Persatuan Penduduk Fasa 2 Taman Bukit Indah, Ampang

Persatuan yang menaungi warga Taman Bukit Indah Fasa 2, Ampang

Photos from Persatuan Penduduk Fasa 2 Taman Bukit Indah, Ampang's post 18/08/2024

Syabas dan tahniah komuniti Taman Bukit Indah Fasa 2 kerana telah berjaya megumpulkkan 414.4kg minyak masak terpakai bagi Pertandingan Pegumpulan Minyak Masak Terpakai anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya - Rasmi pada kali ini.

Terima kasih kepada semua penduduk yang telah menjaya program pada kali ini, semoga kita berjumpa lagi pada hujung tahun ini dengan sasaran lebih 500kg. Semoga usaha ini dapat menjadikan Selangor dan Malaysia amnya sebuah negara yang lestari dan berdaya huni.

Photos from Persatuan Penduduk Fasa 2 Taman Bukit Indah, Ampang's post 11/08/2024

Tahniah PPF2 dan penduduk Taman Bukit Indah Fasa 2 kerana sekali lagi telah berjaya mendapat tempat dalam Pertandingan Landskap anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya - Rasmi. Majlis peyampaian hadiah berlangsung meriah di Panorama Bukit Antarabangsa dan telah disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato Menteri Besar Selangor.

Pada tahun ini PPF2 mendapat Naib Johan berbanding Johan pada tahun sebelumnya. Menang dan kalah adat pertandingan yang penting kerjasama dan usaha yang ditunjukkan oleh komuniti Taman Bukit Indah Fasa 2 dalam memastikan persekitaran yang bersih dan berdaya huni dapat dinikmati oleh semua. Syabas kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam pertandingan pada kali ini. Jumpa lagi tahun depan sebagai juara semula

02/06/2024
Photos from Persatuan Penduduk Fasa 2 Taman Bukit Indah, Ampang's post 02/06/2024

Pertandingan Santai Mesra Boling Fasa 2, Taman Bukit Indah

Selesai sudah penganjuran boling oleh PPF2. Seramai 16 pasukan yang melibat 64 peserta telah mengambil bahagian. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Syamsudin bin Suriansah, Ahli Majlis Zon 9.

Pertandingan kali ini memperlihatkan banyak bakat baharu yang menggegarkan dunia boling dalam Taman Bukit Indah Fasa 2.

Tahniah dan terima kasih kepada penganjur, pemain, sponsors dan semua yang terlibat.

Keputusan Berpasukan
1st Place: DOREMI (1530 jatuhan pin)
2nd Place: TGV (1529 jatuhan pin)
3rd Place: My Team A (1507 jatuhan pin)
4th Place: KENZO (1485 jatuhan pin)
5th Place: XG’s (1449 jatuhan pin)

Terbaik Individu Lelaki
1st Place: Farhan - DOREMI (458 jatuhan pin)
2nd Place: Nawfal - KASI PADU (453 jatuhan pin)
3rd Place: Hamdan - TGV (433 jatuhan pin)

Terbaik Individu Wanita
1st Place: Anis - KENZO (410 jatuhan pin)
2nd Place: Dyra - The O.G (391 jatuhan pin)
3rd Place: Jamilah - My Team A (379 jatuhan pin)

Photos from Persatuan Penduduk Fasa 2 Taman Bukit Indah, Ampang's post 22/03/2024

Penyerahan Cek Sumbangan Solidariti Palestin

Susulan kempen derma Solidariti Palestin yang dilancarkan oleh PPF2 pada 26 Oktober 2023, sebanyak RM3000 telah berjaya dikumpulkan hasil sumbangan penduduk Fasa 2 Taman Bukit Indah Ampang.

