Jands & Co.
Nearby businesses
83300
Batu Pahat 里面
83000
83100
83000
83000
83000
83020
Laman rasmi Facebook bagi Projek Mak Janda Johor di bawah Program Duta Mahasiswa Johor 2022.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1445H/2024M
Seluruh warga Jands & Co. ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada seluruh umat Islam. Semoga Allah menerima ibadah kita di bulan yang penuh berkah ini. Kami mendoakan agar kita semua diberkati dengan kebahagiaan, kesejahteraan, dan rahmat Allah. Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua sahabat dan keluarga. Maaf zahir dan batin.
SALAM RAMADAN AL-MUBARAK 1445H/2024M
Seluruh warga Jands & Co. ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh umat Islam bermula 12 Mac 2023(Selasa). Semoga Allah S.W.T. menerima amalan kita di bulan suci ini dan memberikan kita kemudahan dalam menjalankannya.
Jadikan Ramadhan Lebih Bermakna.
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadhan 1444H.
SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA KE-60
Raikanlah Hari Malaysia dengan semangat patriotisme dan perpaduan di kalangan seluruh masyarakat negara ini. Semoga kita terus bersama dalam perpaduan, keharmonian, dan kemajuan. Malaysia adalah negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya, etnik, dan warisan. Mari kita jadikan hari ini sebagai pengingat betapa pentingnya kebersamaan dan kerjasama untuk masa depan yang lebih cerah. Selamat menyambut Hari Malaysia!
Pitching Social Entrepreneurship for Rural Youth (SERY) 2023
Mak Janda Johor telah menghantar wakil ke program SERY 2023. Sesi Saringan awal pitching telah dilakukan secara online pada 10 ogos 2023. SERY adalah khusus untuk membangunkan potensi belia dalam bidang keusahawanan sosial dalam usaha mengupayakan belia agar dapat menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi dan komuniti luar bandar.
SERY dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan di bawah Rangka Tindakan Keusahawanan Sosial 2030, dengan kerjasama myHarapan iaitu sebuah badan bukan kerajaan dalam bidang keusahawanan sosial selaku rakan pelaksana dengan sokongan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), dan United Nations Development Programme (UNDP) selaku rakan strategik program.
10 Ogos 2023
Food Styling FPTV
Mak Janda Johor bersama Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), UTHM telah menganjurkan satu program "food styling" Yang terdiri daripada pelajar-pelajar FPTV pada 23 Julai 2023. Pelajar-pelajar dikehendaki menghias produk Mak Janda Johor dan menyediakan bunting promosi untuk penilaian.
Panel juri terdiri daripada Encik Raden Mohd Farhan Helmy Bin Raden Ismail, Pensyarah FPTV bersama Muhamad Faris Bin Mohd Hisam, Ketua Projek Mak Janda Johor dan Alif Qusyairi Bin Abd Razak, Jabatan Pemasaran Mak Janda Johor.
23 Julai 2023
APEC Entrepreneurship Education Program 2023
APEC Entrepreneurship Education Program 2023 telah berlangsung di Seoul, Korea Selatan, pada 27 Jun sehingga 1 Julai 2023. Program ini dianjurkan oleh Institute of APEC Collaborative Education (IACE) melibatkan 30 pelajar yang terdiri daripada pelajar kolej dan universiti daripada 5 ahli APEC ekonomi.
Naqibah Binti Azman sebagai penyelaras projek Mak Janda Johor merupakan salah seorang wakil Malaysia yang terpilih untuk menyertai prrogram ini telah menerima anugerah "The Best Innovation Awrads".
Program AEEP bertujuan untuk mempertingkatkan pelajar dalam memahami APEC dan Keusahawanan Sosial serta meningkatkan kecekapan dan kemahiran individu untuk kebolehkerjaan dan kesediaan untuk start-up pada masa hadapan.
27 Jun 2023
Majlis Penutup Karnival Keusahawanan Kementerian Pengajian Tinggi
Karnival Keusahawanan Kementerian Pendidikan Tinggi Business bertempat di Dewan Za’aba, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia melibatkan IPTA/IPTS di seluruh Malaysia.
