Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil
Nearby schools & colleges
Muar
Kemaman
Kemaman
Batu Kawa 93250
Paka TERENGGANU
Muar
Keningau
Meru
Muar
Muar
Batu Kawa 93250
Tapah Road
You may also like
page rasmi Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil - Presiden Tirmidhi Centre, Ketua Penolong M***i (B
::ISYARAT JARI KETIKA TAHIYYAT::
1) Antara amalan sunat di dalam solat ialah mengangkat jari telunjuk ketika tahiyyat. Ini bertunjangkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar RA, beliau berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِذَا قَعَدَ يَدْعُو وَضَعَ يَدَهُ الْيُمْنَى عَلَى فَخِذِهِ الْيُمْنَى وَيَدَهُ الْيُسْرَى عَلَى فَخِذِهِ الْيُسْرَى وَأَشَارَ بِإِصْبَعِهِ السَّبَّابَةِ وَوَضَعَ إِبْهَامَهُ عَلَى إِصْبَعِهِ الْوُسْطَى وَيُلْقِمُ كَفَّهُ الْيُسْرَى رُكْبَتَهُ
Maksudnya: Rasulullah SAW apabila duduk (tahiyyat), Baginda meletakkan tapak tangan kanan di atas peha kanan dan tapak tangan kiri di atas peha kiri, sambil mengangkat jari telunjuk dalam keadaan ibu jari diletakkan di atas jari tengah, manakala tapak tangan kiri Baginda p**a menutup bahagian lutut. (Riwayat Muslim)
2) Menurut mazhab Syafi'i bahawa jari telunjuk diangkat ketika sebutan lafaz "illallah" (إلا الله) yang berpandukan riwayat dalam Musannaf Abdul Razzaq:
سُئِلَ ابْنُ عَبَّاسٍ، عَنْ تَحْرِيكِ الرَّجُلِ إِصْبَعَهُ فِي الصَّلَاةِ، فَقَالَ : ذَلِكَ الْإِخْلَاصُ
Maksudnya: “Ibnu 'Abbas RA ditanya tentang seorang lelaki menggerakkan jari ketika solat, lalu beliau menjawab : "Itu adalah ikhlas (mengesakan Allah).”
Manakala dalam al-Sunan al-Kubra Imam al-Baihaqi meriwayatkan bahawa:
سُئِلَ ابْنُ عَبَّاسٍ عَنِ الرَّجُلِ يَدْعُو يُشِيرُ بِأُصْبُعِهِ، فَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ: " هُوَ الْإِخْلَاصُ
Maksudnya: “Ibnu 'Abbas RA ditanya tentang seorang lelaki berdoa sambil mengangkat jari ketika solat, lalu beliau menjawab : "Itu adalah ikhlas (mengesakan Allah).”
Al-Baihaqi juga meriwayatkan di dalam al-Sunan al-Kubra dalam bab “باب ما ينوي المشير بإشارته في التشهد“ (Niat orang yang menunjuk isyaratnya ketika tasyahhud) sebagai riwayat penyokong:
إنما كان رسول الله ﷺ يصنع ذلك لما يوحد بها ربه تبارك وتعالى
Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah ﷺ melakukan begitu(mengangkat jari telunjuk) untuk mentauhidkan Tuhannya Tabaraka wa Ta’ala.”
3) Berdasarkan riwayat di atas, para ulama mazhab Syafi'i (Ashabul Wujuh) berpandangan bahawa disunatkan mengangkat jari untuk mentauhidkan Allah SWT. Oleh yang demikian jari telunjuk diangkat ketika bacaan kalimat "illallah" kerana ia adalah frasa yang mengisbatkan keesaan Allah SWT.
4) Selain itu, bilakah jari telunjuk itu perlu diturunkan?
Menurut Sheikh Syubramullisi bahawa terdapat dua pandangan, iaitu jari telunjuk diturunkan selepas salam pertama dan kedua selepas selesai kedua² salam. Namun pendapat yang muktamad ialah jari telunjuk diturunkan selepas sempurna kedua² salam dalam solat.
Sheikh Syubramullisi juga menjelaskan zahir pandangan Imam Ibn Hajar bahawa jari telunjuk diturunkan setelah selesai tasyahhud (bacaan tahiyyat).
Walaubagaimana pun Sheikh Sato al-Bakri tidak bersetuju dengan kenyataan ini, beliau menganggap kalam Imam Ibn Hajar bukan bermaksud salam dalam solat terkeluar daripada lingkungan isyarat jari telunjuk, bahkan beliau mentakwil kalam tersebut sebagai isyarat jari yang berterusan sehingga selesai solat (salam).
