Sewa Mesin Cuci Banting, Bandar Saujana Putra, Shah Alam

Kami menawarkan servis sewa mesin cuci Karcher Puzzi 10 yang serba lengkap untuk cuci segala kotoran secara deep cleaning dengan harga lebih jimat.

Cuci karpet, cuci kusyen kereta, cuci tilam, cuci sofa atau sebarang perabot fabrik.

11/12/2023

Kali ni ke untuk penuhi hajat pelanggan kita. Sempena cuti ni, elok juga luang masa bersihkan karpet, sofa 😃

27/08/2023

Hujung minggu ni kami ke . Cuci sendiri je kusyen sofa di rumah dengan .

15/06/2023

Kalau dapat sewakan mesin karcher, agak-agak benda apa yang nak cuci dahulu?

Hari ini kami ke Olak Lempit, Banting. Ramai trend nak cuci sendiri je tilam, sofa, karpet. 3 item ini biasanya dengan boleh siap dalam sehari je. Lebih mudah dan jimat.

12/06/2023

Cuci sofa lebih senang dan lagi bersih dengan Karcher Puzzi. Kali ni ke Sungai Lang Banting.

19/04/2023

1 Syawal bakal tiba. Sewajerr ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada seluruh umat Islam. Maaf Zahir Dan Batin.
تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَ مِنْكُمْ

Semoga perayaan 2023 kali ini disambut dengan penuh kesyukuran, membawa keceriaan seisi keluarga , jiran tetangga.

02/04/2023

Job team kali ni ke Taman Sri Muda, Shah Alam. Kami tunjuk demo sebelum beliau mulakan cuci karpet.

Cuci sendiri pun boleh bersih berseri macam hantar ke dobi. Lagi jimat. Lebih lagi mesin Karcher Puzzi ni dapat cuci cara 'deep cleaning' jadikan karpet betul-betul bersih.

Sungguh beza cuci sendiri. Boleh hubungi kami untuk tempahan slot sewa anda ☺️

18/03/2023

Pagi ini, team ke surau ILP Banting untuk sediakan solusi cuci karpet dengan cara mudah dan efektif.

Karpet surau yang selalu kita pijak boleh kembali beseri dan segar dengan mesin Karcher Puzzi. Tak perlu lagi nak sidai untuk tentang proses kering kalau guna mesin ni.

Sewa je mesin kami nak lebih jimat. Karpet lebih bersih dan wangi ikut kepuasan anda!

17/03/2023

Ramadhan dah tak lama lagi. Sediakah kita ? Hidupkan Jumaat di akhir bulan Sya'ban ini dengan amalan terbaik

13/03/2023

Kali ni job Kota Kemuning. Pelanggan ni dah kali ke-2 kami. Nak cuci tilam tapi sehelai sejadah pun jadilah demo ringkas😁 Apa pun kami doakan segala kerja bersih kali ni lebih senang dan puas hati 😎

11/03/2023

Semalam job di pekan Banting. Tunjuk demo step cuci karpet. Mudahan memudahkan customer menjelang Ramadhan ni.

Hari ni ke Teluk Datok p**ak.

Job 10.3.23

31/12/2022

Tahun 2022 bakal tinggalkan kita dengan seribu kenangan dan hikmah disebalik perjalanan kita.

Walaupun senang atau susah, ingatlah masa itu nikmat Tuhan yang tak ternilai. Tak mampu kita berundur walaupun sesaat.

Jadi, berdoa kita semua hargai setiap detik untuk bina sebuah harapan dan cita-cita yang lebih tinggi dan besar untuk tahun 2023.

SELAMAT TAHUN BARU 2023 UNTUK SEMUA

30/12/2022

JUMAAT TERAKHIR 2022
Moga setiap Doa dan HAJAT kita Semua Dimurahkan Rezeki Tahun 2023
Moga Doa Kita Dikabulkan Allah SWT 🤲

23/11/2022

DAH CUBA MACAM-MACAM CARA TAPI KOTORAN TILAM, KUSYEN SUSAH DAN LAMA NAK CUCI.

Ramai yang mengadu cuci kusyen, tilam ni sangat leceh, mula dari tanggalkan kotoran, ratakan air sampailah terpaksa alihkannya supaya kering.

