Bekam Bergerak Al-Qarni
bekam
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Perkhidmatan Bekam Bergerak.
8 Golongan Yang Perlu Di Bekam
1. Migraine / Stress
2. Cepat letih & Lesu
3. Jarang bersukan
4. Perokok tegar
5. Lemah tenaga batin
6. Banyak Toksin / Darah tak lancar
7. Gout & Bisul
8. Badan terasa berat
http://www.wasap.my/+601129183611/TEMUJANJIBEKAM
"KHAS UNTUK MEREKA YANG MENGALAMI MASALAH PENGIRAAN CAJ PERJALANAN"
Di sini ingin saya kongsikan salah satu kaedah untuk mereka yang selalu buat COD (Cash On Delivery) dan mengalami masalah untuk mengira caj perjalanan pada pelanggan.
Jadi lepasni pelanggan takda benda nak argue hehe
Kebiasaannya, saya gunakan apps ni untuk pergi ke rumah pesakit untuk dibekam
Tapi apps ni tak semestinya untuk orang yang berniaga. Sesiapa pun boleh guna untuk buat bajet perjalanan kalau nak kemana mana.
Ikuti langkah ini, semoga bermanfaat insyaAllah. Penerangan ada di setiap gambar.
Share jika bermanfaat
8 Golongan Yang Perlu Di Bekam
1. Migraine / Stress
2. Cepat letih & Lesu
3. Jarang bersukan
4. Perokok tegar
5. Lemah tenaga batin
6. Banyak Toksin / Darah tak lancar
7. Gout & Bisul
8. Badan terasa berat
Bekam di Rumah anda. Hubungi 01129183611 atau tekan link whatsapp untuk tempahan:
https://api.whatsapp.com/send?phone=601129183611&text=Nak%20Bekam
Ramai yang terkeliru hari ini akan perletakkan derma darah (Al Fashdu) dan Bekam (Al Hijamah). Sehingga ada pihak yang menyamakan kebaikan kedua-dua kaedah tersebut.
Tidak disangkalkan bahawa derma darah mempunyai kebaikan tersendiri, namun dalam sudut penjagaan kesihatan dan ikhtiar perawatan penyakit ianya tetap berpihak kepada Bekam (Al Hijamah). Ini berdasarkan hadith :
إن أمثل ما تداويتم به الحجامة
"Sesungguhnya cara pengubatan kalian yang paling utama ialah berbekam" (Hadith Riwayat Bukhari)
Berikut, sang faqir menyertakan beberapa perbezaan Derma Darah (Al Fashdu) dengan Bekam (Al Hijamah):
1. TITIK (POINT) PENGAMBILAN DARAH.
Pada derma darah hanya ada 1 titik sahaja yang terlibat iaitu di bahagian lengan lazimnya. Manakala untuk bekam, ianya melibatkan titik-titik tertentu yang khusus bagi permasalahan yang terlibat, titik-titik (point) ini digelar vascular spider / jaringan meridian / Al Habl. Titik-titik ini berada di kepala, bahu, tubuh dan bahagian-bahagian lain yang berkaitan dengan permasalahan yang diadukan. (Titik Sunnah)
2. DARAH YANG DIAMBIL
Pada sudut derma darah, darah yang diambil relatif bersih melalui pembuluh darah (vena). Biarpun berada sekitar 30 minit di beg tabung darah, ianya tetap merah segar dan cair.
Berbeza dengan Bekam, darah yang diambil relatif kotor. Ini dapat kita perhatikan dari warnanya yang gelap kea rah kehitaman.Lazimnya, dalam tempoh masa 10 minit di gelas bekam, kita akan lihat darah bagaikan jeli atau agar-agar . Sememang darah yang diambil adalah darah yang berpotensi untuk membeku atau menggumpal dan menyebabkan penyumbatan di pembuluh darah serta boleh mengakibatkan stroke, darah ini digelar darah oksidan.
Dari jenis darah bekam juga, kita dapat mengenalpasti masalah semasa dan risiko akan datang pesakit. Walaupun darah yang diambil semasa berbekam hanya setengah atau suku daripada jumlah derma darah, namun kesannya jauh lebih berkesan, seperti yang dinyatakan dari awal, antara fungsi utama bekam adalah mengaktifkan vascular spider dan membuka sumbatan yang berlaku pada bahagian intravascular.
Secara amnya, setelah dibekam maka sakit di leher dan di bahu akan hilang. Kepala akan terasa ringan. Dan pandangan menjadi terang. Ini adalah berdasarkan terstimoni daripada sejumlah orang yang telah dibekam.
Bahkan ada yang sering merasakan sakit kepala, dengan izin ALLAH , berkurangan sakit tersebut, kerana untuk menjamin terus hilang sakitnya, bukanlah suatu jaminan mutlak.