5) Hujah mazhab Syafi’i dalam perkara ini berdasarkan hadis:
عَنِ ابْنِ عُمَرَ: «أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا جَلَسَ فِي الصَّلَاةِ وَضَعَ يَدَيْهِ عَلَى رُكْبَتَيْهِ، وَرَفَعَ إِصْبَعَهُ الْيُمْنَى الَّتِي تَلِي الْإِبْهَامَ، فَدَعَا بِهَا وَيَدَهُ الْيُسْرَى عَلَى رُكْبَتِهِ بَاسِطَهَا عَلَيْهَا»
Maksudnya: Abdullah bin Umar RA meriwayatkan bahawa ketika Rasulullah ﷺ duduk (tahiyyat) Baginda meletakkan kedua-dua tangan pada kedua lututnya dan Baginda mengangkat jari telunjuk kanannya lalu berdoa dengannya. (Riwayat Muslim)
6) Berdasarkan hadis riwayat Muslim ulama mazhab Syafi’i berpandangan berdasarkan kalimat “فدعا بها” (lalu Baginda ﷺ berdoa dengannya) menunjukkan bahawa jari telunjuk kekal diangkat sehingga selesai solat. Ini kerana jari perlu kekal diisyaratkan selagimana bacaan doa dilafazkan dan sudah tentu selawat dan bacaan tahiyyat sebahagian daripada doa, bahkan ucapan salam juga dikategorikan sebagai doa. Oleh yang demikian, fuqaha Syafi’iyyah berijtihad bahawa jari diturunkan setelah selesai kedua-dua salam, iaitu apabila salam selesai diucapkan maka doa juga dianggap selesai.
Wallahu A’lam
Dr. Syed Shahridzan Ben Agil
Para ulama bersepakat bahawa sifat solat yang disyariat ketika Iktidal adalah bacaan zikir Tasmik (Samiʿallāhu Liman Ḥamidah) dan Tahmid (Rabbanā Lakal Ḥamd). Namun para ulama berbeza pandangan dalam penentuan zikir yang manakah selayaknya dibaca oleh imam dan makmum.
Sepotong hadis sahih yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
إِنَّمَا جُعِلَ الإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ فَإِذَا كَبَّرَ فَكَبِّرُوا وَإِذَا رَكَعَ فَارْكَعُوا وَإِذَا قَالَ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ . فَقُولُوا اللَّهُمَّ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ (متفق عليه)
Maksudnya: “Imam dijadikan untuk diikuti, maka bertakbirlah ketika dia bertakbir, dan rukuk apabila dia rukuk, dan apabila dia menyebut “Samiʿallāhu Liman Ḥamidah”, maka hendaklah kalian berkata “Rabbanā Lakal Ḥamd”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Berdasarkan hadis di atas secara zahirnya lafaz Tasmik (Samiʿallāhu Liman Ḥamidah) hanya diucapkan oleh imam dalam solat berjemaah. Manakala makmum hanya perlu menyebut lafaz Tahmid (Rabbanā Lakal Ḥamd)
Namun begitu Imam Syafi’i RA berpandangan yang tampaknya berlainan dengan zahir hadis, iaitu beliau berpandangan bahawa lafaz Tasmik bukan hanya sunat disebut oleh imam, malah makmum juga disunatkan untuk membaca lafaz itu sebelum lafaz Tahmid (Rabbanā Lakal Ḥamd)
Apakah hujah Imam Syafi’i untuk menyokong pandangan beliau?
Hujah Pertama:
Makmum disunatkan menggabungkan kedua² lafaz dalam solat berjemaah berdasarkan umum riwayat hadis yang diriwayatkan oleh Hudzaifah RA bahawa:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ حِينَ رَفَعَ رَأْسَهُ: سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبّنَا لَك الْحَمْدُ
Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi ﷺ ketika mengangkat kepala baginda (iktidal) seraya berkata “Samiʿallāhu Liman Ḥamidah, Rabbanā Lakal Ḥamd”. (Riwayat Muslim)
Berdasarkan hadis yang dinyatakan di atas setiap muslim disunatkan menyebut lafaz Tasmik walaupun imam sudah melafazkannya atas alasan mencontohi bacaan zikir yang diamalkan oleh Baginda ﷺ di dalam setiap solat sama seperti zikir² yang lain dalam solat fardu dan sunat.
Hujah kedua:
Wujud hadis yang masyhur lagi jelas bahawa perintah Rasulullah ﷺ agar umatnya mencontohi cara solat Baginda ﷺ sebagaimana pesanan Baginda ﷺ:
صلّوا كما رأيتموني أصلي
Maksudnya: “Solatlah sepertimana kalian melihat aku melaksanakan solat.”
Berdasarkan hadis di atas, Imam Syafi’i menyarankan (sunat) makmum agar menyebut lafaz Tasmik kerana mengikut sunnah Nabi ﷺ. Sama seperti hukum sunat membaca zikir² lain yang Nabi ﷺ baca ketika solat, seperti tasbih ketika rukuk dan sujud serta doa² di dalam solat yang baginda lafazkan. Sepertimana juga doa ketika rukuk, sujud dan doa setelah bacaan tahiyyat akhir dan sebelum salam.
