Bachok Land Property

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Bachok Land Property, Real Estate, Bachok.

Photos from Bachok Land Property's post 22/12/2022

🏡NATURE|SIMPLE🏡

Photos from Bachok Land Property's post 29/11/2020

Pemilihan warna sgt penting ✅
Rumah ada konsep. Kita boleh pilih konsep mana kita nak..konsep moden,english style dan b*k lg konsep.boleh google atau cuci mata dgn interior designer✅

Sumber gambar dari id Anis Syuhada

Photos from Bachok Land Property's post 19/10/2020

MENGAPA BUMBUNG PENDEK?

1. Pemaju banyak buat rumah rekabentuk baru hari ini. Rekabentuk baru ini menjadi kegilaan pembeli.

2. Bila bumbung direkabentuk pendek begini sebenarnya ia tidak menjadi pelindung cuaca yang baik buat rumah kita.

3. Fungsi bumbung selain beri 'rasa' cantik, ia sebagai pelindung matahari yang terik, hujan yang lebat, silau dan kesan tempias angin yang kuat.

4. Bila bumbung rumah pendek, cahaya matahari terus kedinding rumah. Dinding akan menjadi seperti 'span' cuci, semua haba panas akan diserap dan disimpan rapi.

5. Bila malam hari, dinding ini akan lepaskan haba yang disimpan siang tadi. Rumah yang kita duduk akan rasa macam dikukus dalam 'steamboat' nanti.

6. Kita akan pasang penghawa dingin sepanjang masa, walau hujan haba panas tetap ada. Kos bil elektrik setahun buat hati kita cepat terluka.

7. Bumbung pendek ini juga bila hujan lebat akan masukkan air kedalam bumbung atau siling rumah kita, lebih malang ada kala air masuk terus kedalam rumah. Lepas hujan boleh bela ikan dalam rumah.

8. Pemaju jana keuntungan dari 'design modern' ini, mereka jimat kos bahan binaan sebab kepingan genting sikit digunakan. Bukaan binaan rumah hanya 25' x 40'.

9. Bagaimana kita tahu bahawa 'design hebat' ini gagal? Bila banyak rumah lepas itu buat bumbung tambahan dan pasang aircond sepanjang malam.

10. Elakkan beli kediaman modern, canggih dan berwawasan ini. Selain ia semakin kecil rekabentuk begini akan rugikan pembeli nanti.

11. Rekabentuk baik tidak semestinya cantik, ia berfungsi dengan baik.

Saya sertakan beberapa gambar dan model rumah yang saya jumpa disini. Moga jelas dan makin faham.

Azizul Azli Ahmad (PhD)
Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur. UiTM Perak






Credit to Azizul Azli Ahmad

26/09/2020

APA AKAN JADI KEPADA TANAH PAJAKAN 99 TAHUN SELEPAS TEMPOH PAJAKAN ITU TAMAT?

1. Ramai yang rasa tak selamat kalau beli dan memiliki tanah Pajakan 99 tahun.

Sebenarnya tidak ada masalah pun bagi seseorang jika ingin membeli atau memiliki tanah berstatus pajakan 99 tahun asalkan tanah tersebut mempunyai geran individu yang berasingan dan bebas daripada sebarang bebanan.

2. Namun begitu anda perlu tahu bahawa kebiasaannya tanah berstatus pajakan ini mempunyai sekatan kepentingan di mana ianya perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Menteri Besar atau Pihak Berkuasa Negeri terlebih dahulu sebelum ianya boleh dipindahmilik dan digadai kepada pihak bank.

3. Cuma ramai yang nak tahu, apa yang akan berlaku terhadap tanah tersebut selepas pajakan tanah itu tamat tempoh?

4. Apabila sesatu tanah berstatus pajakan itu tamat tempoh pajakan, maka secara umumnya tanah tersebut akan kembali menjadi milik kerajaan semula, melainkan tempoh pajakan itu dilanjutkan oleh kerajaan.

5. Adakah selepas tempoh pajakan tamat, tanah itu akan dikembalikan kepada kerajaan negeri atau kerajaan akan tawar atau bayar pampasan dan sebagainya?

Ya. Setelah tempoh pajakan tamat, tanah tersebut akan menjadi milik kerajaan negeri dan kerajaan negeri TIDAK PERLU membayar sebarang pampasan atau ganti rugi kepada pemilik selepas tempoh pajakan itu tamat.

6.Walaubagaiamanpun sebelum tempoh pajakan tersebut berakhir, pemilik boleh memohon untuk lanjutan tempoh pajakan dan diberi hakmilik semula kepada mereka dengan tempoh pajakan yang baru dan kebiasannya kerajaan akan meluluskan tempoh lanjutan pajakan tersebut, melainkan atas sebab-sebab tertentu dan munasabah yang mana lanjutan tidak dapat diluluskan.

7. Namun begitu, untuk membolehkan tempoh pajakann dilanjutkan, pemilik perlu terlebih dahulu menjelaskan bayaran premium tertentu mengikut nilaian semasa tanah tersebut.

