PU Injection Grouting Waterproofing Services
Menyediakan Servis memasang dan membaiki sistem kalis air (Waterproofing) di premis komersial dan pe Inspection and quotation is Free of charge!
Provide the overall household and commercial repairing services. We are specialize in Waterproofing and grouting (Chemical Injection Treatment) service. We provide the services for Chemical Injection Treatment / Waterproofing and other services related with Slab / Ceiling / Floor leaking or water seeping.
Lokasi : Kuang, Sg.Buloh
Kaedah membaiki : Epoxy mica + PU based top coat
Epoxy dah boleh dipasang di ruang outdoor (cadangan pemasangan di balcony yang leaking)
Bagi yang tak nak memecah tiles,kerja cepat siap,harga berpatutan boleh consider kaedah ini.
Hubungi kami di :
https://wa.me/message/4H5VMJWTZYYLE1
Follow kami di channel :
https://whatsapp.com/channel/0029VaZfqo29cDDcd4YzT41i
Lokasi : Kuang, Sg. Buloh
Kaedah membaiki : Torch applied Membrane
Hubungi kami di :
https://wa.me/message/4H5VMJWTZYYLE1
Join channel kami di :
https://whatsapp.com/channel/0029VaZfqo29cDDcd4YzT41i
Lokasi : Residen Pelajar Uitm
Jenis masalah : Kebocoran dinding berlaku ketika hujan.
Disebabkan tiada ruang, dan tempat kebocoran tidak dapat dicapai dari luar, kaedah PU grouting juga boleh membaiki jenis- jenis kebocoran disebabkan retakan pada struktur dinding.
Namun teknik dan juga cara membaiki sedikit berbeza dari membaiki kebocoran di struktur konkrit.
Hubungi kami bagi sebarang pertanyaan dan rujukan masalah kebocoran di premis kediaman anda!
https://wa.me/message/4H5VMJWTZYYLE1
Lokasi : Shah alam
Kaedah membaiki : Epoxy flakes Waterproofing
-Kaedah membaiki kebocoran bagi keseluruhan lantai tandas.
Kelebihan :
-Bagi pendapat saya kaedah ini lebih jimat, lebih cepat dan lebih praktikal untuk jangka masa yang panjang bagi mengatasi masalah kebocoran lantai tandas.
-Mudah untuk dibaiki sekiranya lapisan tersebut rosak.Hanya perlu melakukan beberapa langkah bagi membaiki.
-Lantai menjadi lebih kesat dan kalis air 100%!
Kekurangan :
-Bagi pendapat saya kaedah ini tidak dapat mengatasi masalah air lantai bertakung disebabkan lapisan ini dipasang di atas tiles sedia ada.
-Air di lantai akan menjadi lambat kering disebabkan lapisan waterproofing tersebut berada di permukaan.
Namun dari segi ketahanan epoxy flakes lebih baik berbanding memecah tiles.
Klik link di profile / bio bagi menghubungi incharge kami.
Lokasi : Seremban
Kaedah membaiki : Torch applied Membrane + Liquid waterproofing
-Masalah kebocoran di kawasan zinc flushing dan slab tangki.
-Persediaan permukaan di lakukan dengan kerja grinding untuk membuang lapisan lama.
-Pemasangan primer
-Pemasangan lapisan pertama mortar
-Pemasangan lapisan acrylic+fibre
Klik link di bio untuk memudahkan urusan perbincangan mengenai masalah waterproofing di rumah anda!
Lokasi : Subang jaya
Pemasangan epoxy flakes bagi mengatasi masalah kebocoran lantai.
Dari gambar kita boleh lihat jangka masa panjang masalah seperti ini akan timbul.Celahan grout tiles akan pecah dan memudahkan air meresap ke struktur bawah tiles menyebabkan kebocoran.
Pemasangan epoxy pada kami adalah kaedah yang efektif bagi mengatasi masalah seperti ini.
Hubungi kami bagi rujukan dan temu janji site visit percuma!
Salah satu keadaan apabila watermark di siling terus seperti toilet tingkat atas bocor.Seteleh periksa isu lain.😅
Isu ini sangat banyak kami jumpa.Ini disebabkan keadaan suhu berbeza,air circulation dalam tandas yang kurang baik.