Hari ini, 22 Mac 2024 Pengerusi PPF2 Tn. Haji Hamdan Rasul dan beberapa wakil AJK mewakili seluruh penduduk Taman Bukit Indah Fasa 2 telah menyerahkan cek sumbangan Solidariti Palestin tersebut kepada pihak Wisma Putra di Putrajaya yang diterima oleh YBhg. Dato’ Yubazlan Haji Yusof, Setiausaha Bahagian, Bahagian Komunikasi dan Diplomasi Awam. Wisma Putra adalah wakil kerajaan dalam mengelola Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) yang ditubuhkan sejak 2002.

Terima kasih kepada semua penyumbang yang telah memberikan sumbangan anda kepada rakyat palestin. Moga ada kebaikan dan manfaat dari sumbangan anda ini.

Photos from Persatuan Penduduk Fasa 2 Taman Bukit Indah, Ampang's post 05/03/2024

Majlis apresiasi dan penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Minyak Masak Terpakai Tahun 2023 Anjuran Persatuan Penduduk Fasa 2 Taman Bukit Indah Ampang Selangor.

Turut diraikan “geng dapur” Sweet Garden dari jalan 2/17 yang telah banyak membantu PPF2 dalam banyak penganjuran program sepanjang tahun 2023. Kerjasama dan komitmen yang diberikan sentiasa dilaksanakan dengan baik.

Tahniah kepada semua pemenang dan kepada yang kurang bernasib baik boleh cuba lagi tahun ini. Semoga berjumpa lagi pada pertandingan akan datang. Kepada “geng dapur” sentiasa kekalkan ukhwah dan terus membantu PPF2 pada masa akan datang.

07/02/2024

Boleh amalkan tips yang dikongsikan bagi mengelakkan pembaziran makanan…

Photos from Persatuan Penduduk Fasa 2 Taman Bukit Indah, Ampang's post 02/02/2024

Jemput datang beramai-ramai support jualan sayur-sayuran segar dari komuniti untuk komuniti hasil kebun komuniti Taman Bukit Indah Fasa 2 pada 3 Februari 2024 (Sabtu) bermula jam 7.30-10.30 pagi bertempat dihadapan Taman Rekreasi Taman Bukit Indah Ampang… sayur-sayur yang segar dan semestinya bebas racun perosak.. jom datang beramai-ramai insyaAllah harga sangat berpatutan…

Photos from Persatuan Penduduk Fasa 2 Taman Bukit Indah, Ampang's post 14/01/2024

Tahniah kepada komuniti TBI fasa 2 kerana telah berjaya menyelamatkan 530kg minyak masak terpakai daripada dibuang ke tempat yang tidak sepatutnya.

Penyertaan kali ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari komuniti Taman Bukit Indah fasa 2 dan sekitarnya. Kelestarian alam adalah tanggungjawab kita bersama untuk mewariskan bumi yang lebih mampan kepada anak cucu kita… renung-renungkan dan selamat beramal..

Photos from Persatuan Penduduk Fasa 2 Taman Bukit Indah, Ampang's post 09/12/2023

Syabas dah Tahniah kepada komuniti TBI Fasa 2 di atas penerimaan Anugerah Khas Pengumpulan Minyak Masak Terpakai peringkat Komuniti anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya - Rasmi.

Majlis yang berlangsung di Kompleks Muhibah Taman Nirwana Ampang sempena sambutan Hari Alam Sekitar dan Hari Tandas Sedunia 2023 peringkat MPAJ.

Teruskan usaha untuk menjaga kelestarian alam sekitar yang dipinjam dari anak cucu kita.

Photos from Persatuan Penduduk Fasa 2 Taman Bukit Indah, Ampang's post 06/12/2023

PPF2 Cemerlang dalam Pertandingan Kejiranan Terbaik Majlis Perbandaran Ampang Jaya - Rasmi 2023

Syukur kepada Tuhan, usaha gigih PPF2 dan warga TBI Fasa 2 mendapat pengiktirafan.

PPF2 telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Pertandingan Kejiranan Terbaik MPAJ 2023 dalam penyertaan kali pertama. Selain itu, PPF2 juga merangkul anugerah Johan Kejiranan Aktif dan Johan Kejiranan Hijau.

