Persatuan Syariah Islamiyyah Kolej Islam As Sofa

Persatuan Syariah Islamiyyah Kolej Islam As Sofa

You may also like

Smansaku Probolinggo
Smansaku Probolinggo

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Syariah Islamiyyah Kolej Islam As Sofa, Community College, Blok D-1-03, Jalan 16A Desa Permai, Taman Dato' Ahmad Razali, Ampang.

18/11/2023

📖 DAURAH KHAS : PENGKHATAMAN KITAB TAJ AL TAFASIR AL IMAM AL MUFASSIR MUHAMMAD UTHMAN AL MIRGHANI

كَلَّاۤ إِنَّهُۥ تَذۡكِرَةࣱ

Maksudnya : "Ketahuilah! Sesungguhnya Al-Quran itu adalah satu peringatan (yang sangat besar pengajarannya)"
[Surah Al-Muddaththir: 54]

Al-Quran bukan sekadar pusaka peninggalan Rasulullah SAW semata-mata. Ia adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW yang diturunkan secara berperingkat selama 23 tahun ini, diamanahkan supaya manusia dapat mempelajarinya, menghayati seterusnya mengamalkan segala yang terkandung di dalamnya.

Al-Quran diturunkan oleh Allah Ta’ala untuk umat manusia seluruhnya sebagai nasihat pengajaran untuk memperbaiki akhlak dan amal perbuatan dan sebagai ubat penawar bagi penyakit batin seperti penyakit kufur dan syirik, hasad dengki dan khianat serta lain-lain penyakit jiwa.

Marilah kita mengajak anak isteri, ahli keluarga, anak remaja, muda mudi, jiran tetangga dan masyarakat seluruhnya mengambil berat kepentingan belajar, mengajar, memahami, menghayati, mencintai dan mengamalkan Al-Quran. Sesungguhnya beruntunglah umat Islam yang sentiasa belajar dan mengajar serta mengamalkan Al-Quran dengan mengikuti pengajian pengkhataman kitab Taj Al Tafasir yang akan diadakan selama 6 bulan sahaja.

Butiran program adalah seperti berikut:
🌅 Hari : Isnin - Jumaat (5.00-6.00 petang) / Sabtu (10.00 pagi - 12.00 tengah hari)
💻 Tempat: Dewan Utama, Kolej Islam As Sofa
👳‍♂️ PENCERAMAH :
1. Tuan Guru Hj Salahuddin bin Hj Azrai
2. Ustaz Al Razin bin Zamry Al Hafiz
3. Ustaz Mohd Aiman bin Ahmad Al Hafiz
4. Ustaz Ahmad Syakir bin Mohd Soberi Al Hafiz

✅SANAD
✅SIJIL PENYERTAAN
✅SESI SOAL JAWAB DAN LAIN-LAIN

📌 JOM DAFTAR SEKARANG!!

📌Ayuh, sama-sama kita mengikuti pengajian yang sangat bermanfaat!

📍Untuk pendaftaran, sila tekan link di bawah👇

📲Link pendaftaran:
https://kolejislam.onpay.my/order/form/daurahkhas
__
📞 Sebarang pertanyaan boleh hubungi: http://www.wassap.my/601135668051/DaurahTajTafassir

26/07/2023

CREATIVITY WEEK OF ISLAMIC UNIVERSITY STUDENTS IN SOUTHEAST ASIA

Kolej Islam As Sofa mengucapkan sekalung tahniah kepada mahasiswa KIS yang mewakili Kolej Islam As Sofa di dalam pertandingan Creativity Week Of Islamic University Students In Southeast Asia.

Mahasiswa KIS telah mengambil bahagian dalam tiga kategori iaitu, Musabaqah Tilawah al-Quran yang diwakili oleh Saudara Alawi bin Ainol Amriz, Musabaqah Hifz al-Quran yang diwakili oleh Saudara Muhammad Anas Zakwan bin Norazlan dan Musabaqah Qiraah al-Qutub yang diwakili pleh Saudara Muhammad Ryan Hakeem bin Badrol Hisham.

Pertandingan ini berlangsung secara atas talian bermula pada 25 Julai 2023 sehingga 28 Julai 2023.

Semoga memperoleh kejayaan yang cemerlang!