Hujah Ketiga:
Jika makmum diperintah agar hanya menyebut Tahmid berdasarkan zahir hadis di atas, adakah imam diperintahkan hanya menyebut Tasmik? Menurut Imam Syafi’i, imam juga disunatkan menyebut Tahmid (Rabbanā Lakal Ḥamd) kerana mencontohi sifat solat Nabi ﷺ. Berpandukan hujah ini, jika imam disunatkan baca Tasmik dan Tahmid, makmum juga disunat untuk buat perkara yang sama.
Namun begitu menurut mazhab Maliki, imam hanya disunatkan menyebut Tasmik dan tidak disunatkan membaca lafaz Tahmid dengan berhujahkan zahir hadis sebelum ini.
Hujah Keempat:
Bagaimana Imam Syafi’i dan ulama mazhab (Ashabul Wujuh) memahami hadis Abu Hurairah RA? Menurut Imam Nawawi dalam kitab al-Majmu’, maksud hadis “Apabila dia (imam) menyebut ‘Samiʿallāhu Liman Ḥamidah’, maka hendaklah kalian berkata ‘Rabbanā Lakal Ḥamd’.”, maknanya adalah kamu mengetahui lafaz Tasmik yang sunat dilafazkan kerana Baginda ﷺ melafazkan secara jelas, manakala lafaz Tahmid tidak diketahui lafaznya kerana disebut secara sirr (tidak jelas).
Oleh yang demikian, Nabi ﷺ perintah agar makmum menyebut lafaz Tahmid kerana lafaz itu baru diajarkan oleh baginda. Sedangkan lafaz Tasmik tidak diperintahkan kerana lafaz itu ketahui umum. Ini disebabkan ia dilafazkan dengan suara yang jelas dan didengari oleh para sahabat, maka lafaz itu tidak perlu diajari berbanding lafaz Tahmid.
Walaubagaimana pun, perkara ini adalah khilaf antara 4 mazhab dan ulama salaf yang boleh disimpulkan seperti berikut:
1) Makmum disunatkan menghimpunkan antara Tasmik dan Tahmid dan begitu juga imam. Ini adalah mazhab Imam Syafi’i.
2) Imam hanya sunat membaca Tasmik dan tidak membaca lafaz Tahmid. Manakala makmum hanya disunarkan membaca Tahmid. Ini pandangan mazhab Hanafi dan Maliki.
3) Imam disunatkan menghimpunkan antara Tasmik dan Tahmid, manakala makmum hanya membaca Tahmid sahaja. Ini pandangan mazhab Hanbali.
Wallahu A’lam
Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil Ba ‘Alawi
::HUKUM BERUBAT DARIPADA PENYAKIT::
1) Para ulama empat mazhab bersepakat bahawa orang yang mengidap sesuatu penyakit tidak wajib berubat. Dalam makna yang lain, jika seseorang enggan berubat daripada penyakit hukumnya tidak haram dan tidak berdosa.
2) Namun wujud perbezaan pandangan antara ulama dalam menentukan usaha perubatan itu kategori afdaliah atau tidak. Mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali berpandangan hukum berubat adalah harus di sisi syarak. Manakala mazhab Syafi’i berpandangan bahawa ia adalah sunat, iaitu jika seseorang berubat dia mendapat pahala.
3) Satu perincian hukum telah ditetapkan oleh ulama mazhab Syafi’i bahawa hukum berubat boleh menjadi WAJIB jika proses perubatan atau ubat²an diyakini memberi manfaat dan kesan yang baik pada pesakit. Antara contoh yang diberikan oleh fuqaha ialah pembalut luka yang boleh menyembuhkan luka atau cedera pada anggota badan. Namun jika tidak diyakini dan pasti manfaatnya maka hukum berubat tidak wajib.
4) Dalam zaman moden ini penemuan saintifik yang semakin maju boleh menjadi bukti yang meyakinkan tentang keberkesanan dan manfaat proses perubatan dan ubat²an moden. Kedua²nya banyak dibuktikan secara saintifik atas kemampuan mengurang dan menyembuh pelbagai penyakit (dengan izin Allah Ta’ala).
5) Kesimp**annya, menurut mazhab Syafi’i jika perubatan diyakini mampu memberi manfaat seperti menyembuh atau mengurangkan risiko penyakit, maka hukum berubat di sini adalah wajib.
6) Walaubagaimana pun, isu ini khilaf antara ulama para ulama. Jalan yang paling afdal adalah berusaha untuk menyembuhkan penyakit berdasarkan kaedah keluar daripada khilaf. Namun jika seseorang itu enggan walaupun proses perubatan itu mampu memberi manfaat atau kesembuhan maka hukum tidak berdosa menurut Sheikh al-Buhuti, ulama mazhab Hanbali.
