Al Ard Bangi

Kami menawarkan Product Makanan Kesihatan, Frozen dan lain-lain lagi yang berkualiti untuk anda. J Pengedar şah produk Sihate, dan barangan keluaran muslim. 100%

14/04/2024

463 TAHUN
Islam berjaya menguasai Al-Aqsa dengan adil & aman.

13/04/2024

Gerakan Intifada
Dibangkitkan dari kalangan pemuda Palestine yang hanya membaling batu & kayu sebagai senjata pada tahun 1987.

12/04/2024

SABUN 100% MINYAK ZAITUN NABULSI.
100% PREMIUM OLIVE OIL NABULSI SOAP.
Sabun Pertama di dunia dihasilkan di Nablus, Tebing Barat Palestin sejak lebih 5000 tahun dahulu dengan menggunakan Minyak Zaitun sebagai bahan asas.
Resepi yang sama ini masih dikekalkan dan digunakan dalam penghasilan sabun Minyak Zaitun Alard.
Kini para ahli Koperasi Wanita Palestine di Nablus bekerjasama dengan syarikat Alard bagi menghasilkan produk sabun minyak zaitun Palestine untuk jualan di seluruh dunia.
Sabun Minyak Zaitun ini dihasilkan secara “Handmade” dengan menggunakan resepi sabun tertua di dunia sejak zaman “Levant” dan hanya menggunakan bahan asli tanpa campuran bahan kimia berbahaya.
Sabun ini amat sesuai digunakan untuk semua jenis keadaan dan masalah kulit seperti Eczema, Psoriasis & Rosacea.
Ianya telah menjadi sabun pilihan utama para doktor dan perawat serta mereka yang mempunyai kulit yang sensitif.

11/04/2024

"SABUN NI SANGAT MUJARAB! ANAK SAYA TAK NAK GUNA SABUN LAIN DAH!"
Itulah kelebihan sabun minyak zaitun keluaran Al Ard Palestine.
Ramai pelanggan kami menggunakan sabun natural ini kerana 5 sebab:
1. Ianya adalah handmade 100%, dihasilkan oleh Para Wanita di Tebing Barat, Palestine.
2. Ianya diperbuat 100% dari minyak zaitun dan tiada campuran apa pun bahan-bahan kimia dan pengawet.
3. Terbukti minyak zaitun adalah minyak terbaik di dunia untuk rawatan kulit. jadikan sabun minyak zaitun ini sebagai kegunaan luaran kulit bermasalah.
4. Sabun dari tanah subur dan diberkati. Ianya adalah tradisi turun temurun dari ribuan tahun sebelum ini.
5. Bau yang asli, warna yang asli dan aroma yang asli. Tiada campuran, penambah bau dan warna.
Jadikan sabun minyak zaitun yang di datangkan dari tanah palestine yang diberkati di setiap rumah anda!
Stok untuk Sabun Minyak Zaitun ini sangat TERHAD❗️
Kerana mendapat permintaan yang tinggi di Malaysia.

09/04/2024

Maksud Al-Aqsa
Maksud pertama adalah "yang tertinggi"
dan yang kedua adalah "yang paling jauh".

08/04/2024

Alhamdullillah ramai yang mula datang membeli Minyak Zaitun Palestine sebagai Buah Tangan untuk Ibu dan Ayah tercinta di Kampung...
Kurang sikit rasa risau bila Ibu dan Ayah s**a amalkan Minyak Zaitun Premium Organic dari Alard Palestine ni..
InsyaAllah, ini adalah ikhtiar terbaik untuk memastikan kesihatan mereka sentiasa dalam keadaan baik.
Jom kita ambil peluang Hari Raya Aidilfitri tahun ini untuk hadiahkan mereka Minyak Zaitun Palestine Terbaik di Dunia ini...

