EFinC KUIS

EFinC KUIS

Official Page Economics with Finance Club KUIS

03/12/2021

🕌[EFINC KONGSI ILMU: EDISI JUMAAT]🕌

Assalamualaikum wrt wbt

✨Pada hari jumaat yang mulia ini, Economics with Finance Club (EFinC) ingin berkongsi tentang Kelebihan menuntut ilmu

✅Jom kita lihat apakah kelebihan menuntut ilmu ini ?

📖Allah SWT akan mengangkat orang-orang yang berilmu dengan beberapa darjat berdasarkan firman-Nya:
يَرْفَعِ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ

Maksudnya: “Supaya Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan Agama (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjat”. [al-Mujadalah:11]

✅ Allah SWT akan memudahkan jalan ke syurga
Menuntut ilmu merupakan kewajipan dan tuntutan terhadap setiap insan. Ini kerana, ilmu merupakan kayu ukur dalam kehidupan kita dalam menentukan samada perkara tersebut baik atau tidak. Selain itu, Allah SWT juga akan mengangkat orang-orang yang berilmu dengan beberapa darjat.

✅ Mendapat perlindungan daripada para malaikat
Malaikat meletakkan sayapnya untuk para penuntu ilmu. Para malaikat menghormati pada orang yang menuntut ilmu dan mereka mencintai para penuntut ilmu, mereka meletakkan sayap-sayap mereka untuk menghormati para penuntut ilmu Allah SWT.

✅ Mendapat sakinah dan rahmat daripada Allah SWT
Sabda Nabi SAW “Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Qur’an) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat” adalah dikatakan yang dimaksudkan dengan sakinah di sini adalah rahmat. Ini yang dipilih oleh al-Qadhi ‘Iyadh tetapi ia adalah dhaif disebabkan rahmat telah di’athafkan dengan sakinah. Dikatakan juga ia (yang dimaksudkan dengan sakinah) adalah thoma’ninah dan kemuliaan.

📝Terima kasih dan tahniah kerana anda berjaya menghabiskan bacaan.✨

✨ ONE TEAM. ONE SPIRIT. ONE SUCCESS ✨





EXCO AKADEMIK DAN TARBIYYAH
ECONOMICS WITH FINANCE CLUB (EFinC)
SESI 2021/2022

16/09/2021

*[THURSDAY SHARING WITH EXCO SUKAN⚽️]*

“TIPS DIET YANG BETUL DAN BERKESAN”

Cara diet yang betul adalah melalui pemakanan yang lengkap dan seimbang. Melalui tips diet sihat ianya boleh membantu melindungi diri kita daripada segala bentuk penyakit kekurangan zat makanan dan penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, sakit jantung, strok dan barah. Berikut adalah 4 tips diet yang betul dan berkesan.

*1. Makan Banyak Sayur-sayuran dan Buah-buahan🥕🍍*
Pengambilan buah dan sayur dapat diperbaiki dengan:
- Memakan buah dan sayur yang segar
- Elakkan memasak sayur dan buah secara berlebihan kerana ini boleh menyebabkan kehilangan nutrien penting.
- Jangan hadkan kepada 2 – 3 jenis sahaja, makan pelbagai jenis buah dan sayur-sayuran mengikut musim.

*2. Kurangkan Pengambilan Gula🍬*
Pengambilam gula dapat dikurangkan dengan:
- Amalkan untuk minum air kosong atau air rendah kalori pada setiap waktu makan.
- Menghentikan atau mengehadkan pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi jumlah gula yang tinggi, seperti makanan ringan, gula-gula dan minuman manis.

*3. Mengawal Pengambilan Lemak dan Minyak🛢️*
Pengambilan lemak, terutamanya lemak tepu dan pengambilan lemak trans yang terhasil secara industri, dapat dikurangkan dengan cara berikut:
- Kukus atau rebus makanan dan bukannya menggoreng makanan anda.
- Menggantikan mentega dan ghee dengan minyak yang kaya dengan lemak sihat seperti minyak kacang soya, minyak canola, minyak jagung dan minyak bunga saff ataupun minyak bunga matahari.