Kalau silap cara, sisa cucian yang masih basah boleh timbul peta dan tompok baru. Tambah lagi, kalau dah naik aroma kepam, hancing ni buatkan kita lagi stress. Terpaksa berkali-kali cuci dan keringkan lagi. Jadi, kami tak nak situasi ni berlarutan lagi pada tuan puan yang dah penat dan sibuk lepas kerja.

Apakata, kali ni cubalah p**a sewa Karcher Puzzi, mesin spray extraction dari Jerman. Mesin ni bukan vacuum cleaner biasa tau. Tapi mesin ini selalu diguna dalam industri cuci dengan konsep "Deep Cleaning".

Kelebihannya, kita dapat spray air basuhan sabun hingga betul-betul ke dalam permukaan tilam, kusyen, karpet. Dan sekaligus segala sisa kotoran dari air basuhan tadi dapat disedut keluar dari celahan rongga permukaan dengan lebih pantas dan mudah kering.

19/11/2022

Tunailah tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Pilihlah pemimpin yang berwibawa untuk masa depan kita bersama.

18/11/2022

Selamat mengundi buat seluruh rakyat Malaysia. Setiap undi sangatlah berharga untuk masa depan kita.

24/10/2022

Kerusi fabrik yang dah lama kita duduk, elok juga kita cuci sempena .

Percaya atau tak, cuci sendiri ni boleh jadi satu terapi diri. Hilangkan stress, pecahkan peluh. Bila lihat sendiri sisa kotoran depan mata, hati mana yang lebih senang kan?

22/10/2022

Mood cuti pun boleh onzz dengan hanya duduk rumah je. Ramai juga yang nak cuci karpet, tilam, kusyen masa hujung minggu ni. Bila tahu ada lebih jimat lagi mudah, kita lebih excited nak cuci sampai puas!

Jadi, kali ni kita bantu ke shah alam .Tunjuk demo cara guna mesin Karcher. Tak susah mana pun. Moga dipermudahkan urusan beliau.

19/10/2022

KALAU DAPAT JIMAT RM500 SEHARI KAN BEST?

Bila kali terakhir, kusyen kereta dicuci?

Biasanya, cuci kusyen kereta di carwash, anggaran harga 1 kereta:

* 5-seat = RM 125-RM200
* 7-seat = RM175- RM280

Bayangkanlah, bagi siapa yang ada anak-anak, atau peniaga, runner termasuk pemandu Grab, nak tak nak akan hadap dengan seat kotor lebih kerap.

Kalau dah hampir tiap bulan servis cuci kusyen, bila lagi nak ada saving untuk tabung anak-anak, mak ayah atau rumah impian bukan?

Sebenarnya, kalau nak jimat boleh jer cuci sendiri. Cuma, di mana nak dapatkan mesin cuci terbaik? Tak perlu beli, hanya sewa saja.

Sewa mesin cuci kami pun boleh:

✅ Mesin, peralatan lengkap termasuk sabun, berus
✅ Demo dan guide yang betul supaya lebih mudah, berkesan masa cuci sendiri
✅ Hantar/ ambil ke depan rumah

Dengan sewa, bukan saja 1 tapi 2 kereta pun sempat dicuci dalam sehari. Sambil-sambil tu, sofa, karpet atau tilam pun boleh setel cucian dalam satu hari. Sebab mesin spray extraction sangat mudah kendali dan cepat kering.

Jadi, bukankah sewa sehari jer dah boleh jimat RM500?

12/10/2022

Kalau ada mesin ni, hujan sekalipun, kerja cuci kusyen kereta masih boleh diteruskan. Kereta tak perlu berjemur bawah matahari untuk kering.

Jadi, kalau nak mudah, cari je . Kami datang. Semuanya lengkap. Cuci sendiri je pun boleh dapat apa yang kita nak. Yang penting lebih jimat ☺️

11/10/2022

Pernah tak bila rehat depan TV di ruang tamu, atau bilik tidur...kita rasa nak bersin. Kadang- kadang tu mata pedih gatal-gatal. Ada juga sampai selsema teruk.

Semua simptom tu, perasan tak.. ramai yang tak sedar sebenarnya habuk, kotoran zarah kecil dalam rumah buatkan kita tak selesa. Rata-rata punca dari karpet.