8. Berdasarkan Peruntukan Seksyen 90A Kanun Tanah Negara (Pindaan 2016), permohonan lanjutan tempoh pajakan boleh terus dibuat kepada Pihak Berkuasa Negeri melalui pejabat tanah yang berkenaan sebelum tempoh pajakan tamat (sebaik baiknya dalam tempoh 2 atau 3 tahun sebelum tempoh pajakan tamat).

9. Walaubagaimanapun sekiranya kerajaan memutuskan untuk mengambil tanah pajakan itu sebelum tempoh pajakan tamat, maka kerajaan WAJIB BAYAR PAMPASAN terhadap tuan tanah mengikut harga semasa.

Terima kasih.

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Timbalan Presiden
Pertubuhan Kebajikan dan Literasi Undang-undang Malaysia
(K-LITERASI)

26/09/2020

TIPS RUANG DALAMAN RUMAH PERTAMA

1. Dapur sebaiknya tidak di depan, berhampiran pintu masuk. Soal aurat dan budaya masak kita berbeza.

Jika tiada pilihan, pastikan ianya terlindung dari pandangan mata.

2. Pintu bilik tidak mengadap ruang utama, kita tentu malu orang nampak bilik tidur kita. Keluar bilik nampak orang.

3. Siling pastikan lebih tinggi, agar tangan tak kena kipas nanti. Makin tinggi, makin baik pengudaraan dalam rumah. Sebaiknya 10'0" tinggi.

4. Kiblat tidak mengadap bilik air, takkan nak sujud menghadap wc nanti. Susah nak khusuk nanti.

5. Matahari petang tidak menghadap bilik tidur utama, panasnya sampai kemalam.

Dah tentu isteri kita kena pakai seksi sepanjang hari. Itu namanya rezeki 😜

6. Ada ruang utiliti, biar kecil tapi ia keperluan abadi hidup nanti. Nak buat aktiviti senang nanti

7. Cari rumah sebaiknya ada 3 bilik 2 bilik air sebagai pemulaan. Bukannya satu bilik sahaja. Elakan Soho, Sovo, Sofo dan soto

Mula dengan rumah kecil dan sederhana, jangan mengada nak teres atau bunglo yang ada taman bunga dan penuh rama rama .

Azizul Azli Ahmad

24/09/2020

Tips simple

1. jgn pasang aircond atas tingkap.
2. Ubah konsep lama buat sinki ngadap tingkap❌❌❌ tu salah.kalau buat sinki ngadap tingkap blh merosakkan frame/grill.

Credit to Syuhada

Want your business to be the top-listed Realtor/realty Service in Bachok?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Bachok
16300

Other Real Estate in Bachok (show all)
Bina Rumah Kelantan Bina Rumah Kelantan
KAMPUNG TAWANG
Bachok, 16030

NAK BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI , WASAP/ CALL KAMI SEKARANG 0149377910 😍😄

Tanah Murah Bachok Tanah Murah Bachok
LOT 1819 KG NAKHODA SAAMAH
Bachok, 16300

D'anggun Melawi Residence D'anggun Melawi Residence
Bachok
Bachok

Kediaman EKSKLUSIF berhampiran pantai di Kelantan. - Sg. Gali - Pantai Melawi - Pantai Kandis - Pantai Irama - Pantai Tok Bali - Pantai Senok

Rumah sewa student perempuan BY Anak2 Ayah Rumah sewa student perempuan BY Anak2 Ayah
PT 3400 , CABANG 3 MELAWI BACHOK
Bachok

Deposit 2+1 RM360 SEWA RM150 (SEORANG) KEPADA PEREMPUAN SAHAJA

Izz Homestay Kandis Izz Homestay Kandis
Di Lot Tmn Sri Kandis
Bachok, 16300

Perkhidmatan Homestay

Hanani X ArmyUmar Hanani X ArmyUmar
Jelawat
Bachok, 16070

Hanani X ArmyUmar Trusted Official Agent Wangian Kasturi Pemulihan Aura Bachok Kelantan Postage Seluruh Malaysia

M nisar M nisar
Bachok, 16300

Enku/Bpconstruction Enku/Bpconstruction
Bachok, 16300

kami billion properties construction adalah syarikat yg berdaftar ,

Properties Pantai Timur Properties Pantai Timur
Lot 1871(C) Kg Tok Burung, Jalan Pantai Irama
Bachok, 16300

HNA Construction Group HNA Construction Group
Pauh Lima Banggu
Bachok, 16090

HNA CONSTRUCTION.. Merupakan syarikat kontraktor binaan dengan pendaftaran syarikat KT0524762-T

Luqman Kelantan Luqman Kelantan
KAMPUNG NAKHODA SAAMAH
Bachok, 16300

NAK BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI JOM WASAP/CALL KAMI SEKARANG 0149377910 😉

Semut Engineering Semut Engineering
Kampung Perupok
Bachok, 16300

Kerja-kerja Membina rumah, Garaj kereta Kerja-kerja baik pulih rumah Pemasangan jubin, siling kapur