Madrasah Tahfiz Riyadul Quran

Madrasah Tahfiz Riyadul Quran

You may also like

satnam_khosa606
satnam_khosa606

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Madrasah Tahfiz Riyadul Quran, Education, 16-8, Jalan 13, Bandar Baru Siputeh, Siputeh, Batu Gajah.

-Menjadikan Madrasah Tahfiz Riyadul Quran sebagai pusat menyebar agama yang selari dengan tuntutan dunia dan akhirat.
-Melahirkan bakal ulamaโ€™ yang menghafaz Al-Quran dan Hadith serta mendalami kandungannya.

02/09/2024

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐Š๐„โ€“๐Ÿ”๐Ÿ•๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Seiring dengan tema kemerdekaan tahun ini iaitu "Malaysia MADANI : Jiwa Merdeka", marilah kita bersama, bersatu memahami , mendalami dan menyelaminya dalam konteks perpaduan negara.

Ingatlah, kemerdekaan ini adalah hasil perjuangan dan pengorbanan para pejuang terdahulu. Kita harus menghargai dan mempertahankan kemerdekaan ini dengan sepenuh jiwa dan raga.

Marilah kita bersama-sama membina Malaysia yang lebih cemerlang, gemilang, dan terbilang. Setiap daripada kita mempunyai peranan penting dalam memastikan negara kita terus maju dan makmur.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2024.

"Malaysia MADANI
Jiwa Merdeka"

Merdeka! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Merdeka! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Merdeka!๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

"HUFFAZ PEMANGKIN UMMAH"

Tulus Ikhlas Daripada:
Madrasah Tahfiz Riyadul Quran

30/08/2024

Salam Jumaat Barakah

30 Ogos 2024 | 24 Safar 1446H

Perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ู‰ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุงู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ

Jangan lupakan doakan juga kesejahteraan, keselamatan dan kemenangan buat saudara-saudara Islam kita dibumi Palestin ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ๐Ÿคฒ๐Ÿป.

"HUFFAZ PEMANGKIN UMMAH"

26/08/2024

Isnin | 21 Safar 1446H | 26 Ogos 2024

โœจPERKONGSIAN HADISโœจ

Akhlak Muslim

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู„ูŽุง ุชูŽุญูŽุงุณูŽุฏููˆุง ูˆูŽู„ูŽุง ุชูŽู†ูŽุงุฌูŽุดููˆุง ูˆูŽู„ูŽุง ุชูŽุจูŽุงุบูŽุถููˆุง ูˆูŽู„ูŽุง ุชูŽุฏูŽุงุจูŽุฑููˆุง ูˆูŽู„ูŽุง ูŠูŽุจูุนู’ ุจูŽุนู’ุถููƒูู…ู’ ุนูŽู„ูŽู‰ ุจูŽูŠู’ุนู ุจูŽุนู’ุถู ูˆูŽูƒููˆู†ููˆุง ุนูุจูŽุงุฏูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุฅูุฎู’ูˆูŽุงู†ู‹ุง ุงู„ู’ู…ูุณู’ู„ูู…ู ุฃูŽุฎููˆ ุงู„ู’ู…ูุณู’ู„ูู…ู ู„ูŽุง ูŠูŽุธู’ู„ูู…ูู‡ู ูˆูŽู„ูŽุง ูŠูŽุฎู’ุฐูู„ูู‡ู ูˆูŽู„ูŽุง ูŠูŽุญู’ู‚ูุฑูู‡ู ุงู„ุชู‘ูŽู‚ู’ูˆูŽู‰ ู‡ูŽุงู‡ูู†ูŽุง ูˆูŽูŠูุดููŠุฑู ุฅูู„ูŽู‰ ุตูŽุฏู’ุฑูู‡ู ุซูŽู„ูŽุงุซูŽ ู…ูŽุฑู‘ูŽุงุชู ุจูุญูŽุณู’ุจู ุงู…ู’ุฑูุฆู ู…ูู†ู’ ุงู„ุดู‘ูŽุฑู‘ู ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽุญู’ู‚ูุฑูŽ ุฃูŽุฎูŽุงู‡ู ุงู„ู’ู…ูุณู’ู„ูู…ูŽ ูƒูู„ู‘ู ุงู„ู’ู…ูุณู’ู„ูู…ู ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู’ู…ูุณู’ู„ูู…ู ุญูŽุฑูŽุงู…ูŒ ุฏูŽู…ูู‡ู ูˆูŽู…ูŽุงู„ูู‡ู ูˆูŽุนูุฑู’ุถูู‡ู

Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: 'Janganlah kalian saling mendengki, saling memfitnah, saling membenci, dan saling memusuhi. Janganlah ada seseorang di antara kalian yang berjual beli sesuatu yang masih dalam penawaran muslim lainnya dan jadilah kalian hamba-hamba Allah yang saling bersaudara. Muslim yang satu dengan muslim yang lainnya adalah bersaudara tidak boleh menyakiti, merendahkan, ataupun menghina. Takwa itu ada di sini (Rasulullah menunjuk dadanya), Baginda mengucapkannya sebanyak tiga kali. Seseorang telah dianggap berbuat jahat apabila ia menghina saudaranya sesama muslim. Muslim yang satu dengan yang Iainnya haram darahnya. hartanya, dan kehormatannya." (Sahih Muslim No: 4650) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Islam melarang umatnya berakhlak buruk antaranya:

a.Mendengki
b.Memfitnah
c.Membenci
d.Memusuhi
e.Membeli sesuatu yang telah dibeli atau dijanjikan kepada orang lain

2.Setiap Muslim adalah bersaudara. Muslim dilarang berbuat zalim dengan Muslim yang lain antaranya dengan cara:

a.Menyakiti
b.Merendahkan
c.Menghina

3.Takwa itu di dada (rasa taat dan patuh kepada Allah itu terletak di dalam hati)

4.Seseorang Muslim dianggap berbuat jahat apabila ia menghina saudaranya sesama muslim.

5.Penghinaan boleh berlaku apabila seseorang meremeh, memperlekeh juga merendahkan orang lain sama ada dengan perkataan atau perbuatan termasuk kesalahan mereka. Penghinaan ini adalah bentuk sifat sombong dan bangga diri serta menganggap dirinya lebih mulia dari orang tesebut.

6.Muslim sesama Muslim dilarang:

a.Menumpahkan darah sesama Muslim
b.Menzalimi hartanya
c.Merendahkan kehormatannya

Dalam kita membina sebuah masyarakat dan negara yang harmoni, marilah kita memelihara hak saudara Muslim sebagai tanda kita menyayangi mereka. Jauhilah berakhlak buruk terhadap Muslim yang lain serta tidak menzaliminya.

"HUFFAZ PEMANGKIN UMMAH"

23/08/2024

18 Safar 1446H
23 Ogos 2024

โœจPERKONGSIAN HADISโœจ

Tidak Masuk Syurga Kerana Memudaratkan Jiran

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ู„ูŽุง ูŠูŽุฏู’ุฎูู„ู ุงู„ู’ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉูŽ ู…ูŽู†ู’ ู„ูŽุง ูŠูŽุฃู’ู…ูŽู†ู ุฌูŽุงุฑูู‡ู ุจูŽูˆูŽุงุฆูู‚ูŽู‡ู

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan masuk syurga, orang yang jiran tetangganya tidak aman dari bahayanya." (HR Muslim No: 66) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Berbuat baik dan memuliakan jiran tetangga adalah pokok kehidupan bermasyarakat yang bahagia dan harmoni.

