UkirJiwa

UkirJiwa

You may also like

gcfsolo
gcfsolo

Visual Artist Community

Photos from UkirJiwa's post 22/09/2023

WEDDING PHOTOGRAPHY RETREAT VOL2 🙌🏻

Seperti yang diwar-warkan sebelum ini, kami kembalikan wedding photography retreat buat kali kedua bagi tahun ini tetapi pengisian kali ini lebih komprehensif. Berkhemah sambil menimba ilmu fotografi.

Kali ini kami bawakan 5 tenaga pengajar yang akan mengupas setiap topik yang berlainan. Meskipun tentatif program penuh tetapi program ini dijalankan secara santai di tapak perkhemahan, program akan diselangi dengan aktiviti mandi sungai & BBQ.

Apa yang boleh kami katakan ini merupakan satu-satu program yang amat berbaloi untuk disertai. Bagi memastikan kesemua peserta dapat tumpuan yang baik, kami hadkan jumlah penyertaan. First come first serve.

Berikut merupakan maklumat berkaitan program :

Tarikh : 24 & 25 Oktober 2023
Lokasi : Kampung Kemensah, Hulu Kelang, Ampang (Land mark - Zoo Negara)
Bayaran : RM350/pax termasuk khemah & makanan

Untuk pendaftaran, boleh klik pautan https://infoukirjiwa.wasap.my/

Photos from UkirJiwa's post 21/08/2023

BACK TO BASIC

Seperti tahun-tahun yang sebelum ini, UkirJiwa akan menganjurkan sekali lagi wedding photography workshop yang akan mengupas topik asas bagi mereka yang ingin jadikan industri fotografi perkahwinan sebagai karier utama atau separuh masa.

Workshop kali ini kami ‘compress’ baik dari segi modul & durasi kepada sesi pembelajaran satu hari penuh. Selain itu, usaha ini bagi memberi peluang kepada semua untuk sertai kerana harga yuran yang lebih mampu milik.

Berita baik kepada mereka yang mendaftar sekurang-kurangnya 3 nama berpeluang menerima harga promosi daripada kami. Boleh klik pautan di bawah untuk dapatkan maklumat penuh berkaitan tentatif workshop ini.

https://infoukirjiwa.wasap.my/

Photos from UkirJiwa's post 02/08/2023

Antara sebahagian foto daripada aktiviti yang berlangsung semasa program retreat yang dianjurkan baru-baru ini.

Alhamdulillah sambutan yang amat luar biasa dari kalangan sahabat wedding photographer, lebih 80 orang dari seluruh pelusuk negeri.

Terima kasih banyak kepada semua yang menyertai. In shaa Allah kami akan anjurkan lagi program sebegini dengan jumlah yang lebih kecil untuk kupas topik lebih meluas. Nantikan pengumuman program terbaru UkirJiwa pada post berikutnya.

15/07/2023

WILD SOULS - WEDDING PHOTOGRAPHY RETREAT 2023

Alhamdulillah usai satu program yang direncana khusus untuk wedding photographer bercuti sambil bina networking & berkongsi ilmu serta pengalaman masing-masing di dalam industri.

Berterima kasih kepada semua yang terlibat terutama kepada ahli panel, , & bersama-sama memeriahkan lagi suasana aktiviti forum.

Terima kasih juga yang menjadi tulang belakang sepanjang program berlangsung, .ismail dan merangkap juruvideo yang merakam suasana program.

In shaa Allah jika direzekikan umur panjang, kita akan berjumpa lagi pada program berikutnya 🙌🏻

04/07/2023

SENARAI KEHADIRAN TAK RASMI

Pada minggu hadapan akan dianjurkan satu program khusus buat warga wedding photographer yang akan dijalankan di Kuala Lumpur dengan berlatar belakangkan konsep ‘nature’.

Seperti sedia maklum, program ini merupakan program ‘retreat’ untuk rakan foto yang inginkan rehlah seketika bersama rakan seindustri sambil berkongsi ilmu pengetahuan & pengalaman masing-masing.

Pada posting kali ini kami keluarkan senarai kehadiran secara tak rasmi yang telah mendaftar. Kami buka pendaftaran hingga 7 Julai ini bagi mereka yang ingin turut sertai bersama.

