Klinik Bukit Jambul

General Practitioner Clinic providing Medical Healthcare Services. We are open daily even on PH!

18/09/2024

INFOGRAFIK BENCANA

Pesanan mesra kepada semua punduduk di kawasan utara semenanjung terutamanya Pulau Pinang, Kedah & Perlis supaya sentiasa berhati - hati ketika cuaca hujan lebat.

Kurangkan perjalanan jauh ketika hujan juka tidak perlu.

Elakkan aktiviti luar seperti mendaki, berkelah, memancing, atau berenang

Elakkan berdiri atau berhenti dibawah pokok ketika hujan petir.

Sentiasa gunakan petunjuk jalan seperti waze atau google map untuk elakkan kawasan banjir atau bencana.

Berikut adalah nombor bilik gerakan Pulau Pianang bencana sekiranya anda menghadapi sebarang kemusykilan ketika banjir mahupun cuasa buruk.

Sumber: Unit Pengurusan Bencana Pulau Pinang.

**aupinang

Photos from Klinik Bukit Jambul's post 09/09/2024
Photos from Klinik Bukit Jambul's post 08/09/2024

Buli siber adalah satu peristiwa yang tidak elok yang biasa dan semakin meningkat di zaman sekarang. Kerana ramai mangsa buli siber tidak mendapatkan bantuan, insiden sebenar kejadian buli siber tidak diketahui. Buli siber yang teruk atau berterusan boleh menyebabkan mangsa menjadi resah, murung dan mengalami penyakit lain yang berkaitan dengan tekanan. Mangsa buli siber boleh mengakibatkan pembunuhan diri. Di sisi undang-undang, buli siber adalah salah dan jenayah. Hindarkanlah diri dari menjadi pembuli siber dan jika anda adalah mangsa buli siber, sila dapatkan bantuan terdekat anda.

30/08/2024

Ubat yang perlu diambil sebelum makan

- Ubat yang diarahkan diambil sebelum makan bermaksud ubat perlu diambil semasa perut kosong.Ini kerana makanan boleh mempengaruhi penyerapan sesetengah ubat. Ia perlu diambil 1 jam sebelum makan ATAU 2 jam selepas makan.
Contoh:Ampicillin dan Azithromycin (Antibiotik), Perindopril dan Captopril (Ubat Antihipertensi)

- Ubat yang ada kaitan dengan penghadaman perlu diambil sebelum makan agar kesan terapeutik ubat dapat dicapai sebaik sahaja makanan memasuki perut. Ia perlu diambil 30 minit sebelum makan.
Contoh: Metoclopramide (Ubat Tahan Muntah)

- Manakala bagi sesetengah ubat antidiabetik (ubat untuk rawatan diabetes) p**a ia perlu diambil 30 minit sebelum makan. Ini bagi memastikan insulin dirembeskan semasa pesakit makan. Ini penting bagi memastikan kesan terapeutik ubat dapat dicapai sebaik sahaja makanan memasuki perut. Selain itu ia juga untuk menjamin keberkesanan rawatan serta mengelakkan risiko penurunan paras gula dalam darah (hipoglisemia).
Contoh: insulin, glibenclamide dan gliclazide

29/08/2024

Ubat yang disarankan untuk diambil selepas makan harus diambil selepas makan. Terdapat beberapa ubat yang diserap dengan lebih baik dengan kehadiran makanan, tetapi jika diambil semasa perut kosong, ia boleh menyebabkan ketidakselesaan atau ketidakselesaan pada perut.
Contohnya :
1.Ubat tahan sakit (Ponstan, Celebrex, Arcoxia)
2.Ubat cair darah (Aspirin)
3.Ubat corticosteroid (Prednisolone, Dexamethasone)

Sila mengikuti nasihat pegawai farmasi atau doktor anda untuk penyerapan ubat yang optimum untuk kesejahteraan anda dan mengelakkan kesan sampingan seperti gastrik. Kesihatan anda keutamaan kami.

