Klinik Famili By Syafaat Medical - Taman Kajang Impian

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Klinik Famili By Syafaat Medical - Taman Kajang Impian, Medical and health, No. 1-G, Jalan Kajang Impian 2/1, Taman Kajang Impian, Bandar Baru Bangi, Bangi.

Klinik Famili By Syafaat Medical - Taman Kajang Impian, Bandar Baru Bangi

Beroperasi Setiap Hari Termasuk Cuti Umum
8:30 pagi - 10:30 malam
Tel: 03- 89253971
E-mail: [email protected]

16/06/2024
17/05/2024

If symptoms occur, they usually begin 4–10 days after infection and last for 2–7 days. Symptoms may include:
-high fever (40°C/104°F)
-severe headache
-pain behind the eyes
-muscle and joint pains
-nausea
-vomiting
-swollen glands
-rash

Individuals who are infected for the second time are at greater risk of severe dengue.
Severe dengue symptoms often come after the fever has gone away:
-severe abdominal pain
-persistent vomiting
-rapid breathing
-bleeding gums or nose
-fatigue
-restlessness
-blood in vomit or stool
-being very thirsty
-pale and cold skin
-feeling weak

People with these severe symptoms should get care right away.

02/05/2024

Come and visit us for this limited time promo.

02/05/2024

Come and visit us for this limited time promotion.

09/04/2024

SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR & BATIN ❤️

14/03/2024

Salam Ramadhan yang Mulia buat semua. Untuk makluman waktu operasi Klinik Famili By Syafaat Medical - Taman Kajang Impian di sepanjang bulan Ramadhan adalah sepeti di bawah :

Monday - 08:30–22:00
Tuesday - 08:30–22:00
Wednesday - 08:30–18:30
Thursday - 08:30–22:00
Friday - 08:30–18:30
Saturday - 08:30–22:00
Sunday - 10:00–17:30

Semoga anda semua sihat dan sentiasa di berkati ALLAH S.W.T

09/02/2024

Kami beroperasi seperti biasa pada hari Sabtu (10/2)
*Tutup pada hari Ahad (11/2)
*Beroperasi seperti biasa pada hari Isnin (12/2)

30/01/2024

BERITA BAIK UNTUK PENCARUM PERKESO👍

FREE !!! Saringan kesihatan (Full Medical Check Up) di klinik kami untuk PENCARUM PERKESO yang layak!!

Call/whatsapp : 013-808 0589
Untuk sebarang pertanyaan

Klinik Famili By Syafaat Medical - Taman Kajang Impian Klinik Famili By Syafaat Medical - Taman Kajang Impian, Bandar Baru Bangi

Beroperasi Setiap Hari Te

17/10/2023

Hello 👋 semua

Promosi Blood screening Hujung tahun !!! Promo Cancer Check up !!!

Sesiapa yang belum buat Medical Check-Up lagi tahun ni Jom ke Klinik Famili By Syafaat Medical - Taman Kajang Impian ❤️

FREE consultation dan sharing mengenai WEIGHT LOSS PROGRAM 😊

Jom walk in je ke Klinik kami.

06/12/2022

Flu vaccine now available in Klinik Famili

Back to School Preparation/ Holiday Season

Why is influenza vaccine important for children/elder ?
Flu in children/elder can be hard to distinguish since the symptoms are similar to infections that are caused by other viruses. It can easily affected at school/nursery/daycare center. When a flu infection worsens, it can progress to pneumonia and lead to hospitalization, and sometimes death.

Flu symptoms in children are similar to that of those in adults. The symptoms include:

☑high fever with chills
☑fatigue
☑headache
☑muscle aches
☑joint pain
☑dry cough
☑sore throat

How does the influenza spread?
Influenza infects the nose, throat and lungs. When an infected person sneeze, cough or talk, the droplets with the virus might potentially go into the mouth or noses of people who are around them.

The influenza virus can live for several hours on the surface. It is possible to get infected by touching an object with the virus and then touching their own eyes, mouth or nose.

Any appointment/ inquires, can contact us at 03-89253971/ 013-8080589

28/10/2022

Harga durian runtuh suntikan typhoid di Klinik Famili

Apa itu suntikan typhoid?

