Al Kauthar Eduqids Taman Sri Ukay

Islamic Montessori Center for Playschool and Preschool, 2 to 6 years old.

08/01/2024

AKE GRAND IHTIFAL & GRADUATION 2023 💚🩷🫶🏻
Day 2 😍
Alhamdulillah everything went well. Congratulations to our AKE kids! You are awesome! & Thank you to all AKE Parents to support to make sure this event successful! 🥰😘
“AKE AWESOME”

Photos from Al Kauthar Eduqids Taman Sri Ukay's post 24/10/2023

Hari ini anak-anak belajar tentang fonik dalam Bahasa Melayu & Inggeris. Mereka juga belajar membezakan ‘big, medium & small’ dalam pelajaran matematik dengan kaedah permainan dan mewarna. Seronok dapat belajar sambil bermain dengan kawan-kawan lain!

18/10/2023

Jom belajar sains!

Hari ini anak-anak di AKE Taman Sri Ukay belajar tentang anggota bahagian haiwan dan ketebalan & ketipisan. Untuk menyeronokkan lagi pembelajaran mereka, anak-anak ‘bereksperimen’ dengan bot kertas untuk belajar tentang ‘tenggelam & timbul’ dari ketebalan bot.

Aktiviti yang menyeronokkan ini membantu anak-anak untuk memproses ilmu dan meningkatkan lagi daya pemerhatian mereka dengan lebih baik tanpa rasa bosan.

Photos from Al Kauthar Eduqids Taman Sri Ukay's post 12/10/2023

Aktiviti Santai: Padanan dan mengenal gambar mengikut objek.

Ada waktunya cikgu beri waktu lega kepada anak-anak supaya ada sedikit ruang kreatif untuk mereka. Tidaklah asyik merenung nombor dan huruf sahaja betul tak?

Perkembangan anak-anak yang sedang membesar perlu dorongan dalam kepelbagaian subjek dan aktiviti supaya lebih mudah untuk mereka belajar.

Photos from Al Kauthar Eduqids Taman Sri Ukay's post 10/10/2023

3M: Membaca, Menulis, Mengira

Bagi mempersiapkan anak-anak untuk melangkah ke alam persekolahan, pendidikan asas 3M ini diberi penekanan supaya mereka tidak merasa ketinggalan berbanding dengan rakan-rakan yang lain.

Pendidikan asas ini juga penting untuk memastikan anak-anak lebih mudah untuk menerima dan mempelajari pelbagai bentuk aktiviti pembelajaran yang berlaku ketika di pra-sekolah, apatah lagi di alam persekolahan nanti.

28/09/2023

Sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingati Allah – Surah Al-Ahzab: 21

Dan tiadalah kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam – Surah Al-Anbiya: 107

Salam Maulidur Rasul, dari kami warga Al Kauthar Eduqids Taman Sri Ukay.

Photos from Al Kauthar Eduqids Taman Sri Ukay's post 25/09/2023

“Nanti dah besar awak nak jadi apa ya?”

Hari ini anak-anak di AKE Taman Sri Ukay masing-masih bercerita dan berkongsi impian nak jadi apa bila dah besar nanti. Alhamdulillah semuanya bagus-bagus.

Insha Allah kalau kita usaha sungguh-sungguh dan Ibu Ayah dapat sama-sama berikan sokongan dan dorongan, tak mustahil mereka boleh mencapai cita-cita mereka satu hari nanti!

Photos from Al Kauthar Eduqids Taman Sri Ukay's post 21/09/2023

Jom belajar jawi!

Huruf 'Lam' adalah huruf ke-28 dalam abjad Jawi dan huruf ini juga terbahagi kepada 4 kedudukan dalam satu-satu penulisan iaitu pada kedudukan terasing, awal , tengah dan akhir.
Nak anak anda pandai Jawi? Daftar segera di AKE Taman Sri Ukay!
📞>>> wa.link/drmpy8

Photos from Al Kauthar Eduqids Taman Sri Ukay's post 20/09/2023

Sebenarnya belajar pun boleh jadi menyeronokkan untuk anak-anak tapi dengan syarat…

Sesi pembelajaran mestilah diselitkan aktiviti atau permainan yang menyeronokkan lebih-lebih lagi jika dilibatkan pergerakan badan.