Dah ada air purifier sekalipun, kalau karpet dibiar berhabuk, tak dicuci... Masalah habuk tak akan selesai. Melekatlah di situ sampai ke sudah.

Jadi, kalau nak bebas semua masalah ni, satu-satu cara, karpet patutnya disental, dicuci dengan air sabun, dan divakum betul-betul hingga ke tiap celahan fabrik karpet.

Dan kalau nak lebih jimat dan efisyen, boleh cari mesin karcher buatan Jerman. Cuci sendiri je dengan mesin extraction dan sabun khas.

Dengan cara ni, kita tak payah susah lagi jemur karpet di luar rumah. Jadi, cuci bila- bila masa je tak kira hujan atau panas. Yang penting, kita dapat cuci sampai hati kita betul-betul puas. Dompet kita pun lebih jimat😎

09/10/2022

Salam Maulidur Rasul 1444H/2022 kepada semua umat Islam dari team .

Sempena dengan bulan kelahiran Baginda Saidina Muhammad S.A.W. , marilah kita cuba kenang semula jasa Baginda dengan perbanyakkan salawat dan teladani setiap sunnah Baginda yang boleh kita ikut setiap hari.

Semoga kita semua dikurniakan syafaat agung Baginda di akhirat kelak.

20/09/2022

Rata-rata tilam yang kita pakai sampai 10 tahun. Selagi keadaan baik, kita jarang bersih atau cuci. Seminggu sekali jerr tukar cadar. Kadang-kadang tu ketuk-ketuk atasnya saja untuk buang debu. Rutin ni akan terus berulang sampai 10tahun😅

Cumanya, kalau anak-anak ada alahan atau asma, eloklah kita cuci deep cleaning 6 bulan sekali. Sebenarnya, banyak hama, debu halus yang tersembunyi dalam tilam. Kita jerr tak tau.

Jadi, spray extraction antara solusi terbaik yang boleh sedut keluar semua kotoran dari celahan fabrik tilam dari bilik tidur.

Barulah anak dan kita dapat tidur dengan lena dan selesa.

16/09/2022

Nak bersih kusyen kereta, banyak pilihan. Kalau bersih sendiri pun boleh . Mesin sewa terbaik. Lengkap segala keperluan cuci, pasti lebih berbaloi😊

Jimat. Mudah. Puas Hati.

16/09/2022

Selamat Hari Malaysia 2022 kepada seluruh rakyat Malaysia.

doakan hari yang penuh keberkatan ini dapat dihayati dengan penuh erti kesyukuran atas segala nikmat keamanan dan kesejahteraan tanah air kita.

Tanah inilah tempat kita terus hidup menabur jasa, menuai rezeki sekluarga. Jadi, marilah hidup saling menghormati sesama kita tanpa mengira beza bangsa, agama dan latar ekonomi.

Moga Malaysia akan terus kekal aman. Dilimpahi kemajuan revolusi teknologi selari dengan nilai murni budaya kita.

24/08/2022

Hari-hari bersemangat luarbiasa nak jumpa, bantu tuan puan☺️

23/08/2022

Nak bersih kusyen kereta, banyak pilihan. Kalau bersih sendiri pun boleh. Carilah mesin sewa yang terbaik, pasti lebih berbaloi😊

Jimat. Mudah. Puas Hati.

11/08/2022

Setiap kepayahan yang kita lalu sekarang anggap saja seperti "kunci" kepada kejayaan kita. Stay calm and focus 😃

06/08/2022

Ramai yang tak kisah cuci sendiri. Asalkan boleh mesin cuci serba lengkap. Macam-macam kerja cuci boleh buat. Lagi jimat.

Pagi-pagi lagi ke sana sini dalam untuk penuhi keperluan segala ragam masalah karpet, kusyen, tilam. Moga dimudahkan segala kerja cuci 🤲☺️

31/07/2022

Sekali dah cuci, segala habuk, kotoran dah takda. Barulah perjalanan kita lebih selesa☺️

