Kelab Seni Silat Cekak Malaysia UTHM
Nearby schools & colleges
Universiti Tun Hussein Onn
Universiti Tun Hussein Onn, Parit Raja
Universiti Tun Hussein Onn
Universiti Tun Hussein Onn, Parit Raja
Universiti Tun Hussein Onn, Parit Raja
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Parit Raja
Universiti Tun Hussein Onn, Parit Raja
Universiti Tun Hussein Onn, Pagoh
Universiti Tun Hussein Onn, Parit Raja
Universiti Tun Hussein Onn
Universiti Tun Hussein Onn
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelab Seni Silat Cekak Malaysia UTHM, Martial Arts School, Universiti Tun Hussein Onn, Batu Pahat.
Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester dan Selamat Maju Jaya buat semua pelajar UTHM.
Ikhlas daripada kami Kelab Seni Silat Cekak Malaysia UTHM
إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
KSSCM UTHM turut berdukacita mendengar perkhabaran berita
p**angnya ke Rahmatullah, Tn. Hj. Mohd Fizol b. Mohd Saad @ Zakaria. Seorang yang komited dalam perjuangan PSSCM dan menjadi antara tokoh dalam PSSCM untuk ikutan generasi muda.
Allahyarham sangat mesra dengan semua ahli, baik ahli lama mahupun ahli baru. Selain itu, banyak jasa telah dicurahkan serta banyak teladan telah ditinggalkan oleh Allahyarham. Semoga
Allahyarham dikurniakan sebaik-baik ganjaran dari Allah.
Ya Allah ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya.
Amiin Ya Allah Ya Mujib...🤲🏻🤲🏻
AL FATIHAH…
ﺑِﺴْــــــــﻢِ ﺍٌﻟﻠَّﻪِ ﺍٌﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍٌﻟﺮَّﺣِﻴْـــــــــﻢِِ
ﺍَﻟْﺤَﻤْﺪُ ِﻟﻠﻪِ ﺭَﺏِّ ﺍﻟﻌَﺎﻟَﻤِﻴﻦَ ۞ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴﻢِ ۞ ﻣَﺎﻟِﻚِ ﻳَﻮْﻡِ ﺍﻟﺪِّﻳﻦِ ۞ ﺇﻳَّﺎﻙَ ﻧَﻌْﺒُﺪُ ﻭﺇﻳَّﺎﻙَ ﻧَﺴْﺘَﻌِﻴﻦُ ۞ ﺍِﻫْﺪِﻧَﺎ ﺍﻟﺼِّﺮﺍﻁَ ﺍﻟْﻤُﺴْﺘَﻘِﻴﻢَ ۞ ﺻِﺮَﺍﻁَ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺃﻧْﻌَﻤْﺖَ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ ﻏَﻴْﺮِ ﺍﻟْﻤَﻐْﻀُﻮﺏِ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ ﻭَﻻَ ﺍﻟﻀَّﺎﻟِّﻴِﻦَ .. ﺁﻣِّﻴْﻦ
Daulat Tuanku
Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada DYMM Sultan Johor,
Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar
kerana dipilih sebagai DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari 2024.
Semoga Baginda Tuanku dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan, kesejahteraan dan keafiatan untuk mentadbir takhta pemerintahan.
SEMBAH TAKZIM DARIPADA
PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA
CAWANGAN JOHOR DARUL TAKZIM
Assalamu'alaikum.
Berikut merupakan laporan ringkas Demostrasi dan Penerangan Pengambilan Ahli Baharu KSSCM UTHM bagi Sem 1 2023/2024 :
Tarikh : 22 Oktober 2023
Tempat : Perkarangan Kolej Perwira, UTHM
Masa : 9 malam
Program telah dimulakan dengan penerangan dan demonstrasi oleh saudara Muhammad Naquib bin Abd Rahman selaku Pegawai Penerangan diikuti sepasang skuad demonstrasi lelaki. Sesi pendaftaran pengambilan ahli baharu dan pameran juga turut diadakan. Program berjalan dengan lancar dan berakhir pada jam 11.00 malam.
Sekian, Terima kasih.
Assalamualaikum semua...
Di kala kita kekenyangan, mereka mungkin sedang menahan lapar.
Ketika kita selesa di rumah, mereka mungkin sedang kehilangan tempat tinggal.