Hari ni anak-anak di AKE Taman Sri Ukay bermain permainan tradisional Teng-teng sambil mengasah skil matematik mereka. Barulah badan sihat, akal pun sihat!
Jom sertai kami mulakan pengembaraan pembelajaran anak anda di AKE Taman Sri Ukay
📞>>> wa.link/drmpy8

Photos from Al Kauthar Eduqids Taman Sri Ukay's post 13/09/2023

Bila tinggalkan anak-anak di rumah mesti Ibu & Ayah risau dengan keselamatan mereka…

Jadi hari ini anak-anak belajar mengenal dan membezakan objek atau perkakas eletrik yang kebiasaannya ada di rumah.

Bukan sahaja itu, anak-anak juga didedahkan dengan aspek keselematan dan potensi bahaya peralatan ini jika digunakan dengan cara yang salah.
Mencari tadika di Ampang?
Jom daftar di AKE Taman Sri Ukay!
📞>>> wa.link/drmpy8

Photos from Al Kauthar Eduqids Taman Sri Ukay's post 12/09/2023

Di AKE Taman Sri Ukay, kami mementingkan perkembangan minda intelektual anak-anak tanpa meminggirkan perananan perkembangan emosi mereka melalui aktiviti seni dan kreatif.

Aktiviti yang lebih santai dan menyeronokkan membantu anak-anak untuk memproses ilmu dengan lebih baik dan cepat tanpa membuatkan mereka sering rasa bosan apabila belajar.
Ibu Ayah sedang mencari tadika? Sertai kami di AKE Taman Sri Ukay!
📞>>> wa.link/drmpy8

Photos from Al Kauthar Eduqids Taman Sri Ukay's post 11/09/2023

Aktiviti 'Tracing & Writing' dapat membantu mempercepatkan proses mempelajari skil penulisan tangan anak-anak sebelum mereka masuk ke alam persekolahan nanti.

Selain itu, aktiviti ini juga menerapkan disiplin dalam tulisan setiap huruf atau nombor untuk membantu anak-anak menulis dengan lebih kemas dan
cantik.
Mencari tadika di kawasan Ampang? Daftarkan dengan kami di AKE Taman Sri Ukay!
📞>>> wa.link/drmpy8

Photos from Al Kauthar Eduqids Taman Sri Ukay's post 08/09/2023

Selalunya memang benda ini lah yang paling ditakuti Ibu Ayah…

Keselamatan anak-anak pastinya menjadi kerisauan Ibu Ayah yang menghantar anak ke taska, dengan kesibukan bekerja pastinya kita mahukan anak-anak dalam jagaan yang terbaik.

Sebab itu premis AKE Taman Sri Ukay berpagar keliling dan kawasan persekitaran berpalang dan berpengawal 24/7 serta pengawasan CCTV didalam dan luar premis bagi memastikan keselamatan anak-anak terjamin.
Sertai kami di AKE Taman Sri Ukay. Pendaftaran kini dibuka untuk sesi 2024.
📞>>> wa.link/drmpy8

Photos from Al Kauthar Eduqids Taman Sri Ukay's post 07/09/2023

Kalau kita nak sempurna solat, wudhu' kita pun kena sempurna tau supaya tidaklah solat kita itu sia-sia.

Hari ni anak-anak belajar tentang anggota tubuh badan yang wajib wudhu' dan tertib melakukan wudhu' sesuai dengan sunnah Rasulullah S.A.W.

