Poliklinik Mediprima Bandar Baru Selayang

Poliklinik Mediprima Bandar Baru Selayang

We are a modern Medical Clinic

01/07/2024

Klinik kami menyediakan perkhidmatan rawatan am untuk semua peringkat umur.

✅Bayi
✅Kanak-kanak
✅Dewasa
✅Warga Emas

📞Hubungi kami jika ada sebarang pertanyaan

26/06/2024

Rawatan Elektrokardiogram (ECG) 🫁🩺

Jika anda mengalami:
✅ Sakit Dada
✅ Sesak Nafas
✅ Jantung Berdebar
✅ Mudah Penat/Lelah
✅ Degupan Jantung Laju
✅ Serangan Sakit Jantung

Segera dapatkan pemeriksaan dengan kami!

Jangan ambil mudah dengan simptom seperti di atas!

Hubungi kami jika ada sebarang pertanyaan ☎

Jangan lupa untuk follow kami untuk menerima sebarang informasi dengan pantas 🫡

20/06/2024

Perkhidmatan Sunat Bayi Perempuan RM35

Anak anda sudah sunat? Jom bawa anak anda untuk lakukan sunat bersama Doktor Wanita kami yang berpengalaman 🩺

✅Proses yang mudah & cepat sembuh

Hubungi kami jika ada sebarang pertanyaan

19/06/2024

Poliklinik Mediprima yang beroperasi 24 Jam 🚨

🩺Poliklinik Mediprima Kajang
🩺Poliklinik Mediprima Bandar Baru Selayang

Mengapa pilih Poliklinik Mediprima?
✅ Mempunyai 2 Doktor Residen Perempuan yang berpengalaman
✅ Mempunyai sekuriti
✅ Mempunyai ubat-ubatan yang bagus & berkesan

📞 Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan

17/06/2024

Selamat Hari Raya Aidil Adha dari kami ❤️

Jaga keselamatan diri & kesihatan anda🤗

16/06/2024

Happy Father's Day, Dad! 👴🏻

A father is neither an anchor to hold us back nor a sail to take us there, but a guiding light whose love shows us the way ❤️

15/06/2024

Happy Birthday to Dr. Mageswary🥳🥳

“Wishing you a great birthday and a memorable year. From all of us.”

Your Mediprima Family.🫶

Photos from Poliklinik Mediprima Bandar Baru Selayang's post 11/06/2024

Have you ever had a health checkup?

Benefits of Blood Tests in a Health Checkup:

✅Detection of diseases such as diabetes, heart disease, anemia, infections, etc.
✅Monitoring organ function such as the liver, kidneys, heart, and thyroid.
✅Measuring levels of essential vitamins and minerals.
✅Measuring blood sugar levels to evaluate diabetes risk.
✅Identifying conditions like anemia, clotting disorders, and leukemia.
✅Regular blood tests can lead to better health outcomes and guide effective treatment plans.

📞Contact us now if you have any inquiries

07/06/2024

Anda sering mengalami masalah haid?

🩸Kitaran haid kebiasaannya sekitar 28 hari, tetapi boleh berbeza antara 21 hingga 35 hari. Hari pertama haid dianggap sebagai hari pertama kitaran
🩸Haid biasanya berlaku diantara 3 hingga 7 hari
🩸Simptom haid termasuklah kekejangan perut, sakit belakang, perubahan emosi, kembung, keletihan, dan senggugut
🩸Perubahan kitaran haid dipengaruhi beberapa faktor seperti stres, perubahan berat badan, senaman yang berlebihan dan masalah hormon

Jika anda mengalami masalah seperti poster di atas, dapatkan konsultasi bersama doktor perempuan yang berpengalaman

📞Hubungi kami jika ada sebarang pertanyaan

06/06/2024

Rawatan IV Drip di klinik kami

Bilakah anda perlu dapatkan rawatan ini?
✅Dehidrasi
✅Muntah
✅Cirit Birit
✅Keletihan Badan/Kelesuan
✅Denggi
✅Gastrik
✅Alahan Ibu Mengandung

Dapatkan konsultasi terlebih dahulu & rawatan bersama Doktor kami yang berpengalaman 🩺

📞Hubungi kami jika ada sebarang pertanyaan

06/06/2024

Jawatan kosong Pembantu Klinik di Poliklinik Mediprima. Kepada yang berminat, boleh memohon melalui alamat emel [email protected] atau whatsapp kami https://wa.me/60165268806 . Jom mohon sekarang! 😄