*4. Kurangkan Pengambilan Garam*
Berikut adalah beberapa langkah mudah untuk mengurangkan pengambilan garam dalam diet seharian:
- Memilih produk dengan kandungan sodium yang lebih rendah.
- Mengehadkan jumlah garam dan penambah perisa bersodium tinggi seperti kicap, sos ikan dan stok ayam/daging semasa proses penyediakan makanan.






*EXCO SUKAN & KHIDMAT KOMUNITI*
*ECONOMICS WITH FINANCE CLUB*
*EFinC*
*SESI 2021/2022*

16/09/2021

SELAMAT HARI MALAYSIA

Tarikh : 16 September 2021

Assalamualaikum Wrt. Wbt.

Kami dari Barisan Pimpinan Economics with Finance Club (EFinC) 21/22 ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia yang ke-58 buat seluruh rakyat Malaysia.

“Kita semua rakyat Malaysia. Ini adalah satu ikatan yang sentiasa menyatukan kita. Hendaklah kita sentiasa ingat bahawa perpaduan adalah asas kekuatan kita sebagai rakyat dan sebagai satu negara” – Tunku Abdul Rahman – Perdana Menteri Malaysia Pertama

🇲🇾 Semoga kita dapat mengukuhkan lagi perpaduan kita dengan keunikan pelbagai kaum dan bangsa yang ada di negara Malaysia.

✨ ONE TEAM, ONE SPIRIT, ONE SUCCESS ✨



ECONOMICS WITH FINANCE CLUB (EFinC)
SESI 2021/2022

Photos from EFinC KUIS's post 19/08/2020

[PERTANDINGAN LENSA MERDEKA RAYA PEMAJE]
Assalamualaikum wbt.
Kami dari Exco Multimedia dan Pemasaran PEMAJE mengadakan pertandingan semperna bulan kemerdekaan ini.
Mari sertai pertandingan kami dan asah bakat terpendam anda dalam bergambar😍.
Bagi peserta yang bertuah akan memenangi hadiah berbentuk wang tunai sebanyak RM 150 bagi pemenang pertama🎉
Anda boleh hubungi kami:
*PENDAFTARAN*
Zul: www.wasap.my/60126413058
*PENGHANTARAN GAMBAR*
Mai: www.wasap.my/601121033091
*PERTANYAAN*
Falina: www.wasap.my/60183648826
Exco Multimedia dan Pemasaran
PERSATUAN MAHASISWA JABATAN EKONOMI 2020/2021

31/07/2020

*[Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha Dari Pemaje]*
Kedatangan Aidiladha setiap tahun sentiasa mengingatkan kita tentang sejarah Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s.
Allah s.w.t menjadikan sejarah ini berlaku sebagai pedoman dan petunjuk bagi umat islam untuk mengorbankan harta dan jiwa demi keimanan kepada Allah s.w.t.
Dengan ini, kami dari Pemaje ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha dan berhati-hati di jalan raya.
"Aspirasi,komited,uniti"
PERSATUAN MAHASISWA JABATAN EKONOMI 20/21

31/07/2020

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
وَأَذِّنْ فِى النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلٰى كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ

"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh."
(QS. Al-Hajj 22: Ayat 27)
Exco Dakwah dan Tarbiah
PERSATUAN MAHASISWA JABATAN EKONOMI 20/21

29/07/2020

*[ Doa Memohon Rahmat Allah]*
* Tafsir Quran Surah Ali 'Imran Ayat 8*
Orang-orang yang berilmu tinggi itu berdoa, “Ya Rabb kami, janganlah Engkau belokkan hati kami dari kebenaran setelah Engkau tunjukkan kami kepada kebenaran. Selamatkanlah kami dari azab yang menimpa orang-orang yang menyimpang dari kebenaran. Dan berilah kami rahmat yang luas dari sisi-Mu untuk membimbing hati kami ke jalan yang benar dan memeliharanya dari kesesatan. Sesungguhnya Engkau -wahai Rabb kami- adalah Żat Yang Maha Memberi.
"Aspirasi, komited, uniti"
Exco Dakwah & Tarbiyah
PERSATUAN MAHASISWA JABATAN EKONOMI 20/21