Boleh klik pautan di bawah untuk dapatkan maklumat penuh program

https://infoukirjiwa.wasap.my/

Photos from UkirJiwa's post 21/06/2023

WEDDING PHOTOGRAPHY RETREAT @ wildsouls

Alhamdulillah butiran penuh mengenai program terkini dari UkirJiwa ada dilampirkan di dalam poster.

Satu-satunya program yang kami anjurkan khusus untuk wedding photographer yang mahukan aktiviti rehlah bersama photographer diselangi dengan program fotografi.

Forum kali ini kami bawakan kelainan dibuat secara tertutup di tapak perkhemahan. Barisan ahli panel merupakan wedding photographer yang kini menjadi rujukan yang baik di kalangan photographer.

Kami bawakan saudara dari , dari dan seorang yang pakar di dalam bidang pemasaran . .isam sebagai moderator bagi forum fotografi ini.

Untuk dapatkan maklumat penuh program, boleh klik pautan https://infoukirjiwa.wasap.my/

19/06/2023

Sedikit perkongsian mengenai kepentingan seni melihat di dalam penghasilan foto. Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, pada bulan hadapan kami akan anjurkan mini kelas ART OF SEEING yang dikendalikan oleh .isam .

Kelas ini akan berlangsung sekitar 3 - 4 jam di studio Ruh & Nafs, Kuala Lumpur pada 24 Julai 2023. Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai mini kelas ini, boleh klik pautan di bawah.

https://infoukirjiwa.wasap.my/

14/06/2023

Semoga bermanfaat.

13/06/2023

ART OF SEEING @ SENI MELIHAT

Bila sebut mengenai fotografi, pasti tidak asing lagi perkataan ART OF SEEING di kalangan jurugambar. Tidak kira sama ada jurugambar baharu mahupun lama, penggunaan perkataan ini seringkali digunapakai.

Seiring dengan pop**aritinya perkataan ini dibibir-bibir jurugambar, begitulah kepentingannya di dalam fotografi. Antara faktor utama yang akan membezakan di antara jurugambar di mana terkait rapat dengan SENI MELIHAT.

Boleh jadi bagi jurugambar baharu agak sulit untuk memahami bagaimana untuk melatih, menilai, menggunakan sebaik mungkin seni melihat di dalam fotografi.

Berita baik buat semua peminat fotografi, tidak kira sama ada hobbyist atau full-time photographer, anda dijemput untuk menyertai program sulung UkirJiwa bagi tahun 2023 dengan mengupas topik mengenai SENI MELIHAT.

Program ini merupakan kelas mini yang akan berlangsung selama 3 - 4 jam yang akan dikendalikan oleh founder UkirJiwa, .isam . Berikut merupakan butiran penuh mengenai program :

Tarikh : 24 Julai 2023
Masa : 3.00PM - 6.00PM
Lokasi : Studio Ruh & Nafs
Peralatan : Kamera & Speedlite
Bayaran : RM150

Untuk pendaftaran, boleh klik pautan di sini https://artofseeing.wasap.my/

Photos from UkirJiwa's post 12/04/2022

Jom sama-sama kita kenali salah seorang ahli panel wedding talk kali ini, Haziq Hidzir.

Beliau merupakan salah seorang ahli sedare UkirJiwa yang tidak boleh disangkalkan kredibilitinya yang telah menjadi salah satu rujukan di kalangan alumni UkirJiwa sendiri. Jika merujuk kepada wedding photographer selatan, nama beliau sudah tidak asing lagi menjadi sebutan di kalangan wedding photographer malah di kalangan client.

Kualiti hasil kerjanya yang kemas dan teliti membuatkan jenamanya semakin meningkat naik terutama di Johor Bahru. Jom kita sama-sama turut serta mendengar perkongsian beliau di dalam program Wedding Photography Talk pada hujung minggu ini. Boleh klik pautan ini untuk pendaftaran https://bit.ly/UJweddingtalk

**butiran penuh program akan diberikan pada 13 April kepada mereka yang telah mendaftar

Photos from UkirJiwa's post 12/04/2022

Jom sama-sama kita kenali salah seorang ahli panel wedding talk kali ini, Amin Arsh.

