Lubuk Emas Mak Anak Ompek

Penasihat Kewangan Anda

08/06/2024

Berani untuk berMIMPI dan bersyukur apabila MIMPI menjadi nyata. Jalan terus ke HADAPAN dan tinggalkan MASA LALU.

13/01/2024

Langkah pertama bermula hari ini. Dah mula? Teruskan melangkah. Jangan mengalah.

Untuk info lanjut klik

https://publicgold.me/DrLatifahAmdias/ebook

31/12/2023

Selamat tahun baharu 2024. Agak-agaknya berapa harga 1 dinar tahun 2024 nanti?

26/12/2023

I always believe that everything starts with ‘me’. I am responsible for what I do. I am responsible for what I didn’t do too.

01/12/2023

Emas menyimpan nilai. Duit kertas untuk kegunaan sekarang.

Gais.

saya nak share tips peribadi, bagaimana saya boleh kumpul emas dengan cepat dan banyak. Tips ini menyebabkan saya tak sedar yang saya dah ada lebih sekilo emas.

Apakah rahsianya? jom saya kongsikan.

First sekali, guru emas saya, Allahyarham En. Abdul Halim pernah berkata.

“Ingat, simpan emas nie sebenarnya adalah SIMPAN DUIT. Namun ia adalah duit yang lebih baik (berbanding duit kertas).

Kenapa? Sebab duit kertas, dalam masa panjang, nilainya hilang dimakan inflasi. Emas dalam jangka masa panjang.

Jadi, mindset pertama saya adalah

1. Simpan emas adalah = simpan duit.
(Ia bukan pelaburan)

2. Emas adalah duit, dan ia adalah duit yang lebih baik dari duit kertas.

Ok, ini adalah 2 mindset yang penting sekali.

Sebab kalau anda anggap emas sebagai pelaburan, maka anda hanya simpan sikit-sikit sahaja.

Lepas tu, sediakan dana kecemasan selama 3 bulan DALAM BENTUK CASH (letak kat ASB atau tabung haji).

Dana kecemasan bermaksud belanja yang anda perlukan untuk survive selama 3 bulan.

Selepas anda ada dana kecemasan 3 bulan, maka langkah seterusnya adalah seperti berikut.

Setiap kali anda dapat pendapatan, asingkan duit belanja bulanan dalam bentuk cash untuk belanja dapur, hutang, makan minum, belanja utiliti dan sebagainya. Ini memang kena prepare cash for expenses.

Pendapatan yang lebih semuanya terus tukar jadi emas.

Kalau ada side income + gaji, maka tolak belanja bulanan siap-siap dan bakinya terus tukar jadi emas.

Kenapa teknik nie berjaya untuk saya?

Sebab kalau tiba-tiba saya perlukan duit extra, maka dana kecemasan itulah yang akan saya korek terlebih dahulu. Simpanan tidak perlu disentuh.

Jika dana kecemasan dikorek, maka bulan berikutnya saya akan cukupkan balik 3 bulan dana kecemasan.

Selain itu, bagi mengelakkan diri dari berdendam dengan duit (maksudnya kita simpan ajer duit tanpa belanja langsung @ kedekut, nanti hati geram nak balas dendam dengan cara beli benda-benda yang mahal, maka anda perlu ada dana “blow money sebanyak 5% sehingga 10%” daripada pendapatan anda.

Dana ini tujuannya adalah untuk dihabiskan untuk keseronokan diri tanpa perlu rasa bersalah. Anda belilah benda-benda yang menyeronokkan hati dan jiwa tapi hadkan kepada 5% atau 10% ajer.

Dan anda boleh carry forward budget untuk berseronok nie kepada beberapa bulan.

Jadi, formula saya kumpul emas dengan cepat dan banyak adalah seperti berikut:

1. Anggap simpan emas = simpan duit. Namun emas adalah duit yang lebih baik.

2. Ada dana kecemasan 3 bulan.

3. Gaji + side income setiap bulan tu kena asingkan kepada perbelanjaan dan semua bakinya simpan dalam bentuk emas.

4. Sediakan 5% ke 10% dana untuk berseronok supaya anda boleh belai jiwa. Kalau fokus simpan duit saja tanpa berseronok, nanti jiwa boleh blow dan habis bocor duit anda.