2.Keberadaan kita sebagai jiran sentiasa dirasai bermanfaat dan membawa keamanan dan kesejahteraan.

3.Jadilah jiran yang mendorong orang lain menjadi baik dan bahagia di dunia dan akhirat.

4.Elakkan menganggu jiran atau melakukan perkara yang memudaratkan jiran sama ada dengan perbuatan mahupun perkataan.

5.Tidak akan masuk syurga seseorang yang dengan sebab perbuatan atau perkataannya, menyebabkan jirannya mendapat mudarat dan musibah.

6.Ingatlah pesanan Rasulullah SAW, daripada Abu Hurairah RA berkata:

ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุฌูู„ูŒ: ูŠูŽุง ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‡ูุŒ ุฅูู†ู‘ูŽ ููู„ูŽุงู†ูŽุฉูŽ ูŠูุฐู’ูƒูŽุฑู ู…ูู†ู’ ูƒูŽุซู’ุฑูŽุฉู ุตูŽู„ูŽุงุชูู‡ูŽุงุŒ ูˆูŽุตููŠูŽุงู…ูู‡ูŽุงุŒ ูˆูŽุตูŽุฏูŽู‚ูŽุชูู‡ูŽุงุŒ ุบูŽูŠู’ุฑูŽ ุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ูŽุง ุชูุคู’ุฐููŠ ุฌููŠุฑูŽุงู†ูŽู‡ูŽุง ุจูู„ูุณูŽุงู†ูู‡ูŽุงุŒ ู‚ูŽุงู„ูŽ: ู‡ููŠูŽ ูููŠ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุฑู

Telah berkata seorang lelaki kepada Rasulullah SAW: โ€œWahai Rasulullah SAW, sesungguhnya wanita ini terkenal dengan banyaknya solat, berpuasa dan bersedekah tetapi dia sentiasa menyakiti jirannya dengan lidahnya.โ€ Lalu Nabi SAW bersabda: โ€œDia akan masuk ke dalam neraka.โ€ (HR Ahmad No: 9675) Sanadnya Hasan

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2024
Malaysia Madani: Jiwa Merdeka

"HUFFAZ PEMANGKIN UMMAH"

12/08/2024

12 Ogos 2024
07 Safar 1446H

โœจPERKONGSIAN HADISโœจ

Saling Berkasih Sayang Dengan Menyebarkan Salam

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู„ูŽุง ุชูŽุฏู’ุฎูู„ููˆู†ูŽ ุงู„ู’ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉูŽ ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ุชูุคู’ู…ูู†ููˆุง ูˆูŽู„ูŽุง ุชูุคู’ู…ูู†ููˆุง ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ุชูŽุญูŽุงุจู‘ููˆุง ุฃูŽูˆูŽู„ูŽุง ุฃูŽุฏูู„ู‘ููƒูู…ู’ ุนูŽู„ูŽู‰ ุดูŽูŠู’ุกู ุฅูุฐูŽุง ููŽุนูŽู„ู’ุชูู…ููˆู‡ู ุชูŽุญูŽุงุจูŽุจู’ุชูู…ู’ ุฃูŽูู’ุดููˆุง ุงู„ุณู‘ูŽู„ูŽุงู…ูŽ ุจูŽูŠู’ู†ูŽูƒูู…ู’

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, โ€œKalian tidak akan masuk syurga hingga kalian beriman. Dan kalian tidak dikatakan beriman hingga kalian saling berkasih sayang. Mahukah kalian aku beritahu dengan sesuatu yang apabila kalian lakukan kalian akan saling berkasih sayang? (iaitu) sebarkanlah (ucapkanlah) salam di antara kalian.โ€ (Sahih Muslim No: 54) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Syurga hanya untuk orang yang beriman

2.Satu daripada syarat menjadi orang beriman ialah saling menyayangi sesama mereka

3.Satu daripada perkara yang mendorong saling menyayangi orang lain ialah sentiasa menyebarkan ucapan "salam".

4. Tuntutan menyebarkan salam apabila bertemu sesama Muslim sama ada orang yang kita kenal atau tidak.

Daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash RA berkata:

ุฃู†ู‘ูŽ ุฑุฌู„ู‹ุง ุณุฃูŽู„ ุงู„ู†ุจูŠู‘ูŽ ุตู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู‘ูŽู… : ุฃูŠู‘ู ุงู„ุฅุณู„ุงู…ู ุฎูŠุฑูŒ ุŸ ู‚ุงู„ : ( ุชูุทุนูู…ู ุงู„ุทุนุงู…ูŽุŒ ูˆุชูŽู‚ุฑูŽุฃู ุงู„ุณู„ุงู…ูŽุŒ ุนู„ู‰ ู…ูŽู† ุนุฑูŽูุชูŽุŒ ูˆุนู„ู‰ ู…ูŽู† ู„ู… ุชูŽุนุฑููู’ )

โ€œSeorang lelaki telah bertanya Rasulullah SAW: Islam manakah yang paling baik? Nabi SAW bersabda: โ€œKamu memberi makan, mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenalโ€. [HR Muslim, no 56]

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2024
Malaysia Madani: Jiwa Merdeka

"HUFFAZ PEMANGKIN UMMAH"

09/08/2024

09 Ogos 2024
04 Safar 1446H

โœจPERKONGSIAN HADISโœจ

Menyayangi Untuk Disayangi

ุนูŽู†ู’ ุนูŽุจู’ุฏู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุจู† ุนูŽู…ู’ุฑููˆ ู‚ูŽุงู„ูŽ: ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ:"ุงู„ุฑู‘ูŽุงุญูู…ููˆู†ูŽ ูŠูŽุฑู’ุญูŽู…ูู‡ูู…ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุงุฑู’ุญูŽู…ู’ ู…ูŽู†ู’ ูููŠ ุงู„ุฃูŽุฑู’ุถู ูŠูŽุฑู’ุญูŽู…ู’ูƒูŽ ู…ูŽู†ู’ ูููŠ ุงู„ุณู‘ูŽู…ูŽุงุกู

Daripada Abdullah bin Amir RA, Rasulullah SAW bersabda: โ€œSeseorang yang menyayangi (orang lain) pasti akan disayangi Allah. Sayangilah setiap penduduk bumi, nescaya engkau akan disayangi para penghuni langitโ€ (Muโ€™jam Awsat li al-Tabarani No: 9009) Maktabah al-Maarif Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Menjadi tanggungjawab setiap Muslim memiliki sifat penyayang mengikut panduan syarak.

2.Orang yang menyayangi makhluk nescaya Allah akan menyayanginya

3.Orang yang mengasihi orang lain, dia akan disayangi oleh penghuni dilangit

4.Sifat saling menyayangi datang daripada mereka yang memiliki kejernihan jiwa dan kesucian rohani

5.Kongsikanlah nilai mengasihi orang lain dalam kita membina semangat setiakawan sesama rakyat Malaysia.

Berusahalah menyayangi orang lain. Jauhi prasangka buruk, membuat tuduhan, menghukum, memberi gelaran buruk dan memfitnah terhadap orang lain. Elakkan permusuhan dan persengketaan. Pereratkan yang dekat, rapatkan yang jauh.

