Warung Tanjak Tari
kami menyediakan menu makanan serendah rm5 untuk tempahan. sila hubungi 016-290 2183 masakan kampung + ulam ulaman kampung
Allah SWT berfirman:
اِنَّمَا الْمُؤْمِنُوْنَ اِخْوَةٌ فَاَ صْلِحُوْا بَيْنَ اَخَوَيْكُمْ وَا تَّقُوا اللّٰهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُوْنَ
"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."(Al-Hujurat : 10).
1.Hari ini adalah hari Khamis dan ramai orang berpuasa sunat meneladani sunnah Nabi SAW. Demikian juga setiap hari Isnin pada setiap minggu. Di dalam hadis disebut Nabi SAW ketika ditanya tentang puasa pada hari tersebut menyatakan bahawa pada dua hari tersebut (Isnin dan Khamis), amalan seseorang dibentang dan Baginda SAW s**a jika ketika amalan itu dibentangkan dia sedang berpuasa. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
تُعْرَضُ الأَعْمَالُ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَالخَمِيسِ، فَأُحِبُّ أَنْ يُعْرَضَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ
“Amalan dibentangkan pada hari Isnin dan Khamis, maka aku kebih s**a amalanku dibentangkan ketika aku sedang berpuasa.” [HR al-Tirmizi ] [Imam al-Tirmizi menilai hadis ini sebagai hasan gharib]. Di dalam hadis yang lain dinyatakan bahawa pada hari Isnin dan Khamis itu Allah SWT ampunkan dosa hamba-hambaNya melainkan orang yang melakukan syirik dan berselisih@bersengketa dengan orang lain.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : تُفْتَحُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ يَوْمَ الْإِثْنَيْنِ وَيَوْمَ الْخَمِيسِ فَيُغْفَرُ لِكُلِّ عَبْدٍ لَا يُشْرِكُ بِاللهِ شَيْئً إِلَّا رَجُلًا كَانَتْ بَيْنَهُ وَبَيْنَ أَخِيهِ شَحْنَاءُ فَيُقَالُ: أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا
"Daripada Abu Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Pintu-pintu syurga dibuka setiap hari Isnin dan Khamis. Lalu diampuni dosa seluruh hamba yang tidak berbuat syirik (menyekutukan) kepada Allah dengan sesuatu apapun. Kecuali orang yang sedang ada permusuhan dengan saudaranya. Dikatakan: Tunda amal dua orang ini, sampai keduanya berdamai… tunda amal dua orang ini, sampai keduanya berdamai… tunda amal dua orang ini, sampai keduanya berdamai… (HR. Imam Malik dan Muslim). Status: Hadis Sahih.
2.Apa yang membimbangkan adalah orang yang berselisih faham hingga tidak bertegur sapa bukan sahaja berhari-hari malah berbulan dan bertahun-tahun tanpa mengetahui kesan terhadap buruknya hal tersebut. Setiap hari dia meminta ampun kepada Allah setiap kali lepas solat dalam wirid dan doanya dengan beristigfar. Juga merayu menyebut kalimah
يا ارحم الراحمين ارحمني
agar Allah kasihani dirinya dan mengampunkannya. Dia juga beristigfar dengan Penghulu Istigfar ketika bertahajud pada 1/3 malam. Semuanya menjadi sia-sia apabila Allah SWT menangguhkan pengampunan kerana masih bersengketa, bermasam muka, tidak bertegur sapa, memutuskan silaturahim dengan kaum kerabat dan sebagainya. Banyak sebab berlaku perselisihan. Di antaranya sebab salah faham, kerana mulut yang tidak dapat dikawal hingga mengeluarkan kata-kata yang menyinggung atau menyakitkan hati orang lain. Perselisihan juga berlaku kerana masalah harta pusaka, menyakiti jiran tetangga serta hasad dengki. Media sosial juga boleh menjadi punca perselisihan kerana salah faham, menulis kata-kata yang menyakiti ahli group WhatAppt, Facebook dan banyak lagi. Dalam sebuah hadis diharamkan orang yang tidak bertegur sapa lebih 3 hari. Daripada Abu Ayyub al-Ansari RA bahawa Nabi SAW bersabda:
لَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثِ لَيَالٍ
“Tidak halal bagi seorang muslim untuk tidak bertegur saudaranya melebihi tiga hari.” [HR Muslim].