Tahniah dan Terima kasih kepada warga TBI Fasa 2 yang bersama menyertai pelbagai aktiviti memelihara kebersihan dan alam sekitar, belia dan sukan pendidikan dan ekonomi, kebajikan dan sosial serta program hal ehwal wanita yang dianjurkan oleh PPF2.
Percayalah tidak ke mana PPF2 tanpa sokongan semua warga Taman Bukit Indah Fasa 2.

Semoga PPF2 akan terus cemerlang dalam apa jua penglibatan selepas ini!!

Tahniah dan Terima Kasih.

Alhamdulillah

11/11/2023

Mempersembahkan montaj Pertandingan Taman Perumahan Terbaik 2023 anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya

Photos from Persatuan Penduduk Fasa 2 Taman Bukit Indah, Ampang's post 09/11/2023

Sekitar penjurian Pertandingan Taman Perumahan Terbaik anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya - Rasmi telah berlangsung pada 9 November 2023 bertempat di Sweet Garden 2/17.

Seramai 4 orang Juri yang terdiri daripada Pegawai MPAJ dan 1 orang dari IPD AMPANG JAYA telah mendengar taklimat dan membuat lawatan ke tapak. Diharapkan penyertaan kali pertama TBI Fasa 2 ini dapat meraih tempat dihati juri.

Terima kasih kepada juri, urusetia, AJK dan penduduk TBI Fasa 2 yang telah menjayakan sesi penjurian pada hari ini.

Photos from Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam - SWCorp's post 01/11/2023

Tahniah kepada semua pemenang…. Ehhh j*p !!! Persatuan Penduduk Fasa 2 pun ada nama dalam tu….

Photos from Persatuan Penduduk Fasa 2 Taman Bukit Indah, Ampang's post 27/10/2023

Pelepasan rombongan Healing Trip ke Kelantan & Terengganu anjuran PPF2

Semoga selamat pergi dan selamat balik kepada semua yang join healing trip kali nie…

Jangan lupa ole-ole untuk kami yang tinggal nie..

23/10/2023

Keahlian Baru Persatuan Penduduk Fasa 2 Taman Bukit Indah Ampang

Dengan segala hormatnya kami menjemput anda untuk menjadi Ahli Persatuan Penduduk Fasa 2 Taman Bukit Indah Ampang (PPF2) dengan bayaran serendah RM50.00 Setahun.

Banyak manfaat ditawarkan kepada anda disamping melayakkan anda untuk menyertai aktiviti dan program anjuran PPF2.

Jom beramai-ramai sertai kami dengan melengkapkan borang https://forms.gle/9gey64YWYPCRnQ5k6

Bersama-sama ini dilampirkan 5 manfaat yang ditawarkan sekiranya anda menjadi ahli.

18/10/2023

Notis Mesyuarat Agong Tahunan (AGM) Tahun 2022 Persatuan Penduduk Fasa 2, Taman Bukit Indah, Ampang

Sukacita dimaklumkan penganjuran AGM adalah seperti berikut :

Tarikh : 21 Oktober 2023
Masa : 8.30 - 10.30 pagi
Tempat : Dewan Kolej Komuniti Ampang

Semua ahli PPF2 dijemput hadir.

25/09/2023

Sedikit video sebagai tanda terima kasih kami kepada semua yang terlibat dalam Program Plogging Sebiru Langkah Sekilo Sampah sempena World Cleanup Day 2023 (WCD2023) anjuran bersama MPAJ dan PPF2.

Semoga kita berjumpa lagi di tahun hadapan…

Photos from Persatuan Penduduk Fasa 2 Taman Bukit Indah, Ampang's post 24/09/2023

Program Plogging Seribu Langkah Sekilo Sampah sempena World Cleanup Day 2023 (WCD2023) telah berlangsung pada 23 September 2023. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB. Puan Hjh Rodziah Ismail Ahli Parlimen Ampang.

Program anjuran bersama pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya - Rasmi, JKP ZON 9 MPAJ, dan Persatuan Penduduk Fasa 2 Taman Bukit Indah Ampang (PPF2) terlah berjaya mengumpulkan 38kg sisa dengan penglibatan 7% daripada populasi penduduk Taman Bukit Indah Fasa 2.