29/07/2020

[Tazkirah quotes of the day]
"Berkawanlah dengan orang-orang yang dapat membuatkan dirimu mulia pada hari kiamat nanti"
-Habib Umar Al- Hafidz-
Aspirasi Komited Uniti
Exco Dakwah dan Tarbiah
PERSATUAN MAHASISWA JABATAN EKONOMI 20/21

23/07/2020

📿 *QURAN HOUR LIVE* 📿

Assalamualaikum wrt wbt 😊

Dengan s**acita kami menjemput semua untuk memeriahkan majlis *PMFPM QURAN HOUR LIVE* dengan kerjasama 8 persatuan dibawah Fakulti Pengurusan & Muamalah yang akan dijalankan pada :

🌸 TARIKH : *24/7/2020*
🌹HARI : *JUMAAT*
⏰ MASA : *7.00-7.40 AM*
💻 live IG : * & .kuis*

📖Surah pilihan *Surah Al- Hasyr (1-24)*
by : *Exco Dakwah dan tarbiyah PEMAJE*

Dari Abu Bakar r.a, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda:

*“Jadilah kamu seorang yang alim, atau orang yang belajar agama, atau orang yang gemar mendengar pengajian agama dengan teliti, atau menjadi orang yang mencintai ilmu dan ahli ilmu. Dan janganlah kamu menjadi orang yang kelima, yang mana kamu akan binasa. Kelima ialah kamu yang membenci ilmu dan ahli ilmu"*

*AYUH HADIR KAN DIRI DAN ISI MASA ANDA DENGAN AL-QURAN*

*_Exco Dakwah & Tarbiyah_*
*_PEMAJE_*

17/07/2020

*[TOKOH EKONOMI ISLAM]*
📕Lahir di Arab Saudi dan merupakan penasihat merangkap penyelidik Islamic Research and Training Institute (IRTI) di Isl? amic Development Bank, Jeddah.
📙Penasihat Kanan Ekonomi, Saudi Arabian Monetary Agency (SAMA) selama 35 tahun.
📘Beliau juga pakar dalam bidang agama, ekonomi Islam dan perbankan Islam.
📗Beliau mencetuskan banyak idea baru dalam ekonomi Islam melalui penulisannya seperti Objectives of Islamic Economic Order, The Islamic Welfare State and Its Role in the Economy, Towards a Just Monetary System, Contribution to Islamic Economy Theory: A Study in Social Economics, Islam and the Economic Challenge, Islam and Economic Development dan sebagainya.
"Aspirasi, Komited, Uniti"

Exco Dakwah dan Tarbiah
PERSATUAN MAHASISWA JABATAN EKONOMI 20/21

16/07/2020

*Masih mencari tempat menyambung pengajian??* Jangan bimbang, jom dengar dulu taklimat kami🤗

*TAKLIMAT JOM DAFTAR BEF -*
*BACHELOR OF ECONOMICS & FINANCE (HONOUR)*

Bagaimana??🤔
Dengan menyertai taklimat kami seperti berikut:

Hari: Jumaat 17.7.2020
Masa: 3pm-4pm
Medium: Aplikasi zoom
Link pendaftaran: https://forms.gle/DB275pGDT3StJwQeA

🎯 *Yang Menarik*
1. Fasiliti KUIS
2. Penerangan prospek kerjaya BEF
3. Latar belakang program BEF
4. Apa kata alumni BEF