Wallahu A’lam
Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil
::HUKUM BUNUH SEMUT::
Assalamualaikum Ustaz. Apakah hukum membunuh semut yang berlegar-legar di rumah kita?
Jawapan:
1) Terdapat beberapa hadis yang mengisyaratkan haram membunuh binatang semut, antaranya hadis yang diriwayat oleh Abu Hurairah RA bahawa “Rasulullah ﷺ melarang membunuh empat jenis binatang, iaitu semut, lebah, burung belatuk (hudhud) dan burung surad (shrike)”. (Riwayat Abu Daud)
2) Menurut mazhab Syafi'i, maksud semut yang dilarang bunuh seperti yang dinyatakan dalam hadis di atas adalah semut yang bersaiz besar dan panjang berdasar. Dalam bahasa Arab dikenali sebagai “Naml Sulaimani” yang biasanya wujud di kawasan runtuhan. Ini kerana kebanyakkannya bersifat tidak menyakiti manusia.
3) Manakala semut kecil menurut ulama Syafi'iyyah semut kecil hukumnya boleh dibunuh secara mutlak kerana sifatnya menyakiti tubuh badan dan mengganggu. Walaubagaimana pun, ulama Syafi'iyyah berpandangan bahawa harus membunuh semut-semut yang bersaiz besar jika ia menyakiti dan membawa kemudaratan seperti kerengga. Namun jika tidak menggganggu maka semut besar haram dibunuh.
4) Secara ringkas, semua jenis semut tidak kira apa jenis dan saiz yang mengganggu dan menyakitkan manusia harus untuk dibunuh dan ia tidak termasuk dalam larangan Nabi ﷺ. Begitu juga harus membunuh semut-semut yang mengganggu kehidupan manusia di dalam rumah seperti mendatangi makanan dan seumpamanya.
5) Para ulama juga mengharamkan pembunuhan semut dengan cara membakar. Melainkan tiada cara lain (darurat) untuk membunuh kump**an semut yang membawa ancaman. Sebaiknya, elakkan membunuh semut-semut kecil yang tidak mengganggu dan mengancam kehidupan manusia.
Wallahu A'lam
Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil
::BATAL NIAT MUSAFIR DALAM PERJALANAN::
SOALAN:
Assalamualaikum Dr. Saya ingin dapatkan pencerahan tentang solat jamak qasar. Semoga dr sudi menjawab kemusykilan saya. Cuti hari raya baru-baru ini saya balik kampung isteri saya di Kota Bharu selama seminggu. Hari Ahad lepas saya balik ke KL naik kereta dan jalanraya terlalu jem. Tiba di Kuala Krai anak bongsu saya yg masih baby meragam dan menangis tak berhenti.
Saya pun berpakat dengan isteri untuk patah balik ke KB. Ketika itu waktu hampir² maghrib. Ketika kami patah balik, kami sempat solat jamak ta’khir maghrib dn Isyak sebelum tiba di KB.
Soalan saya adakah solat jamak dan qasar saya sah? Bila dah sampai KL ni ada yang saya dengar jamak dan qasar saya tak sah sebab saya telah membatalkan niat musafir dengan patah balik ke KB.
JAWAPAN:
1) Menurut pendapat yang muktamad di dalam mazhab Syafi’i, jika seseorang telah keluar bermusafir melepasi kawasan dia bermukim kemudian dalam perjalanan dia membatalkan niat musafirnya, maka permusafirannya dikira terputus dan dia tidak diharuskan solat jamak & qasar (SJQ). Meskipun jarak dari dia berpatah balik ke tempat yang dia bermukim melebihi 2 marhalah (81 km). Ini kerana pembatalan niat musafir menjadikan seseorang itu tidak layak untuk SJQ.
2) Manakala pendapat kedua dalam mazhab Syafi’i adalah tidak terputus jika si musafir membatalkan niat permusafiran itu ASALKAN jarak antara tempat dia berpatah balik (batal niat musafir) ke destinasi mukimnya sekurang²nya 2 marhalah (81 km). Meskipun pendapat ini bukan yang muktamad, ia diharuskan untuk beramal menurut fuqaha mutakhir dalam mazhab Syafi’i.
3) Namun jika jarak antara tempat dia membatalkan niat musafir ke destinasi tidak mencapai 2 marhalah, maka dia tidak boleh melakukan SJQ. Dia wajib melakukan tamam dan tidak boleh jamak.
4) Bagi menjawab soalan di atas, jika berpandukan pendapat muktamad mazhab, SJQ yang dilaksanakan adalah tidak sah dan wajib qada’ kedua² solat (maghrib & isyak).
5) Manakala berpandukan pandangan kedua mazhab SJQ tetap sah asalkan jarak antara tempat patah balik ke destinasi sekurang²nya 2 marhalah atau lebih. Namun jika merujuk kepada Google Maps, jarak antara Kuala Krai ke Kota Bharu tidak sampai dua marhalah. Oleh yang demikian SJQ tidak sah kerana tidak cukup syarat, iaitu kurang dari 2 marhalah.