Penganjuran kali ke-2 ini turut dihadiri oleh YBrs. Dr. Ani binti Ahmad Yang Dipertua MPAJ, Tuan Hj. Anuar bin Mohd Yusof Ahli Majlis Zon 9 MPAJ dan beberapa jemputan dari pihak PPF2.

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada 120 orang Sukarelawan Hero Kebersihan yang terdiri daripada Penduduk Taman Bukit Indah Fasa 2, Sukarelawan Kolej Komuniti Ampang dan sukarelawan awam telah menyertai program WCD2023 pada kali ini. Diharapkan penglibatan pada tahun 2024 akan mencapai 10% daripada populasi penduduk Taman Bukit Indah Fasa 2.

Terima kasih kepada KDEB Waste Managment Sdn Bhd, Kloth Circularity, NKH BIO Solution, SisaLab atas tajaan pada kali ini. Kepada semua semoga kita berjumpa lagi di program WCD2024 nanti.

Turut diadakan Majlis penyerahan sijil Impak Persekitaran daripada pihak Kloth Malaysia kepada PPF2 sempena WCD 2023, komuniti PPF2 telah berjaya mengasingkan 10 tan pakaian terpakai dan mengurangkan hampir 19tan gas karbon monoksida ke udara. Tahniah dan Syabas komuniti PPF2

Pautan daripada MPAJ;
https://www.facebook.com/100081878772512/posts/290313717041252/?d=w&mibextid=qC1gEa

Pautan daripada YB Ahli Parlimen Ampang;
https://www.facebook.com/100064185066081/posts/693452686137561/?d=w&mibextid=qC1gEa

Pautan daripada Selangor TV; (bermula minit 22:14)
https://www.youtube.com/live/Xgev5Gcwa20?si=TItntSEZZFLFNcSt

22/09/2023

Hebahan

PPF2 dengan kerjasama MPAJ dan Ahli Majlis Zon 9 akan menganjurkan Program Plogging Seribu Langkah Sekilo Sampah sempena World Cleanup Day 2023 (WCD2023) bersama komuniti Fasa 2.

Majlis akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Puan Hjh. Rodziah binti Ismail Ahli Perlimen Ampang.

Semua penduduk dijemput hadir … jumpa anda disana

15/09/2023

TAHNIAH KEPADA 60 Sukarelawan Hero Kebersihan yang telah berdaftar bagi Program Plogging Seribu Langkah Sekilo Sampah sempena World Cleanup Day (WCD2023)

TERIMA KASIH KERANA ANDA telah berdaftar untuk menjadi salah seorang daripada 𝟭.𝟲 𝗷𝘂𝘁𝗮 𝘀𝘂𝗸𝗮𝗿𝗲𝗹𝗮𝘄𝗮𝗻 𝗛𝗲𝗿𝗼 𝗞𝗲𝗯𝗲𝗿𝘀𝗶𝗵𝗮𝗻 di Malaysia. Andalah orang yang kami cari!

Jom berbakti kepada alam sekitar, hasilnya bukan sahaja kita yang dapat rasa, malah generasi selepas kita pun akan turut mendapat faedahnya.

Jumpa anda disana…

12/09/2023

Persatuan Penduduk Fasa 2 Taman Bukit Indah Ampang (PPF2) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan menganjur Program Plogging Seribu Langkah Sekilo Sampah sempena World Cleanup Day (WCD2023) seperti berikut:

Tarikh 📅 : 23 September 2023 (Sabtu)
Masa ⏰ : 7.30pagi - 10.30 pagi
Lokasi 📍: Padang Futsal TBI Fasa 2

Kami memerlukan anda, ya ANDA untuk menjadi salah seorang daripada 𝟭.𝟲 𝗷𝘂𝘁𝗮 𝘀𝘂𝗸𝗮𝗿𝗲𝗹𝗮𝘄𝗮𝗻 𝗛𝗲𝗿𝗼 𝗞𝗲𝗯𝗲𝗿𝘀𝗶𝗵𝗮𝗻 di Malaysia. Andalah orang yang kami cari!