📣Suntikan typhoid adalah sejenis suntikan vaksin yang digunakan untuk mencegah penyakit typhoid atau tifoid.

✔️Suntikan ini boleh didapati di klinik atau hospital kerajaan dan swasta di Malaysia.

✔️Suntikan ini bertujuan untuk merangsang sistem imunisasi badan untuk menghasilkan antibodi bagi melawan jangkitan bakteria Salmonella typhi.

✔️Penggunaan vaksin ini telah terbukti mampu mencegah demam kepialu dari terus merebak di banyak negara termasuk Malaysia.

Sebarang temujanji/ tempahan sila hubungi kami di talian 0389253971/ 013-808 0589

08/09/2022

Apakah gejala kanser pangkal rahim?

Berikut kemungkinan tanda atau gejala cervical dysplasia atau barah:

*Tompokan darah atau sedikit pendarahan antara tempoh kering haid atau selepas haid

*Pendarahan haid berpanjangan dan banyak daripada biasa.

*Pendarahan selepas putus haid

*Sakit semasa hubungan seksual

*Penambahan lelehan dari f***j

Bagaimana anda diagnosakan kanser pangkal rahim?

*Ujian pap smear

*HPV DNA test

*Colposcopy

*Biopsi

*Imbasan Computed Tomography (CT atau CAT)

*Magnetic Resonance Imaging

Kami menyediakan perkhidmatan saringan pap smear/ HPV DNA test dilakukan oleh doktor wanita. Sebarang pertanyaan/temujanji boleh hubungi/whatsapp Klinik Famili di +60 13-808 0589 / 0389253971

05/06/2022

SALAM SEMUA

KLINIK CUTI REHAT Sehari ISNIN (6/6/2022)

SEMPENA HARI KEPUTERAAN YDP AGONG

MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN
(SELAMAT BERCUTI DAN BERHATI-HATI DI JALAN RAYA)

Photos from Klinik Famili By Syafaat Medical - Taman Kajang Impian's post 28/05/2022

HFMD / Penyakit Tangan,Kaki dan Mulut?

KES HFMD TERUS MENINGKAT❗
⬆️ Terdapat peningkatan sebanyak 106.6% bilangan kes HFMD dilaporkan bagi ME 20/2022 berbanding ME 19/2022 di seluruh negara.
Negeri Selangor menyumbang jumlah kes terbesar iaitu 28.9%.

HFMD adalah disebabkan oleh virus (enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71).

Penularan/disebarkan melalui air liur/sentuhan cecair lepuh/blister dan najis dari mereka yang berpenyakit.

Tanda-tanda HFMD :
☑ ulser di dalam tekak/tonsil
☑ ruam /lepuhan/blister di tangan, kaki dan kawasan lampin
☑ demam
☑ sakit kepala/ kurang selera makan

Orang ramai terutama ibu bapa yang mempunyai anak kecil dinasihatkan agar tidak membawa anak ke tempat-tempat yang berisiko berlaku penularan jangkitan HFMD.

📍Anda juga boleh memeriksa kes aktif penyakit HFMD di kawasan sekitar anda menggunakan Pengesan Penyakit Berjangkit di aplikasi MySejahtera.

Sebarang rawatan/ konsultasi boleh didapatkan di Klinik Famili. Sebarang pertanyaan/temujanji boleh hubungi kami di talian 03-89253971.

dari KKMPutrajaya/ KKM PORTAL MYHEALTH

03/05/2022

SELAMAT HARI RAYA SEMUA.

MAAF ZAHIR & BATIN DARI KAMI.

KAMI CUTI RAYA DARI 2-4 HB MAY 2022
MAAF ATAS SEGALA KESULITAN

Photos from Klinik Famili By Syafaat Medical - Taman Kajang Impian's post 07/04/2022

berdasarkan Irsyad Fatwa Ramadhan edisi 177: Ujian Nasopharyngeal swab (RTK antigen dan PCR) TIDAK MEMBATALKAN PUASA.

🩺 Ujian COVID -19 dengan kelulusan KKM, PCR dan RTK-Antigen boleh didapati di Klinik Famili By Syafaat Medical!

