Ezmeals MRE

EZMEALS MRE is a premium brand of outdoor food made locally here in Malaysia. With EZMEALS MRE, ever

EZMeals MRE caters for working parents, outdoor enthusiast, students, travelling overseas, newlyweds and those who forgot to buy groceries. With 2 years shelf life, it can also can serve to 2-3 persons.

18/06/2022

Lapar ke tu?

11/06/2022

Amboi bestnya Khairil Aslan AB Rasid.

Insyaallah esok layan kaki ke Gunung Tahan route Kuala Tahan Merapoh. 12 - 19/6/2022.
Nie ration keluaran KaaR Odyssey Menu Kayangan Harga Marhaen.

Yang terbaik EZMeals insyaallah. Sesuai semua aktiviti , mudah untuk disediakan, Koyak dan Makan!

Apa tunggu lagi guys jom ramai ramai dapatkan EZMeals sekarang.

07/06/2022

Ramai yang akan berangkat tunaikan ibadah Haji bermula minggu depan. Dah ramai juga yang bawa Ezmeals sebagai persediaan bekalan dekat sana nanti.

Mudah je nak makan. Koyak dan terus hidangkan. Tak perlu nak masak atau panaskan.

04/06/2022

Memang sedap guysss. Wan Sharmila pun dah rasa Ezmeals. Sedap macam mak mak masak

01/06/2022

Lambaian Kaabah semakin hampir.

Min dah terasa kehangatannya sebab semakin ramai jemaah Haji tahun ini mencari-cari Ezmeals. Kata mereka senang nak makan kalau ada Ezmeals bila tunaikan Haji nanti.

31/05/2022

Pepetang layan Paprik Ayam best juga ni kan..

Masak je nasi putih pastu hidang bersama paprik ayam Ezmeals confirm terangkat..!!

Nak cuba? Try lerrrr...

27/05/2022

Jarang tak padu.

27/05/2022

Rasa Kelantan lebih dari di Kelantan ni boh..!!

Try la sekali. Min ore Kelate pun rasa ya Allah.. Raso po mok kito masok la😭

Sedakk dooh deh... Cer acu cuba try test sekali?

Kambing ni ya. Tak makan kambing?Apedehal, keturuk daging pun ada🥰

26/05/2022

Menyelerakan. Buat je nasi goreng telur, koyak Ezmeals…nahhhh dah jadi menu special hari ni.

25/05/2022

H.U.J.A.N & L.A.P.A.R

Hujan lebat kat luar rumah. Perut lapar, anak pun duk minta makan.

Check dalam peti dah habis semua lauk basah. Telur pun tak ada😭

Buka almari dapur tengok stok Ezmeals ada... Wahhh... Masalah selesai lah kiranya😆

Apa lagi, masak nasi putih pastu koyak Kerutuk Kambing ni. Anak umur 3 tahun pun makan dengan berseleranya.

Ya..! Anak 3 tahun makan kerutuk Ezmeals. Sedap dan tak pedas ya. Anak boleh makan.

Kita mak-mak kalau nak pedas, picit je cili padi. Memang sedap sungguh berulamkan timun batang dan kacang botol.

Nyummmm!

23/05/2022

Tak susah pun nak makan..😅

Koyak pek terus ngap.. Tak payah runsing ayam tak ada kat kedai ke, ikan tak mendarat ke, itik merajuk, udang selsema bagai lah..!

Dengan Ezmeals kita tetap boleh makan dengan mudah tau.. Hah..! Apa?

Nak...? Sekarang ni ke? Oder dulu kak... Esok kita pos.. Baru betul kan?😍

23/05/2022

Min tak sempat nak sarapan pagi ni. Pergi kedai nasi lemak tepi jalan pun lauk dah habis. Jadi min beli nasi lemak kosong dan makan dengan Ezmeals. Bijak kan?

21/05/2022

Kalau ada mak ayah kita bakal tunaikan umrah, eloklah bekalkan Ezmeals buat bekalan dekat sana nanti. Mudah dan senang sangat nak makan, koyak dan hidang je. Tak perlu nak panaskan atau masak.