Beliau merupakan anak kelahiran Sabah yang kini bergiat aktif dalam wedding & fashion photography. , jenama fotografi yang dikendalikan sepenuhnya oleh beliau berpusat di Kuala Lumpur dan kini menjadi permintaan tinggi di kalangan mereka yang mencintai sentuhan seni fotografi perkahwinan.

Melalui hasil kerja sudah menzahirkan kesungguhan dan pengalaman beliau di dalam industri ini. Jom kenali beliau dengan lebih dekat lagi dalam program Wedding Photography Talk pada hujung minggu ini. Boleh klik pautan ini untuk pendaftaran https://bit.ly/UJweddingtalk

**butiran penuh program akan diberikan pada 13 April kepada mereka yang telah mendaftar

Photos from UkirJiwa's post 06/04/2022

PERSEDIAAN AWAL WEDDING PHOTOGRAPHER JALANI FASA ENDEMIK

Setelah diumumkan fasa endemik pada 1 April 2022, perkara ini sudah semestinya memberi impak positif kepada pemulihan ekonomi negara termasuk sektor industri perkahwinan.

Semakin ramai bakal pengantin atau pengantin 'lama' mula merancang dan memilih tarikh bagi menjalankan majlis mereka selepas hari raya Aidilfitri kelak. Ketika inilah wedding photographer perlu bijak mengatur strategi dalam mengambil peluang sama ada pada sudut keuntungan jualan dan penghasilan karya.

Asbab itu, JULUNG KALINYA UKIRJIWA MENGGABUNGKAN TIGA WEDDING PHOTOGRAPHER TERBAIK DALAM SATU PROGRAM YANG DIJALANKAN SELAMA TIGA MALAM BERTURUT-TURUT!

Ketiga-tiga photographer ini mempunyai kepakaran mereka tersendiri dan RELEVAN untuk dijadikan inspirasi oleh semua wedding photographer sama ada yang baharu atau lama.

Setiap daripada mereka akan membawa TOPIK YANG BERBEZA PADA MALAM YANG BERBEZA. Anda boleh memilih salah satu perkongsian sahaja atau pukal bagi ketiga-tiga perkongsian.

Untuk maklumat lanjut mengenai program, boleh klik pada pautan ini https://bit.ly/UJweddingtalk

#haladantuju001 UkirJiwa dari perspektif Izhar Ali 07/05/2021

Program bual bicara berkonsepkan podcast yang diberi nama istimewa sepertimana objektif program, Hala & Tuju. Program ini dikendalikan oleh Rahim Isam sebagai moderator dan para tetamu jemputan dari pelbagai bidang berkongsi falsafah dan perjuangan hidup mereka tersendiri.

Episod pertama ini kami mulakan dengan jemputan dari orang kuat di sebalik UkirJiwa, iaitu co-founder UkirJiwa, bro Izhar Ali. Mari sama-sama kita mendengar perspektif beliau mengenai UkirJiwa dan mengapa beliau menerima tawaran untuk menggalas tanggungjawab mengemudi bersama komuniti ini.

Like, Subscribe & Share gais!

#haladantuju001 UkirJiwa dari perspektif Izhar Ali Program bual bicara berkonsepkan podcast yang diberi nama istimewa sepertimana objektif program, Hala & Tuju. Program ini dikendalikan oleh Rahim Isam sebaga...

02/05/2021

Konten pertama yang akan kami muatnaik di saluran Youtube UkirJiwa, program podcast, Hala & Tuju yang dikendalikan sepenuhnya oleh bro .isam

Episod pertama kami menjemput co-founder UkirJiwa, bro bagi membicarakan lebih dekat mengenai perjuangan beliau di dalam komuniti ini.

Nantikan video penuh di Youtube UkirJiwa tidak lama lagi. Stay tuned! 🙌

14/02/2021

KENALI DAN SELAMI JIWA DARI SEORANG JURUTERA KEPADA JURUFOTO PROFESIONAL, IZHAR ALI

Bro Izhar Ali merupakan salah seorang tulang belakang kepada tim UkirJiwa dan pengasas kepada tim Medyandmika. Bermula dari seorang jurutera kepada pensyarah dan kini fotografi merupakan karier kedua beliau.