Ikuti perkembangan terkini melalui Channel Rasmi Telegram Kolej Islam As Sofa:

https://linktr.ee/kolejislamassofa

26/07/2023

𝗣𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗧𝗔𝗦𝗨❜𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗨𝗔𝗦𝗔 ❜𝗔𝗦𝗬𝗨𝗥𝗔

عَبْدَ اللهِ بْن عَبَّاسٍ رَضِيَ الله عَنْهُمَا يَقُولا حِينَ صَامَ رَسُولُ ﷺ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللهِ إِنَّهُ يَوْمٌ تُعَظِّمُهُ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى فَقَالَ رَسُولُ اللهِ ﷺ فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ إِنْ شَاءَ الله صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ قَالَ فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُولُ اللهِ ﷺ

Abdullah bin Abbas RA, beliau menceritakan: Ketika Nabi ﷺ melaksanakan puasa Asyura dan memerintahkan para sahabat untuk puasa. Kemudian ada sahabat yang berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya hari Asyura adalah hari yang diagungkan orang Yahudi dan Nasrani. Kemudian Nabi ﷺ bersabda: “Pada tahun depan, InsyaAllah kita akan berpuasa pada hari kesembilan.” Namun, belum sampai tahun depan, Nabi ﷺ diwafatkan. (HR Muslim:1916)

Antara hari yang digalakkan berpuasa pada bulan Muharram ialah puasa hari Tasu'a (9hb Muharram) iaitu sehari sebelum hari Asyura (10 Muharram). Hal ini adalah untuk membezakan amalan berpuasa seorang Muslim dengan puasa orang Yahudi dan Kristian.

Marilah kita berpuasa Sunat Tasu'a dan berpuasa Sunat Asyura. Moga Allah akan mengampukan dosa-dosa kita setahun yang lalu.

𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐈𝐒 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟑 𝐓𝐄𝐋𝐀𝐇 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀

Jom sertai kami! Klik untuk pertanyaan:

http://www.wassap.my/601135668051/KISIntake

Ikuti perkembangan terkini melalui Channel Rasmi Telegram Kolej Islam As Sofa:

https://linktr.ee/kolejislamassofa

07/07/2023

🗣️ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته📢

📖 𝗗𝗔𝗨𝗥𝗔𝗛 𝗦𝗜𝗝𝗜𝗟 𝗧𝗨𝗥𝗔𝗧𝗛 : "𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗔𝗟-𝗪𝗔𝗥𝗔𝗤𝗔𝗧"

💎Al-Waraqat merupakan kitab dasar ilmu Usul Feqah. Kitab yang dikarang ulama kenamaan mazhab al-Syafieyah, Imam Haramain al-Juwaini, ini secara ringkas menjelaskan konsep-konsep dan kaedah-kaedah asasi dalam ilmu Usul Feqah sehingga sangat mudah dipelajari dan dihafal oleh pemula.

𝟱 𝗞𝗲𝗽𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗺𝗽𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿𝗶 𝗸𝗶𝘁𝗮𝗯 𝗶𝗻𝗶:
1️⃣ Mengetahui pengenalan, sejarah, kepentingan mempelajari Ilmu Usul Feqh menuntut realiti semasa.
2️⃣ Mengetahui pembahagian hukum hakam syarak serta perbezaan antara takrifan Feqh,Ilmu,dzan, syak dan sebagainya.
3️⃣ Mengetahui perbahasan berkenaan lafaz atau Kalam dan pembahagiannya.
4️⃣ Memahami kata perintah dan larangan dalam Nas, Metode memahami lafaz yang bersifat umum dan khusus.
5️⃣ Mendalami perbahasan berkenaan Qiyas dan susunan dalil-dalil syarak.

Pengajian ini amat sesuai untuk para pelajar di pusat pengajian tinggi yang perlu menguasai pengajian Usul al-Fiqh khususnya menerusi neraca ulama muktabar dalam mazhab al-Syafie. Ia juga sesuai bagi para asatizah yang ingin mengukuhkan lagi penguasaan mereka dalam ilmu Usul Fiqh.