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2024
Malaysia Madani: Jiwa Merdeka

"HUFFAZ PEMANGKIN UMMAH"

04/08/2024

05 Ogos 2024
30 Muharram 1446H

โœจPERKONGSIAN HADISโœจ

Jadilah Pengasih Untuk Dirahmati Allah

ุณูŽุนู’ุฏู ุจู’ู†ู ุนูุจูŽุงุฏูŽุฉูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุฅูู†ู‘ูŽู…ูŽุง ูŠูŽุฑู’ุญูŽู…ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู…ูู†ู’ ุนูุจูŽุงุฏูู‡ู ุงู„ุฑู‘ูุญูŽู…ูŽุงุกูŽ

Daripada Saad bin Ubadah RA, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah hanya merahmati hamba-hambaNya yang pengasih" (HR Bukhari No: 1284). Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Sifat penyayang dan pengasih adalah dituntut pada setiap Muslim

2. Allah hanya merahmati Muslim yang memiliki sifat kasih sayang kepada sesama manusia dan makhluk lain untuk diberi ganjaran syurga.

3. Milikilah sifat kasih sayang terhadap orang lain. Antaranya ialah sifat membantu mereka yang sedang menghadapi musibah, sama ada dengan wang ringgit, tenaga mahupun pandangan dan nasihat.

4. Kasihilah orang lain dengan mendoakan kebaikan, memaafkan mereka, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu orang yang sedang kesempitan, memberi makan orang yang kelaparan serta mengunjungi orang sakit dan yang ditimpa musibah.

5. Jika kita benci atau tidak s**a kepada kejahatan seseorang, lakukan dengan cara yang dibenarkan syarak bukan dengan cara memaki hamun dilaman sosial.

Jika kita ingin dirahmati Allah, maka milikilah sifat pengasih terhadap orang lain. Islam agama yang mulia dan berakhlak.

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2024
Malaysia Madani: Jiwa Merdeka

"HUFFAZ PEMANGKIN UMMAH"

02/08/2024

๐Ÿ’š๐ˆ๐๐…๐€๐ ๐‰๐”๐Œ๐€๐€๐“๐Ÿ’š

Madrasah Tahfiz Riyadul Quran

Jumaat | 2 Ogos 2024 | 26 Muharram 1446H

ุฅูุฐูŽุง ู…ูŽุงุชูŽ ุงู„ู’ุฅูู†ู’ุณูŽุงู†ู ุงู†ู’ู‚ูŽุทูŽุนูŽ ุนูŽู…ูŽู„ูู‡ู ุฅูู„ู‘ูŽุง ู…ูู†ู’ ุซูŽู„ูŽุงุซูŽุฉู ู…ูู†ู’ ุตูŽุฏูŽู‚ูŽุฉู ุฌูŽุงุฑููŠูŽุฉู ูˆูŽุนูู„ู’ู…ู ูŠูู†ู’ุชูŽููŽุนู ุจูู‡ู ูˆูŽูˆูŽู„ูŽุฏู ุตูŽุงู„ูุญู ูŠูŽุฏู’ุนููˆ ู„ูŽู‡ู

Ertinya: โ€œJika seseorang meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (iaitu) sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, atau doa anak yang soleh.โ€

(HR. Muslim no.1631).

Segala s**acitanya, kami pihak Madrasah Tahfiz Riyadul Quran mengajak orang ramai khususnya untuk berinfaq.

Sumbangan Infaq ini akan digunakan untuk โคต๏ธ

๐Ÿ“ Pendidikan Pelajar
๐Ÿ“ Keperluan Asas Pelajar
๐Ÿ“ Pengurusan Madrasah

Ayuh muslimin & muslimat sekalian sama-sama kita merebut pahala membuat kebaikan dengan memberikan Sumbangan Infaq Madrasah Tahfiz Riyadul Quran

๐Ÿ“Œ Sumbangan boleh disalurkan melalui
MAYBANK : 5622-1823-6341(Madrasah Tahfiz Riyadul Quran)
Rujukan : Infaq Jumaat MTRQ

๐Ÿ“Œ Sebarang pertanyaan sila hubungi :-
Pejabat : https://wa.me/60133315811
Ustaz Muhammad Iqbal : https://wa.me/018-909 5262

Terima Kasih kepada penyumbang yang budiman ๐Ÿ˜Š. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan yang anda lakukan ๐Ÿคฒ๐Ÿป

"HUFFAZ PEMANGKIN UMMAH"

31/07/2024

ุฅู†ุง ู„ู„ู‡ ูˆุฅู†ุง ุฅู„ูŠู‡ ุฑุงุฌุนูˆู†
ุงู„ู„ู‡ู… ุงุบูุฑู„ู‡ ูˆุงุฑุญู…ู‡ ูˆุนุงูู‡ ูˆุงุนู ุนู†ู‡

Madrasah Tahfiz Riyadul Quran merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhum Ismail Haniyeh yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga roh Almarhum ditempatkan bersama golongan yang beriman dan beramal soleh.

Almarhum adalah seorang tokoh yang teguh dan kental jiwanya memperjuangkan nasib umat Islam di Palestin. Semoga segala jasanya dicatat sebagai amal-amal soleh. Semoga Allah mengampuni Almarhum.

29/07/2024

29 Julai 2024
23 Muharram 1446H

โœจPERKONGSIAN HADISโœจ

Ancaman Kepada Lelaki Yang Tidak Solat Berjemaah Di Masjid

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ ุŒ ุนูŽู†ู ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุŒ ู‚ูŽุงู„ูŽ : ู„ูŽู‚ูŽุฏู’ ู‡ูŽู…ูŽู…ู’ุชู ุฃูŽู†ู’ ุขู…ูุฑูŽ ุจูุงู„ุตู‘ูŽู„ูŽุงุฉู ููŽุชูู‚ูŽุงู…ูŽ ุŒ ุซูู…ู‘ูŽ ุฃูุฎูŽุงู„ูููŽ ุฅูู„ูŽู‰ ู…ูŽู†ูŽุงุฒูู„ู ู‚ูŽูˆู’ู…ู ู„ูŽุง ูŠูŽุดู’ู‡ูŽุฏููˆู†ูŽ ุงู„ุตู‘ูŽู„ูŽุงุฉูŽ ุŒ ููŽุฃูุญูŽุฑู‘ูู‚ูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูู…ู’ .

Daripada Abi Hurairah RA, dari Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya aku bertekad supaya solat didirikan kemudian aku akan pergi kepada setiap rumah seseorang yang tidak hadir solat berjemaah lalu akan aku perintahkan agar dibakar rumah mereka. (HR Bukhari No: 2420) Status Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Rasulullah menekankan kepentingan untuk lelaki Muslim mengerjakan solat fardu di Masjid.

2. Ancaman Rasulullah SAW untuk membakar orang berserta rumahnya kerana tidak mengerjakan solat fardu di masjid (tanpa sebarang alasan yang dibenarkan syarak). Menunjukkan kepentingan solat fardu berjemaah di masjid bagi lelaki.