Jom kita dengar filosofi beliau terhadap dunia fotografi dan pandangannya terhadap komuniti UkirJiwa. Tunggu hingga ke akhir video, beliau ada mengajukan soalan istimewa buat anda yang menonton 🙌

02/02/2021

In shaa Allah this year gonna be a great year!

Finally UkirJiwa akan release pelbagai program yang tertunda sebelum ini seperti workshop, personal coaching, mini class, forum, youtube content dan banyak lagi. Part yang best bukan fokus hanya pada wedding dan foto sahaja 🙌

First program akan dilaksanakan pada bulan ini. Jika masih berterusan PKP, kami akan gunakan medium online terlebih dahulu. Keep support & stay tune gais! 💪

14/01/2021

RETREAT SULUNG UKIRJIWA

Ini merupakan program pertama retreat kami yang diadakan pada penghujung tahun 2020 secara glamping. Alhamdulillah permulaan program yang sangat baik, dihadirkan sedare-sedare UkirJiwa yang sangat baik dan penyayang.

Semoga ukhuwah ini berkekalan hingga ke hari tua. In shaa Allah jumpa lagi pada program berikutnya gais 💋

Special thanks to tim Noah Jamal selaku founder kepada Nuxhoda Project - Production atas video yang dihasilkan. Untuk hasilkan video dan foto yang menarik, boleh terus hubungi beliau.

Photos from UkirJiwa's post 15/11/2020

UKIRJIWA BERTANDANG KE NEGERI BAWAH BAYU

Ini merupakan kali kedua UkirJiwa bertandang ke Borneo. Kali pertama kami dijemput ke Bintulu, Sarawak dan kali kedua kami ke Kundasang, Sabah pada tahun yang sama, 2019.

Alhamdulillah pengalaman yang cukup mengujakan. Keluarga UkirJiwa semakin membesar dengan pertambahan rakan-rakan baru masuk ke dalam keluarga sedare UkirJiwa.

Bagi yang belum tahu, kesemua participant yang menyertai photography workshop anjuran UkirJiwa akan dijemput masuk ke dalam komuniti SEDARE (saudara) UkirJiwa. Pelbagai program dan aktiviti dilaksanakan secara tertutup bagi merapatkan lagi ukhuwah sesama sedare.

In shaa Allah tahun 2021 UkirJiwa akan kembali mengendalikan wedding photography workshop dengan modul yang lebih komprehensif, istimewa untuk industri fotografi di Malaysia.

Agak-agaknya tahun hadapan negeri mana satu yang akan dipilih untuk workshop berikutnya?

Photos from UkirJiwa's post 14/11/2020

FUNDAMENTAL IS MORE IMPORTANT THAN TECHNOLOGY

Ada sesetengah sahabat yang bertanya bagaimana ingin dapatkan color grading yang baik, perbandingan jenama kamera mana yang lebih bagus untuk kerja wedding photography, bagaimana nak dapatkan foto yang cantik dan sebagainya.

Atas asbab itu, sebelum ini saya ada kongsikan foto-foto sooc (hasil mentah tanpa diberi suntingan) daripada kamera yang saya guna, 5DM2 dan 5DM4. Sebenarnya untuk menjawab semua persoalan di atas adalah dengan satu jawapan sahaja, back to basic.

As a photographer, color grading adalah nilai tambah sahaja, tugasan utama kita adalah menghasilkan foto yang baik daripada kamera itu sendiri. Pada saya, foto perlu cantik at least 90% daripada kamera, hanya 10% sahaja untuk color grading dan sedikit adjustment exposure atau cropping.

Ada juga sahabat yang masih berfikir-fikir untuk 'lompat kapal' sebab sukar untuk dapatkan foto sooc yang baik. Sekiranya upgrade body sebab nak memudahkan kerja foto, pada saya ianya amat bagus. Tetapi sekiranya kerana sukar dapatkan foto sooc yang baik, itu bukan salah kamera 100%, kebarangkalian kita belum explore sepenuhnya kawalan dan trick menggunakan kamera tersebut.