Ketika kita nyenyak tidur, mereka mungkin sedang bergelut dengan ketakutan.
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kau lindungilah saudara seugama kami di bumi Palestin yang kini sedang dilanda musibah akibat kekejaman rejim Zionis laknatullah.
Di hari yang penuh barokah ini, Jumaat penghulu segala hari, kami seluruh warga Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia mendoakan semoga bumi Palestin dalam lindungan Allah SWT. Hanya kepadaMu kami memohon doa.
[PENDAFTARAN PENGAMBILAN AHLI BARU KINI DIBUKA]
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kelab Seni Silat Cekak Malaysia UTHM mengalu-alukan mahasiswa/i untuk menyertai sesi pengambilan ahli baru Sesi 2023/2024.
PERSEMBAHAN DEMONSTRASI
Tarikh: 22 Oktober 2023
Hari : Ahad
Masa: 9.00 malam
Tempat: Perkarangan Kafe Kolej Tun Dr Ismail, UTHM
Tarikh: 24 Oktober 2023
Hari : Selasa
Masa: 9.00 malam
Tempat: Perkarangan Kolej PERWIRA
👥 Keterbukaan
Bersesuaian dengan semua peringkat umur dan terbuka kepada semua mahasiswa/i serta kakitangan/staf UTHM
⏰ Masa
Kelas dilakukan 2 kali seminggu sahaja secara bersemuka.
Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi:
📱Amer : https://www.wasap.my/60127379741/nakjoincekakmalaysia
📱Karmila :
https://www.wasap.my/60177220752/nakjoincekakmalaysia
Juga boleh lihat video penerangan :
Video penerangan:
https://youtu.be/Xjc_gbL5AHc
Kalau bukan kita, siapa lagi?
Ayuh daftar segera!!!
[PENDAFTARAN PENGAMBILAN AHLI BARU KINI DIBUKA]
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kelab Seni Silat Cekak Malaysia UTHM mengalu-alukan mahasiswa/i untuk menyertai sesi pengambilan ahli baru Sesi 2023/2024.
PERSEMBAHAN DEMONSTRASI
Tarikh: 21 Mei 2023
Hari : Ahad
Masa: 9.00 malam
Tempat: Perkarangan Kolej Perwira, UTHM
Tarikh: 23 Mei 2023
Hari : Selasa
Masa: 9.00 malam
Tempat: Kafeteria Kolej Tun Dr Ismail , UTHM
👥 Keterbukaan
Bersesuaian dengan semua peringkat umur dan terbuka kepada semua mahasiswa/i serta kakitangan/staf UTHM
⏰ Masa
Kelas dilakukan 2 kali seminggu sahaja secara bersemuka.
Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi:
📱Amer : https://www.wasap.my/60127379741/nakjoincekakmalaysia
📱Karmila :
https://www.wasap.my/60177220752/nakjoincekakmalaysia
Juga boleh lihat video penerangan :
Video penerangan:
https://youtu.be/Xjc_gbL5AHc
Kalau bukan kita, siapa lagi?
Ayuh daftar segera!!!
Share on WhatsApp WhatsApp Messenger: More than 2 billion people in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure, reliable messaging and calling, available on phones all over the world.
[PENDAFTARAN PENGAMBILAN AHLI BARU KINI DIBUKA]
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kelab Seni Silat Cekak Malaysia UTHM mengalu-alukan mahasiswa/i untuk menyertai sesi pengambilan ahli baru Sesi 2023/2024.
PERSEMBAHAN DEMONSTRASI
Tarikh: 21 Mei 2023
Hari : Ahad
Masa: 9.00 malam
Tempat: Perkarangan Kolej Perwira, UTHM
Tarikh: 23 Mei 2023
Hari : Selasa
Masa: 9.00 malam
Tempat: Kafeteria Kolej Tun Dr Ismail , UTHM
👥 Keterbukaan
Bersesuaian dengan semua peringkat umur dan terbuka kepada semua mahasiswa/i serta kakitangan/staf UTHM
⏰ Masa
Kelas dilakukan 2 kali seminggu sahaja secara bersemuka.
Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi:
📱Amer : https://www.wasap.my/60127379741/nakjoincekakmalaysia
📱Karmila :
https://www.wasap.my/60177220752/nakjoincekakmalaysia
Juga boleh lihat video penerangan :
Video penerangan:
https://youtu.be/Xjc_gbL5AHc
Kalau bukan kita, siapa lagi?