Semoga wudhu' dan solat yang sempurna menatijahkan kepada keperibadian dan akhlak baik anak-anak kita sepanjang mereka membesar, amiinn 🤲
Mulakan pengembaraan pembelajaran yang menyeronokkan di AKE Taman Sri Ukay!
📞>>> wa.link/drmpy8

Photos from Al Kauthar Eduqids Taman Sri Ukay's post 05/09/2023

Hari ni anak-anak belajar dibantu dengan alat teknologi yang paling dekat dengan kita semua iaitu smartphone dan tablet.

Mahu atau tidak, mereka pasti akan terdedah dengan teknologi yang ada di sekeliling.

Maka sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mendidik mereka cara yang betul untuk menggunakan teknologi untuk mencari ilmu yang baik.
Sertai kami di AKE Taman Sri Ukay.
Sesi pendaftaran bagi tahun 2024 kini dibuka!
📞>>> wa.link/drmpy8

Photos from Al Kauthar Eduqids Taman Sri Ukay's post 04/09/2023

3 kemahiran asas iaitu Membaca, Menulis dan Mengira (3M) adalah kemahiran asas yang setiap anak-anak perlu mahir untuk menyerap ilmu sepanjang mereka membesar.

Di AKE Taman Sri Ukay, kemahiran asas ini diajar dalam pelbagai bentuk aktiviti yang bukan sahaja menyeronokkan tetapi membantu untuk mengasah daya kreatif dan kritis anak-anak dalam penyelesaian-masalah.
Sertai kami di AKE Taman Sri Ukay. Pendaftaran kini dibuka untuk sesi 2024!
📞>>> wa.link/drmpy8

Photos from Al Kauthar Eduqids Taman Sri Ukay's post 01/09/2023

Terima kasih adik Ariq, Imran & Safiya yang sudi bawa cake Merdeka dan bottled coffee untuk kawan-kawan cikgu-cikgu 🥰

Seronok melihat semangat Merdeka anak-anak dan Ibu Ayah meraikan Hari Kebangsaan Malaysia di AKE Taman Sri Ukay kelmarin.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾

Sertai kami di AKE Taman Sri Ukay.
Sesi pendaftaran bagi tahun 2024 kini dibuka!
📞>>> wa.link/drmpy8

Photos from Al Kauthar Eduqids Taman Sri Ukay's post 30/08/2023

Waaahhhh! Hari ni anak-anak di AKE Taman Sri Ukay semuanya berpakaian dengan tema Merdeka. 🇲🇾🎉

Bangga melihat semangat anak-anak dan Ibu Ayah yang semestinya berhempas pulas dan tak tidur malam untuk siapkan busana Merdeka anak-anak sempena menyambut Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-66.

Perjuangan dan pengorbanan mereka yang mempertahankan Tanah Air kita seharusnya sentiasa diingati, semoga nikmat kemerdekaan yang dikecapi kini tidak disia-siakan.

Inilah semangat Merdeka kita semua! 🇲🇾

“Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan”

Sertai kami di AKE Taman Sri Ukay. Sesi pendaftaran bagi tahun 2024 kini dibuka!
📞>>> wa.link/drmpy8

Photos from Al Kauthar Eduqids Taman Sri Ukay's post 29/08/2023

Happy birthday adik Aathif 🎉

Kita sambutan hari jadi adik Aathif kita bersama dengan kawan-kawan dan cikgu di AKE Taman Sri Ukay.

Semoga adik Aathif jadi anak yang soleh dan sempena lahir di bulan Ogos ni, moga adik Aathif membesar dengan semangat dan jiwa Merdeka! 😁
Sertai kami di AKE Taman Sri Ukay sekarang. Pendaftaran dibuka untuk tahun 2024 👇
📞>>> wa.link/drmpy8

Photos from Al Kauthar Eduqids Taman Sri Ukay's post 25/08/2023

Waahh guna pasir kinetic untuk belajar Mandarin!

Iya ini bukan sahaja dapat menjadikan sesi pembelajaran lebih menarik dan ‘engaging’ antara cikgu dan anak-anak, tapi kaedah ini juga dapat meransang daya sensori sentuh anak-anak.

