Mutarjim al-Imam
Nearby schools & colleges
Jalan Medan Pusat Bandar, Stiawan
Jalan Medan Pusat Bandar 1 Seksyen
No 20-1-1 Jalan Medan Pb 4A Seksyen
You may also like
Sertai kami dalam meresapi hikmah dan inspirasi yang diambil dari pemikiran Mawlana al-Imam Dr. Ali Jum'ah. Selamat menjelajah!
“Wahai saudara-saudara Muslim, di mana pun anda berada dan di mana pun anda tinggal, hidupkan Nabimu dengan mengadakan majlis-majlis selawat ke atas Baginda SAW dalam kuantiti yang banyak. Jadikan itu sebagai amalan yang berterusan di pelbagai peringkat sama ada di kediaman, di lapangan, di masjid, dalam forum, menerusi pelbagai wadah komunikasi dan internet, sehingga Allah SWT dapat menzahirkan agama-Nya, memberikan kemenangan kepada umat kekasih-Nya serta mematahkan duri-duri kekerasan oleh pihak zalim”.
Mawlana al-Imam Dr. Ali Jum’ah,
Mursyid Tariqah al-Syadzuliyyah al-Siddiqiyyah al-Aliyyah (Mesir)
Intisari dari ucapan Mawlana al-Imam Dr. Ali Jum’ah sewaktu perbahasan di Dewan Negara, Republik Arab Mesir.
Munajat Mawlana al-Imam berkenaan al-Quds:
اللهم رُدَّ عَلَيْنَا القُدْسَ رَدًّا جَمِيْلًا مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنَّا وَلَا قُوَّةٍ فَاللهُمَّ لَا قُوَّةَ إٍلَّا بِكَ وَمَا النَّصْرُ إِلَّا مِنْ عِنْدِكَ فَانْصُرْنَا على قَوْمِ الظَّالِمِيْنَ٬ اللهم آمين٬ اللهم آمين٬ اللهم آمين.
يا رب٬ هَذَا دُعَاؤُنَا إِلَيْكَ فَأَكْرٍمْنَا بٍبَرَكَةِ الحَبٍيْبِ المُصْطَفَى وَالشَّفِيْعِ المُجْتَبَى أَنْ تَسْتَجِيْبَ لَنَا كَرَامَةً لِلنَّبِي صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.
Isu Palestin adalah isu ummah. Jadi, sama-sama kita menadah tangan berdoa buat mereka.
Penterjemah : Ustaz Da’ie Danial al-Azhari
Suntingan : Ustaz Ahmad Faiz Fateh al-Azhari
Alhamdulillah, dua hari lepas bertarikh 19 Ogos 2023, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan Modul Penghayatan Hadith 40 Imam Nawawi. Modul tersebut bakal dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), sebelum ia diedarkan ke sekolah-sekolah di KPM pada tahun hadapan.
Mengimbau pada kronologi idea modul ini, ia bermula dari saranan Mawlana al-Imam Dr. Ali Jum’ah buat YAB Perdana Menteri sewaktu Muzakarah Ulama-Umara yang berlangsung pada penghujung Mei yang lalu di Shah Alam.
Alhamdulillah.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kpm-lancar-modul-penghayatan-hadis-40-imam-nawawi-433626
Alhamdulillah, semalam bertarikh 19 Ogos 2023, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan Modul Penghayatan Hadith 40 Imam Nawawi. Modul tersebut bakal dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), sebelum ia diedarkan ke sekolah-sekolah di KPM pada tahun hadapan.
Mengimbau pada kronologi idea modul ini, ia bermula dari saranan Mawlana al-Imam Dr. Ali Jum’ah buat YAB Perdana Menteri sewaktu Muzakarah Ulama-Umara yang berlangsung pada penghujung Mei yang lalu di Shah Alam.
Alhamdulillah.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kpm-lancar-modul-penghayatan-hadis-40-imam-nawawi-433626
Dalam Muzakarah Ulama-Umara pada tengahari ini, Mawlana al-Imam Dr. Ali Jum’ah menegaskan mengenai kepentingan kitab al-Arba’in yang disusun oleh Imam al-Nawawi.
Usul dan ketegasan ini disambut baik oleh YAB PM, lalu dengan serta-merta beliau mencadangkan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) supaya menyediakan silibus kitab al-Arba’in al-Nawawiyyah untuk diajarkan di sekolah-sekolah di Malaysia.
Alhamdulillah.
Ilmu Usul Fiqh merupakan suatu bentuk program aqli yang diinspirasikan oleh Imam al-Syafie (204H), kemudian dikembangkan oleh para rijal akabir dalam medan ini seperti Abu Bakar al-Jassas (370H), Imam al-Baqillani (403H), Abu Zaid al-Dabbusi (430H), Imam al-Juwaini (478H), Hujjat al-Islam al-Ghazali (505H), Imam al-Razi (wafat 606H), Sayfuddin al-Amidi (631H) serta selain daripada mereka.
