HAZLY TUBE WELL

HAZLY TUBE WELL

Kami menawarkan perkhidmatan carigali artesis (air tanah) di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah

13/09/2024

SALAM JUMAAT
9 Rabiulawal 1446H
13 September 2024

10/09/2024

SK SAGIBAN RANAU | 10.09.24 | SELASA | HARI 7 | POIN 2

Alhamdulillah!

Mesin boleh beroperasi seperti biasa.

Lega tapi dalam masa yang sama berjaga-jaga, apalagi selepas ini ๐Ÿ˜…

Air Bawah Tanah 09/09/2024

Bacaan ilmiah

Air Bawah Tanah Leader in National Mineral and Geoscience Development

Air bawah tanah sumber alternatif negara โ€“ Ismail Sabri 09/09/2024

https://www.kosmo.com.my/2022/03/26/air-bawah-tanah-sumber-alternatif-negara-ismail-sabri/ #:~:text=%E2%80%9CMalaysia%20mempunyai%20sumber%20air%20bawah,sumber%20alternatif%20bekalan%20air%20negara

๐—”๐—ถ๐—ฟ ๐—ฏ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ต ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ต ๐˜€๐˜‚๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐—ฎ๐—น๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ป๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ณ ๐—ป๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ โ€“ ๐—œ๐˜€๐—บ๐—ฎ๐—ถ๐—น ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฟ๐—ถ

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
26 Mac 2022, 2:44 pm

BERA โ€“ Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata usaha perlu digembleng bagi meningkatkan penggunaan air bawah tanah yang boleh dijadikan sumber air alternatif negara.

Beliau berkata langkah itu wajar memandangkan air bawah tanah di negara ini hanya mencatatkan penggunaan tidak sampai tiga peratus meskipun negara mempunyai kapasiti air bawah tanah yang sangat besar.

โ€œ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐ฆ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐ฒ๐š๐ข ๐ฌ๐ฎ๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐š๐ข๐ซ ๐›๐š๐ฐ๐š๐ก ๐ญ๐š๐ง๐š๐ก ๐›๐ž๐ซ๐ค๐š๐ฉ๐š๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐Ÿ“,๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ ๐›๐ข๐ฅ๐ข๐จ๐ง ๐ฆ๐ž๐ญ๐ž๐ซ ๐ฉ๐š๐๐ฎ ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐ค๐ž๐ฎ๐ฉ๐š๐ฒ๐š๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ง๐ฃ๐š๐ง๐š๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐š ๐ฌ๐ž๐›๐š๐ง๐ฒ๐š๐ค ๐Ÿ”๐Ÿ’ ๐›๐ข๐ฅ๐ข๐จ๐ง ๐ฆ๐ž๐ญ๐ž๐ซ ๐ฉ๐š๐๐ฎ ๐ฌ๐ž๐ญ๐š๐ก๐ฎ๐ง, ๐ค๐š๐ฉ๐š๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐ข๐ง๐ข ๐ฌ๐š๐ง๐ ๐š๐ญ ๐›๐ž๐ฌ๐š๐ซ ๐๐š๐ง ๐ฌ๐ฎ๐๐š๐ก ๐ญ๐ž๐ง๐ญ๐ฎ ๐›๐ž๐ซ๐ฎ๐ฉ๐š๐ฒ๐š ๐ฆ๐ž๐ง๐ฃ๐š๐๐ข ๐ฌ๐ฎ๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐š๐ฅ๐ญ๐ž๐ซ๐ง๐š๐ญ๐ข๐Ÿ ๐›๐ž๐ค๐š๐ฅ๐š๐ง ๐š๐ข๐ซ ๐ง๐ž๐ ๐š๐ซ๐š.

โ€œPenggunaan air bawah tanah di Malaysia sebenarnya kurang daripada tiga peratus berbanding dengan negara lain seperti Denmark yang mencapai 100 peratus, Austria (98 peratus), Thailand (80 peratus), China (78 peratus) dan Amerika Syarikat (50 peratus),โ€katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Air Sedunia 2022 di Taman Awam Bera di sini hari ini.

Yang hadir sama, Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsuddin dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri, Datuk Seri Norolazali Sulaiman.

Menurut Ismail Sabri pada masa ini hanya beberapa kawsan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Kedah, Sabah dan Sarawak yang menggunakan air bawah tanah sebagai sumber air minuman.

Dalam pada itu beliau berkata, Kajian Sumber Air Negara (NWRS) bagi Semenanjung Malaysia (2000-2050) mengesyorkan pembinaan lebih banyak kawasan tadahan untuk memenuhi keperluan bekalan air domestik dan pengairan bagi menampung permintaan sehingga tahun 2050.

Selain itu katanya, kajian itu juga mendapati air bawah tanah boleh dijadikan sumber air alternatif untuk kawasan luar bandar dan kawasan terpencil dan untuk pelbagai kegunaan termasuk perindustrian, pertanian serta domestik melalui beberapa kaedah dan proses yang bersesuaian.

โ€œKementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) sedang giat melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti pemetaan, pembangunan, pemantauan dan Pembangunan Pusat Data dan Inventori Air Bawah Tanah.

