Farmasi Nilam Page

FARMASI NILAM. By Mr. Soyod Terulung

17/10/2024

Komer yang mencari INFLUENZA TEST KIT, bolehle dapatkan di Farmasi Nilam. Lekeih kome sebelum stok habih.

30/09/2024

Sakit lutut sering menjadi masalah yang dihadapi oleh warga tua, terutamanya akibat osteoartritis, iaitu keadaan di mana rawan di sendi lutut haus dan menyebabkan geseran antara tulang.

Walaupun ubat tahan sakit seperti paracetamol atau ibuprofen boleh membantu meredakan kesakitan, ada beberapa cara lain untuk mengurangkan sakit lutut tanpa hanya bergantung pada ubat iaitu dengan senaman ringan untuk memperkuatkan otot di sekitar lutut untuk membantu menyokong sendi dan mengurangkan tekanan pada lutut.

Selain itu, pengambilan suplemen glucosamine juga boleh dipertimbangkan. Glucosamine berfungsi dengan:

✅ Membantu memperbaiki rawan yang rosak.
✅ Mengurangkan geseran antara tulang dalam sendi.
✅ Mengurangkan keradangan dan kesakitan pada sendi lutut.

Untuk warga tua yang mengalami sakit lutut, mengambil glucosamine secara berkala boleh membantu meningkatkan kualiti hidup dengan mengurangkan rasa sakit dan meningkatkan pergerakan.

29/09/2024

KISAH GARAM (SODIUM) VS HIPERTENSI

Bila kome makan garam banyak hari ni, bukan bermakna esok terus dapat tekanan darah tinggi. Ia tidak berlaku dalam masa sehari tetapi mengambil masa bertahun!

Grafik ni dapat bantu kome untuk faham macam mana terjadinya tekanan darah tinggi daripada pengambilan garam secara berlebihan.

Kredit: Pusat Maklumat Pemakanan Johor

25/09/2024

Kesesakan di pusat pemindahan banjir di Semenanjung Utara boleh meningkatkan risiko jangkitan saluran pernafasan. Cegah jangkitan saluran pernafasan semasa banjir dengan

➡️ Elak berdekatan dengan mereka yang mempunyai simptom seperti batuk atau bersin

➡️ Amalkan etika batuk dan bersin yang betul

➡️ Jaga kebersihan diri dan persekitaran

➡️ Cuci tangan menggunakan air dan sabun atau pensanitasi tangan

➡️ Gunakan tisu untuk membuang kahak

➡️ Asingkan mangsa banjir yang mempunyai gejala

➡️ Pakai pelitup muka jika bergejala atau berada di tempat sesak

Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami masalah kesihatan.

Layari https://www.infosihat.gov.my/banjir.html untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai banjir.

23/09/2024

AWAS RHABDOMYOLYSIS: Bahaya Aktiviti Fizikal Berlebihan!

Kisah ini berlaku kepada seorang wanita yang teruja untuk mencuba spin bicycle, salah satu senaman yang popular dan berintensiti tinggi.

Beberapa jam selepas senaman, dia mula merasakan sakit otot kaki yang teramat sangat, selepas 2 hari masih tidak sembuh.

Selepas pemeriksaan darah dilakukan, doktor mendapati paras creatinine dalam darahnya sangat tinggi – tanda dia mengalami rhabdomyolysis.

Komplikasi ini boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, dan dalam kes yang teruk, boleh memerlukan rawatan dialisis.

Apa Itu Rhabdomyolysis?

Rhabdomyolysis berlaku apabila otot anda rosak teruk sehingga bahan protein myoglobin dilepaskan ke dalam aliran darah, merosakkan buah pinggang.