Projek Mak Janda Johor diberi penghargaan atas penerima dana keusahawanan tertinggi di UTHM bagi tahun 2022. Sijil penghargaan disampaikan oleh YBhg Dato’ Dr Hj Megat Sany bin Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pendidikan Tinggi.
Karnival ini merupakan anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersama-sama Universit Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).
22 Jun 2023
Pembentangan Kertas Cadangan Centre of Society kepada Ahli Parlimen Sri Gading
Mak Janda Johor komited dalam membantu ibu tunggal mahupun komuniti setempat dalam kemudahan memasak. Dengan Cadangn yang dibentangkan kepada YB Tuan Haji Aminolhuda Bin Hassan, "Centre of Society" ini merangkumi Dapur Pusat yang memberi manfaat kepada ibu tunggal dan penduduk setempat dalam membantu kelangsungan tugas harian. Selain itu, kemudahan mesin retort juga sedang dalam usaha untuk diletakkan di Dapur Pusat bagi menambah ekonomi setempat.
20 Jun 2023
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-66
Hari ini pada 31 Ogos 1957, Kemerdekaan Tanah Melayu telah diisytiharkan secara rasmi oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Pemasyhuran ini disaksikan Raja-Raja Melayu, Para tetamu khas luar negara dan pulahan ribu rakyat.
Kembara Canselor UTHM
Mak Janda Johor telah dijemput oleh Pusat Hubungan Industri dan Masyarakat untuk meletakkan produk Mak Janda Johor sebagai produk daripada UTHM di pameran Kembara Canselor UTHM bersempena sambutan ulang tahun UTHM ke-30 bertempat di Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM pada 19 Jun 2023.
Produk Mak Janda Johor telah dibentangkan di hadapan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang juga merupakan Canselor UTHM. Turut hadir sama adalah YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, YBhg. Dato’ Sri Ibrahim Bin Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti dan YBhg. Prof. Ir. TS. Dr. Ruzairi bin Abdul Rahim, Naib Canselor UTHM.
Allah peliharakan Sultan.
19 Jun 2023
Minggu Penyelidikan dan Inovasi 2023
Mak Janda Johor telah menyertai satu pameran minggu penyelidikan dan inovasi 2023 bertempat di Kolej Universiti TATI, Terengganu pada 30 Mei 2023. Pasukan Mak Janda Johor juga membawa pulang pingat gangsa dalam minggu penyelidikan dan inovasi 2023 ini.
30 Mei 2023
Lawatan Inspirasi Inovasi Syarikat Pemula Mahasiswa UTHM
Pasukan Mak Janda Johor merupakan salah satu daripada 10 syarikat pemula mahasiswa yang dipilih untuk menyertai satu siri lawatan yang dianjurkan oleh Pusat Teknousahawa Universiti UTHM. Dalam siri lawatan selama 2 hari iaitu 18 dan 19 Mei 2023 ini, Pasukan Mak Janda Johor telah berkunjung ke Yayasan Inovasi Malaysia Technology Park Bukit Jalil, Pejabat Uniti Asia, Pusat Pembangunan Keusahawanan & EKS (UKM-CESMED), dan Technopreneur Training Academy (TENTRA), MTDC.
Sepanjang lawatan ini, Pasukan Mak Janda Johor telah mendapat pendedahan dari agensi-agensi ini dan berpeluang untuk pitching kepada pihak YIM dan UNITI. Selain menerima perkongsian daripada beberapa usahawan pelajar yang telah berjaya.
18 & 19 Mei 2023
SALAM MAAL HIJRAH 1445H/2023M
Bersempena dengan peristiwa Hijrah, kami ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Hijrah 1445H dan marilah kita bersama-sama meningkatkan taqwa kepada Allah S.W.T dengan melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya, InsyaAllah.
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah keadaan mereka”
(Surah al-Ra’d ayat 11)
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1444H/2023M
Seluruh warga projek Mak Janda Johor ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil adha kepada seluruh umat Islam. Pada Hari Raya Haji yang suci ini, semoga keikhlasan dan keberkatan menyertai setiap langkah kita. selamat beribadah korban dan berbagi kebahagiaan dengan sesama. Semoga kita semua dilimpahi hidayah, rahmat, keberkatan serta keredhaan daripada Yang Maha Esa. Dengan ingatan tulus ikhlas.