Jom berbakti kepada alam sekitar, hasilnya bukan sahaja kita yang dapat rasa, malah generasi selepas kita pun akan turut mendapat faedahnya.

Turut disediakan
🍛 Sarapan
👕 T-shirt
📇 E-sijil
🧹 Peralatan

Jumpa anda disana…

Kami memerlukan 1.6 juta sukarelawan Hero Kebersihan untuk menyertai kami membersihkan bumi!

Jom ramai-ramai kita capai 5% populasi dunia menyertai World Cleanup Day!

📍Pendaftaran agensi penganjur bermula pada 𝟭𝟱 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟮𝟰 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟯 manakala pendaftaran sukarelawan bermula pada 𝟭 𝘀𝗲𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟮𝟰 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟯 menerusi laman web 𝗦𝘂𝗸𝗮𝗿𝗲𝗹𝗮𝘄𝗮𝗻 𝗛𝗲𝗿𝗼 𝗞𝗲𝗯𝗲𝗿𝘀𝗶𝗵𝗮𝗻 (sukarelawan.swcorp.my) atau imbas kod QR seperti yang tertera

📍 Terbuka kepada 𝘄𝗮𝗿𝗴𝗮𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 berumur 𝟳 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗸𝗲 𝗮𝘁𝗮𝘀

📍 Penyertaan adalah 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗠𝗔

📍 Setiap penyertaan akan menerima 𝗲-𝘀𝗶𝗷𝗶𝗹 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝘁𝗮𝗮𝗻

📍 Muat turun Info Kit untuk mendapatkan kaedah pendaftaran dan pelaksanaan WCD di pautan berikut:
https://drive.google.com/file/d/1STxDp3HzQtoufEkDBUi_58pc5-zfL0jH/view?usp=sharing

Ayuh bersama kami,
‘𝘞𝘦 𝘊𝘭𝘦𝘢𝘯 𝘵𝘩𝘦 𝘞𝘰𝘳𝘭𝘥!’

13/09/2022

Sempena sambutan World Cleanup Day 2022, satu Gotong Royong Perdana di Taman Bukit Indah Fasa 2 akan dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Fasa 2 Taman Bukit Indah Ampang (PPF2) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya - Rasmi, Jawatankuasa Penduduk Zon 9 (JKP Zon 9) dan KDEB Waste Management. Butiran program adalah seperti berikut:

📅 Tarikh : 24 September 2022 (Sabtu)
🕰 Masa : 7.30 pg - 12.00 t/hari
📍Tempat berkumpul : Padang TBI Fasa 2

Gotong Royong akan melibatkan aktiviti berikut:
a) 🏠 Pembersihan longkang depan dan belakang
b) 🦟Penghapusan tempat pembiakan nyamuk
c) 🧑🏻‍🦯Plogging

@ Peralatan Pembersihan dan Jentera akan disediakan oleh pihak MPAJ dan KDEB
@ Peserta juga digalakkan untuk membawa peralatan yang bersesuaian semasa gotong royong.

*PERCUMA DISEDIAKAN UNTUK PESERTA*
🥪 Sarapan pagi
🍱 Makan tengah hari
👕 T-shirt
📜 E-sijil Penyertaan

Kepada yang *BERMINAT* sila daftar melalui link https://sukarelawan.swcorp.my/. Untuk bantuan pendaftaran sukarelawan boleh berhubung dengan *Raja Helmi ditalian 0123917103*. Nama untuk penyertaan juga boleh diserahkan kepada mana-mana AJK PPF2.

Jom ajak keluarga dan jiran tetangga memeriahkan aktiviti gotong royong perdana ini bagi memastikan komuniti TBI Fasa 2 bersih, bebas dari sampah longgok dan tempat pembiakan nyamuk.

14/08/2022

PPF2 tidak ketinggalan menyambut Bulan Kemerdekaan ke 65 tahun!