Contoh Aktiviti Berisiko:

• Spin bicycle atau HIIT (High-Intensity Interval Training)
• Lari maraton atau ultramaraton
• Latihan beban berlebihan seperti angkat berat atau crossfit

Langkah-langkah Pencegahan:

1. Mulakan secara perlahan: Jangan terburu-buru menambah intensiti senaman, terutamanya jika baru bermula.
2. Pastikan penghidratan mencukupi: Minum air yang cukup sebelum, semasa, dan selepas senaman.
3. Berhenti jika berasa sakit: Jangan abaikan tanda-tanda awal keletihan atau kecederaan otot.
Dengar pada tubuh anda, kenali had anda! Jangan memaksa diri jika anda sudah berasa tidak selesa atau sakit.

Kredit: PHM

21/09/2024

Susu semital dah restock komer..
Hospital Batu Gajah guna susu ni la di ward.
Doktor selalu cadang untuk teruskan ambil susu ni kalau dah discharge kan.
Kome boleh dapatkan di Farmasi NIlam Batu Gajah Transit ye.

15/09/2024

Tidur dengan cahaya terang boleh mengganggu kualiti tidur dan kesihatan. Cahaya terang menghalang pengeluaran melatonin, hormon penting untuk tidur nyenyak.

Akibatnya, kita mungkin sukar tidur, sering terjaga, dan mengalami keletihan pada siang hari. Ini boleh menjejaskan kesihatan fizikal dan mental, termasuk meningkatkan risiko tekanan darah tinggi, obesiti, dan masalah mood.

Untuk sesetengah orang, tidur yang terganggu boleh menambah rasa cemas dan tidak selesa. Penting untuk kita menjaga persekitaran tidur yang gelap dan tenang, agar tubuh dapat pulih sepenuhnya dan kita bangun dengan lebih segar serta bertenaga.

Sebaiknya, cuba tidur dalam suasana yang gelap atau menggunakan cahaya yang sangat malap untuk memastikan tidur yang lebih baik dan lebih menyegarkan. 😀

Photos from Farmasi Nilam Page's post 13/09/2024

Tanda jangkitan mpox adalah ruam dan lepuh di badan, terutamanya di muka, tapak tangan dan tapak kaki. Pesakit juga boleh mengalami demam, keletihan, sakit kepala, sakit otot, sakit belakang dan bengkak kelenjar limfa.

Golongan yang berisiko untuk penyakit mpox yang teruk ialah kanak-kanak, ibu mengandung dan pesakit yang mempunyai tahap imun yang rendah. Pesakit boleh mengalami komplikasi jangkitan seperti lesi pada kornea, radang paru-paru dan jangkitan kuman dalam darah.

13/09/2024

Mpox (yang dahulunya dikenali sebagai monkeypox) ialah penyakit yang disebabkan oleh virus monkeypox (MPXV) daripada famili Poxviridae.

Pada masa ini, lazimnya jangkitan berlaku daripada manusia kepada manusia melalui sentuhan rapat dengan individu yang mempunyai gejala dan tanda jangkitan mpox.

Terdapat dua (2) jenis clade virus monkeypox (MPXV) yang diketahui boleh menyebabkan mpox iaitu clade I dan clade II.

31/08/2024

MERDEKA!!
MERDEKA!!
MERDEKA!!

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 67
BUAT SEMUA RAKYAT MALAYSIA

Teman buka kedai. Jangan tak datang ye. 😁

24/08/2024

BELI DENGAN HARGA PROMO.
Cepat2 sementara stok masih ada.
Jangan lepaskan peluang ye.

11/08/2024

Hi ladies. Jom borak tentang Adapalene 🌸

Apa tu Adapalene??

Adapalene merupakan generasi ke 3 retinol yang diambil dari Vitamin A. Adapalene mempunyai pelbagai kepekatan bermula dari 0.1% atau 0.3 %

Biasanya kita akan jumpa brand Deriva ataupun Differin gel dekat mana-mana farmasi.

Apa kebaikan Adapalene ni?

1. Mempercepatkan persalinan (skin turn over) kulit baru. Dimana kulit mati yang berada di muka kita tidak berkumpul, dan menyebabkan pori tersumbat punca jerawat.