Jika diteliti lipatan sejarah umat Islam, umat ini telah dihidangkan dengan pelbagai variasi penulisan ilmu Usul Fiqh. Para sarjana hukum Islam berkongsi pada daerah matlamat yang sama iaitu Usul Fiqh berperanan untuk menerapkan metode dan kaedah terhadap dalil-dalil syara’ yang bersifat tafsili agar membawa kepada praktikaliti hukum-hukum syara’. Antara variasi penulisan ulama’ dalam Usul Fiqh:
- Tariqah al-mutakallimin
- Tariqah al-fuqaha’
- Tariqah al-jam’u bayna tariqatayn
- Tariqah al-maqasidiyyah
- Tariqah takhrij al-furu’ ala al-usul
Ilmu Usul Fiqh adalah pintu bagi ijtihad. Pertama, pintu ijtihad bagi sesuatu peristiwa hukum yang memerlukan jalan solusinya, sedangkan permasalahan tersebut tidak ditemui dalam mana-mana karya klasik para ulama’, maka diaplikasikan metode dan kaedah para usuli tadi bagi memperoleh solusi hukum. Kedua, pintu ijtihad buat sarjana hukum semasa agar berupaya menggubal hukum fiqh yang sedia ada terhadap sesuatu permasalahan. Namun, impak yang terhasil dari perkembangan dan perubahan sosial manusia, hukum yang tersedia ada tadi perlu diteliti semula agar hukum semasa lebih bersifat kekinian dan tidak rigid.
Ilmu Usul Fiqh merupakan suatu bentuk program aqli yang diinspirasikan oleh Imam al-Syafie (204H), kemudian dikembangkan oleh para rijal akabir dalam medan ini seperti Abu Bakar al-Jassas (370H), Imam al-Baqillani (403H), Abu Zaid al-Dabbusi (430H), Imam al-Juwaini (478H), Hujjat al-Islam al-Ghazali (505H), Imam al-Razi (wafat 606H), Sayfuddin al-Amidi (631H) serta selain daripada mereka.
Jika diteliti lipatan sejarah umat Islam, umat ini telah dihidangkan dengan pelbagai variasi penulisan ilmu Usul Fiqh. Para sarjana hukum Islam berkongsi pada daerah matlamat yang sama iaitu Usul Fiqh berperanan untuk menerapkan metode dan kaedah terhadap dalil-dalil syara’ yang bersifat tafsili agar membawa kepada praktikaliti hukum-hukum syara’. Antara variasi penulisan ulama’ dalam Usul Fiqh:
- Tariqah al-mutakallimin
- Tariqah al-fuqaha’
- Tariqah al-jam’u bayna tariqatayn
- Tariqah al-maqasidiyyah
- Tariqah takhrij al-furu’ ala al-usul
Ilmu Usul Fiqh adalah pintu bagi ijtihad. Pertama, pintu ijtihad bagi sesuatu peristiwa hukum yang memerlukan jalan solusinya, sedangkan permasalahan tersebut tidak ditemui dalam mana-mana karya klasik para ulama’, maka diaplikasikan metode dan kaedah para usuli tadi bagi memperoleh solusi hukum. Kedua, pintu ijtihad buat sarjana hukum semasa agar berupaya menggubal hukum fiqh yang sedia ada terhadap sesuatu permasalahan. Namun, impak yang terhasil dari perkembangan dan perubahan sosial manusia, hukum yang tersedia ada tadi perlu diteliti semula agar hukum semasa lebih bersifat kekinian dan tidak rigid.
Menurut Mawlana Shaykh Ali Jum’ah, keperluan ijtihad hukum adalah berasaskan kepada dua sudut:
1. Terdapat dalil-dalil bersifat zhanni. Kategori dalil inilah yang membuka ruang buat para ulama’ kita untuk berselisih pandangan dalam sesuatu permasalahan.
2. Dalil-dalil yang terbatas dalam menanggapi segala isu atau permasalahan yang tiada sempadan.
Peranan ilmu Usul Fiqh tidak terhenti di situ, sebaliknya ia terus dilebarkan menjadi komponen taqnin dalam membentuk undang-undang dalam negara. Ini sebagaimana yang dilakukan oleh beberapa tokoh dalam wacana hukum Islam seperti Syeikh Mustafa Muhammad Khaffaji, Syeikh Muhammad al-Khudhari, Ahmad Bik Husayn, Ahmad Bik Ibrahim, Abdul Wahhab Khalaf, Muhammad Abu Zahrah, Abdul Karim Zaydan & Husayn Ali al-A’zhami; kedua-duanya merupakan tokoh usuli dan perundangan di Iraq.
Ilmu Usul Fiqh klasik tidak hanya menjadi wacana hukum terpenting dalam kalangan umat Islam sepanjang zaman, malah metodologi ilmu ini turut dimanfaatkan oleh ahli falsafah dunia Barat iaitu Roger Bacon dari Britain. Bacon dalam usaha membentuk gagasan ilmunya, telah menjadikan intipati dari Usul Fiqh sebagai komponen untuk membaca dan menafsirkan kandungan kitab Bible.
Walaupun begitu, Roger Bacon sama ada sengaja atau tidak, beliau telah menyembunyikan sumber asal bagi metodologi ilmu tersebut. Namun, apabila direnung dan dikaji, sumber metodologi yang beliau praktikkan dalam membaca dan menafsirkan kandungan kitab Bible adalah manifestasi dari ilmu Usul Fiqh yang dibangunkan oleh cendekiawan Islam. Hal ini boleh diperhatikan dari definisi bagi ilmu Usul Fiqh yang dijadikan sebagai metode dalam menafsirkan Bible:
1. Sumber-sumber kajian
2. Mekanisme kajian
3. Kompetensi pengkaji
Demikianlah antara kisah bagi sebuah disiplin ilmu yang sentral dalam perbendaharaan hukum Islam iaitu ilmu Usul Fiqh; “the queen of Islamic sciences”.
