Nor Azmiza Mamat

Ketua Wanita Pakatan Harapan Kelantan
Ketua Wanita KEADILAN Kelantan

15/02/2024
15/02/2024

Cakna Isu Semasa
*Nik Elin; Apa Natijah @ Hikmah di Sebaliknya?*

Rata-rata netizen masih gagal membezakan AKTA dan ENAKMEN yang berada di bawah bidang kuasa Persekutuan dan Negeri. Kegagalan untuk memahami perkara asas begini menjadi punca mengapa netizen bahkan orang awam mudah termakan dengan naratif salah yang dibina oleh pihak tertentu. Sehingga kedengaran seolah agama Islam dan undang-undang syariah sudah mula dihapuskan perlahan-lahan.

Jadi, marilah kita dengar apa kata peguam kita untuk mendapat pencerahan lebih mendalam.

Panel
Cik Farhan Liyana
Peguam

Moderator
Cik Saliahana
Peguam

📹Podcast ini boleh ditonton secara Live di Facebook Wanita Keadilan Kelantan
http://surl.li/qmvir

Tarikh: 15 Febuari 2024/khamis
Masa: 9.00-10.00 malam

Anjuran
*Biro Undang-undang
*Wanita KEADILAN Kelantan

https://www.facebook.com/share/NmpZJLXBXBTjr8cT/?mibextid=WC7FNe

05/01/2024

Liputan Bernama ketika misi banjir 1 Januari lepas.

05/01/2024

Utk wanita-wanita,
Sebagai pengajaran.

Angkara senyap tak daftar nikah, isteri merana anak kekal tak sah taraf, harta pusaka arwah suami pun terlepas

Baru-baru ini, ada seorang hamba Allah, wanita, berkongsi cerita tentang penyesalannya. Tapi, dia mohon kisahnya ini disampaikan buat teladan kepada wanita-wanita lain.

Dia adalah seorang wanita yang mempunyai kerjaya yang bagus. Seorang anak dara yang pada ketika belum berkahwin itu sudah mencapai umur 30 tahun.

Bukan tak mahu kahwin, tapi belum ada yang nampak bersungguh. Namun, ada seorang lelaki yang dia minat kerana rupa, akhlaknya dan kewangan yang stabil.

Lelaki itu juga menyukai wanita tersebut. Namun, dia tidak mahu naik mahkamah untuk dapatkan kebenaran poligami. Dia mahu rahsiakan segalanya.

Akhirnya, mereka memilih jalan untuk bernikah di sempadan Thailand. Selama lebih 3 tahun, mereka merahsiakan pernikahan mereka. Selepas lahir anak, wanita ini menggesa suaminya untuk daftar nikah.

Sijil lahir anak tidak ada maklumat bapa. Anaknya dikatakan anak tak sah taraf. Sedangkan, mereka berkahwin di sebelum ini.

Suaminya sering mengelak dan beri macam-macam alasan. Termasuklah, mengugut untuk tinggalkan dia jika terus desak. Kononnya ini demi masa depan kariernya.

Wanita ini akur. Janji suaminya adalah sehingga 2-3 tahun lagi baru nak disahkan.

Tiba-tiba, suaminya meninggal kerana sakit jantung. Mati mengejut. Pening wanita ini fikirkan bagaimana nasibnya dan anaknya bila tidak ada sijil nikah yang sah dan tidak dapat nasabkan anaknya.

Dia cuba mencari semula sijil nikah Siam yang suaminya simpan. Tak tahu dimana. Tak pernah diberitahu suaminya.

Dia cuba berjumpa dengan isteri pertama suaminya untuk terangkan. Macam biasa, tidak ada yang percaya hal ini. Orang hanya anggap dia cuba nak ambil harta dan kesempatan atas orang yang sudah meninggal.

Sedih. Pilu. Itu yang dia rasakan. Kesal juga atas keputusan yang dia lakukan untuk senyap dan berdiam kerana akur dengan keputusan suami.

Dia bertanyakan kepada saya, apa yang boleh dibuat bagi mendapatkan hak buat anaknya. Dia tak kisah kalau dia tidak ada apa-apa. Namun, anaknya itu tetap berhak jika benar dia anak sah taraf kepada suaminya.