2. Kulit juga cepat glowing hasil turn over kulit tadi.

3. Adapalene mempunyai efek anti-radang di mana dapat meredakan jerawat.

4. Memudarkan pigmentasi noda-noda hitam di muka.

Siapa yang tak boleh pakai Adapalene?
1. Mengandung
2. Ibu menyusu

Bagaimana cara guna Adapalene?

1. Basuh muka bersih-bersih
2. Hanya pakai pada waktu malam.
3. Layer vaseline pada mata, hidung dan mulut untuk elak iritasi.
4. Apply pea sized amount for Adapalene untuk seluruh muka.
5. Kemudian pakai moisturizer pada muka.

Tips pakai Adapelen.
-Hanya pakai pea-sized untuk seluruh muka untuk elak iritasi.
-Patch test dulu di rahang untuk lihat keserasian pada kulit.
-Wajib pakai sunscreen pada waktu siang jika pakai Adapelene.
-Layer dengan mosturizer untuk elak kulit kering dan mengelupas.
-If kulit terlampau kering stop dulu pakai Adapalene, pulihkan balik skin barrier. Boleh pakai semula selang sehari.
-Elakkan scrub muka dan harsh toner yang mengandungi AHA/BHA.
-Adapalene mungkin akan menyebabkan 'purging' , jadi stop dulu penggunaan. Rawat 'purging' dulu baru pakai semula Adapalene. Mulakan dengan pakai secara selang sehari.
-Jika tetap tidak boleh tolerate dengan Adapalene, stop secara terus.

04/08/2024

Di Malaysia, terdapat beberapa makanan tradisional yang kaya dengan probiotik.

1. Proses penapaian tempeh menghasilkan bakteria probiotik yang bermanfaat, menjadikan tempeh sebagai sumber probiotik yang sangat baik.

2. Tapai adalah makanan yang diperbuat daripada ubi kayu atau pulut yang ditapai menggunakan ragi. Proses penapaian ini menghasilkan bakteria probiotik yang baik untuk kesihatan usus.

3. Acar buah yang ditapai secara semulajadi (bukan diawet dengan cuka) mengandungi bakteria probiotik.
Pastikan acar ini disimpan di dalam peti sejuk untuk mengekalkan kultur hidup dan aktif.

Probiotik membantu menjaga keseimbangan mikroflora usus, meningkatkan pencernaan, dan mengurangkan risiko cirit-birit serta sindrom usus rengsa (IBS).

Ia juga menyokong sistem imun, mencegah jangkitan saluran kencing dan f***j, meningkatkan penyerapan nutrien, dan berpotensi mengurangkan alergi serta ekzema.

31/07/2024

DVT merupakan pembentukan darah beku di dalam saluran darah (vena) yang biasanya berlaku di bahagian betis atau peha.

DVT boleh mendatangkan bahaya dan kematian apabila darah beku pecah dan dibawa melalui saluran darah ke paru paru. Situasi ini dikenali sebagai PE (Pulmonary Embolism)

Apakah punca?

✅ Berusia lebih 60 tahun
✅ Mempunyai berat badan berlebihan
✅ Mempunyai urat varikos (saluran darah bengkak di kaki)
✅ Perjalanan yang jauh lebih daripada 3 jam dengan kapal terbang, kereta atau kereta api
✅ Sedang hamil atau jika anda telah melahirkan bayi dalam tempoh 6 minggu
✅ Mengalami dehidrasi

Siapakah yang berisiko?

❗Sesiapa yang berdiri lama seperti waiter, salesman, tukang masak, berniaga kedai.
❗Berat badan berlebihan seperti obesiti, ibu mengandung.
❗Pesakit terlantar kurang pergerakan kaki.

Gunakan TED stokinet untuk mencegah DVT jika ada yang terlantar lama di hospital atau tidak banyak bergerak. Boleh dapatkan di Farmasi Nilam.