Ini antara intipati dari kitab al-Tariq ila al-Turath al-Islami dan Aliyat al-Ijtihad karangan Mawlana al-Imam Dr. Ali Jum’ah
PAUTAN DAN CATATAN SIRI-SIRI PENGAJIAN
MAWLANA AL-IMAM AL-ALLAMAH NURUDDIN ALI JUM’AH DI MALAYSIA
1. DAURAH KITAB AL-TARIQ ILA ALLAH
Khamis, 18 Mei 2023
Pustaka Raja Tun Uda Shah Alam, Selangor
Pautan:
https://fb.watch/kFOVPMnNQE/?mibextid=cr9u03
Pautan Alternatif:
https://www.youtube.com/live/JsbVRrzELY0?feature=share
Mawlana al-Imam sudi mengijzahkan sanad periwayatan:
i- Sanad Musalsal bi al-Awwaliyyah
ii- Sanad Selawat al-Tafrijiyyah al-Taziyyah
2. RADIO IKIM - KEPENTINGAN ILMU
Khamis, 18 Mei 2023
Pustaka Raja Tun Uda Shah Alam, Selangor
Pautan:
https://fb.watch/kNR2ULvYnS/
3. JABATAN M***I NEGERI SELANGOR - HALAQAH ILMIAH
Khamis, 18 Mei 2023
Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam
Pautan:
https://www.youtube.com/watch?v=vvCFlJ-LMpM&t=1465s
4. DAURAH KITAB AL-KHARIDAH AL-BAHIYYAH
Khamis, 18 Mei 2023
Pustaka Raja Tun Uda Shah Alam, Selangor
Pautan:
https://fb.watch/kFOYurD1aj/?mibextid=HcxBcx
Pautan Alternatif:
https://www.youtube.com/watch?v=oqkpCtv8vcI
Mawlana al-Imam sudi mengijzahkan sanad kitab al-Kharidah al-Bahiyyah dengan sanad tertinggi menerusi enam orang ulama sehingga ke pengarang kitab Imam Ahmad al-Dardir al-Azhari al-Maliki.
5. KULIAH JUMAAT
Jumaat, 19 Mei 2023
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
Pautan:
https://fb.watch/kFPcnXJ1yS/?mibextid=HcxBcx
6. SESI 1 - DAURAH AFKAR IHYA’ ULUMUDDIN
Sabtu, 20 Mei 2023
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
https://fb.watch/kFP2poQBue/?mibextid=HcxBcx
Pautan Alternatif:
https://www.youtube.com/watch?v=ftUM-grVgeM
7. SESI 2 - DAURAH AFKAR IHYA’ ULUMUDDIN
Sabtu, 20 Mei 2023
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
Pautan:
https://fb.watch/kFP4qSACMs/?mibextid=HcxBcx
Pautan Alternatif:
https://www.youtube.com/watch?v=J_4DBxl-0Hw&t=843s
8. SESI 3 - DAURAH AFKAR IHYA’ ULUMUDDIN
Ahad, 21 Mei 2023
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
Pautan:
https://fb.watch/kFP6FtwDKr/?mibextid=HcxBcx
Pautan Alternatif:
https://www.youtube.com/watch?v=IQJflwKttH0
Mawlana al-Imam sudi mengijzahkan sanad periwayatan:
i- Kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali
ii- Karya-karya Imam al-Ghazali dalam Aqidah, Fiqh dan Tasawwuf
9. JAMUAN MAHABBAH ULAMA-UMARA
Ahad, 21 Mei 2023
Hotel Concorde, Shah Alam
Pautan:
https://fb.watch/kFP8Itq4aY/?mibextid=HcxBcx
Pautan Alternatif:
https://www.youtube.com/watch?v=T0PVrDF9w54&t=791s
10. TALK ON ZAKAT AND WAQF: THE EGYPTIAN EXPERIENCE
Isnin, 22 Mei 2023
INCEIF, Kuala Lumpur
Pautan:
https://fb.watch/kHj4zwufR_/?mibextid=HcxBcx
11. MAJLIS ZIKIR DARUL EHSAN
Isnin, 22 Mei 2023
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
Pautan:
https://fb.watch/kHjkVqQycE/?mibextid=HcxBcx
Pautan Alternatif:
https://www.youtube.com/live/t__fW1sBChs?feature=share
Mawlana al-Imam sudi mengijzahkan sanad periwayatan:
i- Al-Hadrah al-Siddiqiyyah al-Syadzuliyyah
ii- Al-Awrad wa al-Azkar li al-Tariqah al-Siddiqiyyah al-Syadzuliyyah
12. SYARAHAN PENGAJIAN ISLAM UM: ILMU USUL FIQH DAN SIGNIFIKANNYA DALAM ILMU-ILMU Islam Kontemporari
Selasa, 23 Mei 2023
Pautan:
https://fb.watch/kHR-TbxRSL/?mibextid=HcxBcx
13. MAJLIS SAMA’ SIFAT NABI SAW DAN IJAZAH HADITH MUSALSAL
Selasa, 23 Mei 2023
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
Pautan:
https://fb.watch/kJzBZVAcaT/?mibextid=v7YzmG
Pautan Alternatif:
https://www.youtube.com/live/u1vf-ZHUtlw?feature=share
Mawlana al-Imam sudi mengijzahkan sanad periwayatan:
i- Musalsal bi al-Awwaliyyah
ii- Musalsal bi al-Syafi’iyyah
iii- Musalsal bi al-Rahmah
14. MUNAQASYAH ILMIAH: CABARAN TERHADAP TRADISI TURATH DALAM ABAD KE-21
Rabu, 24 Mei 2023
Dewan Senat, UIAM Gombak
Pautan:
https://fb.watch/kJzDrOln3v/?mibextid=v7YzmG
Pautan Alternatif:
https://www.youtube.com/live/oecRoWhZuKI?feature=share
Mawlana al-Imam sudi mengijzahkan sanad periwayatan:
