assessment methods. During the initial three years of schooling, there is no higher priority than aiding children in mastering how to learnβ€”the 3Mβ€”and identifying learning challenges that obstruct children's ability to learn, as well as their love for learning.

18/03/2024

Kata Imam Birgivi rahimahullah (meninggal dunia 1573m) di dalam Bab al-Ghadab (Marah), petikan karyanya, al-Tariqah al-Muhammadiyyah:

β€œSungguh! Terdapat sebahagian alim ulama dan guru yang mengajar kebenaran di dalam agama dengan cara yang kasar. Mereka menyalahkan para pendengar dengan dosa-dosa yang mungkin mereka tidak lakukan. Malah turut mengugut pendengar dengan bencana seksaan daripada Allah. Mereka yang seperti ini, menjadi punca kepada kemarahan. Sedangkan rumah Allah (masjid) bukan tempat untuk kemarahan. Mereka yang mengapi-apikan hal ini, tidak lain dan tidak bukan adalah golongan munafiq, sombong, angkuh dan mementingkan diri sendiri. Sekali pun apa yang mereka sebutkan itu adalah benar, namun dengan nada ucapan yang sedemikian rupa, ucapan itu sesungguhnya menjadi kata-kata mereka semata, dan bukan lagi kalam dari Allah. Mereka kemudiannya bukan mencegah manusia daripada melakukan dosa, sebaliknya telah menyebabkan orang ramai jadi berdosa kerana dihasut dengan kemarahan”

Imam Birgivi konsisten menegur sesama ilmuan zamannya agar memperbaiki cara berfikir dalam beragama, cara belajar agama, cara mengajar agama, dan cara mempertahankan agama. Komuniti ilmuan di zamannya, dek polisi Dawlah Uthmaniyyah memuliakan ulama, beransur-ansur menjadi kelompok yang elit, terpisah daripada realiti masyarakat dan semangat asal agama Allah dan jalan Muhammad ο·Ί .

17/03/2024

You have to see yourself to believe the terrible map.

πŸ€”

17/03/2024

Arabs in Europe are less than Middle East and North Africa combined. You’re welcome.

Egypt is smaller than the United States, Russia and China combined

17/03/2024

2024 adalah tahun kita kena celik pilihanraya. Dunia menyaksikan pilihanraya besar dan kecil di sana sini.

Isu Palestin menatijahkan impaknya membahagi dunia kepada dua jenis kerajaan.

Ada kerajaan yang kritiklah kerajaan itu macam mana pun, asalkan jangan kritik Israel. Kerajaan jenis ini banyak di belah-belah negeri omputeh sini.

Ada kerajaan yang kritiklah Israel macam mana pun, asalkan jangan kritik kerajaan berkenaan. Kerajaan jenis ini banyak ditemui di belah-belah orang Islam sendiri.

Palestin zaman berzaman menjadi bola tanggung golongan berkuasa yang memerintah. Golongan yang sesungguhnya membela Palestin demi Palestin, ia nadir di teduhan masa.

Allah swt jadikan syaitan wali kepada golongan yang tidak beriman itu. Syaitan hanya lemah mendepani keikhlasan hati bani Adam.

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Naas?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Skor TP vs Peratus dan Gred, mana yang lebih baik untuk ibu bapa?Setiap hari sembang dengan anak-anak, perhati belajar a...
Individu ADHD pelupa, yang bukan ADHD pun pelupa juga. Individu ADHD cemerkap, mudah kemalangan, individu bukan ADHD pun...
Jemput bersama meninjau surah al-β€˜Asr dan bagaimana al-Quran membina konsep masa. Anjuran Podcast What Now? Jom Ah Lepak...
Kita padam sesetengah komen, atau block sesetengah pengomen, bukan sebab berhati tisu atau tidak open minded. Dunia suda...
Kepompong Masyarakat Bermula Dengan Berjenis-jenis Sekolah
Ajal Mereka Semakin Hampir: Renungan Surah al-A’raf
Mendoakan agar individu yang telah pun menerima diagnosis ADHD supaya sembuh dengan memakan β€˜ubat’, mungkin tidak begitu...
Pendidikan Malaysia Kena Ikut Acuan Sendiri?
Ramadan: Training for Self Control
Adil Apabila Semua Sekolah Sama Bagus
Sekolah Elit: Kitaran Zalim Perlu Berhenti
Empayar Sombong Ada Ajalnya

Category

Address


Naas