29/07/2024

Prospan dah masuk stok kome...
Leghaih dapatkan sekarang!!!!

Prospan ni kan ubat batuk paling VIRAL tu..
Dia tak ada Alkohol, xde Gula dan Pewarna Tambahan.
Sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas.

28/07/2024

Apakah kekejangan otot?

Kekejangan otot adalah pengecutan atau kekejangan yang tiba-tiba, tidak disengajakan pada satu atau lebih otot kome.

Apa yang menyebabkan kekejangan otot?

📌 Penggunaan otot secara berlebihan/overuse. Ini adalah punca yang paling biasa.
📌 Himpitan saraf,berpunca daripada kecederaan saraf tunjang atau saraf tersepit di leher atau belakang
📌 Dehidrasi
📌 Paras elektrolit yang rendah seperti magnesium, kalium, atau kalsium tidak dapat mengaktifkan fungsi otot (otot tidak dapat contract dengan baik).
📌 Tidak cukup darah sampai ke otot anda
📌 Kehamilan
📌 Ubat-ubatan tertentu
📌 Mendapat rawatan dialisis

Dapatkan ATROFLEX di Farmasi Nilam kerana ATROFLEX dapat membantu mengurangkan kekejangan otot kome.

ATROFLEX 100% diperbuat daripada bahan semulajadi dan organik.
Kome boleh sapu di setiap anggota badan yang sakit untuk bahagian belakang, lutut, bahu, leher atau mana-mana kawasan sakit otot atau sendi.

P/s: Yang Penting Preggy Mom boleh pakai. Jadi ibu yang mengandung jangan risau kome pon boleh pakai sebab bahan dia natural. Selamat untuk ibu megandung.

28/07/2024

Sesetengah kanak-kanak sangat sukar untuk mengambil ubat apabila mereka sakit. Penyelesaian lain yang kome boleh guna adalah Tampalan Hidung Pelega Selesema Yukazan. Sesuai untuk melegakan gejala selsema dan hidung tersumbat.

Dengan 100% minyak pati semulajadi, ia selamat untuk kanak-kanak kerana ia mesra G6PD. Sesuai untuk kanak-kanak berumur 3 bulan ke atas.

Cepat, dapatkan sekarang! 🌟💊

14/07/2024

JOM komer datang Farmasi Nilam cek gula.
Yang mana ada appoinment doktor, kena cek gula setiap pagi boleh ler datang sini.

Kami buka 8.30 pagi hingga 10.00 malam. 😁

14/07/2024

Jom Kenali Ubat Tahan Sakit

Komer mesti pernah makan ubat tahan sakit kan? Meh teman terangkan apa beza semua obat tahan sakit ni?. Kadang tu kome main makan jer. Tapi tak tahu sesuai ke idok kan.

Ubat tahan sakit ni, ubat yang digunakan untuk merawat atau melegakan kesakitan. Tak kisah la sakit gigi ke, sakit pinggang ke, sakit luutu pon boleh. Ada banyak jenis ubat tahan sakit ni. Ada yang untuk makan, sapu, dan ada doktor/misi cucuk.

Secara umumnya ubat tahan sakit yang biasa digunakan boleh dibahagikan kepada tiga jenis mengikut cara mereka bertindak, iaitu:

1. Non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDS). Contoh bagi ubat jenis ini adalah ibuprofen dan diclofenac sodium
2. Analgesik: Paracetamol/ acetaminophen
3. Opiod. Contohnya adalah morfin dan tramadol. Kebanyakan pesakit yang memerlukan ubat jenis ini adalah mereka yang menghidap sakit kronik yang menerima rawatan di wad.

Ada ubat yang tidak memerlukan preskripsi, dan ada jugak ubat yang hanya boleh dijual oleh ahli farmasi berdaftar supaya kaunseling ubat-ubatan dan pemantauan kesan sampingan dapat dilakukan.