27/08/2024

Gejala Hepatitis B

Sesetengah orang mempunyai gejala yang berlangsung beberapa minggu.

Gejala termasuk:
- [x] gelap berasa sangat letih
- [x] loya muntah-muntah
- [x] sakit di bahagian perut
- [x] kekuningan kulit dan mata (jaundis) air kencing

Apabila teruk, hepatitis B boleh menyebabkan kegagalan hati, yang boleh menyebabkan kematian.

Walaupun kebanyakan orang akan pulih daripada penyakit akut, sesetengah orang dengan hepatitis B kronik akan mengalami penyakit hati yang progresif dan komplikasi seperti sirosis dan karsinoma hepatoselular (kanser hati) dan membawa maut.

Photos from Klinik Bukit Jambul's post 26/08/2024

Apakah buli siber?

-Buli siber adalah satu kejadian yang biasa berlaku dan kian meningkat.

-Insiden sebenar kejadian buli siber tidak diketahui kerana ramai mangsa buli siber tidak tampil untuk mendapatkan bantuan.

-perbuatan menganca

-memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium elektronik seperti mesej teks (SMS), chatting, e-mel, laman web sosial, telefon bimbit atau permainan internet.

Photos from Klinik Bukit Jambul's post 23/08/2024

UBAT TERKAWAL

Terkawal merupakan ubat yang hanya boleh diperolehi dengan preskripsi doktor. Dimana doktor telah memeriksa dan menasihati untuk mendapatkan ubat ubatan dengan dos yang tertentu.

Pengkelasan ini boleh dikenalpasti berpandukan abjad yang digunakan pada hujung nombor pendaftaran ubat.  Abjad A digunakan untuk merujuk kepada ubat terkawal manakala abjad T dan X digunakan bagi ubat am.

Ubat Terkawal:
i. Memerlukan preskripsi (Kump**an B Akta Racun 1952)
ii. Tidak memerlukan preskripsi (Kump**an C Akta Racun 1952)

Contoh Ubat Kump**an B adalah seperti ubat antibiotik, darah tinggi dan kencing manis

Contoh Ubat Kump**an C adalah seperti antasid dan dekongestan

Photos from Klinik Bukit Jambul's post 26/07/2024

UBAT AM

Ubat Am (Dikenali juga; Over The Counter)

Ubat Am merupakan merupakan ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi doktor dan boleh beri dari counter:

Pengkelasan ini boleh dikenalpasti berpandukan abjad yang digunakan pada hujung nombor pendaftaran ubat.  Abjad A digunakan untuk merujuk kepada ubat terkawal manakala abjad T dan X digunakan bagi ubat am.

Contoh Contoh Ubat Am yang boleh dibeli di kaunter adalah:

Dekongestan

Melegakan hidung yang tersumbat; Terutama bagi kanak-kanak yang tidak dapat tidur, makan atau minum kerana hidung tersumbat. Ia bertindak menyempitkan salur darah, oleh itu meluaskan rongga hidung dan mengurangkan penghasilan ucus.
Contohnya: ephedrine, , Pseudoephedrin, Phenylephrine, xylometazoline

Antihistamin. Digunakan untuk alahan. Ianya bertindak mengeringkan cecair hidung dan melegakan kegatalan

Contohnya:Dexchlorphenirame, Diphenhydramine, Prometazine, Triprolidine

Ekspektoran
Bahan ini terdapat di dalam ubat batuk sirap untuk mencairkan ucus yang pekat di dalam paru-paru dan ini memudahkan pengeluaran ucus semasa batuk.