Photos from Poliklinik Mediprima Bandar Baru Selayang's post 04/06/2024

Poliklinik Mediprima Bandar Baru Selayang beroperasi 24 Jam bermula 4 Jun 2024 🥳

Klinik kami menawarkan pelbagai rawatan & perkhidmatan untuk anda sekeluarga 🥰

Antara perkhidmatan & rawatan kami:
✅Rawatan Am dan khidmat rundingan perubatan
✅Rawatan Kecemasan
✅Panel untuk syarikat koperat
✅Pemeriksaan kesihatan
✅Program Kesedaran Kesihatan
✅Pemeriksaan kesihatan Pra pekerjaan
✅Saringan Dadah
✅Pemeriksaan Ibu Mengandung
✅Saringan ECG
✅Immunisasi and Vaksin
✅Ujian Darah / Saringan kumpulan darah
✅Ujian air kencing/UPT
✅Saringan HIV dan STD
✅Rawatan kencing manis
✅Rawatan luka
✅Perancangan keluarga
✅Rawatan Pap Smear
✅Perkhidmatan Sunat Bayi Perempuan
✅Pemeriksaan Ultrasound
✅Rawatan Nebulizer/Sedut Kahak
✅Pembedahan kecil
✅Incision and Drainage - Bisul, Ketuat, Tahi Lalat

📞Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan

Jangan lupa follow kami untuk mendapat info terkini & promosi Poliklinik Mediprima Bandar Baru Selayang ✨

03/06/2024

Daulat Tuanku

Selamat Menyambut Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar

31/05/2024

Perkhidmatan Rawatan Kulit untuk semua peringkat umur daripada bayi, kanak-kanak, dewasa & warga emas.

Dapatkan konsultasi & rawatan bersama Doktor kami untuk mengatasi masalah kulit anda!

📞Hubungi kami jika ada sebarang pertanyaan

31/05/2024

Hari Tanpa Tembakau Sedunia disambut setiap tahun pada 31 Mei. Hari ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya penggunaan tembakau dan mendorong individu untuk berhenti merokok serta menghindari produk tembakau.

Penggunaan tembakau boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan serius seperti :
✅ Penyakit jantung
✅ Kanser paru-paru
✅ Kanser mulut, tekak, esofagus, pankreas, ginjal, pundi kencing, serviks, dan perut
✅ Penyakit pernafasan
✅ Gangguan kesihatan seperti kesihatan mental
✅ Memberi kesan buruk kepada perokok pasif yang terdedah kepada asap rokok
✅ Masalah kehamilan & kesihatan reproduktif

Katakan TIDAK pada ROKOK!

***co

30/05/2024

Pengumuman: Poliklinik Mediprima Bandar Baru Selayang akan beroperasi 24 jam pada 4 Jun 2024!

Hi semua! Dengan sukacitanya kami ingin memaklumkan bahawa Poliklinik Mediprima Bandar Baru Selayang akan mula beroperasi selama 24 jam sehari!

Langkah ini diambil untuk memastikan kami dapat memberikan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik dan memenuhi keperluan kesihatan anda pada bila-bila masa, termasuk waktu kecemasan di luar waktu biasa.

Anda boleh hubungi nombor tertera untuk sebarang pertanyaan atau janjitemu:
📞 03 - 6138 7699 / 010 - 268 8254

Terima kasih atas sokongan anda. Kami berkomitmen untuk terus memberikan perkhidmatan kesihatan yang cemerlang kepada komuniti.

28/05/2024

Pernahkah anda berasa badan lesu dan kurang bertenaga, lelah, asthma, sukar bernafas, ataupun nafas anda berbunyi seperti bersiul atau dikenali sebagai "Wheezing" ❓🤧 🤒

Jika pernah, anda boleh menerima konsultasi dan rawatan nebulizer daripada klinik kami 💕👨🏻‍⚕

Hubungi kami jika ada sebarang pertanyaan 📞

Jangan lupa untuk follow kami untuk menerima sebarang informasi dengan pantas 🫡

Layari website kami:
www.mediprima.asia

25/05/2024

Hari ini merupakan Hari Tiroid Sedunia. Tiroid adalah kelenjar berbentuk seperti rama-rama yang terletak di bahagian depan leher, di bawah kotak suara (laring). Kelenjar tiroid memainkan peranan penting dalam mengawal metabolisme badan melalui penghasilan hormon tiroid.

Fungsi utama kelenjar tiroid adalah menghasilkan hormon tiroid, iaitu tiroksin (T4) dan triiodotironin (T3). Hormon-hormon ini memainkan peranan penting dalam mengawal pelbagai fungsi tubuh, termasuk:

1. Mengawal kadar metabolisma badan
2. Pertumbuhan dan perkembangan
3. Mengawal kadar denyutan jantung.
4. Membantu mengawal suhu badan.
5. Mempengaruhi fungsi saluran pencernaan.