Ayuh daftar segera!!!
KISAH MASYUR SRIKANDI MELAYU: TUN FATIMAH
BAHAGIAN 3: Fitnah Kepada Bendahara dan Misi Membalas Dendam
Atas fitnah yang dibawa oleh Raja Mendeliar dan Khoja Hassan, maka berlakulah kisah tragis di mana, Bendahara Seri Maharaja telah difitnah dengan tuduhan enggan mempersembahkan Tun Fatimah yang cantik jelita kepada Sultan Mahmud, dan juga rancangan untuk menggulingkan
baginda Sultan. Maka murkalah Sultan Mahmud, dan tanpa siasatan penuh, maka keluarga Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir telah dijatuhkan hukuman bunuh, kecuali Tun Fatimah. Antara yang mati dihukum bunuh selain Bendahara adalah anaknya, Tun Hassan Temenggung, dan juga suami Tun Fatimah, iaitu Tun Ali.
Perkara ini menimbulkan dendam kepada Tun Fatimah. Demi membalas dendam, Tun Busu, anak saudara kepada Bendahara Seri Maharaja, berjaya memujuk Tun Fatimah untuk berkahwin dengan Sultan Mahmud. Tun Fatimah kemudian membuat helah kepada Sultan, dengan meminta izin untuk p**ang ke kampung halamannya, namun sebenarnya, Tun Fatimah telah menyamar bersama Wati
dan Anum untuk membalas dendam.
Maka, dengan perancangan yang teliti, Raja Mendeliar dan Laksamana Khoja Hassan telah berjaya mereka tawan dan mereka dibawa menghadap baginda Sultan. Segala kebenaran dan bukti telah
mereka rungkai ketika itu. Laksamana Khoja Hassan telah dilucutkan jawatan sebagai Laksamana dan digantikan oleh Hang Nadim, dan mereka berdua telah dibunuh oleh Tun Fatimah. Maka terbalaslah sudah dendam Tun Fatimah atas peristiwa seluruh ahli keluarganya dibunuh akibat fitnah Si Kitol, Raja Mendeliar, dan juga Laksamana Khoja Hassan.
Nak jadi srikandi Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia? Jom sertai kami di kelas latihan KSSCM UTHM, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat. Setiap Sabtu dan Isnin, 9.00 malam hingga 11.00 malam. Hubungi 0177501778 afif, 0127379741 amir, 0134482604 fadhilah
Original artwork by
KISAH MASYUR SRIKANDI MELAYU: TUN FATIMAH
BAHAGIAN 2: Shahbandar Raja Mendeliar, Si Kitol, dan Saudagar Kaya Nina Sura Dewana
Kisah tragis mengenai Tun Fatimah bermula apabila Shahbandar Raja Mendeliar, seorang orang kaya dan seorang Shahbandar di Melaka, berselisih faham dengan seorang saudagar kaya, iaitu Nina Sura Dewana. Untuk menyelesaikan salah faham ini, Raja Mendeliar membawa permasalahan ini kepada Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir (Perdana Menteri ketika itu). Sayangnya, Bendahara menyuruh mereka untuk datang pada keesokkan harinya. Memanfaatkan waktu ini, Nina Sura Dewana dengan liciknya menghadiahkan sejumlah harta kepada Bendahara, dengan harapan Bendahara akan menyebelahinya. Bendahara p**a tidak berfikir panjang, beliau hanya menerima hadiah tersebut. Perkara ini diketahui oleh Raja Mendeliar melalui Si Kitol. Si Kitol menyebarkan fitnah bahawa Bendahara telah menyebelahi Nina Sura Dewana dengan menerima hadiah pemberian saudagar tersebut. Maka terlepaslah Si Kitol dari hutangnya dengan Raja Mendeliar, kerana bagi Raja Mendeliar, itu merupakan maklumat yang penting baginya.