Dalam kes ini paip copper aircond lalu di siling tandas dan disebabkan insulation copper paip mungkin kurang baik,proses kondensasi berlaku dan menyebabkan air menitis,menimbulkan watermark pada siling.
Sebab itu kami selalu meminta gambar atau video dalam siling untuk menilai,memeriksa keadaan kebocoran.Namun jika anda mengalami kes**aran untuk mendapatkan gambar dalam siling,hubungi je kami..Biar kami yang periksa!🫡
Hubungi kami bagi sebarang pertanyaan atau rujukan berkenaan masalah waterproofing di rumah anda!
Lokasi : Shah alam
Retakan dinding punca resapan air ke dalam rumah.
Kami menggunakan kaedah PU grouting bagi menyelesaikan isu seperti ini sebab retakan tak dapat dicapai dari luar.
Pu grouting ini fleksibel dan boleh digunakan untuk membaiki banyak isu resapan di struktur cuma bila dan dimana digunakan sangat penting untuk diputuskan oleh applicator.
Kedalaman lubang drilling,pressure ketika grouting sangat penting dan jika tidak mahir boleh membuatkan dinding pecah kerana struktur dinding sangat berbeza dengan struktur konkrit.
Hubungi kami bagi sebarang pertanyaan jika anda mengalami masalah yang sama.
Bagaimana anda sebagai pelanggan ingin memilih kaedah yang terbaik bagi selesaikan masalah kebocoran air dalam konkrit di rumah anda?
Cat waterproofing atau torch membrane?
Epoxy flakes atau pecah tiles?
Atau PU Grouting je dah boleh settle??
Tips paling mudah..
-Bagi isu struktur luar seperti porch slab,extension rumah atau bumbung slab,kalau struktur sudah bocor, pilih torch membrane.Especially kalau sudah banyak kali dibaiki tapi masih bocor.
-Kalau struktur baru siap dibina,digalakkan memasang cat waterproofing dan sudah memadai untuk melindungi struktur rumah anda.
Kalau isu lantai tandas bocor?
-Secara umum,Epoxy flakes lebih baik dari pecah tiles dari segi kos,ketahanan dan bonus lantai jadi tidak licin.
-Untuk sesetengah masalah, PU Grouting sangat penting untuk memastikan kebocoran selesai dan tahan sangat sangat lama.
Kalau anda dah baca sampai sini,tentu nak tau lebih kenapa kan??
Hubungi kami untuk pertanyaan lanjut bagi siapa yang berminat untuk penerangan lebih terperinci.
Kelebihan kami??
-Kaedah membaiki kami tawarkan kaedah yang diiktiraf.
-Kami sendiri adalah applicator waterproofing,tenaga mahir warga tempatan pengalaman dalam 8 tahun.
-Jaminan kerja yang relevan diberikan,tak janji bulan bintang,cuma fakta dari pengalaman dan ilmu yang Allah pinjamkan insyaallah.
Lokasi : Sungai besi
Kebocoran di kawasan lift pit disebabkan isu "water table".
Menggunakan 2 jenis PU untuk kerja pembaikian iaitu water based dan oil based double component.
Antara masalah yang agak rumit.Rancangan asal kami akan menggunakan kaedah curtain grouting iaitu menggunakan PU untuk membuat satu layer waterproofing antara struktur konkrit dan kawasan "water table".
Namun disebabkan keadaan air yang kuat ketika proses drilling memerlukan kami menggunakan PU jenis air untuk menghentikan air yang keluar tak berhenti dan menggunakan PU jenis minyak untuk "fully seal" kawasan kebocoran tersebut.
Untuk merujuk masalah seperti ini boleh hubungi kami di :
https://wa.me/message/4H5VMJWTZYYLE1
Lokasi : Sendayan, Seremban.
Pemasangan epoxy flakes di bahagian lantai tandas tingkat atas.
Bagi pemasangan lapisan waterproofing, "surface preparation" adalah salah satu faktor ketahanan satu - satu pemasangan.
Bagi pemasangn epoxy flakes, persediaan permukaan penting bagi mendapatkan lekatan (bonding) antara epoxy primer dan lantai sedia ada.
Kami menggunakan epoxy jenis "solid base" bagi mendapatkan bonding kuat pada lantai.