Butiran program adalah seperti berikut:
🗓️ Tarikh : 8 & 9 Julai 2023
🌅 Hari : Sabtu & Ahad
💻 Tempat: Secara online melalui aplikasi Zoom
⏰ Masa: 10.00 am-5:00 pm

👳‍♂️ Penceramah:
Ustaz Ahmad Syakir Bin Mohd Soberi (Calon Sarjana Universiti Ez Zitouna, Tunisia Alumni Darul Quran Wal Hadith As Sofa & Sekolah Tinggi Islam As Sofa)

✅SIJIL PENYERTAAN
✅NOTA PEMBELAJARAN
✅SESI SOAL JAWAB DAN LAIN-LAIN

📌 JOM !! Mendaftarkan diri semua dalam program ini dan juga sama-sama mengambil manfaat daripada pengisian ini🤝

📍Untuk pendaftaran, sila tekan link di bawah👇

📲Link pendaftaran:
https://kolejislam.onpay.my/order/form/daurahsijilturathkis
__________
📞 Sebarang pertanyaan boleh hubungi :-
http://www.wasap.my/60193433504/daurahkitabturath

21/04/2023
Photos from Kolej Islam As-Sofa's post 28/02/2023
06/12/2022

𝟒 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐋𝐀𝐆𝐈 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐀𝐋 𝐌𝐀𝐀𝐍𝐈’𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐃𝐀𝐁𝐁𝐔𝐑 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐇 𝐀𝐋 𝐌𝐔𝐋𝐊‼️

Al-Mani’ah (penghalang) adalah nama jolokan bagi surah al-Mulk kerana surah tersebut menghalang dan menyelamatkan tuannya, iaitu orang yang selalu membaca atau menghafalnya daripada seksa kubur dan seksa api neraka.

Ketahui banyak lagi bersama ustaz Dr. Shafiq Sahimi, Penasihat Akademik Jabatan Usuluddin, Kolej Islam As Sofa.

“Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.”

📌 INFO PENGAJIAN:

📆Hari: Sabtu
📝10 DISEMBER 2022
⏰Masa: 2.00 petang
🏢Tempat : Dewan Utama, KIS Ampang
🎙️Panel Pengajar: al- Fadhil Ustaz Dr. Shafiq Sahimi

‼️TERBUKA KEPADA SEMUA‼️

Klik link di bawah untuk mendaftar:

https://kolejislam.onpay.my/order/form/tadabbursurahalmulk

📞Sebarang pertanyaan lanjut:
👳🏻‍♂️Ustaz Rahman :
http://www.wassap.my/601120585217/TadabburAl-Mulk

18/10/2022

𝗞𝗘𝗡𝗔𝗟𝗜 𝗙𝗜𝗭𝗜𝗞𝗔𝗟 𝗕𝗔𝗚𝗜𝗡𝗗𝗔 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟𝗨𝗟𝗟𝗔𝗛 ﷺ

Dalam meraikan kemeriahan bulan Rabi'ul Awwal yang menjadi bulan istimewa kepada umat Islam ini, telah bergema alunan selawat, burdah dan qasidah menandakan kita berada dalam bulan kelahiran baginda Rasulullah.

Justeru itu, demi menyuburkan lagi rasa cinta kepada baginda Rasulullah kita diperkenalkan dengan beberapa ciri-ciri penampilan fizikal Rasulullah melalui jalur periwayatan daripada para sahabat.

Para sahabat meneliti penampilan fizikal baginda Rasulullah dan mendapati sosok tubuh baginda adalah ciptaan Allah yang indah dan terunggul.

Segala perkara berkaitan Rasulullah tidak sepatutnya ditinggalkan, bahkan wajar diterokai untuk meningkatkan keimanan dan kecintaan kepada baginda Rasulullah.

Semoga dengan berbekalkan rasa cinta ini, kita selamat di akhirat sana.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐈𝐒 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟐 𝐓𝐄𝐋𝐀𝐇 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀

Jom sertai kami! Klik untuk pertanyaan:

http://www.wassap.my/601135668051/KISIntake

Ikuti perkembangan terkini melalui Channel Rasmi Telegram Kolej Islam As Sofa:

https://linktr.ee/kolejislamassofa

13/09/2022

𝗗𝗜𝗦𝗞𝗨𝗦𝗜 𝗞𝗜𝗧𝗔𝗕 𝗜𝗡𝗔𝗬𝗔𝗛 𝗔𝗟-𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝗜/𝟮𝟬𝟮𝟮𝗠

Allah menurunkan al-Quran ini dengan 7 huruf, iaitu kepelbagaian bacaan Qiraat mengikut lahjah arab. Manakala kebolehan mambaca kalam Allah ini adalah kurniaan & kemudahan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada umatNya ﷺ.