Photos from Ezmeals MRE's post 20/05/2022

Ramai tanya selain online platform, mana lagi nak dapatkan Ezmeals ni?

Ni min nak share. Warga Gombak dan sekitarnya boleh datang ke Petronas sebelum tol Gombak tu ya. Ezmeals ada kat situ.

Cuma kalau sold out produk kat situ jangan p**a tak jadi beli. Cepat-cepat bagitahu min, sepantas kilat juga min hantar Ezmeals nanti.

Ingat tu..!😅

19/05/2022

Mak-mak mesti tegur kalau ambil nasi macam gambar X tu kan.

Mak min macam tu la.. sekali dua beritahu kali ketiga buat lagi dah hinggap cubitan di peha🤭😂

Hidup kita penuh dengan adab. Sampaikan ambil nasi dalam periuk pun ada adabnya. Jangan ambil dari tengah sebaiknya ambil sikit-sikit dari tepi. Barulah nasi tu elok je kejadiannya untuk orang yang akan makan kemudian.

Jaga adab kita taw..!

Kredit gambar: pemilik asal

18/05/2022

Kerutuk ni apa? Macam rendang ke?

Haaa… Ramai tau tanya persoalan ni pada min. Min nak jawab pun tak tahu macam mana nak bagi orang faham.

Nak lebih mudah, kerutuk ni macam gulai je, gulai kari ayam atau daging tu. Cuma dia pakai rempah yang berbeza.

Rasa dia pun lebih kurang dengan gulai. Sedap la. Min s**a kalau tak makan ngan nasi pun, s**a buat cicah dengan pulut kuning ke, lemang atau ketupat takpun roti je.

Memang sedap tau…!!

17/05/2022

Nak masak paprik ayam ni memanglah senang, tapi nak masak dengan kasih sayang dan penuh kelazatan itu bukan calang-calang orang boleh buat.

Ezmeals ni curahkan sepenuh kasih dan sayang, dengan tumisan rempah ratus yang sesempurna mungkin buat santapan korang semua.

Tak cuba tak tahu. Dah cuba baru tahu.

16/05/2022

Hujan lebat membasahi bumi🌧

Nak keluar makan tak daya plak basah-basah ni kan.

Mujurr ya Allah ada stok Ezmeals ni ha.. masak nasi putih je terus koyak Ezmeals. Alhamdulillah..

Terima kasih Ezmeals yang memang Easy…🤗

15/05/2022

Ezmeals mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua.

Guru Tunjang Sekolah Sejahtera.

13/05/2022

Tengok tu... Tengok tuuuu... Bayangkan nasi putih dan ulam timun ada kat situ...

Agak-agak sepinggan cukup tak😋

Photos from Ezmeals MRE's post 12/05/2022

Daging Ezmeals ni semuanya berketul-ketul besar, puas hati makan. Bukan daging atau ayam yang dah hancur tau.

Bila koyak dan hidang tu, nahhh sebiji sebiji keluar ketulan daging & ayam.

Dah cuba ke belum? Kalau belum…dengarkanlahhh

11/05/2022

Singgah rehat sebentar di Petronas. Eh..! Ada menu ‘panas’..!

Apa lagi. Sambar la satu. Orang kata Ayam Masak Kuzi ni makanan orang ‘have-have’. Rugi kalau taka cuba ni.

Makan dengan roti memang jjadddiiiii…….😋😋😋😋

11/05/2022

Aci tak kalau open house raya ni min saji Ezmeals je dekat tetamu?

Photos from Ezmeals MRE's post 10/05/2022

Ezmeals ni kalau nak makan panas-panas pun tak ada masalah. Tuang je dalam kuali dan masak sekejap.

Boleh tambahkan bawang merah, cili atau apa-apa yang korang s**a. Tak sampai 5 minit siap.

10/05/2022

Ada ni haaa nak settlekan Daging Kerutuk jap😅

Daging lembut, juicy, rasa rempah meresap ke daging dan rasanya yang tak kurang tak lebih dia tu buatkan Daging Kerutuk tetap jadi no.1 dalam semua menu.