Ada yang pernah cuba lakukan aktiviti ni di rumah? Cuba komen sikit 👇
Tekan link untuk kenali AKE Taman Sri Ukay dengan lebih lanjut!
📞>>> wa.link/drmpy8

Photos from Al Kauthar Eduqids Taman Sri Ukay's post 24/08/2023

Kami percaya anak-anak s**a belajar matematik kalau buat macam ni..

Pembelajaran matematik perlu dibuat dalam keadaan santai dan 'playful' serta penggunaan warna yang pelbagai juga boleh menarik minat anak-anak.

Untuk luang masa, Ibu Ayah pun boleh buat aktiviti seperti ini di rumah bersama anak-anak. Cubalah!
Sertai kami di AKE Taman Sri Ukay. Sesi pendaftaran bagi tahun 2024 kini dibuka!
📞>>> wa.link/drmpy8

Photos from Al Kauthar Eduqids Taman Sri Ukay's post 23/08/2023

Selamat Hari Lahir untuk adik Aidan! 🎉

Semoga Aidan terus menjadi anak soleh dan dah besar nanti dapat berbudi dan berbakti kepada keluarga tercinta, amiinn 🤲🏼

Sudah menjadi kebiasaan kami di AKE Taman Sri Ukay untuk bersama menyambut Hari Lahir anak-anak bersama teacher dan kawan-kawan. 🥳

Masih mencari tadika di Ampang? Sertai kami di AKE Taman Sri Ukay!
📞>>> wa.link/drmpy8

Photos from Al Kauthar Eduqids Taman Sri Ukay's post 21/08/2023

Kalau nak anak kita lebih kreatif dan pandai berdikari, aktiviti ni mesti kena buat.

Memasak adalah antara aktiviti yang sangat baik untuk merangsang fokus dan skil motor halus anak-anak apabila mereka diajar menggunakan perkakas dapur.

Disamping itu juga aktiviti ini dapat mendidik mereka untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengutamakan makanan yang berkhasiat dan seimbang.

Di AKE Taman Sri Ukay, pendidikan secara holistik menjadi keutamaan kami. Daftar segera!
📞>>> wa.link/drmpy8

Photos from Al Kauthar Eduqids Taman Sri Ukay's post 17/08/2023

"Sayur! Sayur murah mari beli!"

Haaaa selalu sangat main masak-masak kann? Kali ni kita buat kelainan sikit, main jual beli buah-buahan dan sayuran yang berkhasiat.

Anak-anak di AKE Taman Sri Ukay bukan sahaja dapat belajar asas berjual beli tetapi dalam masa dapat mempelajari asas matematik dan mengenal objek. Nanti dah boleh la teman Ibu Ayah ke pasar 😁
Ibu Ayah masih mencari tadika di sekitar Ampang?
Sertai kami di AKE Taman Sri Ukay.
📞>>> https://wa.link/5blvkc

Photos from Al Kauthar Eduqids Taman Sri Ukay's post 16/08/2023

Waktu-waktu petang macam ni, sementara menunggu Ibu Ayah datang ambik anak-anak, cikgu akan bawa mereka berjalan-jalan sekitar tadika dan melihat tanaman dalam 'Edible Garden' AKE Taman Sri Ukay.

Selepas berjam-jam duduk didalam kelas, kan best dapat hirup udara petang sambil-sambil dapat sihatkan badan kan?

Sertai kami di AKE Taman Sri Ukay sekarang:
📞>>> wa.link/drmpy8

Photos from Al Kauthar Eduqids Taman Sri Ukay's post 15/08/2023

Hari ni anak-anak di AKE Taman Sri Ukay buat aktiviti kolaj bertemakan bunga raya iaitu bunga kebangsaan negara kita, Malaysia! 🌺🇲🇾

Aktiviti kolaj mampu untuk meransang ‘fine motor skills’ dan melatih daya interaksi sosial secara berkumpulan untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang diberi.