3. Lelaki Muslim yang mendengar azan dan tidak menunaikan solat berjemaah di masjid, solat yang dilaksanakan di rumahnya tidak akan sempurna tanpa alasan yang dibenarkan syarak. Hadis Rasulullah SAW:

ู…ูู†ู’ ุฃูŽุตู’ุญูŽุงุจู ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ูู…ู’ ู‚ูŽุงู„ููˆุง ู…ูŽู†ู’ ุณูŽู…ูุนูŽ ุงู„ู†ู‘ูุฏูŽุงุกูŽ ููŽู„ูŽู…ู’ ูŠูุฌูุจู’ ููŽู„ูŽุง ุตูŽู„ูŽุงุฉูŽ ู„ูŽู‡ู ูˆ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุจูŽุนู’ุถู ุฃูŽู‡ู’ู„ู ุงู„ู’ุนูู„ู’ู…ู ู‡ูŽุฐูŽุง ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ุชู‘ูŽุบู’ู„ููŠุธู ูˆูŽุงู„ุชู‘ูŽุดู’ุฏููŠุฏู ูˆูŽู„ูŽุง ุฑูุฎู’ุตูŽุฉูŽ ู„ูุฃูŽุญูŽุฏู ูููŠ ุชูŽุฑู’ูƒู ุงู„ู’ุฌูŽู…ูŽุงุนูŽุฉู ุฅูู„ู‘ูŽุง ู…ูู†ู’ ุนูุฐู’ุฑู

Daripada sahabat Nabi SAW dengan banyak jalur, mereka mengatakan, "Barangsiapa mendengar seruan azan lalu tidak memenuhi panggilannya (hadir untuk solat), maka tidak ada solat baginya." Dan sebahagian para ahli ilmu berkata; "Hal ini sangat ditekankan dan tidak ada keringanan bagi seseorang untuk meninggalkan solat berjamaah kecuali bila ada uzur." (Sunan Tirmidzi No: 201) Status: Hadis Sahih

4. Marilah kita imarahkan Masjid dengan melaksanakan solat waktu di masjid.

"HUFFAZ PEMANGKIN UMMAH"

21/07/2024

22 Julai 2024
16 Muharram 1446H

โœจPERKONGSIAN HADISโœจ

Orang Yang Paling Banyak Pahala Solat Di Masjid

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู…ููˆุณูŽู‰ ู‚ูŽุงู„ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุฃูŽุนู’ุธูŽู…ู ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู ุฃูŽุฌู’ุฑู‹ุง ูููŠ ุงู„ุตู‘ูŽู„ูŽุงุฉู ุฃูŽุจู’ุนูŽุฏูู‡ูู…ู’ ููŽุฃูŽุจู’ุนูŽุฏูู‡ูู…ู’ ู…ูŽู…ู’ุดู‹ู‰ ูˆูŽุงู„ู‘ูŽุฐููŠ ูŠูŽู†ู’ุชูŽุธูุฑู ุงู„ุตู‘ูŽู„ูŽุงุฉูŽ ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ูŠูุตูŽู„ู‘ููŠูŽู‡ูŽุง ู…ูŽุนูŽ ุงู„ู’ุฅูู…ูŽุงู…ู ุฃูŽุนู’ุธูŽู…ู ุฃูŽุฌู’ุฑู‹ุง ู…ูู†ู’ ุงู„ู‘ูŽุฐููŠ ูŠูุตูŽู„ู‘ููŠ ุซูู…ู‘ูŽ ูŠูŽู†ูŽุงู…ู

Daripada Abu Musa berkata, "Nabi SAW bersabda: "Orang yang paling banyak mendapatkan pahala dalam solat adalah mereka yang paling jauh (jarak rumahnya ke masjid), kerana paling jauh dalam perjalanannya menuju masjid. Dan orang yang menunggu solat hingga dia melaksanakan solat bersama imam lebih besar pahalanya dari orang yang melaksanakan solat kemudian tidur." (Sahih Bukhari No: 614) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Orang yang paling banyak mendapatkan pahala dalam solat di masjid:

a. Orang yang paling jauh jarak rumahnya ke masjid

b. Orang yang menunggu solat hingga dia melaksanakan solat bersama imam (tidak solat sendirian)

2. Beruntung mereka yang rumahnya jauh dari masjid namun tetap datang ke masjid. Semoga orang yang lebih jauh jarak rumahnya lebih semangat untuk ke masjid kerana pahalanya lebih besar dibandingkan dengan orang yang rumahnya dekat dan mudah untuk ke masjid.

3. Seseorang yang menunggu solat dengan datang awal ke masjid hingga dia melaksanakan solat bersama imam, lebih besar pahalanya dari orang yang melaksanakan solat (hanya datang pada waktu hampir solat didirikan).

4. Ganjaran pahala bertambah dengan seseorang mengambil kesempatan berada di masjid antara dua waktu solat seperti waktu maghrib dan menunggu sehingga waktu isya โ€“ sama ada membaca al-Quran, berzkir, mendengar kuliah atau bergaul mesra merapatkan hubungan ukhuwah sesama ahli jamaah.

"HUFFAZ PEMANGKIN UMMAH"

20/07/2024

Dirgahayu Tuanku

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Pertabalan Kebawah Duli Yang Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17 pada 20 Julai 2024 Bersamaan 14 Muharam 1446H.

โ€œSemoga Allah Subhanahu Wa Taโ€™ala Memberkati Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku"

Sembah takzim daripada Madrasah Tahfiz Riyadul Quran

18/07/2024

18 Julai 2024
12 Muharram 1446H

โœจPERKONGSIAN HADISโœจ

Mengutamakan Orang Lain

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ู ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุฑูŽุฌูู„ู‹ุง ุฃูŽุชูŽู‰ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ูŽ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ููŽุจูŽุนูŽุซูŽ ุฅูู„ูŽู‰ ู†ูุณูŽุงุฆูู‡ู ููŽู‚ูู„ู’ู†ูŽ ู…ูŽุง ู…ูŽุนูŽู†ูŽุง ุฅูู„ู‘ูŽุง ุงู„ู’ู…ูŽุงุกู ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู…ูŽู†ู’ ูŠูŽุถูู…ู‘ู ุฃูŽูˆู’ ูŠูุถููŠูู ู‡ูŽุฐูŽุง ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุฌูู„ูŒ ู…ูู†ู’ ุงู„ู’ุฃูŽู†ู’ุตูŽุงุฑู ุฃูŽู†ูŽุง ููŽุงู†ู’ุทูŽู„ูŽู‚ูŽ ุจูู‡ู ุฅูู„ูŽู‰ ุงู…ู’ุฑูŽุฃูŽุชูู‡ู ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุฃูŽูƒู’ุฑูู…ููŠ ุถูŽูŠู’ููŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽุชู’ ู…ูŽุง ุนูู†ู’ุฏูŽู†ูŽุง ุฅูู„ู‘ูŽุง ู‚ููˆุชู ุตูุจู’ูŠูŽุงู†ููŠ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ู‡ูŽูŠู‘ูุฆููŠ ุทูŽุนูŽุงู…ูŽูƒู ูˆูŽุฃูŽุตู’ุจูุญููŠ ุณูุฑูŽุงุฌูŽูƒู ูˆูŽู†ูŽูˆู‘ูู…ููŠ ุตูุจู’ูŠูŽุงู†ูŽูƒู ุฅูุฐูŽุง ุฃูŽุฑูŽุงุฏููˆุง ุนูŽุดูŽุงุกู‹ ููŽู‡ูŽูŠู‘ูŽุฃูŽุชู’ ุทูŽุนูŽุงู…ูŽู‡ูŽุง ูˆูŽุฃูŽุตู’ุจูŽุญูŽุชู’ ุณูุฑูŽุงุฌูŽู‡ูŽุง ูˆูŽู†ูŽูˆู‘ูŽู…ูŽุชู’ ุตูุจู’ูŠูŽุงู†ูŽู‡ูŽุง ุซูู…ู‘ูŽ ู‚ูŽุงู…ูŽุชู’ ูƒูŽุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ูŽุง ุชูุตู’ู„ูุญู ุณูุฑูŽุงุฌูŽู‡ูŽุง ููŽุฃูŽุทู’ููŽุฃูŽุชู’ู‡ู ููŽุฌูŽุนูŽู„ูŽุง ูŠูุฑููŠูŽุงู†ูู‡ู ุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ูู…ูŽุง ูŠูŽุฃู’ูƒูู„ูŽุงู†ู ููŽุจูŽุงุชูŽุง ุทูŽุงูˆููŠูŽูŠู’ู†ู ููŽู„ูŽู…ู‘ูŽุง ุฃูŽุตู’ุจูŽุญูŽ ุบูŽุฏูŽุง ุฅูู„ูŽู‰ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุถูŽุญููƒูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุงู„ู„ู‘ูŽูŠู’ู„ูŽุฉูŽ ุฃูŽูˆู’ ุนูŽุฌูุจูŽ ู…ูู†ู’ ููŽุนูŽุงู„ููƒูู…ูŽุง ููŽุฃูŽู†ู’ุฒูŽู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู: (ูˆูŽูŠูุคู’ุซูุฑููˆู†ูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุฃูŽู†ู’ููุณูู‡ูู…ู’ ูˆูŽู„ูŽูˆู’ ูƒูŽุงู†ูŽ ุจูู‡ูู…ู’ ุฎูŽุตูŽุงุตูŽุฉูŒ ูˆูŽู…ูŽู†ู’ ูŠููˆู‚ูŽ ุดูุญู‘ูŽ ู†ูŽูู’ุณูู‡ู ููŽุฃููˆู„ูŽุฆููƒูŽ ู‡ูู…ู’ ุงู„ู’ู…ููู’ู„ูุญููˆู†ูŽ )

