Videos by HAZLY TUBE WELL in Alor Gajah. Kami menawarkan perkhidmatan carigali artesis (air tanah) di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah
SK SAGIBAN RANAU | 10.09.24 | SELASA | HARI 7 | POIN 2
Alhamdulillah!
Mesin boleh beroperasi seperti biasa.
Lega tapi dalam masa yang sama berjaga-jaga, apalagi selepas ini 😅
#TubeWell #WaterWellDrilling
#Ranau #Sabah #Borneo
#SKSagiban
#MissionRestart
SK SAGIBAN RANAU | 10.09.24 | SELASA | HARI 7 | POIN 2 Alhamdulillah! Mesin boleh beroperasi seperti biasa. Lega tapi dalam masa yang sama berjaga-jaga, apalagi selepas ini 😅 #TubeWell #WaterWellDrilling #Ranau #Sabah #Borneo #SKSagiban #MissionRestart
PULAU TUBA, kebetulan sejak kami tiba, kerap hujan. HUJAN LEBAT. Alhamdulillah 🤲 Beginilah antara kesannya, kenderaan berat lalu di tanah yang lembut. Jika ada yang tertanya, "Ya, lubang telah kami kambus semula dengan rapi." #Kongsipengalaman #PulauTuba #Langkawi #WaterWellDrilling #HazlyTubeWell #Pindahsite
𝗖𝗔𝗕𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗛𝗔𝗣 '𝗦𝗨𝗠𝗣𝗔𝗛𝗔𝗡' 08.09.24 | AHAD | SK SAGIBAN RANAU | HARI 5 | POIN 2 Ya Allah! Sejujurnya kami sudah 'letih' satu per satu perkara terjadi, membuatkan kerja-kerja tergendala. Kali ini, terdapat masalah pada 'Hydraulic Steering Control' tuil yang mengawal hidraulik untuk fungsi: 1. Menurunkan rod; 2. Menurunkan sambil memusingkan rod; 3. Menggerakkan crawler. Tetapi apabila kami ingin menurunkan sambil memusingkan rod, crawler turut bergerak. Ini menyebabkan, rod jadi perlahan dan tidak berfungsi dengan baik. Esok akan hantar untuk dibaiki. Sebenarnya kami sudah cuba baiki, namun masalah yang sama berulang dalam sekejap. Nampaknya perlu lakukan solat hajat dan doa selamat. Pening kepala 😵💫 #Cubaan_ke_sumpahan #HazlyTubeWell #TubeWell #Ranau #Sabah #Borneo #SKSagiban #MissionDelayed #WaterWellDrilling
𝑩𝒆𝒓𝒊𝒕𝒂 𝑨𝒕𝒂𝒔 𝑻𝒂𝒍𝒊𝒂𝒏: 𝟓,𝟎𝟎𝟎 𝐩𝐞𝐧𝐝𝐮𝐝𝐮𝐤 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐓𝐮𝐛𝐚 𝐛𝐚𝐤𝐚𝐥 𝐧𝐢𝐤𝐦𝐚𝐭𝐢 𝐤𝐞𝐦𝐮𝐝𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐛𝐚𝐢𝐤 -BERITA HARIAN https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1295646/5000-penduduk-pulau-tuba-bakal-nikmati-kemudahan-lebih-baik -Ihsan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)
𝗧𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗦𝗨𝗗𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗡𝗘𝗠𝗨𝗜 𝗟𝗔𝗣𝗜𝗦𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗧𝗨 SK Sagiban Ranau #Sabah #Ranau #HazlyTubeWell #TubeWell #WaterWellDrilling #MissionRestart
07.09.24 | SABTU | SK LUBUK CHEMPEDAK | HARI 1 | POIN 3 Hujan lebat hari ini di bumi Pulau Tuba Percubaan kali ketiga 😅 Semoga di poin ini, diizinkan air yang mencukupi 🤲 Nota: SMK Langkawi Pulau Tuba dan SK Lubuk Chempedak kedudukannya bersebelahan.
