Ohsem Parents
Training and Consultancy for Parents / Community Talk
CSR Bringing - Corporate with NGOs / Welfare /Institution
CSR Event Management
We are experienced parent trainers with experience of more than 5 years, providing training and consultancy for parents and adoptive parents
Wanita tua ini bernama Sidhutai Sapkal, berasal dari Wardha, India. Kini usianya sudah menjangkau 72 tahun. Dia digelar "Mother of Orphans".
Dibenci ibu sendiri, pernah dipukul ketika sedang hamil, dibuang suami sehingga terpaksa berjuang hidup mati melahirkan anak di kandang lembu.
Sidhutai Sapkal dikahwinkan ketika berusia 11 tahun. Dia berkahwin dengan seorang lelaki yang 20 tahun lebih tua darinya.
Ketika usia 20 tahun, dalam satu perbalahan dia telah dibelasah oleh suaminya dengan teruk sekali.
Dia telah ditumbuk dan ditendang. Perutnya yang sarat mengandung itu juga ditendang oleh suaminya. Gila betul.
Kemudian dia diseret dengan rambutnya ditarik lalu dicampak keluar sebelum dihalau dari rumah.
Sidhutai Sapkal meraung kesakitan. Darah membasahi bajunya, tetapi tidak ada siapa yang peduli. Tidak ada yang menghulurkan bantuan.
Dalam keadaan sarat mengandung, berjalanlah Sidhutai Sapkal perlahan menuju ke kandang lembu. Di duduk menangis kesakitan.
Pada malam itu sekali lagi Sidhutai Sapkal diuji. Bayangkan, dalam keadaan najis lembu dimerata-rata, bau busuk yang menusuk hidung, Sidhutai Sapkal bertarung nyawa seorang diri melahirkan anak ketiganya.
Dalam keadaan terbaring bersama si anak yang sedang menangis kelaparan, dia meraba-raba dalam kegelapan mencari sesuatu untuk memotong tali pusat anaknya.
Dia mencapai batu lalu diketuk tali pusat itu sehingga hancur dan terputus. Dia terbaring menahan sakit. Si anak menangis menahan sejuk dan lapar.
Keesokan harinya, Sidhutai Sapkal bersama anak berjalan p**ang ke rumah ibu bapanya. Malangnya, ibu bapanya juga tidak menerima, malah menghalaunya kembali.
Segala harapannya kini hancur lebur. Apa yang bermain dibenak fikirannya ketika itu, hanyalah mahu menamatkan segala kesengsaraan itu dengan membunuh diri.
Perlahan dia berjalan membawa diri mencari tempat perlindungan. Sehingga dia berhenti di tempat pembakaran mayat.
Dia melihat ada upacara pembakaran mayat sedang dilakukan. Dia duduk melepaskan lelah. Sudah seharian dia berjalan. Perutnya juga sudah lapar.
Habis upacara itu, dia melihat ada tepung yang ditinggalkan, dia ambil tepung itu, dimasukkan sedikit air, diuli menjadi roti lalu dibakar di atas tempat pembakaran mayat tersebut.
Dengan roti itu dia mengalas perutnya. Susunya mula keluar dan anaknya dapat minum sehingga ketiduran.
Dia melihat wajah anaknya, lalu dia membayangkan anaknya itu membesar menjadi orang yang luar biasa.
Berbekalkan kekuatan itu, dia meneruskan kehidupannya. Dia meminta sedekah di stesen keretapi dengan menyanyi untuk mencari sesuap roti. Itu sahaja yang mampu dilakukan oleh seorang ibu yang bersamanya 3 orang anak.
Pada waktu itu, dia melihat ramai anak-anak kecil yang hidup gelandangan tanpa keluarga.
Dia ambil anak-anak tersebut menjadi anak angkatnya. Dia jaga anak-anak itu walaupun dia sendiri berada dalam keadaan yang tidak mencukupi.
Semakin hari semakin ramai anak-anak jalanan dibantu oleh Sidhutai Sapkal. Dia memberi kesenangan kepada anak-anak itu walaupun hidupnya serba kekurangan.
Dari 5 orang anak yatim, kini Sidhutai Sapkal sudah memelihara lebih 1000 orang anak yatim.
Suaminya ketika berusia 80 tahun telah kembali memohon maaf dan memohon simpati serta belas ehsan dari Sidhutai Sapkal.
Dia telah memaafkan bekas suaminya itu dan menerimanya sebagai anak yatim jagaannya.
Sidhutai Sapkal telah menerima lebih 700 award. Ketika ditanya oleh wartawan " Kenapa puan bantu anak-anak itu sedangkan hidup puan sendiri miskin, makan sendiri pun tak tentu. Kenapa masih susahkan diri untuk mereka?"
Jawapan Sidhutai Sapkal sungguh luar biasa. Katanya "aku hidup selepas aku makan roti yang dibakar di atas tempat pembakaran mayat orang mati. Kini aku hidup untuk orang lain."
