Keropok LEKOR Triton Seven
Kami menghasilkan produk keropok lekor rebus mengikut resepi turun temurun, dibawah jenama KEROPOK
Kuala kangsar
Muzium padi
Projek korban 2024
Lepak lepak
Simpan memory kat sini, cun la p**ak
Projek hutan tak jadi
𝐃𝐎𝐀 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍 𝐊𝐄𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐆𝐔𝐑𝐔
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِمَشَايِخِنَا وَلِمَنْ عَلَّمَنَا وَارْحَمْهُمْ، وَأَكْرِمْهُمْ بِرِضْوَانِكَ الْعَظِيْمِ، فِي مَقْعَد الصِّدْقِ عِنْدَكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Ya الله, ampunilah guru² kami dan orang yang telah mengajar kami. Sayangilah mereka, muliakanlah mereka dengan keredhaan-Mu yang agung, di tempat yang disenangi di sisi-Mu, wahai Yang Maha Penyayang di antara penyayang.
*SELAMAT HARI GURU*
Memory tumpang simpan sini jelah
۞﷽۞
Semakin Banyak Berita Kematian, Bila Besok Giliranku, Maafkan Aku, Tutup Aib-Aibku, Do'akan Aku,
Semoga Allah menerima Amal ibadat kita
Suami dapat gaji bersih RM3,000.00 terus buat internet banking bayar:
- Bil air RN30.00.
- Duit rumah RM700.00.
- Duit kereta RM700.00.
- Bil telefon suami dan isteri RM200.00.
- Bil elektrik RM170.00.
- Ansuran motor kapcai RM150.00.
- Yuran Tuisyen anak RM150.00.
- Tukar RN150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan.
Jumlah Keseluruhan Habis dibelanjakan RM2,250.00.
Lalu berbekalkan duit baki gaji RM750.00 balik ke rumah jemput isteri dari tempat kerja, terus disambut dengan isteri satu soalan,
'Hari ni hari gaji abang kan? Jom pergi beli barang dapur. Banyak dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm nie! Sebab I tak laratlah nak masak hari nie.. Lagipun, bebudak pun esok hari sabtu cutikan?'.
Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.
Sampai di rumah disambut p**ak dgn anak yang bongsu..
'Ayah.. Cikgu adik cakap ari Isnin, Cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yang baru.."
Isteri spontan menyampuk..
'Mintak kat ayah.. Ayah baru dapat gaji..'
Sambil itu, anak yang sulung p**a mencelah..
'Ayah.. Kakak pun nak duit RM30.00 hari isnin nie.. Untuk beli Buku Rujukan.. Dah dekat nak periksa nie..'
Si suami terus mengeluarkan RM50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong. Tinggal baki gaji RM700.00 (Baru hari pertama terima gaji tu..!!!).
Kemudian, selepas maghrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk makan dan berbelanja barang dapur. Sebelum itu suami singgah isi minyak kereta RM50.00 (Baki gaji RM650.00) langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah RM50.00 (Baki gaji RM600.00).
Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dengan jumlah RM250.00 (Baki gaji RM350.00) untuk beli barang kering dan RM50.00 (Baki gaji RM300.00) untuk beli barang basah.
Setelah semuanya selesai, p**anglah keluarga tersebut ke rumah dengan suami hanya tinggal gaji yang baru dapat pagi tadi sebanyak RM300.00 sahaja.
Maka tidurlah si suami dengan mata yang terkebil-kebil mengenangkan baki duit (Yang tinggal baki hanya RM300.00 dari jumlah gaji bersih RM3,000.00) dalam beberapa jam sahaja dapat gaji tadi.
Esoknya, pagi Sabtu, isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi. Suami pun pergilah beli dengan modal RM5.00 dan surat khabar RM1.50 (Baki gaji RM293.50).
Manakala menjelang petang, si isteri dan anak-anak ajak suami jalan-jalan di Pasar Malam Jalan TAR sempena Malam Minggu. Si suami ikutkan jugak dalam keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak-anak. Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 (Baki gaji RM263.50).
Sesampai di Jalan TAR, si isteri berkenan dengan Tudung Bawal berharga RM15.00 mintak dibelikan. Suami pun keluarkan duit bayar (Baki gaji RM248.50) .
Kemudian bila ke depan sedikit, bahagian pakaian kanak-kanak p**a nampak baju tidur anak-anak yang berharga RM15.00 sehelai. isteripun selamba berkata..
'Bang.. Baju tidur bebudak ni pun dah lusuh. Belikan diaorang yang baru nie. Murah jer.. RM15 hengget..'
Suami pun keluarkan lagi RM30.00 untuk baju tidur anak-anak (Baki gajiRM218.50).
Lalu terus p**ang ke kereta untuk balik kerumah bersama-sama. Tetapi dalam perjalanan nak p**ang, anak-anak merengek dahaga dan lapar, mintak singgah di kedai makan untuk makan malam. Sang ayah kesiankan degan rengekan anak pun singgah lah di Kedai Makan Tomyam dan makan dengan membayar RM30.00 lagi. Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48 jam dapat gaji ialah RM218.50.
Esok hari Ahad. Isteri suruh pergi kedai pagi-pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi. Suami bermodalkan lagi RM7.00 dan RM1.50 untuk suratkhabar. Tinggallah duit gaji genap RM210.00.
Malamnya p**ak, beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta!!!
Maka bermulalah pagi hari Isnin si suami dengan berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak RM60.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat, serta menghitung hari lagi untuk ke 25 hb/26 hb yang akan datang samada sampai atau tidak??
Selang seminggu selepas itu, pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung. Suami katakan dengan muka sedih...
'... Tidak ada modal. Tinggal baki gaji RM60 Hengget je nak buat modal hidup sampai hujung bulan nie...'