29.08.24 | KHAMIS | SK LUBUK CHEMPEDAK Alhamdulillah! Pasukan HAZLY TUBE WELL memahami, dan terus memulakan kerja tanpa berlengah. Untuk makluman, kos RORO dan Loader dibiayai oleh pihak LADA, namun menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan bajet dapat dijimatkan sebanyak mungkin. Semoga kerja-kerja di ketiga-tiga lokasi dipermudahkan. Kerja lancar ➡️ Tempoh pendek ➡️ Kos rendah Sudah 60 kaki 💪
30.08.24 | JUMAAT | SK LUBUK CHEMPEDAK | HARI 2 | POIN 1 Projek CSR LADA Program 'Kampung Angkat' Dimulakan dengan Bismillah di pagi Jumaat. Sudah 120 kaki. Chaiyok Team 💪
MADRASAH TARBIATUL AULADIAH DARUL ULUM (PONDOK KILIM) | 12 - 20.08.2024 | POIN 1 450 KAKI, POIN 2 190 KAKI | LUAHAN 1 MINIT HABIS 27.06.24 Kami telah melawat lokasi dan berjumpa dengan Ustaz yang menguruskan madrasah. Beliau memaklumkan, madrasah telah membuat satu telaga tiub, namun bukan yang jenis pecah batu, dan telaga telah kering. Kami akan cuba carigali satu telaga, menembusi lapisan batu. 12.08.24 Proses memindahkan mesin dari Masjid Nurul Islam Sg Itau ke Pondok Kilim. 13.08.24 Kerja-kerja mencarigali dan membina satu (1) telaga tiub dimulakan dan hari ini ditamatkan pada 190 kaki. 14.08.24 Di kedalaman 240 kaki masih tiada air, kering. Kami buat keputusan semasa di kedalaman. 300 kaki untuk pindah ke Poin 2. 15.08.2024 Kami mula gali di Poin 2 dengan harapan dapat menemui air. Namun kami dapati sampel batu dan keadaan hanya berhabuk sama seperti di Poin 1. 16.08.2024 Setelah dapati tiada perubahan, di 190 kaki, kami buat keputusan untuk hentikan carigali di Poin 2 dan memilih untuk patah balik ke Poin 1 dan dalamkan. 18.08.2024 Kembali ke Poin 1, sambung dari 300 kaki 390 kaki, namun belum berhasil. 19.08.2024 Cecah 400 kaki, kami bercadang untuk masukkan pam dan lakukan ujian, tetapi masih tiada air, kami tambah hingga 450 kaki. Rekod baru kedalaman untuk telaga saiz 4 inci. Walau bagaimanapun, tiada perubahan, AIR SANGAT SEDIKIT. Kami cuba lakukan proses flushing, tiada sebarang sampel yang keluar, hanya angin.Phew! Kami teruskan dengan mengeluarkan rod. 20.08.2024 Kami bersedia dengan timer untuk kawal luahan air secara berjadual jika tidak mencukupi. Amat menghampakan, air hanya mampu bertahan selama 1 minit sebelum habis. Telaga ini tidak layak diserahkan pada klien, kami dengan berat hati mengisytiharkan TELAGA GAGAL. Kami amat terkilan kerana tidak dapat membantu masalah air yang dihadapi oleh madrasah ini. Walaupun mempunyai bekalan air dari kerajaan, tetapi kerap berlaku gangguan air. Pihak madrasah dan kami sendiri amat berharap k
PEMANDANGAN INDAH | 05.08.2024 Setelah jalan masuk disiapkan, kami mula memindahkan semua kenderaan dan peralatan serta mesin ke poin carigali. Dimulakan dengan lori 3 tan yang penuh dengan pelbagai perkakas dan peralatan. Memandangkan ini jalan baru, tanah pun lembut lagi, lori pula berat, tayar bukan untuk off road, maka, TERSANGKUTLAH LORI 😁😁😁 Alhamdulillah, dapat bantuan dari back hoe yang masih berada di sana 🤲 Selesai satu cabaran, tapi ada lagi yang menyusul. Ada di post seterusnya 😉
Masjid Nurul Islam Video adalah hasil air daripada, 01.08.24 Luahan air dari lubang yang tinggal 210 kaki selepas runtuh dari 400 kaki. Sangat minimum namun tidak putus. Walau bagaimanapun, kami ingin membaiki telaga tersebut sebaik mungkin sebelum serah. 04.08.24 Luahan air selepas runtuh lagi dari 210 kaki hanya tinggal 130 kaki. Tertimbus bersama pam. Ini menggunakan pam kedua. Hasil sangat menyedihkan. Kami isytiharkan telaga GAGAL. 12.08.24 Luahan air dari Poin 2, kedalaman 110 kaki, kadar luahan 400 Gelen @ 1,900 Liter per jam. Alhamdulillah! Pihak masjid perlu sediakan tangki untuk menyimpan air ya 🙏 Baru senang hati untuk serahkan telaga 😁 Semoga bermanfaat 😊