i- Semua karya dan penulisan Mawlana al-Imam
ii- Al-Awrad wa al-Azkar li al-Tariqah al-Siddiqiyyah al-Syadzuliyyah
15. HIMPUNAN ILMUAN MUDA TIMUR TENGAH
Rabu, 24 Mei 2023
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
Pautan:
https://fb.watch/kNPBV9dFew/?mibextid=v7YzmG
Pautan Alternatif:
https://www.youtube.com/live/ymW-OyOQoFI?feature=share
16. MUZAKARAH ULAMA-UMARA
Khamis, 25 Mei 2023
Hotel Concorde, Shah Alam
Pautan:
https://fb.watch/kNPCYuzg7G/?mibextid=v7YzmG
Pautan Alternatif:
https://www.youtube.com/live/5nD_j8VvDf0?feature=share
17. MAJLIS ILMU MADANI – TABLIGH AKBAR
Jumaat, 26 Mei 2023
Masjid Putra, Putrajaya
Pautan:
https://fb.watch/kNPQfQBI-6/?mibextid=cr9u03
Pautan Alternatif (1):
https://fb.watch/kNTyprzqxV/
Pautan Alternatif (2):
https://www.youtube.com/live/vbhWxQzHLS8?feature=share
Dalam al-Quran, terdapat sebanyak 1,620 patah perkataan yang tidak berulang dan hanya disebut sekali sahaja. Antara perkataan tersebut adalah تعارفوا yang dirakam menerusi firman-Nya:
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرࣲ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبࣰا وَقَبَاۤىِٕلَ لِتَعَارَفُوۤا۟ۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِیمٌ خَبِیرٌ
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)”.
(Surah al-Hujurat: Ayat 13)
Untuk memahami tafsiran bagi perkataan تعارفوا tersebut, kita perlu melihat rangkaian perkataan tersebut dengan sibaq (konteks ayat terdahulu), lihaq (konteks ayat kemudian) dan siyaq (konteks ayat pertengahan).
Konteks ayat terdahulu bagi perkataan تعارفوا ini adalah mengenai struktur komuniti dan masyarakat yang terbina dari sistem kekeluargaan. Sistem kekeluargaan p**a akan dapat terhasil menerusi perkahwinan lelaki dengan perempuan. Hal ini yang menyebabkan agama Islam sangat memelihara sistem kekeluargaan kerana ia adalah sebahagian dari komuniti dan masyarakat. Pemeliharaan terhadap institusi kekeluargaan adalah satu hal yang mustahak dalam agama Islam, hal ini berbeza dengan agama-agama yang lain.
Dalam berta’aruf, ia perlu didasari dengan akhlak dan perilaku yang baik. Dalam mencapai tahap tersebut, Rasulullah SAW adalah pedoman terbaik dan insan sempurna”.
Intisari dari tausiyyah Mawlana al-Imam Dr. Ali Jum’ah, Anggota Hay’ah Kibar Ulama’ al-Azhar al-Syarif.
Jumaat, 26 Mei 2023,
Masjid Putra, Putrajaya.
“Dan sehingga ke hari ini, al-Azhar al-Syarif menjadi kelebihan buat umat ini sebagai tonggak kepada institusi keilmuan, diiringi dengan amal, akhlak, rahmat buat ummah, penyucian jiwa menuju kepada Allah SWT.
Mawlana al-Shaykh Ali Jum’ah p**a antara sosok alim dari institusi al-Azhar al-Syarif yang masih berbaki dalam perjuangan ilmu, amal, dakwah dan kerohanian”.
Intipati dari ucapan Al-Allamah Al-Habib Umar Bin Hafidz
Jumaat, 26 Mei 2023,
Masjid Putra, Putrajaya.
Dalam Muzakarah Ulama-Umara pada tengahari ini, Mawlana al-Imam Dr. Ali Jum’ah menegaskan mengenai kepentingan kitab al-Arba’in yang disusun oleh Imam al-Nawawi.
Usul dan ketegasan ini disambut baik oleh YAB PM, lalu dengan serta-merta beliau mencadangkan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) supaya menyediakan silibus kitab al-Arba’in al-Nawawiyyah untuk diajarkan di sekolah-sekolah di Malaysia.
Alhamdulillah.
InsyaAllah, acara penutup bagi Festival Turath Islami Selangor iaitu Muzakarah Ulama-Umara yang akan dihadiri YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim serta dipimpin oleh Mawlana al-Imam Dr. Ali Jum’ah dan Habib Umar al-Hafidz.
Seperti biasa, majlis ini akan bersiaran secara langsung di channel YouTube SelangorTV dan akaun Facebook Media Selangor.
Apa yang menarik pada malam ini, Mawlana al-Imam akan mengupas empat model kenegaraan dan sosial masyarakat yang diistinbat oleh beliau dari perjalanan sirah Nabi Muhammad SAW.
Setiap satu dari empat model tersebut, sesuai diaplikasikan ke dalam dunia pada hari ini dengan mengikut kepada realiti pada tempat masing-masing.