Last sekali.

Simpan emas (duit) banyak2 tu nak buat apa? Bukan boleh bawa kubur pun?

Hahahaha… sebenarnya hidup perlukan banyak duit. Kita kena ada duit sebab kalau ada peluang baik datang, kita dah bersedia.

Contohnya ada rumah lelong. Atau dana nak beli beberapa property atau tanah. Dana anak nak masuk university. Downpayment nak beli kereta baru.

Bila anak-anak saya 5 orang nie membesar dan 2 dah masuk universiti, memang saya boleh cakap yang kita kena simpan banyak emas (duit).

Sila share jika bermanfaat.

19/11/2023

“Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Surah al-Baqarah: Ayat 186)

11/11/2023

Modal untuk membuka pintu rezeki yang tidak disangka-sangka ini adalah modal takwa. Mohonlah bantuan Allah kerana Allah sentiasa dekat untuk membantu. .0

Photos from Lubuk Emas Mak Anak Ompek's post 10/11/2023

Dalam masa kurang 2 bulan harga emas melonjak tinggi asbab peperangan yang sedang melanda Gaza. Sampai bila kita nak tunggu harga emas turun sebelum kita nak bertindak? Semasa harga rendah kita tunggu. Bila harga naik kita masih menunggu. Namun bila harga turun sedikit kita tetap menunggu.

Bertindak sekarang dan jangan terus menjadi penunggu… dan, beli emas pastikan dapat emas.

10/11/2023

Dua hari lepas ada sesuatu yang mengganggu fikiran saya. Puas saya mencari di mana silapnya. Semalam Allah kirimkan jawapan melalui buku Mudahnya Menjemput Rezeki 2 hasil penulisan Fathuri Salehudin. Yang saya khuatirkan adalah berkaitan dengan rezeki. Saya terlupa yang hanya Allah pemberi rezeki iaitu pemberi rezeki hanya Satu. Hanya Allah… tiada lain selain Allah. Terima kasih kepada pengalaman yang mengajar erti hidup.

23/05/2023

52% rakyat Malaysia s**ar memiliki simpanan walaupun RM1000!

Fakta atau auta? Menurut satu artikel yang diterbitkan oleh BH Online pada awal Februari 2023, didapati majoriti rakyat tiada tabung kecemasan walaupun RM1000 (https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/02/1058783/majoriti-rakyat-tiada-tabungan-kecemasan-walau-rm1000)

Sedih tetapi ia adalah hakikat yang harus ditelan. Kakak abang, simpanan ni sifat dia mesti dipaksa dan terpaksa. Kalau takde elemen paksa, biasanya ia tak menjadi.

Dah cuba buat simpanan tunai tapi asyik lah terpakai. Ubat kepada penyakit ni ada di pasaran, kakak abang. Tukar je wang tunai kepada emas. Nak faham lebih lanjut? PM saya laju-laju hari ini.

15/05/2023

Bila kita dah bina matlamat, perjalanan untuk mencapai matlamat akan jadi lebih mudah.

Nak simpan emas? Untuk apa? Haaaa ini lah maksud matlamat tadi. Simpan emas untuk dijadikan modal bagi menunaikan ibadah haji 10 tahun akan datang. Simpan emas untuk dijadikan wang pendahuluan pembelian rumah pertama 7 tahun akan datang.

Ini antara contoh matlamat yang dibina bagi mendorong diri berdisiplin dalam usaha menyimpan emas.

Berapa peratus daripada gaji atau pendapatan yang hendak ditukarkan bentuknya kepada emas? Boleh mula dengan 10% atau sifir mudah mulakan dengan 1 gram setiap bulan. Harga emas 999 pada seminggu ni adalah RM310++. Boleh je nak mulakan simpanan dengan RM100.

Simpan RM100 setiap bulan bersamaan dengan 0.3 gram emas. Simpan secara berkala selama 12 bulan, simpanan emas dah ada kurang lebih 4 gram!

Simpanan ni walau dalam apa bentuk sekali pun, jika tak paksa memang tak jadi. Paksa diri hari ini. Pada masa akan datang pastinya kita akan rasa bersyukur atas tindakan yang kita dah ambil hari ini.