โ€œLangkah ini bagi meningkatkan penggunaan air bawah tanah sebagai sumber konjuntif bekalan air negara untuk kegunaan struktur binaan seperti empangan bawah tanah, akuifer buatan dan susupan tebing,โ€katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, Dasar Sumber Air Negara (DSAN) yang menekankan keperluan untuk melindungi alam sekitar bagi memelihara sumber air akan dikaji semula dengan mengambil kira situasi dan cabaran semasa yang dihadapi sektor air negara.

Jelasnya dasar itu akan disesuaikan dengan pelan Transformasi Sektor Air 2040 dan perancangan-perancangan pembangunan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

โ€œAdalah menjadi hasrat saya untuk melihat Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri serta jabatan dan agensi bekerjasama merealisasikan pelaksanaan pengurusan sumber air negara secara bersepadu.

โ€œSaya menyeru kepada semua pihak berkepentingan agar memberi perhatian, tumpuan serta mengambil tindakan yang berterusan memelihara sumber air terutamanya air bawah tanah demi memastikan ketersediaan air,โ€ujarnya.

Sementara itu beliau berkata, pada masa ini Jabatan Pengairan dan Saliran sedang melaksanakan Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) di Bera dalam usaha mengurangkan risiko banjir.

Ujarnya, projek yang dapat memberi manfaat kepada kira-kira 100,000 penduduk di Bera ini boleh dijadikan panduan dan rujukan bagi merancang pembangunan masa hadapan khususnya dalam sistem perparitan yang lebih sistematik dan mampan. -KOSMO! ONLINE

Air bawah tanah sumber alternatif negara โ€“ Ismail Sabri BERA โ€“ Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata usaha perlu digembleng bagi meningkatkan penggunaan air bawah tanah yang boleh dijadikan sumber air alternatif negara. Beliau berkata langkah itu wajar memandangkan air bawah tanah di negara ini hanya mencatatkan penggunaan tidak sampai...

09/09/2024

PULAU TUBA, kebetulan sejak kami tiba, kerap hujan. HUJAN LEBAT.

Alhamdulillah ๐Ÿคฒ

Beginilah antara kesannya, kenderaan berat lalu di tanah yang lembut.

Jika ada yang tertanya, "Ya, lubang telah kami kambus semula dengan rapi."

08/09/2024

๐—–๐—”๐—•๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—›๐—”๐—ฃ '๐—ฆ๐—จ๐— ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ก'

08.09.24 | AHAD | SK SAGIBAN RANAU | HARI 5 | POIN 2

Ya Allah!

Sejujurnya kami sudah 'letih' satu per satu perkara terjadi, membuatkan kerja-kerja tergendala.

Kali ini, terdapat masalah pada 'Hydraulic Steering Control' tuil yang mengawal hidraulik untuk fungsi:

1. Menurunkan rod;
2. Menurunkan sambil memusingkan rod;
3. Menggerakkan crawler.

Tetapi apabila kami ingin menurunkan sambil memusingkan rod, crawler turut bergerak.

Ini menyebabkan, rod jadi perlahan dan tidak berfungsi dengan baik.

Esok akan hantar untuk dibaiki. Sebenarnya kami sudah cuba baiki, namun masalah yang sama berulang dalam sekejap.

Nampaknya perlu lakukan solat hajat dan doa selamat.

Pening kepala ๐Ÿ˜ตโ€๐Ÿ’ซ

08/09/2024

๐‘ฉ๐’†๐’“๐’Š๐’•๐’‚ ๐‘จ๐’•๐’‚๐’” ๐‘ป๐’‚๐’๐’Š๐’‚๐’:
๐Ÿ“,๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ ๐ฉ๐ž๐ง๐๐ฎ๐๐ฎ๐ค ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ฎ ๐“๐ฎ๐›๐š ๐›๐š๐ค๐š๐ฅ ๐ง๐ข๐ค๐ฆ๐š๐ญ๐ข ๐ค๐ž๐ฆ๐ฎ๐๐š๐ก๐š๐ง ๐ฅ๐ž๐›๐ข๐ก ๐›๐š๐ข๐ค
-BERITA HARIAN

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1295646/5000-penduduk-pulau-tuba-bakal-nikmati-kemudahan-lebih-baik

-Ihsan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)

08/09/2024
08/09/2024

๐—ง๐—”๐—ก๐——๐—” ๐—ฆ๐—จ๐——๐—”๐—› ๐— ๐—˜๐—ก๐—˜๐— ๐—จ๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—ฃ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ง๐—จ

SK Sagiban Ranau

08/09/2024

UJI AUTO

Lulus โœ…

08/09/2024

*RAMALAN CUACA SIGNIFIKAN*

Berdasarkan analisis model-model cuaca, penumpuan angin yang berlaku di utara Semenanjung dijangka berterusan sehingga 12 September 2024. Keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dalam tempoh yang lebih panjang terutamanya di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak.

Sementara itu, di negeri-negeri lain, cuaca ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang masih berpotensi berlaku sepanjang minggu ini.

Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Ketua Pengarah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)
Masa dikeluarkan: 6:00 petang
Tarikh: 07 September 2024

07/09/2024

07.09.24 | SABTU | SK LUBUK CHEMPEDAK | HARI 1 | POIN 3

Hujan lebat hari ini di bumi Pulau Tuba

Percubaan kali ketiga ๐Ÿ˜…

Semoga di poin ini, diizinkan air yang mencukupi ๐Ÿคฒ

Nota: SMK Langkawi Pulau Tuba dan SK Lubuk Chempedak kedudukannya bersebelahan.

06/09/2024

S.O.P - BERDOA

Secanggih mana pun teknologi,
Sehebat mana pun peralatan,
Semahir mana pun kepakaran,
Setinggi mana pun pengetahuan,
Sebanyak mana pun pengalaman.

KITA TETAP HAMBANYA,
SEMUA YANG KITA TAHU, KITA CIPTA, ADALAH ILHAM DARINYA

Kami pun kadang-kadang terlupa,
Kami pun kadang-kadang leka,
Kami pun kadang-kadang alpa.

Aib kami Allah pelihara, sehingga dipandang hebat di mata manusia.

Sesungguhnya kami malu, terlalu banyak cela, kekurangan yang tertutup rapi.

Oleh itu, kami cuba usahakan supaya sentiasa berdoa, memohon padanya sebelum memulakan kerja.

Kami juga sentiasa ingatkan diri, apabila berjaya dalam sesuatu kerja, Allah yang izinkan semua usaha yang dilakukan berjaya.

Semuanya dari Dia, kami, tiada daya ๐Ÿ˜Š

Photos from Masjid Nurul Islam's post 05/09/2024

Alhamdulillah
Semoga bermanfaat ๐Ÿคฒ

Want your business to be the top-listed Contractor in Alor Gajah?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

SK SAGIBAN RANAU | 10.09.24 | SELASA | HARI 7 | POIN 2Alhamdulillah!Mesin boleh beroperasi seperti biasa.Lega tapi dalam...
PULAU TUBA, kebetulan sejak kami tiba, kerap hujan. HUJAN LEBAT.Alhamdulillah ๐ŸคฒBeginilah antara kesannya, kenderaan bera...
๐—–๐—”๐—•๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—›๐—”๐—ฃ '๐—ฆ๐—จ๐— ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ก'08.09.24 | AHAD | SK SAGIBAN RANAU | HARI 5 | POIN 2Ya Allah! Sejujurnya kami sudah 'letih' satu...
๐‘ฉ๐’†๐’“๐’Š๐’•๐’‚ ๐‘จ๐’•๐’‚๐’” ๐‘ป๐’‚๐’๐’Š๐’‚๐’:๐Ÿ“,๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ ๐ฉ๐ž๐ง๐๐ฎ๐๐ฎ๐ค ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ฎ ๐“๐ฎ๐›๐š ๐›๐š๐ค๐š๐ฅ ๐ง๐ข๐ค๐ฆ๐š๐ญ๐ข ๐ค๐ž๐ฆ๐ฎ๐๐š๐ก๐š๐ง ๐ฅ๐ž๐›๐ข๐ก ๐›๐š๐ข๐ค-BERITA HARIANhttps://www.bharian.com.my/...
๐—ง๐—”๐—ก๐——๐—” ๐—ฆ๐—จ๐——๐—”๐—› ๐— ๐—˜๐—ก๐—˜๐— ๐—จ๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—ฃ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ง๐—จSK Sagiban Ranau#Sabah #Ranau#HazlyTubeWell #TubeWell#WaterWellDrilling#MissionRestart
UJI AUTOLulus โœ…#PROJEK_CSR_LADA#SKPulauTuba#HazlyTubeWell#WaterWellDrilling#TubeWell #SemuaAllahPunya
07.09.24 | SABTU | SK LUBUK CHEMPEDAK | HARI 1 | POIN 3Hujan lebat hari ini di bumi Pulau TubaPercubaan kali ketiga ๐Ÿ˜…Sem...
29.08.24 | KHAMIS | SK LUBUK CHEMPEDAKAlhamdulillah! Pasukan HAZLY TUBE WELL memahami, dan terus memulakan kerja tanpa b...
30.08.24 | JUMAAT | SK LUBUK CHEMPEDAK | HARI 2 | POIN 1Projek CSR LADA Program 'Kampung Angkat'Dimulakan dengan Bismill...
MADRASAH TARBIATUL AULADIAH DARUL ULUM (PONDOK KILIM) | 12 - 20.08.2024 | POIN 1 450 KAKI, POIN 2 190 KAKI | LUAHAN 1 MI...
PEMANDANGAN INDAH | 05.08.2024Setelah jalan masuk disiapkan, kami mula memindahkan semua kenderaan dan peralatan serta m...
Masjid Nurul Islam Video adalah hasil air daripada,01.08.24 Luahan air dari lubang yang tinggal 210 kaki selepas runtuh ...

Telephone

Website

Address

PUSAT OPERASI DAN STOR
Alor Gajah
78000