Mengenai pertanyaan untuk dapatkan foto yang cantik, asasnya foto yang cantik adalah komposisi. Di dalam komposisi bukan sahaja fokus pada elemen (art of seeing), tetapi perlu ambil kira berkaitan dengan posisi cahaya, emosi, content dan sebagainya. Ada sesetengah terlalu kejarkan foto sooc hingga terlupa berkaitan dengan asas komposisi fotografi.

Sekarang banyak platform untuk kita kuasai ilmu-ilmu di atas, antaranya adalah hadiri photography workshop. Face to face adalah proses paling berkesan dalam fotografi, berlaga lutut orang kata. Proses untuk kita lapangkan minda untuk menyerap apa yang belum kita ketahui.

Percayalah, berguru adalah cara untuk dapatkan formula 'jalan pintas'. Saya aktif sebagai wedding photographer sepenuh masa pada tahun 2015, tahun ini merupakan tahun kelima dan masih lagi banyak perkara yang ingin dipelajari.

Jangan berhenti untuk terus belajar, sahabat. Selain daripada menimba ilmu, kita nak pastikan semangat fotografi kita semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Semoga fotografi ini kita mampu jadikan lapangan untuk kita melepaskan apa yang ada di dalam jiwa kita.

oleh Rahim Isam

Introducing UkirJiwa 11/11/2020

UkirJiwa TV

Alhamdulillah hari ini kami lancarkan Youtube channel rasmi UkirJiwa di mana kami akan kongsikan pelbagai perkongsian berkaitan fotografi di sana. Boleh tekan subscribe dan loceng untuk dapatkan notifikasi video terbaharu daripada kami pada masa akan datang. Teruskan support gais!

Introducing UkirJiwa Saluran YouTube UkirJiwa yang membincangkan topik-topik kehidupan seni visual fotografi yang berkaitan ideologi, tips, tutorial, wawancara, review gajet pera...

07/11/2020

Memandangkan ramai yang request, in shaa Allah UkirJiwa akan kembali mengendalikan wedding photography workshop yang akan dilaksanakan pada awal tahun 2021.

Sebelum ini telah pun kami bawakan photography workshop di Pahang, Selangor, Sarawak dan Sabah. Bagaimana p**a untuk lokasi berikutnya?

Anda boleh beri cadangan lokasi di ruangan komen berserta sebab mengapa lokasi tersebut perlu jadi pilihan UkirJiwa. Jika cadangan anda terpilih, anda berpeluang untuk dapatkan SPECIAL OFFER untuk penyertaan workshop kali ini.

04/11/2020

Realiti mereka yang berjaya hari ini adalah mereka yang mengambil tindakan atas apa yang dipelajari sebelumnya.

Masih belum terlambat untuk ubah masa depan, kita belajar dan mulakan tindakan pada hari ini.

30/10/2020

"Alhamdulillah. Pertama sekali saya rasa bersyukur dan berterima kasih kerana diberi peluang untuk menyertai program Filosofi dari pihak UkirJiwa. Terlalu banyak ilmu yang telah dipelajari sepanjang program ini. Sangat berbaloi dengan ilmu yang dipelajari serta membuka minda pada diri saya dalam industri wedding photography. Saya juga beruntung kerana dapat kenalan-kenalan baru yang bersikap positif dalam program ini. Akhir kata, saya berterima kasih kepada pihak UkirJiwa kerana menganjurkan program Filosofi ini. Dan semoga ukhwah bersama sahabat-sahabat UkirJiwa berkekalan." - .Aiman

"Program Filosofi dari Ruh & Nafs sangat membantu membuka minda saya tentang permasalahan saya dalam menghasilkan gambar & pengurusan syarikat.

Jadual sangat padat dengan ilmu. Sesi kritik juga sangat membantu dalam penambahbaikan gambar.