Daripada Abu Hurairah RA bahawa ada seorang lelaki (yang susah) datang kepada Nabi SAW lalu baginda memberitahu para isteri baginda (jika ada sesuatu yang boleh diberi). Para isteri baginda berkata; "Kami tidak mempunyai apa-apa selain air". Kemudian Rasulullah SAW berkata kepada orang ramai: "Siapakah yang mahu mengajak atau menjamu orang ini?". Maka seorang lelaki Ansar berkata; "Aku". Lelaki Ansar itu pulang bersama lelaki tadi menemui isterinya lalu berkata; "Muliakanlah tamu Rasulullah SAW ini". Isterinya berkata; "Kita tidak memiliki apa-apa kecuali sepotong roti untuk anak kita". Lelaki Ansar itu berkata; "Sediakanlah makanan itu, tidurkanlah anak kita dan matikanlah lampu". Ketika mereka hendak menikmati makan malam, maka isterinya menyediakan makanan itu lalu mematikan lampu dan menidurkan anaknya kemudian dia berdiri seakan hendak memperbaiki lampunya, lalu dimatikannya kembali. Suami-isteri hanya menggerak-gerakkan mulutnya (seperti mengunyah sesuatu) seolah keduanya turut menikmati hidangan. Kemudian keduanya tidur dalam keadaan lapar kerana tidak makan malam. Ketika pagi harinya, lelaki Ansar menemui Rasulullah SAW. Maka baginda berkata: "Malam tadi Allah kagum kerana perbuatan kalian berdua". Lalu Allah menurunkan firman-Nya dalam Surah al-Hasyr ayat 9 yang artinya: (Dan mereka lebih mengutamakan orang lain (Muhajirin) dari pada diri mereka sendiri sekalipun mereka memerlukan apa yang mereka berikan itu. Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung). (HR Bukhari No: 3514) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Rasulullah SAW menunjukkan contoh terbaik dengan berusaha tidak menghampakan setiap yang datang menemui baginda

2. Melayani tetamu adalah antara tuntutan akhlak terpuji seorang Muslim

3. Memiliki sifat "itsarโ€ (mengutamakan orang lain) melebihi diri sendiri adalah akhlak yang dikagumi dan suatu kemuliaan di sisi Allah

4. Mengutamakan dan memuliakan orang lain adalah satu daripada akhlak terpuji yang perlu diasuh sebagai satu daripada sifat RAHMAH seorang Muslim.

Marilah kita berusaha untuk memiliki sifat โ€œitsarโ€ agar menjadi orang yang mulia disisi Allah.

"HUFFAZ PEMANGKIN UMMAH"

17/07/2024

17 Julai 2024
11 Muharram 1446H

โœจPERKONGSIAN HADISโœจ

Tuntutan Berkasih Sayang Sesama Mukmin

ุนูŽู†ู’ ุงู„ู†ู‘ูุนู’ู…ูŽุงู†ู ุจู’ู†ู ุจูŽุดููŠุฑู ู‚ูŽุงู„ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู…ูŽุซูŽู„ู ุงู„ู’ู…ูุคู’ู…ูู†ููŠู†ูŽ ูููŠ ุชูŽูˆูŽุงุฏู‘ูู‡ูู…ู’ ูˆูŽุชูŽุฑูŽุงุญูู…ูู‡ูู…ู’ ูˆูŽุชูŽุนูŽุงุทูููู‡ูู…ู’ ู…ูŽุซูŽู„ู ุงู„ู’ุฌูŽุณูŽุฏู ุฅูุฐูŽุง ุงุดู’ุชูŽูƒูŽู‰ ู…ูู†ู’ู‡ู ุนูุถู’ูˆูŒ ุชูŽุฏูŽุงุนูŽู‰ ู„ูŽู‡ู ุณูŽุงุฆูุฑู ุงู„ู’ุฌูŽุณูŽุฏู ุจูุงู„ุณู‘ูŽู‡ูŽุฑู ูˆูŽุงู„ู’ุญูู…ู‘ูŽู‰

Daripada An Nu'man bin Bisyir dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mencintai, mengasihi, dan menyayangi bagaikan satu tubuh badan. Apabila ada salah satu anggota tubuh badan yang sakit, maka seluruh tubuhnya akan ikut terjaga (tidak boleh tidur) dan panas (turut merasakan sakitnya) ' (HR Muslim No: 4685) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Orang mukmin sesama mukmin adalah bersaudara.

2. Perumpamaan berkasih sayang sesama Mukmin seperti satu tubuh badan. Jika ada anggota badan yang sakit, anggota lain juga turut menanggung kesakitan.

3. Persaudaraan dalam Islam menuntut nilai kebersamaan iaitu saling memerlukan dalam apa jua keadaan. Saat bergembira akan dinikmati bersama begitu juga saat berduka tetap akan bersama mengharungi kesusahan serta keperitannya. Sebagai mukmin, menjadi kewajipan kita untuk saling tolong menolong di antara satu sama lain. Apatah lagi jika mereka memerlukan bantuan.

4. Hak-hak yang lahir daripada persaudaraan diwajibkan kerana iman. Wajib memberikan komitmen terhadap hak mukmin yang lain sama seperti wajibnya menunaikan solat, puasa, zakat dan haji

5. Wajib memelihara hak sesama mukmin dengan tidak menyakiti, menzalimi, mengumpat, memfitnah dan membiarkannya dalam kesusahan.

6. Kejayaan Rasulullah SAW dalam peristiwa Hijrah membina Negara Madinah yang makmur dan harmoni apabila baginda berjaya mempersaudarakan kaum Ansar dan Muhajiran untuk sama-sama bertolong bantu membangunkan Negara Islam Madinah.

Ayuh kita tunaikan hak persaudaraan yang wajib dengan sentiasa berkasih sayang sesama mukmin dan bertolong bantu membina Ummah Sejahtera Yang Berkualiti. Jika memelihara solat, puasa, zakat dan haji itu wajib, menunaikan hak persaudaraan ini juga wajib.