07/04/2024

MINYAK ZAITUN PALESTINE TERBAIK DI DUNIA.
ALARD PALESTINIAN PREMIUM ORGANIC EXTRA VIRGIN OLIVE OIL.
Palestine, Bumi yang di Berkati adalah “Tempat Lahir” pokok zaitun di dunia.
Palestine juga dikenali sebagai “THE HOME OF THE ANCIENT OLIVE TREE”
Tanah Palestine yang subur dan penuh Barakah serta keadaan muka bumi bergunung ganang, keadaan cuaca yang sejuk dan panas yang melampau serta taburan hujan yang rendah akan menghasilkan buah zaitun yang bermutu tinggi.
Tanaman secara organik seperti yang dilakukan sejak lebih 5000 tahun lalu serta cara penjagaan pokok zaitun yang rapi menggunakan kaedah moden juga akan menghasilkan minyak zaitun Organik yang berkualiti tinggi.
Alard adalah sebuah Syarikat Pengeluar dan Pengeksport Minyak Zaitun terbesar di Palestine.
Syarikat Alard juga telah menerima anugerah Pengeksport Terbaik Palestine.
Minyak Zaitun Premium Organic Extra Virgin Alard yang berkualiti tinggi ini adalah hasil penggunaan Teknologi Moden dan Terkini.
Minyak Zaitun yang mengandungi khasiat Antioksidan, vitamin dan mineral yang tinggi ini mempunyai pelbagai kelebihan tersendiri :
✅Pembotolan secara “Nitrogen Injection Bottling” bagi mengekalkan kandungan Khasiat Antioksidan.
Tanpa Nitrogen Injection Bottling, Minyak Zaitun tersebut akan terdedah kepada Udara dan akan TEROKSIDA.
Minyak Zaitun yang TEROKSIDA akan Memudaratkan Kesihatan.
✅ Minyak Zaitun Awal Musim Terbaik “EARLY HARVEST”.
✅ Extra Virgin (Perahan Pertama) & Cold Pressed.
✅ Dari Pilihan Buah Zaitun Hijau yang Terbaik & Di Proses Pada Hari Yang Sama.
✅ Kandungan Acidity Rendah, kurang dari

06/04/2024

Delima kaya dengan vitamin A,C,E dan asid folik, serta tiga kali ganda antioksidan berbanding teh hijau.

06/04/2024

Gaza ialah tempat kelahiran Imam as-Syafie', iaitu imam bagi mazhab umat Islam khususnya bagi umat Islam yang menetap di Malaysia.
Gaza juga merupakan tempat kelahiran Imam al-Ghazali, iaitu ulama besar yang telah menulis kitab Ihya Ulumuddin.

06/04/2024

Rupa Bentuk Asal "Dome of The Rock".

Dibina oleh Khalifah Umayyah Abdul Malik Ibn Marwan yang pada asal nya kayu dengan penutup tembaga, plumbum atau seramik.