Keluarga Malaysia Teguh Bersama

Photos from Majlis Perbandaran Ampang Jaya - Rasmi's post 14/08/2022
Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Ampang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Pertandingan Santai Mesra Boling Fasa 2
Montaj Pertandingan Taman Perumahan Terbaik
Sedikit video sebagai tanda terima kasih kami kepada semua yang terlibat dalam Program Plogging Sebiru Langkah Sekilo Sa...
Sekitar program Penjualan Minyak Masak Terpakai anjuran PPF2, sebanyak 429kg minyak masak terpakai berjaya dikumpulkan d...
Video pembentangan aktiviti sepanjang tahun 2022 oleh PPF2 kepada juri Pertandingan Taman Perumahan Terbersih 2022 anjur...
Geng Bara’an 2/7
Kaedah Pelupusan Sisa Pokok

Website

Address

Ampang
68000

Other Community Organizations in Ampang (show all)
UkirJiwa UkirJiwa
Ampang, 68000

Visual Artist Community

Refugee Learning Centre in Malaysia Refugee Learning Centre in Malaysia
Jalan Putra 6
Ampang, 68000

We, the REAM and RLC team pleased to inform you that we are going to launch our centre with 10 comput

STPM - Surau Taman Pandan Mewah STPM - Surau Taman Pandan Mewah
Lot 234, Jalan Mewah 2/11, Taman Pandan Mewah
Ampang, 68000

Ingat STPM Ingat Majlis Ilmu

Barisan Tolong Ummah Barisan Tolong Ummah
No11-1 Jalan 3/76, Desa Pandan Off Jalan Kampung Pandan
Ampang, 51000

Komuniti Parlimen Ampang Zon 9 Taman Bukit Indah Komuniti Parlimen Ampang Zon 9 Taman Bukit Indah
23-1A Medan Bukit Indah 1 Tmn Bukit Indah
Ampang, 68000

"Tujuan utama penubuhan PeKT adalah sebagai pengantara antara komuniti di peringkat akar umbi dengan kerajaan persekutuan dalam menyampaikan dasar-dasar, inisiatif-inisiatif serta ...

Keluarga Komuniti Ampang KL Keluarga Komuniti Ampang KL
Ampang

Keluarga Komuniti adalah platform gabungan kerjasama ahli masyarakat yang terdiri daripada NGO, Pertubuhan, Persatuan Penduduk, Kepakaran Komuniti-Komuniti serta Rukun Tetangga dib...

Surau Al-Ikhlas Taman Dagang ampang Surau Al-Ikhlas Taman Dagang ampang
Ampang, 68000

Surau Al-Ikhlas dibawah kariah Masjid Al-Mustaqim taman nirwana ampang

Laskar Siber Malaysia Laskar Siber Malaysia
Jalan Wirawati
Ampang, 55100

Pendidikan Politik

KSIB SK TAMAN MUDA KSIB SK TAMAN MUDA
SK TAMAN MUDA
Ampang

Perkongsian info dan aktiviti bagi manfaat & silaturrahim antara murid, guru, ibu bapa dan alumni

Eko Komuniti Eko Komuniti
Ampang

Antara usaha dalam merealisasikan agenda MALAYSIA BERSIH oleh KPKT, program eko komuniti ini adalah kerjasama antara Bahagian Kesejahteraan Bandar KPKT dengan kerjasama NGO dan ku...

Peluang Kerjaya Coway Peluang Kerjaya Coway
Galaxy Ampang Shopping Centre, Jalan DaGang B/5, Taman Dagang
Ampang, 68000

MEMBERI PELUANG KERJAYA BAGI MEMILIKI PENDAPATAN YANG LUMAYAN DAN MASA DEPAN YANG CERAH DI DALAM COWAY.

Surau Ubudiah Jalan 4M Surau Ubudiah Jalan 4M
Jalan 4M, AMPANG JAYA
Ampang, 68000

"Surau Ubudiah, Surau Kita" “Memakmurkan Rumah Allah, Bukti Keimanan”.