6) Namun begitu daerah Kota Bharu merupakan kawasan yang besar. Sudah tentu jarak dari utara KB ke Kuala Krai lebih jauh berbanding dengan jarak antara selatan KB ke Kuala Krai. Berkemungkinan seseorang yang datang dari utara KB mencapai jarak 2 marhalah jika ke Kuala Krai, maka di sini SJQ yang telah dilaksanakan adalah sah menurut pandangan kedua mazhab Syafi’i.
7) Walaubagaimana pun, si penanya lebih tahu jarak sebenar ketika berpatah balik ke KB. Adakah cukup 2 marhalah atau tidak. Lakaran daripada google maps mungkin tidak tepat kerana tidak benar² di’set’ pada lokasi yang tepat.
Wallahu A’lam
Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil
Imam al-Nawawi رحمه الله تعالى pernah ditanya tentang hukum menggelar seseorang dengan panggilan ANJING atau BABI, dan selainnya daripada perkataan² yang keji.
Jawapan beliau: Perbuatan itu berdosa dan wajib ditakzir (dihukum oleh pemerintah). Selain itu dia wajib bertaubat.
——————————
Ingat! perbuatan yang disangka jahat tidak menghalalkan seseorang itu membalas dengan kejahatan juga.
Saya setuju bahawa isu boikot adalah ijtihad dan sememangnya ada perbezaan pandangan dan daya ekspisit. Oleh itu wajar bersikap lapang dada dalam hal ini.
Wallahu A’lam
Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil
Dengan tulus ikhlas saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin atas segala kesalahan dan ketelanjuran. Semoga Allah Ta’ala menerima amal kebaikan kita di sepanjang Ramadan yang mulia serta memimpin kita agar istiqamah dalam ketakwaan.
تقبّل الله منا ومنكم صالح الأعمال
كل عام وأنتم بخير وعافية
Ikhlas:
Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil
DI MANA BAYAR ZAKAT FITRAH?
1) Zakat fitrah termasuk dalam perbahasan zakat umum, iaitu tempat yang wajib seseorang itu membayar zakat bergantung pada tempat di mana tiba waktu dia diwajibkan membayar zakat.
2) Seseorang itu diwajibkan bayar zakat fitrah apabila terbenam matahari pada hari terakhir Ramadan, iaitu bermulanya satu Syawal. Manakala bayaran zakat fitrah pada awal Ramadan dan sebelum masuk hari raya hukumnya adalah harus.
3) Oleh itu seseorang itu dituntut bayar zakat di mana dia berada pada malam hari raya. Sebagai contoh Ali bertugas di Kuala Lumpur dan kampungnya di Besut Terengganu. Jika Ali berniat untuk p**ang berhari raya di kampung, dia tidak dituntut bayar zakat di KL kerana dia diwajibkan bayar zakat pada malam hari raya, dan dia dijangkakan berada di Besut pada malam hari raya aidilfitri.
4) Persoalannya sekarang bagaimana amalan masyarakat sejak zaman berzaman yang bayar zakat fitrah lebih awal di tempat mastautin sedangkan pada malam hari raya mereka akan berada di kampung halaman? Adakah zakat yang mereka tunaikan lebih awal itu hukumnya sah? Bagi menjawab soalan ini, terdapat dua jawapan dari dua tokoh besar mazhab Syafi’i, iaitu Imam Ibn Hajar dan al-Ramli.
5) Menurut Imam Ibn Hajar hukum mengawalkan bayaran zakat fitrah seperti ini tidak sah dan wajib ditunaikan di tempat yang dia berada pada malam hari raya iaitu kampung halaman, walaupun zakat fitrah sudah dibayar di tempat mastautin. Ini kerana menurut beliau zakat yang diawalkan hukumnya tidak sah kerana ia dikira memindahkan zakat fitrah ke tempat lain dan asnaf di tempat itu yang layak menerima zakat itu.
6) Manakala menurut Imam al-Ramli, zakat fitrah yang diawalkan adalah sah meskipun pada malam hari raya dia akan berada di tempat lain. Oleh itu tidak wajib membayar semula ketika tiba di kampung halaman (tempat berhari raya).
7) Secara umumnya apa yang diamalkan orang masyarakat sebelum ini adalah tidak sah di sisi Ibn Hajar dan wajib bayar semula di tempat dia berada di malam dan siang hari raya. Manakala al-Ramli berpendapat hukumnya sah dan tidak wajib bayar semula. Namun di sisi al-Ramli juga bayaran zakat di tempat malam hari raya itu lebih utama.
8)) Dalam hal mendepani perbezaan pandangan dalam mazhab Syafi’i seperti ini, kita sebagai orang awam digalakkan agar keluar daripada khilaf dengan memilih pandangan yang lebih warak, iaitu pandangan yang diutarakan oleh Ibn Hajar al-Haitami.