Majlis akan bersiaran secara langsung di channel YouTube SelangorTV dan akaun Facebook Media Selangor.
Rezeki semalam (Selasa, 23 Mei 2023) apabila Mawlana al-Imam sudi mengijazahkan para hadirin sanad musalsal bi al-Syafi’iyyah. Oleh kerana wilayah nusantara ini didominasi oleh pengikut mazhab Imam al-Syafi’e, maka sanad periwayatan ini begitu berharga bagi yang menyedari akan hakikat tersebut.
Mawlana al-Imam telah meriwayatkan sanad musalsal bi al-Syafi’iyyah dari guru beliau yang paling faqih dalam mazhab al-Syafie yang pernah beliau temui iaitu al-Faqih Musnid al-‘Asr al-Shaykh Muhammad Yasin al-Fadani al-Syafi’e.
1. Al-Faqih Musnid al-‘Asr al-Shaykh Muhammad Yasin al-Fadani al-Syafi’e p**a meriwayatkan daripada guru beliau,
2. Al-Allamah Umar Bin Abu Bakar BaJunaid al-Syafi’e p**a meriwayatkan dari,
3. M***i al-Syafi’iyyah di Makkah al-Allamah Ahmad Zaini Dahlan al-Syafi’e p**a meriwayatkan daripada guru beliau,
4. Musnid al-Dunya al-Wajih Abdul Rahman Bin Muhammad Bin Muhammad al-Kuzbari al-Saghir al-Syafi’e p**a meriwayatkan daripada ayahanda yang juga gurunya,
5. Al-Allamah al-Shaykh Syams Muhammad Bin Abdul Rahman al-Kuzbari al-Wasith al-Syafi’e p**a meriwayatkan daripada ayahanda yang juga gurunya,
6. Abdul Rahman Bin Muhammad Zaynuddin al-Dimasyqi al-Kuzbari al-Kabir al-Syafi’e p**a meriwayatkan daripada guru beliau,
7. Al-Allamah al-Faqih al-Muhaqqiq al-Nahrir al-Shaykh Ali Bin Muhammad al-Kuzbari al-Syafi’e p**a meriwayatkan daripada guru beliau,
8. Muharrir al-Syafi’iyyah al-Allamah al-Shaykh Abd Rabbih al-Daiwi al-Syafi’e p**a meriwayatkan daripada guru-guru beliau,
i- Shaykh al-Islam Muhammad al-Syurunbabili al-Syafi’e
ii- Al-Allamah al-Shaykh Ahmad al-Bishbishi al-Syafi’e
iii- Al-Allamah al-Shaykh Abu al-Su’ud Abu al-Nur al-Dimyati al-Syafi’e
Ketiga-tiga ulama’ al-Syafi’eyyah ini, telah meriwayatkan dari guru mereka iaitu:
9. Al-Allamah al-Imam al-Hafiz Abu Abdillah Muhammad Bin al-‘Ala’i al-Babili al-Syafi’e p**a meriwayatkan daripada guru beliau,
10. al-Imam al-Jalil Syams al-Millah wa al-Din Muhammad Bin Ahmad al-Ramli al-Syafi’e p**a meriwayatkan daripada ayahanda yang juga gurunya,
11. al-Imam al-Jalil Syihab Ahmad al-Ramli al-Syafi’e p**a meriwayatkan daripada guru beliau,
12. Shaykh al-Islam wa al-Syafi’iyyah al-Allamah Abi Yahya Zakariya Bin Muhammad al-Ansari al-Syafi’e p**a meriwayatkan daripada guru beliau,
13. Al-Allamah Syams al-Din Muhammad Bin Ali al-Qayati al-Syafi’e p**a meriwayatkan daripada guru beliau,
14. Al-Imam al-Allamah Sirajuddin al-Bulqini al-Syafi’e p**a meriwayatkan daripada guru beliau,
15. Al-Imam al-Allamah Taqiyuddin al-Subki al-Syafi’e p**a meriwayatkan daripada guru beliau,
16. Al-Imam Faqih al-Mazhab al-Najm Ibn Rif’ah al-Syafi’e p**a meriwayatkan daripada guru beliau,
17. Al-Imam al-Allamah al-Zahir al-Tizmanti al-Syafi’e p**a meriwayatkan daripada guru beliau,
18. Al-Imam al-Allamah Sultan al-Ulama’ Izzuddin Ibn Abdis Salam al-Syafi’e p**a meriwayatkan daripada guru beliau,
19. Al-Imam al-Allamah Fakhruddin Bin Asakir al-Hafiz al-Syafi’e p**a meriwayatkan daripada guru beliau,
20. Al-Imam al-Allamah al-Qutb al-Naysaburi al-Syafi’e p**a meriwayatkan daripada guru beliau,
21. Al-Imam al-Allamah Muhammad Ibn Yahya al-Syafi’e p**a meriwayatkan daripada guru beliau,
22. Hujjat al-Islam al-Imam Abu Hamid al-Ghazali al-Syafi’e p**a meriwayatkan daripada guru beliau,
23. Al-Imam al-Allamah Abi al-Ma’ali Imam al-Haramayn al-Juwayni al-Syafi’e p**a meriwayatkan dari ayahanda yang juga gurunya,
24. Al-Imam al-Allamah Abu Muhammad al-Juwayni al-Syafi’e p**a meriwayatkan daripada guru beliau,
25. Al-Imam al-Allamah Abu Bakar al-Qaffal al-Marwazi al-Syafi’e p**a meriwayatkan daripada guru beliau,