Jom tunggu apa lagi. Daftar segera 🤗

16/07/2020

KETIKA AKU JATUH CINTA IGTV BERSAMA .ur__ ]
Ketika cinta datang menerpa, jangan terlalu gembira.
Ajar diri, tekan butang 'PAUSE'.
Kemudian terus kembali kepada pemilik cinta, sujud 2 rakaat (istikarah) Minta Allah tuntun hati.
Perhatikanlah si pemberi cinta. Bagaimana dia menjemputmu ke hatinya.
Adakah dgn jalan nafsu? Atau jalan syariat?
Adakah dia menawarkan cinta yang tiada hala tuju? Cinta yang tiada penghujung, atau cinta yang sedang dalam proses menuju pernikahan.
Ramai orang boleh berjanji utk 'menghalalkan', tapi berapa ramai yg berusaha keras ke arah itu? Sampai bila kmu harus terus hidup dengan janji, tanpa disulami dengan perbuatan yg kamu nanti² (halal)
TEKAN BUTANG PAUSE.
Biar kita dijemput ke hatinya, ke dalam hidupnya dengan cara terhormat.
Biar dia meluahkan perasaanny pada kita dengan 'lamaran' bukan dengan janji² manis.
Ingat wanita, jika lelaki tidak memuliakan kamu. Kamu perlu tegas utk memuliakan dirimu sendiri.
DONT FALL IN LOVE WHEN YOURE LONELY, FALL IN LOVE WHEN YOURE READY.
"Aku telah lalui terlalu banyak kepahitan dalan hidup ini apabila bergantung harap pada manusia. Sebab itu, aku tdk mahu kamu juga melaluinya."
Jaga diri, jaga aurat, jaga hati, jaga pandangan. Jadi mahal utk dirimu sendiri.
"Aspirasi, Komited, Uniti"
Exco Dakwah dan Tarbiah
PERSATUAN MAHASISWA JABATAN EKONOMI 20/21

13/07/2020

[Tazkirah of the day]
“Hijrah adalah kerana ALLAH dan RASUL-NYA. Bukan hanya pakaian sahaja. Jika masih mengumpat, masih berkata buruk, mencari salah orang lain. Itu bukan hijrah. Itu hanyalah menukarkan pakaian sahaja, bersalin kulit ibarat seperti ular.”
[Ibn Al-Muari]
"Aspirasi, Komited, Uniti"

Exco Dakwah dan Tarbiah
Persatuan Mahasiswa Jabatan Ekonomi 20/21

08/07/2020

*[Doa Memohon Kekuatan Untuk Beribadah Lengkap]*
sudah menjadi kewajiban kita sebagai umat islam yang beriman dan bertaqwa untuk selalu beribadah kepada Allah SWT, sebagai bentuk rasa bakti kita kepadanya. Sebagai umat islam tentunya kita memiliki banyak kesempatan yang boleh dilakukan untuk beribadah kepada Allah SWT. Seperti ibadah yang dapat kita lakukan dalam kehidupan sehari-hari iaitu solat Wajib, solat Sunat, Membaca Al-Qur'an, Puasa, Berzikir, dan Ibadah-Ibadah yang lain.

"Aspirasi, komited, uniti"

Exco Dakwah dan Tarbiah
PERSATUAN MAHASISWA JABATAN EKONOMI 20/21

06/07/2020

[VIDEO KORPORAT BARISAN PIMPINAN PERSATUAN MAHASISWA JABATAN EKONOMI 20/21]
Assalamualaikum wbt.
Memperkenalkan barisan pimpinan Persatuan Mahasiswa Jabatan Ekonomi bagi sesi 2020/2021 yang akan dikendalikan oleh Sir Ahmad Fatin bin Mohamed Suhaimi.
Barisan pimpinan pemaje ini terdiri dari pada 21 orang iaitu 6 orang daripada Majlis Tertinggi dan 15 orang daripada Exco
"Aspirasi, Komited, Uniti"
PERSATUAN MAHASISWA JABATAN EKONOMI 20/21

05/07/2020

[SELAMAT DATANG MAHASISWA BAHARU SESI 1 2020/2021]
Assalamualaikum wbt.
Kami dari barisan pimpinan Persatuan Mahasiswa Jabatan Ekonomi (PEMAJE) selamat datang ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
"Tuntutlah ilmu. Di saat kamu miskin, ia akan menjadi hartamu. Di saat kamu kaya, ia akan menjadi perhiasanmu“
-Luqman Al-Hakim-
"Aspirasi, Komited, Uniti"
Di sini lahirnya Dai, Ulama' dan Umara'

PERSATUAN MAHASISWA JABATAN EKONOMI

05/07/2020

*5 tips pengurusan kewangan bagi pelajar*

*1. Rancang belanjawan*
🔸utamakan pembayaran yuran, buku, makanan dan perkara yang berkaitan dengan keperluan. Jangan gunakan wang untuk keseronokan melainkan terdapat lebihan wang.