MEMANG BERBALOI👍🏻" -

"Program filosofi ini sangat-sangat membuka mata minda saya tentang apa sebenarnya yang berlaku dan perlu ada dalam diri seorang wedding photographer. Program ini sangat lengkap dari A-Z tentang wedding fotografi. Bagi seorang yang baru bermula seperti saya program ini memberikan banyak input untuk memulakan langkah dalam bidang ini." -

"Selepas sertai program Filosofi, saya dapat input yang berguna untuk selesaikan masalah yang dihadapi sebelum ini seperti :

1. Menghasilkan SOOC yang lebih baik
2. Memahami dengan lebih baik penceritaan dalam gambar.
3. Strategi untuk fokus menambah baik penghasilan gambar untuk ke tahap yang lebih baik.
4. Menarik minat first impression prospek melalui kedai online seperti instagram, facebook dan lain-lain." -

"Program Filosofi banyak membantu dalam mengenalpasti masalah masalah besar yang sebelum ini terlepas pandang, dari sudut penghasilan gambar hinggalah pengurusan bisnes. Tambahan p**a, kenalan baru dari negeri lain memberi peluang untuk mengembangkan circle saya. Thorbaik!" - .iman

Photos from UkirJiwa's post 29/10/2020

FOTO PERKAHWINAN SEBAHAGIAN DOKUMENTARI PENTING BAGI SESEBUAH KELUARGA

Dewasa ini kita mula menyedari revolusi foto perkahwinan semakin berkembang pesat. Pelbagai kaedah dan pendekatan yang digunakan oleh jurugambar bagi menzahirkan foto perkahwinan yang lebih segar dan kreatif.

Namun begitu, mendokumenkan pada keseluruhan cerita yang dilalui oleh kedua mempelai termasuk ahli keluarga dan para tetamu sepanjang hari majlis merupakan asas kepada kewujudan fotografi perkahwinan itu sendiri.

Ini merupakan sebahagian hasil foto perkahwinan dari sedare UkirJiwa yang boleh kita jadikan sebagai rujukan bersama.

10 nama jurugambar yang menjadi pilihan UkirJiwa :

1. Iqbal Zharif, The Haytham
2. Khairil Khairudin
3. Izhar Ali, Medyandmika
4. Haziq Hidzir, Haziq Hidzir Photography
5. Muhammad Iqal, The Kami
6. Hafiz Abdul Halil, Qeesaqalb
7. Marul Aiman, Situation Episode
8. Fadhil Roslizan, VST Production
9. Fahim Fahmi
10. Juna, Weddings by Jun

02/10/2020

"Perkahwinan adalah sesuatu yang suci. Ianya melibatkan emosi, ia sepatutnya digambarkan sebagai dokumentasi perjalanan cinta. Harganya bukan dinilai sekarang, ia sepatutnya dinilai 20 tahun dari sekarang."

Shamshahrin Shamsudin

06/08/2020

Kepada sahabat yang dah terima Gift Box UkirJiwa, boleh share foto kreatif hangpa dengan attire terbaru dari UkirJiwa 🙌

Alhamdulillah gift box ini dimiliki oleh sahabat seluruh semenanjung termasuk warga Borneo. Thanks for your support gais!

Foto dari Mohd Izhar

Photos from UkirJiwa's post 05/08/2020

As a photographer, filem merupakan platform terbaik untuk mempelajari ilmu bahasa visual.

Belajar dan terus belajar gais.

04/08/2020

Alhamdulillah asbab seni hati saling tertaut. Finally berjaya spent time bersama sahabat sambil beriktikaf semalaman di rumah Allah pada tahun lepas.

Antara program yang dibuat untuk umum, sesiapa sahaja boleh join sama ada photographer ataupun tidak. Alhamdulillah dapat rasa makan dalam talam sama-sama, dengar bayan (tazkirah), bertaaruf sesama rakan baharu, berkongsi pendapat dan lain-lain.

In shaa Allah jika dianjurkan lagi program sebegini, kami jemput kesemua sahabat untuk turut serta.

PERCUMA SAHAJA 🙏🏻

31/07/2020

Alhamdulillah selepas naik raya tim UkirJiwa akan susun jadual bagi mempertimbangkan request sahabat-sahabat dari Pantai Timur, Utara, Selatan dan Borneo untuk organize photography talk.

Pasti Cikgu Shamshahrin Shamsudin sebagai penaung UkirJiwa akan turut serta dalam talk series akan datang terutama dalam bidang photojournalism dan dokumentari. Kita bahas dan dekatkan kepentingan dokumentari di dalam genre wedding.

In shaa Allah kepada sahabat yang ingin tahu ada apa dengan street photo dan apa kepentingannya dalam karier foto, turut juga akan kita dengar perkongsian bersama ahlinya. Perkongsian istimewa dari lapangan street, TERBUKA UNTUK SEMUA.