Jom daftarkan anak-anak anda di AKE Taman Sri Ukay.
📞>>> wa.link/drmpy8

Photos from Al Kauthar Eduqids Taman Sri Ukay's post 11/08/2023

Bersemangat betul tengok anak-anak di AKE Taman Sri Ukay menunjukkan bakat seni masing-masing!

Aktiviti ‘tracing’ yang dilakukan ini bukan sahaja menyeronokkan tapi akan dapat membantu mempercepatkan kemahiran pengunaan otot tangan untuk menulis.

Nak anak-anak cepat & mahir menulis?
Sertai kami di AKE Taman Sri Ukay sekarang:
📞>>> wa.link/drmpy8

Photos from Al Kauthar Eduqids Taman Sri Ukay's post 10/08/2023

“Dalam mencari keduniaan, akhirat jangan ditinggalkan.”

Hari ni anak-anak di AKE Taman Sri Ukay diajar untuk mengenal Rasul teragung kita iaitu Muhammad SAW dan keluarga Baginda yang mulia.

Waahhh! Tulisan Jawi pun diajarkan oleh cikgu dekat sini. Melihat betapa fokusnya anak-anak belajar menulis Jawi, moga tradisi ini terus hidup untuk generasi akan datang, InshaAllah. 🤲🏼

Mulakan pendidikan awal anak-anak anda dengan tekan link dibawah:
📞>>> wa.link/drmpy8

Photos from Al Kauthar Eduqids Taman Sri Ukay's post 09/08/2023

Kaedah pembelajaran yang holistik bukan sahaja penting untuk memastikan perkembangan IQ, EQ dan sahsiah anak-anak, tetapi juga untuk memastikan mereka sentiasa teruja untuk memulakan hari mereka di Taska.

Di AKE Taman Sri Ukay, pelbagai bentuk dan jenis serta silibus dan kaedah pembelajaran disediakan untuk memastikan anak-anak sentiasa berminat untuk belajar dan mencapai potensi diri.

Corak masa depan anak anda bersama kami sekarang:

📞>>> wa.link/drmpy8

Want your school to be the top-listed School/college in Ampang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

AKE GRAND IHTIFAL & GRADUATION 2023 💚🩷🫶🏻.Day 2 😍.Alhamdulillah everything went well. Congratulations to our AKE kids!  Y...
Seronok bila tengok anak-anak mula yakin bercakap di hadapan kawan-kawan dan cikgu.Di AKE Taman Sri Ukay, bukan sekadar ...
📖 KELAS MENGAJI AL-QURAN KINI DIBUKA 📖 AKE Taman Sri Ukay kini menawarkan kelas mengaji al-Quran untuk anak-anak yang be...
Aktiviti melukis dan mewarna sebenarnya adalah salah satu aktiviti yang mudah tetapi boleh memupuk sifat tenang dan saba...
📖 Quranic Lesson 📖Alkauthar Eduqids Taman Sri Ukay, Ampang🌈Monday⏰4.30pm - 5.30pm🌈Wednesday⏰4.30pm - 5.30pm🌈Tuesday⏰12.3...
Nak daftar anak anda dimana?Haa! Jom tengok apa kata Ibu Ayah tentang apa yang ada di Alkauthar Eduqids Taman Sri Ukay.J...
Selamat Hari Jadi yang ke-5 tahun buat adik Rayyan!Semoga adik Rayyan terus membesar menjadi anak yang soleh dan dapat m...
Nak daftar anak anda dimana? Haa! Jom tengok apa kata Ibu Ayah tentang apa yang ada di Alkauthar Eduqids Taman Sri Ukay....
Inginkan suasana pembelajaran yang luas dan selamat untuk anak anda❓Di AKE Taman Sri Ukay, fasiliti kami cukup lengkap u...
Bermulanya Haji Mabrur Pertama Saya 🕋.8 Days Left…...AKE.KIDS HAJJ 2023@ Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz 6 July 2023...
Nak daftar anak anda dimana?Haa! Jom tengok apa kata Ibu Ayah tentang apa yang ada di Alkauthar Eduqids Taman Sri Ukay.J...
"Get ready for an incredible day of sports and excitement at our Kindergarten AKE Sports Carnival 2023! 🏃‍♂🏅 Watch as ou...