Merdu zikir sebagai selingan,
Penyejuk jiwa dikala keseorangan.
Aidilfitri merayakan kemenangan,
Aidiladha pelengkap pengorbanan.
Hi Semua !
Mak Janda Johor sedang menjalankan kutipan dana buat sebuah program Cabaran Food Styling bagi meningkatkan kebolehpasaran produk Mak Janda Johor yang memberi manfaat kepada 4 produk ibu tunggal dibawah projek Mak Janda Johor.
Terima kasih atas sumbangan anda .
Food Styling Challenge for Community At Mak Janda Johor, we are excited to announce our upcoming Food Styling Challenge in collaboration with Universiti Tun Hussein Onn Malaysia’s Faculty of Education Vocational. We are seeking your support to raise funds for the essential elements of this challenge, including styling materials a
*WE ARE RECRUITING*
We are hiring to expand the Mak Janda Johor team. We are looking for someone who has strong communication, and problem-solving abilities, as well as knowledge of the product, business, and industry.
Position: Sales Representative
Qualification:
NOT a Final Year Student
Good communication skills
Willing to learn and commit
Have a passion on a social project
Join our team and start an exciting job! This is a great opportunity to enhance your resume and gain valuable skills.
APPLY NOW
For any inquiry, feel free to ask;
011-11453724 (Faris)
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1444H/2023M
Seluruh warga projek Mak Janda Johor ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil fitri kepada seluruh umat Islam. Semoga perayaan di bulan syawal ini dilengkapi dengan penuh kemeriahan, kesejahteraan dan kasih sayang. Sekali lagi kami mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin, marilah kita sama-sama merangkul kemaafan dan keharmonian.
Andai jemari tak sempat berjabat,
Andai raga tak dapat bertatap,
Seiring beduk yang menggema,
Seruan takbir yang berkumandang,
Ku aturkan salam menyambut Hari Raya Aidil Fitri,
Jika ada kata serta khilafku membekas lara,
Mohon maaf zahir dan batin.
Kunjungan Yayasan Pelajaran Johor ke Mak Janda Johor 2.0
Mak Janda Johor sekali lagi telah menerima kunjungan daripada Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor. Tujuan kunjungan Yayasan Pelajaran Johor tersebut adalah bertanyakan tentang perkembangan terkini Mak Janda Johor dan membincangkan pembelian pek makanan Mak Janda Johor di masa akan datang.
5 April 2023
Young Southeast Asian Leaders Initiative Bootcamp Johor
Mak Janda Johor telah menyertai satu bootcamp yang berlangsung selama 2 hari bertempat di Makerspace, UTM. Bootcamp ini memfokuskan tentang "civic engagement" agar dapat memberi kesedaran terhadap golongan tertentu.
Projek Mak Janda Johor juga memberi kesedaran kepada komuniti tentang perspektif tidak baik terhadap ibu tunggal atau janda.
17 & 18 Mac 2023
CSR Mak Janda Johor dengan kerjasama GENERIC dan Dapur Rakyat Johor
Corporate Social Responsibility (CSR) Mak Janda Johor dengan kerjasama GENERIC dan Dapur Rakyat Johor di sekitar Batu Pahat yang terjejas teruk. Selain itu, produk makanan Mak Janda Johor juga turut disalurkan kepada penduduk Batu Pahat yang terjejas.
8 Mac 2023
2023 SDG National Partnership Workshop @ Eastin Hotel
Mak Janda Johor telah menghadiri satu bengkel yang berlangsung selama 2 hari bertempat di Eastin Hotel, Kuala Lumpur. Bengkel ini mengetengahkan "Sustainable Development Goals" daripada pelbagai aspek. Bengkel ini turut dihadiri 60 peserta daripada pelbagai latar belakang untuk menggalakkan matlamat pembangunan mampan melalui perkongsian.
Projek Mak Janda Johor menyasarkan tiga SDG iaitu Tiada Kemiskinan (SDG 1), Kesaksamaan Gender (SDG 5) dan Kerja Layak dan Pertumbuhan Ekonomi (SDG 8).