Seni tanpa roh seolah-olah manusia tanpa nyawa. Kita ukir roh seni kita bersama mereka yang ada jiwa 🙌

Selamat hari raya gais!

29/06/2020

Layan dulu video output dari smartphone ini berkaitan dengan keberjayaan ride sulung kami. Pada mulanya kami jangkakan hanya 15 buah motor sahaja tetapi waktu program sekitar 30 buah yang terlibat. Speechless!

We ride for future 🙌

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Ampang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

WILD SOULS - WEDDING PHOTOGRAPHY RETREAT 2023Alhamdulillah usai satu program yang direncana khusus untuk wedding photogr...
Sedikit perkongsian mengenai kepentingan seni melihat di dalam penghasilan foto. Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ...

Address


Ampang
68000

Other Community Organizations in Ampang (show all)
Refugee Learning Centre in Malaysia Refugee Learning Centre in Malaysia
Jalan Putra 6
Ampang, 68000

We, the REAM and RLC team pleased to inform you that we are going to launch our centre with 10 comput

STPM - Surau Taman Pandan Mewah STPM - Surau Taman Pandan Mewah
Lot 234, Jalan Mewah 2/11, Taman Pandan Mewah
Ampang, 68000

Ingat STPM Ingat Majlis Ilmu

Barisan Tolong Ummah Barisan Tolong Ummah
No11-1 Jalan 3/76, Desa Pandan Off Jalan Kampung Pandan
Ampang, 51000

Komuniti Parlimen Ampang Zon 9 Taman Bukit Indah Komuniti Parlimen Ampang Zon 9 Taman Bukit Indah
23-1A Medan Bukit Indah 1 Tmn Bukit Indah
Ampang, 68000

"Tujuan utama penubuhan PeKT adalah sebagai pengantara antara komuniti di peringkat akar umbi dengan kerajaan persekutuan dalam menyampaikan dasar-dasar, inisiatif-inisiatif serta ...

Persatuan Penduduk Fasa 2 Taman Bukit Indah, Ampang Persatuan Penduduk Fasa 2 Taman Bukit Indah, Ampang
Ampang, 68000

Persatuan yang menaungi warga Taman Bukit Indah Fasa 2, Ampang

Keluarga Komuniti Ampang KL Keluarga Komuniti Ampang KL
Ampang

Keluarga Komuniti adalah platform gabungan kerjasama ahli masyarakat yang terdiri daripada NGO, Pertubuhan, Persatuan Penduduk, Kepakaran Komuniti-Komuniti serta Rukun Tetangga dib...

Surau Al-Ikhlas Taman Dagang ampang Surau Al-Ikhlas Taman Dagang ampang
Ampang, 68000

Surau Al-Ikhlas dibawah kariah Masjid Al-Mustaqim taman nirwana ampang

Laskar Siber Malaysia Laskar Siber Malaysia
Jalan Wirawati
Ampang, 55100

Pendidikan Politik

KSIB SK TAMAN MUDA KSIB SK TAMAN MUDA
SK TAMAN MUDA
Ampang

Perkongsian info dan aktiviti bagi manfaat & silaturrahim antara murid, guru, ibu bapa dan alumni

Eko Komuniti Eko Komuniti
Ampang

Antara usaha dalam merealisasikan agenda MALAYSIA BERSIH oleh KPKT, program eko komuniti ini adalah kerjasama antara Bahagian Kesejahteraan Bandar KPKT dengan kerjasama NGO dan ku...

Peluang Kerjaya Coway Peluang Kerjaya Coway
Galaxy Ampang Shopping Centre, Jalan DaGang B/5, Taman Dagang
Ampang, 68000

MEMBERI PELUANG KERJAYA BAGI MEMILIKI PENDAPATAN YANG LUMAYAN DAN MASA DEPAN YANG CERAH DI DALAM COWAY.

Surau Ubudiah Jalan 4M Surau Ubudiah Jalan 4M
Jalan 4M, AMPANG JAYA
Ampang, 68000

"Surau Ubudiah, Surau Kita" “Memakmurkan Rumah Allah, Bukti Keimanan”.