Nak tau lebih lanjut? Klik https://bit.ly/DrLatifahEmas hari ini 😉

05/05/2023

“Saya dah ada kesedaran tapi saya masih belum mula lagi”

Kak, tahniah sebab dah ada kesedaran. Tapi kalau akak tak mula, macam mana akak nak rasa kemanisan menabung emas ni. Masa akak daftar ahli dulu harga segram emas 999 baru RM240. Hari ini harganya RM315 segram. Akak masih nak tunggu?

Nak mula menabung emas? Jom saya bantu sampai jadi 😉

17/03/2023

Tabung Haji telah membuat hebahan mengenai faktor yang mempengaruhi kenaikan kos haji. Terang lagi bersuluh kesemua faktor ini adalah diluar kawalan Tabung Haji. Maka apa persediaan yang boleh kita buat bagi mencapai matlamat mengerjakan haji?

Apabila kadar inflasi meningkat, nilai matawang juga akan berubah. Kesan inflasi kepada nilai matawang kita adalah nilai RM akan semakin menyusut. Jadi, apa yang perlu kita buat bagi mengatasi situasi ini? Beralih kepada simpanan aset mudah milik iaitu EMAS!

Emas mampu mendukung nilai matawang. Berapa banyak emas nak ditabung untuk tujuan pergi haji? Minimum 50 gram emas 🤩🤩🤩. Nak mulakan 1 gram yang pertama? PM lekaih!!!

12/03/2023

Di saat orang lain dah pun berjaya mencapai matlamat melalui tabungan emas, ada juga di kalangan kita yang masih berkira-kira nak memulakan tabungan dengan 1 gram yang pertama. Kurangkan berfikir dan terus bertindak!

Klik https://publicgold.me/DrLatifahAmdias untuk info lanjut.

12/03/2023

Semakin hari semakin ramai rakyat Malaysia telah memulakan tabungan emas apabila negara luar menghadapi kemelut dab krisis ekonomi asbab matawang mereka.

Jom jadi sebahagian keluarga besar kami 😊

01/03/2023

Public Gold GAP
RM 100 = 0.3521 gram
RM 284 = 1.0000 gram

Lowest: RM 275 (7 February 2023)
Highest: RM 291 (15 January 2023)

Last Updated: 1 March 2023

01/03/2023

Emas merupakan wang antarabangsa. Ianya sangat berharga walaupun kecil. Sangat mudah untuk dibawa ke mana-mana seantero dunia. Nak tau lebih lanjut? Klik https://publicgold.me/DrLatifahAmdias hari ini 😊

22/02/2023

Majikan dah mula berpesan. Bibik wajib ikut. Nanti kena tolak gaji jika ingkar arahan 🤣🤣🤣

20/02/2023

Hari ini bermula satu perjuangan untuk menilai kemampuan diri berdasarkan persediaan yang dibuat sejak di darjah 1 lagi. Berjuanglah sehingga ke titisan darah yang terakhir. Susah hari ini untuk kesenangan hari esok.

16/02/2023

Mulakan dari kecil. Kita mampu mengubah nasib generasi akan datang dengan mendidik mereka tentang Ilmu Pengurusan Kewangan sedari mereka kecil lagi.

Like dan komen untuk lebih tip kewangan.

12/02/2023

Kenaikan hampir 155% adalah sesuatu yang tidak dapat disangkal lagi untungnya menabung emas. Tak gitu???

10/02/2023

GAP atau Gold Accumulation Programme adalah satu inisiatif yang dianjurkan oleh Public Gold Malaysia bagi memberi peluang kepada kita untuk membuat tabungan emas secara sedikit demi sedikit. Bermula dengan RM100 sahaja kita dah boleh menabung. Nak tau lebih lanjut? Klik https://publicgold.me/DrLatifahAmdias hari ini 😊

07/02/2023

Pengalaman sendiri yang dilalui hari ini… semoga ianya bermanfaat buat sesiapa yang membacanya.