Masjid Nurul Islam | 30.07.24 - 01.08.24, 03.08.24 - 04.08.24 30.07.24 Kami memulakan kerja-kerja penggalian lewat petang. Lapisan bawah tanah lokasi ini, batu berwarna merah seperti darah jika dilihat sekali imbas. Kerja dihentikan pada kedalaman 100 kaki. 31.07.24 Kerja disambung hingga kedalaman 360 kaki, air sangat sedikit 😌 01.08.24 Kami gali hingga maksimum 400 kaki untuk saiz telaga 4 inci. Air masih sedikit. Jadi kami berhenti untuk rehat, dan akan sambung dengan proses flushing. Selesai flushing, kami keluarkan rod dan masukkan pam 1.5 hp, di kedalaman 360 kaki. CABARAN BERMULA DI SINI. Pam hanya boleh masuk hingga 210 kaki 😱 LUBANG RUNTUH! Ok, kami cuba teruskan dengan ujian pengepaman. Alhamdulillah air ada, tidak putus, namun luahan tidak mencapai piawaian. Kami bingung, dan dalam dilema untuk serahkan telaga pada pihak masjid. Akhirnya kami, minta masa dari pihak masjid untuk melakukan beberapa usaha lain. Kami akan cuba flushing semula dan baiki lubang. Pihak masjid pula, setelah kami berjaya selesikan 400 kaki, terus masukkan bayaran susulan. Lagilah kami menggeletar, kerana, telaga belum layak diserahkan. 03.08.24 Kami kembali, untuk membaiki lubang. Cadangan penyelesaian, naikkan pam. Gali semula lubang sama, besarkan diameter, gali hingga dasar, masukkan selongsong, beserta skrin dan gravel pack. Ya, kita buat Case Hole, kerana batu di lokasi ini mudah runtuh. SATU LAGI CABARAN! Pam tidak boleh keluar! Lubang runtuh lagi. Macam-macam cara kami lakukan, untuk keluarkan pam, tarik guna mesin, flushing masih tiada perubahan. Dalam keadaan tersebut, kami diduga dengan polypipe terlepas dari tangan semasa proses flushing dan melibas seorang penunggang motosikal. Setelah mangsa dibawa ke hospital, kerja-kerja disambung semula. Akhirnya kami akur, pam gagal dikeluarkan. 04.08.24 Kami masukkan satu pam lain, lubang hanya tinggal 130 kaki sahaja. Runtuh lagi. Air masih ada, kami lakukan ujian pengepaman. Air batuk-batuk! Kami isyt
Masjid Nurul Islam | 31.07.24 | Selasa Proses 'Hacking' Tar untuk membuat laluan air dan pit. #Langkawi
LOK KAWI | 12.08.24 -14.08.24 Selesai kerja di Lok Kawi, kami diarahkan oleh main con untuk memindahkan dan menyimpan semua mesin, perkakas dan peralatan di gudang (warehouse) mereka sehingga dimaklumkan projek berikutnya. Terima kasih Lok Kawi! Ke mana kita seterusnya? #LokKawi #Sabah #Borneo #Journeytosuccess
LOK KAWI | 07.08.24 - 12.08.24 | POIN 1 | 6" 150' | OPEN HOLE Alhamdulillah! Allah izinkan kerja-kerja mencarigali sumber air bumi dan membina satu telaga tiub bersaiz 6 inci berjaya menemui air ya g mencukupi di kedalaman 150 kaki. MasyaAllah Tabarakallah! Allah hadirkan kegembiraan setelah satu per satu ujian silih berganti. Dua lokasi kami terpaksa keluar dengan kesedihan kerana gagal menemui sumber air. Lok Kawi, KEJAYAAN PERTAMA pasukan HAZLY TUBE WELL di bumi Sabah. Semoga Allah izinkan setiap usaha kami menemui kejayaan. Amiin. #LokKawi #Sabah #Borneo #Journeytosuccess #Missionaccomplished
Entahlah! Buat apa pun yang terkesan tetap rakyat jelata. Yang boleh daftar pun bukan semua kenderaan yang menggunakan diesel. Ada kategorinya. Macam kami, self loader tak layak dapat diesel subsidi. Compressor kami, tak layak dapat harga subsidi. Mesin kami pun tak layak. 4 X 4 pula kerana nama sendiri cuma layak RM 200 sebulan. Akhir zaman, memang banyak kezaliman 😓