06/04/2024

DI SEBALIK PERANG, KILANG MINYAK ZAITUN KAMI MASIH BEROPERASI
“Dah perang macam ini, macam mana boleh buat minyak zaitun lagi?”
Inilah antara soalan yang biasa saya dapat.
Berdasarkan pengalaman peribadi, saya dapati masih ramai rakyat Malaysia yang belum faham tentang keadaan geografi Palestin.
Palestin ni bukan macam keadaan negara yang biasa kita lihat. Kebiasaannya dalam sebuah negara, daerah-daerah didalamnya tersambung.
Namun situasi berbeza berlaku pada Palestin.
Akibat pendudukan dan juga rampasan tanah oleh Israel sejak lebih 70 tahun yang lalu. Keluasan tanah yang diduduki oleh rakyat Palestin semakin hari semakin mengecil .
Yang tinggal hari ini hanyalah Palestin yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu Gaza dan Tebing Barat .
Jarak antara Gaza dan Tebing Barat bukannya dekat iaitu kira-kira 100 kilometer atau lebih tepatnya 93.2 km.
Perang yang kita sedang lihat sekarang ni berlaku di kawasan Gaza. Serangan Israel yang bermula di Bandar Gaza dan hari ini sudah merebak ke kawasan Rafah.
Dalam masa sama, serangan turut berlaku di Tebing Barat iaitu di Bandar Jenin.Walaupun serangannya tidak sehebat di Gaza namun ia masih berlaku.
Jarak Bandar Jenin ini tidak jauh dari kawasan operasi kilang kami di Nablus. Hanya satu jam sahaja perjalanan.
Akibat serangan di Jenin, operasi kami menghadapi gangguan. Jalan-jalan rosak dan pekerja-pekerja kami s**ar untuk datang ke tempat kerja.
Di Tebing Barat inilah terletaknya kebun-kebun zaitun yang luasnya sejauh mata memandang.
Saya dah cerita pada tempoh hari bahawa kebun zaitun ini ada fungsi dua dalam satu untuk mempertahankan tanah dari dirampas Israel, dalam masa sama menjana ekonomi Palestin.
KILANG ZAITUN NADI KEHIDUPAN WARGA PALESTIN
Walaupun menghadapi pelbagai cabaran, kami tetap meneruskan operasi kilang kerana ia adalah nadi kehidupan kepada masyarakat Palestin.
Sekiranya kilang ditutup macam mana pekebun-pekebun nak pastikan hasil kebun mereka akan dibeli?
Bagaimana p**a dengan nasib pekerja-pekerja di kilang?
Bagaimana p**a nasib mereka yang menyediakan perkhidmatan logisitik dan pengangkutan menghantar minyak zaitun ke pelabuhan di Jordan bagi tujuan eksport ke seluruh dunia?
Inilah cara Al’Ard berfikir. Kami meletakkan kepentingan komuniti sebagai perkara paling utama berbanding perkara-perkara lain.
Jika itu kisah kami di Palestin, bagaimana p**a dengan kisah kami di Malaysia?
Apabila kilang sudah sediakan produk minyak zaitun berkualiti dunia, pasti kami perlukan usahawan yang sudi berjuang bersama kami mengedarkan minyak zaitun Al’ard di sini.
Kami sudah bertapak di Malaysia sejak 10 tahun lalu dan hari ini kami ingin menjalankan gerak kerja besar-besaran bagi penghantaran dana bernilai RM 3 juta ke Palestin.

05/04/2024

Labu dapat melambatkan rasa lapar dan memiliki kandungan air yang tinggi sehingga 94%.

05/04/2024

Firman Allah SWT Ayat Pertama Surah Al-Isra'
Maksudnya: "Maha Suci Allah, yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada suatu malam dari Masjidilharam (di Makkah) ke Masjidilaqsa (di Palestin) yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
Bumi Palestin merupakan tanah suci umat Islam yang dikaitkan dengan sejarah para rasul dan nabi, dan memberikan mana yang mendalam dalam sanubari umat Islam.
Ayat pertama Surah al-Isra' tersebut menunjukkan betapa Islam mengangkat kemuliaan Masjidilaqsa dan bumi Palestin yang dilimpahi keberkatan Ilahi.
Terdapat banyak ayat al-Quran yang mengiktiraf keberkatan bumi Palestin kerana di situlah tempat kelahiran para nabi, tanah yang diberkati serta berlangsungnya dakwah tauhid melalui kisah Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak, Nabi Sulaiman dan Nabi Musa a.s.

02/04/2024

Nabi Ibrahim a.s. membina Masjid Al-Aqsa..

Tetapi telah dirobohkan selepas penaklukan Baitulmaqdis..

31/03/2024

Hebatya Sedekah Di Bulan Ramadan

"Sedekah dapat menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api"

- HR. Tirmidzi di shahihkan Al Albani dalam Shahih At-Tirmidzi: 614

29/03/2024

SABUN 100%❗️Apa yang 100%?