‘’Jika tidak kerana Allah memudahkan ke atas lisan anak Adam sudah pasti tiada satu makhluk pun yang mampu untuk menuturkan Kalam Allah SWT’’. (Sayyidina Abu Bakar RA)

📌Adakah anda biasa mendengar istilah;
رواية حفص عن عاصم من طريق الشاطبية❓

Bagi kita di Malaysia, bacaan yang menjadi amalan ialah Riwayat hafs dari Imam ‘Asim mengikut aliran bacaan Imam al-Syatibiy.

📌Apakah p**a jalan untuk mencapai kepada pembacaan al Quran yang fasih❓

Selain menguasai hakikat huruf-huruf hijaiyah sama ada dari segi makhraj & sifat-sifatnya, anda juga perlu mengetahui lebih mendalam tentang ⤵️⤵️
👉Sanad yang sahih dalam pengambilan al-Quran,
👉Mengenali Imam-imam Qiraat yang 7
👉Memahami bacaan Qiraat yang mutawatirah

Ketahui ini & banyak lagi dalam diskusi kitab “Inayah al-Rahman’’ karangan al-fadhil ustaz Hj Md.Farid bin Samad al-Hafiz, seorang tokoh ilmuan yang arif lagi berpengalaman dalam bidang al-Quran ini.

“Sesungguhnya Kami yang menurunkan al-Quran dan kamilah yang memelihara & menjaganya” (Surah al-Hijr: 9).

📌 INFO PENGAJIAN:

📆Hari: Ahad
📝25 SEPTEMBER 2022
⏰Masa: 11.00am-1.00pm
🖥️Platform: Zoom online
🎙️Panel Pengajar: al- Fadhil Ustaz Hj Md.Farid bin Samad al-Hafiz

‼️TERBUKA KEPADA SEMUA‼️

Klik untuk daftar:

https://kolejislam.onpay.my/order/form/diskusitajwid

13/09/2022

DUNIA ADALAH JAMBATAN AKHIRAT

Dunia adalah jambatan menuju akhirat. Orang beriman dan memiliki kefahaman Islam akan menggunakan setiap detik dalam kehidupan untuk mengumpul sebanyak bekalan untuk dipersembahkan kepada Allah SWT kelak.

Kita sebagai manusia diibaratkan seperti orang asing dan pengembara (semasa hidup di dunia) yang mana kelak kita akan p**ang ke kampung halaman (di akhirat yang kekal abadi).

Justeru, kita perlu bersegera melakukan amal kebajikan, memperbanyak ketaatan, dan amal soleh sebagai bekalan perjalanan menuju akhirat. Elakkan dari bertangguh untuk melakukan amal soleh kerana kita tidak pasti apakah berkesempatan untuk melakukannya pada masa akan datang atau tidak.

Ikuti perkembangan terkini melalui Channel Rasmi Telegram Kolej Islam As Sofa:

https://linktr.ee/kolejislamassofa

24/08/2022

𝐃𝐀𝐔𝐑𝐀𝐇 𝐅𝐈𝐐𝐇 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀: 𝐀𝐒𝐀𝐒-𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐇𝐀𝐈𝐃 𝐃𝐀𝐍 𝐍𝐈𝐅𝐀𝐒 (𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏)

3⃣ HARI LAGI ❗️❗️❗️

Ramai yang meremehkan dalam menentukan waktu suci daripada haid, nifas dan istihadah. Apakah kesannya?

Kesannya akan menyebabkan segala ibadah fardhu mahupun sunat tidak diyakini sah atau batal. Bagaimana jika ibadah-ibadah yang dilakukan tidak sah kerana tidak mengambil berat perihal darah wanita ini.

Jangan lepaskan peluang untuk sertai daurah yang julung kali diadakan ini.

Daftar segera ! Pendaftaran terhad 100 orang sahaja.

🔴 Terbuka kepada Muslimin dan Muslimat.

🔴 Sijil penyertaan disediakan bagi kehadiran penuh.

🔴 Rakaman disediakan.

Klik link di bawah untuk mendaftar:

https://kolejislam.onpay.my/order/form/daurahfiqhwanita

Timeline photos 15/08/2022

🎓DIPLOMA SYARIAH ISLAMIYYAH KOLEJ ISLAM AS SOFA🎓

👉 Syariah Islamiyyah adalah cabang ilmu dalam bidang agama.