Ubat tahan sakit yang paling selamat adalah Paracetamol. Tetapi yang menjadi masalah apabila makan ubat tanpa kawalan dalam tempoh masa yang panjang. Dimana terjadinye masalah buah pinggang yang kronik, masalah hati.

Jadi, yang paling penting, kene ikut le nasihat orang yang bertauliah. Jangan main makan je.

Sayangilah diri kita…

13/07/2024

Komer ada yang mencari Covid Test Kit dgn Influenza Test Kit ke???
Teman ada juai test kit ni. Boleh le beli di Farmasi Nilam

11/07/2024

Baru-baru ni ramai jugak yang datang farmasi beli ubat cirit-birit. Dari anak umur setahun sampai la dewasa.

Kadang tak pasti punca dari makan di luar ataupun masak sendiri di rumah. Apa-apa pon yang penting cara kita kendalikan bahan mentah. Macam mana kita pilih bahan mentah, cara bersihkan, cara simpan di sejuk beku sampailah ke proses masak.

Tukang masak di kedai kena peka isu ini dan pastikan pengendalian dan kebersihan persekitaran di tempat memasak sentiasa mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian kesihatan Malaysia dan juga kebersihan dijaga selalu.

Pengusaha dan peniaga makanan perlu menjamin makanan yang dihasilkan selamat untuk dimakan‼️

11/07/2024

Susu Appeton AppeKidz susu formula yang sesuai untuk semua peringkat umur anak bermula dari 1 tahun hingga 12 tahun.

Diformulasikan dengan nutrient Nucleotida, DHA, Taurin, Kolin, FOS, GOS yang membantu perkembangan kognitif anak, minda, menguatkan imun sistem badan dan memberi tumbesaran yang optimum.

Ezi~jer dengan susu Appeton AppeKidz. 1 susu untuk semua.

23/06/2024

Kek, kuih-muih, nasi goreng mahupun pelbagai menu 🍰🥟🍚 lain menggunakan telur sebagai bahan asas.

Oleh itu, telur merupakan antara makanan ruji bagi masyarakat khususnya rakyat Malaysia. Namun, penggunaan telur 🥚 yang telah rosak boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan.

Dikongsikan cara untuk mengenal pasti tahap kesegaran telur. Ingat‼️Pastikan anda sentiasa mengamalkan konsep 𝗟𝗜𝗛𝗔𝗧, 𝗕𝗔𝗨 dan 𝗥𝗔𝗦𝗔 sebelum dimasak. Telur yang telah rosak akan berbau busuk.

16/06/2024

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA BUAT WARGA BATU GAJAH

Sempena Hari Raya Aidiladha kami akan mula beroperasi pada pukul 1.00 ptg sehingga 10.00 malam.

Hari Selasa buka seperti biasa. 😁

Want your practice to be the top-listed Clinic in Batu Gajah?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

KISAH GARAM (SODIUM) VS HIPERTENSIBila kome makan garam banyak hari ni, bukan bermakna esok terus dapat tekanan darah ti...
Hi ladies. Jom borak tentang Adapalene 🌸Apa tu Adapalene??Adapalene merupakan generasi ke 3 retinol yang diambil dari Vi...
Sakit Otot???Spray Salonpas sajerr.
Senaman di petang hari PELVIC TILT berfungsi menggerakkan tulang belakang yang rapat dan meluruskan tulang belakang.
Yukazan Essential Oil untuk anak anda.Baby Safe. G6PD friendly
YUKAZAN ESSNTIAL OIL..Dapatkan di Farmasi Nilam
Sesetengah kanak-kanak sangat sukar untuk mengambil ubat apabila mereka sakit. Penyelesaian lain yang kome boleh guna ad...
Susu Appeton AppeKidz susu formula yang sesuai untuk semua peringkat umur anak bermula dari 1 tahun hingga 12 tahun. Dif...
Yukazan Oral Ulcer Patch
Apakah kepentingan Probiotik?Probiotik jenis mana yang terbaik?Perlu ke makan seumur hidup?Bagaimana cara pemakanan yang...
Jom amalkan Minyak Sawit Tri E Trocotrienol  Natrieo jika kome ada 5 tanda-tanda ini.
UNTUK SENAMAN BAHU NI TEMAN ADA GETAH THERABAND TU