100% Minyak Zaitun Palestine.
100% Buatan Tangan Di Nablus Palestine.
100% Hasil Usaha Koperasi Wanita Nablus Palestine.
100% Natural - Bebas Pengawet, Bebas Pewarna, Bebas Pewangi, Bebas SLS, SLES & Parabens.

Alhamdulillah, banyak feedback positif selepas pengguna menggunakan sabun Nabulsi ni.

28/03/2024

Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isyak. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga cukup 8 ataupun dua puluh rakaat.

27/03/2024

Daripada Ali bin Abu Talib diriwayatkan bahawa setelah Nabi selesai melakukan solat sunat Witir, Baginda pun bersabda:
Wahai ahli al-Quran, berwitirlah kamu kerana Allah SWT menyukai sesuatu yang ganjil.
(Hadis Riwayat Abu Daud)

27/03/2024

Tidur Yang Mencukupi
Tips sihat Ramadan yang penting juga termasuklah menentukan masa dan jumlah tidur yang sederhana cukup.

26/03/2024

Solat sunat witir bukan sekadar dilakukan pada bulan Ramadan sahaja, malah hendaklah dilaksanakan pada setiap malam kerana solat sunat witir hukumnya sunat muakkad, iaitu sunat yang amat digalakkan di dalam Islam.
Waktu mengerjakan sembahyang sunat witir ialah sepanjang malam, iaitu selepas menunaikan sembahyang fardu Isyak sehinggalah menjelang sebelum masuk waktu sembahyang fardu Subuh.

25/03/2024

Galakkan Bersahur
Hukumnya adalah sunat yang sangat dituntut berdasarkan nas-nas yang menggalakkannya, disamping ianya juga merupakan perbezaan antara puasa orang Islam dan juga puasa ahli kitab.
“Maknanya, perbezaan yang paling ketara antara puasa kita dan puasa mereka (ahli kitab) adalah bersahur, sesungguhnya mereka tidak bersahur dan kita disunatkan untuk bersahur”.
(Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 7/207)
“Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan.”
Riwayat al-Bukhari (1923), dan Muslim (1095).

24/03/2024

SABUN 100%❗️Apa yang 100%?
100% Minyak Zaitun Palestine.
100% Buatan Tangan Di Nablus Palestine.
100% Hasil Usaha Koperasi Wanita Nablus Palestine.
100% Natural - Bebas Pengawet, Bebas Pewarna, Bebas Pewangi, Bebas SLS, SLES & Parabens.
Alhamdulillah, banyak feedback positif selepas pengguna menggunakan sabun Nabulsi ni.
Lagi-lagi yang ada masalah kulit sensitif dan ekzema. Sangat disarankan!
Cepat dapatkan sekarang!
Stok untuk Sabun Minyak Zaitun ini sangat TERHAD❗️
Kerana mendapat permintaan yang tinggi di Malaysia.

24/03/2024

Menara Al-Silsilah
Menara ni p**a terletak di sebelah barat al-Aqsa dan telah dibina pada zaman pemerintahan Sultan an-Nashir Muhammad bin
Qalawan pada tahun 1340 Masihi.

22/03/2024

SABUN 100%❗️Apa yang 100%?
100% Minyak Zaitun Palestine.
100% Buatan Tangan Di Nablus Palestine.
100% Hasil Usaha Koperasi Wanita Nablus Palestine.
100% Natural - Bebas Pengawet, Bebas Pewarna, Bebas Pewangi, Bebas SLS, SLES & Parabens.
Alhamdulillah, banyak feedback positif selepas pengguna menggunakan sabun Nabulsi ni.
Lagi-lagi yang ada masalah kulit sensitif dan ekzema. Sangat disarankan!
Cepat dapatkan sekarang!
Stok untuk Sabun Minyak Zaitun ini sangat TERHAD❗️
Kerana mendapat permintaan yang tinggi di Malaysia.
Cepat dapatkan sekarang sementara stok masih ada 👇👇