"HUFFAZ PEMANGKIN UMMAH"

16/07/2024

16 Julai 2024
10 Muharram 1446H

โœจPERKONGSIAN HADISโœจ

Amalan Pintu Kebaikan

ุนูŽู†ู’ ู…ูุนูŽุงุฐู ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ูŽ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุณูŽุฃูู†ูŽุจู‘ูุฆููƒูŽ ุจูุฃูŽุจู’ูˆูŽุงุจู ู…ูู†ู’ ุงู„ู’ุฎูŽูŠู’ุฑู ุงู„ุตู‘ูŽูˆู’ู…ู ุฌูู†ู‘ูŽุฉูŒ ูˆูŽุงู„ุตู‘ูŽุฏูŽู‚ูŽุฉู ุชูุทู’ููุฆู ุงู„ู’ุฎูŽุทููŠุฆูŽุฉูŽ ูƒูŽู…ูŽุง ูŠูุทู’ููุฆู ุงู„ู’ู…ูŽุงุกู ุงู„ู†ู‘ูŽุงุฑูŽ ูˆูŽู‚ููŠูŽุงู…ู ุงู„ู’ุนูŽุจู’ุฏู ู…ูู†ู’ ุงู„ู„ู‘ูŽูŠู’ู„ู

Daripada Muaz bin Jabal RA bahawa Nabi SAW bersabda; "Aku akan memberitahu kepadamu pintu-pintu kebaikan iaitu; puasa adalah perisai, sedekah meleburkan dosa seperti air memadamkan api, dan seorang hamba bangun (qiamullail) di malam hari. (Musnad Ahmad No: 21628). Dar Ihya Turath Arabiy. Status: Isnad Hasan

Pengajaran:

1. Nabi SAW menyampaikan pesanan tentang pintu-pintu kebaikan kepada umatnya iaitu Ibadat puasa, sedekah dan qiamullail.

2. Pintu kebaikan pertama ialah Ibadat puasa. Puasa menjadi benteng atau perisai kepada seseorang daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Puasa adalah perisai yang akan melindungi daripada kehancuran jiwa, kerosakan perjalanan hidup, melindungi diri daripada terjerumus ke dalam golongan manusia yang tidak memiliki sifat sabar.

3. Puasa juga menjadi perisai memberikan keteguhan hati dalam bertakwa kepada Allah. Puasa adalah perisai seseorang dari api neraka. Sabda Rasulullah SAW:

ุฅูู†ู‘ูŽู…ูŽุง ุงู„ุตู‘ููŠูŽุงู…ู ุฌูู†ู‘ูŽุฉูŒ ูŠูŽุณู’ุชูŽุฌูู†ู‘ู ุจูู‡ูŽุง ุงู„ู’ุนูŽุจู’ุฏู ู…ูู†ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุฑู

Puasa adalah perisai yang dapat melindungi seorang hamba dari siksa nerakaโ€ (HR Ahmad No: 3868 dalam sahih al-Jamiโ€™).

4. Puasa sunat pada bulan Muharam antaranya puasa Tasuโ€™a pada 9hb Muharam dan puasa Asyura pada 10 hb Muharam moga menjadi salah satu pintu kebaikan serta perisai buat kita dari api neraka.

5. Pintu kebaikan kedua ialah bersedekah. Sedekah meleburkan dosa seperti air memadamkan api. Kita dianjurkan bersedekah khususnya kepada mereka yang memerlukan.

6. Ambillah kesempatan untuk menyumbang dan menderma. Semoga sumbangan kita menjadi antara pintu kebaikan serta pelebur dosa dan penghindar kita dari api neraka. Sabda Nabi SAW:

ุงูุชู‘ูŽู‚ููˆุง ุงู„ู†ู‘ูŽุงุฑูŽูˆูŽู„ูŽูˆุจูุดูู‚ู‘ู ุชูŽู…ู’ุฑูŽุฉู

Hindarilah neraka meskipun dengan sebelah biji korma. (Sahih Bukhari No: 5677) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

7. Pintu kebaikan ketiga adalah menghidupkan malam dengan Qiamullail. Antaranya dengan melaksanakan solat sunat malam, memperbanyakkan zikir dan munajat kepada Allah. Semoga amalan ini mampu membina kekuatan rohani kita.

Marilah kita melaksanakan amal-amal yang menjadi antara pintu kebaikan iaitu membanyakkan puasa sunat, bersedekah dan qiamullail.

"HUFFAZ PEMANGKIN UMMAH"

16/07/2024

15 Julai 2024
09 Muharram 1446H

โœจPERKONGSIAN HADISโœจ

Berpuasa Hari Asyura Tanda Kecintaan Kepada Rasul

ุนูŽู†ู’ ุงุจู’ู†ู ุนูŽุจู‘ูŽุงุณู ู‚ูŽุงู„ูŽ ู‚ูŽุฏูู…ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุงู„ู’ู…ูŽุฏููŠู†ูŽุฉูŽ ูˆูŽุงู„ู’ูŠูŽู‡ููˆุฏู ุชูŽุตููˆู…ู ุนูŽุงุดููˆุฑูŽุงุกูŽ ููŽู‚ูŽุงู„ููˆุง ู‡ูŽุฐูŽุง ูŠูŽูˆู’ู…ูŒ ุธูŽู‡ูŽุฑูŽ ูููŠู‡ู ู…ููˆุณูŽู‰ ุนูŽู„ูŽู‰ ููุฑู’ุนูŽูˆู’ู†ูŽ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู„ูุฃูŽุตู’ุญูŽุงุจูู‡ู ุฃูŽู†ู’ุชูู…ู’ ุฃูŽุญูŽู‚ู‘ู ุจูู…ููˆุณูŽู‰ ู…ูู†ู’ู‡ูู…ู’ ููŽุตููˆู…ููˆุง

Daripada Ibnu 'Abbas RA dia berkata; "Ketika Rasulullah SAW tiba di Madinah, baginda melihat kaum Yahudi berpuasa pada hari Asyura` (10 muharam), mereka berkata; "Lebih tepatnya pada hari Musa mengalahkan Firaun. Maka Rasulullah SAW bersabda kepada para sahabatnya: "Kalian lebih berhak terhadap Musa daripada mereka, maka berpuasalah." (HR Bukhari No: 4312) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Ibadat Puasa adalah antara syariat yang diwajibkan keatas umat terdahulu. Puasa Hari Asyura (10 muharam) adalah antara syariat Nabi Musa sebagai tanda bersyukur diselamatkan dari Firaun dan tenteranya.

2. Rasulullah SAW berpuasa pada hari Asyura sejak sebelum kewajipan berpuasa Ramadan dan mengajak para sahabat juga berpuasa.

3. Kita sebagai umat Islam lebih wajar menunjukkan tanda kecintaan kepada para Rasul termasuk kepada Nabi Allah Musa AS. Antara tanda kecintaan itu dengan berpuasa pada hari Nabi Allah Musa AS mengalahkan Firaun dan tenteranya yang ditenggelamkan di laut Merah.

Moga Allah sentiasa menjadikan kita orang yang cinta dan kasih kepada para RasulNya. SELAMAT BERPUASA sunat di bulan Muharam.