Flakes sebagai layer kedua bagi mendapatkan struktur atau tekstur bagi lapisan ketiga iaitu lapisan epoxy clear resin mendapatkan lekatan yang kuat.
Setiap lapisan saling berkait untuk mendapatkan lapisan yang kuat dan tahan lama,ia akan berbalik semula pada lapisan primer atau lapisan pertama sebagai lapisan "anchor".Jika lapisan pertama tidak dipasang dengan baik,material dipakai kurang kualiti sebagai primer akan beri kesan kepada kualiti,ketahanan lapisan tersebut secara total.
Ingin rujuk masalah anda?Hubungi kami di :
https://wa.me/message/4H5VMJWTZYYLE1
Lokasi : Banting
Masalah kebocoran daripada tandas tingkat atas.
Tahukah anda?
Air resapan dari lantai tandas tingkat atas boleh merebak jauh melalui conduit yang ditanam dalam konkrit?
Keadaan ini biasanya membuatkan pelanggan atau kontraktor sendiri keliru punca resapan air tersebut.
Keadaan begini kami sentiasa cadangkan pembaikian dari "positive side" bagi memastikan resapan air itu berhenti.
PU grouting adalah kaedah bagi memastikan / memanjangkan hayat satu - satu lapisan waterproofing secara tidak langsung.
Bagaimana ia berfungsi?
Pu grouting kami gunakan untuk "sealing" retakan, cavity di dalam konkrit akibat dari resapan yang telah lama.Kebocoran yang lama akan membuatkan struktur konkrit tersebut rosak disebabkan air yang meresap melarutkan konkrit dan mengakibatkan besi rebar berkarat.Konkrit akan pecah jika dibiarkan.
Ingin merujuk masalah anda?
Hubungi kami di : https://wa.me/message/4H5VMJWTZYYLE1
Kenapa epoxy flakes dari pecah tiles?
1) Pemasangan lebih cepat.
- Kami memerlukan hanya 2 hari untuk pemasangan berbanding memecah tiles dan pemasangan cementitious.
2) Lantai menjadi lebih kesat, dapat menutup celahan tiles yang jadi laluan serangga seperti semut dan cacing masuk ke dalam tandas.
- Menyelesaikan isu yang selalu terjadi dekat tandas ground floor dan isu lantai tandas licin.
3) Harga lebih murah.
- Kaedah membaiki yang efektif dengan kos lebih rendah berbanding memecah tiles.
Dan banyak lagi kelebihan epoxy berbanding kaedah memecah tiles dan cementitious semula.
Tapi masih ada kelemahan pada epoxy ini antaranya :
1)Isu air bertakung disebabkan cerunan(slope) lantai tiles sedia ada kurang baik.
-Dengan pemasangan epoxy kami tidak dapat menyelesaikan isu air bertakung.Cuma dapat mengurangkan sahaja air bertakung tersebut.
2)Air di lantai bilik mandi jadi lambat kering.
-Ini disebabkan pemasangan lapisan kalis air di atas tiles sedia ada.
Untuk masalah umum,kami memang akan cadangkan pemasangan epoxy tapi atas beberapa isu mungkin pemasangan cementitious (pecah tiles) lebih baik.
Hubungi kami bagi sebarang pertanyaan dan kami akan guide tuan-puan.
Mengapa kami cadangkan pembaikian menggunakan torch applied membrane apabila keadaan permukaan slab seperti ini?
Dari gambar boleh nampak permukaan slab penuh retakan walaupun pemasangan cat waterproofing dilakukan kontraktor sebelum ini.
1)Retakan mesti di baiki dahulu sebelum pemasangan dibuat.
2)Cat waterproofing tidak digalakkan menggunakan lain-lain produk sebagai lapisan pertama dan kedua bagi setiap pemasangan.
3)Cat waterproofing sebaiknya tidak sesuai bagi membaiki slab yang sudah bocor.Ada step tambahan perlu dilakukan sebelum pemasangan boleh dilakukan.
Torch membrane setakat ini memenuhi semua syarat dengan sifatnya cukup fleksibel, "bridging" retakan sedia ada dengan baik,lekatan kuat ke permukaan slab, tahan lama dengan permukaan mineral bagi ketahanan dan ketebalan yang cukup (3.5mm-4mm) untuk memastikan air hujan tidak menjejaskan slab.