21/03/2024

SALAH satu jenis juadah pop**ar yang disediakan untuk berbuka puasa adalah dalam bentuk gorengan.
Meski menjadi menu kegemaran ramai orang, tetapi ternyata makanan berbentuk gorengan tidak disarankan untuk diambil lebih-lebih dalam kuantiti yang banyak saat berbuka puasa.
Penasihat pemakanan mengatakan kebanyakan makanan jenis gorengan tidak baik untuk berbuka puasa kerana kandungannya dominan terdiri daripada karbohidrat dan lemak tidak sihat.
Proses pengolahan makanan gorengan biasanya menggunakan minyak terpakai berulang kali khususnya makanan yang dibeli di bazar.
Hal ini menjadikan minyak sebagai sumber kolesterol yang tidak ideal.

21/03/2024

Kunyah Dengan Perlahan
Makan secara perlahan merupakan cara yang paling senang untuk individu turunkan berat badan. Ini kerana dengan cara pemakanan tersebut dapat meningkatkan rasa kenyang yang berpanjangan berbanding dengan cara makan cepat.

21/03/2024

Menara Al-Magharibah
Menara ini terletak di bahagian barat daya dari al-Aqsa dan telah dibina sewaktu
pemerintahan Mamluk Mesir al-Malik al-Mansuri Husam ad-Din Lajin al-Mansuri.
Binaan dan reka bentuknya terdiri daripada rekaan tradisional.

19/03/2024

Umat Islam diingatkan tidak membazir ketika membeli juadah berbuka puasa, termasuk terpengaruh dengan iklan makanan atau minuman yang menjadi viral di media sosial.
M***i Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad, berkata Ramadan adalah bulan umat Islam berpuasa dan meningkatkan amalan yang mendatangkan pahala, justeru tidak sepatutnya dicemarkan dengan pembaziran.
"Ibadat puasa itu sendiri mengajar kita supaya menahan lapar dan dahaga serta mengawal nafsu. Oleh itu, umat Islam perlu mengelak daripada membeli juadah secara berlebihan sehingga terpaksa dibuang selepas waktu berbuka.
"Kalau diikutkan nafsu, memang kita akan mudah terpengaruh dengan pelbagai juadah lebih-lebih lagi yang berwarna-warni selain makanan atau minuman yang menjadi viral di laman sosial. Tidak salah membeli, tetapi jangan berlebihan,"

18/03/2024

Kelebihan Minyak Zaitun Untuk Ibu Hamil. Jom Amalkan!
Umumnya, kita sedia maklum bahawa terdapat banyak manfaat minyak zaitun untuk ibu hamil. Sebelum kita mengenal dengan lebih lanjut manfaat tentang minyak zaitun, elok juga kalau kita kupas sedikit tentang jenis minyak zaitun yang terbaik yang terdapat di pasaran.

JENIS-JENIS MINYAK ZAITUN
Di Malaysia, antara jenis minyak zaitun yang kita biasa dengar adalah pure olive oil, virgin olive oil, dan extra virgin olive oil.

Ketiga-tiga jenis minyak zaitun ini minyak zaitun dari jenis extra virgin olive oil (EVOO) adalah yang paling berkualiti di mana ia berasal dari hasil perasan pertama buah zaitun.
Minyak zaitun extra virgin ini mengandungi jumlah nutrisi dan vitamin yang tinggi, tidak ada bahan kimia tambahan, jernih, lembut, bertekstur, keasidannya kurang dari 1%. Ia boleh digunakan sebagai salad dressing, atau diminum terus dari sudu sebagai suplemen tambahan, atau disapukan pada badan. Pilihan kedua terbaik adalah virgin olive oil, dan seterusnya pure olive oil.
Selain daripada 3 jenis minyak zaitun yang disebutkan di atas, terdapat lagi beberapa jenis minyak zaitun yang kurang berkualiti atau bergred rendah kerana ia telah dicampur dengan bahan kimia dan diproses seperti pomace olive oil dan lite live oil.