Gejala Penyakit Tiroid:

A. Gejala Hipotiroidisme (Tiroid Kurang Aktif):

1. Kepenatan
2. Peningkatan berat badan
3. Perasaan sedih atau kemurungan.
4. Kulit menjadi kering dan rambut menjadi rapuh atau gugur.
5. Merasa sejuk walaupun dalam suhu biasa.
6. Masalah sembelit yang berpanjangan.
7. Lemah otot

B. Gejala Hipertiroidisme (Tiroid Terlebih Aktif):

1. Kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan.
2. Denyutan jantung yang cepat atau tidak teratur.
3. Gelisah dan cemas
4. Berpeluh secara berlebihan.
5. Masalah tidur atau insomnia.
6. Tangan atau jari yang menggigil.

Jika anda mengalami gejala seperti di atas, sila berjumpa dengan doktor kami dengan segera 🩺 🩻.

Jaga diri dan kesihatan anda. Amalkan gaya hidup yang sihat 🤗

12/05/2024

Happy Mother's Day! 🌹

Thanks for everything Mom, you are really one in a million!

We love you, Mom! ❤️

11/05/2024

Happy Birthday to Saraswathy🥳🥳

“Wishing you a great birthday and a memorable year. From all of us.”

Your Mediprima Family.🫶

08/05/2024

Hari Kanser Ovari Sedunia disambut setiap tahun pada 8 Mei. Tujuannya adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kanser ovari, menggalakkan pencegahan, penyaringan awal, dan akses kepada rawatan yang berkesan.

Kanser ovari juga dikenali sebagai kanser rahim, adalah jenis kanser yang bermula dalam tisu ovari, organ di dalam sistem reproduktif wanita yang menghasilkan telur. Kanser ini boleh mempengaruhi ovari, tiub fallopio, dan peritoneum, yang merupakan lapisan tisu yang melapisi rongga perut.

Tanda dan gejala kanser ovari:
1. Sakit perut atau kembung yang berterusan.
2. Perubahan dalam tabiat buang air kecil, seperti kerap atau sukar buang air kecil.
3. Perubahan dalam tabiat buang air besar, termasuk sembelit atau cirit-birit.
4. Penurunan berat badan yang tidak dijangka.
5. Keletihan yang berterusan atau peningkatan keletihan.
6. Perubahan dalam haid, seperti haid tidak teratur atau haid yang berat.
7. Pendarahan tidak normal dari saluran va**na.
8. Rasa kenyang cepat semasa makan atau rasa kenyang yang terus-menerus.
9. Sakit punggung yang tidak berlaku atas sebab yang jelas.
10. Mual, muntah, atau hilang selera makan.

Faktor-faktor risiko kanser ovari:
1. Usia yang lebih tua, terutamanya selepas menopaus.
2. Riwayat keluarga kanser ovari atau kanser payudara.
3. Penggunaan terapi penggantian hormon selepas menopaus.
4. Penggunaan bedak talcum pada kawasan ge***al.
5. Faktor genetik seperti mutasi gen BRCA1 atau BRCA2.
6. Sejarah kesuburan yang panjang, seperti tidak pernah hamil atau hamil pada usia yang lebih tua.
7. Riwayat perubahan hormon seperti sindrom ovarium polikistik (PCOS).
8. Penggunaan kontraseptif oral dalam jangka masa yang panjang.
9. Obesiti atau kegemukan.
10. Riwayat penggunaan tembakau.

Kesedaran tentang gejala awal dan faktor risiko kanser ovari adalah penting untuk diagnosis dan rawatan awal. Dengan meningkatkan kesedaran dan pendedahan tentang kanser ini, kita dapat membantu mengurangkan kesan negatif kanser ovari dalam masyarakat ❤️

***y

02/05/2024

Promosi Vaksinasi Pneumokokal RM150 🥳🥳

Penyakit pneumokokal adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Streptococcus pneumoniae, yang juga dikenali sebagai pneumokokus. Bakteria ini boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit, termasuk jangkitan paru-paru, jangkitan telinga, sinusitis, meningitis, dan jangkitan lain.

Apakah gejala pneumokokal?
✅Demam
✅Sakit dada
✅Batuk berkahak
✅Sukar bernafas
✅Sakit telinga
✅Gangguan pendengaran

Siapakah golongan berisiko ?
✅Kanak-kanak
✅Dewasa berumur 65 tahun ke atas
✅Individu yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti penyakit kronik, perokok & sebagainya

Cegah virus pneumokokal sekarang! Promosi hanya RM150 sahaja

Imbas QR untuk janjitemu atau anda boleh hubungi klinik kami sekarang

01/05/2024

Selamat Hari Pekerja 2024🌹

Terima kasih atas segala usaha anda yang sentiasa berdedikasi dalam membina masa depan yang baik demi bangsa dan negara kita.