Sebab tu kalau baru nak cuba Ezmeals ni, min sarankan sangat Daging Kerutuk ni.

Dah makan tu rasa macam duk tepi Pantai Cahaya Bulan teruss oiii🤣

Sedap sokmo boh..!!

09/05/2022

Lepas sebulan lebih tak lepak mamak, tadi min singgah nak mengeteh. Aduh rindunya teh tarik dengan roti canai. 🤣

Macam biasa min bawa Kerutuk Daging Ezmeals buat cicah. Fuhhh memang ngam habis. Roti canai garing panas-panas dengan kelembutan kerutuk daging, terbaikk!!!

09/05/2022

Ehem.. ehem… tengah melemang lagi ke tu?🤩

Ke dah mula rindu masakan kedai Thai😂

Kalau rindu macam ayam masak parik ni, boleh cuba Ezmeals punya tau.

Bukan saja sedap, tapi tahan lama, sedia dimakan begitu saja dan juga senang dibawa ke mana-mana.

Nak cuba? Order sekarang kami pos esok. Lusa insya Allah dah sampai😍

09/05/2022

Min saja nak inform, hari ni dah start balik segala aktiviti pengeposan. Jadi mana yang order minggu lepas tu, Insya Allah akan dapat minggu ni. Alhamdulillah

Mana yang belum order tu, jom order lekaih. Confirm tak menyesal. Sedap macam mak-mak masak tau.

08/05/2022

Daging Kerutuk Pilihan Tuan Khairil Aslan, Penjelajah Solo Negara ni memang betul-betul sedap tau.

Selama ni ingat boleh makan dengan nasi je. Tapi sejak raya ni, buka hidang dengan lemang..

Perghhh… Sedap namateyyyyy😋❤️

Tak teringin nak cuba ke?

07/05/2022

Lapar uittt tengah malam ni….

Mana satu idaman kalbu?

Photos from Ezmeals MRE's post 07/05/2022

Lapar betul malam ni. Min baru je sampai rumah. Dari pagi min rempuh jem dari utara nak ke KL, sampai akhirnya.

Nak masak memang tak larat, sebab tu min get ready je dengan Ezmeals ni. Terus koyak dan makan je dengan roti atau nasi putih. Legaaa rasanya.

Selamat p**ang semua. Alhamdulillah selamat sampai.

06/05/2022

Uishhh tak sia-sia angkut sekali ayam masak kuzi Ezmeals balik kampung itu hari.

Dah baring nak tidur tetiba perut rasa lapar plak. Nasi himpit petang tadi ada lebih lagi, tapi rendang dah habis.

Apa lagi, kita pun sapppp sappp koyak ayam masak kuzi makan dengan nasi himpit.

Uihhh.. terangkat baqhang… Sedapppp😋

Photos from Ezmeals MRE's post 06/05/2022

Siapa peminat Daging Kerutuk?

Min share lagi sekali resipi ni untuk hidangan raya.

Jom min ajar cara nak masak dia. Tapi kalau korang malas, beli je Ezmeals. Sedap macam mak mak masak.

Resipi Kerutuk Daging

Bahan :
1 kg Daging Lembu (dibersihkan dan dipotong melawan urat daging. Tidak terlalu tebal atau nipis. Potong dalam potongan daging yang besar)

Bahan tumis :
1 labu Bawang besar – dimayang
2 ulas Bawang merah – dimayang
2 ulas Bawang putih – dimayang
Rempah 4 sekawan
3 sudu besar Cili giling
Bahan kisar halus :
1 labu Bawang besar
10 ulas Bawang merah
3 ulas Bawang putih
1 inci Halia
1 1/2 inci Lengkuas
1/2 inci Kunyit hidup

Bahan lain :
3 sudu besar Rempah kerutuk
1 1/2 sudu besar Rempah gulai cap Rose
1 sudu besar Rempah masak cap Rose
1 kotak kecil Santan
3 sudu besar Kerisik
1/2 keping Gula Nisang
1 labu Bawang Holland – dipotong 6
2 biji Cili merah besar
2 biji Cili hijau
1 mangkuk kecil Air asam jawa
Garam
Gula
Perasa