Want your business to be the top-listed Interior Service in Banting?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Hujung minggu ni kami ke #bukitjelutongshahalam. Cuci sendiri je kusyen sofa di rumah dengan #sewajerr.
Kalau dapat sewakan mesin karcher, agak-agak benda apa yang nak cuci dahulu? Hari ini kami ke Olak Lempit, Banting. Rama...
Job team #sewajerr  kali ni ke Taman Sri Muda, Shah Alam. Kami tunjuk demo sebelum beliau mulakan cuci karpet.Cuci sendi...
Pagi ini, team #sewajerr ke surau ILP Banting untuk sediakan solusi cuci karpet dengan cara mudah dan efektif. Karpet su...
Kerusi fabrik yang dah lama  kita duduk, elok juga kita cuci sempena #deepavali2022 . Percaya atau tak, cuci sendiri ni ...
Nak bersih kusyen kereta, banyak pilihan. Kalau bersih sendiri pun boleh #sewajerr . Mesin sewa terbaik. Lengkap segala ...
Nak dapat rehat yang tenang, duduk santai dengan selesa di rumah, ada yang sanggup labur sikit masa untuk cuci sofa, kus...
Rumah bertambah seri kalau karpet bersih, disusun cantik-cantik di sudut ruangan. Eloknya 6 bulan sekali karpet dicuci. ...
Sedar ke tak, habuk dan debu antara yang patut kita jaga-jaga dalam rumah. Benda halus-halus je. Tapi kesannya kita yang...
Kalau nampak ada tompok kotoran, lelehan coklat atas sofa scandinavian, tak perlu dah nak stress sangat. Vakum je dengan...
Luangkan masa lapang untuk keselesaan di rumah. Karpet dah lama tak bersih, elok juga buang debu dengan mesin extraction...
Syawal masih berbaki seminggu lebih lagi. Sempat lagi bagi yang nak mula puasa syawal.  Hujung minggu ni, ada yang dah r...

Category

Telephone

Website

Address


Banting
42700

Other Banting interior services (show all)
Sohady Nursery Sohady Nursery
Jalan Aman, Kanchong Darat
Banting, 42700

Menjual pelbagai jenis bunga dan pelbagai jenis pokok buah,sayur dan herba.

Saigon Taste Champa Saigon Taste Champa
Saigon Taste (kuewteow Sup Daging Vietnamese Style) Jalan Sukun, Kampung Sungai Lang Baru
Banting, 42700

we serve authentic CHAM-PA saigon food

𝔹𝕠𝕦𝕢𝕦𝕖𝕥 Banting 𝔹𝕠𝕦𝕢𝕦𝕖𝕥 Banting
Banting

Let’s order � . �screen shot gambar mana yang awak nak . �tekan number di bio . Thankyou dear customer �� . Siapa siapa nak order boleh la order dengan @_byrysxx Boleh whatsapp ...

Kabinet Dapur dan Wardrobe By AMLY Enterprise Kabinet Dapur dan Wardrobe By AMLY Enterprise
Lorong Harowi 23, Jalan P**ai, Kanchong Darat
Banting, 42700

focusing in CUSTOM KItchen Cabinet, Wardrobe and Tv cabinet

HappY FamiLy 快乐之家 HappY FamiLy 快乐之家
Banting, 42700

手工DIY针织产品 家具,厨房用具

Gebor Geboo Gebor Geboo
Jalan Masjid, Kanchong Darat
Banting, 42700

Kedai Murah Zulaiha Kedai Murah Zulaiha
Banting, 42700

Furnitures & Home Decoration. Shop Owner : Noor Zulaiha SSM : Zulaiha Trading (003343621-W) Bermin

Gadisbunga.my Gadisbunga.my
Banting, 42700

Welcome to gadisbunga.my • • *We are expert in makin people feels happy. *We can help you to surprise your family/friends or someone special. *Thank you for always support gadisb...

Bunga 3d orkid premium Bunga 3d orkid premium
Banting, 42700

Ejen Sah Pewangi Rumah Viral - Faves Ejen Sah Pewangi Rumah Viral - Faves
Banting, 42700

Jom wangikan rumah sepantas 7saat dengan PEWANGI RUMAH FAVES

Akram Kitchens Akram Kitchens
Banting
Banting, 42700

MENJUAL AYAM GUNTING CHEESE RM10 SAHAJA!!!!

RINI's Kitchen RINI's Kitchen
Jalan Bahagia, Kampung Labohan Dagang
Banting, 42700

we are small food stall that serving western cuisine. our mission is to provide customer with good quality of food, nice presentation and medium range of price. modest yet elegant!...