🏃‍♂️Kami menerima pandu lalu/walk in / temujanji dari 8.30 pagi sehingga 10 malam setiap hari

🩺 RTK-Antigen keputusan dalam 10 minit - 15 minit sahaja
🩺 PCR- keputusan dalam 24 Jam - 48 Jam
Untuk membuat temujanji, telefon kami pada:

☎ 03-8925 3971

Lokasi: KLINIK FAMILI, NO 1-G, Jalan Kajang Impian 2/1, Taman Kajang Impian, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

🚑 maps: 2.975297770321982, 101.77093118195538

Sumber: https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-khas-ramadhan-cat/4749-irsyad-fatwa-ramadhan-edition-series-177-the-ruling-of-doing-swab-test-whilst-fasting

02/04/2022

May this Ramadan bring joy, health and wealth to you. Happy Ramadhan from us, Klinik Famili

Semoga Ramadan tahun ini diberkati dan limpahkan rezeki kepada anda semua.Selamat menunaikan ibadah berpuasa tahun ini

06/01/2022

📢📢 CNY Promotion kembali

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua

Klinik Famili menawarkan harga promosi COVID19 swab sempena Chinese New Year

Ujian swab RTK Antigen and PCR boleh dibuat melalui pandu lalu/drive thru tanpa temujanji

Klinik dibuka setiap hari dari 8.30pagi-10malam

Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi kami di talian ☎ 03-89253971

Photos from Klinik Famili By Syafaat Medical - Taman Kajang Impian's post 14/12/2021

Anda mempunyai lendiran dari kemaluan?

Assalamualaikum wbt Warga Bangi dan sekitarnya.
Hari ini kami ingin mengupas tentang lendiran dari f***j

Lendiran dari f***j adalah salah satu simptom yang biasa dialami oleh kebanyakkan wanita dan tidak semestinya merupakan suatu jangkitan. Sejarah seksual penting dan kerap ditanya oleh para doktor sebelum memulakan rawatan.

Sebab-sebab lendiran boleh dibahagikan:
1/penyakit berjangkit
-Bacterial Vaginosis
☑ berlaku kepada 10-30% wanita dalam usia reproduktif mereka. Di dalam f***j seseorang wanita terdapat bakteria ‘baik’ (lactobacillus) yang bertugas mengimbangi keadaan asidik sejurus memberi pelindungan dalam f***j dari bakteria yang berbahaya. BV terhasil apabila bakteria ‘jahat’ seperti Gardnerella vaginalis dan ge***al mycoplasma tumbuh lebih banyak dari bakteria ‘baik’ lactobacillus. Wanita berisiko tinggi untuk mendapat BV termasuk wanita yang muda (remaja), pengamal vaginal douching (kerap membasuh f***j dengan air atau sabun), IUCD (alat mencegah mengandung dalam rahim) dan mereka yang mempunyai ramai pasangan seks.
50% daripada BV tiada gejala.
Bagi mereka yang mengalami gejala, selalunya akan mempunyai lendiran putih-keputihan yang banyak dan berbau busuk. Gejala ini lebih teruk selepas hubungan seksual atau selepas haid. F***j dan kawasan kemaluan selalunya tidak bengkak.

-Infeksi Candida (kulat)
☑ 2/3 dari wanita akan mengalami masalah ini. Majoriti organisma yang bertanggung jawab adalah sejenis kulat (Candida albican). 50% dari mereka yang berjangkit mengadu gatal di bahagian f***j (Pruritis). Lendiran putih pekat (seperti dadih), tidak berbau dan menyebabkan f***j melecet dan sakit semasa hubungan kelamin. Wanita yang berisiko adalah yang mengandung, mempunyai kencing manis ataupun mengambil antibiotik bagi jangka masa yang panjang.

-Chlamydia trachomatis
☑ pesakit yang berumur 25 tahun ke atas. Organismanya bukan bakteria atau virus tetapi sejenia organisma yang hanya boleh hidup iaitu chlamydia trachomatis di dalam sel-sel f***j. Penyakit ini boleh menjangkiti salur kencing, pangkal rahim, konjuktiva, mulut dan tekak. Ia merupakan pesakit kelamin yang boleh membawa kepada kesukaran mengandung disebabkan kerosakan saluran fallopian.