Saya cakap, “Puan, kalau sijil nikah Siam, surat konsulat dan bukti-bukti nikah sebelum ini, puan kena dapatkan dahulu dimana tempat puan nikah”.

Biru muka dia. Sebabnya, pintu sempadan Siam kan ditutup. Entah bila dia boleh masuk semula ke sana. Dulu pun dia hanya ikut sahaja dengan ejen yang tidak dikenali.

“Jika puan nak dapatkan bahagian pusaka Puan, harta sepencarian yang sepatutnya layak pada puan dan nak mohon ditukarkan nasab anak puan kepada arwah suami, kena buat Pengesahan Nikah Poligami dahulu di Mahkamah Tinggi Syariah”

Meleleh air matanya. Dia tahu, bukan mudah. Semua bukti itu sebelum ini disimpan suaminya dan tak tahu dimana.

Begitulah kisah duka yang berlaku kepada wanita tersebut. Saya percaya kini dia mungkin sedang berusaha. Namun, saya tahu, ini bukan mudah. At least, dia kena cuba.

Pada anda yang membaca, jangan kita ambil pendekatan mengecam. Kita tak tahu, nasib kita kelak bagaimana. Tapi, ambil pendekatan untuk kita nasihatkan kepada wanita yang mungkin terjadi hal yang sama.

Ingat, banyak kesan buruk jika nikah di Siam, tapi tak didaftarkan.

Wanita ini akui, dia menyesal. Dia doakan kepada wanita-wanita lain agar tidak jadi perkara sebegini seperti yang berlaku kepada dirinya. Buat keputusan yang baik.

Bagi lelaki, jika betul anda nak poligami, anda mampu, anda layak, buatlah secara baik. Dapatkan kebenaran Mahkamah. Jangan bawak lari anak dara orang nikah di Siam.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian jadikan pengajaran.

Anda s**a cerita yang saya kongsikan? Ada banyak lagi penulisan dan perkongsian lain di https://t.me/fahmiramliofficial Jemputlah semua jadi sebahagian daripada team kami 😉

Fahmi Ramli

Photos from Nor Azmiza Mamat's post 27/11/2023

KENYATAAN MEDIA

WANITA KEADILAN NEGERI KELANTAN
27 NOVEMBER 2023

Konsert Seksi Di Bachok : Di Manakah Enakmen Kawalan Hiburan Kelantan?

Photos from Nor Azmiza Mamat's post 10/09/2023

KENYATAAN MEDIA

WANITA KEADILAN NEGERI KELANTAN

10 SEPTEMBER 2023

Konsert Jom Heboh Tunjong : Kerajaan Negeri Perlu Perjelaskan Penguatkuasaan Enakmen Kawalan Hiburan Kelantan.

Karnival Jom Heboh (KJH) yang dianjurkan oleh Media Prima telah berlangsung pada 7 hingga 9 September 2023 lalu di Tunjong Kota Bharu dan acara kemuncak bagi karnival tersebut ialah penganjuran konsert oleh artis tanah air.

Dalam kenyataan media yang dibuat oleh Anggota Exco kerajaan Kelantan, Mohd Asri Mat Daud berkata pada 6 September 2023 iaitu sehari sebelum acara berlangsung, menurutnya Karnival Jom Heboh ini akan dipastikan mematuhi Enakmen Kawalan Hiburan 1998 dan dasar Membangun Bersama Islam (MBI).

Namun berdasarkan kumpulan foto dan video yang tular berkenaan suasana di malam penganjuran konsert, jelas terpampar percampuran tempat duduk antara lelaki dan perempuan sehingga menimbulkan persoalan tentang penguatkuasaan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998 yang melanggar garis panduan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

Dalam foto dan video, selain garis panduan pengasingan penonton lelaki dan perempuan yang tidak dipatuhi, Wanita KEADILAN Kelantan turut prihatin tentang penatacahayaan kawasan penonton yang malap yang boleh mempengaruhi kebarangkalian untuk berlakunya perkara yang tidak diingini.

Wanita KEADILAN Kelantan juga merasa terkilan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan ketika beliau hadir ke Karnival Jom Heboh semalam. Menurutnya “Di Kelantan kita mempunyai peraturan tertentu dari segi enakmen hiburan dan pihak penganjur perlu mematuhi peraturan ditetapkan.” “KJH melakukan pengasingan penonton dan lagu-lagu yang dipilih juga lebih kepada mendidik dan tidak mengundang kontroversi.” Jelas kenyataan ini adalah kontradik dengan apa yang berlaku semasa konsert berkenaan pengasingan penonton.

