Videos by Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil in Ampang. page rasmi Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil - Presiden Tirmidhi Centre, Ketua Penolong M***i (B
Petikan daripada personal FB Dr. Syed Shahridzan
Benar, kalau ikut hukum fiqh boleh je berlatih silat dalam masjid. Cuma persoalannya adakah kerajaan Arab Saudi benarkan aktiviti sukan seperti pencak silat di kawasan Masjid Nabawi? Setahu saya peraturan tempatan tidak membenarkan sebarang aktiviti seperti itu. Apa perasaan kita bila orang luar datang ke negara kita tidak ikut peraturan tempatan?
Apatah lagi aktiviti ini dilihat pelik oleh masyarakat tempatan dan jemaah luar negara yang hadir. Bagi kita yang faham seni silat Melayu tidak mengapa, tetapi orang luar tengok ia kelihatan seperti tarian bukan seni mempertahankan diri. Oleh itu, aktiviti seperti ini perlu ditinggalkan untuk elak fitnah. Adat dan uruf setempat perlu diambil kira dan diraikan.
Hukum Fiqh ✅
Peraturan tempatan ❌
Hukum adat & uruf setempat ❌
Kalau di Malaysia ada sebahagian masjid² tidak membenarkan jemaah tidur baring dalam dewan solat, tetapi dibenarkan di kawasan beranda masjid. Saya pernah tanya AJK mengapa tidak benarkan. AJK jawab, sebab dah banyak kali ada jemaah yang tidur dalam dewan solat sambil berdengkur kuat sehingga mengganggu jemaah lain beribadat 😅🤣. Kalau ikut hukum fiqh boleh je baring dalam masjid. Tetapi adakala perkara yang “harus” perlu dilarang demi maslahat tertentu.
Saya pernah lihat satu video kerajaan Arab Saudi tegur pihak autoriti haji Indonesia tentang segelintir jemaah mereka yang berkelakuan pelik di tanah suci, seperti menari, menyanyi lagu beramai² ketika saie dan melaungkan slogan Pancasila ketika ibadah umrah. Jangan sampai nanti Tabung Haji ditegur oleh kerajaan Arab Saudi atas sebab kelakuan segelintir rakyat Malaysia.
Wallahu A’lam
Sekadar pandangan peribadi.
DUSS @ Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi
-admin page-
Petikan daripada personal FB Dr. Syed Shahridzan Benar, kalau ikut hukum fiqh boleh je berlatih silat dalam masjid. Cuma persoalannya adakah kerajaan Arab Saudi benarkan aktiviti sukan seperti pencak silat di kawasan Masjid Nabawi? Setahu saya peraturan tempatan tidak membenarkan sebarang aktiviti seperti itu. Apa perasaan kita bila orang luar datang ke negara kita tidak ikut peraturan tempatan? Apatah lagi aktiviti ini dilihat pelik oleh masyarakat tempatan dan jemaah luar negara yang hadir. Bagi kita yang faham seni silat Melayu tidak mengapa, tetapi orang luar tengok ia kelihatan seperti tarian bukan seni mempertahankan diri. Oleh itu, aktiviti seperti ini perlu ditinggalkan untuk elak fitnah. Adat dan uruf setempat perlu diambil kira dan diraikan. Hukum Fiqh ✅ Peraturan tempatan ❌ Hukum adat & uruf setempat ❌ Kalau di Malaysia ada sebahagian masjid² tidak membenarkan jemaah tidur baring dalam dewan solat, tetapi dibenarkan di kawasan beranda masjid. Saya pernah tanya AJK mengapa tidak benarkan. AJK jawab, sebab dah banyak kali ada jemaah yang tidur dalam dewan solat sambil berdengkur kuat sehingga mengganggu jemaah lain beribadat 😅🤣. Kalau ikut hukum fiqh boleh je baring dalam masjid. Tetapi adakala perkara yang “harus” perlu dilarang demi maslahat tertentu. Saya pernah lihat satu video kerajaan Arab Saudi tegur pihak autoriti haji Indonesia tentang segelintir jemaah mereka yang berkelakuan pelik di tanah suci, seperti menari, menyanyi lagu beramai² ketika saie dan melaungkan slogan Pancasila ketika ibadah umrah. Jangan sampai nanti Tabung Haji ditegur oleh kerajaan Arab Saudi atas sebab kelakuan segelintir rakyat Malaysia. Wallahu A’lam Sekadar pandangan peribadi. DUSS @ Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi -admin page-