Cth:Ammonium klorida, Guaifenesin, Ipekakuana

Supresan
Bahan ini juga terdapat di dalam kandungan ubat batuk untuk melegakan batuk yang tidak berkahak & berulang-ulang. Ia mengurangkan batuk dengan cara menghalang saraf batuk di otak. Contohnya: Dextromethorphan

Antipiretik / Analgesia
Digunakan untuk mengurangkan demam
Untuk melegakan sakit-sakit dan lenguh otot.
Contohnya:Paracetamol, ibuprofen

Antasid
Digunakan untuk melegakan sakit perut.
Contonya:Magnesium trisilicate, sodium bicarbonate dan aluminuim hydroxide

Pastikan anda mengetahui dos yang betul & juga kesan sampingan daripada mengambil ubat ubatan tersebut. Oleh wajar berjumpa dengan doktor anda untuk mendapat maklumat yang tepat tentang ubat ubatan sebelum membeli dari kaunter.

16/04/2024

For immediate hiring,do send resume or contact via watsapp 011-5586 1808.

05/12/2023

Covid case update.
Sumber: KKM

14/11/2023

Thank you for the appreciation. We are happy to help and treat you. Thank you got the trust and confidence you place in us for your health!
“Your Health, Our Priority”

30/10/2023

Apa itu suntikan lutut PRP atau Hyaluronic acid?
Suntikan lutut ialah PRP atau Hyaluronic acid atau dua- dua sekali yang boleh mengurangkan sakit dan membantu menyembuhan radang lutut. Prp adalah Platelet rich plasma yang mengandungi FAKTOR-FAKTOR yang merangsang penyembuhan dan pembaruan sel. Hyaluronic acid p**a, ialah gel lutut yang memberi pelinciran , kesan anti-radang dan menghilangkan rasa sakit. Kesannya boleh tahan 3 bulan – 12 bulan, ikut metabolisma badan dan keadaan badan masing- masing. Sila buat temujanji bersama doktor kami dan legakan kesakitan anda.

29/10/2023

One in four of us will have a stroke in our lifetime. And 90% of those strokes could be prevented by addressing a small number of risk factors including high blood pressure (hypertension), irregular heartbeat (atrial fibrillation), smoking, diet and exercise. This year we are mobilizing the global stroke community to raise awareness and drive action on stroke prevention. Get involved and show that together we can be stroke.

https://www.world-stroke.org/world-stroke-day-campaign/world-stroke-day-2023

26/10/2023

Pilihan makanan yang lebih baik boleh membantu mengekalkan dan menurunkan tekanan darah. Selain itu, kuantiti dan cara penyediaan makanan juga amat penting untuk kawalan yang baik and supaya kolesterol di badan juga terkawal.

25/10/2023

Tekanan darah kita dipengaruhi oleh berat badan kita dan garam atau natrium yang diambil setiap hari.Oleh itu, digalakkan untuk elakkan mengambil garam melebihi 6 gm dalam sehari. (bersamaan 2 gm natrium atau 1 sudu teh dalam sehari.)Gaya hidup sihat boleh mencegah segala masalah kesihatan.

24/10/2023

Vaksin Influenza( FLU SHOT) available and in promotion from today till 24/11/23 only for rm60 per person and rm55 for students-children and senior citizens (>60 years old)! Watsapp now for appointment and bookings. Let’s fight flu!

11/10/2023

It’s okay…

10/10/2023

"Mental health is a universal human right" serves as the topic for World Mental Health Day 2023, giving people and communities a chance to work together to address mental health challenges. Its objective is to raise public awareness of mental health issues and to organize support for people who are affected by them.

10/10/2023

Happy National Doctor’s Day!

04/10/2023

Looking for a female clinic assistant, who is able to do shift hours(9) 6 days a week, 1 day off, salary from RM 1500 based on experience.do pm if interested with resume.

13/09/2023

🦟Demam denggi merupakan penyakit jangkitan virus yang tersebar melalui gigitan nyamuk Aedes.

‼️Bekas yang menakung air berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Oleh itu, orang ramai disarankan untuk meluangkan masa 10 minit seminggu cari dan musnah tempat pembiakan nyamuk Aedes bagi mencegah demam denggi.

Photos from Klinik Bukit Jambul's post 06/09/2023

Please be careful when travelling to high risk countries. Travel safely.