👉 Pengkhususan berkaitan hukum-hakam dalam aturan hidup seorang muslim.

👉 Sesi pengajian yang mampat. Hanya mengambil masa 2 tahun sahaja.

👉 Bidang pengajian yang sesuai menjadi pilihan untuk pelbagai latar belakang.

👉 Bidang kerjaya yang boleh diceburi oleh graduan Syariah Islamiah ialah:

➡️Penolong Pegawai Kehakiman
➡️Penolong Pegawai Undang-Undang
➡️Guru Diniyyah/Akademik

Jom sertai program Diploma Syariah Islamiyyah di Kolej Islam As-Sofa!

Pendaftaran Intake Jun 2022 masih dibuka, klik untuk pertanyaan:

http://www.wassap.my/601135668051/KISIntake

Ikuti perkembangan terkini melalui Channel Rasmi Telegram Kolej Islam As Sofa:

https://linktr.ee/kolejislamassofa

15/07/2022

𝐓𝐑𝐈𝐕𝐈𝐀 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌𝐈𝐘𝐘𝐀𝐇 𝐃𝐈 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐀𝐒 𝐒𝐎𝐅𝐀 ✨

👉 Syariah Islamiyyah adalah cabang ilmu dalam bidang agama.

👉 Pengkhususan berkaitan hukum-hakam dalam aturan hidup seorang muslim.

👉 Sesi pengajian yang mampat. Hanya mengambil masa 2 tahun sahaja.

👉 Bidang pengajian yang sesuai menjadi pilihan untuk pelbagai latarbelakang.

👉 Bidang kerjaya yang boleh diceburi oleh graduan Syariah Islamiah ialah ⤵️

➡️Penolong Pegawai Kehakiman
➡️Penolong Pegawai Undang-Undang
➡️Guru Diniyyah/Akademik

📍Jom sertai program Diploma Syariah Islamiyyah di Kolej Islam As-Sofa‼️

Pendaftaran Intake Jun 2022 telah dibuka, klik untuk pertanyaan:

http://www.wassap.my/601135668051/KISIntake

Ikuti perkembangan terkini melalui Channel Rasmi Telegram Kolej Islam As Sofa:

https://linktr.ee/kolejislamassofa

06/07/2022

IBADAH KORBAN SATU IBADAH

Dalam kita melakukan ibadah korban, perlulah dipatuhi aturannya sebagaimana yang tertulis di dalam wahyu. Ini agar ibadah korban kita mendapat pahala dan menurut kehendak Allah, bukan hanya sekadar mendapatkan dagingnya sahaja.

Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Maka makanlah sebahagian daripadanya dan [sebahagian lagi] berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara lagi fakir”. [Al-Hajj: 28]

Daging korban itu hendaklah diagihkan kepada 3 bahagian:
1️⃣ Sedekah untuk fakir miskin
2️⃣ Hadiah kepada yang bukan miskin
3️⃣Dimakan atau disimpan oleh orang yang berkorban.

Ini perkara penting yang perlu diambil perhatian. Kita disuruh bersedekah kepada fakir miskin kerana semua bahagian sudah menjadi hadiah kepada bukan fakir miskin dan dimakan sendiri.

Ingatlah, ibadah korban bukanlah suatu ritual dan perayaan untuk kita bers**a-ria sahaja. Lakukankanlah sembelihan kita dengan cara yang terbaik.

𝗞𝗲𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗜𝗦 𝘀𝗲𝘀𝗶 𝗝𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟮 𝗸𝗶𝗻𝗶 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗸𝗮

Jom sertai kami! Klik untuk pertanyaan:

http://www.wassap.my/601135668051/KISIntake

Ikuti perkembangan terkini melalui Channel Rasmi Telegram Kolej Islam As Sofa:

https://linktr.ee/kolejislamassofa

01/07/2022

Hebatnya hari Jumaat. Penghulu segala hari. Hari yang penuh dengan pelbagai tawaran kebaikan bagi manusia yang beriman.
Hari ini juga adalah bersamaan 01 Zulhijjah 1443H. Jangan dibiarkan hari ini berlalu pergi begitu sahaja. Tetapi banyakkanlah selawat kepada Baginda ﷺ.