Lalu isteri menjawab dgn sinis..
'.. Kalau ajak balik kampung saya je, tak de duit.. Kalau ajak balik kampung saya je, Abang kata tak de duit.. Mana pergi duit gaji abang selama nie? Tak kan lah baru seminggu gaji tinggal baki 60 hengget? Sudah tak berduit.. Abang ada simpan pompuan lain ke..?"
Terpinga-pinga suami.. Confused..!! Blurred..!! Nak dijawab, jadi perang.. Nak diceritakan yang sebenar nanti, disalahkan balik, kata kita mengungkit hanya sebabkan belanjakan tudung RM15.00 tu...
Begitulah realiti kehidupan seorang suami yang penyabar demi melaksanakan amanah dan tanggungjawab.
p/s: Kepada yang masih bujang, sudah bersediakah anda untuk menghadapi situasi sebegini?
** Masa Depan Itu Dibeli Oleh Masa Sekarang.
Sayang kemas rumah jumpa tongkat teras kilo dah patah
Tempat bermula cerita, nak tahu cerita pm tepi
Hari ni melepak dengan lejen achik ujang Ibrahim anon
1986: Pembinaan Taman Tema Sunway Lagoon. Taman ini mula beroperasi pada tahun 1992. Taman seluas 88 ekar (36 hektar) ini dibina 150 kaki (46 meter)di bawah paras tanah di kawasan terbiar perlombongan bijih timah.
Opposite rumah kami
Brother ujang pun ada
Reality
Sekolah rendah sekyen 4 shah alam, upsr kat sini, restoran Syed Dan restoran khalifah seksyen 3 port terbaik
Bandar Sunway suatu ketika dulu1993, zaman tu form 2, pergi sekolah subang jaya bawak basikal, jalan tak busy boleh berdansa atas jalan SS 12, Sunway piramid tak wujud lagi, usj belum wujud
Allah Maha hebat
Assalamualaikum wbt.
Dengan rendah hati, sudi-sudikanlah menyokong program makan malam amal sekolah kami; Malam Kemilau Semanis Budi SMK LKTP Belitong dengan cara menghulurkan sumbangan atau membuat pembelian kupon. Program ini mempunyai beberapa objektif untuk keperluan anak-anak Belitong kami, seperti yang tertera di poster.
Boleh hubungi saya untuk urusan sumbangan dan pembelian kupon, Nurin : 0194974096. Terima kasih daun keladi.
"Tidak akan kurang rezeki orang yang bersedekah, kecuali bertambah dan bertambah.."
"The Blue Dragon River" atau
Sungai Naga Biru terletak di Portugal .
Ketika sedang menaiki penerbangan daripada Bandar Armsterdam sedang menuju ke Wilayah Marrakech pada September tahun 2015 ,Steve Richards telah terpana melihat satu pemandangan sangat mengujakan dari tingkap Pesawat!
Tanpa melengahkan masa ,Steve Richards bergegas mengambil beberapa buah gambar sebuah sungai digelarkan The Blue Dragon ini yang dilihat daripada pemandangan ruang udara atas langit.
Sungai The Blue Dragon ini adalah berasal daripada nama Odeleitte Reservoirs River ,Sungai Tadahan Air Odeleitte menjadi sumber air utama kepada masyarakat Tempatan yang menetap di wilayah Caestro Marim ,Portugal.
Steve Richards kemudiannya telah memuat naikkan gambar gambar Blue Dragon ini didalam laman Flickr dan tersebar meluas sehingga ke platform Media Sosial Twitter
Mendapat ratusan ribu perkongsian ,sukaan dan komen selama beberapa hari kemudian!
Apa itu keropok lekor???
Keropok lekor (Sebutan bahasa Melayu: [kəropoʔ lekor]) atau keropok batang merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia, Lekor antara makanan yang dibawa oleh orang Cina Peranakan kepada masyarakat khususnya di Terengganu.Perkataan "lekor" bermaksud "lingkar" dalam bahasa Melayu Terengganu yang menggantikan ejaan "ar" kepada "or" di akhir suku kata. Oleh itu maksud Keropok Lekor ialah Keropok yang berlingkar. Keropok diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepung kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus didalam air panas. Warnanya berwarna kelabu dan juga mempunyai bau ikan.
Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan berprotin tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi. Keropok lekor boleh dimakan segar sebaik sahaja diangkat dengan dicicah sos cili yang pedas, mayones dan keju. Pada masa ini, pembuatan keropok lekor telah pun tersohor di beberapa negeri lain selain Terengganu.
" mmm..... sedapnya keropok Krispy ni! Mak nak lagi"
Rangup Dan Penuh rasa ikan
BOOKING UNTUK BERBUKA
Kualiti Premium dari pencetus keropok Krispy
🔊🔊🔊🔊Pm booking order laju laju, jangan order last minit, 🔥🔥🔥🔥permintaan tinggi @ hot item🔥🔥🔥🔥
COD area BAHAU ahad 26/3/2023
💪💪💪💪
www.wassap.my/60193865885/keropokTS
Open order keropok Krispy tok molor + sos cili
1 kg - RM 14
2 kg - RM 27
3 kg - RM 40
Sos cili 1 liter RM 10
Di edar oleh:
KEROPOK TRITON SEVEN
"Mmm..... sedapnya keropok Krispy ni! Mak nak lagi!"
Keropok Krispy Tok Molor boleh didapati di Sham Mat Zain tomyam ( mat Zain tomyam), bahau. Rangup Dan Penuh rasa ikan
www.wasap.my/60143236904/shammatzaintomyam
Terima kasih kepada semua pelanggan keropok Triton Seven,
Alhamdullillah 100kg selesai
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Contact the business
Website
Address
Bahau
72100