-Nesseria gonorrhoea
☑ disebabkan oleh organisma N.Gonorrhoea. Pesakit selalunya tidak mempunyai simptom tetapi bagi mereka yang bersimptom, akan mengalami lendiran f***j yang selalunya banyak, bernanah dan sakit di bahagian ari-ari. Kadangkala mereka mengalami pendarahan f***j selepas haid atau selepas hubungan seks. Komplikasi jangkitan semasa mengandung boleh membawa kepada kelahiran pra-matang.

-infeksi Trichomonas vaginalis (penyakit kelamin)
☑ 30% wanita yang aktif seks di negara-negara membangun. Organisma yang bertanggung jawab adalah protozoa yang hanya terdapat di dalam f***j wanita. Seseorang yang mendapat infeksi T.V. akan mengalami bengkak f***j, lendiran yang berwarna hijau (atau apa-apa warna) yang berbuih. Infeksi tersebut boleh merebak ke dalam rahim menyebabkan bengkak pangkal rahim, rahim, tiub dan radang alat kelamin. Pesakit juga boleh mengalami gatal f***j dan di bahagian kemaluan. Simptom selalunya lebih teruk semasa haid atau sejurus selepas haid.

2/tidak berjangkit
- fisiologi badan
-ektropion serviks (pangkal rahim)
-polip serviks
-benda asing di dalam f***j atau alahan (alergi).

Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi kami di talian ☎ 03-89253971untuk temujanji bersama doktor wanita kami untuk nasihat yang terbaik untuk penyakit anda.

kkm, portal myhealth

Photos from Klinik Famili By Syafaat Medical - Taman Kajang Impian's post 26/11/2021

Alhamdulillah, yesterday vaccination run smoothly.
Yesterday mark as the last day for us as PPVGP.

We apologize for any mistake or inconvenience made by our side during vaccination process.

Thank you for all vaccinee and our staff making this event successful.

We will run our clinic to our patient diligently and we're open everyday.

Alhamdullilah semalam merupakan hari terakhir kami sebagai PPVGP COVID19.

Klinik Famili ingin memohon maaf sekiranya kami melakukan kesilapan atau kekasaran terhadap pesakit/ penerima vaksin COVID19.

Klinik Famili akan beroperasi seperti biasa setiap hari.

Sebarang temujanji/ pertanyaan boleh hubungi kami di talian 03-89253971

26/10/2021

Promosi Saringan Kesihatan Wanita kini diadakan di Klinik Famili

HPV DNA test dan Pap smear?

☑Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks, atau nama lain nya kanser pangkal rahim.
☑Kanser serviks merupakan kanser di antara yang tertinggi di kalangan wanita di Malaysia. Kanser serviks adalah keadaan apabila sel di serviks bertindak secara tidak normal dan berkembang menjadi kanser.

☑Pap Smear dapat mengesan peringkat awal sebelum kanser itu terjadi. Pengesanan dan rawatan awal dapat menyembuhkan penyakit ini sepenuhnya.

☑Siapa yang perlu menjalani pap smear ?
1/ Wanita yang sering bertukar-tukar pasangan
2/ Berhubungan seks dari waktu yang muda ( < 20 tahun )
3/ merokok
4/ hubungan seksual yang aktif
5/ pesakit yang menghidap HIV / HPV ( human papilloma virus )

☑Berapa sering pap smear harus dilakukan ?
1/ Bagi mereka yang berumur kurang daripada 21 tahun, anda tidak perlu membuat pap smear kecuali mereka yang berisiko tinggi (positif HIV, pekerja seks, mereka yang kerap bertukar pasangan intim).
2/ Bagi mereka yang berumur 21-50 tahun, pap smear perlu dibuat setiap 3 tahun sekali.
3/ Bagi mereka yang berumur 50-65 tahun, pap smear dilakukan sebanyak 5 tahun sekali sudah memadai.
Bilakah pap smear boleh dilakukan?
1/ Ujian ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja kecuali pada masa haid dan nifas
2/Sehari sebelum melakukan ujian Pap Smear, pastikan anda tidak melakukan hubungan seks dan tidak menggunakan sebarang ubat di dalam f***j.

☑Adakah Prosedur ujian Pap Smear menyakitkan?
Proses melakukan pap smear adalah tidak menyakitkan kerana sampel yang diambil adalah dari permukaan serviks sahaja dan hanya mengambil masa 5 minit sahaja. Sesetengah pesakit mungkin berasa tidak selesa apabila alatan yang digunakan iaitu speculum (sejenis alatan berbentuk muncung itik) dimasukkan ke dalam f***j untuk melihat serviks.