26. Al-Imam al-Allamah Abu Zayd al-Marwazi al-Syafi’e p**a meriwayatkan daripada guru beliau,
27. Al-Imam al-Allamah Shaykh al-Islam Abi Ishaq al-Marwazi al-Syafi’e p**a meriwayatkan daripada guru beliau,
28. Al-Imam al-Allamah al-Baz al-Asyhab Ibn Suraij al-Syafi’e p**a meriwayatkan daripada guru beliau,
29. Al-Imam al-Allamah Abi al-Qasim Uthman Bin Sa’id Bin Bashshar al-Anmathi al-Syafi’e p**a meriwayatkan daripada guru beliau,
30. Al-Imam al-Allamah Abi Ibrahim Ismail Bin Yahya al-Muzani al-Syafi’e p**a meriwayatkan daripada guru beliau,
31. Al-Imam al-Allamah al-Mujtahid al-A’zham Nasir al-Sunnah wa al-Din Abi Abdillah Muhammad Bin Idris al- al-Syafi’e -radhiyallahu ‘anhu wa ardhahu-. Imam al-Syafi’e p**a meriwayatkan daripada guru beliau,
32. Imam Dar al-Hijrah Abi Abdillah Malik Bin Anas meriwayatkan daripada guru beliau,
33. Imam al-Nafi’ meriwayatkan daripada guru beliau,
34. Sayyiduna Abdullah Bin Umar al-Khattab -radhiyallahu ‘anhuma- meriwayatkan daripada,
35. Rasulullah shallahu ‘alaihi wa alihi wa sahbihi wa sallam.
Sanad periwayatan ini antara sanad periwayatan mazhab al-Syafi’e yang ada pada Mawlana al-Imam. Antara sanad lain yang beliau miliki adalah menerusi jalur guru Mawlana al-Imam yang lain iaitu al-Imam al-Allamah Ismail Bin Uthman Zayn al-Yamani al-Makki. Dalam sanad tersebut akan melalui nama-nama besar yang lain dalam mazhab al-Syafi’e seperti Imam Abdullah al-Syarqawi, Imam Ibn Hajar al-Haytami, al-Imam al-Syirbini al-Khatib, Shaykh al-Islam Ibn Hajar al-Asqalani, Muharrir al-Mazhab al-Imam al-Nawawi, Imam Ibn Solah dan Imam Abu Ishaq al-Syirazi.
Alhamdulillah di atas segala nikmat yang Dia kurniakan.
Sedang berlangsung Syarahan Pengajian Islam bertajuk “Ilmu Usul Fiqh dan Signifikannya Dalam Ilmu-Ilmu Islam Kontemporari” bersama Mawlana al-Imam Dr. Ali Jum’ah.
Ikuti secara langsung:
https://tinyurl.com/yczu78h6
Selasa, 23 Mei 2023,
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, KL.
Sedang berlangsung bacaan al-Hadrah al-Siddiqiyyah al-Syadzuliyyah bersama Mawlana al-Imam Dr. Jum’ah, Mursyid Tariqah al-Siddiqiyyah al-Syadzuliyyah.
Pautan untuk memuat turun kitab hadrah:
https://bit.ly/3Mpubhi
Majlis bersiaran secara langsung:
https://bit.ly/3IzerHw
InsyaAllah Jumaat ini bersamaan 26 Mei 2023 / 6 Zulkaedah 1444H akan dianjurkan Majlis Ilmu MADANI di Masjid Putra, Putrajaya bermula jam 6.30 petang.
Majlis Ilmu MADANI kali ini akan menampilkan dua tokoh ulama besar dunia Islam iaitu Mantan M***i Agung Mesir, Al Alamah Syeikh Prof. Dr. Ali Jumuah Al Azhari dan Pengasas dan Pengetua Dar Al Mustofa, Tarim, Yaman, Al Alamah Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Ben Hafidz.
Semoga majlis ilmu seperti ini akan menambahkan barakah dan kefahaman dalam agama melalui perkongsian ilmu yang akan disampaikan oleh kedua ulama ulung ini.
Orang ramai dijemput hadir bagi mengimarahkan majlis.
“Di waktu pemerintahan Sulayman al-Qanuni (Khalifah Turki Uthmaniyyah), setiap kali Baginda membuka kota-kota menjadi sebuah daulah islamiyyah, Baginda akan mengarahkan seorang ahli tafsir bernama Abu al-Su’ud untuk menetap di negeri tersebut bagi beberapa tempoh tertentu. Hal ini bagi bertujuan agar Imam Abu al-Su’ud dapat menggubal undang-undang yang bersesuaian dengan uruf dan kebiasaan penduduk di tempat tersebut.
Ini menjadi petunjuk yang jelas dalam sejarah umat Islam bahawa pentingnya mengukuhkan kesatuan antara ulama-umara’ bagi mencapai maslahat antara rakyat dan negara. Maka bermula pada hari ini, marilah kita menjadikan hubungan ulama-umara sebagai satu kesatuan”.
Intipati dari ucapan Mawlana al-Imam Dr. Ali Jum’ah, Anggota Hay’ah Kibar Ulama’ al-Azhar al-Syarif sewaktu syarahan perdana bertajuk “Hubungan Pemerintah dan Ulama’”.