Semoga semakin dekat kedudukan kita kepada Baginda ﷺ, akan mempermudah jalan penerimaan syafaat seorang hamba melaluinya, dengan izin Allah.

Ikuti perkembangan terkini melalui Channel Rasmi Telegram Kolej Islam As Sofa:

https://linktr.ee/kolejislamassofa

30/06/2022

🎓 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐀𝐒 𝐒𝐎𝐅𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐊𝐀𝐍𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐈𝐋𝐌𝐔 𝐓𝐔𝐑𝐀𝐓𝐇 🎓

“Kolej Islam As Sofa sangat menekankan pembelajaran ilmu turath yang begitu jarang dan susah untuk ditemui di institusi pengajian lain. Inilah keindahan dalam menuntut ilmu Islam.”

-Saudara Afif Syahmi bin Azman, Alumni Diploma Tahfiz Al-Quran & Qiraat 2021-

Jom bersama kami❗️

Pendaftaran Intake Jun 2022 telah dibuka, klik untuk pertanyaan:

http://www.wassap.my/601135668051/KISIntake

Ikuti perkembangan terkini melalui Channel Rasmi Telegram Kolej Islam As Sofa:

https://linktr.ee/kolejislamassofa

29/06/2022
27/06/2022

HAKIKAT MUSLIM: SALING MENJAGA

Imam Ibn Battal dalam syarahan beliau ke atas hadis di atas berkata :
والمراد بهذا الحديث الحض على ترك أذى المسلمين باللسان واليد والأذى كله
Maksudnya : Yang dimaksudkan dengan hadis ini adalah tuntutan supaya meninggalkan perbuatan menyakiti umat Islam dengan lidah, tangan, dan juga semua yang menyakitkan.
📚Rujuk Syarah Sahih Al-Bukhari, Ibn Battal (1/62)

❗Ingatlah segala apa yang kita perkatakan dan lakukan akan memberi kesan langsung kepada saudara seislam lainnya, dan ia sentiasa dalam pengetahuan Allah, bahkan menjadi tugas para malaikat untuk mencatatnya.

📌Maka berhati-hatilah dalam pertuturan mahupun perlakuan.

𝗞𝗲𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗜𝗦 𝘀𝗲𝘀𝗶 𝗝𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟮 𝗸𝗶𝗻𝗶 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗸𝗮

Jom sertai kami! Klik untuk pertanyaan:

http://www.wassap.my/601135668051/KISIntake

Ikuti perkembangan terkini melalui Channel Rasmi Telegram Kolej Islam As Sofa:

https://linktr.ee/kolejislamassofa

22/06/2022

🎓KOLEJ ISLAM AS SOFA MENYEDIAKAN YURAN TERMURAH🎓

“Kolej Islam As Sofa menyediakan yuran termurah dan tidak setanding dengan apa yang kami pelajari. Di sini kami mempelajari ilmu yang tinggi dan dinaungi ulama’ iaitu Dato’ Syeikh Hj Muhammad Fuad bin Kamaludin, selaku pengerusi KIS”.

-Saudara Ahmad Muadz bin Ahmad Mokhtar, Alumni Diploma Syariah Islamiyyah 2020-

Jom bersama kami❗️

Pendaftaran Intake Jun 2022 telah dibuka, klik untuk pertanyaan:

http://www.wassap.my/601135668051/KISIntake

Ikuti perkembangan terkini melalui Channel Rasmi Telegram Kolej Islam As Sofa:

https://linktr.ee/kolejislamassofa

18/06/2022

PENGAJIAN DAURAH TASAWWUF SIRI KE 2

📍Ilmu tasawwuf merupakan salah satu daripada prinsip utama ilmu Islam yang menjadi kefardhuan bagi semua umat Islam untuk mempelajarinya.

📚Sukacitanya dimaklumkan, Kolej Islam As Sofa akan menganjurkan satu lagi Kursus Tasawwuf dengan mendalami satu kitab tasawuf karangan al-Hāfiz Abd Allah bin Siddīq al-Ghumārī, seorang ulama’ hadith terkemuka di bumi Morocco.