3.Kedua perkara yang menjadi syarat pengampunan dosa seseorang itu adalah berkaitan hubungan dengan Allah(حبل من الله) dan hubungan dengan manusia iaitu(حبل من الناس). Hubungan dengan Allah adalah tidak mensyirikkan-Nya. Syirik adalah dosa besar dan Allah SWT tidak mengampunkan dosa pelakunya. Amal baiknya juga ditolak.Allah Ta’ala berfirman:
إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” (An Nisa: 48).Seterusnya Allah SWT berfirman dalam Al Qur’an yang mulia:
وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
“Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi) yang sebelummu: “Jika kamu berbuat syirik, nescaya akan terhapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi” (Az Zumar: 65).
4.Nabi SAW juga sangat menekankan soal kasih sayang sesama umat Islam.
Baginda SAW bersabda:
تَرَى الْمُؤْمِنِينَ فِي تَرَاحُمِهِمْ وَتَوَادِّهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ كَمَثَلِ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى عُضْوًا تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ جَسَدِهِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى
“Kamu melihat orang-orang yang beriman dalam berkasih-sayang, hubungan cinta mereka dan saling berbuat baik sesama mereka adalah seperti satu tubuh. Apabila ada bahagian tubuh yang berasa sakit, maka bahagian tubuh yang lain ikut tidak boleh tidur dan merasa demam.”(HR al-Bukhari). Dalam hadis yang ringkas Nabi SAW bersabda lagi
مَنْ لا يَرحم لا يُرحم
"Barang siapa tidak menyayangi maka tidak akan disayangi." (HR Bukhari dan Muslim). Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW juga memberi amaran bahawa orang yang memulau saudaranya tanpa alasan yang benar selama setahun, dosanya seperti menumpahkan darahnya. Dari Abu Khirasy As-Sulami RA, Rasulullah SAW bersabda,
مَنْ هَجَرَ أَخَاهُ سَنَةً فَهُوَ كَسَفْكِ دَمِهِ
“Siapa yang memulau saudaranya setahun, dia seperti menumpahkan darahnya.” (HR Abu Daud dan disahihkan oleh Syuaib Al-Arnauth).
5.Jika Allah SWT memerintahkan jangan syirik kepadaNya, hiduplah berkasih sayang dan diperkukuhkan lagi oleh Rasulullah SAW, maka akurlah!. Jika kaum Muslimin tidak mahu akur terhadap perintah tersebut, mana mungkin Allah akan memberi pengampunan kepada mereka. Berapa banyak pun mereka melakukan amal soleh seperti solat, sedekah, puasa (wajib dan sunat) dan sebagainya, namun jika dua perkara itu tidak dipatuhi, amalan-amalan tersebut menjadi sia-sia dan tidak dapat pengampunan daripada Allah. Dia berjanji akan mengampuni dosa hamba-hambaNya pada setiap hari Isnin dan Khamis. Mungkin dosa syirik tidak ramai yang melakukannya. Namun dosa bersengketa dan berselisih faham sesama jiran, saudara mara, kaum kerabat, rakan, sesama jemaah masjid dan surau memang ada berlaku. Maka selesaikanlah sebelum ajal datang kerana kedatangannya tanpa diduga. Allah SWT berfirman:
وَلِكُلِّ اُمَّةٍ اَجَلٌ ۚ فَاِ ذَا جَآءَ اَجَلُهُمْ لَا يَسْتَئۡخِرُوْنَ سَا عَةً وَّلَا يَسْتَقْدِمُوْنَ
"Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat p**a mereka didahulukan."
(Al-A'raf: 34).
Tazkirah Subuh.
UMY
10hb.Safar 1446H
Bazar Ramadhan on... Tang mana? Depan restoran tanjak tari ja. Mai ramai-ramai.
Jom sertai kami guys. Southville City Savanna Executive Suites jom... Kami sedang mencari...
