Wakbomb
Nearby advertising & marketing companies
Parit Raja 86400
Parit Raja
Parit Raja
Parit Raja Darat
Parit Raja
86400
86400
bulan ni penuh. bulan depan lis booking da sampai 14hb 8. klik button bawah ni
Tiada kekosongan sampai 15hb ogos 2024 ye guys. Wak tutup dulu lah ye. Bleh? Mcm sesak sgt ni. Nk kentut pun susah. Lain mcm.
Ada tak sesiapa nk tahu mcmana wak bg cukup income? anak sekolah 3. Bini sakit tak keje. takdela lebih sgt tapi bleh lg bernafas walaupun tak mkn gaji. Kalu nk nnt wak buat beberapa episode slot lestari. Kalau nk la tapi. Nnt wak bagi amalan dgn tips.
Design lama masih dicari. Tq bos support. Ini bukan kad gantung roadtax ye. Ini kad gantung biasa. Fungsi dia cuma satu. Gantung dan kereta korg terus jadi hensem.
Kesilapan bulan ni, wak xset masa nk menjawab wassap korang. Kalau dulu kan open order baru wak buka hotline. Skang wassap bertalu2, semua Wassap2 masuk wak terus balas. Sbb wak takut nnt panjang sgt unread. Itupun xbalas wassap hi seminit terus hello. Blum lg yg sentap, da 2 kali bg harga masih ty lg harga. Akibatnya semua keje extend lg 2 ke 3 hari. berlambak. Skit buang masa. So skang wak set autoreply, korg trus ke catalog, screenshot tunjuk kt wak. harga semua ada dlm tu. Mlm skit baru wak balas. Sapa malas baca mmg wak anggap bukan rezeki wak la. Mcm ni la one-man show guys. mem pon da gremeng, bila wak nk cuti.
minggu ni sakit tengkuk menjawab persoalan yg sama. wak susun cantik2, sonok skit baca. mana2 rakan2 kedai sticker wak, yg boleh buat apa yg wak taknak buat ni, yg terbaca posting wak ni, list kan link page korg kt comment. pesanan wak. igt. kalau skandal ajak kawin, kumpul duit. jgn ko cekik n campak dlm parit.
Manusia kan ada harga diri. Tapi kt sini kalu letak harga, dia offer fb ads. Argh.... Pengsan berdiri. Anggaplah kit fb ni tempat showcase gallery. tengok2 gambo dgn video.
video yg sama, platform yg berbeza. Baru minggu lepas wak ckp kt posting,"Mungkin bukan rezeki wak kt sini(FB)". tiba2 arini kebabomb kt FB.. tu dia eh. Mark zukerberg tersedak kot bila wak posting mcm tu. amik hati aku la tu. alhamdulillah. cuma tulah. tgh bulan.
Minggu ni b*k bas. Lori pon masuk kembali. Penangan fyp kt tiktok. Kt fb, dua akaun pos. Xde apa. Dia minx rm. Suh beli ads dia. Xpelah. Kt ig lg. Hm. Mungkin bukan rezeki wak sini. Sempena anak no.2 nk sambung belajar minggu ni. Bz skit ye guys. Nnt ada yg tanya, bukan ke bini wak da kena buang rahim.. Ini anak perkahwinan yg dulu. Yg 1st kt shah alam. 3rd kt tangkak. Bapaknya keje cari duit recehan mcm ni, xnkla anak2 ikut skali. Iye dok. Selagi mampu kita supportlah.
Minggu ni ada sikit lmbt ye guys. Minggu lepas fyp. 2 minggu ni jadi sesak skit. Tp insyaallah wak can handle it wisely. Yg nk masuk order or tanya2 harga, klik link wassap kt profile. Moga Allah murahkan rezeki kita semua. Insyaallah. Aamiin
Lis nama utk tempahan dah sampai Rabu 3hb Julai ye. Wak bgtau suap2. Yg mana da biasa dgn wak korg mmg da mmg faham. Yg baru2 ni, lepas video yg bas utm tu meletop kt tiktok, dgr je wak ckp rabu, bluetick trus. Ok la tu xsampai seminggu tunggu guys. Korg2 yg awal2 order dulu la, mau kena tunggu 6 bulan br jln keje. Benda2 dunia ni sementara je. Tak usah serious sgt. Lainla benda2 akhirat.
Tiada benda yg mudah tuan2. Persundalan pun susah juga. Sebelum jln kerja kena amik feel dulu. Yela. Da tak smoking kan. Benda 14 kereta sekali jalan. B*k tu. Org tak faham. Org igt kite tgh rileks.