Bagaimana p**a keadaan ketiga-tiga anak kandungnya. Pasti anda tertanya-tanya kan.
Ketiga-tiga anaknya itu mempunyai PHD dan mempunyai jawatan yang besar. Anaknya berjaya menjadi orang luar biasa sama seperti apa yang difikirkannya dahulu.
Walaupun anak-anaknya sudah kaya dan berjaya, Sidhutai Sapkal tetap meneruska
n kehidupannya sama seperti dahulu bersama anak-anak jalanan.
Anak-anak jalanan dibawah jagaannya juga tidak kurang hebatnya. Ramai yang berjaya menjadi manusia yang berguna. Ada yang jadi doktor, peguam, arkitek, jurutera dan sebagainya.
Sidhutai Sapkal telah menghidupkan jiwa anak-anak jalanan yang dulunya dipandang hina oleh masyarakat, kini telah dipandang mulia.
Jika Lata Kare dalam kisah sebelum ini hidupnya untuk suami, Sidhutai Sapkal p**a, hidupnya untuk anak-anak jalanan yang langsung tiada hubungan kekeluargaan dengannya.
Atas dasar kemanusiaan, Sidhutai Sapkal menyerahkan seluruh hidupnya untuk melihat anak-anak ini membesar menjadi manusia yang berguna.
Hari ini dia dipanggil Dr. Sithudai Sapkal.
Itulah Grand Why Sidhutai Sapkal. Kita p**a hidup untuk apa? Apakah sekadar belajar tinggi lalu peroleh gaji dan pangkat semata.
Apakah sumbangan kita kepada ummah?
Sidhutai Sapkal telah mengajar kita beberapa perkara.
1. Besar macam mana sekalipun masalah hidup kita, pasti ada jalan penyelesaiannya. Usah cepat putus asa. Tuhan sentiasa ada bersama kita.
2. Hidup susah bukanlah alasan untuk tidak membantu dan memberi kepada orang lain. Sebenarnya itulah jalan terbaik untuk keluar dari kesusahan hidup. Apabila kita mudahkan hidup orang lain, Tuhan akan permudahkan hidup kita p**a.
3. Memaafkan itu pilihan terbaik. Dendam hanya membuat diri derita. Tidak pernah rugi hidup orang yang memaafkan orang lain. Bukankah itu juga telah diajar oleh baginda Nabi SAW.
4. Apabila sudah senang, jangan lupa diri. Jangan sombong. Usah cepat berubah kerana kesenangan dunia. Ianya tak memberi ketenangan pun.
5. Tiada yang mustahil atas dunia ini. Jika kita berusaha maka Tuhan akan beri hasilnya. Tidak pernah rugi orang yang berusaha buat baik. Apatah lagi buat baik untuk kesenangan orang lain. Itu sifat yang mulia.
Semoga kita sentiasa istiqamah dalam kebaikan terhadap orang lain. Kredit kepada penulis asal :- Zul fikarullah
Who are your lunch buddies today?
Berkomunikasilah dengan anak walaupun mereka belum pandai bercakap
Betulkah sekiranya kita tidak beritahu anak tentang pengangkatan mereka tidak tahu?
Apakah tujuan kita rahsiakannya?
Adakah benar rahsia ini untuk melindungi anak kita?
Bila dan bagaimana patut kita sampaikan perkara ini kepada anak?
Seorang ibu risau apabila anaknya ingin bertemu ibu kandung dan menolak permintaan anak untuk menemaninya bertemu ibu kandung. Apakah wajar tindakan itu?
Adoptive mom's heartbreak as daughter seeks birth family reunion 💔 https://diply.com/10029703/adoptive-mom-refuses-to-support-daughters-reunion-with-birth-fa?utm_source=fbphotore&utm_medium=fbphotoaa
Let's be the Awesome Adoptive Parents.
Join our IN CLASS training. Saturday, 10 June 2023 at 8trium Bandar Sri Damansara
Call/whatsapp 012-8003350
Macam mana nak bagitau status anak? Apa reaksi dia? Merajuk? Marah? Sedih?
Kami ada semua jawapan dalam topik : 'memberitahu status anak mengikut peringkat umur'
Sertai Kursus Ohsem Parents. Semua topik di susun khas untuk ibu bapa angkat
Call / Whatsapp 012-8003350
Tempat adalah terhad
TAHAP 1 – PENGENALAN & ASAS PENGANGKATAN
• Peneraan – hubungan ibu kandung dan anak
• ‘Serve & Return’
TAHAP 2 – MEMAHAMI ANAK ANGKAT
• Kesedihan Dan Kehilangan Serta Sindrom Anak Angkat
• Jenis-jenis Rahsia -
TAHAP 3 – MEMUPUK HUBUNGAN BERSAMA ANAK
• Memberitahu tentang pengangkatan mengikut peringkat umur
• Pengangkatan terbuka vs tertutup
TAHAP 4 – ISU & PERUNDANGAN PENGANGKATAN
• Jenis-jenis Pengangkatan
• Proses pengangkatan & perundangan
dan banyak la isu-isu berkaitan yang akan dibincangkan.....ilmu yang sangat berguna untuk ibubapa angkat.......rugi kalau tak datang...