Sehubungan itu, kami memohon Kerajaan Negeri memberi penjelasan tentang penguatkuasaan enakmen berikut semasa konsert berlangsung.

NOR AZMIZA MAMAT
Ketua Wanita KEADILAN Kelantan

TikTok · Mijaazmiza 01/08/2023

https://vt.tiktok.com/ZSLQSYohM/

TikTok · Mijaazmiza 48 likes, 9 comments. “Munajat Wanita Perpaduan peringkat Parlimen Rantau Panjang untuk calon Dun Chetok, Dun Gual Periok, Dun Apam Putra. Selamat maju jaya saya ucapkan buat ketiga-tiga calon terutama Ketua AMK Negeri, Sdra yang bertanding di Dun Chetok.”

Photos from Nor Azmiza Mamat's post 30/07/2023

Headlines pagi ini.

30/07/2023

Sokongan buat kakyah untuk Pantai Irama, Bachok.

22/07/2023
Photos from Nor Azmiza Mamat's post 24/06/2023

Sedang berlangsung KPDN Kelantan di SK Alor Bakat, Gunong, Dun Jelawat.

Sila ya.
Jualan berlangsung dari 9 pg- 5 ptg. Hari ini dan esok (sabtu & Ahad).

Pelbagai barangan dijual dengan harga murah.
Sila-Sila.

18/06/2023

Kelantan dari Dewan Tuanku Canselor UMK, Bachok.

https://vt.tiktok.com/ZSLrLBwfo/

16/06/2023

Anak muda, sek kito!!

Ini peluang untuk anda bertemu dengan YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Datang, dan suarakan idea dan pandangan anda.

18 Jun 2023 (Ahad)
1.30 ptg
Dewan Tuanku Canselor
UMK Bachok

Hebah dan sebarkan blako.

Daftar: www.temuanwar.com

10/06/2023

Menuju PRN.

Mengopi bersama YB Chan Ming Kai 曾敏凯 曾敏凯 Setpol kepada YAB Perdana Menteri di KB.
Bincang tentang naratif politik di kalangan pengundi Cina dan Siam di Kelantan.

Dato’ Ang selaku bekas Timb. Pengerusi Parti Gerakan Negeri Kelantan turut hadir memberi input.

10/06/2023

Sempat sembang perkembangan Bachok terutama berkenaan pendidikan dengan Prof. Dato' Dr. Hassan Basri Bin Awang Mat Dahan.

Prof adalah Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang baru dilantik.

Inshallah kami akan berhubung lagi selepas ini untuk explore ruang-ruang yang boleh kami kerjasama demi membina Bachok yang lebih baik.

10/06/2023

Jemput semua oghe Bachok untuk hadir ke Tapak Ekspo Pantai Irama petey ni.

Jualan rahmah untuk oghe Bachok.

11/05/2023

Jemput semua ke

https://vt.tiktok.com/ZS8oubsTQ/

Photos from Nor Azmiza Mamat's post 09/05/2023

Alhamdulillah
Peluang untuk rakyat Kelantan untuk
beraya, bertemu mato dan bersalam dengan PMX dan menteri-menteri.

Jemput semua ke Rumah Terbuka Malaysia Madani 2023 Kelantan.

12 Mei 2023, jumaat.
7-10.30 malam
@ Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kita Bharu

23/04/2023

Rumah Terbuka Malaysia MADANI bersama YAB Perdana Menteri.

📌 12 Mei 2023/Jumaat
Di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu.

Kita pakat gi deh. ❤️

23/04/2023

Sempena Hari Buku Sedunia yang di sambut hari ini, saya ingin berkongsi satu buku yang saya tekuni untuk memahami sejarah pendidikan negara.

Budaya keilmuwan, membaca dan menghadam buku, berdiskusi dan membahas idea di dalamnya adalah tradisi yang telah di terapkan sejak dari kecil dan membentuk karaktek dan pemikiran saya.

Saya berazam supaya budaya membaca, perkongsian dan percambahan idea yang sihat menjadi satu nilai yang dipegang dalam sistem pendidikan kebangsaan.