*2. Sediakan tabung untuk hal kecemasan*
🔸Menyediakan wang untuk hal-hal kecemasan yang tidak dijangka. Ia bagi memudahkan urusan anda supaya tidak terlalu meminjam.

*3. Elakkan dari berhutang*
🔸Berhutang bermakna anda akan berbelanja melebihi kemampuan anda. Ia akan menjadi beban apabila anda tidak dapat membayarnya.

*4. Dahulukan keperluan akademik*
🔸Selesaikan semua urusan akademik pada minggu pertama semester.

*5. Elakkan mengikut budaya kawan yang s**a berbelanja*
🔸Jika tiada duit, jangan ikut kawan yang s**a berbelanja atau boros.

EXCO SUKAN & KHIDMAT KOMUNITI
PERSATUAN MAHASISWA JABATAN EKONOMI 20/21

03/07/2020

*TOKOH EKONOMI ISLAM*

✒️Imam Al Ghazali atau nama sebenarnya Abu Hamid Ibn Muhammad lahir di Khorman, Iran. Beliau pernah menjadi Profesor di Universiti Nizamiyah, Baghdad dan mempunyai kepakaran dalam bidang agama, falsafah dan sufi.

Antara sumbangannya adalah :

📁Melalui kitab al-Mustasfa, Mizan al-Amal dan al-Tibr al-Masbuk Fi-Nasihat al-Muluk menghuraikan wang dan fungsi wang sebagai alat pertukaran dan penentu nilai serta kesan riba al-fadl dan sorok harta terhadap ekonomi, kerajaan patut memungut cukai tambahan ketika perlu sahaja bagi memastikan rakyat tidak dibebani sesuatu yang mereka tidak mampu.

📁Mengenai teori harga, menurut al-Ghazali para petani terpaksa menjual hasil pertanian dengan harga rendah jika mereka tidak mendapat harga yang memuaskan menunjukkan pengetahuan beliau mengenai kuasa pasaran.

📁Kerajaan boleh menggunakan harta Bait al-Mal bagi menampung kekurangan ataupun membuat pinjaman.

EXCO DAKWAH DAN TARBIAH
PERSATUAN MAHASISWA JABATAN EKONOMI 20/21

Photos from EFinC KUIS's post 02/07/2020

BARISAN PIMPINAN PEMAJE 20/21]
Assalamualaikum wbt.

Memperkenalkan barisan pimpinan PEMAJE 20/21 yang akan dikendalikan oleh Sir Ahmad Fatin bin Mohamed Suhaimi.
Barisan pimpinan PEMAJR 20/21 ini terdiri daripada 21 orang iaitu 6 orang daripada Majlis Tertinggi dan 15 orang daripada Exco.
PERSATUAN MAHASISWA JABATAN EKONOMI 20/21

29/06/2020

[7 Zulkaedah 1441 bersamaan 29 Jun 2020]
Allah bersifat al-Basir. Sebagai seorang hamba, apabila disebut bahawa Allah itu “basir”, maka kita patut berasa takut untuk melakukan dosa.
Hal ini kerana Allah memerhati dan melihat segala perbuatan kita.
Dalam riwayat hadis disebutkan bahawa Allah melihat semut hitam diatas batu hitam pada malam yang gelap- gelita.
Justeru kita sewajarnya takut sama ada ketika bersama orang lain atau seorang diri.
Kita mungkin boleh menyembunyikan maksiat daripada pandangan mata manusia. Secara senyap-senyap kita melihat perkara yang haram. Manusia lain tidak melihat. Namun Allah melihat kerana Allah bersifat “al-Basir”.
–Dr. Mohammad Nidzam Abdul Kadir