Berminat. Boleh PM ni tertera:- 011-1571 2633
Menu sarapan pagi... Jom try🥰😍👍👌💪❤️
Terima kasih atas sokongan anda penduduk Southville City Savanna Executive Suites . Restoran TANJAK TARI block D2 savanna Southville city executive Dengkil Sepang Selangor ini adalah hak milikan pusat jagaan kanak-kanak yatim dan miskin Muhammad Al-Fateh. Semoga Allah SWT memudahkan segala urusan perniagaan anda dan Allah SWT bahagiakan kamu. Insyaallah Amin. Jom beramai-ramai rebut saham akhirat ❤️. Makan sambil beribadah🤗. Pahala dapat ,kenyang pun dapat. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT.
Mohd Zaidi Muallimah Mafuzah Nordin Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim/miskin Muhammad Al Fateh
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum dan salam sejahtera ke atas kamu 🙂☺️... Jom bersarapan pagi di restoran TANJAK TARI block D2 savanna Southville city executive Dengkil Sepang Selangor.
Allahuakbar
Assalamualaikum dan salam sejahtera ke atas kamu. Jom kita bersarapan pagi di restoran tanjak tari block D2 . Terima kasih atas sokongan anda 🥰
Assalamualaikum dan salam sejahtera ke atas kamu 😁❤️. Didoakan semoga Allah SWT memudahkan segala urusan kita semua, Insyaallah.
Jom sertai kami
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum dan salam sejahtera ke atas kamu 😁. Jom bersarapan pagi dan makan tengahari di restoran tanjak tari block D2 savanna Southville city executive Dengkil Sepang Selangor.
Moh Ler kiter Southville City Savanna Executive Suites beramai ramai yer.
Bismillahirrahmanirrahim.
Visit TikTok to discover videos! Watch, follow, and discover more trending content.
Bismillah... Jika ada saudagar ,usahawan nak join kami dengan mai letak kuih muih. Kami mempersilakan anda untuk letak di restoran tanjak tari kami di block D (sebelah dengan kpinik gigi dna klinik southville.
Ayuh penduduk Southville City Savanna Executive Suites kita bantu membantu dalam membangunkan ekonomi bersama. Terima kasih atas sokongan semua!
P/s:- produk baru di sini( Dadih sedut & brownies) terima kasih.
Kami juga buat penghantaran makanan ke block² di savannah southville city. "U order i hantar"🥰
Assalamualaikum dan salam sejahtera ke atas kamu. Southville City Savanna Executive Suites
Restoran TANJAK TARI closed ya hari ini 😅
Assalamualaikum dan salam sejahtera ke atas kamu.
Hari kami cuti! Sebab ada kecemasan! Terima kasih atas sokongan anda 🥰😍
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum dan salam sejahtera ke atas kamu... Jom sarapan pagi di restoran tanjak tari block D2 savanna Southville city executive Dengkil Sepang Selangor
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Contact the restaurant
Telephone
Website
Address
Bangi
43800
Southville City, Dengkil
Bangi, 43800
Arabic restaurant (Yemeni) all Yemeni and Arabic food
No. 2, Jalan 4/3
Bangi, 43650
Bertapak di Bandar Baru Bangi & mula beroperasi mulai tahun 2021, kami menawarkan pelbagai menu istimewa buat semua pelanggan2 terutamanya di sekitar B.B.Bangi & Kajang. Hidangan i...
Jalan 8/36 Seksyen 8, Bandar Baru Bangi
Bangi, 46350
Restoran ini menyediakan menu utama iaitu Patin Tempoyak, Baung Tempoyak, Kerai Goreng Berempah serta masakan lauk pauk kampung dan juga Nasi Ayam..
Jalan 1/4A
Bangi, 43650
We serve Pasta, Burgers, Steaks & more. We are located at Medan Usahawan Bangi, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi Formerly known as Nazareal Western Shack
Savannah Lifestyle Retail, A-G-52, Jalan BBLS 2, Bandar Baru Lembah Selatan, Dengkil
Bangi, 43800
Oasis of Taste
20B, 20B-2 And, 3, Jalan 14/20, Seksyen 14, Petaling Jaya
Bangi, 46100
The best restaurant in Korea. If you want to eat Korean food, come here. It's really good.
609, Jalan Medan Bangi, KAWASAN BANGI GOLF RESORT
Bangi, 43650
Middle Eastern Food
23, Jalan Medan Pusat Bandar 4A, Seksyen 9
Bangi, 43650
Welcome to the OLDTOWN White Coffee® Bangi page! Stay tuned for new announcements, promotion