5 KELEBIHAN MINYAK ZAITUN UNTUK IBU HAMIL

Berikut adalah kelebihan minyak zaitun untuk ibu hamil:
1. MENGURANGKAN STRETCH MARK

Minyak zaitun mempunyai kandungan vitamin dan mineral yang bermanfaat untuk ibu hamil, terutamanya yang mengalami masalah kulit kering atau stretch mark. Untuk mengurangkan regangan dan kegatalan, kandungan vitamin E yang terdapat di dalamnya sangat baik untuk mengekalkan kelembapan secara semulajadi.
Selain itu, kandungan squalane yang terdapat dalam minyak zaitun extra virgin menjadikannya sebagai salah satu kandungan utama dalam pelbagai produk kosmetik.

Caranya, oleskan sedikit minyak zaitun pada kulit dengan perlahan-lahan di kawasan yang kering atau stretch mark. Seeloknya, cuba dalam kuantiti sedikit dahulu dan tunggu beberapa minit untuk melihat jika timbul sebarang reaksi.
2. MENINGKATKAN SISTEM PERTAHANAN TUBUH IBU & BAYI

Manfaat minyak zaitun berikutnya adalah meningkatkan sistem kekebalan tubuh, terutama bagi ibu hamil yang mengalami pelbagai masalah kesihatan, lebih-lebih lagi pada fasa awal kehamilan.
Vitamin A yang tinggi dalam minyak zaitun berpotensi mencegah risiko penyakit seperti demam pada ibu hamil. Selain itu, sebuah jurnal melalui National Center for Biotechnology Information mendapati bahawa pengambilan minyak zaitun untuk ibu hamil didapati mengurangkan risiko lelah atau wheezing pada bayi seawal tahun pertama kelahirannya. Selain itu, ia mempunyai banyak kebaikan kepada kesihatan ibu hamil dan juga bayi.
3. MENCEGAH SEMBELIT

Sembelit adalah salah satu masalah yang kerap muncul sejak seorang wanita mula hamil. Medical News Today melalui laman web mereka menjelaskan bahawa minyak zaitun berkesan untuk menjadi penawar semulajadi bagi masalah

Ini kerana, lemak sihat yang terdapat dalam minyak zaitun boleh melembutkan najis dan memudahkannya untuk disingkirkan melalui usus. Minyak zaitun juga membantu najis memerangkap lebih banyak air, lalu mengelakkan najis daripada menjadi keras.
4. MELENGKAPI NUTRISI

Minyak zaitun kaya dengan pelbagai nutrisi yang penting untuk perkembangan bayi dan keperluan ibu hamil seperti lemak, protein, kalori, zat besi, vitamin E, vitamin A, Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3 dan juga Vitamin C.

Di samping itu, ia membantu tubuh agar penyerapan nutrisi berlaku secara optimum.
5. MEMUDAHKAN KELAHIRAN

Salah satu petua memudahkan kelahiran adalah dengan melakukan urutan perineum pada bahagian f***j apabila menjelang tarikh kelahiran. Urutan ini boleh dilakukan dengan menggunakan minyak kelapa dara atau minyak zaitun.

Selain melakukan urutan tersebut, minyak zaitun juga boleh diminum dalam kuantiti 1-2 sudu setiap hari.
BOLEH TERUS DIAMALKAN SEHINGGA SELEPAS BERSALIN
Begitu banyak manfaat minyak zaitun untuk ibu hamil, malah ia juga boleh terus diamalkan sehingga selepas bersalin dan juga seisi keluarga.
Walaubagaimanapun, bersederhanalah dalam kuantiti yang diambil kerana apa saja jenis makanan tidak seharusnya diambil secara keterlaluan.

Sebenarnya Banyak Lagi... Sampai Tak Tertulis...