Bengkel itu merupakan langkah penting ke arah memperkukuh perkongsian dan kerjasama untuk mencapai SDG dan memastikan masa depan yang mampan. Ia menonjolkan kepentingan usaha kolaboratif berterusan di kalangan pihak berkepentingan untuk menggalakkan matlamat pembangunan mampan.
4 & 5 Mac 2023
DAULAT TUANKU
Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim.
Sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Baginda Pada 23 Mac 2023 bersamaan 1 Ramadan 1444 Hijrah.
Mesyuarat Hala Tuju Mak Janda Johor
Satu sesi mesyuarat telah berlangsung bersama Prof. Madya Dr. Nik Hisyamudin, Pengarah Pejabat Perancangan Strategik dan Pengurusan Risiko. Mesyuarat ini lebih tertumpu kepada perbincangan hala tuju Mak Janda Johor secara lebih terperinci.
21 February 2023
SALAM RAMADAN AL-MUBARAK 1444H/2023M
Seluruh warga projek Mak Janda Johor ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh umat Islam bermula 23 Mac 2023(Khamis). Sambutlah bulan ramadan yang penuh barakah tahun ini dengan penuh kesyukuran. Semoga pada bulan yang mulia ini, sama-sama kita dapat meningkatkan amalan kita dan memperoleh keberkatan daripada Allah S.W.T.
Bulan Ramadhan Bulan Yang Suci,
Seperti Embun Pagi Yang Membasahi Dedaunan Di Kala Pagi,
Embun Sejuk Yang Akan Membasuh Dan Membersihkan Jiwa Kita Dari Segala Dosa, Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadhan 1444H.
Pembentangan bersama Majlis Perbandaran Batu Pahat
Satu sesi pembentangan telah berlangsung bersama Majlis Perbandaran Batu Pahat. Pembentangan ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan kerjasama antara kedua belah pihak dalam pemberian pek makanan Mak Janda Johor.
Sesi pembentangan tersebut dihadiri oleh Puan Rosnaleza Binti Tugiman Ketua Jabatan (Jabatan Pembangunan Masyarakan dan Korporat) Majlis Perbandaran Batu Pahat.
13 February 2023
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Address
Batu Pahat
Batu Pahat, 83000
3D Printing & 3D Modeling Services For Malaysia & Singapore Area
Batu Pahat Mall Lot2. 12, Level 2 Batu Pahat Mall, Jalan Kluang, Batu Pahat
Batu Pahat, 83000
Menjual pelbagai jenis Popcorn yang mempunyai pelbagai perisa!!!
Kg Bumiputera Dalam Rengit
Batu Pahat, 83100
menjual pelbagai aneka barang keperluan rumah dan lain lain
D/A Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Batu Pahat, KM8, Jalan Tanjung Laboh
Batu Pahat, 83000
KKKBP ditubuhkan pada 2022 untuk menjana ekonomi anggota yang terdiri daripada staff ADTEC BP.
LOT 16328 , KM 5 , Jalan BUKIT PASIR , PARIT BILAL
Batu Pahat, 83050
Sales and Services for Office Equipments and Office Furniture
MB 63-18, BATU 5 1/2, Jalan MINYAK BEKU, BATU PAHAT
Batu Pahat, 83030
SUPPLIES BUILDING MATERIALS, MANUFACTURER & WHOLESALERS ETC.
NO. 80 JALAN JELAWAT, TAMAN BANANG, JOHOR
Batu Pahat, 83000
we are selling forever living product
Jalan Shahbandar
Batu Pahat, 83000
Kami menjual dan membeli barang terpakai seperti tilam dan lain-lain.
51-3 Jalan Mustaffa
Batu Pahat, 83000
We established Golden Weighing Systems since 2011, and Golden Weighing Automation Sdn Bhd was establ
Kampung Sungai Suloh
Batu Pahat
Kami tak jual inti OKSIGEN ! Inti karipap resepi orang lama. Kelim tangan lagi oiiii. Bagi tahu sedara sedara termasuk jiran. Ada kuih lain, boleh roger-roger.
BANDAR PENGGARAM
Batu Pahat, 83000
Supply⚡️Install ⚡️Repair⚡️Service