Wallahu A’lam
Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil
::Qunut Witir & Mufaraqah::
Menurut mazhab Syafi’i makmum boleh mufaraqah solat wifir berjemaah jika imam memanjangkan doa qunut. mufaraqah sebegini tidak meluputkan pahala berjemaah (tidak makruh) kerana dikira sebagai keuzuran syarie.
Bacaan doa qunut tidak digalakkan (makruh) melebihi kadar gabungan qunut subuh dan qunut yang dibaca oleh Saidina Umar RA.
Wallahu A’lam
Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil
::ADAB RASULULLAH ﷺ KETIKA HAJI & UMRAH::
عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ أَنَّهُ قَالَ سُئِلَ أُسَامَةُ
وَأَنَا جَالِسٌ كَيْفَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسِيرُ فِي حَجَّةِ الْوَدَاعِ حِينَ دَفَعَ قَالَ كَانَ يَسِيرُ الْعَنَقَ فَإِذَا وَجَدَ فَجْوَةً نَصَّ
‘Urwah bin al-Zubair meriwayatkan daripada bapanya, kata beliau, “Usamah bin Zaid RA ditanya ketika aku duduk di sisinya, "Bagaimana Rasulullah ﷺ berjalan ketika haji wada' saat bertolak dari Arafah?" Beliau menjawab, "Baginda ﷺ berjalan secara 'anaq (kadar sederhana, iaitu tidak lambat dan tidak cepat) dan apabila sampai di dataran lapang baginda ﷺ berjalan dengan lebih laju.” (Riwayat al-Bukhari & Muslim)
——————————
1) Berdasarkan hadis ini para ulama menyebut tentang sifat haji dan umrah Rasulullah ﷺ yang sangat tenang dan tidak tergopoh gapah. Bahkan jauh sekali baginda ﷺ akan menyakiti orang sekeliling ketika melaksanakan ibadat haji.
2) Rasulullah seorang yang sangat aktif sehinggakan bila berjalan baginda ﷺ berjalan dengan laju sehingga para sahabat pun penat untuk tiru rentak baginda ﷺ berjalan.
3) Namun dalam urusan seharian dan ibadat Rasulullah ﷺ tidak sama sekali mementing diri sendiri sehingga mengganggu orang lain, baginda ﷺ berjalan agak perlahan, meskipun itu bukan cara jalannya yang sebenar. Apabila tiba tempat yang tidak ramai manusia baginda ﷺ kembali kepada sifat asalnya yang rajin dan aktif.
4) Kita yang mengaku umat Nabi Muhammad ﷺ perlu sentiasa bertenang dalam ibadat dan tidak mengganggu dan menyakiti orang lain dalam urusan kehidupan lebih² lagi dalam urusan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT.
5) Umat Islam tidak dituntut mengejar amalan sunat mencium hajar aswad sehingga membahayakan diri sendiri dan mengganggu orang lain. Barangkali usaha ini tidak membuahkan ganjaran pahala kerana ia bersifat menyakiti dan menyusahkan orang lain di sekelilingnya.
Wallahu A’lam
Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil
Rujukan:
Al-Iʿlām bi Fawāid ʿUmdat al-Ahkām, al-Ḥāfiẓ Ibn al-Mulaqqin
1) Bahagian binaan yang bersatu dengan struktur masjid yang sudah sedia siap tidak boleh sewenang²nya ditukar kepada kawasan bukan masjid. Sedangkan sebelum itu tempat itu diketahui umum sebagai masjid.
2) Sebagai contoh, kawasan beranda masjid menurut hukum asal adalah termasuk kawasan masjid. Jadi orang berjunub tidak boleh menetap di kawasan itu dan sah untuk didirikan solat tahiyyatul masjid dan iktikaf. Tiba² datang pengurusan/naqib baharu datang terus wartakan beranda masjid bukan kawasan masjid sesuka hati.
3) Kenapa tidak boleh? Hukum asal bagi tempat yang telah di’sighah’kan sebagai “wakaf masjid” tidak boleh ditukar kepada wakaf selain masjid atau bukan wakaf. Oleh itu, kawasan beranda masjid sudah sediakala dan lama diwartakan sebagai kawasan wakaf masjid sama sekali tidak boleh ditukar kepada bukan wakaf atau kepada wakaf selain masjid. Apabila sesuatu tempat itu diwakafkan sebagai masjid maka ia selama²nya masjid dan tidak ada apa yang boleh merubahnya.
4) Jikalau tidak dapat dipastikan pada zaman dahulu sesuatu kawasan itu diwartakan sebagai kawasan masjid atau tidak. Jalan penyelesaiannya hanya melihat kepada hukum yang telah ditetapkan oleh fuqaha. Sebagai contoh beranda masjid di sisi ulama Syafi’iyyah adalah sebahagian daripada masjid dan hukumnya sama seperti masjid. Ini kerana hukum asal bagi kawasan yang berada dalam bangunan masjid hukumnya adalah masjid juga. Oleh itu, hukum ini perlu diambil sebagai sandaran kerana ulama lebih memahami hukum hakam.