Berikut adalah jadual perbandingan komposisi darah antara darah bekam dan darah daripada vena (derma darah) :
PARAMETER ; NILAI PADA DARAH BEKAM ; NILAI DARAH PADA PEMBULUH
1 WBC ; 4.93 ± 0.41 x103/mm3 ** ; 7.03 ± 0.41 x103/mm3
2 RBC ; 4.01 ± 0.28 x106/mm3 ** ; 5.560 ± 0.14 x106/mm3
3 HGB ; 11.25 ± 0.90 g/dl ** ; 14.29 ± 0.39 g/dl
4 HCT ; 34.3 ± 2.4 % ** ; 47.44 ± 5.45%
5 RDWC ; 14.184± 0.16% ; 14.252± 0.16%
6 MCH ; 24.82 ± 0.66 pg/cell ; 25.55 ± 0.68 pg/cell
7 MCHC ; 28.73 ± 0.26 g/dl ** ; 29.88 ± 0.26 g/dl
8 PLT ; 149.6 ± 15 x103/mm3 ** ; 283 ± 23 x103/mm3
9 LY% ; 36.96 ± 2.0% ; 34.28 ± 1.9%
10 MO% ; 7.50 ± 0.44 % ** ; 5.55 ± 0.52%
11 GR% ; 55.24 ± 1.9 % * ; 60.91 ± 1.9%
WBC = White Blood Cell
RBC = Red Blood Cell
HGB = Haemoglobin
HCT = Hematocrit
RDWC = Red Cell Distribution Width
MCH = Mean Corpuscular Haemoglobin
MCHC = Mean Corpuscular Hemoglobin Concentration
PLT = Platelet Blood Test
LY% = Lymphocyte
MO% = Monocyte
Gr% = Granulocyte
Pada penelitian dari hematologi tersebut dapat disimpulkan, bahawa komposisi darah yang diambil dari proses bekam dan yang diambil dari vena (derma darah) memiliki perbezaan yang jelas.
3. KEDALAMAN JARUM / TOREHAN MATA PISAU
Pada sudut Derma Darah, jarum menembusi kulit sehingga vena, kira-kira 1-2 cm ke dalam daging hingga ke dalam saluran vena.
Manakala pada sudut bekam, jarum sekadar menusuk sekitar 0.2 mm, apatah lagi torehan, yang hanya ditoreh pada bahagian epidermis (lapisan kulit atas) dan tidak merosakkan struktur dermis (lapisan kulit tengah). Sangat pendek. Jika pada derma darah, lazimnya proses tersebut mengambil masa lebih kurang 30 minit.
Manakala jika bekam paling lama mangkuk bekam boleh berada di tubuh setelah ditsusuk/toreh adalah 2 minit, lebih daripada itu dibimbangi pesakit mengalami masalah gelembung air (blister) akibat dari tekanan negatif pada permukaan kulit yang ada peluh halus di liang epidermis.
PERLUKAH WANITA BERBEKAM?
Soalan begini sudah seringkali diajukan, malahan ada yang memberi pendapat bahawa, wanita tidak perlu berbekam kerana setiap bulan sudah membuang darah. Malah, ada juga yang mengatakan, sunat untuk kaum lelaki berbekam sebagai ittiba’(ikutan) sunnah, adapun tidak sunat bagi kaum hawa berbekam, ini adalah pendapat yang mengelirukan. Adalah penting sebelum mengeluarkan pendapat, kita mengkaji halnya berkaitan dengan haid seorang wanita.
Secara ringkasnya haid berlaku apabila tiadanya berlaku persenyawaan, o**m akan mengalami kemerosotan dan dibuang bersama bahan-bahan lain yang keluar daripada tubuh wanita melalui f***j. Proses ini akan membuang keluar darah, mukus dan sel-sel yang sudah mati. Dan ini hanya berlaku di dalam rahim sahaja, bukan pada bahagian-bahagian tubuh yang lain. Secara ringkasnya, proses haid tidak membantu merawat masalah sakit di bahagian-bahagian tubuh lain, melainkan salah satunya melalui bekam.
Oleh kerana itu, bekam itu adalah baik untuk kedua-dua jantina, baik lelaki mahupun wanita berdasarkan hadith :
إن أفضل ما تداويتم به الحجامة
"sesungguhnya cara pengubatan kalian yg paling utama ialah berbekam." (Hadith Riwayat Muslim)
Dalam hal ini, jelas untuk diketahui bekam adalah untuk umum selagi tiada hal yang akan memudaratkan orang yang akan dibekam.
Sebaiknya kaum wanita juga perlu mengamalkan bekam sebagai pencegahan dan perawatan penyakit.
Setiap amalan Sunnah pasti ada Hasanah.
FIRE CUPPING THERAPY (TERAPI BEKAM API)
Senarai upah bekam . Roger sy, sy sampai rumah anda insyaAllah.
Tarikh-tarikh bekam sunnah. InsyaAllah
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Felda Kepis
Bahau
72100
NO PT 428-G, TAMAN JEMPOL
Bahau, 72100
Klinik keluarga, ibu dan anak. Scan 2D3D5D. Ibu Mengandung. Nebuliser. Ujian Darah. ECG.
Lotus Bahau
Bahau, 72100
GINTELL (M) SDN BHD (386685-U) established "Health, Love, Life" as our brand value. It is our desire
No. 23, Jalan Kasih Putera 1, Taman Kasih Putera
Bahau, 72100
Klinik Mediviron in Bahau is a Trusted Healthcare Provider, Delivering the Best Medical Treatment
No 07 Jalan Kiara 01, Pusat Perniagaan Kiara Bahau
Bahau, 72100
A Personal Relationship With Medical Excellence
NO. 22 TINGKAT BAWAH , Jalan UTAMA PUSAT PERNIAGAAN MAHOGANI
Bahau, 72100
Kami sentiasa komited dan bersedia menawarkan pelbagai rawatan kesihatan yang menyeluruh untuk anda.
GS17 , Gerai Jempol , Pusat Penjaja Bahau
Bahau, 72100
马口泰和堂药行 成立于1982年 主要中药药材,蔘茸海味,各种各样的奶粉