Semoga generasi yang kita lahirkan dari sistem pendidikan ini berupaya menjadi individu yang kritikal dan mampu menjana pemikiran yang berdaya cipta tinggi demi kemakmuran dan kemajuan tanah air kita.

Selamat Hari Buku Sedunia
Teruskan Membaca!

23/04/2023

Berhari raya di Open House Dato’ Rowi dan Datin Za di Tawang.

Dato’ Rowi adalah Wakil Calon saya yang banyak membantu saya ketika kempen PRU-15 yang lepas.

Terima kasih atas undangan.

23/04/2023

Moga madrasah Ramadan yang dilalui membentuk kita menjadi hamba Allah yang lebih bertaqwa dan berakhlak mulia. ❤️

Eid Mubarak!

13/04/2023

Silo deh anok-anok Bachok.

Set-set kito hok ado dekat dekat Puchong nge KL nim. Kita jupo mato, kenal kenal sesama kito.

Hok bukey anok Bachok pun.. silo deh.

Terima kasih PUBBA atas usaha ni.

04/04/2023

Selamat Ulangtahun Parti Keadilan Rakyat ❤️

Terus mengakar memahami denyut nadi rakyat. Merimbun perjuangan demi menjulang kembali maruah negara.

Nor Azmiza Mamat
Ketua Wanita Negeri Kelantan

28/03/2023
23/03/2023

Buat semua sahabat handai.

Sama-sama kita melangkah menuju syurga. ❤️

20/03/2023

Agihan bubur lambuk di Gunong,
Esok, Selasa, jam 3 petang.

Selamat Menyambut Ramadan al-mubarak (1444H)
Moga Ramadan kali ini yang terbaik dan terindah buat kita semua.

Daripada,

Nor Azmiza Mamat
Ketua Wanita Keadilan Negeri Kelantan
Ketua Wanita Keadilan Cabang Bachok

20/03/2023

Mesyuarat Majlis Pimpinan Wanita Pusat sebelum Ramadan.

19 Mac 2023.

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Bachok?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Turun tanya khabar peniaga kecil (wanita) sekitar Pasar Jelawat dan Gunong.

Category

Website

Address


Bachok

Other Public Figures in Bachok (show all)
Cikgu Di Bachok Cikgu Di Bachok
Bachok
Bachok, 16070

#CikguDianakmudosuko #aspirasibachokcemerlang #kestabilandankemakmuran #Bachokterbaikdihatiku

Tylia Beauty Hq Tylia Beauty Hq
CABANG 4 GUNONG, Jalan PAUH LIMA
Bachok, 16090

3in1 lipmatte✅ boleh djadikan sebagai eyeshadow, blusher & lipmatte

Eiykaa Elishaa Eiykaa Elishaa
Beris Kubur Besar
Bachok

nanaasuhaimiee nanaasuhaimiee
Kg Kuin Pasir Jelawat
Bachok

Surprise Delivery Kelantan 🎈 http://www.wasap.my/601119767930

Kaer azim Kaer azim
Bachok

personal fan page

Muhsin Mustafa l Pakar Bisnes Pelancongan Online Muhsin Mustafa l Pakar Bisnes Pelancongan Online
Bachok

Layari www.destinasipelancongan.com dan www.pakejpelancong.com untuk melihat sendiri perkembangan du

Taman Desa Pura Beris Kubor Besar Taman Desa Pura Beris Kubor Besar
Taman Desa Pura
Bachok, 16050

Komuniti Taman Desa Pura Beris Kubor Besar

Dato' Haji Hilmi Yusoff Dato' Haji Hilmi Yusoff
Lot 2510 Beris Kubur Besar
Bachok, 16350

Kak Ona Pembekal Doh Roti Canai Kak Ona Pembekal Doh Roti Canai
Kota Bharu
Bachok

PEMBEKAL DOH ROTI CANAI 100PCS 1 KOTAK SELURUH KELANTAN

BEKAM Sunnah BEKAM Sunnah
Mt 132 Pusat Bekam Kg Tepus, Jalan Pauh Lima Gunong, 16090 Bachok
Bachok, KELANTAN

Kami menawarkan khidmat bekam lelaki dan wanita. Call 010-9134182/011-72934787

naeem officel naeem officel
Bachok

trusted seller