Raja Mendeliar kemudian membawa sebahagian dari harta miliknya, dan dibawa kepada Khoja Hassan yang menggantikan Hang Tuah sebagai seorang Laksamana. Raja Mendeliar kemudiannya,
membawa fitnah bahawa Bendahara sedang merancang untuk menjatuhkan Sultan Melaka ketika itu, iaitu Sultan Mahmud Shah. Beliau memfitnah bahawa Bendahara telahpun menempah beberapa alat kebesaran dari emas. Maka, beranglah Laksamana Khoja Hassan, dan dengan harta yang banyak
dihadapan mata, maka Laksamana Khoja Hassan bersetuju untuk bersekongkol dengan Raja Mendeliar untuk menjatuhkan Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir.
Nak jadi srikandi Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia? Jom sertai kami di kelas latihan KSSCM UTHM, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat. Setiap Sabtu dan Isnin, 9.00 malam hingga 11.00 malam. Hubungi 0177501778 afif, 0127379741 amir, 0134482604 fadhilah
KISAH MASYUR SRIKANDI MELAYU: TUN FATIMAH
BAHAGIAN 1: Tun Fatimah
Kisah Masyur Tun Fatimah adalah mengenai keperwirawatian beliau adalah peranan beliau yang menuntut keadilan dan membalas dendam ke atas kematian semua ahli keluarganya akibat difitnah,
dan juga peranan beliau sebagai seorang permaisuri yang bertindak sebagai seorang pemerintah dalam kerajaan dan juga peperangan.
Tun Fatimah merupakan anak kepada Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir, seorang bendahara pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah ibni Almarhum Sultan Alauddin Riayat Shah yang memerintah pada tahun 1488 – 1528. Beliau juga dari keturunan Bendahara Seri Nara Di Raja Tun Ali dan Tun Kudu. Rupa parasnya yang cantik telah memikat ramai pemuda ketika itu, namun Tun Ali, sepupu, berjaya memperisterikan Tun Fatimah. Hasil perkahwinan ini, mereka dikurniakan dengan
seorang anak iaitu Tun Trang bin Tun Ali. Perkara ini menimbulkan murka kepada Sultan Mahmud kerana Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir enggan menyembahkan anaknya, Tun Fatimah kepada baginda.
Setelah peristiwa seluruh ahli keluarganya dibunuh, beliau berkahwin dengan Sultan Mahmud, sebagai isteri ke-5 baginda. Isteri – isteri baginda yang lain adalah Tun Kecil (Raja Wati), Tun Teja, Puteri Onang Kening, dan Tun Kudu. Selama perkahwinan mereka, Tun Fatimah banyak membisu dan jarang tersenyum, dan 3 kali mengalami keguguran. Namun, setelah segalanya dendamnya
terbalas dan Sultan Mahmud berjanji anak dari hasil perkahwinan mereka akan mewarisi takhta, barulah mereka dikurniakan dengan 4 orang anak iaitu:
1. Raja Alaluddin @ Muzaffar Shah @ Kamal Amirul Ar’Rashid ibni Sultan Mahmud Shah, Raja
Muda Mahkota Melaka (1499-1601)
2. Raja Raden Ali ibni Sultan Mahud Shah, Sultan Johor ke-2 (1513- 1564)
3. Raja Puteh binti Sultan Mahmud Shah
4. Raja Khadijah binti Sultan Mahmud Shah
Nak jadi srikandi Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia? Jom sertai kami di kelas latihan KSSCM UTHM, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat. Setiap Sabtu dan Isnin, 9.00 malam hingga 11.00 malam. Hubungi 0177501778 afif, 0127379741 amir, 0134482604 fadhilah
TAHUKAH ANDA MENGENAI KISAH PERANG TERHEBAT, PERANG MUSUH BISIK (1821)
Perang Musuh Bisik yang bermula pada 1821 adalah berkaitan semangat perjuangan rakyat Kedah pada waktu itu dalam mempertahankan tanah air dari ancaman Siam yang berusaha menawan negeri ini dan berjaya menawan Kota Kuala Kedah. Pada 1831, Kedah kembali menawan kota tersebut melalui Tunku Kudin (Syed Zainal Abidin) yang mengetuai 3,000 tentera dengan menghalau Siam. Dana, bala tentera, serta latihan ketenteraan telah diberikan oleh Laksamana Wan Ismail bin Muhammad Long (Panglima Ismail), yang berpusat di Kerian, yang mana ketika itu beliau adalah Penghulu Mukim Kerian.
Siam kemudiannya berpakat dengan British dan berjaya menawan kembali Kedah dengan 7,500 tentera dan 3,000 ekor gajah malah Tunku Kudin dan 1,255 pejuang Kedah juga syahid dalam mempertahankan Kota Kuala Kedah.