Cara :
1. Daging yang dibersihkan dicampurkan sekali bersama bahan kisar dan rempah. Perap selama 20 hingga 30 minit.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis dan cili giling sehingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan daging yang diperap. Biarkan keluar semua air daging. Tutup periuk selama 30 minit. Masak sehingga hampir kering airnya.
4. Masukkan air dan biarkan daging sehingga lembut dan empuk.
5. Selepas itu masukkan air asam jawa dan santan. Kacau rata.
6. Masukkan p**a kerisik, gula melaka dan perasakan dengan garam.
7. Jika sudah cukup rasanya, masukkan bawang besar yang dipotong enam, cili besar dan cili hijau sebagai hiasan. Siap.

05/05/2022

Dah raya keempat, rendang semua dah setel. Nasib baik ada daging kerutuk ni, bolehlah makan dengan lemang fresh dari ladang…

04/05/2022

Eh… Dah puas makan makanan raya ke sampai order ayam masak paprik p**ak ni😆

Oh ya, baru min ingat. Kedai Masakan Panas Thai ni kalau cuti raya, confirm lama bebenor dia tutup kedai.

Tu yang ramai sah merindui menu-menu kedai Thai barangkali.

Jadi tak pelik lah ayam paprik Ezmeals menjadi pilihan dikala ini.

.

03/05/2022

Tengah cuti raya pun min still terima order tau. Mana-mana yang kehabisan stok rendang, bolehla rasa Daging Kerutuk Ezmeals. Sedap macam mak mak masak

30/04/2022

Dengar cerita ramai yang tersangkut dalam jem sejak pagi.

Dan dengar kata, ramai juga dah beli Ezmeals buat standby berbuka dalam kereta nanti…Alhamdulillah, pilihan yang bijak.

29/04/2022

Berbuka dalam kereta lagilah nampaknya min hari ni. Ingatkan ramai dah gerak balik ke kampung, rupanya masih ramai yang tinggal di kota.

Dengarkanlahhh…

28/04/2022

Kan min dah kata, Ezmeals ni memang easy sangat. Easy nak bawa ke mana-mana. Easy nak makan bila-bila. Easy…koyak dan hidang je.

Bukan main romantik lagi bos min share berdua dengan isteri. Makan p**a di tanah suci Mekah, waktu tunaikan umrah…bertambah berkat.

Kalau sesiapa nak ke tunaikan umrah kena bawa Ezmeals ni. Bolehlah hilangkan rindu dekat masakan Melayu.

Moh lekaih PM min

28/04/2022

Bestnya kalau balik kampung laluan vlear macam ni..

Tapi jangan haraplah kan. Semua nak balik kampung ni lepas 2 tahun tak beraya...

Sebelum berlaku apa-apa ketegangan tengah jalan dengan rengetan anak-anak yang kelaparan, elok sangat mak ayah bawak bekal Ezmeals ya.

Semudah koyak dan hidang je..! Ngap terus makan dengan nasi putih/roti.

Settle nanti masalah. Insya Allah..

Want your business to be the top-listed Food & Beverage Service in Batu Caves?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Wan Sharmila X Ezmeals
Amboiii Paprik Ayam ni dah mula memanggil manggil nama min.MinnnMinnMinnnnnnAduhaiiii, memang plan hari ni nak berbuka d...
Bertalu talu PM min dapat nak order Ezmeals bulan puasa ni. Kebanyakannya ramai yang cakap kadang-kadang tak sempat nak ...
Daging Kerutuk Ezmeals
Mendayu dayu Ezmeals panggil min ajak bercamping sebelum bulan puasa…#menukayanganhargamarhaen#ezmeals#koyakdanmakan
Amboi sampai masuk hutan dia cari Ezmeals. Main terus petik dekat pokok.Yang penting Ezmeals ni memudahkan. Hanya koyak ...
Jom makan…😋
Jom buat Pai Daging semudah ABC. Boleh buat minum petang makan bersama keluarga. Alhamdulillah….. #resepimudah #ezmeals ...
Sedak dooh weiii🥰
ORANG-ORANG BATU CAVES WAJIB BACA NI!Korang ada tak ciri-ciri di bawah :- Ibu bapa bekerjaya- Suka travel- Pelajar unive...
Kes jangkitan Covid makin memuncak. Dan ramai juga sedang jalani kuarantin.Alhamdulillah Ezmeals sedikit sebanyak memban...
Ezmeals memang Easy. Terima kasih en Khairil Aslan😊