"HUFFAZ PEMANGKIN UMMAH"

16/07/2024

14 Julai 2024
08 Muharram 1446H

โœจPERKONGSIAN HADISโœจ

Puasa Menjauhkan Dari Api Neraka

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ุณูŽุนููŠุฏู ุงู„ู’ุฎูุฏู’ุฑููŠู‘ู ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ ุณูŽู…ูุนู’ุชู ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ูŠูŽู‚ููˆู„ู: ู…ูŽู†ู’ ุตูŽุงู…ูŽ ูŠูŽูˆู’ู…ู‹ุง ููู‰ ุณูŽุจููŠู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุจูŽุนู‘ูŽุฏูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽุฌู’ู‡ูŽู‡ู ุนูŽู†ู ุงู„ู†ู‘ูŽุงุฑู ุณูŽุจู’ุนููŠู†ูŽ ุฎูŽุฑููŠูู‹ุง

Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, aku mendengar Sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa melakukan puasa satu hari di jalan Allah (dalam melakukan ketaatan pada Allah / jihad ), maka Allah akan menjauhkannya dari neraka sejauh perjalanan 70 tahun. (HR Bukhari No: 2840) Status Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Puasa adalah antara ibadat yang menjadikan seseorang hamba dekat dengan syurga dan jauh daripada neraka.

2. Puasa adalah perisai kepada seorang mukmin. Rasulullah SAW bersabda:

ุงู„ุตู‘ููŠูŽุงู…ู ุฌูู†ู‘ูŽุฉูŒ ูŠูŽุณู’ุชูŽุฌูู†ู‘ู ุจูู‡ูŽุง ุงู„ู’ุนูŽุจู’ุฏู’ ู…ูู†ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุฑู

Puasa adalah perisai, seorang hamba berperisai dengannya dari api nerakaโ€ (HR Ahmad 3/241) Status: Hadis Sahih

3. Sehari ibadat puasa oleh seorang Mukmin yang dilakukan dengan ikhlas akan menjauhkan seseorang dari neraka sejauh 70 tahun perjalanan.

4. Rasulullah SAW menganjurkan kita untuk melakukan puasa sunat khususnya pada bulan Muharam. Antara hari yang digalakkan berpuasa selain daripada Isnin dan Khamis, puasa Tasuโ€™a (9 Muharam) dan puasa Asyura (10 Muharam) juga puasa sunat pada pertengahan bulan hijrah atau dipanggil puasa hari puteh (13, 14 dan 15 haribulan Hijrah)

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ุฐูŽุฑู‘ู ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฃูŽู…ูŽุฑูŽู†ูŽุง ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุฃูŽู†ู’ ู†ูŽุตููˆู…ูŽ ู…ูู†ู’ ุงู„ุดู‘ูŽู‡ู’ุฑู ุซูŽู„ูŽุงุซูŽุฉูŽ ุฃูŽูŠู‘ูŽุงู…ู ุงู„ู’ุจููŠุถูŽ ุซูŽู„ูŽุงุซูŽ ุนูŽุดู’ุฑูŽุฉูŽ ูˆูŽุฃูŽุฑู’ุจูŽุนูŽ ุนูŽุดู’ุฑูŽุฉูŽ ูˆูŽุฎูŽู…ู’ุณูŽ ุนูŽุดู’ุฑูŽุฉูŽ

Dari Abu Dzarr RA dia berkata; "Rasulullah SAW memerintahkan kami agar berpuasa tiga hari Bidh (Putih) dalam sebulan iaitu tiga belas, empat belas dan lima belas." (HR Nasai No: 2380) Status: Hadis Hasan

Marilah kita melakukan puasa sunat pada sepanjang bulan Muharam ini selain daripada puasa pada hari ke 9 (Tasuโ€™a), hari ke 10 (Asyura). Disamping puasa sunat hari Isnin dan Khamis juga puasa hari-hari puteh pada 13hb, 14hb dan 15hb Muharam.

Moga ibadat puasa akan menghindarkan kita dari api neraka.

"HUFFAZ PEMANGKIN UMMAH"

16/07/2024

13 Julai 2024
07 Muharram 1446H

โœจPERKONGSIAN HADISโœจ

Puasa Tasuโ€™a (puasa 9hb Muharram)

ุนูŽุจู’ุฏูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุจู’ู†ูŽ ุนูŽุจู‘ูŽุงุณู ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ูู…ูŽุง ูŠูŽู‚ููˆู„ูุง ุญููŠู†ูŽ ุตูŽุงู…ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุนูŽุงุดููˆุฑูŽุงุกูŽ ูˆูŽุฃูŽู…ูŽุฑูŽ ุจูุตููŠูŽุงู…ูู‡ู ู‚ูŽุงู„ููˆุง ูŠูŽุง ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุฅูู†ู‘ูŽู‡ู ูŠูŽูˆู’ู…ูŒ ุชูุนูŽุธู‘ูู…ูู‡ู ุงู„ู’ูŠูŽู‡ููˆุฏู ูˆูŽุงู„ู†ู‘ูŽุตูŽุงุฑูŽู‰ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ููŽุฅูุฐูŽุง ูƒูŽุงู†ูŽ ุงู„ู’ุนูŽุงู…ู ุงู„ู’ู…ูู‚ู’ุจูู„ู ุฅูู†ู’ ุดูŽุงุกูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูู…ู’ู†ูŽุง ุงู„ู’ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ุชู‘ูŽุงุณูุนูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ููŽู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุฃู’ุชู ุงู„ู’ุนูŽุงู…ู ุงู„ู’ู…ูู‚ู’ุจูู„ู ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ุชููˆููู‘ููŠูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ

Abdullah bin Abbas RA, beliau menceritakan: Ketika Nabi SAW melaksanakan puasa Asyura dan memerintahkan para sahabat untuk puasa. Kemudian ada sahabat yang berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya hari Asyura adalah hari yang diagungkan orang Yahudi dan Nasrani. Kemudian Nabi SAW bersabda: โ€œTahun depan, Insha Allah kita akan berpuasa pada hari ke sembilan.โ€ Namun, belum sampai tahun depan, Nabi SAW diwafatkan. (HR. Muslim No: 1916) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Antara hari yang digalakan berpuasa pada bulan Muharam ialah puasa sunat hari Tasu'a (9hb Muharam) iaitu sehari sebelum hari Asyura (10hb Muharam)

2. Puasa dua hari iaitu puasa sunat Tasu'a (9hb Muharam) dan puasa sunat Asyura (10hb Muharam) adalah untuk membezakan amalan berpuasa seorang Muslim dengan puasa orang Yahudi dan Keristian.

3. Ibnul Qayim dalam Zadul Maโ€™ad, 2/72 menjelaskan puasa yang berkait hari Asyura ada tiga Kategori:

a) Kategori paling sempurna, puasa tiga hari. Sehari sebelum Asyura, hari Asyura, dan sehari selepas Asyura (9hb, 10hb dan 11hb Muharam).

b) Kategori kedua, puasa pada 9hb dan 10hb Muharam berdasarkan banyak hadis.

c) Kategori ketiga, puasa pada10hb Muharam saja.

Marilah kita tunaikan puasa Sunat Tasu'a (9hb Muharam) yang jatuh pada 15hb Julai hari Isnin dan puasa Sunat Asyura (10hb Muharam) pada 16hb Julai hari Selasa. Moga Allah akan mengampukan dosa-dosa kita setahun yang lalu.

Mungkinkah Muharam ini tidak akan kita temui pada tahun hadapan?