Pada 1838, Kedah dibantu oleh orang Melayu dari seluruh rantau ini seperti Acheh, Serdang (Sumatera), Deli, Berdage, Siak, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Mereka bersatu untuk membantu Kedah yang dipimpin oleh Tunku Muhammad Saad, Panglima Mohd Taib, Tok Moris dan Datuk Laksamana Wan Muhammad Ali dalam menawan kembali kota tersebut dengan kekuatan 10,000 tentera.
Siam sekali lagi mendapatkan bantuan British yang menghulurkan pelbagai senjata apabila mereka diasak oleh tentera Melayu sehingga ke Singgora dan berlakulah Perang Hatyai sehingganya syahid seorang ulama besar, Syeikh Samad Al-Falimbani.
Tentera Melayu yang diketuai Tunku Muhammad Saad kembali berpatah balik ke Kota Kuala Kedah apabila diasak 150,000 tentera siam, beribu-ribu gajah dan 15,000 tentera dilengkapi senjata moden dari Bangkok yang tiba membantu musuh.
British juga membantu Siam dengan menyerang Kota Kuala Kedah melalui kapal perang mereka yang mempunyai 18 laras meriam dari arah laut dan Subuh 23 Mac 1839, kota akhirnya dikuasai sepenuhnya oleh Siam dan semua orang Melayu yang berada di dalam kota tersebut terkorban melainkan yang sempat menyelamatkan diri dengan terjun ke dalam Alor Melaka.
FB: Kelab Seni Silat Cekak Malaysia UTHM
IG: ksscmuthm
Sumber utama Sinar Harian
Nak belajar silat? Jom sertai Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia yang bertempat di kelas latihan Kelab Seni Silat Cekak Malaysia UTHM, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, setiap hari Sabtu dan Isnin, 9.00 malam hingga 11.00 malam. Hubungi: Amir 0127379741
Paduka Sri Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Rashid Al-Mu'adzam Shah I (1852 – 22 June 1879)
Selalu kita dengar mengenai Sultan Ahmad Tajuddin, yang mana Panglima Kanannya, Panglima Ismail mematahkan serangan seorang panglima Batak yang menyerang negeri Kedah. Siapakah Sultan Ahmad Tajuddin ini?
Gelaran penuh baginda adalah Paduka Sri Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Rashid Al-Mu'adzam Shah I. Baginda merupakan Sultan yang ke-24 kerajaan negeri Kedah. Baginda memerintah dari 1854 hingga 1879, dan mangkat pada 22 jun 1879, pada usia 27 tahun, lalu dimakamkan di Makam DiRaja Langgar, Kota Setar, Kedah. Baginda menggantikan Paduka Ayahanda Baginda, Paduka Sri Sultan Zainal Rashid Al-Mu'adzam Shah I ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II yang mangkat pada 13 Mac 1854.
Baginda dikurniakan dengan 16 orang anak iaitu:
Perkahwinan dengan Wan Hajar binti Wan Ismail
Tunku Aminah
Tunku Rokiah
Tunku Abdul Hamid
Tunku Hafsah
Tunku Abdul Aziz
Tunku Asiah
Tunku Jiwa
Tunku Mahmud
Perkahwinan dengan Wan Tan binti Luang Nik Abidin
Tunku Zainal Rashid
Tunku Fatimah
Tunku Jahara
Tunku Abdul Jalil
Tunku Azhari
Tunku Zainal Abidin
Tunku Marodziah
Tunku Kassim
Pada zaman inilah, kisah masyur Panglima Ismail, iaitu panglima kanan kerajaan Kedah menewaskan seorang panglima Batak yang menyerang kerajaan Kedah.
Nak belajar silat? Jom sertai Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia yang bertempat di kelas latihan Kelab Seni Silat Cekak Malaysia UTHM, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, setiap hari Sabtu dan Isnin, 9.00 malam hingga 11.00 malam.
Hubungi: Amir 0127379741
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Website
Address
Universiti Tun Hussein Onn
Batu Pahat
86400
Opening Hours
Monday | 20:30 - 00:00 |
Saturday | 20:30 - 00:00 |
Kawasan Rukun Tetangga Taman Melur Parit Imam
Batu Pahat
KRT TAMAN MELUR