Walau dengan cuaca tak menentu,pemasangan membrane tidak terjejas jika dibandingkan dengan cat waterproofing yang memerlukan waktu 4-5 jam bagi setiap lapisan kering.
"Alah membeli,menang memakai"
Harga pemasangan agak tinggi jika dibandingkan dengan cat waterproofing namun tidak dapat dinafikan membrane lebih baik dari segi ketahanan dan spesifikasinya.
Hubungi kami bagi sebarang pertanyaan,dan kami memberi diskaun bagi bulan ramadhan ini bagi pelanggan yang menempah dengan kami untuk slot bulan puasa insyaallah.
Kebocoran di frame tingkap
PU grouting
Kebanyakan isu ini berlaku pada rumah jenis condo /apartment/flat.
Kaedah PU grouting adalah satu kaedah untuk membaiki kebocoran ini jika tiada ruang untuk kita membaiki dari luar.
Hubungi kami jika anda mengalami isu seperti ini di :
https://wa.me/message/4H5VMJWTZYYLE1
Part 1:- Cat kalis air
Sebagai applicator yang menyediakan servis waterproofing,kami dah menggunakan bermacam - macam kaedah bagi setiap masalah waterproofing dalam dan luar rumah.
Kami berani katakan setiap kaedah ada kelemahan dan kelebihan masing - masing.Tiada satu kaedah membaiki untuk semua masalah waterproofing baik masalah dalam rumah atau luar rumah.
Disini kami sebagai applicator,yang memasang sendiri tanpa menggunakan third party,tanpa subcon,ingin berkongsi kelebihan dan kekurangan setiap kaedah.
Pada bahagian ini saya akan fokuskan pada masalah luar rumah contoh extension joint,car porch,balcony slab dll,ada 2 kaedah secara umumnya untuk masalah ini.
Cat kalis air
Kelebihan
-Mudah dan fleksibel.Mudah dipasang dan murah dari kaedah lain.Dapat menutup keseluruhan kawasan yang sempit dan s**ar dicapai.
-Tiada overlap seperti torch applied membrane,penyebab air tersekat dan air boleh bertakung.
Bagi cat waterproofing,boleh saya katakan sangat sesuai di pasang SEBELUM kebocoran berlaku.Kerana satu untuk mengelakkan lapisan dipasang di atas lapisan sebelumnya yang menggunakan material berlainan.
Kedua masalah akan timbul apabila lapisan tersebut dipasang di atas slab yang sudah bocor.Kerana slab yang sudah bocor akan menyerap air ke dalam slab.Masalah akan timbul apabila lapisan cat waterproofing dipasang dan ketika cuaca panas,air tersebut akan mula "evaporate" dan isu cat gelembung,pinhole akan timbul.Lapisan tersebut akan rosak dan tak akan tahan lama.
Ketiga masalah ketebalan tidak menepati spesifikasi dari pengilang dan pengeluar produk.Ini adalah masalah applicator yang kurang ilmu dan pengetahuan mengenai material yang digunakan.
Keempat masalah umum pemasangan cat waterproofing adalah pemasangan di atas kawasan lalu lalang seperti balcony.Ini kerana lapisan tersebut akan terkoyak contoh jika diseret kerusi,orang lalu lalang dan geseran roda penyidai baju.Tuan dan puan mesti tak s**a selepas pemasangan dibuat contoh atas balkoni rumah,applicator akan beritahu pantang larang yang tak boleh dilakukan ke atas permukaan balkoni kan?
Masih banyak kelemahan pemasangan cat waterproofing yang saya boleh kongsi namun secara dasarnya jika tuan puan memilih applicator yang betul - betul mahir dan ada pengetahuan mengenai material dan servis yang diberikan,masalah di atas tidak akan timbul kerana mereka tau kelebihan dan kekurangan kaedah tersebut.
Yang pasti cuma satu,tiada satu kaedah yang boleh selesaikan semua masalah.
Lokasi : Hulu Langat
Kaedah membaiki : PU grouting, Epoxy Flakes waterproofing dan pembaikian siling
Sesetengah masalah kebocoran kami akan mencadangkan pembaikian dua kaedah ini terus untuk mengatasi masalah kebocoran secara keseluruhan (total)
Kerana sesetengah masalah tidak hanya boleh dibaiki dengan kaedah PU grouting sahaja.PU grouting sesuai untuk pembaikian spesifik dimana digunakan untuk menutup laluan air meresap dan kaviti di dalam konkrit tersebut.