Keistimewaan Kitab Al-I'lām bi Anna at-Tasawwufa min Sharī`ati al-Islām ⤵️⤵️

✅Merupakan rujukan terbaik bagi mengenali asas, konsep & perbahasan ilmu tasawwuf berdasarkan dalil-dalil dari al-Qur'an & Hadith Nabi ﷺ.
✅Mengupas serta menjawab isu-isu kontroversi masa kini terutamanya dari golongan wahhabi antaranya wali abdal, karamah para auliya’, halaqah zikir, ilmu hakikat dan pelbagai lagi.

📝 Jadual pengajian Daurah Tasawwuf:
📆 Hari: Setiap Sabtu.
⏰Masa: 9.00-11.00 pagi.
🖥️Platform: Zoom online.
🚨Terbuka kepada semua pelajar & orang awam.
🎙️Panel Pengajar: al- Fadhil Ustaz Muhammad Hud Salleh bin Darus Salim, Graduan Universiti Mohamed V, Rabat Maghribi.

Klik link di bawah untuk pendaftaran ⏬⏬ https://kolejislam.onpay.my/order/form/daurahtasawwuf

14/06/2022

2 AMAL SOLEH MENJADI WASILAH KEPADA PERTOLONGAN ALLAH.

Apakah ia 2 perkara tersebut❓

📝{ ...فَصَبۡرࣱ جَمِیلࣱۖ وَٱللَّهُ ٱلۡمُسۡتَعَانُ عَلَىٰ مَا تَصِفُونَ }
[Yûsuf: 18]

✅ KeSABARan yang indah yang ditunjukkan tauladannya oleh Nabi Allah Ya'qub. Kesabaran yang indah yang disertai doa permohonan yang dipanjatkan kepada Allah.

Sungguh kepada Allah kita mohon segala bentuk pertolongan sebagaimana segala sifat yang layak bagiNya."

📝عن حذيفةَ قالَ كانَ النَّبيُّ صلَّى اللَّهُ عليْهِ وسلَّمَ إذا حزبَهُ أمرٌ صلَّى

✅Sahabat baginda Rasulullah iaitu Huzaifah menceritakan bahawa Rasulullah itu tatkala baginda sedang bersedih atau terganggu dengan sesuatu perkara baginda akan segera menunaikan SOLAT.

Maka, selayaknya kita mengambil tauladan yang mulia daripada kisah para nabi Allah ini.

𝗞𝗲𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗜𝗦 𝘀𝗲𝘀𝗶 𝗝𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟮 𝗸𝗶𝗻𝗶 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗸𝗮

Jom sertai kami! Klik untuk pertanyaan:

http://www.wassap.my/601135668051/KISIntake

Ikuti perkembangan terkini melalui Channel Rasmi Telegram Kolej Islam As Sofa:

https://linktr.ee/kolejislamassofa

13/06/2022

BERDAMAI DENGAN TAKDIR.

Ketahuilah,
Kita merancang, Allah juga merancang, Dan Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya.

Kita merancang dengan cita-cita dan sedang Allah merancang dengan cintaNya. Dia beri ujian tetapi tidak pernah Dia pergi meninggalkan.

Maha suci Allah. Semoga kita selalu berlapang dada dengan ketentuan Allah Esa.

𝗞𝗲𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗜𝗦 𝘀𝗲𝘀𝗶 𝗝𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟮 𝗸𝗶𝗻𝗶 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗸𝗮

Jom sertai kami! Klik untuk pertanyaan:

http://www.wassap.my/601135668051/KISIntake

Ikuti perkembangan terkini melalui Channel Rasmi Telegram Kolej Islam As Sofa:

https://linktr.ee/kolejislamassofa

07/06/2022

Begitulah, Kehidupan adalah pilihan di antara 2 jalan [Al-Balad:10]
Dan 2 jalan yang demikian itu telah pun dihamparkan kepada manusia.

Jalan kebaikan adalah dengan taat, penyucian jiwa akan menghasilkan cinta & redha Allah.

Jalan keburukan dengan maksiat, kerosakan jiwa akan mengundang kemurkaan Allah.

Dalam perjuangan seseorang memilih antara 2 jalan hidup ini, Allah bekalkan pancaindera kepada manusia untuk menilai dan membuat pilihan yang terbaik dengan panduan daripada tinta cahaya ilmu.