03/09/2023

♥️🥰Pengendalian perasaan yang baik membantu mengurangkan tekanan perasaan dan mengekalkan kesihatan mental yang optimum.

📞☎️Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental sedia membantu anda dengan menyediakan
Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental HEAL 15555 (Help with Empathy And Love), yang beroperasi setiap hari termasuk cuti umum baru 08:00 pagi sehingga 12.00 tengah malam.

01/09/2023

💪KKM akan memperkenalkan inisiatif pemberian vaksin tetanus-difteria- pertussis (Tdap) kepada semua ibu hamil di Malaysia. Inisiatif ini bertujuan mengurangkan risiko jangkitan pertussis, terutamanya dalam kalangan bayi berumur bawah 5 bulan. ⚠️

❗️Pelaksanaan 𝗱𝗶𝗷𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟰 setelah urusan perolehan bekalan vaksin Tdap selesai dan bekalan vaksin tersedia di fasiliti kesihatan KKM seluruh negara. Maklumat lanjut akan diberikan daripada semasa ke semasa.

Photos from Klinik Bukit Jambul's post 30/08/2023

SHARED FROM : KKM WEBPAGE
Influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus yang menjangkiti saluran pernafasan. Virus influenza boleh tersebar kepada individu lain melalui titisan saluran pernafasan (respiratory droplets) ketika bersin, bercakap dan batuk.

Wabak influenza lazimnya berlaku secara bermusim hanya mengakibatkan selesema (flu) ringan tetapi boleh mendatangkan jangkitan teruk kepada golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga tua, wanita hamil dan individu yang menghidap penyakit kronik.

Oleh itu,orang awam dan golongan berisiko tinggi digalakkan untuk mendapatkan pelalian influenza bermusim secara tahunan yang ditawarkan oleh kebanyakan fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara!

Videos (show all)

Terdapat beberapa faktor risiko yang tidak boleh diubah suai, contohnya, sejarah keluarga penyakit kardiovaskular. Namun...
Let’s salute the nation! Happy Malaysia Day 2024!!! #malaysiatiktok #malaysia #clinic #penang #16september #2024 #nation...
Apakah itu penyakit jantung lemah? Sejenis penyakit yang menjejaskan otot jantung dikenali sebagai kardiomiopati, atau p...
Jenis-jenis buli siber adalah : 1.Mesej di media sosial/email yang tidak baik atau mengancam.2.Menguna nama atau ID pals...
Dalam perpaduan, kita wujudkan keamanan. Dalam keamanan, kita wujudkan keharmonian. Dalam keharmonian, kita wujudkan seb...
Simptom Hepatitis CBerikut antara tanda-tanda diri mengalami penyakit hepatitis C:1.Jaundis (demam kuning)2.Kegatalan Ku...
Malaysia masih mengalami sembilan kes cacar monyet (Mpox), yang terakhir dilaporkan pada November tahun lalu. Terdapat 9...
Hepatitis C boleh merebak melalui cecair tubuh seperti darah dan air mani. Sesetengah pesakit yang dijangkiti tidak menu...
Rawatan awal untuk pengsan memerlukan tindakan segera dan ini adalah langkah yang perlu  diambil: 1.Bantu baring di perm...
Keselamatan produk tradisional di negara kita sering digunakan untuk tujuan mengubati masalah kesihatan ataupun kesihata...
Punca-punca utama keracunan makanan apabila seseorang individu mengalami tanda keracunan seperti sakit perut, muntah ata...
Tercekik adalah apabila saluran pernafasan tersekat atau tertutup oleh sesuatu dan menghalang bekalan oksigen ke paru-pa...

Website

Address


26 (GF), Jalan Tun Drive Awang, Bayan Baru
Bayan Lepas
11900

Opening Hours

Monday 08:00 - 21:00
Tuesday 08:00 - 21:00
Wednesday 08:00 - 21:00
Thursday 08:00 - 21:00
Friday 08:00 - 21:00
Saturday 08:00 - 21:00
Sunday 08:00 - 21:00