"HUFFAZ PEMANGKIN UMMAH"

12/07/2024

12 Julai 2024
06 Muharram 1446H

โœจPERKONGSIAN HADISโœจ

Puasa Asyura

ุนูŽู†ู’ ุงุจู’ู†ู ุนูŽุจู‘ูŽุงุณู ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ูู…ูŽุง ู‚ูŽุงู„ูŽ ู…ูŽุง ุฑูŽุฃูŽูŠู’ุชู ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ูŽ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ูŠูŽุชูŽุญูŽุฑู‘ูŽู‰ ุตููŠูŽุงู…ูŽ ูŠูŽูˆู’ู…ู ููŽุถู‘ูŽู„ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽู‰ ุบูŽูŠู’ุฑูู‡ู ุฅูู„ู‘ูŽุง ู‡ูŽุฐูŽุง ุงู„ู’ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุนูŽุงุดููˆุฑูŽุงุกูŽ ูˆูŽู‡ูŽุฐูŽุง ุงู„ุดู‘ูŽู‡ู’ุฑูŽ ูŠูŽุนู’ู†ููŠ ุดูŽู‡ู’ุฑูŽ ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽ

Daripada Ibnu Abbas RA, beliau mengatakan: โ€œSaya tidak pernah melihat Nabi SAW memilih satu hari untuk puasa yang lebih baginda utamakan dari pada yang lainnya kecuali puasa hari Asyura, dan puasa bulan Ramadan.โ€ (HR Bukhari No: 1867) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Antara ibadat puasa yang menjadi keutamaan kepada Rasulullah SAW untuk kita contohi selain puasa dibulan Ramadan ialah puasa pada hari Asyura (10hb Muharam)

2. Puasa Asyura ganjarannya dapat menghapuskan segala dosa setahun yang lalu (Imam Nawawi kata diampunkan segala dosa kecil). Dari Abu Qatadah Al-Anshari RA, beliau mengatakan:

ุณุฆู„ ุนู† ุตูˆู… ูŠูˆู… ุนุงุดูˆุฑุงุก ูู‚ุงู„ ูƒูุงุฑุฉ ุณู†ุฉ

Nabi SAW ditanya tentang puasa Asyura, Baginda menjawab: โ€œPuasa Asyura menjadi penebus dosa setahun yang telah lalu.โ€ (HR. Muslim No: 1976). Status: Hadis Sahih

Rebutlah peluang melakukan puasa sunat sempena Asyura. Semoga amalan berpuasa sunat Asyura akan menjadi penebus dosa-dosa kita setahun yang lalu. Jadilah Muslim yang memiliki jati diri yang kukuh, bersih dari dosa dan maksiat. Kita perlu melahirkan warganegara yang merdeka daripada dosa, dan dalam masa yang sama memiliki peribadi yang utuh untuk membangunkan Negara Malaysia yang Sejahtera. Al-Falah Pemacu Malaysia Madani.

"HUFFAZ PEMANGKIN UMMAH"

Want your school to be the top-listed School/college in Batu Gajah?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

17 Ramadan 1445H | 28 Mac 2024MSalam Nuzul Al-Quran โœจSemoga kita menjadikan Al-Quran sebagai pedoman dalam menjalani keh...
Syukur, alhamdulillah.....๐Ÿคฒ๐ŸปTelah selesai dengan jayanya "Kem Smart Tahfiz 2.0 MTRQ" yang merupakan aktiviti tahunan Mad...
Salam Nisfu Sya'ban 1445H15 Sya'ban 1445HKELEBIHAN MALAM NISFU SYAABANDaripada Muโ€™az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersa...
SALAM ISRAK MIKRAJ 1445H/2024MSelamat memperingati peristiwa agung Israk dan Mikraj kepada seluruh rakyat Malaysia yang ...
โœจBingkisan Prestasi Peningkatan PelajarโœจAdik Putra Adam Harith bin Abdullah ini telah masuk ke Madrasah Tahfiz Riyadul Q...
โ€ผ๏ธDOA BUAT PALESTIN ๐Ÿคฒ๐Ÿปโ€ผ๏ธTeruskan berdoa buat saudara Islam kita di Palestin. Doa senjata orang mukmin ๐Ÿคฒ๐Ÿป. Moga Allah mem...
โœจRehlah Dakwahโœจุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…HAFLAH MAHABBAH MAULID AKBAR๏บ๏ปŸ๏ป ๏ปฌ๏ปข ๏บป๏ปž ๏ป‹๏ป ๏ปฐ ๏บณ๏ปด๏บช๏ปง๏บŽ ๏ปฃ๏บค๏ปค๏บช ๏ปญ๏บ๏ปŸ๏ปช ๏ปญ๏บป๏บค๏บ’๏ปช ๏บ๏บŸ๏ปค๏ปŒ๏ปด๏ปฆ๐ŸŒŸ Ahlan Ya Rab...
๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹ ๐’๐€๐– 12 RabiulAwal 1445H | 28 September 2023M12 RabiulAwal menjadi tarikh keramat terpenting bagi ki...
Khamis, 31 Ogos 2023Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-66 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พTelah diadakan Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-66 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ bersama pelajar-...
Isnin | 24 Julai 2023 | 6 Muharram 1445HPerhimpunan Mingguan Madrasah Tahfiz Riyadul Quran  Pengisianโคต๏ธ๐Ÿ“ŒBacaan Asma Ul-H...
ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู†ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡Tidak terlambat lagi rasanya untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2023Semo...

Category

Telephone

Address


16-8, Jalan 13, Bandar Baru Siputeh, Siputeh
Batu Gajah
31560

Other Education in Batu Gajah (show all)
Creative Surf E-Learning Centre - CSEC Creative Surf E-Learning Centre - CSEC
Batu Gajah

ONLINE EDUCATION CENTRE

Taska Umar Araffa Taska Umar Araffa
Batu Gajah, -

Taska Umar Araffa (2023)

Musolla NUR IMAN Musolla NUR IMAN
Smk Street Bernadette's Convent
Batu Gajah

Musolla Unggul Pemangkin Generasi al-Quran

Pusat Pengajian Al-Quran AA Smart Pusat Pengajian Al-Quran AA Smart
Batu Gajah, 31000

Pusat Pengajian AlQuran AA Smart adalah kelas Mengaji AlQuran,Asas Fardhu Ain dan Asas Bahasa Arab untuk dewasa dan kanak-kanak secara offline dan online

Tadika Teras Ilmu Tadika Teras Ilmu
No 13, Jalan Nuri, Taman Kam Seng
Batu Gajah, 31000

Pusat Tuisyen Misi Mercu Pusat Tuisyen Misi Mercu
49A, Laluan Bt. Gajah Transit 2, Taman Batu Gajah Transit
Batu Gajah, 31000

We are a tuition center catering to all ages of students. Our services include private, grouped and online tutoring from our professional educators. We offer all subjects and varie...

Sekolah Agama Rakyat Imaniah, Bemban, Batu Gajah Sekolah Agama Rakyat Imaniah, Bemban, Batu Gajah
LOT 365289 WILAYAH Jalan BEMBAN MUKIM SUNGAI TERAP
Batu Gajah, 31000

SRAR Imaniah telah ditubuhkan pada 31 Januari 1989, dibawah naungan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK). Pengendalian sekolah ini dilakukan oleh AJK yang dilantik melalui Mesyuarat A...

Jabatan Teknologi Kimpalan PESDC Jabatan Teknologi Kimpalan PESDC
Kawasan Perindustrian Pengkalan 2
Batu Gajah

Maahad Tahfiz Al Quran As Sharif Maahad Tahfiz Al Quran As Sharif
NO PT 4359 KAMPUNG SERI JAYA DUA
Batu Gajah, 31000

NO PT 4359 SERI JAYA DUA, 31000 BATU GAJAH PERAK DARUL RIDZUAN

PPKI SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah, Perak. PPKI SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah, Perak.
Jalan Ilmu
Batu Gajah, 31000

PPKI SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah, Perak.

Musolla NUR IMAN Musolla NUR IMAN
Batu Gajah

Smk St Bernadette's Convent

Taska Auliya Celik Taska Auliya Celik
Jalan Bahagia
Batu Gajah, 31000