Jom sertai kursus Ibubapa Angkat Cemerlang Ohsem Parents, Sabtu 10 Jun 2023
8trium Jalan Cempaka SD 12/5, Bandar Sri Damansara.
Kursus dalam kelas untuk peserta lebih mudah bertanya dan berbincang semua persoalan berkaitan PENGANGKATAN.
Whatsapp / Telefon : 012-800 3350
Sebenarnya tak perlu buat tindakan drastik seperti ini. Ohsem parents yang ada hubungan yang kukuh dengan anak-anak, perkara sebegini tidak akan berlaku
Urutan bayi boleh mengeratkan hubungan antara ibu/bapa dengan anak.
Jangan layan amukan anak. Cara untuk kawal anak tanpa kita sendiri hilang kawalan
Anak angkat yang menjadi pembunuh pada usia 13 Tahun .
Alhamdulillah, dengan kerjasama drpd sukarelawan para pensyarah yg ohsem dari Politeknik Sultan Idris Shah, OP dapat berkongsi rezeki dgn 16 keluarga di kg Parit Hulu, Sabak Bernam.
Terima kasih atas sokongan semua.
Macam-macam kelaku anak. Sebagai ibubapa yang ohsem kita berikan mereka sokongan selagi apa yang mereka lakukan tidak memudaratkan diri.
Penting untuk ibubapa angkat memberitahu anak tentang status mereka dari awal. Cara penerimaan adalah berbeza mengikut setiap peringkat umur. Tetapi............nak beritahu pun ada caranya. Kalau salah skrip, mungkin akan jadi salah faham. Anak merajuk, jauh hati atau rasa ibubapa tak sayang mereka.
Ohsem Parents ada skrip nak bagitahu mereka ikut kesesuaian umur.....nak tau tak?
Setiap masalah ada jalan penyelesaian. Ohsem Parents mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam mengendalikan kes2 pengangkatan. Tak kira isu proses atau perasaan, Ohsem Parents ada jawapannya.....insyaAllah
Molly Wright: How every child can thrive by five | TED "What if I was to tell you that a game of peek-a-boo could change the world?" asks seven-year-old Molly Wright, one of the youngest-ever TED speakers. Breaki...
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Contact the school
Telephone
Address
Ampang
56000
Opening Hours
Monday | 08:00 - 17:00 |
Tuesday | 08:00 - 17:00 |
Wednesday | 08:00 - 17:00 |
Thursday | 08:00 - 17:00 |
Friday | 08:00 - 17:00 |
C1-2, Block C, Jalan Selaman 1 Dataran Palma
Ampang, 68000
Xpert Global International Sdn. Bhd. (XGISB) provides both international and industry-recognised Conventional and Advanced Non-Destructive Testing (NDT) Training and Competency Cer...
Jalan Selaman 1
Ampang, 68000
We provide specialised training to help you improve your soft skills.
VO-061, Common Ground Ampang, 1st Floor Phase 2 Petronas Station, Lot 36904 Jalan Kolam Air Lama
Ampang, 68000
IGV Education Services Sdn Bhd is a company that was registered in Malaysia in 2021. This company was established to do business in the field of education.
Block D@Hata Square, Jalan Mewah 1/2, Pandan Mewah
Ampang, 68000
•筋膜理疗课程 •中医骨盆矫正.产后修复.徒手塑形课程 •中医经络骨盆暖巢子宫护理课程(全) •中医经络结合马来传统产前产后修复护理课程 •中医经络手法课程 •温灸罐疗法 •推拿.拔罐.刮痧课程
12, Blok RP3, Jalan Maju Utama, Taman Lembah Maju
Ampang, 68000
We provide home tutoring (online & physical) for primary & secondary school students.
Kolej Islam As Sofa, Blok D1-D3, Jalan 16A, Taman Dato' Ahmad Razali
Ampang, 68000
� Kelas mengaji Al Quran & Iqra'. � ️Terbuka kepada lelaki & perempuan berusia 5 hingga 17 tahun.
Ampang, 53300
STREEAMD Mind® GLOBAL – for Diversity & Innovative Mind Young Generation Nurturing to STREEAMD Mind®
T3-12-01, The 3 Towers, Jalan Ampang
Ampang, 50450
#1 Professional Wealth Planning Service In Malaysia
7B, Jalan Bunga Tanjung 6A, Taman Putra
Ampang, 68000
B.Cina sebagai bahasa dunia kerana kedudukan sebelumnya sebagai lingua Franca di sebilangan besar du