Gombak Bangkit
MALAYSIA MEMILIH
Fakta-fakta menarik di dalam pemilihan calon CEC DAP 2022-2025:
1. Calon dengan undi terbanyak hanya layak jadi Timbalan Pengerusi.
2. Pengerusi dilantik daripada calon yang mendapat tempat ke-8 tertinggi.
3. Hanya seorang Melayu (no 24) daripada 30 calon layak memegang jawatan CEC di dalam parti yang dikatakan multi racial.
Bercakap di majlis 'enjoy-enjoy' dengan masyarakat Tiong Hua, TS Muhyiddin Yassin beri nasihat:
"..kalau tidak keluar mengundi, nanti court cluster jadi menteri besar, Najib jadi perdana menteri..."
Kan ini PRN Johor, hanya nak menentukan sebuah kerajaan negeri. Kerajaan Negeri bukan Kerajaan Pusat. Jadi jawatan PM belum lagi.
Tolong TS Muhyiddin tunjukkan siapa calon yang bertanding dan dari parti mana yang berada dalam 'court cluster'?
Calon kami sebagai MB, Dato Hasni, bersih dan cekap.
Ataupun, lagi baik, PN namakan je siapa calon MB parti itu.
Kan rakyat boleh menentukan.
Selepas PRU-14 berakhir musuh-musuh UMNO berusaha menamatkan sepenuhnya riwayat parti terbesar orang Melayu ini.
Sehingga ke tahap Presidennya diugut dan digertak supaya UMNO dibubarkan atau akan menanggung akibat.
Sebilangan pemimpinnya yang lemah dan goyah ditawar keselesaan, jawatan atau kedudukan untuk melompat parti.
Kemudian menghasut ahli UMNO konon parti itu sudah tiada masa depan dan memujuk supaya menyertai mereka.
Muslihatnya agar UMNO bertambah lemah seusai tewas PRU-14 dan lama kelamaan musnah sendiri.
Seterusnya mereka berusaha menggunakan saluran undang-undang untuk UMNO diisytiharkan parti yang tidak sah.
Syukur ke hadrat Ilahi UMNO berjaya mendepani segala perancangan buas itu dengan bijaksana dan bangkit menentang.
Selepas menyedari kesemua usaha mereka tidak berhasil, UMNO cuba p**a dikawal supaya menuruti kehendak.
Perancangan licik itu juga tidak kesampaian, malah UMNO semakin mara ke hadapan selangkah demi selangkah.
Alhamdulillah begitu teguh jati diri UMNO dan tidak sesekali berganjak daripada kebenaran walau ditekan dengan maha hebat.
Rahmatnya sangat ketara apabila UMNO semakin berpadu, BN kembali diyakini rakyat dan menang besar PRN Melaka.
Faktor utama kepada kekuatan dan kebangkitan UMNO itu kerana kemuafakatan para ahlinya di peringkat akar umbi.
Sememangnya UMNO milik akar umbi, manakala barisan pimpinannya selaku pemegang amanah.
Telah terbukti sinergi ketetapan akar umbi UMNO yang kemudian diterjemahkan pimpinannya adalah tepat.
Justeru Presiden UMNO dan barisan pimpinan sedia ada tidak akan sesekali berpaling dan mengabaikan suara akar umbinya.
Biarlah resmi UMNO ini cuba 'didalilkan' sebagai berorientasikan barat selagi tidak menyanggah hukum Allah S.W.T.
UMNO akan terus mendengar suara akar umbi apatah suara rakyat seperti yang tersemat dalam sejarah panjang perjuangannya.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Telephone
Website
Address
Ampang
68000