Temui kami di Klinik Famili Taman Kajang Impian, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi atau hubungi 0389253971 untuk mendapatkan pemeriksaan pap smear.

Source: http://www.myhealth.gov.my/pap-smear/

08/10/2021

Promosi Suntikan vaksinasi influenza kini kembali!!
Dengan harga serendah RM85

Apa itu flu/selsema?

Influenza atau lebih dikenali dengan terma flu, merujuk kepada penyakit respiratori mudah berjangkit yang disebabkan oleh virus-virus influenza. Penting untuk diingatkan bahawa flu dan selesema adalah dua perkara berbeza.

Pelbagai jenis virus boleh menyebabkan selesema tetapi hanya beberapa virus sahaja yang bertanggungjawab untuk menyebabkan flu.

Jangkitan boleh merebak apabila seseorang itu terdedah kepada titisan cecair yang tersebar semasa batuk, bersin atau melalui sentuhan dengan tangan/permukaan yang tercemar.

Jangkitan melalui titisan cecair dalam udara ini lebih mudah berlaku dalam keadaan tertutup atau bersesak.

Influenza boleh berlaku di mana-mana sahaja di seluruh dunia.

Kumpulan populasi yang berisiko tinggi untuk dijangkiti influenza adalah:

☑Kanak-kanak bawah usia 5 tahun (khususnya bawah usia 2 tahun)
☑Wanita mengandung
☑Warga emas berusia 65 tahun dan ke atas
☑Pesakit yang menghidap penyakit kronik
☑Individu yang menghidap penyakit respiratori
☑Anda juga sangat disarankan untuk mendapatkan suntikan flu jika merancang untuk melancong ke negara-negara beriklim sederhana.

☎ Sebarang pertanyaan dan temujanji sila hubingi kami di talian 03-89253971
dan rujukan dari hellodoktor.com

28/09/2021

📢📢 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua

Klinik Famili menawarkan harga promosi COVID19 swab sempena kemasukan ke sekolah/ kerja.

Ujian swab RTK and pcr boleh dibuat melalui pandu lalu/drive thru tanpa temujanji

Klinik dibuka setiap hari dari 8.30pagi-10malam

Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi kami di talian ☎ 03-89253971

Photos from Klinik Famili By Syafaat Medical - Taman Kajang Impian's post 24/09/2021

☢️☣️ Daily Sanitation and disinfection in Klinik Famili for patient well being and safety

Furthermore all our staff been fully vaccinated and protected.

Sanitation using solution approved by KKM

Sanitasi dan disinfeksi harian di Klinik Famili untuk keselamatan dan kesejahteraan buat pesakit dan kakitangan kami

Kesemua staf kami sudah menerima kedua dose vaksinasi COVID19

Jangan bimbang untuk mendapatkan rawatan di Klinik Famili.

Kami juga mengamalkan:

☑ penjarakkan fizikal
☑ pematuhan SOP
☑ saringan kesihatan

Photos from Klinik Famili By Syafaat Medical - Taman Kajang Impian's post 09/09/2021

Anda sering rasa kebas2 di hujung jari dan kaki? Sering rasa pusing dan mudah rasa letih/mengantuk? Timbul mendapan di kulit mata?

Kolesterol tinggi/ hyperlipidemia adalah isu di kalangan masyarakat terutama di Malaysia

Apa itu kolesterol?

Kolesterol adalah sejenis lemak (disebut sebagai lipid) yang diperlukan oleh tubuh untuk bekerja dengan baik. Badan anda boleh menghasilkan kolesterol dan juga mendapatkannya daripada sumber makanan. Terdapat jenis kolesterol ‘baik’ dan ‘buruk’.

Apakah kolesterol ‘buruk’?

Orang ramai sering berasa takut apabila di sogokkan dengan keburukkan kolesterol kerana mendapat maklumat yang salah. Namun kebenarannya adalah kolesterol merupakan sebahagian daripada kimia penting untuk tubuh. Kolesterol terdapat dalam setiap sel manusia dan haiwan. Selain kolesterol yang diperolehi daripada pengambilan makanan berasaskan haiwan, tubuh kita juga mempunyai kemampuan untuk menghasilkan semua kolesterol yang diperlukan untuk pelbagai fungsi badan.