Exco Dakwah dan Tarbiah
PERSATUAN MAHASISWA JABATAN EKONOMI 20/21

26/06/2020

TOKOH EKONOMI ISLAM
🔎Abdul Rahman Abu Zaid Waliddin Bin Khaldun al-Maliki al-Khadrami lahir di Tunisia. pernah berkhidmat kepada kerajaan Sepanyol Islam di Seville sebagai setiausaha kerajaan dan juga sebagai hakim. Tulisan beliau seperti Muqaddimah, al-Ibar dan Ta’rif Ibn Khaldun.
📌beliau turut membicarakan konsep asas ekonomi seperti pembentukan modal, kadar gaji atau upah boleh mempengaruhi ekonomi, sistem harga ditentukan oleh teori permintaan-penawaran, melaksanakan hubungan perdagangan antarabangsa adalah lebih maju, dan sebagainya.
📌Ibn Khaldun boleh dianggap sebagai pelopor kepada ahli fikir perdagangan kerana pandangannya tentang kepentingan emas dan perak.
📌Mengenai tenaga manusia, beliau menekankan faktor buruh dalam teori nilainya dan kepentingan modal intelektual.

Exco Dakwah dan Tarbiah
PERSATUAN MAHASISWA JABATAN EKONOMI 20/21

15/06/2020

23 syawal 1441 bersamaan 15 jun 2020.

Teaching is not a lost art, but the regard for it is a lost tradition. ~*Jacques Barzun*

Mengajar itu bukanlah seni yang hilang, tapi kehormatannya itu tradisi yang hilang.




Exco Dakwah dan Tarbiah
PERSATUAN MAHASISWA JABATAN EKONOMI 20/21

Want your university to be the top-listed University in Bangi?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Bangi
43000

Other Colleges & Universities in Bangi (show all)
Mercator Science & Education - MSE Mercator Science & Education - MSE
Level 3, New Administrative Building, Faculty Of Engineering & Built Environment (FKAB), Universiti Kebangsaan
Bangi, 43600

Your Bridge to Germany! We consult & assist you in studying in Germany.

Persada UKM Persada UKM
Bangi, 43600

Permuafakatan Siswa Siswi Felda UKM #GenerasiFeldaPemacuEkonomiWatan

Kelab Alumni Geologi UKM Kelab Alumni Geologi UKM
Bangi

Alumni Geologi UKM

UKM Mechy UKM Mechy
Bandar Baru Bangi
Bangi, 43600

UKM Mechy adalah laman rasmi bagi Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (JKMP), UKM.

studyukm studyukm
Level 3, Bangunan Wawasan, Universiti Kebangsaan
Bangi, 43600

"studyukm" is an official page created under the supervision of Pusat Kembangan Pendidikan (PKP, UKM

Pusat Kajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu - Bitara Melayu Pusat Kajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu - Bitara Melayu
Pusat Kajian Bahasa, Kesusasteraan Dan Kebudayaan Melayu (BITARA MELAYU), Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia Darul Ehsan
Bangi, 43600

Kami merupakan pusat pengajian yang mengintegrasikan tiga bidang Pengajian Melayu yang utama, iaitu kajian bahasa Melayu, kesusasteraan Melayu dan kebudayaan Melayu.

UKM Confession UKM Confession
Universiti Kebangsaan
Bangi

欢迎来到 UKM Confession page! 这是一个提供给所有国大学生匿名发布言论的平?

Sambung Medic Luar Negara Sambung Medic Luar Negara
Bangi, 43600

Permohonan sambung medic universiti Indonesia/Russia/Mesir/Bangladesh dibuka untuk sesi 2021/22 Le

Kelab Geologi UKM KGUKM Kelab Geologi UKM KGUKM
Bangunan Geologi, Fakulti Sains Dan Teknologi, Universiti Kebangsaan
Bangi, 43600

Kelab Geologi Universiti Kebangsaan Malaysia (KGUKM) merupakan sebuah kelab yang terlibat dalam perh

Jabatan Fizik Gunaan UKM Jabatan Fizik Gunaan UKM
Jabatan Fizik Gunaan, Fakulti Sains Dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Bangi, 43600

JFG

Professional Mutawwif Development International College - PMDIC Professional Mutawwif Development International College - PMDIC
Kompleks Pentadbiran Kolej Keris Emas, UKM
Bangi, 436000

Professional Mutawwif Development International College (PMDIC) adalah pusat bertauliah yang menjalankan program DIPLOMA KEMAHIRAN PENGURUSAN MUTAWWIF UMRAH & ZIARAH dengan kerjasa...