Selamat hari raya Aidil Adha guys. Berapa kilo dpt daging korban. Wak selambak aa. Adik wak kira asnaf. Wak menumpang je. Igt senang ex convict nk blend masuk masyarakat. Dahlah wanted satu negeri. Kita hadap jela. Bukan mengungkit kisah lama. Tapi itu adalah fakta. Sejarah takleh dipadam. Slot tempahan lepas raya kosong guys. Nk masuk order tekan link wassap di profile. Tq support
Alhamdulillah cancer result yg diorg hantar ke lab hospital muar dah keluar. Selepas dah buang rahim, cancer still ada.... cuma tak agresif la. Stage 1. So doctor cakap, selama 10 tahun akan dtg, 3 bulan sekali kena jumpa dia. Bila da xde rahim, dia da dikira menopaus awal. Dan ada osteoporosis. Tu doc nk pantau selalu. Terima kasih atas doa kalian semua. Terima kasih kerana sudi support.
Lepas kejadian 11 jam takde api tanpa notis, esoknya takde api lg. Total 3 hari. Waktu yg sama.. tapi harini hari ke 4. Diorg kuar notis takde api, tapi ada p**a api. Hmm.. Notis amik hati.
Assalamualaikum guys. Kpd korg yg dpt slot semlm, mintak maaf. Harini baru mula jalan kerja. Black out sekitar parit raja dr 2pm sampai 11pm. Dia tak totally blackout. Dia selang2. Ada rumah yg ada, ada rumah yg takda. Wak antara Insan terpilih rumah takda api. Janji 2-4 jam. Sekali, amik. 9 jam.
Wife dah buka jahitan operation, da bleh urus diri sendiri, bleh la wak jalan keje mcm biasa. Anak no.2 pun nk sambung belaja dah. Kenala wak tambah barang nanti nk tampung.
Roadtax holder nnt kalau korg nk order kena bgtau pocket utk roadtax lama atau baru ye. Kalu da sampai xleh ctrl-z. Tp still ada lg yg pakai size lama. Mcm wak, masa renew aritu yg lama dah xde kt jpj. Yg baru pon x ade lg. Jadinya wak xde roadtax fizikal. Fizik je ada.
rasa mcm baru lagi buat utk civic. wak pernah merasa naik preve. geng2 city kalu nk order roger2la. tekan button wassap.
salam jumaat. selamat bekerja, selamat bercuti. jgn lupa solat jumaat. manatau esok kita mati. rindu nk jumaat kt masjid kuning kota damansara. meriah org jual makanan.. kt surau ar razi kg melayu subang bangla siap amik cuti kt tokey g solat. hebat. org kita pergi bila sempat.
Ni 2013. Last masuk paper 2016. Jadi tuah, bodoh. Jadi J***t salah. Sudahnya dah xmasuk paper lg dah.
metro ahad. 28 april 2013
https://shopee.com.my/wakbombcustom beli kt sini senang. duit pos shopee payung skit. utk yg readymade shj buat masa ni. xbli xpe. belanja like dan follow pon wak dah bersyukur...
andai korg xde gambar, xde masalah. bg je gambar dr wapcar, paultan. gambar google pon ok asalkan TEGAK cantik. no plet, color, aksessori etc wak bleh masukkan nanti. nk tukar axia jd trueno pon bleh je.
Ramai yg tanya kancil. Tanya je. diorg taktau, benda gantung2 utk kancil la paling b*k jenis wak buat. Wak nk up semua tapi benda lama. Sbb org kata benda yg lama jangan dikenang. Biarkanlah ianya berlalu.
Assalamualaikum dan happy Sunday... Salam 3 meja. Camana org bleh handle company b*k2 sorg2. Wak 1 meja pon da pening. 3 meja ni gelaran kpd editor kitorang dpd tukang bikin iklan masa keje majalah kereta dulu. Tu dulu. Skang editor kitorang tu da ada 4 meja. Da bukak kedai tayar moto. Hebat. Allah mudahkan urusan dia dgn cara tu. Allah mudahkan urusan kita dgn cara lain. Yg penting kita bersyukur.
https://shopee.com.my/wakbombcustom beli sini
Terima kasih bos turun Ayer hitam dari Singapore. Sebbaik sempat. Lepas appointment kt hospital, balik rumah j*p tengok kucing bersalin. Dah kuar 5 ekor baby trus shoot Ayer hitam.
terima kasih sbb bg testimoni. ni antara geng2 yg berjaya tembusi talian hotline wakbomb. sbb biasa kalu jasad wak kena ambil alih, wak tak dpt nk ambil order korang.. maaf. wak tak dpt kawal yg lg satu tu. tp korg bleh je resend balik order.