Tuan/Puan ada dua pilihan;

1. Aktifkan semula akaun dengan RM10
2. Keluarkan semua duit dan tutup akaun.

Tuan/Puan diberikan masa 30 hari dari tarikh surat atau wang Tuan/Puan akan dimasukkan ke Wang Tidak Dituntut.

Begitulah baris-baris ayat dalam surat dari bank 🐯 yang buat saya termenung seketika. Surat baru terima hari ini, tarikh surat awal Jan. Yang pastinya memang dah melepasi 30 hari 😢

Tarik nafas dalam-dalam. Moh lerr kita ke bank 🐯 yang terdekat. Mula-mula macam blur, akaun siapa p**ak tapi nama tu nama sendiri. Pastu teringat “eh, ni mesti akaun Syasya atau ‘Adlina”. Terus cari buku akaun diorg dalam kereta, alhamdulillah ada.

“Puan, saya terima surat dari bank menyatakan sekian-sekian…”.

“Ok Puan tunggu sekejap. Isikan borang ni dan ambil nombor”.

“Tapi Puan, akaun anak ada dua, surat dapat satu je”.

“Isi dua borang kalau macam tu…”

Depan kaunter… “Puan, hanya satu je yang kami boleh proses. Yang satu lagi dah masuk ke Wang Tidak Dituntut”. Arrggghhh sudah 😰. Maka saya pun rujuk kembali ke kaunter nombor. ”Maaf Puan, kami dah tak boleh buat apa, akaun pun dah tak ada”.

Allahuakbar, apa patut aku buat ni? Dalam buku kosong p**ak. Macam mana nak buktikan berapa RM aku buka akaun ‘Adlina dulu ni 😓. “Puan, saya nak minta tolong semakkan berapa agaknya baki duit anak saya dalam akaun ni sebenarnya”. Pegawai yang baik hati tu pun pergi semula ke kaunter. Beberapa minit kemudian dia datang bawa penyata. Alhamdulillah ada RM301. Tapi duit dah tak boleh ambil. Puan kena tuntut dari Wang Tidak Dituntut. Boleh buat tuntutan online. Jika nak bank buatkan, Puan perlu bawa salinan surat beranak anak, mykid dan mykad Puan. Tapi akan ambil masa.

Guna kata kunci Wang Tidak Dituntut dan jumpa https://egumis.anm.gov.my/. Alamak kena daftar pengguna p**ak 😫. Takpe… daftar je demi RM301 duit anak tu. Mudah je rupanya pendaftaran di laman sesawang Jabatan Akauntan Negara Malaysia ni.

Bila dah log in, buat semakan sekali…. Tu diaaaa aihhh banyak rupanya WTD dari pelbagai agensi. Yang paling menarik adalah pembatalan insuran kereta Grand Livina yang baru dijual pada 9 Januari 2023 yang lalu. Uishhh… keluarkan kalkulator dan tengok jumlahnya RM450.11 😱.

Saya ambil keputusan untuk tuntut semua (duit sendiri kot tu…). Namun ANM minta beberapa dokumen sokongan iaitu salinan kad pengenalan depan belakang dan penyata akaun bank yang saya minta wang dikembalikan.

Gigih cari semula salinan KP yang pernah scan sebelum ni. Kemudian download penyata akaun dari laman sesawang bank 🐯. Upload segera kedua-dua dokumen dan tekan butang HANTAR. Ada lagi beberapa dokumen lain yang dinyatakan tapi ANM kategorikan sebagai TIDAK PENTING. Fuhhh legaaa… kalau tidak mana lah nak cari dokumen tu semua kan???

ANM dah pun kirim emel menyatakan telah menerima permohonan dan kini ianya sedang diproses.

Kawan-kawan, niat asal saya bukakan akaun untuk anak di bank 🐯 adalah untuk menabung kononnya. Tapi tidak aktif kerana lebih banyak menabung di Tabung Haji. Masa tu saya tak faham sangat kat mana lebih baik untuk menabung. Saya buka akaun dengan nilai paling minima iaitu RM250. Buka akaun pada Januari 2014 (iaitu 9 tahun yang lalu). Dividen yang diperolehi adalah RM10.21 untuk 2021 & 2022 (anggaran sekitar RM45.95 untuk 9 tahun). Saya pun tak pasti jika saya pernah top up sebab dah terlalu lama dan berapa p**a ditolak setiap tahun dari akaun (jika ada).