Category

Telephone

Address


No 9 (Ground Floor), Laluan Bg Transit 2, Taman Batu Gajah Transit
Batu Gajah
31000

Opening Hours

Monday 08:30 - 22:00
Tuesday 08:30 - 22:00
Wednesday 08:30 - 22:00
Thursday 08:30 - 22:00
Friday 08:30 - 13:00
14:30 - 22:00
Saturday 08:30 - 22:00
Sunday 08:30 - 22:00

Other Batu Gajah clinics (show all)
Bekam Sunnah Batu gajah Bekam Sunnah Batu gajah
47 Laluan Lembah Permai Utama, Taman Lembah Permai
Batu Gajah, 31000

SUDAHKAH ANDA BERBEKAM SEBULAN SEKALI?

Bantal DAS Abdul Bantal DAS Abdul
Balai Bomba Dan Penyelamat Batu Gajah
Batu Gajah, 31000

TIDUR DI MANA SAHAJA PUN RASA MEWAH KALAU ADA BANTAL KING DAS ABDUL

Eighty Four Degree Eighty Four Degree
Batu Gajah, 31000

EIGHTY FOUR DEGREE 是销售由NEST STORIES专注燕窝,拥有超过10年经验,品质和制作?

甲板山庄 Papan Memorial Group 规划顾问 YH Ng 甲板山庄 Papan Memorial Group 规划顾问 YH Ng
Lot 337427, Papan Lama
Batu Gajah, 31550

甲板集团是霹雳州规模最大的墓园发展公司,以打造甲板山庄,一个全新的概念的风景墓园为主要业务。

Karlstore Karlstore
Blok Fc-g-05, Pangsapuri KTMB, Kompleks KTMB
Batu Gajah, 31000

Setiap barangan boleh order melalui shopee.

甲板集团Papan Memorial 生命规划师 Mandy Look - 江沙资讯站 甲板集团Papan Memorial 生命规划师 Mandy Look - 江沙资讯站
Lot 337427, Papan Lama
Batu Gajah, 31550

Funeral Service and Cemetery

Volten Black Ginger Series Volten Black Ginger Series
No 3, Jalan Seroja, Taman Mewah
Batu Gajah, 31000

Volten International Volten Product #1 JENAMA PRODUCT KUNYIT HITAM/BLACK GINGER TERLARIS DI MALAYSIA

Lee Jia Bi 甲板生命规划师 Alpha Lee Jia Bi 甲板生命规划师 Alpha
Lot 337427, Papan Lama
Batu Gajah, 31550

​甲板集團是霹靂州規模最大的墓園發展公司,以打造甲板山莊,一個全新概念的風景墓園為主要業務。

Kedai Ubat Yuan Fatt  源发参茸药行 Kedai Ubat Yuan Fatt 源发参茸药行
125, Persiaran Pinggiran Saujana, , Taman Pinggiran Saujana
Batu Gajah, 31000

Bcw advance Bcw advance
Jalan TANJUNG TUALANG
Batu Gajah, 31000

Trusted Seller � Agent Sah Bcw advance � Postage & Cod Everyday� �https://Nakbcwadvance.wasap.my

Fenny Choo ALPHA 生命规划师 Fenny Choo ALPHA 生命规划师
Lot 337427, Papan Lama, Papan, Jalan Besar
Batu Gajah, 31550

甲板集團是霹靂州規模最大的墓園發展公司,以打造甲板山莊,一個全新概念的風景墓園為主要業務。