Telephone

Address


No. 9 Jalan 6, Off Greenwood Park. Taman Batu
Batu Caves
68100

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:30
Tuesday 09:00 - 18:30
Wednesday 09:00 - 18:30
Thursday 09:00 - 18:30
Friday 09:00 - 18:30
Saturday 09:00 - 14:30
Other Food Delivery Services in Batu Caves (show all)
Oden Viral Cekyana by Bella Oden Viral Cekyana by Bella
No 31 Jalan 7 Taman Selayang
Batu Caves

REMPAH ODEN VIRAL 🍲Sangat mudah disediakan cepat, mudah dan tidak memerlukan masa yang lama untuk memasak. 🍲Dengan menggunakan rempah odeen viral ni kita tak payah keluar umah unt...

Shushu Selayang Shushu Selayang
NO. 40 Jalan MUTIARA 4 TAMAN SELAYANG MUTIARA
Batu Caves, 68100

SHUSHU VIRAL�

Ili Pot - Steamboat & Grill Delivery Ili Pot - Steamboat & Grill Delivery
34A, Jalan SG 1/8, Taman Sri Gombak
Batu Caves, 68100

� Malaysia’s First Halal Friendly Steamboat & Grill Delivery � By Celebrity Cook Ili Sulaiman

Kedai Online Ahmad Kedai Online Ahmad
Batu Caves, 68100

COD bagi kawasan sekitar Gombak dan Batu Caves, Selangor dan Kuala Lumpur.

My Takoyaki - Batu Caves Delivery - 01115053495 My Takoyaki - Batu Caves Delivery - 01115053495
479 Jalan 4 Kg Laksamana
Batu Caves, 68100

BEST TAKOYAKI IN TOWN

NASI LEMAK UWAN Rembau NASI LEMAK UWAN Rembau
Batu Caves, 68100

Menjual dan mengambil tempahan makanan seperti Nasi Lemak, Lontong, Nasi berlauk dan kuih muih.

云来茶餐室 Kedai Makan Besty Best 云来茶餐室 Kedai Makan Besty Best
No. 1, Jalan Sg 3/4, Taman Sri Gombak
Batu Caves, 68100

We are now open for delivery/takeaway. Contact us to order now! 012 386 8186 (Ah Seng) 016 337 7671 (Lily)

angah_tartnenas angah_tartnenas
A2 Kompleks Industri Mara, Jalan 46/10 Off, Jalan Batu Caves, Kuala Lumpur
Batu Caves, 68100

🍍Tart Nenas Premium 🥨 Homemade 🥨 Fresh From Oven

Acar Buah Nana Sakura Acar Buah Nana Sakura
Batu Caves

ACAR BUAH PILIHAN RAMAI �Bahan2 Premium & Terpilih �Pengawet �Pewarna �Homemade

KV Indulge KV Indulge
Wisma Umno Batu Caves
Batu Caves, 68100

Home Cook Food Delivery Services. Asian Cuisine, Western, Indian Authentic Flavor. Malay traditional

Keropok Lekor warisan ibu Keropok Lekor warisan ibu
Kampung Melayu Wira Damai
Batu Caves, 68100

Lekor ori 850gm RM12 Lekor crispy 750gm RM11 Lekor Tebal 50pcs RM12 Lekor Nipis 50pcs RM7 Lekor Tebal Hujung 2kg RM16 Lekor Tebal Hujung 1kg RM10 Bebola 500gm RM10 Keropok Keping...

Tiffin Box Tiffin Box
Batu Caves, 68100

At Tiffin Box - Our Intent is to bring to you what we know best and is our personal treasures. Curr