Jika saya beli emas pada masa tu, RM250 boleh dapat sekitar 1.724 gram (RM145 segram untuk emas 999). Pada hari ini 1 gram emas adalah RM275. Maka nilai emas yang saya ada adalah RM474.10 😭😭😭. Keuntungan RM224.10 jika simpan emas. Tersilap percaturan sekali… dan ianya menjadi pengajaran buat saya.

Apa nak buat dengan RM308.93 ni? Saya dah genapkan jadi RM310 dan tukarkan menjadi emas sebanyak 1.1273 gram. Duit ni amanah untuk anak-anak, maka ianya tidak boleh saya belanjakan ses**a hati. Saya simpankan dalam bentuk yang lebih selamat untuk masa hadapan mereka.

Kawan-kawan, semaklah di laman sesawang ANM dan lihat jika ada WTD atas nama kawan-kawan. Prosesnya sangat mudah. Mungkin RM450 tak besar bagi kawan-kawan, tapi ianya cukup besar bagi sesetangah orang yang lain. Jika rasa tak perlukan duit tu, jadikan ia asbab untuk melakukan amal kebajikan terhadap insan yang lebih memerlukan.

Terima kasih sudi luangkan masa membaca posting saya kali ini. Kongsikan kepada ahli keluarga, sahabat handai dan rakan taulan jika ianya bermanfaat 😊

07/02/2023

Mulakan dengan satu.. kemudian ia pasti akan menjadi lebih dari satu. Kebaikan apa yang paling mudah untuk dilakukan? Kejutkan kawan bangun solat Subuh, tuangkan air dalam cawan untuk mak minum, kongsi makanan dengan kucing di kedai makan… banyak lagi contoh kebaikan yang boleh kita buat. Jom kita beramal!

06/02/2023

5 dinar bersamaan 21.25 gram, manakala bunga mas p**a beratnya 20 gram.

Apa persamaan kedua-dua logam ni? Kedua-duanya adalah emas 999 iaitu berketulenan 99.9%.

Apa p**a perbezaan kedua-dua logam ni? Bentuk dan berat sahaja yang berbeza. Bulat atau segiempat tepat.

Macam mana cara nak memiliki kedua-dua logam ni? Ada 3 kaedah iaitu pembelian terus, pembelian secara ansur-ansur dengan akad atau pembelian secara sikit-sikit lama-lama emas membukit 🤭

Nak saya bimbing? Klik https://publicgold.me/DrLatifahAmdias

06/02/2023

Bagaimana IMPIAN boleh menjadi kenyataan? Apabila kita melawan sifat malas, takut, dan paling penting s**a BERTANGGUH.

05/02/2023

Salah seorang sifu dalam Public Gold, Tn Hj Hafizul Hakim juga memberi saranan yang sama. Jika nak tunggu harga terbaik, belum tentu duit dalam tangan masih ada. Kebocoran mudah berlaku apabila kita memegang wang tunai. Cara terbaik nak selamat dari bocor adalah tukar wang tunai kepada emas.

05/02/2023

Masih ragu-ragu hendak memulakan perjalanan sebagai seorang penyimpan EMAS? Jom saya kongsikan 5 tips mudah untuk menjadi seorang penyimpan EMAS. Tips paling penting adalah Tips No 01. Sejak akhir-akhir ni dah banyak kita dengar scam berkaitan simpanan EMAS, kan? Pastikan bila beli EMAS, kita dapat EMAS tau.

Jangan cakap akak tak payung 😉

P/S: Harga EMAS turun banyak sejak semalam. Nak saya ajar lebih lanjut? Klik https://publicgold.me/DrLatifahAmdias hari ini 😊

Photos from Lubuk Emas Mak Anak Ompek's post 03/02/2023

Apa cerita emas hari ini? Jumaat 3/2/2023

Gais,

Malam nie harga emas jatuh banyak dan mendadak! Harga emas sekarang adalah USD1880 usd/Oz iaitu kejatuhan sebanyak 32.20 usd/Oz.

Apa sebabnya? Baik let me explain.