Klinik kami beroperasi seperti biasa pada hari ini 👨🏻‍⚕️

Influenza | Get Protected · Get Covered 26/04/2024

Promosi Vaksinasi Influenza RM80 🥳🥳

Influenza ialah jangkitan virus yang menyebabkan jangkitan pada hidung, tekak, dan paru-paru.

Apakah gejala Influenza?
✅Demam
✅Selsema
✅Batuk
✅Badan letih

Siapakah golongan berisiko ?
✅Kanak-kanak
✅Orang tua
✅Wanita mengandung

Cegah virus Influenza sekarang! Promosi hanya RM80 sahaja

Imbas QR untuk janjitemu atau anda boleh hubungi klinik kami sekarang

Influenza | Get Protected · Get Covered Influenza | Get Protected · Get Covered

26/04/2024

Ultrasound hanya untuk scan baby ke? Apa kata Dr Nurul?

Nak tahu info lebih lanjut, tonton video ini sehingga habis.

Jangan lupa follow kami di TikTok
https://www.tiktok.com/?is_from_webapp=1&sender_device=pc

Photos from Poliklinik Mediprima Bandar Baru Selayang's post 25/04/2024

Sambutan Hari Malaria Sedunia ini disambut pada 25 April setiap tahun 🦟

Tema bagi sambutan Hari Malaria Sedunia kali ini adalah "Time to deliver zero malaria: invest, innovate, implement"

Untuk mengelakkan jangkitan malaria, anda boleh mengambil langkah-langkah pencegahan yang berikut:

1. Penggunaan Kelambu Nyamuk
2. Penggunaan Repelan Nyamuk
3. Penggunaan Pakaian Pelindung yang menutupi seluruh badan, seperti lengan panjang dan seluar panjang, khususnya pada waktu malam dan petang.
4. Penyemburan sisa dalaman (Indoor Residual Spraying, IRS)
5. Elakkan Aktiviti Luar di Waktu Malam
6. Pantau Gejala Malaria seperti demam, menggigil, sakit kepala, dan keletihan. Jika anda mengalami gejala-gejala ini selepas tinggal atau pergi ke kawasan yang berisiko, segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan rawatan yang cepat.
7. Jangan Biarkan Air Bertakung di sekitar rumah anda, kerana ini adalah tempat pembiakan nyamuk Anopheles.

Jaga diri & kesihatan anda. Amalkan gaya hidup yang sihat🤗

Want your practice to be the top-listed Clinic in Batu Caves?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Pengumuman: Poliklinik Mediprima Bandar Baru Selayang akan beroperasi 24 jam pada 4 Jun 2024!Hi semua! Dengan sukacitany...
Ultrasound hanya untuk scan baby ke? Apa kata Dr Nurul?Nak tahu info lebih lanjut, tonton video ini sehingga habis.Janga...
Buat apa nak simpan skin tag tu.. Kan senang buang je. Cara mudah kan dah ada.Jangan lupa untuk follow kami untuk meneri...
Macam mana IUCD dipasang? *Educational purpose*✅99% BERKESAN✅TAHAN SEHINGGA 5 TAHUN✅TIDAK MENGGANGGU HORMONAntara kaedah...
Quotes of the day!
Happy Wednesday everyone!
Selamat Menyambut Hari Deepavali dari Poliklinik Mediprima @ Bandar Baru Selayang🪔
Quote of the day😁
POV: Nak buat ujian Pap Smear. Untuk wanita yang lakukan ujian Pap Smear akan dapat Pemeriksaan Fizikal Payudara secara ...
Apa yang Ibu dapat lihat apabila lakukan scan 2D?Kepada bakal ibu, anda boleh lakukan antenatal scanning di mana-mana ca...
Part 2 Breast CancerTanda-tanda bahaya breast cancer yang anda wajib tahu! Jangan ambil ringan!#fyp #pinkoctober🎀 #breas...

Category

Telephone

Address


No 11, Jalan 2/10, Bandar Baru Selayang
Batu Caves
68100

Opening Hours

Monday 08:00 - 22:30
Tuesday 08:00 - 22:30
Wednesday 08:00 - 22:30
Thursday 08:00 - 22:30
Friday 08:00 - 22:30
Saturday 08:00 - 22:30
Sunday 08:00 - 22:30