Pengekalkan tahap kolesterol dalam peringkat yang disarankan (normal) adalah penting untuk memperolehi kebaikan maksima. Kolesterol digunakan untuk membuat cecair hempedu yang dihasilkan oleh hati. Ini adalah amat penting untuk melindungi saraf, membina sel-sel badan yang baru, dan menghasilkan hormon tertentu yang diperlukan untuk perkembangan normal dan fungsi tubuh manusia.

Kolesterol secara semulajadi seperti lilin yang dibuat oleh hati. Ia merupakan kombinasi daripada lemak dan steroid. Kolesterol kurang/tidak larut dalam air dan lipoprotein tertentu diperlukan untuk mengangkut kolesterol dalam pembuluh darah.

Jenis lipoprotein :

☑Low density lipoprotein (LDL)
☑ merupakan komponen utama
☑Very low density lipoprotein (VLDL)
☑High density lipoprotein (HDL)
☑Low density lipoproteins(Kolesterol Buruk)

Low Density Lipoproteins juga dikenali sebagai (LDL) atau kolesterol buruk kerana mereka mempunyai kecenderongan untuk melekat di dinding arteri.Ini menyebabkan pembentukan bahan tebal dan keras dipanggil plak kolesterol. Menurunkan paras kolesterol LDL akan mengurangkan risiko daripada penyakit jantung.❤️🩺

Disarankan bagi mereka yang berumur atas 30 tahun harus menjalani ujian saringan sekurang-kurangnya satu pemeriksaan perubatan pada setiap tahun. Jika anda mempunyai kolesterol tinggi, harus diulang setiap 2 ke 6 bulan. Di sarankan ujian kolesterol di ulang selepas kaunseling dan perlaksanaan intervensi di lakukan.

Klinik Famili ada menyediakan ujian saringan darah bagi memeriksa kandungan kolesterol dengan harga serendah RM80

Sebarang pertanyaan dan temujanji sila hubungi kami di talian 0389253971

*sumber dari KKM,myhealth.gov.my dan PHM

02/09/2021

📢📢BLOOD TEST OFFER!!

Bila kali terakhir anda membuat saringan kesihatan dan darah? Golongan mana yang perlu buat saringan kesihatan?

Seseorang yang mempunyai ahli keluarga yang mempunyai darah tinggi, kencing manis, kolesterol atau sakit jantung, dan berusia 30tahun ke atas antara yang berisiko dan memerlukan saringan kesihatan setiap tahun.

Saringan kesihatan penting untuk mengesan sebarang penyakit sebelum menjadi lebih teruk. Mencegah adalah lebih baik dari mengubati.

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan/temujanji di talian 0389253971.

When was the last time your done blood/medical checkup? Who need the blood test?

Everyone especially people with strong family history of diabetes, hypertension, cholesterol. heart disease, and people above 30 years old.

It is vital to do annual medical checkup with medical professional so that you will aware and detect any diseases early.

Prevention is better than cure. Contact us for futher information at 03-89253971.

31/08/2021

SELAMAT HARI MERDEKA

MALAYSIA TANAH AIR KU.

SEMOGA SENTIASA DI BAWAH LINDUNGAN YANG MAHA ESA.

12/08/2021

KEPADA YANG MENCARI :
COVID-19 SALIVA RTK TEST(HOME KIT)

Klinik Famili By Syafaat Medical - Taman Kajang Impian
SEMENTARA STOCK MASIH ADA.

30/07/2021

📢📢📢 FLASH PROMO COVID 19 SWAB BY KLINIK FAMILI !!

Kes COVID 19 semakin menular di masyarakat setempat. Ujian swab covid 19 ini sesuai untuk saringan bekerja, close contact mahupun saringan untuk persendirian.

Harga swab covid 19 kami berpatutan dan keputusan swab kan diberikan 10-15minute lepas swab dijalankan untuk RTK manakala PCR selama 24-48jam

Harga RTK secara berkumpulan/Syarikat lebih dari 5orang hanya RM70!! Harga PCR hanya RM180 sekiranya lebih dari dua orang.