Sesi Terakhir Talaqqi Mukhtasar Ihya’ Ulumuddin bersama Mawlana al-Imam Dr. Ali Jum’ah
Antara intipati pengajian hari ini, kata Mawlana al-Imam: “Jalan menuju kepada Allah SWT, boleh dilakukan dari 4 jalan ini. Kurang tidur, kurang bergaul, kurang makan dan kurang bercakap.
Rasional dari 4 jalan ini, kurangkan tidur agar kita dapat bekerja sebaiknya. Kurangkan bergaul agar kita bersendirian dan beriktikaf sebagaimana Rasulullah SAW berkhalwat di Gua Hira’. Kurangkan makan agar kita banyakkan berpuasa. Kurangkan bercakap agar kita dihindari dari mengeluarkan perkataan-perkataan atau perbualan yang sia-sia”.
Bagi yang ikuti pengajian secara siaran langsung atau rakaman, boleh ikuti di Selangor TV menerusi pautan berikut:
https://fb.watch/kFdmUUGnNO/?mibextid=cr9u03
Sesi Terakhir
(Langsung) Festival Daurah Afkar Ihya' Ulumuddin - Part 3
Festival Turath Islami Selangor Daurah Afkar Ihya' Ulumuddin disampaikan oleh Al-Imam Syeikh Profesor Dr. Ali Jum’ah bertempat di Dewan Solat Utama, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
(Langsung) Festival Daurah Afkar Ihya' Ulumuddin
Festival Turath Islami Selangor Daurah Afkar Ihya' Ulumuddin disampaikan oleh Al-Imam Syeikh Profesor Dr. Ali Jum’ah bertempat di Dewan Solat Utama, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Jilsah pertama bersama Mawlana al-Imam Dr. Ali Jum’ah.
Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam, Selangor.
Alhamdulillah, Mawlana al-Imam sudah selamat sampai ke bumi Malaysia.
Ketemu kita pada program pertama esok pagi, insyaAllah.
Kredit foto : Ustaz Amirul Arif al-Azhari
Jadual Penuh Program-Program Terbuka Bersama Mawlana al-Imam Dr. Ali Jum’ah
Mawlana al-Shaykh Prof. Dr. Yusri Rusyhdi al-Hasani pernah mengungkapkan mengenai keperibadian Mawlana al-Imam dengan berkata:
“Semoga Allah SWT memberkati Fadhilat Mawlana al-Imam Dr. Ali Jum’ah. Beliaulah yang menghidupkan al-Azhar al-Syarif secara hakiki. Beliaulah juga seorang tokoh yang memasukkan kewibawaan dan kemuliaan ke dalam pakaian seragam al-Azhar al-Syarif tatkala seseorang itu memakainya. Kita memanjat syukur ke hadrat Ilahi kerana Dia ‘Azza wa Jalla telah menghidupkan kita di zamannya. Kita memanjat syukur juga kerana Dia menjadikan kita sebahagian daripada anak-anak murid al-Allamah Dr. Ali Jum’ah dan duduk di bawak telapak kakinya. Maka, beliaulah Ali (tinggi) dan sesiapa bersama dengan Ali, maka dia juga Ali (tinggi). Walhamdulillahi rabbil ‘alamin”.
Kehadiran beliau ke tanah air Malaysia, tidak lain dan tidak bukan adalah atas tujuan dakwah dan ta’lim. Lebih menggembirakan buat seluruh rakyat Malaysia, beberapa siri pengajian berkitab dan manfaat kerohanian bersama beliau turut diaturkan.
Marilah sama-sama merebut peluang untuk mengikuti siri-siri diskusi dan pengajian bersama beliau.
Bagi yang ingin mendaftar:
https://bit.ly/3O7jmTu
Guru & Pendidik Dari Kacamata Ilmu Tasawwuf
“Dari perspektif ilmu Tasawwuf, mengambil jalan yang dilalui oleh para guru atau syeikh adalah tidak bertentangan dengan mengikuti al-Quran mahupun al-Sunnah. Bahkan, sikap murid yang mengambil teladan dari guru adalah cerminan kepada meneladani al-Quran dan al-Sunnah.
Guru atau Syeikh yang dimaksudkan di sini adalah mereka yang menjunjung perintah al-Quran dan al-Sunnah serta memiliki faham yang benar terhadap kedua-duanya. Tidak semua muslim dikurniakan Allah SWT untuk memiliki kefahaman yang betul dan ikutan dari diri sendiri tanpa sebarang guru mursyid yang membimbingnya. Hal ini kerana, meskipun dia yang tidak berguru itu telah mencapai tahap kefahaman dan keilmuan, namun dia tetap terdedah kepada kesalahan.
Dalam bertasawwuf, menuruti seseorang syeikh adalah jalan kepada mengikuti al-Quran dan al-Hadith. Guru mursyid yang membimbing murid kepada keduanya dengan bertaut pada hikmah, pedoman yang baik serta tajribah (pengalaman) mereka dalam meniti jalan menuju Allah SWT”.
Intisari dari kitab “al-Tariq ila Allah” karangan Mawlana al-Imam Dr. Ali Jum’ah, hlm 31-32.
Selamat Hari Guru diucapkan kepada para pendidik, guru, mursyid dan masyeikh yang membimbing jiwa-jiwa ke jalan Allah SWT. Semoga Allah ‘Azza wa Jalla membalas segala jasa baik mereka di dunia, seterusnya mengurniakan mereka kedudukan tertinggi di akhirat nanti.