Epoxy flakes p**a bertindak sebagai langkah pencegahan(prevention) di mana kami melakukan satu lapisan kalis air di bahagian atas tiles. Permukaan lantai tandas akan jadi kesat, kalis air dan lebih cantik.Tempoh pemasangan juga lebih cepat dan tahan lama berbanding memecah tiles.
Hubungi kami di https://wa.me/message/4H5VMJWTZYYLE1 bagi sebarang pertanyaan mengenai masalah kebocoran konkrit di rumah atau premis komersial anda!
Lokasi : Seremban
Kaedah membaiki : Torch Applied Membrane
Masalah extension joint leaking ketika hujan.
Setelah membuat pemeriksaan kami mencadangkan pemasangan membrane bagi mengatasi masalah kebocoran di sepanjang extension joint.
Struktur yang ditambah (extend) biasanya akan ada isu settlement dan regangan di bahagian sambungan konkrit lama dan baru, membuatkan air mudah meresap di sepanjang sambungan tersebut.
Kaedah terbaik dengan menggunakan kaedah torch membrane dimana dengan kaedah ini mampu menutup (bridging) retakan yang timbul di permukaan slab dan sesuai untuk isu extension joint.Elakkan menggunakan kaedah menyimen dan cat waterproofing sahaja kerana pembaikian tersebut tidak tahan lama bagi isu sebegini.
Hubungi kami di https://wa.me/message/4H5VMJWTZYYLE1
Bagi sebarang pertanyaan dan nasihat.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Our Story
Kami menyediakan servis membaiki kebocoran konkrit di premis komersial atau persendirian anda!
Kami mahir di dalam servis PU Injection Grouting / Torch Applied Membrane bagi membaiki kebocoran konkrit yang disebabkan air meresap dari bilik air / dinding / siling dan lantai konkrit / “Poured Concrete Foundation Walls and Structure”/dan “Water Container Concrete Structure”
Provide the overall household and commercial Concrete Leaking repairing services. We are specialize in PU Injection Grouting / Torch Applied Membrane.
We provide the services for Chemical Injection Treatment / Waterproofing and other services related with Slab / Ceiling / Floor leaking or water seeping.
Inspection and quotation is Free of charge!
Videos (show all)
Contact the business
Telephone
Address
Taman Universiti
Bangi
43000
29, Jalan Perindustrian Suntrack Off Jalan P1/A, Seksyen 13
Bangi, 43650
We are a Total Solutions Provider for rotating equipment such as pumps, Gas Turbine etc
Kursi Kelestarian UKM-YSD, Paras 1, Bangunan Akademik, Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan
Bangi, 43600
To continue leading sustainability initiatives towards long term productivity and well being
Seksyen 7
Bangi, 43650
Rimaj CDP is a private limited company registered at Malaysia under ROC, currently named as Rimaj Co
GLOBAL AMITY
Bangi, 43000
Welcome to HONDA trusted sales advisor :)
303B Kuarters Balai Bomba Dan Penyelamat Bandar Baru
Bangi, 43560
#henyaksampailunyai #aircondelektricalwaterpump #alatpemadamapibarulamalesensticker #klselangorn9
Bangi, 43000
Sangat Berkesan Dalam Membersihkan Aliran Dan Saluran Paip Yang Tersumbat. Formula Baharu Pelepas Haba Yang Mencairkan Minyak Dan Minyak Dengan Segera. Tindakan Pembersihan D...
No. 10, Jalan Kemajuan, Bangi Industrial Estate, Bandar Baru Bangi
Bangi, 43650
Johnson Control Hitachi Air Conditioning Malaysia Sdn Bhd, provides a diverse range of cooling soluti
C2-26-06, SAVANNA EXECUTIVE SUITES Jalan BBLS 2, BANDAR BARU LEMBAH SELATAN
Bangi, 43800
Renovation, Construction & Repairing Services For Your Home.
Bangi, 43650
We do research and development for an Intelligent Autonomous UAV drones. Visit our website at flybots.tech