5) Melainkan kawasan itu tidak diwartakan sebagai kawasan masjid sejak pelan pembinaannya atau penambahan binaan barulah tidak dikira sebagai hukum masjid. Selain itu pembahagian kawasan bangunan itu termasuk sebahagian daripada masjid atau tidak hendaklah merujuk kepada ‘urf setempat seperti bilik pejabat, dapur, tandas, dan kaki lima masjid tidak termasuk sebagai hukum masjid.
Wallahu A’lam
Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil
Petikan daripada personal FB Dr. Syed Shahridzan
Benar, kalau ikut hukum fiqh boleh je berlatih silat dalam masjid. Cuma persoalannya adakah kerajaan Arab Saudi benarkan aktiviti sukan seperti pencak silat di kawasan Masjid Nabawi? Setahu saya peraturan tempatan tidak membenarkan sebarang aktiviti seperti itu. Apa perasaan kita bila orang luar datang ke negara kita tidak ikut peraturan tempatan?
Apatah lagi aktiviti ini dilihat pelik oleh masyarakat tempatan dan jemaah luar negara yang hadir. Bagi kita yang faham seni silat Melayu tidak mengapa, tetapi orang luar tengok ia kelihatan seperti tarian bukan seni mempertahankan diri. Oleh itu, aktiviti seperti ini perlu ditinggalkan untuk elak fitnah. Adat dan uruf setempat perlu diambil kira dan diraikan.
Hukum Fiqh ✅
Peraturan tempatan ❌
Hukum adat & uruf setempat ❌
Kalau di Malaysia ada sebahagian masjid² tidak membenarkan jemaah tidur baring dalam dewan solat, tetapi dibenarkan di kawasan beranda masjid. Saya pernah tanya AJK mengapa tidak benarkan. AJK jawab, sebab dah banyak kali ada jemaah yang tidur dalam dewan solat sambil berdengkur kuat sehingga mengganggu jemaah lain beribadat 😅🤣. Kalau ikut hukum fiqh boleh je baring dalam masjid. Tetapi adakala perkara yang “harus” perlu dilarang demi maslahat tertentu.
Saya pernah lihat satu video kerajaan Arab Saudi tegur pihak autoriti haji Indonesia tentang segelintir jemaah mereka yang berkelakuan pelik di tanah suci, seperti menari, menyanyi lagu beramai² ketika saie dan melaungkan slogan Pancasila ketika ibadah umrah. Jangan sampai nanti Tabung Haji ditegur oleh kerajaan Arab Saudi atas sebab kelakuan segelintir rakyat Malaysia.
Wallahu A’lam
Sekadar pandangan peribadi.
DUSS @ Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi
-admin page-
[Peluang Keemasan Buat Pencinta Imam Syafie]
SEMINAR BORNEO : FIQH IMAM SYAFIE📚
📅 TARIKH: 20 Januari 2024 (Sabtu)
🕰 MASA: 8:00 pagi - 4:00 petang
🕌 TEMPAT: Bilik Seminar, Pusat Islam UMS
🏆 Menampilkan tokoh-tokoh besar dan terkenal:
1. YAD Dato' Setia Prof Madya Dr Haji Anhar Haji Opir (M***i Negeri Selangor)
2. SS Datuk Ustaz Haji Bungsu @ Aziz Haji Jaafar (M***i Negeri Sabah)
3. Dr Syed Shahridzan Syed Mohamed (Ketua Penolong M***i Wilayah Persekutuan)
4. Dr Umar Muhammad Noor (Pensyarah Kanan Universiti Sains Malaysia)
Peserta berpeluang membawa p**ang JAWAPAN TUNTAS berkenaan:
📕 Sejarah mazhab Imam Syafie bermula tempoh ta'sis hingga ke hari ini.
📗 Bagaimana cara Ulama Syafi'iyyah berinteraksi dengan Hadis Rasulullah?
📘 Apakah peranan mazhab Imam Syafie di zaman ini?
📙 Sejauhmana pengaruh dan peranan mazhab Imam Syafie di Sabah?
📍Anjuran: Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PERMAFIS) & Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Sabah
dengan kerjasama: Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah
🤩 100 orang terawal diskaun yuran 50%
📢 Jom Daftar Sekarang: https://forms.gle/p2PyfauSFwrfNZj68
🚫 Tarikh tutup pendaftaran: 15 Januari 2024
❔Untuk pertanyaan, sila hubungi:
🙋🏻♂ Sdr. Ameer Mirza (+60 11-4014 4385)
🧕🏻 Sdri. Ummi Syafiqah (+60 11-1263 2021)
Jumpa anda di sana! 🥰
::LIVE BOLASEPAK DI MASJID::
Trend baru zaman kini pihak masjid menganjurkan program-program untuk menarik ramai anak² muda datang ke masjid, seperti program tontonan bolasepak siaran langsung.