Sebenarnya ramai yang salah faham tentang hukum sentuh Kaabah ketika tawaf. Benar, dalam mazhab Syafi’i menyentuh Kaabah ketika tawaf boleh menjejaskan keabsahan pusingan tawaf, tetapi bukan batal tawaf secara mutlak, bahkan ada perincian hukum untuk menyelesaikan permasalahan ini. Untuk penjelasan lanjut boleh baca tulisan saya sebelum untuk memahami hukum sentuh Kaabah ketika tawaf menurut mazhab Syafi’i. https://www.facebook.com/100063505994884/posts/659084629551731/ Adakah permasalahan sentuh Kaabah ada khilaf dalam kalangan ulama? Ya, ada khilaf di dalam mazhab Syafi’i sendiri. Menurut Imam Nawawi di dalam kitab Minhaj al-Tolibin bahawa wujud pandangan kedua dalam mazhab Syafi’i yang berpendapat bahawa sentuh Kaabah tidak membatalkan tawaf. Alasan tidak batal tawaf telah dijelaskan oleh Imam al-Khatib al-Syirbini di dalam kitab Mughni al-Muhtaj kerana sebahagian besar tubuh badan orang yang bertawaf berada di luar kawasan Kaabah. Ini bermakna orang yang sentuh Kaabah bermakna masih layak dikira sebagai orang yang bertawaf di luar Kaabah. Persoalannya adakah nikah anak²nya sah sebelum ini? adakah dia masih dikira berihram ketika menikahkan anak² perempuannya? Jawapannya: tawafnya dikira sah dan urusan pernikahan juga tetap sah jika bertaklid kepada pandangan kedua mazhab Syafi’i yang menyatakan sentuh Kaabah ketika tawaf tidak menjejaskan atau membatalkan rukun tawaf. Oleh yang demikian isu ini tidak perlu dibebankan. Perbezaan pandangan yang muktabar antara ulama adalah rahmat untuk umat Islam. Jika seseorang diuji dengan sesuatu masalah yang tidak dapat diselesaikan melalui pandangan muktamad mazhab tempatan, maka dia harus bertaklid kepada pandangan kedua mazhab atau mazhab² ahli sunnah yang lain iaitu, mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali. Wallahu A’lam Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil
Panduan Solat Musafir pada hari Jumaat oleh Dr. Syed Shahridzan. #SelamatMengundi Sila baca tajuk lain yang berkaitan dengan solat musafir. Salah faham hukum jamak dan qasar https://www.facebook.com/100383824967173/posts/509040464101505/?d=n Tidak boleh jamak qasar di kampung halaman? https://www.facebook.com/100383824967173/posts/511919200480298/?d=n Pilih Jalan Lebih Jauh Demi Rukhsah https://www.facebook.com/100383824967173/posts/508574570814761/?d=n Solat Musafir Bagi Yang Bertukar² Tempat https://www.facebook.com/100383824967173/posts/509667894038762/?d=n Maksud Kawasan Mukim https://www.facebook.com/100383824967173/posts/510332280638990/?d=n
Peluang keemasan. Daftar segera Kursus Imam dan Muazzin anjuran Masjid Raja Haji Fi Sabilillah. Kursus ditawarkan secara percuma. Dr. Syed Shahridzan akan mengajar slot “Fiqh Solat Berjemaah”.
Fiqh Haji & Umrah, Dr. Syed Shahridzan
Kuliah Maghrib Online
Pengajian Kitab: Muqaddimah Hadramiyyah
Bab: Haji dan Umrah
Bersama: Ustaz Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil
Isu tertukar anak menurut perspektif Islam
Pagi tadi Dr. Syed Shahridzan bersama BERNAMA TV bagi membincangakan isu tertukar anak dan perkara ini disedari setelah 20 tahun.
Video yang mantap. Penerbit, pelakon dan penulis skrip berjaya memberi pemahaman yang baik. Rugi tak tonton video yang santai dan sampai.
Saya pengerusi surau ****** setiap minggu boleh hadir solat Jumaat. Tapi atas alasan nak beri ruang jemaah lain dapat hadir jadi saya selang seminggu tak hadir. Jadi kalau hadir Solat Jumaat selang seli boleh tak? sebab alasan nak bagi ruang jemaah lain dapat hadir Jumaat jugak? Sila dengar jawapan sampai habis melalui video di bawah ini: Wallahu A’lam