Want your business to be the top-listed Grocery Store in Bangi?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

sabun nabulsi Palestine
Quiz 1
𝗦𝗮𝗯𝘂𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗱𝗶 𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮
Nabulsi Soap /Sabun Nabulsi Palesti**
Zaatar Palestinian
zaatar diperbuat dari pokok thyme di Palestine selalu daun thyme ini gordon ramsey buat untuk steak, daging kambing baka...
Jom Mulakan Hari Kita Dengan Penuh Tenaga💪🏻✨Dengan mengambil Madu Bunga Habbatus Sauda🐝🍯 Kita dapat :👍🏻 Menambah Tenaga ...
🌸Assalammualaikum dan Selamat Pagi🌸"Cukuplah Allah sebagai tempat diri bagi kami,sebaik-baiknya pelindung dan sebaik-bai...
As salamualaikum wbt. VIDEO Unboxing SINGLE STATE EVOO MOROCCON ZITOUNA oleh AF Ustaz Rozie RejabBoleh klik link di bawa...
Produk kesihatan yang diiktiraf dan menjalani ujian lab di peringkat antarabangsa dan dalam negara. Nak order wasap no 👇...
Suasana alam dan bunga di Wilayah Chon Kemin, Kyrgyzstan?
Selebriti di langit

Telephone

Address


C-11-3, Plaza Paragon Point, Jalan Medan Pusat Bandar 5, Seksyen 9
Bangi
43650

Other Health Food Shops in Bangi (show all)
OCOC Store International OCOC Store International
B6-5, Blok Heliks Emas, Jalan Bangi UKM-MTDC
Bangi, 43600

The easiest way to eat healthy. Quick & easy healthy food that doesn't taste bland.

HealMeal HealMeal
B-31-16, KOMPLEKS EVO, Jalan PUSAT BANDAR 2
Bangi, 43650

HealMeal provides you exclusively designed MEAL PLANS delivered to your door for you to LOSE WEIGHT, GET FIT, EAT HEALTHY and many more.

Getyourkurma Getyourkurma
Bangi

Kurma Shop

Dunia Madu HQ Dunia Madu HQ
No7-55-02 Jalan Medan Pusat Bandar 8A Bangi Sentral Seksyen 9
Bangi, 43650

madu tualang asli

Fibre Flex Easy Fibre Flex Easy
21, Kajang
Bangi, 43000

Mental Kuat Badan Sihat Mental Kuat Badan Sihat
63 Jalan 7/7C
Bangi, 43650

Tips untuk menjaga kesihatan mental, kekuatan fizikal dan pengurusan emosi menjadi insan berkebolehan

Ayumurny Ayumurny
Savanna Southville City, Taman Teknology Mint
Bangi, 43000

TTC OAT CEREAL, THERAPHY CREAM, COFFEE

Topbee Topbee
C-G-41, Savanna Lifestyle Retail, Jalan BBLS 2, Bandar Baru Lembah Selatan, Dengkil
Bangi, 43800

MAKANAN SUNNAH YANG MEMBERI BANYAK MANFAAT

Right.Bitechoc Right.Bitechoc
Rumah Safi Lot 61445, Jalan Tok Saat Kampung Teras Jernang
Bangi, 43650

“kami menjual produk berasaskan makanan yang sihat”

Madu Tualang MyHoneey - Singapore COD Madu Tualang MyHoneey - Singapore COD
21-1 TAMAN KAJANG IMPIAN
Bangi, 43650

Selling Original Madu Tualang Asli From Malaysia

CELiQ MY CELiQ MY
Jalan 3 Tambahan
Bangi, 43650

CELiQ membantu agar anak-anak cemerlang akademik dan sahsiah

Markaz Quran Bangi Markaz Quran Bangi
No 5, Jalan 9/2, Taman IKS, Seksyen 9
Bangi, 43650

Sunnah Nabawi Sihat Alami. Jom JANA INCOME bersama kami dengan rangkaian produk organik dan asli.