Yg gambar org tu wak da tak buat ye. Masa tak berapa nk ada. Jaga org sakit. Yg lain insya Allah masih buat. Terima kasih sudi support wakbomb.
detik2 last me 'rambo'. sebelum beralih ke online fulltime. dengan lampu jln kena padam. radio car 2 bijik datang. lokasi, gath kcarlife mmz bukit jelutong. tahun 2017. diorg igt kita kumpul ramai2 nk buat apantah. laga bijik getah. kita jumpa kwn2 la tok. tp xleh salah kan atok. kejiranan situ mesti komplen. tempat suci T20 tu. kita bwk family. masing2 dtg jauh2 dr pahang, perak, n9.. masa ni opis tak byr gaji 2 bulan. struggle gile. angkut anak 2 org tolong meniaga cr duit skit. last2 giveup. balik jelah.. 2 tahun sebelum ni ramai je beli. lg2 masa 2016. laju masatu. tengah femes..
cerita lama dtg balik. kepada yg baru jumpa page ni selepas tengok reel inna maal usri yusro, selamat datang dan terima kasih.
1. nk minta maaf siap2. wak tak buat stiker wording, stiker logo. hypertention. ramai sgt tanya. simple2 je katanya. benda mmg simple tp rumit buatnya. font xkan nk tengok 1 je kan. mesti korg nk tengok 2 ke 3 jenis font. nk kena cari. tak kenan, kena cari lg. last2 dia ckp, awk kan designer. kita ikut jela awak. dah kita tunjuk mula2 tu la yg designer pilih. taknak.
2. tak buat stiker pantul cahaya. sebab wak malas. tengok stiker n harga dah bleh tahu stiker tu pantul cahaya ke tak. pantul cahaya dia off white skit. dan mahal skit. susah sgt weeding dia. buang masa lama. pastu kos modalx3 tp xleh jual 3xganda. try la tanya kedai stiker biasa.
3. stiker tampal dalam pon tak buat. nk sekeping, custom plak tu. takder lg makhluk illahi yg bernama manusia kt dunia ni bleh buat sekeping. paling2 50 keping. sbb dia inkjet. kalau pakai ink sub pun, jemur tgh panas, minggu depan da luntur. try la tanya kedai stiker biasa.
last sekali. benda kedai stiker biasa bleh buat. tanya diorg. kt bahagian search tu, korg taip je stiker. kuarla segala kedai stiker kt mesia ni. budak yg biasa copy design wak pon mesti nak amik order2 mcm ni.. derah
1st batch pos. Sementara masih panas dan blum kena copy dgn org lain, korg tekan butang wassap. Mana nk cari tuan haji. Dpt freegift stiker wakbomb plak tu. B*k kerugian.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Website
Address
Parit Raja
Batu Pahat
86400
16A Jalan Fatimah
Batu Pahat, 83000
Dezain Studio, founded in 2002 in Singapore & Malaysia, offer Design Consultancy Services in Corporate Branding, Website Development, Graphic & Packaging Design, Illustration, Digi...
No. 31 Jalan Universiti 1, Taman Universiti, Parit Raja
Batu Pahat, 86400
Percetakan Digital dan Offset serta khidmat rekaan grafik. Sedia menerima tempahan cetakan dan fotokopi. Banner, Bunting, Sticker, Flyers dan pelbagai produk cetakan khas untuk keg...
18 Jalan Timah Sari
Batu Pahat, 83000
Social Media Management, Corporate Branding, Design, Printing & Advertising, Digital Design Solution
8, Jalan Sri Panchor, Taman Sri Panchor
Batu Pahat, 83000
GRAPHIC DESIGN SERVICES
SERI MEDAN
Batu Pahat, 83400
STICKER PRODUCT | STICKER KAHWIN | VINYL STICKER RUBBER STAMP | THANK YOU CARD | BUSINESS CARD FLYERS | BANNER | BUNTING | KAD KAHWIN BUTTON BADGE | BINDING SERVICES | PHOTOCOPY CU...
Batu Pahat, 83000
The Alpha Studios is a multimedia design studio. Services ranging from branding, graphic, motion, vi
Parit Besar
Batu Pahat, 83000
Graphic Design Service •Logo Design •Business Card •Bunting/Banner •Sticker Design •Social
Pos 138-C No. 1 Pekan Baru Parit Yusof
Batu Pahat, 83600
Our expertise in 8 years in this service is to assist clients in decorating walls and signage. various designs and preferred in Jawi and Islamic writing. Banners, signage, stickers...
Batu Pahat, 83000
We provide Design Service, Video editing service event. For enquiry contact us ^_^
Batu Pahat, 83000
Pakar Logo & Branding Syarikat Anda ! Kembangkan Bisnes Anda Bersama Kami !