********
Pembelian terjemahan Melayu kitab ini, boleh dibuat menerusi:
https://bit.ly/3Mn4Cic
Untuk mendaftar daurah al-Tariq ila Allah bersama Mawlana al-Imam:
https://bit.ly/3O7jmTu
[SYARAHAN PENGAJIAN ISLAM SIRI 3]
Assalamualaikum wbt,
Sukacita dimaklumkan bahawa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dengan kerjasama Rabitah Antarabangsa Alumni al-Azhar Malaysia akan membawakan sebuah program.
Butirannya adalah seperti berikut:-
📖 Tajuk: Ilmu Usul Fiqh dan Kepentingannya dalam Ilmu Islam Kontemporari
📆 Tarikh: 23 Mei 2023 (Selasa)
🕰️ Masa: 9.30 am - 12.30 pm
🏫 Tempat: Auditorium Mohd Asri Muda(AMAM), Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
🎙️Syarahan oleh : Al-Imam Prof. Dr. Ali Jum’ah(Mantan M***i Negara Mesir)
🎉 Dirasmikan oleh: Profesor Dr. Mohd Fauzi bin Hamat (Dekan APIUM)
🎉 Ucapan pendahuluan oleh : Profesor Dato' Dr Mohd Fakhrudin bin Abdul Mukti (Presiden WOAG)
📌 Terbuka kepada semua.
Sehubungan dengan itu, kami dengan berbesar hati ingin menjemput semua menghadiri syarahan ini.
Sekian, terima kasih.
Sumber : APIUM
Secara epistemologi, ilmu Tasawwuf berlandaskan kepada dua sumber :
1. A-Quran dan al-Hadith
2. Realiti dan Pengamalan
Segelintir orang yang tidak memahami dua sumber dan landasan ini, mereka mudah untuk tidak bersetuju dengan beberapa konsep ahwal dan tahap ubudiyyah yang dilalui oleh para salikin di jalan Allah SWT. Oleh yang demikian, para awliya’ rabbaniyyin ada mengungkapkan: “Barangsiapa yang merasai kemanisan bertasawwuf, maka dia akan mengerti. Barangsiapa yang mengerti, maka dia akan tenggelam (dalam ubudiyyah dan ma’rifah)”.
Dalam karya terjemahan berjudul “Jalan Menuju Allah” ini, Mawlana al-Imam menggariskan disiplin-disiplin bagi ilmu Tasawwuf. Pelbagai terminologi yang tidak asing dalam ilmu Tasawwuf, dihurai dan dikupas menurut kacamata seorang sufi hakiki. Mawlana al-Imam yang juga merupakan seorang Mursyid bagi Tariqah al-Siddiqiyyah al-Syadzuliyyah di Mesir, turut menekankan aspek kedalaman sisi sebenar tasawwuf dalam melakukan sesuatu ibadat seperti puasa, solat, haji, zakat dan sebagainya.
Sudut pandang ulamak sufi, lebih dalam dari zahir teks yang terkandung dalam al-Quran mahupun al-Hadith. Mereka melaksanakan sesuatu ibadat bukan sahaja bertitik tolak dari zahir nas, malah melangkaui kepada aspek kerohanian yang merangkumi kesan dalalah bagi nas, lawazim bagi nas dan adab praktikaliti bagi nas.
Hal ini menjadikan, tasawwuf itu bukan sahaja berkait dengan amal zahir, malah ia juga berupa amal batin yang mempunyai adab, ma’ani dan hikmahnya tersendiri.
Ayuh ikuti perbahasan lebih lanjut mengenai ilmu ini bersama Mawlana al-Imam Dr. Ali Jum’ah.
Untuk mendaftar:
https://bit.ly/3O7jmTu
Untuk belian kitab terjemahan:
https://bit.ly/3Mn4Cic
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Address
30, Jalan Medan PB2B, Seksyen 9
Bangi
43650
Taman Kajang Impian
Bangi, 43650
Menawarkan STEM learning untuk kelas matematik (4-9tahun). Hubungi untuk maklumat lanjut
43600 UKM
Bangi, 43600
This page was created to provide learning for anyone and anywhere to learn several foreign languages online with us. such as Malay, Chinese, and Indonesian.
Bangi
wasap.my/60173706998/ILTC - Small Group Tuition - Public Speaking - Bengkel Penulisan
Taman Awani Bangi
Bangi, 43000
English Classic Program (3-6 years old) Islamic Program (3-6 years old) IEP (I-enjoy play learning) (3-9 years old)
No. 17A, Jalan Jernang Jaya 1, Taman Jernang Jaya, Bandar Baru Bangi
Bangi, 43650
Untuk memberi perkhidmatan terbaik dan menggalakkan para pelajar mempelajari Al-Quran serta dapat me
Bangi, 43300
A+ Online Education提供长期网课 小班制 老师们用心经营 有趣教学 确保同学们专心上课💗 NO PENDAFTARAN:202203132818(KT0522824-U)
26-1, Jalan 7/7B, Seksyen 7, Bandar Baru
Bangi, 43650
Kami menawarkan perkhidmatan Kelas Bimbingan Mengaji untuk semua lapisan masyarakat, Antara kelas yang ditawarkan ialah: 1. Kelas Asas Alif Ba Ta 2. Pelajaran Tajwid 3. Semakan Ba...
Bandar Baru Bangi
Bangi, 43000
Kami menawarkan kaedah pembelajaran quran secara online dengan Kit 'Quran X-Pres' untuk golongan dewasa yang masih tidak kenal huruf atau ada masalah merangkak-rangkak bila baca hu...