Bagus sebenarnya niat pihak masjid atau surau menganjurkan program untuk menarik anak² muda ke masjid atau surau. Cuma cadangan saya agar pihak masjid dan surau perlu mengambil cakna perkara² di bawah ini:
1) Program siaran langsung bolasepak jangan dibuat dalam kawasan tempat solat, iaitu dewan solat dan kawasan beranda masjid. Ini kerana demi menjaga kehormatan dan kesucian masjid sebagai rumah Allah. Bila melibatkan rancangan sukan bolasepak pasti para penonton akan bersorak dan menjerit dan perbuatan ini jelas haram jika dilakukan di dalam masjid.
Cadangan alternatif agar program dilakukan di kawasan parking kenderaan dengan memasang khemah atau dewan keramaian ada dalam perkarangan masjid. Juga wajib elakkan program berlangsung ketika atau waktu jemaah beribadah di dalam masjid.
2) Kos pengajuran program jangan diambil daripada wang pengurusan masjid kerana ia adalah hasil derma orang ramai yang berniat menyalurkan sumbangan ini untuk pengurusan masjid (seperti gaji staf, program² ibadat & ilmu, bil eletrik, bil air, perkakas dsb), bukan untuk program² hiburan. Ini kerana asal hukum wang sumbangan wajib disalurkan berdasarkan niat penderma.
Cadangan alternatif: pihak masjid perlu mencari sponsor untuk menjayakan program seperti ini, ATAU pihak masjid dan surau wujudkan TABUNG LAIN yang melibatkan kutipan untuk program sukan dan hiburan yang patuh syariah. Begitu juga elakkan daripada menggunakan barang dan perkakas masjid seperti TV LED dan seumpamanya untuk program sedemikian kerana peralatan itu dibeli hasil derma orang ramai untuk tujuan ibadat dan pengurusan masjid.
------------------------
Sebagai tambahan:
1) Hukum menonton bolasepak adalah harus selagimana tidak melibatkan unsur haram seperti judi. Namun tidak dinafikan ia boleh menjurus kepada perkara² haram seperti melibatkan tontonan di stadium seperti percampuran antara lelaki dan perempuan, "dating" bukan mahram, tidak solat dan seumpamanya.
2) Tetapi ini bergantung kepada individu yang hadir ke stadium, ada yang mampu mengelakkan diri daripada terlibat dengan perkara maksiat. Namun perkara yang tidak boleh dinafikan bahawa "event²" di dalam stadium pasti ada unsur maksiat di dalamnya. Bagi saya, langkah mengelakkan diri ke stadium adalah tindakan yang lebih baik dan selamat yang dapat menghindarkan diri daripada terjerumus perkara yang tidak baik menurut syarak.
3) Berkenaan isu para pemain memakai seluar pendek adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana ia melibatkan peraturan antarabangsa dalam sukan ini. Perkara ini saya rasa tidak boleh diperketatkan tanpa memberi alternatif. Sepertimana yang diketahui isu peha lelaki aurat atau tidak masih lagi berlegar dalam perkara khilaf di sisi para fuqaha (Majoriti berpandangan peha lelaki adalah aurat).
4) Saya sama sekali tidak menggalakkan orang lelaki mengambil mudah khilaf ini dengan memakai seluar pendek di hadapan keluarga dan ajnabi. Cuma saya hanya tekankan agar keringanan diberikan hanya dalam tontotan sukan bolasepak sahaja kerana ia sesuatu yang sukar untuk dielakkan seperti kewujudan bunyian alat-alat muzik dalam setiap program TV pada zaman kini.
Wallahu A'lam
Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Contact the school
Website
Address
Ampang
Ampang, 68000
English for students & working adults. Physical and online lessons. Free trial lessons are available.
AMPANG PARK
Ampang
Hi Assalamualaikum everyone! I started with the idea to create an online platform to help students achieve great results in education by providing the best private tutor services. ...
Kg Kemensah
Ampang, 68000
Bijak Al-Quran ialah sebuah program intensif untuk golongan dewasa hebat.
Address: Level 23-1, Premier Suite One Mont Kiara, No1, Jalan Kiara Mont Kiara
Ampang, 50480
We provide both physical and online piano lessons for all ages. Contact us now for more information.
14-1, Jalan Perubatan 2, Pandan Indah
Ampang, 55100
A Community Friendly Tuition In Pandan Indah Kuala Lumpur
No 22, Jalan Rasmi 7, Taman Rasmi Jaya
Ampang, 68000
Kelab Guru Ilmi ialah 1 platform bagi guru-guru SRII Ilmi dan SMI (Arab) Ilmi.