Hari ini adalah hari dimana Biro Statistik Pekerjaan mengeluarkan laporan pekerjaan NFP (Non Farm Payroll).

Laporan ini bertujuan mengukur kekuatan pasaran kerja negara US.

Laporan malam nie menunjukkan jumlah pekerjaan yang dicipta pada bulan lepas adalah 517,000 pekerjaan berbanding jangkaan 193,000 sahaja.

Perbezaan besar ini jelas menggambarkan keadaan pasaran kerja US adalah mengukuh, dan sekali gus menggambarkan pengukuhan ekonomi US.

Apabila ekonomi US sedang kuat, maka kebarangkalian untuk kadar faedah naik adalah tinggi menyebabkan permintaan terhadap emas berkurangan.

Asbab inilah, emas menghadapi tekanan jualan yang tinggi malam ini.

Sekian melaporkan, silakan share dengan rakan-rakan anda 😄

31/01/2023

Berhenti memberi alasan kepada diri sendiri. Cukup-cukup mengasihanj diri. Jika nak berjaya, kita kena gerakkan diri kita tanpa harap orang lain akan menolak kita ke hadapan 💪💪💪

Want your business to be the top-listed Shop in Batu Pahat?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Parit Raja
Batu Pahat
86400

Other Batu Pahat shops (show all)
Ching Trading Stationary Ching Trading Stationary
25, Jalan Flora Utama 2, Taman Flora Utama
Batu Pahat, 83000

☆★ 售卖: 文具/玩具/精品/日常用品 服务: 过胶 / 钉书 /定制印章,名片, 单簿 ☆★

陈秀网购天堂 陈秀网购天堂
Batu Pahat

✍🏻网购天堂!微商,代办海运🚢🛫空运各种大货🤝淘宝代购! 🤝✍️?

Betta Fish️ Betta Fish️
19, Jalan Suria3, Taman Suria
Batu Pahat, 83000

Menjual ikan laga Membiak ikan laga

Maryamthimah Maryamthimah
Batu Pahat

Easier and save time to manage clothes

SAGUN 4 DARA SAGUN 4 DARA
No 7 S/p 10 Taman Sri Penggaram
Batu Pahat, 83000

SAGUN KELAPA 4 DARA homemade 100% lemak manis kelapa garing tahan sebulan penghantaran sm & sabah

Ameera Trading Ameera Trading
Batu Pahat, 83000

Kereta sewa dan lori 3 tan untuk disewa

NUR Exclusive Sejadah Gebu NUR Exclusive Sejadah Gebu
NO 29, Jalan UNIVERSITI 4, TAMAN UNIVERSITI, PARIT RAJA
Batu Pahat, 86400

NUR Exclusive menawarkan pelbagai set sejadah premium berserta sulaman, engraved plate yang sesuai u

Lampu Ukir Lampu Ukir
No29A, First Floor, Jalan Kencana 1A/22, Taman Pura Kencana, Sri Gading
Batu Pahat, 83300

Because every picture has a story, Turn your picture into our unique Lampu Ukir now !

Coway Mattress Batu Pahat Coway Mattress Batu Pahat
41 Jalan Flora Utama 5
Batu Pahat, 83000

I am a Coway Trusted Agent Nationwide Selling Coway Matrress/ Water Filter/ Air Purifier/ Outdoor Filter/ Bathroom Appliances Affordable Price "Hidup sihat & mudah bersama COWAY...

Cuckoo Selatan Cuckoo Selatan
Batu Pahat, 86400

Cuckoo: High-quality home appliances in Southern Malaysia. Innovative products, reliable service.

Butik NS Pyjamas Butik NS Pyjamas
No 57 Jalan Ismail Senggarang Batu Pahat
Batu Pahat, 83200

Butik NS Pyjamas open 9.30am-8pm Lubuk shopping pakaian tidur dan handbag termurah di johor�

Si.kuntum florist Si.kuntum florist
Bandar Putera Indah
Batu Pahat, 83000

💐BOUQUET BUDGET MURAH 💐SUPRISE DELIVERY BATU PAHAT JOHOR 💐POSTAGE SELURUH MALAYSIA 💐SELFPICK