Category

Address


No. 1 , Lorong 2a, Taman Sri Ukay
Ampang
68000

Opening Hours

Monday 07:00 - 18:00
Tuesday 07:00 - 18:00
Wednesday 07:00 - 18:00
Thursday 07:00 - 18:00
Friday 07:00 - 18:00

Other Preschools in Ampang (show all)
Tadika Ilmuan Al Fateh - Ampang Tadika Ilmuan Al Fateh - Ampang
No. 1, Jalan Cempaka 31, Taman Cempaka
Ampang, 68000

Tadika Ilmuan Al Fateh (TIAF) menggunakan silibus pembelajaran Kurikulum disediakan oleh KPM lengka

Yu Der School & Taska Subuh Yu Der School & Taska Subuh
No. 2, 4 & 6, Jalan Pandan Indah 5/3
Ampang, 55100

Yu Der was founded by Mdm Sha in 1952. Mrs. Tang, our current principal continues the legacy since 1981. Since then we continue to grow every year. Today, we continue to improve ou...

Tadika Little Muslims Ampang Tadika Little Muslims Ampang
Jalan Ampang Utama 1/1
Ampang, 68000

Islamic 21st Century Preschool that inculcate the Colored Brain Psychology Methods in our Teaching & Learning activities.

FC Taman Muda Kindergarten FC Taman Muda Kindergarten
30A & 32A, Jalan Bunga Tanjung 9B
Ampang, 68000

We are kindergarten that offer playgroup for age 2 -- 3 and preschooler for age 4 - 6

Eduwis Ampang Jaya Eduwis Ampang Jaya
3, Jalan Mawar, Taman Uda Jaya
Ampang, 68000

A well-known preschool franchise brand with more than 80 centres in Malaysia.

Ibnu Khaldun Preschool Academy Ibnu Khaldun Preschool Academy
No 32 Jalan Bunga Tanjung 11 Tmn Muda
Ampang, 68000

Menyediakan perkhidmatan pendidikan utk kanak-kanak berusia 4-6tahun

Tadika He-Ping Tadika He-Ping
No 71, Jalan Nirwana 38, Taman Nirwana
Ampang, 68000

To become a leading centre of pre-school education excellence which seeks to build balanced, virtuou

Anugerah Bestari Child Enrichment Centre- Tadika/Kindergarten/Nursery Anugerah Bestari Child Enrichment Centre- Tadika/Kindergarten/Nursery
C-1-1, Jalan 13D , Desa Permai, Taman Dato' Ahmad Razali
Ampang, 68000

Pusat Perkembangan Kanak-kanak yang menyediakan perkhidmatan tadika dan taska kepada anak-anak bermula dari umur 2 bulan sehingga 6 tahun. SSM 202201012523(1458220-W)

Ehsan Islamic Preschool Melawati Ehsan Islamic Preschool Melawati
258A, Jalan Bandar 12, Pusat Bandar Melawati
Ampang

We are located near Bank Islam Taman Melawati. Opposite of Melawati Mall.

Khalifah Didik Khalifah Didik
Unit K6-1 & K6-2 Excella Business Park, Jalan Ampang Putra, Taman Ampang Hilir
Ampang, 55100

Kepakaran kami ialah membantu anak-anak anda untuk boleh BACA dan SOLAT seawal usia 4 tahun di tadika islam melalui The Little Caliphs Program yang terbukti berkesan.

Tadika 3Q Junior Taman Muda Tadika 3Q Junior Taman Muda
30A & 30B, Jalan Bunga Tanjung 9B , Taman Putra
Ampang, 68000

Pusat Jagaan QISYA Teratai Pusat Jagaan QISYA Teratai
A-G-01, Jalan Teratai 1/2D, Taman Bukit Teratai
Ampang, 68000

Anda Bekerja Anak Dijaga