𝗞𝗲𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗜𝗦 𝘀𝗲𝘀𝗶 𝗝𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟮 𝗸𝗶𝗻𝗶 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗸𝗮

Jom sertai kami! Klik untuk pertanyaan:

http://www.wassap.my/601135668051/KISIntake

Ikuti perkembangan terkini melalui Channel Rasmi Telegram Kolej Islam As Sofa:

https://linktr.ee/kolejislamassofa

06/06/2022

BERAKLHLAQ BAIK. JAUHI PERBALAHAN.

📌Al-Kahfi:54..dan sememangnya manusia itu adalah golongan yang banyak sekali berlaku perbalahan sesama mereka.

❌ Sikap s**a berbalah ini merupakan sifat mazmumah yang memecah belahkan💔 ukhuwwah islamiyyah dalam kalangan umat islam.

😈 Syaitan s**a meniupkan api 🔥perbalahan dan permusuhan dalan kalangan umat manusia.
[Al-Ma'idah:91]

Oleh hal yang demikian, Allah menghadirkan perintah kepada umat manusia untuk menjauhi perbalahan dengan jalan
🌼 Sabar dengan kesabaran yang indah
🌼 Mengehadkan atau menjauhkan diri daripada golongan yang s**a berbantah dan berbalah.

Sesungguhnya Allah mencintai golongan yang bersepakat kerana ia meraih berkat dan rahmat Allah.

Allah menyifatkan kesepakatan umat islam sebagai lambang kekuatan ibarat sebuah bangunan yang tersusun kukuh. [As-Saff: 4]

اللَّهُمَّ أَلِّفْ بَيْنَ قُلُوبِنَا وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِنَا
Ya Allah, satukanlah di antara hati-hati kami ini (supaya kami selalu memilih perdamaian berbanding permusuhan dan perbalahan) dan perbaikilah urusan hidup kami.

𝗞𝗲𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗜𝗦 𝘀𝗲𝘀𝗶 𝗝𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟮 𝗸𝗶𝗻𝗶 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗸𝗮

Jom sertai kami! Klik untuk pertanyaan:

http://www.wassap.my/601135668051/KISIntake

Ikuti perkembangan terkini melalui Channel Rasmi Telegram Kolej Islam As Sofa:

https://linktr.ee/kolejislamassofa

Want your university to be the top-listed University in Ampang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

MeMoRaNdUm

Telephone

Address


Blok D-1-03, Jalan 16A Desa Permai, Taman Dato' Ahmad Razali
Ampang
68000

Other Community Colleges in Ampang (show all)
Energy Academy Energy Academy
Lot 4, Level 4, Great Eastern Mall, 303 Jalan Ampang
Ampang, 50450

Spa & Wellness Educator. Educate with passion, compassion and skills....Career development for those who train with us is a priority of our Academy and naturally the main concern w...

Aviation Management-DAM Cybernetics International College of Technology Aviation Management-DAM Cybernetics International College of Technology
Jalan Mahkota
Ampang, 55100

Aviation Management-DAM Cybernetics International College of Technology

Miraj Academy Miraj Academy
No. 9, Jalan Dravidan, Bandar Baru Ampang
Ampang, 68000

Pusat Bertauliah dengan PENARAFAN 5 BINTANG Kursus Kemahiran JPK dari tahap sijil ke diploma.

Biasiswa Pendidikan Tinggi Malaysia Biasiswa Pendidikan Tinggi Malaysia
Pandan Indah
Ampang, 68000

Latihan Separa Perubatan (Diploma & Sijil) serta Jaminan Kerja setelah tamat latihan

ماليزيا للدراسة | Malaysia 2 Study ماليزيا للدراسة | Malaysia 2 Study
3B Ampang Triangle1, Jalan Mamanda 7/1
Ampang, 68000

Free Education Consultancy [email protected] WhatsApp:+60175145520 Skype: malaysia2study Telegram:Malaysia2Study

Internal Medicine at USIM Internal Medicine at USIM
Universiti Sains Islam
Ampang, 55100

Dept. of Internal Medicine, Faculty of Medicine and Health Sciences, Universiti Sains Islam Malaysia

Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Islam As Sofa Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Islam As Sofa
D-1, 03, Jalan 16A, Taman Dato Ahmad Razali
Ampang, 68000

Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Islam As Sofa

Maahad Tahfiz NURUL YAQIN Maahad Tahfiz NURUL YAQIN
No 21 Jalan Cempaka 9, Taman Cempaka
Ampang, 55100

Pusat Pengajian Kalamullah