Kami menerima walk in/ drive thru juga
Sebarang pertanyaan/temujanji boleh hubungi kami di talian 0389253971

Want your practice to be the top-listed Clinic in Bangi?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Operating Hours

Kami beroperasi setiap hari termasuk cuti umum

Dari 8:30am hingga 1130:pm

We are open everyday including public holidays

From 8:30am - 11:30pm

Videos (show all)

May this Ramadan bring joy, health and wealth to you. Happy Ramadhan from us, Klinik FamiliSemoga Ramadan tahun ini dibe...
📢📢BLOOD TEST OFFER!!Bila kali terakhir anda membuat saringan kesihatan dan darah? Golongan mana yang perlu buat saringan...
Swab Test Klinik Famili
swab covid 19 promo!!
Urutan modern menggunakan teknologi dari Barcelona, Spain
CUCUK UNTUK TRIGGER FINGER

Category

Telephone

Website

Address


No. 1-G, Jalan Kajang Impian 2/1, Taman Kajang Impian, Bandar Baru Bangi
Bangi
43650

Opening Hours

Monday 08:30 - 22:00
Tuesday 08:30 - 22:00
Wednesday 08:30 - 22:00
Thursday 08:30 - 22:00
Friday 08:30 - 22:00
Saturday 08:30 - 22:00
Sunday 14:30 - 21:30

Other Medical & Health in Bangi (show all)
Top Agent Coway Diana Top Agent Coway Diana
Bangi, 43650

Tugas Saya Adalah membantu dan menguruskan pembelian produk Coway dengan mudah,pantas dan terjamin

Oxylife IZoN AR Oxylife IZoN AR
Kajang
Bangi, 43000

Peranti Terapi Mata Tercanggih

BOCA SURE tanpa suntikan tanpa kos BOCA SURE tanpa suntikan tanpa kos
Bangi, 10000

Boca Sure Colostrum ialah hasil terobosan dalam penyelidikan saintifik daripada bahan aktif termaju di dunia mengikut formula pemakanan khusus dari Amerika Syarikat, dan merupakan ...

By_Ell By_Ell
Bangi, BANGI,SELANGOR,

I have ready stocks product.

Pusat Rawatan homeopathy Homeomed - Bangi - Pusat Rawatan homeopathy Homeomed - Bangi -
1-15-01, Jalan Medan Pusat Bandar 7, Bangi Sentral, Seksyen 9
Bangi, 43650

Natural alternative health care services recognized by the MOH. Homeopathy was founded in Germany by

Sahabat Rapat Kesihatan Anda Sahabat Rapat Kesihatan Anda
Bangi

Sahabat Rapat Kesihatan Anda

Ya Habibi Ya Habibi
Taman Kajang Impian Jalan 7
Bangi, 436500

Cinta kasih keluarga sejati

Uranol - Malaysia Uranol - Malaysia
Jalan Kota Bharu/Gua Musang
Bangi, 280

🔥 Prostat adalah kelenjar kecil organ pembiakan lelaki yang berbentuk saiz kacang dan, apabila disfu

Susu kacang DigoSure asli - Menguatkan tulang dan menguatkan imuniti Susu kacang DigoSure asli - Menguatkan tulang dan menguatkan imuniti
Bangi

Mencegah Degenerasi, Arthritis, Kebas Tangan dan Kaki, Cakera Hernia, Osteoporosis

Medifeet Bangi Medifeet Bangi
G29, Jalan 8/35, Taman Seri Bangi Seksyen 8
Bangi, 43650

MEDIFEET is the leading Medical Footwear and Podiatrist preferred footwear for Health/Medical/Comfort

Perubatan Holistik & Alternatif by Prof. Dr. Rosni Sulaiman Perubatan Holistik & Alternatif by Prof. Dr. Rosni Sulaiman
Bangi, 43000

Kami menawarkan solusi kepada pengguna yang mahu mencari penawar melalui PERUBATAN NATUROPATHI/ALAMI. Ubatan kami bebas bahan kimia berbahaya, natural dan alami, selamat diamalkan ...

Agent NCIG² Agent NCIG²
Jalan 4, Bandar Baru Bangi
Bangi, 43650

Agent Ncig2 Total Solution